Buku “Akhirnya Kutemui Kebenaran”- Tijani

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN

Ahmad Tijani; Bab:12345678
Kandungan
Persembahan
Sejarah Ringkas Hidupku
Haji Ke Baitullah
Perjalanan Yang Berjaya
Perjumpaan di Atas Kapal
Pertama Kali Melawat Iraq
Abdul Kadir Jailani dan Musa al-Kazim
Ragu-ragu
Berangkat ke Najaf
Perjumpaan dengan ulama
Perjumpaan dengan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr
Ragu-ragu dan Bingung
Berangkat ke Hijaz
Mulanya Suatu Kajian
Awal Kajian Secara Mendalam
Sahabat Dalam Pandangan Syi’ah dan Sunnah
Pandangan al-Qur’an Tentang Sahabat
Pandangan Rasul Tentang Sahabat
Pandangan Sahabat Di Antara Satu Sama Lain
Mulanya Perubahan
Dialog Dengan Orang Alim
Sebab-sebab Ikut Madzhab Ahlul Bayt
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 1

Persembahan
Buku saya ini adalah suatu hasil kerja yang sederhana. Ia menceritakan
tentang suatu perjalanan… cerita mengenai suatu penemuan yang baru,
bukan teknikal atau penemuan alam semula jadi, tetapi khusus dalam
bidang keagamaan dan pemikiran filosofi. Oleh kerana sebarang
penemuan pada dasarnya bergantung pada yang utamaannya minda yang
sihat dan pemahaman yang jelas, yang membezakan antara manusia dari
makhluk-makhluk lainnya. Saya ingin membaktikan buku ini kepada segala
minda-minda yang sihat itu. Minda yang sihat mengambil kebenaran
untuk diteliti dan mengetahuinya dari timbunan-timbunan yang salah.
Minda yang menimbang segala yang diperkatakan pada neraca keadilan,
dan selalu berpihak kepada yang mempunyai pembuktian.
Minda yang membezakan antara perkataan dan percakapan, dan
mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang logik dan yang
kurang logiknya, dan antara yang sahih dan yang daif. Allah Yang Maha
Tinggi berfirman:
Mereka yang mendengar apa yang diperkatakan dan mengikuti yang
terbaik daripadanya, merekalah yang mendapat pertunjuk dan merekalah
yang mempunyai fikiran. (al-Zumar : 18)
Kepada mereka-mereka yang saya baktikan buku ini, berharap semoga
Allah, segala pujian tertentu bagiNya yang MahaTinggi, membuka minda
kita dihadapan mata kita, untuk memandu kita, untuk memberi petunjuk
kepada hati kita, untuk menunjukkan kepada kita dengan jelas jalan yang
betul supaya kita mengikutinya, dan menunjukkan kepada kita dengan
jelas jalan yang salah, supaya dapat kita menjauhinya, dan terimalah kami
bersama hamba-hambaMu yang sholeh, kerana Engkau Maha Mendengar
dan Mengkabulkan.
Muhammad al Tijani Samawi.
Kata Pendahuluan
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.
Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Dia menjadikan
manusia daripada tanah, dan dibentukkannya kepada sebaik-baik rupa.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 2
Dia meninggikannya lebih dari makhluk-makhluk yang lain, dan dijadikan
malaikat-malaikat (mukarrabin, terhampir) sujud kepadanya. Dia
menganugerahkan nya dengan akal yang dapat menggubahkan keraguan
kepada keyakinan. Dia memberinya dengan sepasang mata, satu lidah,
sepasang bibir dan menunjukkan dia kepada dua laluan. Dia mengirimkan
kepada mereka Pemberitahu tentang khabar gembira, memperingatkan
mereka, dan menyedarkan mereka, dan menghalang mereka dari
kesesatan bersama dengan syaitan terkutuk.
Dia menyuruh mereka jangan menyembah syaitan, kerana syaitan itu
adalah musuh mereka, dan menyuruh mereka supaya menyembah Allah
[swt] sahaja dan ikutilah jalanNya yang benar dengan kefahaman dan
kepercayaan yang yakin, dan janganlah hanya mengikuti kepercayaan
datuk-datuk mereka, rakan-rakan, dan saudara-mara yang telah
mengikuti orang-orang yang sebelumnya tanpa sebarang keterangan yang
nyata.
Siapakah yang boleh mengatakan sesuatu yang terlebih baik daripada
memanggil mereka kejalan Allah dan melakukan kebaikkan dan
mengatakan bahawa dia adalah salah seorang dari orang-orang Islam,
semoga rahmat Allah, salam dan kesejahteraan keatas pesuruhNya yang
membawa rahmat kepada manusia…..penolong kepada yang tertindas dan
yang lemah….penyelamat kepada semua manusia dari kegelapan dan
kejahilan…dia yang akan menunjukkan mereka kejalan kebenaran, jalan
bagi mereka-mereka yang taat dan sholeh.
Penghulu kami Muhammad ibn Abdullah…rasul bagi orang-orang Islam dan
ketua yang penuh bercahaya. Semoga rahmat dan kesejahteraan keatas
keluarganya yang terpilih lagi suci serta telah menjadi pilihan Allah
daripada orang-orang yang beriman. Firmannya didalam al Quran bahawa
kita disuruh untuk mencintai mereka, setelah mereka disucikan dan
dijadikan mereka ‘maksum’. Dia berjanji bahawa sesiapa yang menaiki
bahtera mereka akan terselamat, dan mereka yang tidak melakukannya
akan binasa.
Semoga rahmat dan kesejahteraan ini juga ditujukan terhadap sahabatsahabatnya
yang mulia, yang menyokongnya, memuliakannya,
mengorbankan diri untuknya dan untuk kemenangan Islam. Mereka
mengetahui yang sebenar, maka mereka memberi sumpah setia kepadanya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 3
dengan bertekad dan tinggal tetap dijalan yang lurus tanpa menukar arah
dan banyak berterima kasih.
Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka diatas jasa-jasa mereka
terhadap Islam dan orang-orang Islam. Semoga rahmat dan
kesejahteraan ini juga kepada pengikut-pengikut mereka dan terhadap
mereka yang tetap tinggal dijalan yang lurus dan mendapat petunjuk
dengan nur ….sehingga kehari pengadilan
Wahai Allah, terimalah permintaan kami, Engkaulah yang Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Allah Tuhan kami bukakan lah
hati kami untuk Mu dan Engkaulah yang memberi petunjuk kepada yang
benar.
Wahai Allah bantulah kami untuk menyatakannya, kerana Engkau
menganugerahkan kebijaksanaan kepada sesiapa yang Engkau pilih
daripada kalangan hamba-hamba Mu yang sholeh. Wahai Allah berilah
hambaMu ini kebijaksanaan dan pengetahuan serta masukkan hamba Mu
bersama mereka-mereka yang benar.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 4
Sejarah Ringkas Hidupku
Saya masih ingat bagaimana ayah membawaku untuk pertama kalinya ke
masjid daerah dimana solat Tarawih didirikan didalam bulan Ramadan.Aku
pada ketika itu baru berusia sepuluh tahun. Ayah memperkenalkan saya
kepada para jemaah, yang tidak dapat menyembunyikan perasaan kagum
mereka.
Saya tahu, sabelum itu guru telah mengaturkan untuk saya supaya
mengerjakan sholat al-Ishfa untuk dua atau tiga malam. Telah menjadi
kebiasaan bagi saya untuk solat dibelakang jamaah lelaki bersama kanakkanak
setempat, dan menunggu ketibaan imam pada bahgian kedua al
Quran, i.e surah Mariam. Ayah mempastikan kami belajar al Quran di
madrasah dan juga dirumah. Secara persendirian, yang mengajar kami
adalah seorang buta, yang masih mempunyai talian persaudaraan, yang
boleh membaca al Quran secara hafalan. Memandangkan kepada
kebolehan saya membaca al Quran pada peringkat kanak-kanak lagi, guru
telah cuba menunjukkan pengaruhnya terhadap saya dengan mengajarkan
kepada saya tempat sujud sajadah didalam surah itu. Dia menguji saya
berulang kali untuk mempastikan saya benar-benar faham arahan nya.
Setelah saya lulus ujian dan selesai mununaikan solat serta bacaannya,
sebaik mana yang telah mereka harapkan, semua jamaah datang dan
menggucapkan tahniah kepada saya dan ayah, dan berterima kasih kepada
guru diatas usaha baik dan restunya dan bersyukur kepada Allah kerana
Islam.
Ingatan pada hari-hari berikutnya masih bersama saya hingga kehari ini…
saya menerima banyak sanjungan dan reputasi saya meluas dari daerah
saya hinggalah kesegenap bandar. Malam-malam Ramadan tersebut telah
meninggalkan kesan keagamaan kepada saya hingga kehari ini, dan setiap
kali saya melalui episod kekeliruan, saya merasakan seakan ada suatu
kuasa ghaib yang akan menarik saya dan meletak saya kejalannya semula.
Setiap kali saya rasakan kelemahan pada jiwa saya dan kosongnya hidup
ini, ingatan tersebut akan datang kepada saya dan menaikkan semangat
kerohanian saya dan menyalakan kepada kesedaran saya api kepercayaan
supaya saya dapat memikul tanggung jawab ini. Tanggung jawab yang
diberikan oleh ayah, atau yang lebih tepat lagi guru, untuk menjadi Imam
solat pada umur yang muda, membuat saya merasakan seakan saya belum
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 5
melakukan secukupnya, atau sekurang-kurangnya tidak mencapai tahap
yang diharapkan dari saya.
Maka saya menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dalam keadaan
ketulusan, tetapi tidaklah sehingga tidak bermain serta keinginan mahu
tahu dan juga meniru sesuatu. Selama tempuh itu saya dikelilingi dengan
pemiliharaan ilahi yang mana saya dapat dibezakan diantara saudarasaudara
yang lain dengan ketenangan dan kesabaran, saya selalu berada
pada jalan yang benar dan terjauh dari segala perbuatan yang tidak
bermoral.
Saya tidak akan lupa untuk menyatakan bahawa ibu saya…semoga Allah
merahmati rohnya…mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri saya.
Dia membukakan mata saya semasa mengajar surah yang pendek-pendek
dari al Quran, cara bersolat dan cara-cara berwudhu. Saya diberi
olehnya keutamaan kerana saya adalah anaknya yang pertama, dan
mungkin dia mendapat kepuasan didalam mendidik saya, kerana dia
berkongsi rumah bersama isteri pertama bapa dan anak-anaknya.
Nama Tijani, diberikan kepada saya oleh ibu, mempunyai maksud yang
khas bagi keluarga al-Samawi yang mengikut cara Tariqa Sufi Tijani,
semenjak ianya dilawati oleh anak Shaykh Sidi Ahmed al-Tijani, yang
datang dari Algeria. Kebanyakkan orang di Gafsa – pekan kampong saya -
mengikuti cara sufi Tijani, terutama keluarga yang kaya dan terpelajar
yang telah membantu untuk mengembangkannya.
Kerana nama saya, saya menjadi popular didalam rumah Samawi dan
disekitarnya, terutama dengan mereka yang ada kaitan dengan sufi
Tijani. Maka, ramai orang dewasa yang ada pada malam yang tersebut
diatas dibulan Ramadan, datang untuk mengucapkan tahniah kepada ayah
dan kemudian mencium kepala dan tangan saya dan berkata, ” Ini adalah
berkat dari ketua kita Shaykh Ahmad al-Tijani.” Elok juga dinyatakan
bahawa sufi Tijani berkembang luas di Morocco, Algeria, Tunisia, Libya,
Sudan dan Mesir, dan mereka yang mempercayainya, seakan-akan fanatik
terhadapnya. Mereka tidak menziarahi kuburan ulama lain, kerana
mengikut pada kepercayaan mereka, ulama’-ulama’ tersebut mendapat
ilmu dari satu sama lain, sedangkan Shaykh Ahmed al-Tijani mendapat
pengetahuan terus dari pesuruh Allah Muhammad (saw), walaupun pada
kenyataan nya dia berada 13 abad selepas Rasul Allah (saw)
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 6
Ia telah dikatakan bahawa Shaykh Ahmed al-Tijani pernah berhubung
dengan Rasul Allah yang agung (saw), dengan berkata-kata dengannya
diwaktu dia sedang jaga, tidak didalam tidur. Dipercayai juga bahawa
kesempurnaan sholat yang digubal oleh Shaykh adalah terlebih baik dari
khatam al Quran 40 kali.
Untuk meringkaskan nya saya akan berhenti dari mengatakan tentang
sufi Tijani pada peringkat ini, jika dikehendaki Allah, saya akan
merujukannya ditempat yang lain.
Maka saya membesar dengan kefahaman ini, begitu juga dengan remajaremaja
didaerah saya. Kami semua….segala pujian untuk Allah…. Sunni
Muslim mengikuti ajaran Imam Malik ibn Anas, Imam pada Dar al-Hijra.
Bagaimanapun kami di Afrika Utara, terbahagi kepada penganut-penanut
sufi. Sebagai contoh di Gafsa sahaja terdapat al-Tijani, al-Qadiriyya, al-
Rahmaniyya, al-Salamiyya dan al-Isaiyya. Bagi setiap golonggan
mempunyai pengikut dan penyokong yang boleh membaca cara syair dan
zikir (doa dan pujian untuk Allah) didalam semua keramaian seperti
perkahwinan, berkhatan dan perjanjian (bersumpah). Walaupun terdapat
aspek-aspek negatif, sufi tariqa memainkan peranan yang penting dalam
mengekalkan upacara keagamaan dan penghormatan pada mereka yang
berilmu.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 7
Haji Ke Baitullah
Waktu itu usiaku lapan belas tahun ketika Himpunan Penelitian
Kebangsaan Tunisia (HPKT) memberiku kepercayaan untuk mewakili
negara bersama lima orang lain, di dalam menghadiri Seminar Pertama
Penelitian Arab Dan Islam yang diadakan di Mekah. Ketika itu aku adalah
delegasi yang paling muda, sama ada dari aspek usia atau kematangan.
Dua dari mereka adalah kepala sekolah; ketiga guru di pusat ibu kota;
keempat wakil dari akhbat\r tempatan dan kelima seorang kerabat
Menteri Pendidikan Kebangsaan waktu itu.
Perjalanan kami tidak langsung. Kami transit di Athena tiga hari,
kemudian Amman, ibu kota Jordan empat hari lalu ke Saudi untuk
mengikuti Seminar sambil melaksanakan fardhu haji dan umrah.
Tidak terlukiskan bagaimana perasaanku pertama kali memasuki
Baitullah al-Haram. Degupan jantungku yang kuat seakan-akan ingin
memecah dinding penghalang untuk keluar melihat sendiri Baitul A’tiq ini
yang sejak lama diimpi-impikannya. Air mataku terus mengalir seakan
tidak mahu berhenti. Aku terlena dengan khayalan yang malaikat
membawaku untuk sampai ke bumbung Ka’bah lalu menyahuti seruan
Allah SWT dari sana:”Labbaik Allahumma Labbaik. Inilah hambaMu yang
datang menghadapMu.”
Ketika aku dengar suara talbiah jamaah haji, aku terfikir bahawa mereka
telah menghabiskan usia mereka untuk menyediakan bekal dan harta demi
datang ke Baitullah ini. Tetapi aku datang secara mengejut dan tanpa
persiapan dari diriku sendiri.
Masih teringat dibenakku betapa ayahku menangis dan menciumku ketika
melihat tiket pesawatku dan yakin akan kepergianku untuk menunaikan
fardhu haji. Ketika melepaskan pemergianku, belia berkata:”Tahniah
untukmu hai anakku. Allah telah menginginkanmu pergi haji sebelumku
dalam usia yang sebegini muda. Engkau adalah anakku Sayyid Ahmad
Tijani. Doakan aku di rumah Allah agar aku diampuniNya dan
diberikanNya rezeki untuk pergi haji ke tanah suci.”
Itulah kenapa aku menduga bahawa Allah SWT telah memanggilku dan
melimpahkan kurniaNya kepadaku dengan menyampaikan aku ke tempat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 8
yang sangat diidamkan oleh setiap jiwa. Adakah orang yang berhak
menyahuti panggilan itu lebih daripadaku. Waktu itu aku melebihkan
ibadah tawafku, solatku, sa’iku, bahkan ketika minum air zamzam
sekalipun. Ketika semua orang berlumba-lumba untuk nak ke gunung Jabal
Nur yang terdapat Gua Hira’, tidak seorang pun yang dapat
mengalahkanku kecuali seorang anak muda dari Sudan. Aku rukuk di sana
seakan-akan aku mencium baunya Nabi SAWA dan merasakan nafasnya.
Alangkah indahnya kenangan itu, suatu pengalaman yang sangat
membekas diingatanku dan tidak mungkin akan terlupa selama-lamanya.
Ada satu limpahan kurnia Illahi lain atas diriku dimana setiap delegasi
lain yang melihatku, dia akan menyukaiku dan meminta alamatku untuk
dapat berutus surat. Teman-teman seperjalananku yang dari awal masa
keberangkatan bersikap hina terhadapku, kini mula menyukaiku. Sebelum
ini aku hanya bersabar lantaran sikap mereka. Kerana aku tahu bahawa
penduduk utara memang menghina penduduk yang mempekecil-kecilkan
orang-orang yang datang dari kawasan selatan dan menganggap mereka
sebagai orang-orang yang belum maju. Pandangan mereka terhadapku
akhirnya berubah ketika dalam perjalanan, seminar dan musim haji ini.
Aku telah banyak mengukir prestasi di hadapan para delegasi dengan
syair-syair dan qasidah-qasidah yang aku hafal. Aku juga telah berhasil
membawa pulang berbagai ijazah kecemerlangan di dalam berbagai
pertandingan yang diadakan sempena acara itu. Ketika aku pulang ke
negeriku, aku telah membawa lebih dari dua puluh alamat teman-teman
dari berbagai bangsa.
Kami berada di Saudi selama dua puluh lima hari. Kami berjumpa dengan
berbagai ulama dan mendengar ucapan-ucapan mereka. Aku sangat
terkesan dengan sebahagian kepercayaan Wahabiyyah dan bahkan
berangan-angan agar kaum Muslimin seluruhnya berpegang kepada
kepercayaan ini. Waktu itu aku menyangka bahawa Allah SWT telah
memilih mereka dari sekian banyak hamba-hambaNya ini untuk menjaga
Baitullah al-Haram. Mereka adalah makhluk Allah yang paling suci dan
paling alim di atas muka bumi ini. Allah telah memperkayakan mereka
dengan minyak agar dapat berkhidmat kepada jamaah haji yang datang
sebagai tetamu Allah, dan menjamin keselamatan mereka.
Ketika aku pulang dari haji ke tanah airku, aku memakai pakaian ala
Saudi lengkap dengan lqal melilit kepala. Aku sangat terkejut dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 9
sambutan yang telah dipersiapkan oleh ayahku. Orang ramai telah
berkumpul di stesyen keretapi dipimpin sendiri oleh Syaikh Terekat
I’sawiyah, Syaikh Tijaniyyah dan Syaikh Qadiriyyah yang lengkap dengan
gendang kebesaran sufi.
Mereka membawaku mengelilingi jalan-jalan kota Qafsah sambil
mengumandangkan laungan takbir dan tahlil. Setiap kali kami lalu pada
sebuah masjid, maka mereka akan memintaku berhenti sejenak. Orang
ramai yang ada disekitarku berdesak-desak mahu menciumku,
terutamanya orang-orang tua. Mereka menangis kerana sangat
merindukan untuk melihat Baitullah dan berdiri dekat pusara Nabi
SAWA. Mereka belum pernah melihat orang balik haji seusiaku, apa lagi
di kota Qafsah ini.
Itulah hari-hariku yang sangat bahagia. Pemuka-pemuka tempatan datang
ke rumah kami untuk mengucapkan salam dan tahniah sambil meminta doa.
Kebanyakan mereka memintaku membacakan surah al-Fatihah dan doa di
kehadiran ayahku. Sekali-sekali aku berasa malu juga. Setiap kali para
tetamu keluar, ibuku akan masuk sambil meniupkan asap gaharu dan
memohon perlindungan dari tipu daya orang-orang yang jahat dan syaitan
yang terkutuk.
Ayahku mengadakan kenduri selama tiga hari berturut-turut demi Yang
Mulia Tijaniyyah. Setiap hari beliau menyembelih seekor kambing. Dan
orang-orang yang hadir bertanya segala sesuatu hatta perkara yang kecil
sekalipun. Jawapanku rata-rata berkisar antara rasa kekagumanku
terhadap Saudi dan kegiatan mereka di dalam menyebarkan Islam dan
membela kaum Muslimin.
Penduduk kota kami memanggilku dengan sebutan “Tuan Haji”. Jika nama
itu disebutkan maka maksudnya tidak lain kecuali diriku. Dan sejak itu
aku lebih dikenal oleh khalayak ramai terutamanya di kalangan akivisaktivis
agama seperti Jamaah Ikhwanul Muslimin. Aku pergi ke masjidmasjid
dan melarang orang-orang dari mencium nisan kuburan atau
mengusap-usap kayu-kayunya. Aku berusaha menyakinkan mereka bahawa
perbuatan itu adalah syirik kepada Allah. Aktivitiku bertambah luas. Aku
mulai mengajar di beberapa masjid pada hari Jumaat sebelum khutbah.
Aku berpindah-pindah dari masjid Abi Ya’qub ke masjid jamik agung.
Mengingat solat Jumaat didirikan pada waktu yang berlainan. Masjid
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 10
Abu Ya’qub mendirikan solat Jumaat pada waktu Zuhur sementara
masjid jamik pada waktu Asar. Pengajian-pengajian hari Ahad juga
banyak dihadiri oleh pelajar tingkatan atas tempat aku mengajar subjek
teknologi dan ilmu teknik. Mereka sangat suka menghadiri pengajianku,
mengingatkan bahawa aku banyak meluangkan masa untuk menghilangkan
segala kemusykilan yang ada pada benak mereka lantaran indoktrinasi
sebahagian daripada guru-guru falsafah atheis, sekularis dan komunis.
Mereka menunggu dengan penuh kesabaran ketika pengajian itu.
Sebahagian mereka ada yang datang ke rumah. Aku juga telah membeli
beberapa buku agama sebagai bahan bacaan yang akan dapat menambah
pengetahuanku dan dapat menjawab setiap pertanyaan dengan baik.
Di tahun-tahun hajiku itu juga aku telah dikurniakan memiliki separuh
agamaku yang lain. Ibuku sangat menginginkan aku berkeluarga sebelum
tiba akhir hayatnya. Beliaulah yang membesarkan semua anak-anak
suaminya dan menghadiri perkahwinan mereka. Cita-citanya juga ingin
melihat aku berkeluarga. Akhirnya Allah SWT menyampaikan cita-citanya
dan aku mematuhinya untuk mengahwini seorang anak gadis yang belum
aku lihat sebelumnya. Ibuku juga menyaksikan anak pertama dan keduaku.
Kemudian beliau meninggal dunia dalam keadaan redha kepadaku,
menyusuli kepergian ayahku dua tahun sebelumnya. Ayahku juga telah
menunaikan fardhu haji dan bertaubat kepada Allah, Taubatan Nasuha
dua tahun sebelum beliau menghadap Allah SWT.
Revolusi Libya muncul di saat kaum Muslimin dan Arab mengalami
kekalahan yang memalukan dalam peperangannya dengan Israel. Anak
muda pemimpin revolusi itu muncul dan berbicara atas nama Islam. Beliau
solat dengan ummat di masjid dan menyeru akan pembebasan al-Quds.
Beliau sangat menarik perhatianku dan perhatian seluruh pemuda-pemuda
Arab dan Islam yang lain. Rasa ingin tahu kami akhirnya mendorong kami
untuk mengadakan kunjungan kebudayaan ke Libya. Bersama dengan
empat puluh orang terpelajar, kami pun berangkat menuju ke sana pada
awal revolusi itu. Kemudian kami kembali dengan rasa kekaguman yang
luar biasa itu. Kami berasa sangat optimis dengan masa depan yang
diharapkan akan menguntungkan semua umat Islam dan Arab secara
keseluruhan.
Korespondensi aku dengan beberapa teman berjalan di tahun-tahun itu.
Aku telah mengadakan suatu hubungan rapat dengan beberapa orang dari
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 11
mereka yang terus mendesakku untuk datang. di suatu cuti panjang
musim panas, aku berencana ingin mengadakan sautu perjalanan selama
tiga bulan. Perjalanan darat melalui Libya, lalu kemudian ke Mesir. Dari
sana aku akan melalui jalan laut menuju Lebanon, Syria, Jordan, dan
Saudi. Di sana aku akan menunaikan ibadah murah dan memperbaharui
janji setiaku terhadap fahaman Wahabiyyah yang banyak aku
propagandakan di kalangan para mahasiswa dan pelajar serta masjidmasjid
yang dihadiri oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin.
Kemasyhuranku menjangkau negeri-negeri yang berhampiran. Seorang
musafir kadang-kala berlalu di tempat kami lalu solat Jumaat dan
menghadiri kuliahku. Ketika pulang dia menceritakan ehwal kami kepada
masyarakat sekitarnya, sehingga sampailah ke telinga Syaikh Ismail al-
Hadifi, pemimpin tarekat sufi yang terkena di kota Tuzer, ibu negeri al-
Juraid dan tempat persemadian Abul Qasim as-Syabi. seorang penyair
yang termasyhur. Syaikh ini mempunyai pengikut dan penggemar di
serata pelusuk Tunisia; bahkan di luar negeri sekalipun di kalangan para
pekerja di Perancis dan Jerman.
Suatu hari menerusi para wakilnya di Qafsah beliau menjemputku untuk
melawatnya. Diutusnya sepucuk surat yang panjang untukku dengan
ucapan rasa terima kasih kerana khidmatku terhadap Islam dan Muslimin.
Mereka mendakwa bahawa kesemua itu tidak akan mendekatkanku pada
Allah sedikit pun jika aku tidak melalui jalannya Syaikh yang arif itu. Ini
berdasarkan hadith yang sangat masyhur di kalangan mereka:”Sesiapa
yang tidak memiliki Syaikh maka syaikhnya adalah syaitan. Mereka
berkata:”Engkau juga mesti memiliki Syaikh yang akan menunjukkanmu
kepada jalan-jalan yang sebenarnya kalau tidak maka separuh ilmumu
bermakna kurang…..”Mereka juga berkata bahawa “Sohib Zaman”, yakni
Syaikh Ismail ini telah memilihku untuk menjadi Khasal-Khas, yakni
kalangan yang paling dekat dengannya.
Mendengar ini hatiku terasa gembira sekali. Aku menangis lantaran
sangat terharunya pada kurnia Allah yang terus mengangkatku dari
makam tinggi ke makam yang lebih tinggi lagi dari kedudukan yang baik
kepada yang lebih baik. Sebelum ini aku pernah mengikut Sayyidi Soleh
Bis Saih dan Sayyidi al-Jilani serta berbagai guru tarekat yang ada. Aku
tunggu waktu perjumpaan yang dijanjikan itu dengan penuh kesabaran.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 12
Ketika kau masuk ke rumah Syaikh aku jumpai berbagai wajah sedang
menantinya dengan penuh semangat. Murid-muridnya ramai yang hadir di
majlis itu. Di antara mereka ada sejumlah orang-orang tua yang memakai
serban serba putih. Setelah acara Tahiyyah (ucapan salam) maka Syaikh
Ismail keluar. Semua yang hadir mencium tangannya dengan penuh
hormat. Dan wakilnya yang membawaku ini menggenggam tanganku sambil
mengatakan bahwa inilah Syaikh Ismail. Aku tidak berasa kagum sama
sekali melihat rupanya – tidak sehebat seperti apa yang aku bayangkan di
benakku. Wakil dan para mengikutnya telah menceritakan berbagai
macam keramat dan mukjizat Syaikh ini sehingga kehebatan dan
ketokohannya terukir besar di dalam bayangan fikiranku. Namun apa yang
aku lihat, beliau hanyalah seorang syaikh biasa yang tidak mempunyai
wibawa dan keagungan. Si-wakil memperkenalkan aku kepadanya di
pertengahan majlis. Beliau menyambutku dan mempersilakan aku duduk di
sebelah kanannya. Setelah makan dan minum maka acara dimulakan.
Kemudian wakil ini memintaku mengambil perjanjian dan wirid dari Syaikh
ini. Setelah itu maka semua yang hadir mengucapkan tahniah sambil
memelukku.
Dari percakapan mereka aku faham bahawa mereka sebenarnya telah
sering mendengar namaku. Sebahagian jawapan Syaikh kepada orangorang
yang bertanya kadang-kadangku sanggah berdasarkan hujah-hujah
al-Qur’an dan Sunnah. Tetapi sebahagian yang hadir menganggapnya
buruk dan bersikap kurang ajar kepada Syaikh kerana kebiasaannya
mereka tidak bercakap jika berada di hadapan kecuali dengan izinnya.
Sikap tidak puas hati mereka ini dirasakan oleh Syaikh. Dengan cara yang
bijak beliau meredakan perasaan mereka seraya berkata:”Sesiapa yang
bersikap berani-api maka pada akhirnya akan cemerlang.” Para hadirin
menganggap ini sebagai ‘isyarat baik’ dari Syaikh, dan akan menjadi
jaminan paling besar bagi kecemerlangan akhirku. Mereka memberikan
tahniah kepadaku. Tetapi Syaikh ini adalah seorang yang pandai dan
terlatih. Beliau tidak memberikan kesempatan kepadaku untuk
melanjutkan sanggahan yang ‘mengejutkan’ itu. Diceritakankan hikayat
seorang yang Arif Billah (wali) ketika duduk bersama sejumlah ulama.
Kepada salah seorang dari ulama ini si-wali berkata: bangun dan pergilah
mandi. Si-alim pergi dan mandi. Kemudian dia datang semula ke majlis.
Sebelum sempat duduk, si-wali berkata lagi kepadanya: pergi mandi lagi.
Lalu dia pergi dan mengulangi mandinya dengan cara yang paling baik.
khuatir mandinya tadi tidak betul. Kemudian dia datang lagi untuk duduk
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 13
di majlis itu, namun Syaikh tetap sahaja menyuruhnya pergi dan mandi.
Kemudian si-alim ini menangis dan berkata: Ya Tuan Syaikh. Aku telah
mandi dengan cara ilmuku dan amalku. Tiada apa-apa lain dalam diriku
melainkan apa yang akan Allah bukakan kelak melalui kedua tanganmu.
Lalu Syaikh ini berkata: sekarang duduklah.
Aku tahu bahawa yang dimaksudkan dari cerita ini adalah diriku. Para
hadirin juga tahu. Setelah keluarnya Syaikh dari majlis mereka
mencelaku dan menyuruhku berdiam dan wajib hormat bila duduk di
hadapannya. Mengingatkan bahawa Syaikh ini adalah Sohib Zaman. Dan
sikapku ini dikhuatirkan akan melucutkan segala amal-amal baikku selama
ini. Hujah mereka adalah firman Allah seperti berikut:”Wahai orangorang
yang beriman. Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari
suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras
sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian
yang lain supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak
menyedari.” [Al-Hujurat:2]
Aku tahu harga diriku. Aku ikuti perintah dan nasihat-nasihatnya, dan
lebih dari itu aku dekatkan lagi diriku kepadanya. Aku tinggal bersamanya
selama tiga hari dimana aku juga bertanya berbagai masalah kepadanya
yang sebahagiannya sekadar ingin mengujinya. Syaikh ini juga sedar akan
sikapku ini lalu berkata bahawa al-Qur’an memiliki makna zahir dan batin
sehinggalah ke tujuh batin.
Allah juga telah membukakan untukku peti rahsiaNya, dan menunjukkan
kepadaku KursiNya yang khas di mana terdapat salasilah orang-orang
yang soleh dan arif secara musnad dan bersambung kepada Abul Hasan
as-Syazali dan terus kepada sejumlah para wali sehinggalah sanadnya
sampai kepada Imam Ali Karamallah Wajhahu.
Perlulah diberitahu bahawa majlis-majlis mereka adalah bersifat
ritualistik atau kerohanian. Mula-mula Syaikh akan membukakannya
dengan bacaan beberapa ayat al-Qur’an yang mudah secara tajwid.
Kemudian membaca qasidah yang diikuti oleh para muridnya yang hafal
berbagai madah dan zikir yang kebanyakannya mencela dunia dan
mengajak pada akhirat, makna zuhud serta warak. Setelah itu murid
yang duduk di sisi kanan Syaikh akan memulakan bacaan ayat-ayat al-
Qur’an yang baru dan Syaikh serta merta akan membacakan qasidah yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 14
lain pula diikuti oleh semua yang hadir.
Begitulah seterusnya secara bergilir-gilir walau sekadar satu ayat
sehinggalah para hadiirin seakan tidak sedar. Mulalah mereka
mengoyang-goyangkan badannya ke kanan dan ke kiri mengikut rentak
madah tadi sampaikan tuan Syaikh berdiri dan berdirilah semua yang
hadir sehingga membentuk satu bulatan di mana Syaikh berada di
tengah-tengah. Kemudian mereka menyebutkan “zikir-dada”:
ah..ah..ah..Dan Syaikh di tengah-tengah mereka dan menghadap setiap
seorang dari mereka dengan suara bacaan yang keras sekali.
Kemudian sebahagian daripada mereka melompat-lompat dalam satu
gerakan bak kegilaan sambil mengangkat suara tinggi-tinggi yang
berirama tetapi menakutkan. Setelah keletihan maka majlis menjadi
tenang kembali dengan diakhiri qasidah Syaikh. Dan setelah mencium
kepala Syaikh dan bahunya secara bergilir-gilir maka semua yang hadir
akan duduk semula.
Aku telah mengikuti majlis mereka beberapa kali sebagai tanda simpati
tanpa diiringi dengan sikap rela hati. Aku dapati jiwaku berkecamuk
dengan kepercayaan yang aku pegang selama ini yakni cuba tidak
mensyirikkan Allah seperti bertawasul kepada selain daripada Allah
SWT. Aku jatuh ke bumi sambil menangis tersedu-sedu kerana bingung
dengan dua aliran yang sangat kontradiktif ini; aliran sufi yang penuh
dengan acara-acara ritualistik (kebatinan) di mana jiwa manusia akan
terasa sesuatu kezuhudan dan kedekatan pada Allah SWT melalui para
waliNya yang soleh dan hambaNya yang arif, dan aliran Wahabiyyah yang
mengajarku bahawa kesemua itu adalah syirik pada Allah. Dan syirik
adalah dosa yang tidak diampunkan.
Jika Muhammad Rasulullah SAWA tidak memberi apa-apa manfa’at dan
tidak boleh dijadikan tawasul antara Allah SWT maka apalah ertinya
mereka para wali dan orang-orang soleh itu?
Walaupun Syaikh menempatkan aku pada ‘maqam’ yang tinggi sebagai
wakilnya di Qafsah tetapi jiwaku belum merasa puas sama sekali. Walau
kadang-kadang aku condong kepada tarekat sufi dan sering menyimpan
rasa hormat dan takzim disebabkan para wali Allah dan orang-orang soleh
tersebut, namun aku juga memprotes berhujahkan firman Allah:”Jangan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 15
kamu menyeru bersama Allah Tuhan yang tiada lain selain Dia,”[Al-
Qishos:88]. Jika ada orang berkata bahawa Allah berfirman:”Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan carilah
wasilah yang mendekatkan diri kepadaNya”[Al-Maidah:35] maka aku akan
menjawab seperti apa yang diajarkan kepadaku oleh ulama-ulama Saudi
bahawa wasilah yang dimaksudkan adalah amal yang soleh.
Al-hasil aku hidup waktu ini dengan perasaan yang gelisah dan pemikiran
yang kacau. Kadang-kadang sebahagian murid-murid Syaikh datang ke
rumahku dan mengadakan acara-acara serupa dalam bentuk halaqahhalaqah
sehinggalah para tetanggaku merasa cukup terganggu dengan
suara ‘ah….ah…ah…kami. Setelah aku tahu itu maka aku minta agar
mereka mengadakannya di rumah lain dan aku minta maaf lantaran ingin
keluar negeri selama tiga bulan. Kemudian aku berpisah dengan keluarga
dan kaum kerabatku menuju Tuhanku dengan penuh rasa tawakal
kepadaNya tanpa mensyirikkanNya sekali-kali.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 16
Perjalanan Berjaya
Di Mesir
Aku berada di Tripoli hanya selama masa visa yang mereka berikan
kepadaku melalui kedutaan Mesir di Tunisia sahaja. Di sana aku berjumpa
dengan beberapa orang temanku. Mereka banyak membantuku. Semoga
Allah membalas jasa mereka itu. Dan di dalam perjalananku ke Kaherah
yang memakan selama tiga hari tiga malam, aku menaiki sebuah teksi
bersama empat orang Mesir lain yang pulang kerja dari Libya. Di dalam
perjalanan itu aku banyak bercakap dengan mereka dan membacakan
beberapa ayat-ayat suci al-Qur’an. Mereka menyukaiku dan masingmasing
mengajakku singgah ke rumahnya. Di antara mereka seorang
sahaja yang aku pilih dan bersedia pergi ke rumahnya, lantaran sifat
warak dan taqwa yang nampak dalam dirinya. Namanya Ahmad. Beliau
menyambutku dan menerima hangat kedatanganku. Mudah-mudahan Allah
berkenan membalas jasanya.
Aku berada selama dua puluh har di Kaherah. Aku sempat berkunjung ke
tempat penyanyi terkenal, Farid at-Atharsy di rumahnya yang menghadap
sungai Nil. Aku sejak lama mengkaguminya lantaran berita tentang
peribadinya dan sikap rendah dirinya seringkali aku baca di dalam
majalah-majalah Mesir yang dijual di Tunisia. Sayang aku hanya dapat
berjumpa dengannya selama 20 minit sahaja kerana waktu itu dia akan
berangkat ke Lebanon. Aku juga berkunjung ke tempatnya Syaikh Abdul
Basit Abdus Samad seorang qari al-Qur’an yang sangat terkenal itu. Aku
juga sangat mengkaguminya. Aku hanya sempat bersamanya selama tiga
hari. Kami banyak berdiskusi dalam pelbagai masalah bersama kerabat
dan sahabat-sahabatnya. Mereka juga kagum dengan semangatku,
ketegasanku dan luasnya informasi yang aku miliki. Jika mereka bercakap
mengenai seni, maka aku juga bercakap mengenai seni dengan panjang
lebar. Dan jika mereka bercakap tentang zuhud dan tawasuf, maka aku
katakan yang aku adalah dari tarekat Tijaniyyah dan sekaligus
berperadaban tinggi. Jika mereka bercakap tentang dunia barat, maka
aku ceritakan kepada mereka tentang Paris, London, Belgik, Holand, Itali,
dan Sepanyol yang aku lawati di cuti-cuti musim panas yang lalu. Bila
mereka bercakap tentang haji maka aku katakan yang aku telah pergi haji
dan kini akan pergi menunaikan umrah pula. Aku ceritakan kepada mereka
tempat-tempat yang tidak mereka ketahui hatta oleh mereka yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 17
pernah menunaikan haji sebanyak tujuh kali sekalipun seperti Gua Hira’,
Gua Thur, dan tempat Nabi Ismail disembelih. Dan bila mereka bercakap
tentang sains dan penemuan-penemuannya, maka aku perincikan kepada
mereka dengan bilangan dan istilah-istilahnya sekali. Dan bila mereka
bercakap tentang politik, maka aku dapat patahkan hujah-hujah mereka
sambil berkata:”Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Nasir
Salahuddin al-Ayyubi yang telah mengharamkan dirinya dari tersenyum
apalagi tertawa. Ketika orang-orang dekatnya mencela dan berkata:
dahulunya Nabi SAWA sentiasa dilihat dalam keadaan tersenyum, maka
Ayyubi menjawab: bagaimana kamu menginginkan aku tersenyum
sementara Masjidul Aqsa masih berada di bawah tangan musuh-musuh
Allah. Tidak, demi Allah, aku tidak akan tersenyum sehinggalah aku dapat
membebaskannya atau mati kerananya.
Beberapa syaikh dari al-Azhar ikut hadir dalam majlis kami. Mereka
sangat kagum dengan apa-apa yang aku hafal seperti hadith, ayat-ayat
dan hujah-hujah yang kuat lainnya. Mereka bertanya dari universiti
manakah aku dapat sarjana. Aku menjawab aku adalah sarjana keluaran
Universiti Zaitun. yang telah didirikan sebelum Universiti al-Azhar. Aku
katakan lagi bahawa orang-orang dari kalangan Fatimiyyah yang
mendirikan al-Azhar itu sebenarnya berasal dari kota Mahdiah di Tunisia.
Aku juga sempat berkenalan dengan sejumlah ulama dari Universiti al-
Azhar. Mereka pinjamkan kepadaku beberapa buah buku. Suatu hari aku
berada di pejabat salah seorang pegawai pentadbiran al-Azhar. Tibatiba
datang seorang ahli Dewan Kepimpinan Revolusi Mesir dan
menjemputnya untuk hadir dalam suatu perhimpunan kaum Muslimin di
salah sebuah syarikat besi waja Mesir yang besar di Kaherah yang rosak
akibat Perang Oktober ketika itu. Beliau tidak mahu melainkan aku ikut
serta. Di sana mereka memintaku memberikan ceramah kepada para
hadirin. Dan aku lakukan tugas ini dengan mudah lantaran kebiasaanku
dalam memberikan berbagai ceramah di masjid-masjid dan markasmarkas
kebudayaan di negeriku.
Yang penting dari apa yang aku ceritakan dalam bab ini adalah perasaanku
yang mulai membesar dan sikap mengkagumi diri sendiri mulai timbul. Aku
berfikir ketika itu bahawa aku memang telah menjadi seorang alim yang
berpengetahuan tinggi. Betapa tidak. Ulama-ulama al-Azhar sendiri
menyaksikan sendiri hal itu. Antara lain mereka berkata:”Tempatmu
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 18
sudah sewajibnya di al-Azhar di sini.” Dan yang lebih membanggakan
diriku lagi adalah “izin” Rasulullah SAWA yang diberikannya kepadaku
untuk melihat peninggalan-peninggalannya seperti yang dikatakan oleh
pegawai yang mengurus Masjid Saidina Husayn di Kaherah. Beliau hanya
mengajakku seorang untuk masuk ke dalam hujrah iaitu ruang yang tidak
dibuka kecuali olehnya sendiri. Dan ketika kami masuk beliau menutupnya
semula dari dalam. Dibukanya sebuah almari dan dikeluarkannya sehelai
baju Nabi SAWA. Lalu aku cium baju tersebut. Juga diperlihatkannya
kepadaku sejumlah peninggalan yang lain. Setelah keluar dari sana aku
menangis kerana begitu terkesan dengan perhatian Nabi SAWA
terhadapku secara peribadi. Orang ini juga tidak memintaku sebarang
upah. Dia hanya mengambil sesuatu yang sangat sedikit setelah aku paksa
dan mendesaknya. Diucapkannya tahniah kepadaku sambil berkata yang
aku ini adalah di antara orang-orang yang diterima di sisi Nabi SAWA.
Peristiwa ini barangkali sangat memberi kesan kepadaku sehingga aku
berkali-kali berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Wahabiyyah
bahawa Nabi SAWA telah meninggal dan selesailah sudah riwayatnya
sebagaimana orang-orang lain yang mati. Aku menolak fikiran seperti itu.
Bahkan aku yakin bahawa iqtiqad seperti itu adalah karut. Seandainya
seorang syahid di jalan Allah tidak “mati”, bahkan hidup mendapatka
rezeki di sisi Tuhannya, maka betapa pula penghulu para nabi dan rasul.
Perasaanku ini bertambah kuat lantaran dahulunya aku memang percaya
akan pelajaran-pelajaran tasawuf yang memberikan hak dan kebenaran
kepada para wali dan syaikh-syaikh mereka “campur tangan” di dalam
perjalanan alam ini. Mereka percaya bahawa Allah SWT telah
memberikan izin kepada mereka lantaran mereka taat kepadaNya dan
patuh pada segala perintahNya. Bukankah ada suatu hadith qudsi
menyebut:”Wahai hambaKu, taatlah kepadaKu nescaya kau akan
menjadi sepertiKu, mengatakan kepada sesuatu: jadilah maka ia akan
menjadi.” Dari situ maka mulailah pertarungan-pertarungan menyala
dalam fikiranku.
Akhirnya aku akhiri kunjungan ke Mesir dengan melawat berbagai masjid
dan solat di dalamnya seperti Masjid Malik, Masjid Abu Hanifah, Masjid
Syafie dan Masjid Ahmad bin Hanbal. Kemudian aku juga melawat
Sayyidah Zainab dan Sayyidina Husayn. Juga tidak ketinggalan Pondok
Tijaniyyah yang menyirat banyak cerita.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 19
Perjumpaan Di Atas Kapal
Aku berangkat ke Iskandariyah pada hari yang telah ditentukan untuk
dapat ikut sebuah kapal Mesir yang akan menuju Beirut. Waktu itu aku
sangat lelah dan fikiranku juga letih. Aku berbaring dan tidur barang
sejenak. Setelah dua atau tiga jam perjalanan, aku dkejutkan oleh suara
sebelahku yang berkata yang berkata : “Nampaknya saudara yang satu ini
sangat keletihan.” Lalu ku jawab : “Ya, memang. Aku sangat letih kerana
perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah. Aku mesti sampai ke pelabuhan
dengan seberapa segera dan terpaksa tidur sedikit semalam.”
Dari perbualan kami, aku fahami yang beliau bukanlah orang Mesir.
Seperti biasa rasa ingin-tahuku mendorongku untuk mengenalnya lebih.
Lalu ku kenalkan diriku dan aku juga mengenalnya. Beliau berasal dari
Iraq dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Baghdad. Namanya
Mun’im. Beliau datang ke Kaherah untuk mengambil gelar doktor dari
Universiti al-Azhar.
Perbincangan kami sekitar Mesir, dunia Arab dan dunia Islam yang lain.
Kami juga membincangkan tentang kekalahan Arab dan kemenangan
Yahudi serta berbagai topik lain. Antara lain ku katakan bahawa punca
kekalahan adalah terpecahnya Arab dan Muslimin kepada berbagai
negara, bangsa dan mazhab. Walaupun bilangan mereka banyak tetapi
tidak ada nilai sama sekali di mata musuh-musuh mereka.
Kami juga berbincang tentang banyak tentang Mesir dan rakyatnya. Kami
sepakat tentang punca kekalahan mereka. Ku tambahkan lagi bahawa aku
sebenarnya anti dengan perpecahan yang telah dirancang oleh para
penjajah seperti ini. Tujuan mereka semata-mata ingin dengan mudah
menguasai dan mengalahkan kita. Kita masih membezakan antara Maliki
dengan Hanafi. Dan kuceritakan kepadanya tentang peristiwa pahit yang
kualami ketika masuk ke masjid Abu Hanifah di Kaherah. Waktu itu aku
ikut sembahyang Asar berjemaah. Selepas sembahyang tiba-tiba orang
yang berdiri di sampingku dengan nada marah berkata kepadaku :
“Kenapa kau tidak sedekapkan tanganmu ketika sembahyang tadi?” Ku
jawab dengan penuh adab dan hormat bahawa Mazhab Maliki mengatakan
bahawa tangan mesti lurus ketika sembahyang dan aku ikut mazhab
Maliki”. Kalau begitu sembahyang saja di Masjid Malik!” Katanya geram.
lalu aku keluar dari masjid dengan perasaan kesal dan kecewa.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 20
Tiba-tiba ustaz Iraq ini tersenyum dan berkata kepadaku bahawa dia
bermazhab Syi’ah. aku terkejut mendengarnya. Tanpa mau peduli ku
katakan kepadanya bahawa jika aku tahu anda adalah seorang Syi’ah
maka aku tidak akan mahu bercakap denganmu. “Kenapa?” Tanyanya.
“Kerana kalian bukan orang-orang Muslim. Kalian menyembah Ali bin Abi
Thalib. Orang yang paling moderat dari kalian memang menyembah Allah,
namun mereka tidak beriman dengan Risalah Nabi Muhammada s.a.w.
Mereka mencaci Malaikat Jibril dan berkata bahawa dia telah berbuat
salah. yang sepatutnya wahyu diturunkan kepada Ali tetapi dia turunkan
kepada Muhammad. Aku terus bercakap kata-kata seumpama itu
sementara temanku ini kadang-kadang tersenyum dan sekali-sekali
mengucap.
Setelah selesai dia bertanya kepadaku :
“Adakah anda seorang guru?”
“Ya”. Jawabku.
“Jika guru yang berfikir seperti ini maka tidak hairan kalau orang-orang
awam yang tidak terpelajar juga akan berfikir demikian.”
“Apa maksud anda?” Tanyaku mengulang
“Maaf. Dari mana anda mendapatkan propaganda-propaganda bohong
seperti ini?”
“Dari buku-buku sejarah dan dari ucapan orang banyak.”
“Tinggalkan apa yang dikatakan orang. Tetapi buku sejarah mana yang
anda baca?”
“Seperti buku Fajrul Islam, Dhuhal Islam dan Zuhrul Islam karya Ahmad
Amin dan lain-lainnya.”
“Bila Ahmad Amin jadi hujah kepada Syi’ah? Untuk berlaku adil dan
objektif anda mesti merujuk kepada sumbernya yang asli.”
“Kenapa aku mesti mengkaji sesuatu perkara yang telah dikenal oleh
kalangan khusus dan umum?” jawabku lagi.
“Ahmad Amin sendiri telah berkunjung ke Iraq. Dan aku di antara orang
yang sempat berjumpa dengannya di Najaf. Ketika kami sentuh mengenai
tulisannya tentang Syiah, beliau meminta maaf sambil berkata: aku tidak
tahu apa-apa tentang kalian dan aku tidak pernah berhubungan dengan
Syi’ah sebelum ini. Ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan orangorang
Syiah. Kami berkata kepadanya bahawa satu permohonan maaf
kadangkala lebih buruk dari berbuat kesalahan. Bagaimana anda tidak
tahu apa-apa tentang kami lalu anda tulis segala yang buruk tentang
kami.”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 21
Kemudian beliau melanjutkan:
“Ya akhi, jika hukumkan kesalahan Yahudi dan Nasrani melalui al-Qur’an,
walaupun ianya merupakan hujah kuat bagi kita, tetapi mereka tidak
mengiktirafnya. Suatu hujah akan menjadi sangat kuat jika kesalahan
mereka kita buktikan melalui kitab-kitab yang dipercayainya.”
Perkataan ini menyentuh hatiku bagaikan tersiramnya air yang deras ke
dalam kalbu orang yang dahaga. Aku perhatikan diriku berubah dari
seorang yang berasa hasad dan dengki kepada rasa ingin tahu dan
mengkaji. Aku rasakan mantiknya yang sihat dan hujahnya yang kuat. Apa
salahnya jika aku mengambil sikap rendah hati sedikit dan mendengar
kata-katanya. Aku katakan kepadanya:
“Kalau begitu anda di antara orang yang percaya kepada kenabian
Muhammad?”
“Salallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam,” Jawabnya. Semua orang syiah
percaya pada kenabian itu. Anda, ya akhi mesti mengkajinya sendiri
sehingga anda betul-betul membuktikannya dan tidak menaruh prasangka
terhadap saudara-saudara anda orang syiah, mengingat “sebahagian dari
prasangka itu adalah dosa.” Beliau menambah lagi:
“Jika anda benar-benar ingin mengetahui yang hak dengan mata kepala
anda sendiri dan diyakini pula oleh hati anda, saya menjemput anda untuk
melawat Iraq dan ulama-ulama Syiah serta orang-orang awamnya. Waktu
itu anda akan tahu pembohongan orang-orang yang hasad dengki dan
berniat buruk.”
“Memang cita-citaku ingin melawat Iraq pada suatu hari kelak,”Jawabku
spontan.”Aku ingin melihat peninggalan-peninggalan sejarah Islam yang
ditinggalkan oleh orang-orang Abbasiyyah terutamanya Harun al-Rashid
tetapi pertama-tamanya wang perbelanjaanku terbatas dan aku telah
bercadang akan pergi umrah. Kedua, pasport yang aku bawa tidak
mengizinkan aku masuk ke Iraq.”
“Ketika aku katakan yang aku mahu menjemputmu datang ke Iraq
bermakna aku akan menjamin perbelanjaanmu dari Beirut sehingga
Baghdad, pergi dan balik. Dan anda, akan menginap di rumahku, kelak
sebagai tetamuku. Kedua, berkenaan dengan pasport yang anda katakan
tadi tidak boleh masuk ke Iraq, biarlah kita serahkan pada Allah SWT.
Jika Allah SWT telah mentakdirkanmu untuk melawat Iraq, hatta tanpa
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 22
pasport sekalipun anda akan pergi juga. Kita akan berusaha mendapatkan
visa masuk seketika kita sampai di Beirut kelak.”
Mendengar hal ini, aku sangat gembira sekali. Aku berjanji kepadanya
akan memberi jawapan esok, Insya Allah.
Aku keluar dari kamar tidur dan naik ke atas kapal mencari udara baru.
Aku berfikir sesuatu yang baru. Fikiranku melayang-layang di lautan yang
tidak terbatas itu. Aku mengucapkan Tasbih kepada Tuhanku yang telah
menciptakan alam semesta dan memujiNya. Aku ucapkan rasa terima
kasihku kepadaNya yang telah menyampaikan aku ke tempat ini sambil
memohon kepadaNya agar melindungiku dari segala kejahatan dan
menjagaku dari segala kesalahan. Ingatanku juga melayang-layang
merakam kembali berbagai ingatan yang aku alami dan berbagai
kebahagiaan yang aku lalui dari sejak masa kecilku sehinggalah hari ini.
Aku bercita-cita akan masa depan yang lebih baik. Aku berasa seakan
Allah dan RasulNya menganugerahkan kepadaku suatu kurnia tersendiri.
Aku lihat kembali arah Mesir yang sekali-kali masih memperlihatkan
sebahagian pantainya, sambil mengucapkan selamat tinggal kepada bumi
yang di dalamnya aku cium baju Rasulullah SAWA. Betapa indahnya
kenangan itu. Kata-kata orang syiah tadi juga masih terus berdengung di
telingaku dan sangat menggembirakanku. Betapa tidak kerana cita-citaku
untuk melawat Iraq memang ada di dalam benakku sejak masa kecil lagi.
Dan kini nampaknya hampir menjadi nyata. Iraq seperti yang aku
bayangkan adalah tanah airnya Harun ar-Rashid dan Makmun pengasas
Darul Hikmah, pusat di masa berbagai pelajar dari barat datang
menuntut ilmu pada kurun kegemilangan peradaban Islam dahulu.
Sebagaimana ia juga adalah tanah airnya al-Qutb ar-Rabbani wa-Syaikh
as-Somadani Sayyidi Abdul Kadir al-Jilani di mana namanya dikenal di
seluruh pelusuk dunia dan tarekat ajarannya memasuki semua tempat.
Dan ini bagiku adalah anugerah baru dari Allah SWT.
Lama aku berkhayal dan berangan-angan sehinggalah suara pembesar
kapal tiba-tiba mengejutkanku. Suara itu memanggil semua penumpang
kapal agar pergi ke kantin untuk makan malam. Aku pergi ke sana dan
seperti biasa – manusia bersesak-sesak dan hiruk-pikuk. Tiba-tiba orang
syiah tadi memegang bajuku dan dengan perlahan menarikku ke belakang.
Katanya:”Mar yan akhi. Tak perlu anda menyusahkan diri anda. Biarlah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 23
kita makan sebentar lagi setelah kesesakan seperti itu menjadi reda. Aku
sejak tadi mencarimu. Anda sudah solat?” Tanyanya kepadaku.”Belum”,
jawabku.”Biarlah kita solat dahulu kemudian makan setelah orang ramai
selesai,”ajaknya.
Aku setuju dengan pendapatnya dan kami pergi ke tempat yang agak
kosong untuk berwudhu. Kemudian aku memintanya menjadi imam
lantaran ingin ‘mengujinya’ bagaimana dia solat, untuk kemudian aku
ulangi solatku semula. Setelah dia solat maghrib dan membaca bacaan dan
doanya dengan baik, serta merta aku ubah niatku tadi. Aku berfikir
seakan-akan aku solat berjamaah dengan salah seorang dari sahabat yang
mulia di mana aku belajar darinya, dari sifat waraknya dan taqwanya.
Setelah solat, beliau membaca doa yang panjang yang tidak aku dengar
seumpamanya di negeri kami dan di negeri-negeri yang aku kenal. Setiap
kali aku dengar beliau berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya
dan memuji-mujinya hatiku terasa sangat tenteram dan gembira.
Setelah selesai solat aku perhatikan bekas-bekas tangis membekas dalam
kedua belah matanya. Aku juga mendengar beliau mendoakanku semoga
Allah bukakan mata dan hatiku dan membimbingku.
Kami pergi ke kantin. Tempat duduk sudah nampak kosong. Beliau tidak
mahu duduk sebelum aku sendiri duduk. Pelayan menghantarkan kepada
kami dua pinggan makanan. Dan aku lihat temanku ini menggantikan
pingganku dengan pinggannya kerana bahagian dagingku kurang sedikit
daripada bahagian dagingnya. Beliau melayanku seakan-akan aku ini adalah
tetamunya. Diceritakannya kepadaku berbagai riwayat tentang makanan,
minuman dan adab makanan yang tidak pernah aku dengar seumpamanya
sebelum ini.
Aku sangat kagum dengan akhlaknya ini. Beliau juga menjadi imam kami di
dalam solat Isya’ dan membaca doa-doa yang panjang sehingga
membuatku menangis. Aku bermohon kepada Allah agar merubah
prasangkaku kepadanya kerana mengingatkan bahawa sebahagian dari
prasangka itu adalah dosa. Tetapi siapa tahu?!
Aku tidur dan memimpikan Iraq serta seribu satu malamnya. Aku
terbangun setelah beliau membangunkanku untuk solat Subuh. Kami solat
berjamaah dan berbincang-bincang tentang berbagai nikmat Allah yang
dilimpahkanNya kepada kaum Muslimin.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 24
Kami pergi tidur lagi. Ketika aku bangun aku lihat beliau sedang duduk di
atas katilnya sambil memegang tasbih berzikir kepada Allah SWT.
Melihatnya hatiku terasa tenteram dan jiwa ini terasa tenang. Lalu aku
bermohon ampun kepada Tuhanku.
Ketika kami sedang bersarapan di kantin tiba-tiba pembesar suara
mengumumkan bahawa kapal telah menghampiri pantai Lebanon. Dengan
izin Allah kami akan berada di pelabuhan Beirut dalam masa dua jam lagi.
Beliau bertanya kepadaku apa keputusanku? Aku jawab jika Allah SWT
memudahkan perkara visa masuk, maka tiada alasan untuk menolak
jemputan anda; sambil mengucapkan ribuan terima kasih.
Kami turun di Beirut dan bermalam di sana. Dari sana kami berangkat ke
Damsyik dan terus ke kedutaan Iraq. Di sana aku berjaya mendapatkan
visa untuk masuk dengan cepat sekali, tidak seperti mana yang aku
sangkakan. Sekeluarnya aku dari sana, beliau mengucapkan tahniah
kepadaku dan memuji Allah atas kurniaNya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 25
Pertama Kali Melawat Iraq
Kami berangkat dari Damsyik ke Baghdad dengan sebuah bas milik
Syarikat an-Najaf al-A’lamiyyah yang berhawa dingin. Waktu itu suhu
panas kota Baghdad sehingga empat puluh darjah celsius. Sesampainya
kami di sana, kami segera pergi ke rumahnya di suatu kawasan yang indah,
Mantiqah al-I’qal. Aku masuk ke rumahnya yang berhawa dingin.
Sebentar kemudian dia datang membawa sehelai baju gamis panjang yang
mereka panggil “Dasydasyah.”
Dihidangkan buah-buahan dan makanan lain. Kemudian ahli keluarganya
masuk dan mengucapkan salam kepadaku dengan penuh adab dan hormat.
Ayahnya memelukku yang seakan-akan dia telah mengenalku sejak lama
dulu. Ibunya berdiri di tepi pintu dengan memakai kain panjang (a’baah)
yang hitam sambil mengucapkan salam dan kata-kata selamat datang
lainya. Temanku ini atas nama ibunya meminta maaf kepadaku kerana
tidak bersalaman. Katanya bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi
adalah haram.
Aku berasakan lebih hairan lagi. Aku katakan kepada diriku: mereka yang
kita tuduh sebagai orang yang telah terkeluar dari agama ini, justeru
lebih menjaganya dibandingkan dengan kita. dan dari beberapa
perjalananku bersamanya, aku lihat dia mempunyai akhlak yang sangat
tinggi dan jiwa yang bersih. Sikap rendah dirinya dan sifat waraknya
belum pernah aku temuinya seumpamanya sebelum ini. Benar-benar aku
rasakan aku bukanlah seorang asing yang bertamu di rumahnya.
Pada waktu malam kami naik ke atas atap rumah. Tempat tidur telah
dibentangkan untuk kami di sana. Aku masih terjaga sehingga larut
malam. Aku merasa seperti tidak percaya, apakah aku dalam keadaan
mimpi atau benar-benar sedar. Benarkah aku kini berada di Baghdad di
sisi maqam Sayyidi Abdul Kadir al-Jailani?
Temanku tertawa dan bertanya apa yang dikatakan oleh orang-orang
Tunisia tentang Abdul Kadir al-Jailani? Mula aku ceritakan kepadanya
tentang beberapa karamahnya yang sangat masyhur di tempat kami.
Begitu jua tempat-tempat yang menggunakan namanya. Beliau adalah
pusat dari suatu bulatan. Sebagaimana Muhammad Rasulullah SAWA
penghulu para Nabi, maka Abdul Kadir al-Jailani adalah penghulu para
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 26
wali. Telapak kakinya di atas pundak seluruh wali. Beliau yang
berkata:”Seluruh orang tawaf sekitar Rumah Ka’bah untuk tujuh kali dan
aku tawaf di sekitar Rumah itu dengan kemahku.”
Aku cuba menyakinkannya bahawa Syaikh Abdul Kadir al-Jailani
mendatangi sejumlah murid-murid dan pencintanya secara nyata,
mengubati mereka dan menolong kesukaran mereka. Waktu itu aku lupa
atau berpura-pura lupa tentang aqidah Wahabiyyah yang aku ketahui, di
mana mereka mengatakan bahawa kesemua itu adalah syirik kepada Allah.
Ketika aku rasakan bahwa temankan ini tidak ghairah (mendengar
penjelasanku), aku cuba menyakinkan diriku pula bahawa apa yang aku
katakan tadi adalah tidak benar, lalu aku tanyakan pendapatnya.
Sambil tertawa teman ini berkata kepadaku:”Tidurlah dan
beristirehatlah dari segala keletihan yang kau alami. Esok, Insya Allah,
kita akan berziarah ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jilani.”
Mendengar berita ini aku sangat gembira sekali. Sedemikian hingga
kalaulah waktu itu fajar segera menyingsing tetapi rasa letih yang amat
sangat menyebabkan aku tidur sangat nyenyak sehinggalah matahari
terbit dan hilanglah waktu solat Subuh. Temanku memberitahu bahawa
dia berkali-kali cuba membangunkanku tetapi mungkin lantaran terlalu
letih aku tidak mendengarnya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 27
Abdul Kadir Jailani Dan Musa al-Kazim
Setelah sarapan pagi kami pergi ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jailani.
Dari jauh aku dapat melihat maqam yang selama ini aku bermimpi untuk
menziarahinya. Aku bergegas seakan-akan aku sangat merindukannya.
Dengan keseronokan yang tersendiri aku masuk ke dalam seakan aku
akan segera berada di pelukannya. Temanku ini mengikuti ke mana juga
aku pergi. Akhirnya aku tenggelam dalam kumpulan penziarah makam ini
yang bagaikan jamaah haji Baitullah al-Haram. Ada di antara mereka
menebarkan segenggaman manisan, sementara para penziarah berebutrebut
untuk mengutipnya. Aku cepat-cepat mengambil dua biji manisan
itu. Yang satu aku makan sebagai berkat dan satu lagi aku simpan dalam
poketku sebagai kenangan.
Aku solat di sana dan berdoa pendek. Kemudian aku minum airnya yang
seakan air zamzam. Aku minta temanku menunggu sejenak lantaran aku
ingin menulis surat ringkas kepada sejumlah sahabatku di Tunisia, dengan
menggunakan poskad yang kesemuanya berlatarbelakangkan gambar
kubah makam Syaikh Abdul Kadir al-Jailani yang berwarna hijau.
Tujuanku semata-mata ingin membuktikan kepada sahabat-sahabat dan
keluargaku di Tunisia betapa baiknya ‘nasibku’ sehingga aku dapat sampai
ke tempat makam yang mereka sendiri belum pernah sampai ke sana.
Sekembalinya dari sana kami makan tengahari di suatu restoran
tempatan yang terletak di tengah-tengah kota Baghdad. Kemudian
temanku mengajakku pergi ke Kazimiah dengan menaiki teksi. Nama ini
aku ketahui setelah mendengar temanku menyebutkannya kepada
pemandu teksi tadi. Setelah beberapa langkah kami berjalan kami
terlihat pada sekumpulan ramai orang lelaki dan perempuan, yang lengkap
dengan bekalannya berjalan ke satu arah. Hal ini mengingatkanku pada
waktu musim haji. Aku masih belum tahu arah tempat tujuan mereka
sehinggalah nampak pandanganku beberapa kubah dan menara keemasan
yang menarik perhatian. Aku faham yang itu adalah salah satu dari masjid
syiah, kerana mengikut pengetahuanku mereka memang menghias masjidmasjid
mereka dengan emas dan perak yang diharamkan oleh Islam.
Aku merasa sangat berat untuk masuk ke dalam. Namun kerana ingin
menjaga perasaan temanku, akhirnya aku ikut tanpa ada pilihan.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 28
Kami masuk dari pintu pertama. Aku perhatikan orang-orang tua
mengusap dan mencium pintu-pintu masuk itu. Mataku terpandang pada
suatu papan besar yang bertulisan “Dilarang Masuk Wanita Yang Tidak
Menutup Aurat”. Di sana juga ada tulisan kata-kata Imam Ali “Akan
datang kepada manusia suatu zaman di mana wanita-wanitanya keluar
dengan memakai pakaian yang tipis…”Kami tiba di makam. Ketika temanku
membaca bacaan izin masuk, aku melihat-lihat pintu itu dan kagum dengan
ukiran-ukiran emas ayat-ayat al-Qur’an.
Temanku masuk ke dalam dan aku juga ikut di belakangnya. Aku sangat
berhati-hati kerana fikiranku masih teringat akan sejumlah buku-buku
yang mengkafirkan syiah. Aku lihat bahagian dalam makam penuh dengan
ukiran dan hiasan yang tidak pernah terbayangkan oleh fikiranku. Aku
sangat terkejut dengan apa yang aku saksikan itu. Aku bayangkan diriku
berada di suatu tempat yang asing dan tidak biasa sama sekali. Kadangkadang
aku melihat dengan jijik pada mereka yang mengelilingi sekitar
kuburan itu sambil menangis dan mencium-cium tiang dan besi-besinya.
Ada sebahagian yang lain berdiri solat dekat dengan kuburan itu. Aku
teringat pada hadith Rasul yang bermaksud:”Allah melaknat kaum Yahudi
dan Nasrani lantaran mereka menjadikan kuburan para wali mereka
sebagai masjid.”
Aku menjauhkan diri dari temanku yang seketika terus sahaja menangis.
Kemudian dia solat. Aku mendekat pada suatu tulisan yang mengandungi
doa ziarah yang tergantung di atas makam. Aku membacanya tetapi
banyak yang tidak mengerti. Ianya mengandungi sejumlah mana yang
asing bagiku. Kemudian aku berdiri di satu sudut yang agak jauh lalu
membacakan al-Fatehah kepada orang yang ada dalam kuburan itu. Aku
berdoa:”Ya Allah, sekiranya orang yang ada dalam kubur ini adalah dari
golongan Muslimin maka kasihanilah dia. Dan Kau lebih mengetahui
dariku.”
Temanku mendekat dan membisikkan kepadaku: seandainya kau
mempunyai apa-apa hajat maka mintalah kepada Allah di tempat ini. Kami
menamakan tempat ini dengan Bab al-Hawaij (Pintu Hajat). Aku tidak
memperdulikan kata-katanya, semoga Allah memaafkanku. Aku terus
memandang orang-orang tua yang memakai serban hitam dan putih,
sementara dahi-dahi mereka nampak hitam bekas tanda sujud. Mereka
nampak lebih berwibawa dengan janggut mereka yang terjulur rapi dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 29
memberikan semerbak wangi. Pandangan mereka sangat tajam dan
menakutkan. Setiap kali mereka masuk ke tempat itu mereka menangis
tersedu-sedu. Aku bertanya sendiri apakah mungkin airmata itu adalah
airmata yang tidak jujur? Apakah mungkin mereka yang tua-tua itu
salah?
Aku keluar dari sana dengan rasa penuh hairan dan bingung dari apa yang
aku saksikan tadi. Sementara temanku ini keluar sambil mengundurkan
diri agar tidak membelakangi kuburan tersebut. Aku bertanya kepadanya:
“Siapa tuan makam ini?”
“Imam Musa al-Kazim,”jawabnya.
“Siapa Imam Musa al-Kazim?”
“Subhanallah, kalian sebagai saudara-saudara kami Ahlul Sunnah Wal-
Jamaah meninggalkan isi dan berpegang hanya pada kulit semata-mata.”
“Apa maksud anda mengatakan yang kami hanya memegang kulit dan
meninggalkan isi?”, tanyaku dengan geram.
“Ya Akhi!” Dia cuba menenangkan aku.”Sejak kau tiba di Iraq, anda
sentiasa menyebut-nyebut nama Abdul Kadir al-Jailani. Siapa itu Abdul
Kadir al-Jailani sehingga menyebabkan anda memberikan seluruh
perhatian anda kepadanya?”
“Beliau adalah dari anak-zuriat Nabi. Seandainya ada Nabi lain selepas
Nabi Muhammad maka Abdul Kadir al-Jailanilah yang akan menjadi nabi.”
“Ya akhi Samawi. Apakah anda tahu tentang sejarah Islam?”.
“Ya,”jawabku tanpa ragu-ragu.
Padahal aku tidak tahu sama sekali sejarah Islam. Mengingatkan guruguru
kami dahulu melarang kami membaca sejarah. Mereka berkata
bahawa itu adalah sejarah hitam dan gelap, tidak ada guna membacanya.
Aku masih ingat contohnya seorang guru mengajar kami subjek Ilmu
Balaghah. Waktu itu beliau mengajar kami Khutbah Syiqsyiqiyah dari
kitab Nahjul Balaghah himpunan khutbah-khutbah Imam Ali. Aku dan
sebilangan murid-murid yang lain merasa hairan ketika membacanya. Aku
beranikan diri untuk bertanya apakah benar ianya kata-kata Imam Ali.
Guruku menjawab:”Ya. Apakah ada orang lain yang mempunyai balaghah
sedemikian tinggi selain darinya. Kalaulah ini bukan kata-kata Imam Ali
Karamallah Wajhahu, maka ulama-ulama Muslimin seperti Syaikh
Muhammad Abduh, Mufti Besar Mesir tidak akan mahu
mensyarahkannya.” Kemudian aku katakan: Imam Ali telah menuduh Abu
Bakar dan Umar merampas haknya dalam kekhalifahan. Mendengar ini
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 30
guruku melenting dan sangat marah sehingga mengecamku keluar jika
mengulangi soalan yang serupa. Katanya: kami mengajar ilmu Balaghah,
bukn ilmu sejarah. Kita jangan ambil peduli dengan sejarah yang telah
dihitamkan lembarannya oleh berbagai fitnah dan pertumpahanpertumpahan
darah di antara sesama Muslimin. Sebagaimana Allah telah
sucikan pedang kita dari darah-darah mereka, maka kita sucikan juga
lidah-lidah kita dari mencari mereka.”
Aku tidak puas hati dengan hujah guruku di atas. Aku masih menaruh
rasa ‘dendam’ kepada guruku yang mengajar ilmu balaghah tanpa
maknanya itu. Aku berkali-kali berusaha mengkaji sejarah Islam tetapi
aku tidak mempunyai buku rujukan yang cukup. Aku tidak jumpai satu pun
dari ulama kami yang memberikan perhatian kepadanya, yang seakan-akan
mereka sepakat untuk menutup lembarannya. Anda tidak akan dapati
yang mereka mempunyai buku sejarah yang sempurna.
Ketika temanku menanyakanku tentang pengetahuan ilmu sejarah aku
ingin sekadar membantahnya dengan mengatakan: ya. Padahal dalam
benakku aku berfikir tiada gunanya sama sekali, ia adalah sejarah hitam
dan gelap; tiada lain kecuali fitnah, perang dan berbagai kotradiksi.
Temanku bertanya lagi kepadaku:
“Tahukah anda bila Abdul Kadir al-Jailani dilahirkan dan di zaman apa?”
“Kira-kira pada kurun keenam atau ketujuh.”
“Berapa lama jaraknya dengan zaman Rasulullah?”
“Enam abad,”jawabku.
“Jika satu abad ada dua generasi – paling sedikit – maknanya antara
Abdul Kadir al-Jailani dengan Rasulullah dipisahkan oleh dua belas
keturunan.”
“Ya,”jawabku.
“Yang ini adalah Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husayn bin
Fatimah az-Zahra, yang nasabnya sampai kepada datuknya Nabi SAWA
hanya empat ayah sahaja. Atau lebih tepat beliau dilahirkan pada kurun
kedua Hijrah. Mana yang lebih dekat kepada Rasulullah SAWA, Musa
atau Abdul Kadir?”
“Tentu yang ini,” jawabku tanpa berfikir lagi.”Tetapi kenapa kami tidak
mengenalnya dan tidak pernah mendengar tentang dirinya?”
“Inilah perkara yang mesti kita fikirkan. Itulah kenapa aku katakan tadi
bahwa kalian – maaf – meninggalkan isi dan berpegang hanya pada kulit
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 31
sahaja. Maafkan saya mengatakam demikian.”
Kami berbincang sambil berjalan sehinggalah kami tiba di suatu
perhimpunan ilmu di mana para pelajar dan sejumlah ustaza sedang asyik
berdiskusi dan bertukar fikiran. Kami duduk di sana. Temanku nampak
mencari-cari seseorang yang seakan ada janji dengannya. Seorang datang
menghampirinya setelah mengucapkan salam. Aku fahami bahawa dia
adalah teman pelajarnya dari satu universiti. Ditanyanya tentang
seseorang yang dari jawapannya aku fahami bahawa dia adalah seorang
doktor. Dia akan datang dalam masa tidak lama lagi. Kemudian temanku ini
berkata kepadaku: Aku membawamu ke tempat ini kerana ingin
mengenalkanmu dengan seorang doktor pakar ilmu sejarah beliau adalah
pensyarah di Universiti Baghdad. Tesisnya dahulu adalah tentang sejarah
Abdul Kadir al-Jailani. Insya Allah dia akan memberimu manfa’at kerana
aku sendiri bukan pakar dalam bidang ini.
Kami minum air sari buah yang sejuk. Tidak lama kemudian, Doktor pakar
sejarah itu tiba. Sambil berdiri temanku mengucapkan salam kepadanya.
Diperkenalkannya aku kepadanya dan dimintanya agar Doktor ini
menceritakan kepadaku tentang sejarah Abdul Kadir al-Jailani secara
ringkas. Lalu dia sendiri minta izin sebentar kerana beberapa perkara
penting yang mesti dilakukannya. Doktor ini pun memesan lagi untukku
segelas minuman sejuk lain. Lalu mula menanyakan namaku, negeriku dan
kerjaku. Dia juga memintaku bercerita tentang kemasyhuran Abdul
Kadir al-Jailani di Tunisia.
Banyak aku ceritakan kepadanya kisah-kisah berkenaan dengan Abdul
Kadir al-Jailani ini, hingga aku katakan – sebahagian orang percaya
bahawa Abdul Kadir al-Jailani telah memikul Nabi SAWA pada malam
mikrajnya baginda ketika malaikat Jibril berundur dan takut terbakar.
Kemudian Nabi SAWA berkata kepadanya: telapak kakiku di atas bahumu
dan telapak kakimu di atas bahu para wali sehinggalah hari kiamat.
Mendengar ini Doktor itu tertawa. Entahlah apakah kerana riwayat
ceritanya ataukah kerana ustaz Tunisia yang berada di hadapannya.
Setelah diskusi ringkas tentang wali-wali dan orang-orang soleh beliau
berkata bahawa beliau telah mengkaji sepanjang tujuh tahun tentang
Abdul Kadir al-Jailani ini. Beliau telah berangkat ke Lahore Pakistan,
Turki, Mesir, England, dan tempat-tempat lain yang menyimpan manuskrip
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 32
tulisan tangan tentang Abdul Kadir al-Jailani. Semua manuskrip ini dibaca
bahkan digambar. Kesemua manuskrip yang ada tidak membuktikan
bahawa Abdul Kadir al-Jailani
adalah dari keturunan Nabi SAWA. Paling hampir ada sebuah syair yang
dinisbahkan kepada salah seorang dari cucunya, antara lain berbunyi:”
Dan datukku Rasulullah.” Sebahagian ulama mengertikannya bahawa
ucapan itu adalah takwil dari sebuah hadith Nabi yang bermaksud:”Aku
adalah datuk bagi setiap orang yang bertaqwa.” Sejarah yang sohih juga
membuktikan bahawa Abdul Kadir al-Jailani adalah berasal dari Parsi,
bukan Arab. Beliau dilahirkan di suatu negeri di Iran yang bernama Jilan,
dan kepada negeri itulah Syaikh Abdul Kadir dinisbahkan. kemudian
beliau pergi ke Baghdad belajar dan mengajar pada masa di mana akhlak
masyarakat saat itu sudah sangat runtuh.
Syaikh Abdul Kadir al-Jailani adalah seorang yang zahid (mempunyai
sifat zuhud). Masyarakat sekitarnya sangat mencintainya. Selepas
wafatnya maka mereka dirikan suatu tarekat atas nama Syaikh
Qadiriyyah seperti yang biasa dilakukan olen pengikut-pengikut orangorang
sufi. Kemudian beliau menambahkan lagi:”Sungguh, dari segi ini
keadaan orang-orang Arab sangat mengecewakan.”
Tiba-tiba rasa keWahabiyyahan timbul dalam diriku. Aku katakan
kepadanya:
“Kalau begitu anda ini berfikiran Wahabi hai Doktor. Mereka berkata
seperti anda bahawa istilah wali sama sekali tidak ada (dalam Islam).”
“Tidak. Aku tidak sepakat dengan pendapat Wahabiyyah. Yang sangat
mengecewakan kaum Muslimin adalah sikap mereka sama ada i’frat
(berlebih-lebihan) atau tafrit (jumud). Sama ada mereka percaya dengan
semua khurafaat yang tidak bersandarkan pada hujah syarak atau akal
atau mereka menolak sama sekali hatta kepada mukizat Nabi kita
Muhammad SAWA dan hadith-hadithnya. Lantaran tidak sejalan dengan
aqidah ini dan kecenderungan yang mereka percayai. Satu puak terbit dan
yang lainnya tenggelam. Orang-orang sufi berkata bahawa Syaikh Abdul
Kadir al-Jailani misalnya pada suatu masa boleh berada di Baghdad dan
dalam masa yang sama juga boleh berada di Tunisia. Atau beliau
mengubati seorang yang sakit di Tunisia dan dalam masa yang sama juga
menyelamatkan seorang yang tenggelam di dalam sungai Dajlah di Iraq.
Ini adalah sikap berlebih-lebihan. Sementara Wahabi sebagai reaksi
kepada sufi menolak semua ini bahkan mengatakan syirik kepada mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 33
yang bertawasul kepada Nabi SAWA. Ini adalah sikap yang jumud, ya
akhi. Kita sepatutnya seperti yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam
kitabNya yang bermaksud:”Demikianlah Kami jadikan kamu sebagai
ummat yang pertengahan agar kelak menjadi saksi kepada ummat manusia
“[Al-Baqarah: 143]
Kata-katanya itu sangat mengkagumkanku dan secara prinsip aku
berterima kasih kepadanya. aku juga menampakkan kepadanya rasa
kepuasanku atas apa yang dicakapkannya. Kemudian beliau membuka
begnya dan mengeluarkan sebuah buku tentang Abdul Kadir al-Jailani,
lalu dihadiahkannya kepadaku. Dijemputnya aku datang ke rumahnya
tetapi aku meminta maaf lantaran beberapa hal. Kami terus berbual
tentang Tunisia dan Afrika Utara hinggalah temanku itu datang. Pada
waktu malam kami pulang ke rumah setelah satu hari penuh kami
berziarah dan berdiskusi. Aku rasakan badan sangat letih sehingga aku
menyerah diri untuk tidur.
Pada waktu subuh aku bangun dan solat. Kemudian aku duduk membaca
kitab yang mengkaji tentang kehidupan Abdul Kadir al-Jailani sehinggalah
aku dapat selesaikan setengahnya sebelum kedatangan temanku. Dia
berulang kali memanggilku untuk bersarapan pagi, tetapi aku menolaknya
sehinggalah aku selesaikan terlebih dahulu buku yang aku baca itu. Buku
tersebut sangat memukauku dan berhasil memasukkan rasa keraguan
dalam diriku. Namun ianya sirna sebelum aku meninggalkan Iraq.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 34
Ragu-ragu
Aku telah berada di rumah temanku selama tiga hari. Dalam masa itu aku
juga sering merenungkan kata-kata yang aku dengar dari mulut mereka.
Bagiku mereka adalah orang-orang asing yang aku temui yang seakan
selama ini mereka hidup di permukaan bulan. Kenapa tiada seorang pun
yang memberitahu kami tentang mereka melainkan perkara-perkara
buruk dan dusta sahaja. Kenapa aku mesti membenci dan mendengki
mereka tanpa terlebih dahulu mengenal mereka. Mungkin ini adalah hasil
dari fitnah-fitnah yang kami dengar tentang mereka, kononnya mereka
menyembah Ali, menempatkan imam-imam mereka setaraf dengan Tuhan,
mempercayai hulul (inkarnasi), menyembah batu selain dari Allah, dan
mereka – seperti yang diceritakan oleh ayahku sepulangnya dari haji -
mendatangi kuburan Nabi untuk melemparnya dengan berbagai kotoran
dan najis lalu mereka ditangkap oleh kerajaan Saudi dan dihukum mati.
Dan berbagai lagi tuduhan yang tidak dapat dimuatkan di sini.
Tidak hairanlah kalau kaum Muslimin mendengar ini lalu bersikap dengki
kepada mereka bahkan membenci mereka dan mungkin juga memerangi
mereka?!
Tetapi bagaimana mungkin aku dapat percaya pada fitnah-fitnah seperti
itu sementara mata dan telingaku sendiri menyaksikan lain dari itu
semua. Kini aku telah berada di sekitar mereka lebih dari seminggu,
namun tidak aku lihat atau aku dengar dari mereka kecuali kata-kata
yang logik yang menembus akal fikiran tanpa hambatan sedikitpun.
Bahkan cara mereka beribadah, solat, berdoa, akhak, dan sikap hormat
mereka kepada para ulama mereka sangat mengkagumkanku hatta aku
sendiri berangan-angan untuk menjadi seperti mereka.
Aku masih bertanya-tanya benarkah mereka membenci Rasulullah
SAWA? Setiap kali aku sebut tentang Muhammad untuk menguji mereka,
serta merta mereka akan mengangkat suara menyebut salawat kepada
Muhammad dan keluarganya.
Mula-mula aku fikir bahawa mereka mungkin berpura-pura tetapi
dugaanku meleset setelah aku buka lembaran-lembaran buku mereka yang
aku baca sedikit. Di dalamnya aku dapati sikap hormat dan memuliakan
Nabi lebih dari apa yang tertulis di dalam kitab-kitab kami sendiri.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 35
Mereka mengatakan bahawa Nabi itu maksum dalam segala hal, sama ada
sebelum baginda diutus sebagai Nabi atau selepas diutus. Sementara kita
Ahlul Sunnah Wal-Jamaah mengatakan bahawa Nabi maksum hanya di
dalam menyampaikan al-Qur’an sahaja. Selebihnya baginda adalah
manusia biasa yang juga bersalah. Seringkali kita juga berdalih atas
kesalahannya dengan membenarkan tindakan atau pendapat sebahagian
sahabat. Kita banyak mempunyai contoh-contoh dalam hal ini. Namun
orang syiah menolak mengatakan bahawa Rasulullah SAWA melakukan
kesalahan sementara sahabat benar semata-mata. Nah, bagaimana
mungkin aku akan mempercayai bahawa orang-orang syiah membenci Nabi
SAWA?
Suatu hari aku bercakap kepada temanku dan memintanya bersumpah
agar menjawab soalan-soalanku dengan tegas. Antara lain:
“Kalian (orang syiah) meletakkan Ali RA pada kedudukan para nabi, setiap
kali aku dengar kalian menyebut nama Ali, maka kalian akan
mengiringkannya dengan sebutan alaihis-salam.”
“Ya, memang benar kami mengucapkan alahis-salam setiap kali kami
menyebut nama Ali atau para Imam dari keturunannya. Itu tidak bererti
bahawa mereka adalah para nabi. Mereka adalah zuriat Nabi Muhammad
SAWA dan keluarganya di mana Allah perintahkan kita untuk
mengucapkan salawat kepadanya. Dengan demikian maka boleh juga kita
ucapkan kepada mereka alahi-mussolatu wa-salam.”
“Tidak, ya akhi. Kami hanya mengkhususkan salawat dan salam kepada
Nabi Muhammad dan para nabi sebelumnya sahaja. Ali dan anak-anaknya
RA tidak termasuk dalam kategori ini.”
“Aku harap anda perlu membaca lebih banyak lagi agar dapat mengetahui
hakikat yang sebenarnya.”
“Kitab apa yang mesti aku baca, ya akhi. Bukankah anda yang mengatakan
bahawa kitab-kitab karya Ahmad Amin tidak hujah kepada syiah.
Demikian juga kitab-kitab syiah tidak hujah kepada kami dan tidak dapat
dipegang. Bukahkah kitab-kitab Nasrani yang dipegang mengatakan
bahawa Isa AS pernah mengatakan dirinya,”Sesungguhnya aku adalah
anak Allah….”Sementara al-Qur’an – kitab yang paling benar – menuliskan
kata-kata Isa bin Maryam…” Aku tidak katakan kepada mereka kecuali
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 36
apa yang Kau perintahkan aku bahawa sembahlah Allah Tuhanku dan
Tuhan kalian.”
“Baik. Sungguh baik. Apa yang aku inginkan hanya ini, yakni penggunaan
akal dan logik serta berhujah dengan al-Qur’an al-Karim dan Sunnah
yang sahih selagi kita sebagai orang-orang Muslimin. Seandainya
percakapan kita dengan orang-orang Yahudi atau Nasrai, maka hujah kita
akan lain lagi bentuknya.”
“Lalu di kitab manakah aku akan dapatkan kebenaran. Setiap pengarang,
setiap puak dan setiap madzhab mengaku dirinya di atas jalan yang
benar.”
“Aku akan berikan kepadamu suatu dalil yang nyata di mana semua kaum
Muslimin dalam berbagai madzhab dan puak tidak akan berselisih
tentangnya. Sayangnya anda juga tidak mengetahuinya. Dan katakanlah,
Tuhanku tambahkan kepadaku ilmu pengetahuan.”
Apakah anda pernah membaca tafsir ayat berikut:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kalian ke atasnya dan
ucapkanlah salam (Al-Ahzab: 56). Para ahli tafsir, sunnah dan syiah
meriwayatkan bahawa sahabat datang kepada Nabi SAWA dan bertanya:
ya Rasulullah, kami tahu bagaimana cara mengucapkan salam kepadamu
tetapi kami tidak tahu bagaimana cara mengucapkan salawat kepadamu.
Kemudian baginda menjawab – katakanlah, ya Allah, kirimlah salawat
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad (Allahumma Solli ‘ala
Muhammad wa-ali Muhammad) sebagaimana kau kirimkan salawat ke atas
Ibrahim dan keluarga Ibrahim di alam semesta. Sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji dan Maha Agung. Dan jangan kalian ucapkan salawat
kepadaku dengan salawat yang terputus. Sahabat bertanya, ya Rasulullah
apa itu salawat yang terputus. Baginda menjawab: kalian mengucapkan
salawat kepada Muhammad namun setelah itu kalian diam. Sesungguhnya
Allah itu Maha Sempurna dan tidak menerima melainkan yang sempurna
juga.”
Itulah kenapa para sahabat dan generasi berikutnya tahu bagaimana cara
mengucapkan salawat kepada Rasulullah SAWA secara sempurna.
Hinggakan Imam Syafie pernah berkata di dalam sebuah syairnya:
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 37
“Wahai keluarga Rasulullah mencintai kalian adalah fardhu dari Allah
di dalam al-Qur’an yang diturunkanNya
sudah cukup suatu keagungan bagi kalian
siapa yang tidak bersalawat kepada kalian
maka tiada akan sah solatnya.”
Kata-kata ini benar-benar mengetuk telingaku dan menembus jauh ke
dalaman hatiku. Aku dapati suatu reaksi yang positif berlaku dalam
jiwaku. Secara jujur harus aku akui bahawa aku pernah membaca tulisan
serupa itu dalam sebuah buku. Tetapi aku tidak ingat nama kitab itu
secara pasti. Aku katakan kepadanya bahawa ketika kami mengucapkan
salawat kepada Nabi kami juga mengucapkan salawat kepada keluarganya
dan seluruh sahabatnya. Kami tidak mengkhaskan salam kepada Ali
seperti yang dilakukan oleh orang-orang syiah.
“Apa pendapatmu tentang Bukhari? Apakah beliau orang syiah?”,
tanyanya kepadaku.
“Beliau adalah seorang Imam yang agung dari kalangan Ahlul Sunnah Wal-
Jamaah, Kitabnya adalah kitab yang paling sahih selepas kitab Allah.”
Kemudian beliau berdiri dan mengambil kitab al-Bukhari dari
perpustakaannya. Di carinya halaman yang diinginkannya lalu diberikanya
kepadaku untuk dibaca. Isinya:”Diriwayatkan oleh Fulan bin Fulan dari Ali
alahis-salam. Melihat ini mataku tidak percaya sama sekali. Aku terkejut
bahkan ragu-ragu apakah benar kitab ini adalah kitab Sahih Bukhari.
Berkali-kali aku lihat halaman dan nama buku ini apakah benar ianya
adalah Sahih Bukhari. Ketika temanku ini merasakan keraguankeraguanku,
maka ia ambil kitab tersebut dari tanganku dan dibukanya
lagi halaman lain. Isinya: diriwayatkan oleh Ali bin Husayn alaihimassalam.
Waktu itu juga jawapanku kepadanya hanyalah mengucapkan
kalimah Subhanallah. Kemudian beliau meninggalkanku dan keluar.
Aku terus berfikir dan mengulangi membaca halaman-halaman yang
ditunjukkannya padaku. Aku teliti cetakan mana yang mengeluarkan kitab
ini. Aku dapati ia dicetak oleh Syarikat “al-Halabi dan Anak-anak” di
Mesir.
Ya Ilahi! Kenapa aku mesti membantah dan bersikap sombong. Dia telah
memberikanku suatu hujah yang nyata dari kitab yang paling sahih di sisi
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 38
kami. Bukhari pasti bukan seorang syiah. Beliau adalah di antara imamimam
Ahli Sunnah dan ahli hadith mereka yang agung. Apakah aku mesti
menyerah pada kebenaran ini, yakni mengatakan alaihis-salam ketika
menyebut nama Ali. Tetapi aku takut akan hakikat ini, mengingatkan
mungkin ada hakikat lain yang menyusul yang tidak ingin aku akui. Aku
telah kalah hujah di hadapan temanku ini sebanyak dua kali. Aku telah
mengendurkan kepercayaanku tentang kesucian Abdul Kadir al-Jailani
dan aku menerima bahawa Musa al-Kazim adalah lebih utama darinya. Aku
juga menerima kenyataan bahawa Ali patut menerima kelayakan alaihissalam.
Tetapi aku tidak mahu menerima kekalahan yang lain. Aku yang
sebelum ini dikenal di Mesir sebagai seorang alim, bahkan ulama-ulama al-
Azhar memuji kehebatanku, tiba-tiba hari ini aku dapati diriku kalah dan
tidak berdaya. Dari siapa? Dari mereka yang sebelum ini dan sampai
sekarang masih aku percayai sebagai puak yang salah. Aku tidak terbiasa
mengetahui bahawa kalimat syiah adalah identik dengan cacian.
Sungguh ini adalah sikap sombong dan ego, rasa taasub dan membantah.
Ya Allah, bimbinglah aku. Bantulah aku di dalam menerima kebenaran
walau itu pahit. Ya Allah, bukalah pandangan mata dan hatiku.
Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus. Jadikanlah aku di antara orangorang
yang mendengar perkataan lalu mengikuti yang terbaik. Ya Allah,
perlihatkanlah kepada kami kebenaran, lalu kurniakan kepada kami untuk
mengikutinya. Perlihatkanlah juga kepada kami kebatilan, lalu kurniakan
kami untuk menghindarinya.
Sambil membaca-baca doa ini kami kembali pulang ke rumah. Sambil
tersenyum beliau berkata: semoga Allah membimbing kami dan anda
serta semua kaum Muslimin. Allah telah berfirman di dalam
KitabNya:”Dan sesiapa yang berjuang di jalan Kami, maka Kami akan
menunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang baik(Al-Ankabut:69).
Kalimah berjuang di dalam ayat ini bermaksud mengkaji ilmu yang
mungkin akan menbawa kepada suatu kebenaran. Dan Allah SWT akan
membimbing kepada kebenaran bagi mereka yang mencari kebenaran itu
sendiri.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 39
Berangkat Ke Najaf
Malam itu temanku memberitahuku bahawa besok Insya Allah kami akan
pergi ke Najaf. “Apa itu Najaf?,”tanyaku.”Satu kota ilmu, tempat maqam
Imam Ali,”jawabnya. Aku merasa sangat hairan bagaimana Imam Ali
mempunyai kuburan yang dikenal. Bukankah syaikh-syaikh kami
mengatakan bahawa Sayyidina Ali tidak diketahui dengan pasti di mana
kuburannya?
Kami berangkat dengan kenderaan umum sehinggalah sampai di Kufah. Di
sana kami melawat Jami’ al-Kufah, salah satu di antara peninggalan Islam
yang terkenal. Temanku menunjukkan kepadaku berbaga tempat
bersejarah seperti Jami’ Muslim bin Aqil dan Hani’ bin Urwah.
Diceritakannya kepadaku secara ringkas bagaimana mereka berdua
syahid. Ditunjukkannya juga kepadaku Mihrab tempat syahidnya Imam
Ali, dan rumah tempat kediaman beliau bersama dua putranya Sayyidina
Hasan dan Sayyidina Husayn. Di rumah itu masih ada telaga tempat
mereka mengambil air minum dan berwudhuk. Untuk seketika aku rasakan
keasyikan jiwa menyaksikan betapa zuhudnya kehidupan Imam dan betapa
sederhananya beliau, seorang Amirul Mukminin dan Khalifah yang
keempat.
Aku juga tidak dapat melupakan sikap rendah diri dan hormat yang aku
saksikan dari penduduk Kufah. Setiap kali kami berlalu pada suatu
kumpulan, mereka akan berdiri sambil mengucapkan salam kepada kami.
Salah seorang dari mereka – ketua sebuah kolej di Kufah – menjemput
juga dengan anak-anaknya dan sempat bermalam. Aku rasakan yang
seakan aku berada di tengah keluargaku. Setiap kali mereka akan
menyebutnya dengan kata-kata “Saudara-saudara kita dari Mazhab Ahlul
Sunnah”. Aku sangat senang dengan ucapan-ucapan mereka. Dan aku
tanyakan kepada mereka beberapa soalan untuk menguji sejauh mana
kejujuran kata-kata mereka.
Kemudian kami menuji Najaf, sejauh sepuluh kilometer dari Kufah.
Setibanya di sana gambaran tentang masjid al-Kazimiah terukir kembali
dalam fikiranku. Menara-menara keemasan nampak mengelilingi kubah
yang diperbuat dari emas tulen. Kami masuk ke Haraam Imam setelah
membaca izin masuk seperti kebiasaan para penziarah syiah. Di sini aku
saksikan sesuatu yang lebih hebat dari yang pernah aku lihat di Jami’
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 40
Musa al-Kazim. Seperti biasa aku membaca Surah al-Fatihah tanpa
menaruh keyakinan bahawa orang yang berada di kubur ini adalah Imam
Ali. Aku seakan lebih percaya tentang kesederhanaan rumah yang dihuni
oleh Imam Ali di Kufah. Aku berkata kepada diriku, jah sekali Imam Ali
akan rela dengan kemegahan emas dan perak seperti ini sementara
orang-orang Islam mati kelaparan di bahagian lain di dunia. Khususnya
setelah aku saksikan beberapa orang miskin yang meminta-minta sedekah
di jalan-jalan sekitar kawasan itu. Jiwaku memprotes: wahai orang-orang
syiah, kalian keliru. Paling tidak akuilah kesalahan ini. Imam Ali adalah
orang yang diutus oleh Rasul untuk menyamaratakan kuburan, lalu apa
ertinya kuburan yang dihiasi dengan emas dan perak ini. Walaupun ini
tidak merupakan syirik kepada Allah, paling tidak ia adalah suatu
kesalahan yang besar yang tidak akan diampuni oleh Islam.
Temanku bertanya kepadaku sambil menghulurkan sepotong tanah kering
apakah aku mahu solat? Aku menjawabnya dengan tegas – kami tidak
solat di sekitar kuburan !? ” Kalau begitu tunggu aku sebentar untuk solat
dua rakaat sunat.”
Sambil menunggu aku membaca beberapa tulisan yang tergantung di atas
maqam. Dari celah-celah besi perak yang berukir aku lihat berbagai wang
yang terhimpun. Dirham, riyal, dinar, dan lerah. Semuanya itu diberikan
oleh para penziarah sebaga tabaruk (mengambil barakah) di dalam kerjakerja
amal yang berkaitan dengan maqam ini. Kerana banyaknya, aku
sangka ia telah terkumpul dalam masa berbulan-bulan. Tetapi temanku
berkata bahawa para petugas yang bertanggungjawab mengutipnya setiap
malam selepas solat Isyak.
Aku keluar dan sana sambil menyimpan rasa geram. Aku bayangkan tentu
lebih baik kalau mereka memberikan sedikit atau membahagibahagikannya
kepada para fakir miskin yang begitu banyak di sana. Di
sekitar maqam aku perhatikan berbagai kumpulan orang solat dan
sebahagian yang lain mendengar ceramah yang disampaikan oleh
penceramah di atas mimbar. Aku dengar sebahagian mereka ada yang
menangis tersedu-sedu dan sebahagian yang lain ada yang memukul-mukul
dada. Aku ingin sekali menanyakan kepada temanku apakah sebabnya
mereka menangis begitu sekali dan memukul-mukul dada. Tiba-tiba satu
jenazah diusung berdekatan kami, dan aku saksikan juga sebahagian
mereka mengangkat kerandanya di tengah-tengah ruangan lalu
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 41
menurunkannya di sana. Aku fikir tangisan mereka mungkin kerana si mati
yang meninggal itu.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 42
Perjumpaan Dengan Ulama
Temanku mengajakku pergi ke suatu masjid yang berada di sisi jamik. Di
dalamnya terbentang permaidani yang indah dan mihrabnya juga terukir
ayat-ayat al-Qur’an yang sangat menarik. Tiba-tiba mataku terpandang
pada sekumpulan anak-anak remaja yang berserban yang sedang duduk
berhampiran mihrab. Mereka sedang belajar bersama-sama sambil
memegang kitab masing-masing. Aku sangat terpesona dengan
pemandangan yang indah ini kerana begitu muda, yang berumur sekitar
tiga belas tahun hingga enam belas tahun. Yang lebih menambahkan
kecantikan adalah pakaian yang mereka pakai itu. Betul-betul mereka
seperti bulan purnama yang bersinar.
Temanku bertanya kepada mereka tentang “Sayyid”. Lalu diberitahu
bahawa beliau sedang solat berjamaah. Aku tidak tahu siapa “Sayyid”
yang dimaksudkan. Cuma aku fikir bahawa beliau pastilah seorang ulama.
Kemudian aku diberitahu bahwa beliau adalah Sayyid al-Khui, pemimpin
Hauzah Ilmiyyah bagi Madzhab Syiah. Perlu diketahui bahawa gelaran
“Sayyid” di dalam Madzhab Syiah adalah gelaran yang diberikan kepada
mereka yang berketurunan Nabi SAWA. Seorang Sayyid yang alim atau
yang belajar ilmu-ilmu Islam akan memakai serban hitam. Sementara
ulama-ulama yang lain akan memakai serban putih dan dipanggil dengan
gelaran “Syaikh”. Orang-orang Sayyid yang tidak alim, biasanya memakai
serban berwarna hijau.
Temanku meminta mereka menemaniku sejenak, sementara dia sendiri
akan pergi berjumpa Sayyid. Mereka menyambutku dengan penuh hangat
sambil duduk mengelilingiku. Aku perhatikan wajah-wajah mereka dan aku
rasakan kebersihan hati mereka. Aku teringat pada sebuah hadith Nabi
SAWA yang bermaksud:”Manusia dilahirkan dalam keadaan suci. Ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi.”
Lalu aku katakan juga pada diriku: menjadikan mereka syiah.
Mereka bertanya dari mana aku berasal. Dari Tunisia, ku jawab. “Apakah
di sana ada Hauzah Ilmiah?” Tanya mereka lagi. “Hanya ada universiti dan
sekolah-sekolah biasa.” jawabku. Berbagai soalan dilemparkan kepadaku,
yang kesemuanya menyulitkanku untuk menjawab. Apa yang harus ku
katakan kepada anak-anak tak berdosa seperti ini yang mengira bahawa
dunia Islam semuanya memiliki Hauzah Ilmiah yang mengajar Fiqh, Usu-
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 43
fiqh, Usuluddin, Syariah dan Tafsir. Mereka tidak tahu bahawa dunia
Islam dan negara-negara kita sekarang ini telah maju sangat pesat. Kita
telah gantikan madrasah-madrasah yang mengajar Al-Quran dengan
taman kanak-kanak yang dipimpin oleh paderi-paderi Kristian. Apakah
harus ku katakan bahawa mereka masih ketinggalan berbanding dengan
kita ?
Seorang di antara mereka bertanya : “Mazhab apa yang diikuti di
Tunisia?”. “Mazhab Maliki”, jawabku. Ku perhatikan sebahagian mereka
ada yang ketawa, tetapi aku tidak peduli. “Apakah anda pernah tahu
tentang mazhab Ja’fari?” tanyanya lagi. “Nama baru apa ini? Tidak, kami
tidak tahu selain dari empat mazhab ini. Selain dari mereka bukan
tergolong dari kalangan Islam.”
Sambil tersenyum, dia berkata lagi. “Maaf, sebenarnya mazhab
Ja’farilah yang benar-benar Islam. Bukankah Imam Abu Hanifah berguru
kepada Imam Ja’far as-Shodiq? Itulah kenapa Abu Hanifah berkata :
“Kalau bukan kerana dua tahun, maka Nu’man telah celaka.”
Aku hanya diam saja. Nama itu baru bagiku, nama yang tidak pernah ku
dengar sebelum ini. Namun aku memuji Allah bahawa Imam mereka
Ja’far as-Shodiq tidak pernah menjadi guru kepada Imam Malik. “Kami
ikut mazhab Maliki bukan Hanafi.” Aku cuba menjawab. “Imam empat
mazhab belajar satu sama lain”, sambungnya. “Ahmad bin Hanbal belajar
dari Syafie; Syafie belajar dari Malik dan Malik belajar dari Abu
Hanifah sementara Abu Hanifah belajar sendiri dari Ja’far as- Shodiq.
Dengan demikian maka kesemua mereka adalah anak murid kepada Ja’far
as-Shodiq. Beliau juga adalah orang pertama yang membuka “universiti”
Islam di masjid datuknya Rasulullah s.a.w. Lebih dari empat ribu ahli
hadis dan ahli fikih berguru dengannya.”
Aku sangat terkejut dengan anak muda yang bijak ini, yang hafal dengan
apa yang dikatakannya seperti hafalnya anak-anak kami suatu surah Al-
Quran. Lebih terkejut lagi ketika dia menyebutkan kepadaku sebahagian
buku-buku rujukan sejarah beserta bilangan jilid dan babnya sekali. Dia
begitu lancar berbicara yang seakan seorang guru sedang mengajar
muridnya. Aku merasa lemah di hadapannya. Aku harap-harap kalaulah
aku keluar bersama temanku dan tidak duduk dengan anak-anak seperti
ini. Setiap kali mereka tanyakan kepadaku tentang fikih atau sejarah, aku
tak mampu menjawabnya. Ditanyanya, kepada siapa aku bertaklid? “Imam
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 44
Malik”, jawabku. “Bagaimana anda mentaklid seorang yang telah mati, di
mana jaraknya antara anda dan beliau sekitar empat belas abad. Jika
anda sekarang ingin bertanya kepadanya tentang masalah-masalah zaman
ini, apakah dia akan menjawab anda?” Ku fikir sejenak pertanyaaan ini
lalu ku jawab :”Ja’farmu juga telah mati empat belas abad yang lalu. Lalu
kepada siapa anda mentaklid?” “Kami mentaklid Sayyid al-Khui. Beliau
adalah Imam kami.” Jawabnya yang kemudian diikuti oleh temantemannya
yang lain.
Aku tidak tahu apakah Khui lebih alim ataukan Ja’far as-Shodiq. Aku
coba untuk mengubah topik permasalahan dengan bertanya hal-hal lain.
Aku bertanya bilangan penduduk di Najaf, berapa jauh jarak antara
Najaf dan baghdad, apakah mereka tahu negara-negara selain Iraq.
Setiap kali mereka menjawab, ku ajukan soalan-soalan lain sehingga
mereka tidak sempat bertanya apa-apa dariku. Mengingat aku tidak
mampu menjawab dan kurasakan jahil. Tetapi jauh sekali untuk mengakui
itu walaupun jauh di dalam kalbuku mengakuinya. Segala sanjungan,
kemuliaan dan penghormatan yang ku dapati di Mesir, dalam waktu
sekejap luluh di sini, khususnya setelah berjumpa dengan anak-anak
seperti ini. Di situ aku memahami maksud sebuah syair yang berkata :
Katakan kepada mereka
yang mengaku berfilsafat di dalam ilmu
Hanya sedikit yang kau tahu
Sementara banyak yang kau tidak tahu.
Aku membayangkan bahawa akal anak-anak muda ini lebih tinggi dari akal
syaikh-syaikh yang kujumpai di al-Azhar; dan bahkan lebih tinggi dari
akal ulama-ulama yang ku kenal di Tunisia.
Sayyid Khui masuk disertai serombongan ulama yang menunjukkan
keagungan dan kewibawaan. Anak-anak ini berdiri, dan aku juga ikut
berdiri. Mereka menghadap Sayyid dan mencium tangannya sementara
aku tidak bergerak dari tempatku. Sayyid tidak duduk sehinggalah semua
yang hadir duduk terlebih dahulu. Beliau memulakan kata-katanya :
Massakum Bil Khoir, selamat petang kepada sekelian yang hadir. Kemudia
dijawab dengan kata-kata yang sama oleh mereka. Beliau juga
mengucapkan kata-kata itu kepadaku dan ku jawab dengan jawapan yang
sama.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 45
Kulihat temanku berbisik sesuatu kepada Sayyid, lalu kemudian
mengisyaratkanku agar mendekat dan duduk di sisi kanan Sayyid. Setelah
mengucapkan salam, temanku berkata kepadaku: “Ceritakan kepada
Sayyid apa yang kalian dengar tentang syiah di Tunisia ?” Kukatakan
kepadanya. “Ya akhi, buanglah jauh-jauh segala cerita yang kami dengar
tentang Syiah di sana sini. Yang penting adalah aku ingin tahu dengan
mata kepalaku sendiri apa yang dikatakan oleh Syiah. Aku ada beberapa
pertanyaan yang kuinginkan jawapannya secara terus terang.” Temanku
ini mengisyaratkanku agar aku mengatakan secara terus terang kepada
Sayyid tentang bagaimana pandangan kami terhadap Syiah. Kukatakan
bahawa Syiah menurut pandangan kami lebih berbahaya kepada Islam
dibandingkan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ini kerana mereka
menyembah Allah dan beriman kepada Rislaah Nabi Musa a.s. sementara
Syiah – yang kami dengar – menyembah Ali dan mengkultuskannya. Ada
juga di antara mereka yang menyembah Allah, tetapi menempatkan Ali
sejajar dengan Rasulullah s.a.w. Ku bawakan cerita yang mengatakan
konon Syiah percaya bahawa Jibril telah berkhianat di dalam
menyampaikan amanah Allah; di mana sepatutnya amanah tersebut
diberikan kepada Ali tetapi Jibril memberikannya kepada Muhammad.
Sayyid menunduk sejenak, lalu kemudian memandangku dan berkata :
“Kami menyaksikan tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad
s.a.w. adalah Rasul Allah dan Ali hanyalah seorang hamba Allah.”
Kemudian beliau menoleh ke arah para hadirin dan berkata :”Lihatlah
kepada mereka yang tak berdosa ini, betapa tuduhan-tuduhan yang dusta
mengorbankan mereka. Ini tidak begitu aneh. Kerana saya sendiri pernah
mendengar tuduhan-tuduhan yang lebih berat dari itu dari orang-orang
lain. Fala Haula Wala Quwwata Illah Billah a-A’li al-A’zim. Kemudia beliau
menoleh ke arahku sambil bertanya :
– “Apakah anda membaca AlQuran ?”
– “Aku bahkan telah hafal setengahnya ketika dalam umur kurang dari
sepuluh tahun.” Jawabku.
– “Tahukan anda bahawa semua kelompok Islam yang beraneka ragam ini
sepakat tentang Al Quran al-Karim. Al Quran yang ada di sisi kami adalah
sama dengan Al Quran yang ada di sisi kalian.”
– “Ya, aku tahu.” Jawabku.
– “Nah, bukankah anda telah membaca firman Allah yang
bermaksud :”Muhammad hanyalah seorang Rasul di mana sebelumnya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 46
(telah datang) para rasul (yang lain).” (S: Ali Imran: 144) Dan juga
firmanNya yang bermaksud: “Muhammad adalah Rasulullah dan orangorang
yang bersamanya sangat keras terhadap orang-orang kafir.” (S: al-
Fath: 29). Juga firmanNya: “Muhammad bukanlah ayah salah seorang di
antara laki-laki kalian, namun beliau adalah Rasulullah dan penutup segala
Nabi.” (S: al-Ahzab: 40)
– “Ya, aku tahu ayat-ayat tersebut.” Jawabku.
– “Lalu di mana Ali? Jika Al Quran berkata bahawa Muhammad adalah
Rasulullah, maka dari mana datangnya tuduhan-tuduhan seumpama ini ?”.
Aku diam saja tanpa mempunyai sebarang jawapan. Lalu beliau
menyambung lagi :
– “Tentang pengkhianatan Jibril, oh….(tuduhan) ini lebih buruk dari yang
pertama tadi. Ini kerana Jibril ketika diutus oleh Allah kepada
Muhammad waktu itu umur Muhammad empat puluh tahun manakala Ali
seorang anak kecil yang berumur sekitar enam atau tujuh tahun.
Bagaimana mungkin Jibril melakukan kesalahan dan tidak dapat
membezakan antara Muhammad yang dewasa dan Ali anak yang kecil.”
Kemudian aku terdiam lama merenungkan kata-katanya dan menikmati
logikanya yang benar-benar masuk dalam fikiranku serta menghilangkan
keraguan-keraguanku. Aku tertanya-tanya di dalam benakku kenapa kita
tidak pernah menganalisanya dengan cara mantik seperti itu. Kemudian
Sayyid al-Khui ini menyambung kata-katanya:
“Saya tambahkan kepadamu bahawa Syiah adalah satu-satunya di antara
Madzhab Islam yang mempercayai tentang maksumnya para Nabi dan
Imam. Jika para Imam kami maksum dari segala kesalahan, manakala
mereka adalah manusia seperti kita, maka bagaimana malaikat Jibril,
malaikat muqarrab yang digelar oleh Allah sebagai Ruhul Amin.”
“Lalu dari mana datangnya tuduhan-tuduhan seumpama ini?”, tanyaku
kemudian.
“Dari musuh-musuh Islam yang ingin memecahbelahkan kaum Muslimin
dan memporakperandakan mereka. Kaum Muslimin adalah bersaudara,
sama ada Syiah atau Sunnah. Mereka menyembah Allah yang Maha Esa
dan mensyirikkanNya. Al-Qur’an mereka satu. Nabi mereka satu dan
kiblat mereka juga satu. Syiah dan Sunnah tidak berselisih apa-apa
melainkan di dalam sebahagian perkara fiqh sahaja sebagaimana yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 47
berlaku di antara mazhab Sunnah sendiri. Malik menyalahi Abu Hanifah,
dan Abu Hanifah menyalahi Syafie dan seterusnya…”
“Jadi, segala apa yang dituduhkan kepada kalian adalah dusta belaka.”
“Alhamdulillah, anda adalah seorang yang berakal dan memahami segala
sesuatu. Anda telah melawat negara Syiah dan hidup di sekitar mereka.
Apakah anda pernah melihat atau mendengar ucapan-ucapan dusta
seumpama itu?”
“Tidak, sama sekali. Yang aku lihat hanya kebaikan sahaja. Al-
Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkanku dengan
ustaz Mun’im ini di kapal tempoh hari. Dialah sebab kedatanganku ke
Iraq ini dan banyak tahu tentang berbagai hal yang selama ini aku jahil.”
Temanku Mun’im juga tertawa sambil berkata:”Itu juga berkat kuburan
Imam Ali ini.” Kemudian aku pegang tangannya dan berkata:”Di sini aku
telah banyak belajar hatta dari anak-anak muda itu. Aku bercita-cita jika
ada masa aku akan belajar di Hauzah ini seperti mereka.”
“Ahlan Wa-Sahlan,” jawab Sayyid serta merta.”Jika anda ingin belajar
dan menuntut ilmu, maka Hauzah akan menanggungmu dan kami akan
berkhidmat kepadamu.”
Para hadirin menyambut baik gagasan ini, terutama sekali Mun’im yang
nampak lebih berseri. Kemudian aku berkata lagi:”Saya telah berkeluarga
dan mempunyai dua anak.”
“Kami akan menanggung semua keperluan anda dari tempat tinggal, biaya
hidup dan segala yang anda perlukan. Yang penting anda menuntut ilmu
sahaja,”jawab Sayyid.
Aku berfikir sejenak. Lalu aku fikirkan kepada diriku rasanya tidak
mungkin aku duduk belajar lagi setelah lima tahun aku mengajar dan
mendidik generasi muda. Dan tidak mudah untuk mengambil keputusan
dalam waktu yang begitu singkat. Akhirnya aku mengucapkan terima kasih
kepada Sayyid al-Khui atas tawarannya itu. Aku katakan bahawa aku akan
memikirkan hal ini sepulangnya aku dari umrah kelak, Insya Allah. Tetapi
aku perlu dengan sebahagian buku. Kemudian Sayyid berkata:berikan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 48
kepadanya beberapa buah buku. Lalu beberapa ulama yang ada di
sekitarnya berdiri dan membuka beberapa buah almari yang ada. Tidak
lama kemudian mereka memberikan aku buku sebanyak tujuh puluh jilid
lebih dan beberapa set buku lain. Sayyid berkata bahawa ini adalah
hadiah darinya untukku. Melihat ini aku rasakan tidak mungkin dapat
membawanya, apalagi kini akan pergi ke Saudi yang biasanya melarang
segala jenis kitab dibawa masuk ke dalam negeri mereka, kerana khuatir
pada berbagai aqidah yang berlainan dengan madzhab mereka. Tetapi aku
juga tidak mahu kehilangan buku-buku seumpama ini yang tidak pernah
aku lihat sepanjang hidupku. Aku katakan kepada temanku dan kepada
yang hadir bahawa perjalananku sangat jauh, melalui Damsyik, Jordan,
kemudian baru ke Saudi. Dan ketika pulang pula lebih jauh lagi.
Mengingatkan bahawa aku akan melalui Mesir, Libya sehingga Tunisia.
Selain dari beratnya buku-buku tersebut – kebanyakan negara juga
melarang membawa masuk buku.
Kemudian, Sayyid berkata, biarlah aku tinggalkan alamatku dan beliau
kelak akan mengirimnya ke sana. Aku berikan kepadanya kad alamatku di
Tunisia dan aku ucapkan rasa terima kasih kepadanya yang begitu murah
hati. Ketika kau berdiri untuk pulang, beliau juga berdiri sambil
berkata:”Semoga Allah menyelamatkanmu di dalam perjalanan. Jika kelak
anda berdiri di hadapan maqam datukku Rasulullah, maka sampaikan
salamku kepadanya.”
Para hadirin merasa terharu dan aku juga demikian. Aku lihat betapa air
matanya tergenang. Aku katakan kepada diriku, tidak mungkin beliau ini
orang yang salah atau orang yang berdusta. Sungguh berwibawa,
keagungan, dan sikap rendah dirinya menandakan dengan jujur bahawa
beliau adalah dari anak keturunan Nabi SAWA. Lalu aku menjabat
tangannya dan menciumnya walau dia cuba menolaknya. Semua berdiri dan
bersalaman denganku. Anak-anak muda yang mendebatku tadi juga
mengikutiku dan meminta alamatku untuk koresponden. Dan aku tidak
mengabaikan permintaan ini.
Kami menuju Kufah kerana jemputan salah seorang yang hadir di majlis
Sayyid al-Khui tadi. Beliau adalah temannya Mu’nim. Namanya Abu
Syubbar. Kami menginap di rumahnya. Malam itu kami berdiskusi panjang
dengan sejumlah pemuda yang intelektual. Di antara mereka adalah
sejumlah murid Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Mereka menyarankanku
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 49
untuk berjumpa dengannya, dan pertemuan itu aka diatur esok hari.
Temanku sangat setuju dengan saranan itu, tetapi sayang dia tidak dapat
hadir lantaran ada beberapa urusan penting yang tidak dapat ditinggalkan
di Baghdad. Kami sepakat untuk tinggal di rumah Sayyid Abu Syubbar
tiga atau empat hari sehinggalah Mun’im kembali. Setelah solat Subuh
Mun’im pergi ke Baghdad dan kami pergi tidur setelah satu malam suntuk
kami berdiskusi panjang.
Malam itu aku banyak sekali belajar dari mereka. Aku sangat kagum
dengan berbagai ilmu yang mereka pelajari di Hauzah Ilmiyyah. Selain
dari ilmu-ilmu Islam seperti Fiqh, Syariah, dan Tauhid, mereka juga
belajar ilmu-ilmu seperti ekonomi, sosiologi, dan politik. Begitu juga
dengan ilmu-ilmu sejarah, sastera, astronomi dan lain-lain lagi.
Perjumpaan Dengan Sayyid Muhammad Baqir as-
Sadr
Bersama Abu Syubbar aku ke rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr.
Dalam perjalanan, beliau sangat mesra denganku dan bercerita secara
ringkas tentang beberapa ulama yang masyhur dan tentang taklid dan
sebagainya. Setibanya kami di rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr,
aku dapati rumahnya penuh sesak dengan para pelajar Hauzah yang
kebanyakannya para pemuda yang memakai serban. Sayyid berdiri
menyambut kedatangan kami. Setelah diperkenalkan, beliau menyambutku
begitu mesra dan mendudukkanku di sisinya. Beliau bertanya tentang
Tunisia dan al-Jazair dan beberapa ulama yang terkenal seperti al-Khidir
Husayn, Thahir bin A’syur dan lain-lain lagi. Aku sangat gembira dengan
percakapannya. Walaupun kewibawaannya yang agung dan penghormatan
yang tinggi yang diberika oleh orang-orang sekitarnya, tetapi aku dapati
diriku tidak begitu kaku seakan-akan aku telah mengenalnya sejak lama
sebelum itu.
Aku banyak belajar dari majlis itu. Aku dengar berbagai pertanyaan
diajukan kepada Sayyid, lalu kemudian dijawabnya dengan bijak. Waktu
itu aku betul-betul mengetahui betapa tingginya nilai mentaklid ulama
yang masih hidup yang menjawab setiap persoalan secara langsung dan
dengan jelas sekali. Aku juga mulai yakin bahawa Syiah adalah kaum
Muslimin yang menyembah Allah SWT dan beriman kepada Risalah Nabi
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 50
kita Muhammad SAWA. Sebelum ini aku meragukan, syaitan juga
menanamkan rasa waswas bahawa setiap apa yang aku lihat adalah suatu
sandiwara semata-mata. Dan mungkin inilah yang dikatakan oleh mereka
sebagai taqiyah, yakni menampakkan sesuatu yang tidak mereka percayai.
Tetapi sikap demikian akhirnya segera lenyap dari benakku kerana tidak
mungkin setiap orang yang aku lihat dan aku dengar di mana bilangan
mereka berjumlaj ratusan semuanya bersandiwara. Untuk apa mereka
bersandiwara? Siapa aku? Apa yang mereka khuatirkan dariku sehingga
harus bertaqiyah di hadapanku? Bukankah di sini ada kitab-kitab mereka
cetakan lama dan baru. Kesemuanya mengesakan Allah dan memuji-muji
RasulNya Muhammad SAWA seperti yang aku baca di dalam berbagai
muqadimmahnya. Sekarang ini aku berada di rumah Sayyid Muhammad
Baqir as-Sadr, seorang marja’ Syiah yang amat terkenal di Iraq dan di
luar Iraq. Dan setiap kali nama Muhammad disebut, maka semua akan
mengangkat suara agak keras membawa salawat: Allahumma Solli ‘ala
Muhammad wa-ali Muhammad.
Waktu solat tiba. Kami pergi ke masjid yang terletak di samping rumah.
Sayyid Muhammad Baqir mengimamkan kami solat Zuhur dan Asar. Aku
rasakan seakan-akan aku hidup di tengah para sahabat yang mulia. Di
antara dua solat diselangi pembacaan doa yang sangat memilukan hati.
Suara pembacanya begitu mengharukan dan memukau. Setelah selesai
membaca doa, semua membaca salawat beramai-ramai. Allahumma Solli
‘ala Muhammad Wa-ali Muhammad. Semua isi doa adalah pujian kepada
Allah SWT dan Muhammad serta keluarganya yang suci dan baik.
Setelah solat, Sayyid duduk di mihrab. Sebahagian orang datang
menyalaminya dan menanyakan berbagai soalan secara perlahan atau
dengan agak keras. Beliau juga menjawab secara perlahan setiap
pertanyaan yang memang diajukan secara perlahan yang akhirnya aku
fahami menyangkut masalah-masalah peribadi. Jika jawapan yang
diharapkan telah didapati maka sipenyoal akan mencium tangannya lalu
pergi. Berbahagialah mereka dengan orang alim yang mulia ini yang
menyelesaikan segala permasalahan-permasalahan mereka dan ikut serta
di dalam dukacita mereka.
Sambutan Sayyid yang demikian hangat serta perhatian yang
diberikannya yang begitu berat membuatku terlupa dengan sanak
saudaraku di kampung halaman. Aku rasakan jika aku berada bersamanya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 51
selama sebulan sahaja maka aku akan menjadi Syiah kerana akhlaknya
yang tinggi, sikap rendah dirinya dan kemurahan hatinya. Setiap kali aku
melihat wajahnya beliau tersenyum dan memulakan percakapan.
Ditanyanya apa kekuranganku. Selama empat hari itu aku tidak
meninggalkannya melainkan waktu tidur sahaja, walau orang-orang yang
datang berziarah atau ulama yang datang mengunjungi cukup banyak
sekali. Aku juga dapati orang-orang Saudi ada di sana. Aku tidak pernah
tahu yang orang-orang Syiah juga ada di Hjaz. Demikian juga ulama dari
Bahrain, Qatar Emiriyyah Arab Bersatu, Lebanon, Syria, Iran,
Afghanistan, Turki dan Afrika. Sayyid berbicara dengan mereka dan
membantu hajat-hajat mereka. Semua yang keluar dari rumahnya nampak
sekali senang dan puas hati. Aku tidak akan terlupa dengan suatu kes
yang aku saksikan dan sangat kagum dengan cara penyelesaiannya. Aku
sebutkan ini sebagai suatu sejarah lantaran menyirat suatu pelajaran
yang sangat penting agar kaum Muslimin tahu betapa ruginya mereka
dengan meninggalkan hukum-hukum Allah.
Empat orang datang menghadap Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Aku
rasa mereka adalah orang-orang Iraq kerana loghat bahasanya aku
fahami demikian. Seorang dari mereka telah mendapatkan warisan
sebuah rumah dari datuknya yang telah meninggal dunia beberapa tahun
sebelumnya. Kemudian rumah tersebut dijualnya kepada orang kedua
yang juga hadir di sana. Setelah setahun dari tarikh penjualan, datang
dua orang yang mengaku sebagai pewaris yang sah (syari’e) dari simati.
Keempat-empat mereka duduk di hadapan Sayyid, dan masing-masing
mengeluarkan berbagai kertas dan surat bukti. Setelah Sayyid membaca
surat-surat tersebut dan berbicara dengan mereka sejenak maka beliau
memberikan hukum secara adil. Diberinya sipembeli hak untuk
menggunakan rumah tersebut, dan disuruhnya sipenjual untuk membayar
hak waris bahagian dua saudara tadi dari hasil jualan. Setelah itu semua
mereka berdiri dan mencium tangan Sayyid lalu saling berpelukan.
Aku sangat terkejut dan tidak percaya. Aku tanyakan kepada Abu
Syubbar apakah kes itu telah selesai. Ya, jawabnya. Setiap mereka telah
mendapatkan haknya masing-masing. Subhanallah. “Semudah ini ada
dalam waktu yang demikian singkat, hanya beberapa saat sahaja
permasalahan ini dapat diselesaikan!!! Kes seperti ini jika berlaku di
negeri kami, paling tidak ia akan memakan waktu sepuluh tahun
sehinggalah mereka telah mati dan diteruskan kemudiannya oleh anak-
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 52
anaknya. Tambahan lagi, mereka harus membayar kos mahkamah, peguam,
dan sebagainya yang kebanyakannya tidak kurang dari harga rumah itu
sendiri. Bermula dari mahkamah umum, kemudian negeri lalu mahkamah
agung dan akhirnya semua pihak tidak puas hati setelah mengalami
kesusahan, kos yang mahal dan rasuah yang tidak sedikit jumlahnya.
Tambahan lagi permusuhan dan kebencian yang timbul antara sesama
keluarga dan sanak keluarga.”Kami juga punya hal serupa itu atau bahkan
lebih,”kata Abu Syubbar,”Maksud anda?”Tanyaku.”Jika orang
mengangkat permasalahan mereka kepada mahkamah pemerintah, maka
hasilnya seperti yang anda ceritakan tadi. Namun jika mereka mentaqlid
kepada seorang Marja’ agama dan terikat dengan hukum-hukum Islam
maka mereka tidak akan mengangkat permasalahan mereka kecuali
kepada marja’ sahaja, dan marja’ juga akan menyelesaikan perkara
mereka dalam masa beberapa saat sahaja seperti yang anda saksikan
sebentar tadi. Adakah hakim yang lebih baik selain daripada Allah bagi
orang-orang yang berakal? Sayyid Sadr juga tidak mengambil apa-apa
bayaran pun dari mereka. Jika mereka pergi ke mahkamah-mahkamah
pemerintah yang ada maka mereka akan menderita banyak.”
“Subhanallah. Aku masih tidak percaya dari apa yang aku lihat. Kalaulah
mata ini tidak menyaksikannya sendiri maka tidak mungkin aku akan
mempercayai.”
“Begitulah, ya akhi. Kes ini masih ringan jika dibandingkan dengan kes-kes
lain yang lebih rumit dan menyangkut nyawa. Tetapi para marja’ dapat
menyelesaikannya dalam waktu yang relatif singkat.”
“Jadi di Iraq ini ada dua pemerintahan, pemerintahan negara dan
pemerintahan ulama, begitu?”Tanyaku hairan.
“Tidak. Di sini ada pemerintahan negara sahaja, tetapi kaum Muslimin
dari Mazhab Syiah yang bertaqlid pada marja’ mereka tidak ada apa-apa
hubungan dengan pemerintahan. Mengingat di sini adalah pemeritahan
Ba’ath bukan pemerintahan Islam. Mereka patuh pada hukum-hukum
seperti kewarganegaraan, pajak, peraturan-peraturan kota dan hal-hal
peribadi lainya. Seandainya berlaku suatu kes antara seorang Muslim
yang beragama, maka pasti ia akan terpaksa mengangkatnya kepada
mahkamah pemerintah. Kerana yang kedua ini tidak suka dengan
keputusan ulama. Namun jika yang bersengketa adalah antara sesama
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 53
Mukmin, maka mereka merujuk kepada para marja’. Apa sahaja yang
dihukumkan oleh marja’ tersebut akan diterima oleh semua tanpa ada
sebarang keberatan. Itulah kenapa kes-kes yang berlaku dapat
diselesaikan dalam waktu sehari sahaja oleh para marja’, sementara di
mahkamah-mahkaman lain memakan masa waktu berbulan-bulan bahkan
bertahun-tahun.”
Kejadian itu menggerakkan jiwaku merasa rela terhadap segala hukum
Allah SWT.
Dari situ aku faham makna firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka
mereka adalah orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak tidak
menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka
adalah orang-orang yang zalim. Sesiapa yang tidak tidak menghukum
dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orangorang
yang fasiq” (Al-Maidah: 44, 45, 47).
Ia juga menggerakkan dalam diriku suatu dendam dan memberontak
terhadap mereka yang zalim yang telah merubah hukum-hukum Allah
SWT yang adil kepada hukum buatan manusia yang zalim. Bahkan mereka
mengejek hukum-hukum Allah dengan cara yang keji. Mereka mengatakan
bahawa hukum Allah adalah barbarisme dan kejam kerana menegakkan
hukum hudud yang memotong tangan pencuri dan merejam penzina serta
membunuh sipembunuh. Dari mana datangnya teori-teori yang asing
seperti ini? Sudah pasti ianya datang dari barat dan musuh-musuh Islam
yang melihat bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam bermakna
penamatan terhadap kekuasaan mereka secara total. Ini kerana mereka
adalah para pencuri, pengkhianat, penzina, penjenayah, dan pembunuh.
Jika hukum-hukum Allah dilaksanakan terhadap mereka maka kita telah
aman dari mereka.
Di hari-hari itu berlaku banyak diskusi antara aku dan Sayyid Sadr. Aku
tanyakan kepadanya berbagai soalan, besar atau kecil dari kesimpulan
yang aku buat setelah berbagai diskusi dengan teman-teman, sama ada
tentang aqidah mereka, tentang sahabat, semoga Allah meredhai mereka,
tentang aqidah mereka terhadap Imam dua belas, Ali dan anak-anaknya
dan lain-lain lagi yang tidak sama dengan aqidah kami.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 54
Aku tanyakan kepada Sayyid Sadr tentang Imam Ali, kenapa diucapkan
ketika azan dengan sebutan Waliyullah? Beliau menjawab:”Amirul
Mukminin Ali AS adalah di antara hamba Allah yang dipilihNya untuk
meneruskan tanggungjawab menyampaikan RisalahNya setelah para
NabiNya. Mereka adalah para wasi Nabi SAWA. Setiap Nabi ada wasi,
dan wasi Nabi Muhammad SAWA adalah Ali AS. Kami mengutamakannya
di atas semua sahabat kerana Allah dan RasulNya mengutamakanNya. Dan
kami mempunyai dalil aqli dan naqli, al-Qur’an dan Sunnah dalam hal ini.
Dalil-dalil ini tidak dapat diragukan kebenarannya, lantaran ia mutawatir
dan sahih di dalam jalur sanad kami, dan hatta di jalur sanad Ahlul
Sunnah Wal-Jamaah. Para ulama kami telah menuliskan berbagai buku
tentang hal ini. Ketika pemerintahan Bani Umayyah cuba menghapuskan
kebenaran ini dan memerangi Amirul Mukminin Ali AS dan anak-anaknya
serta membunuh mereka; bahkan mencaci dan melaknatnya di atas
mimbar-mimbar kaum Muslimin serta memaksa manusia untuk berbuat
serupa, melihat ini maka Syiahnya dan para pengikutnya, semoga
meredhai mereka, menyaksikan bahawa beliau adalah Waliyullah. Sikap ini
sebagai bantahan mereka terhadap penguasa yang zalim saat itu
sehingga kemuliaan sebenarnya dapat dikembalikan kepada Allah,
RasulNya dan orang-orang Mukminin sahaja. Dan supaya ini terjadi
sebagai bukti sejarah kepada segenap kaum Muslimin yang datang
berikutnya, agar mereka tahu tentang kebenaran Ali dan kebatilan
musuh-musuhnya.
Para fuqaha kami mengatakan bahawa syahadah kepada wilayah Ali
sewaktu azan adalah hukumnya sunat, dengan niat ianya bukan dari
bahagian azan dan iqamah. Jika seorang muazin menganggap ianya
bahagian dari azan dan iqamah maka azannya dianggap tidak sah. Perkaraperkara
sunat di dalam ibadah dan muamalat banyak sekali jumlahnya.
Seorang Muslim akan diberi ganjaran jika melakukannya dan tidak akan
berdosa jika meninggalkannya. Sebagai contoh, dalam suatu hadith ada
disebutkan bahawa setelah mengucapkan syahadah kepada Allah dan
Muhammad di dalam azan, maka disunatkan bersyahadah bahawa syurga
itu adalah benar, neraka itu benar, dan Allah akan membangkitkan
manusia dari kuburnya.”
Aku katakan bahawa para ulama kami mengajarkan bahawa Sayyidina Abu
Bakar as-Sidiq adalah khalifah yang paling utama, kemudian Sayyidina
Umar al-Faruq, Sayyidina Uthman, dan kemudian barulah Sayyidina Ali,
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 55
semoga Allah meredhai mereka semua.
Sayyid diam sejenak lalu berkata: Mereka boleh berkata apa sahaja
tetapi jauh sekali untuk membuktikannya secara dalil syariah. Lalu ianya
sangat bertentangan dengan apa yang tertulis di dalam kitab-kitab
mereka yang sahih dan muktabar. Di sana tertulis bahawa manusia yang
paling utama adalah Abu Bakar, kemudian Uthman. Tidak ada kata-kata
Ali sama sekali. Justeru Ali dijadikan sebagai manusia awam sahaja.
Namun para ahli sejarah menyebutkannya para Khulafa ar-Rasyidin
sahaja.”
Aku tanyakan juga tentang tanah yang digunakan untuk sujud atau biasa
disebut Turbah Husainiyyah. Beliau menjawab:”Pertama-tama wajib
diketahui bahawa kami bukan sujud kepada tanah, seperti yang disangka
oleh mereka yang bencikan Syiah tetapi kami sujud di atas tanah. Sujud
hanya kepada Allah semata-mata. Apa yang terbukti secara dalil bagi
kami dan juga di sisi Ahlul Sunnah bahawa yang utama adalah sujud di
atas tanah atau di atas sesuatu yang tumbuh dari tanah tetapi bukan
sejenis dari bahan makanan. Selain dari itu tidak sah sujud di atasnya.
Dahulunya Rasulullah SAWA duduk di atas tanah dan menjadikan
sebongkah tanah sebagai tempat sujudnya. Beliau juga mengajarkan
kepada sahabat-sahabatnya demikian juga sehingga mereka sujud di
atasnya, dan di atas hujung bajunya. Hal ini diketahui sangat lumrah
sekali di sisi kami.
Imam Zainal Abidin dan Sayyid as-Sajidin Ali bin Husayn AS mengambil
tanah dari kuburan ayahnya Abu Abdillah al-Husayn as-Syahid sebagai
turbahnya. Ini kerana tanahnya bersih dan suci dan telah disiram oleh
darah Sayyidis-Syuhada’ (Penghulu Para Syuhada – Imam Husayn AS).
Dan para Syiahnya meneruskan kebiasaan ini sehingga ke hari ini. Kami
tidak mengatakan bahawa sujud di atas selainnya bermakna tidak sah.
Sujud akan sah di atas sebarang tanah atau sebarang batu suci,
sebagaimana ia juga akan sah sujud di atas tikar atau hamparan yang
dibuat dari pelepah kurma dan sejenisnya.”
Aku tanya lagi tentang peringatan Sayyidina Husayn AS, kenapa Syiah
menangis dan memukul-mukul dada sehingga berdarah? Bukankah ini
haram di dalam Islam. Nabi juga telah bersabda:”Bukan dari golongan
kami mereka yang memukul-mukul pipi dan mengoyak-ngoyak baju serta
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 56
melakukan seperti perbuatan Jahiliyyah.”
Sayyid menjawab:”Hadith ini memang sahih tetapi ia tidak dapat
diterapkan untuk peringatan Abu Abdillah al-Husayn. Mereka yang
menyeru pada perjuangan Husayn da nmengikut jejaknya, perbuatan ini
bukan sejenis perbuatan Jahiliyyah. Lalu di dalam Madzab Syiah ada
manusia yang beragama, ada yang alim, dan ada juga yang jahil. Kesemua
mereka mempunyai rasa emosi. Jika di dalam mengingati kesyahidan
Husayn dan apa yang terjadi kepada keluarganya serta para sahabatnya,
sama ada yang dibunuh atau yang ditawan lalu perasaan emosinya
menguasai mereka maka mereka akan mendapatkan pahala di sisi
Tuhannya kerana niat adalah fisabillah semata-mata. Dan Allah
memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya sekadar niat mereka
masing-masing.
Seminggu yang lalu saya membaca suatu kenyataan rasmi dari pemerintah
Mesir sempena kematian Jamal Abdul Nasir. Dikatakan bahawa mereka
telah mencatat lapan belas kes bunuh diri kerana mendengar kematian
Jamal Abdul Nasir. Ada yang terjun dari tingkat atas bangunan yang
bertingkat; ada yang terjun ke bawah rel keretapi dan lain-lain lagi. Ini
saya sebutkan sebagai contoh bagaimana emosi manusia kadang-kadang
boleh menguasai manusia itu sendiri. Jika manusia Muslim boleh
membunuh diri lantaran kematian Jamal Abdul Nasir, walhal dia mati
secara wajar, maka tidak ada hak bagi kita untuk menghukum bahawa
Ahlul Sunnah adalah salah. Dan tidak ada hak bagi Ahlul Sunnah
menghukum saudara-saudara mereka dari Syiah sebagai salah lantaran
menangisi Sayyid as-Syuhada al-Husayn. Mereka meratapi penderitaan
Husayn dan bahkan hingga ke hari ini. Rasulullah sendiri pernah menangis
untuk Husayn, dan Jibril juga menangis kerana tangisnya Rasulullah.”
“Kenapa Syiah menghiasi kuburan wali-wali mereka dengan emas dan
perak sedangkan ia haram di dalam Islam?”, Tanyaku lagi.
“Ini tidak hanya ada di dalam Syiah sahaja,”jawab Sayyid.”Ia juga tidak
haram. Lihatlah masjid-masjid saudara kami dari golongan Ahlul Sunnah,
sama ada di Iraq, Mesir, Turki atau negara-negara Islam yang lain. Ratarata
dihiasi dengan emas dan perak. Begitu juga dengan masjid Rasulullah
SAWA di Madinah al-Munawarah dan Baitullah al-Haram di Mekah yang
setiap tahun dipakaikan dengan perhiasan emas yang baru dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 57
perbelanjaan berjuta-juta. Ini tidak hanya ada pada Madzhab Syiah
sahaja.
“Ulama Saudi berkata bahawa mengusap tangan di atas kubur, minta doa
dari orang-orang yang soleh serta mengambil barakah dari mereka semua
itu adalah syirik kepada Allah. Bagaimana pendapat anda dalam hal ini?”
“Jika mengusap tangan di atas kubur dan menyebut nama-nama
penghuninya dengan niat bahawa mereka memberi manfaat atau
mendatangkan mudarat maka tidak ragu-ragu lagi ia adalah syirik. Orangorang
Muslim adalah orang yang muwahid (bertauhid) dan mengetahui
bahawa Allah sahajalah yang memberi manfaat atau mudarat. Mereka
menyeru para wali dan imam AS adalah untuk menjadikan mereka sebagai
wasilah atau perantara mereka kepada Allah SWT. Ini tidak syirik. Kaum
Muslimin, Sunnah dan Syiah sepakat dalam hal ini sejak zaman Rasul
sehingga sekarang melainkan Wahabiyyah atau ulama Saudi yang seperti
anda sebutkan. Mereka telah memfitnah kaum Muslimin dengan aqidah
mereka ini, mengkafirkan mereka dan bahkan menghalalkan darah
mereka. Para jamaah haji Baitullah al-Haram dipukul lantaran mereka
berkata: As-Salamu Alaika Ya Rasulullah. Dan tidak diperkenankan
siapapun untuk menyentuh kuburan suci Nabi Muhammad SAWA. Mereka
telah berdiskusi dengan ulama kami beberapa kali tetapi mereka tetap
degil dan sombong.”
“Sayyid Syarafuddin, seorang di antara ulama Syiah ketika pergi haji ke
Baitullah al-Haram di zaman raja Abdul Aziz Ali Saud, adalah di antara
ulama yang dijemput ke istana raja untuk mengucapkan selamat Hari Raya
Aidul Adha kepada raja. Ketika tiba gilirannya untuk bersalaman dengan
raja, dihadiahkannya kepada raja sebuah mushaf al-Qur’an yang
berkulitkan kulit binantang. Raja menerima hadiah tersebut lalu
diciumnya dan diletakkannya di atas dahi sebagai tanda penghormatan
dan pentakziman. Lalu Sayyid Syarafuddin berkata ketika itu: Wahai
Raja, kenapa anda mencium kulit dan mengagungkannya. Ia hanya berupa
kulit kambing, tidak lebih?” Yang aku maksudkan adalah pentakziman
kepada al-Qur’an al-Karim yang di dalamnya, bukan kepada kulit ini.”
Kemudian Sayyid Syarafuddin menjawab:”Anda bijak hai Raja. Begitulah
juga ketika kami mencium pintu-pintu kuburan Nabi atau dindingdindingnya.
Kami tahu bahawa ia adalah besi yang tidak memberi apa-apa
manfaat atau mudarat. Tetapi yang kami maksudkan adalah orang yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 58
ada di sebalik besi dan kayu-kayu itu. Kami bermaksud mentakzimkan
Rasulullah SAWA sebagaimana anda bermaksud mentakzimkan al-Qur’an
dengan mencium kulit kambing yang membungkus al-Qur’an ini.”
“Para hadirin mengucapkan takbir sebagai tanda kagum atas Sayyid ini.
Mereka berkata: anda benar, anda benar. Akhirnya Raja terpaksa
mengizinkan para jamaah haji untuk melakukan tabaruk (mengambil
barakah) dari peninggalan-peninggalan Nabi SAWA sehinggalah datang
raja berikutnya. Lalu larangan itu dikenakan semula.”
“Hal yang sebenarnya bukanlah kerana mereka takut kaum Muslimin akan
syirik kepada Allah tetapi ia ada menyirat suatu masalah politik untuk
menguasai kaum Muslimin dan memperkuatkan kerajaan mereka. Sejarah
adalah sebaik-baik bukti atas apa yang mereka lakukan terhadap ummat
Muhammad SAWA.”
Aku tanya juga tentang tarekat-tarekat sufi. Jawabnya singkat:”Ada
yang positif seperti membina diri dan mendidiknya untuk sederhana di
dalam hidup dan bersikap zuhud atas kenikmatan-kenikmatan dunia serta
melatih diri untuk berangkat tinggi ke alam ruh yang suci. Sementara
yang negatif seperti mengasingkan diri dan lari dari realiti kehidupan,
terbatas hanya berzikir kepada Allah secara lafzi (lafaz) dan lain-lain
lagi. Islam seperti yang diketahui membenarkan yang positif dan
membuang jauh-jauh yang negatif. Kita patut katakan bahawa semua
prinsip-prinsip Islam adalah positif.”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 59
Ragu-ragu Dan Bingung
Jawapan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadir jelas dan menyakinkan tetapi
apakah mungkin ia akan mempengaruhi orang seumpamaku yang telah
menghabiskan umurnya selama dua puluh lima tahun di dalam prinsip
mensucikan para sahabat dan menghormati mereka terutamanya Khulafa
al-Rasyidin yang Rasulullah SAWA menyuruh kita berpegang teguh
dengan sunnah mereka dan berjalan di bawah bimbingan mereka. Di atas
semua mereka adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar
al-Faruq.
Dan sejak kedatanganku ke Iraq tidak pernah aku dengar nama mereka.
Yang aku dengar adalah nama-nama lain yang asing bagiku dan nama dua
belas imam. Mereka juga mendakwa bahawa Rasulullah SAWA telah
menunjuk Ali sebagai khalifah sebelum wafatnya. Bagaimana mungkin aku
dapat mempercayainya bahawa para sahabat yang mulia, manusia yang
paling utama selepas Nabi, bersepakat di dalam menentang Ali
Karamallah wajhahu. Dan sejak kecil lagi kami diajar bahawa para
sahabat RA sangat menghormati Imam Ali dan mengetahui haknya. Beliau
adalah suaminya Fatimah az-Zahra’, ayahnya Hasan dan Husayn dan pintu
kota ilmu. Begitu juga Sayyidina Ali. Beliau tahu haknya Abu Bakar as-
Siddiq, orang pertama yang masuk Islam dan menemui Rasul sewaktu
beliau berada di gua sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur’an.
Rasulullah SAWA juga telah menyuruhnya menjadi imam jamaah ketika
baginda sakit dan bersabda untuknya:”Seandainya aku harus mengambil
Khalil (teman dekatku) maka Aku Bakar yang aku akan ambil sebagai
Khalilku.” Itulah kenapa kaum Muslimin memilihnya sebagai Khalifah
mereka. Imam Ali juga tahu tentang keutamaan Sayyidina Umar
kerananya Islam telah diangkat oleh Allah dan Rasul telah memberinya
gelaran sebagai al-Faruq, yakni yang memisahkan antara haq dan batil.
Beliau juga tahu tentang keutamaan Sayyidina Uthman di mana Malaikat
Rahman malu kepadanya dan yang telah menyediakan Pasukan al-U’srah
serta dinamakan Rasulullah sebagai Zun Nurain (yang mempunyai dua
cahaya).
Kenapa saudara-saudara kami kaum Syiah tidak mengetahui semua ini,
ataukah mungkin mereka berpura-pura tidak tahu dan menjadikan mereka
sebagai manusia-manusia diumbang-ambingkan oleh hawa nafsu dan
kerakusan duniawi daripada mengikuti yang haq. Kerana itu maka mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 60
melanggar perintah Nabi setelah wafatnya, padahal sebelumnya mereka
berlumba-lumba untuk menjalankan perintahnya; bahkan ada yang
membunuh anak-anak mereka, ayah-ayah mereka dan keluarga mereka
demi kemuliaan Islam dan kejayaannya. Mereka yang membunuh ayah dan
anaknya lantaran patuh kepada Allah dan RasulNya tidak mungkin akan
dipengaruhi oleh dunia yang fana ini, seperti merebut jawatan khalifah,
lalu berpura-pura jahil dengan perintah Rasulullah dan meninggalkannya.
Kerana alasan-alasan itu aku tidak percaya pada apa yang dikatakan oleh
Syiah walaupun dalam banyak hal aku yakin dengan hujah-hujah mereka.
Aku bingung dan ragu-ragu. Ragu-ragu lantaran kata-kata ulama Syiah
sangat rasional dan logik. Bingung dan tidak percaya lantaran para
sahabat RA dipandang sedemikian rupa sehingga mereka seperti manusia
biasa bagaikan diri kita ini. Tiada cahaya Risalah menyinari mereka dan
tiada pula bimbingan Muhammad mendidik mereka. Ya Ilahi, bagaimana
mungkin terjadi begini? Mungkinkah para sahabat dalam taraf yang
dikatakan oleh orang-orang Syiah itu? Yang penting sikap ragu-ragu dan
bingung ini adalah mulanya kelemahan dan pengakuan bahawa di sana ada
hal-hal tersembunyi yang harus dibongkar agar dapat sampai kepada
kebenaran.
Temanku Mu’nim datang dan kami pergi ke Karbala. Di sana aku ikut
serta dalam majlis musibahnya Sayyidina Husayan sebagaimana yang
dihayati oleh orang-orang Syiah. Waktu itu aku sedar bahawa Sayyidina
Husayn sebenarnya ‘belum mati.’ Orang-orang begitu ramai dan saling
bersesak-sesak di sekitar kuburannya Sayyidina Husayn. Mereka
menangis teresak-esak yang tidak pernah aku saksikan seumpama ini
sebelum ini yang bagaikan Husayn baru sahaja syahid. Aku dengar para
penceramah menggugah emosi dan perasaan para hadirin dengan
menceritakan tragegi Karbala dengan suara yang mengharukan. Hampir
setiap orang yang mendengarnya tidak dapat menahan diri kecuali ikut
menangis. Aku menangis dan terus menangis. Aku biarkan diriku
melepaskan deritanya yang seakan-akan sebelum ini terbelenggu. Aku
rasakan suatu kelegaan jiwa yang luar biasa yang tidak pernah aku
ketahui sebelum ini. Seakan-akan dahulunya aku berada di barisan musuhmusuh
Imam Husayn, dan tiba-tiba sekarang aku berbalik dan ikut serta
para sahabatnya dan para pengikutnya yang berkorban untuknya.
Waktu itu sipenceramah membawakan cerita al-Hur, salah seorang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 61
komandan pasukan tentera musuh yang diperintahkan untuk memerangi
Husayn. Namun ketika beliau berdiri di barisan peperangan, dia gementar
dahsyat. Ketika ditanya oleh sebahagian temannya: apakah anda takut
mati hai Hur? Hur menjawab: demi Allah tidak. Tetapi aku kini sedang
mempertaruhkan nyawaku di antara syurga dan neraka. Kemudian dia
menyebat kudanya dan pergi ke arah Husayn. Dia berkata: wahai putra
Rasulullah, adakah jalan bagiku untuk bertaubat?
Mendengar ini aku tidak dapat menahan diriku. Aku jatuh dan menangis
seakan-akan aku sedang melakukan peranan Hur. Aku berkata: wahai
putra Rasulullah, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat? Maafkan aku
wahai putra Rasulullah!
Ketika itu suara penceramah sangat mengharukan. Terdengar suara
tangisan para hadirin menguak suasana. Ketika itu temanku mendengar
suara jeritanku lalu dia datang dan memelukku. Sambil menangis dia
memelukku bagaikan seorang ibu memeluk anaknya. Dia menyebutkan
kata-kata, ya Husayn……ya Husayn…..secara perlahan. Saat-saat itu
benar-benar mengajarku makna suatu tangisan. Air mataku seakan
membasuh semua kalbuku dan jasadku dari dalam. Waktu itu aku baru
faham maksud hadith Rasul:”Jika kalian tahu apa yang aku ketahui maka
kalian tertawa sejenak dan menangis banyak.”
Separuh daripada hari ini aku hanya berdiam diri. Temanku berusaha
menghiburkanku dan mengucapkan takziah kepadaku. Diberinya aku
sedikit manisan, tetapi rasa keinginanku untuk makan hari itu sama sekali
hilang. Aku minta temanku menceritakan kepadaku kisah syahidnya
Sayyidina Husayn kerana aku tidak tahu sama sekali tentang tragedi
Karbala ini. Apa yang aku tahu adalah cerita orang-orang tua kami yang
mengatakan bahawa orang-orang munafiq membunuh Sayyidina Umar,
Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, mereka jugalah yang membunuh
Sayyidina Husayn. Selebihnya kami tidak tahu lagi. Bahkan pada Hari
Asyura kami menyambutnya dengan sukaria kerana dianggap sebagai hari
raya Islam. Hari itu zakat-zakat harta dikeluarkan, berbagai makanan
yang lazat dihidangkan dan anak-anak pergi meminta wang dari orangorang
tua untuk membeli mainan dan manisan.
Memang ada sebahagian adat dibeberapa daerah di mana penduduknya
menyalakan api, tidak bekerja, tidak berkahwin, dan tidak bersukaria
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 62
pada hari itu. Tetapi itu kami katakan sebagai adat sahaja tanpa
mengetahui makna yang tersirat di sebalik itu. Ulama kami meriwayatkan
berbagai hadith tentang keutamaan Hari Asyura serta berbagai barakah
dan rahmat yang ada di dalamnya. Sungguh aneh perkara itu.
Setelah itu kami berziarah ke kuburan Abbas, adiknya Husayn. Waktu itu
aku tidak kenal siapa beliau. Temanku telah menceritakan kepadaku
tentang kegagahan dan kepahlawanannya. Di sana juga kami berjumpa
dengan berbagai ulama yang tidak aku ingat betul nama-nama mereka,
melainkan gelaran-gelaran tertentu seperti Bahrul Ulum, Sayyid Hakim,
Kasyf al-Ghito’, Ali Yasin, Tabatabai, Fairuz Abadi, Asad Haidar, dan
lain-lain lagi.
Secara jujur harus dikatakan bahawa mereka sebenarnya adalah ulama
yang bertaqwa, berwibawa dan terhormat. Orang-orang Syiah sangat
menghormati mereka dan memberikan khums dan harta mereka kepada
mereka. Dengan wang itu mereka mentadbir urusan Hauzah Ilmiah,
mendirikan berbagai sekolah dan percetakan, serta memberikan biasiswa
kepada para talabah (penuntut) yang datang dari seluruh dunia Islam.
Mereka benar-benar berdikari dan tidak bergantung kepada para
penguasa, sama ada yang dekat atau yang jauh, tidak seperti keadaan
ulama kita yang tidak akan memberikan fatwa atau sependapat kecuali
melihat apa pendapat para penguasanya yang menjamin kehidupan mereka
dan yang dapat menyingkirkan atau melantik seseorang.
Sungguh ia merupakan suatu dunia baru yang aku
temukan atau diketemukan oleh Allah untukku. Kini aku
meyenanginya dan dapat menyesuaikan diri bersamanya
setelah sekian lama aku memusuhinya. Orang alim ini
telah membukakan untukku berbagai pemikiranpemikiran
yang baru. Beliau juga telah membangkitkan
diriku untuk mencintai pengkajian, penelitian, dan
belajar bersungguh-sungguh sehingga harus aku temui
kebenaran yang dicari.
Apa lagi hadith Nabi yang bermaksud, “Bani Israel telah berpecah
kepada tujuh puluh satu firqah, Nasrani telah berpecah kepada tujuh
puluh firqah dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
firqah. Semuanya di neraka kecuali satu sahaja.” Hadith ini sangat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 63
mengusikku untuk mengetahui lebih jauh tentang suatu kebenaran yang
dimaksudkan.
Kini tidak ada kaitan dengan berbagai agama yang mendakwa bahawa ia
adalah yang benar sementara yang lain salah. Yang aku hairankan dan
membingungkan adalah maksud hadith ini. Lebih menghairankan lagi
adalah sikap kaum Muslimin yang sering membaca dan mengulang-ulangi
hadith ini di dalam khutbah-khutbah mereka tetapi tidak pernah mahu
untuk mengkaji maksudnya agar dapat membedakan mana golongan yang
hak dari yang golongan yang batil.
Anehnya, setiap golongan mendakwa bahawa ia satu-satunya yang kelak
akan selamat. Di dalam urusan hadith itu tertulis, “Sahabat bertanya,
siapa mereka ya Rasulullah?” Nabi menjawab:”Apa yang aku dan sahabatsahabatku
ada di atasnya.” Adakah suatu golongan yang tidak berpegang
kepada Kitab dan Sunnah, atau mendakwa selain dari al-Qur’an dan
Sunnah? Seandainya Imam Malik, atau Abu Hanifah, atau Syafie, atau
Ahmad bin Hanbal ditanya, apakah mereka akan mendakwa selain dari
berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah yang sahih? Ini baru madzhabmadzhab
yang ada di dalam dunia Sunni. Bagaimana pula dengan golongan
Syiah? Madzhab ini juga mendakwa bahawa ia berpegang kepada Kitab
Allah dan Sunnah yang sahih yang diriwayatkan kesemuanya oleh Ahlul
Bayt yang suci.”Dan Ahlul Bayt lebih mengetahui apa isi rumahnya
dibandingkan dengan yang lain,”kata mereka. Apakah mungkin kesemuanya
dalam kebenaran seperti yang didakwa. Ini tidak mungkin sama sekali;
mengingatkan bahawa hadith tersebut bermaksud sebaliknya. Lain halnya
jika dikatakan bahawa hadith tersebut palsu atau dusta. Tetapi ini tidak
mungkin, mengingatkan bahawa hadith tersebut bersifat mutawatir sama
ada menurut Sunnah atau pun Syiah. Apakah mungkin hadith ini tidak
mempunyai makna dan maksud? Tetapi jauh sekali bagi Rasulullah untuk
mengatakan sesuatu yang tiada bermaksud, kerana baginda tidak berkata
sesuatu kecuali merupakan wahyu ; dan setiap hadisnya mengandungi
hikmat dan pelajaran. Nah, kita terpaksa harus mengakui bahawa ada
satu golongan yang benar dan lainnya salah. Hadis ini memang
menimbulkan kebingungan, tetapi ia juga membangkitkan sikap ingin tahu
dan meneliti bagi mereka yang inginkan keselamatan.
Kerana itulah timbul sikap ragu-ragu dan bingung setelah perjumpaanku
dengan orang-orang Syiah. Siapa tahu mungkin mereka mengatakan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 64
sesuatu yang hak dan berkata jujur. Kenapa aku tidak teliti dan kaji.
Islam telah mewajibkanku mengkaji, memperbandingkan dan meneliti
seperti yang disebutkan di dalam Al Quran dan Sunnah. Allah
berfirman :”Mereka yang berjihad di jalan Kami maka Kami pasti akan
menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami: (S: al-Ankabut :69). Dia
juga berfirman: “Mereka yang mendengar suatu perkataan lalu mengikuti
yang terbaik di antaranya, maka mereka adalah orang-orang yang diberi
hidayat oleh Allah dan mereka adalah orang-orang yang berfikir.” (S: az-
Zumar :18)
Dengan keputusan dan azam yang jujur ini aku berjanji kepada diriku dan
teman-teman Syiahku di Iraq. Aku sangat terharu kerana berpisah
dengan mereka. Aku telah sangat mencintai mereka dan mereka juga
mencintaiku. Aku telah tinggalkan teman-teman yang mukhlis dan mulia,
yang telah mengorbankan waktu mereka keranaku dan tiada menyimpan
sebarang maksud. Tujuan mereka semata-mata ingin mendapatkan
keredhaan Allah s.w.t. Di dalam sebuah hadis disebutkan : “Satu orang
yang mendapatkan hidayah Allah di tanganmu adalah lebih baik bagimu
dari apa yang diterbitkan matahari.”
Aku meninggalkan Iraq setelah dua puluh hari berada di sekitar makam
Imam-imam dan Syiah mereka. Kesemua itu berlalu seakan suatu mimpi
indah yang enggan dilepaskan oleh yang tidur. Kutinggalkan Iraq dengan
rasa agak kesal lantaran waktunya yang begitu singkat, dan perpisahan
yang mesti dengan orang-orang yang sangat baik hati dan berpaut cinta
kepada Ahlul Bait Nabi s.a.w.. Aku pergi menuju Hijaz bermaksud
berkunjung ke Baitullah al-Haram dan makam Sayyidul Awwalin Wal
Akhirin Sallallahu Alaihi Wa Alihi at-Tayyibin at-Tahirin.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 65
Berangkat ke Hijaz
Aku tiba di Jeddah. Di sana aku berjumpa dengan temanku Bashir yang
sangat hangat menyambut kedatanganku. Dibawanya aku kerumahnya dan
dihormatinya aku dengan penuh kesempurnaan. Dia menghabiskan masamasa
lapangnya bersamaku pergi bersiar dan ziarah dengan keretanya.
Kami pergi umrah bersama-sama dan kami lalui waktu-waktu kami dengan
amal ibadah dan ketaqwaan. Aku meminta maaf kerana terlambat sampai
lantaran kepergianku ke Iraq sebelum ini. Kuceritakan kepadanya
penemuan atau pembukaan baruku. Dia bersikap terbuka dan ingin tahu.
Katanya: “Memang aku dengar mereka memiliki banyak ulama yang agung
dan mempunyai dalil yang kuat. Tetapi mereka juga mempunyai banyak
golongan yang kafir dan tersesat. Di setiap musim haji mereka
menciptakan berbagai kesusahan kepada kami.” Ku tanya kesusahan apa
yang mereka ciptakan? “Mereka sembahyang di sekitar kuburan.”
Jawabnya. “Mereka juga masuk ke kuburan Baqi’ secara beramai-ramai
lalu menangis. Mereka membawa sepotong batu untuk sujud. Jika mereka
pergi ke kuburan Sayyidina Hamzah di Uhud, mereka akan mengadakan
takziah, memukul-mukul dada dan menangis kuat seakan-akan Hamzah
baru saja meninggal hari itu. Kerana itulah kerajaan Saudi melarang
mereka masuk ke makam-makam ziarah.”
Aku tersenyum saja. Kukatakan kepadanya apakah dengan ini maka anda
menghukumkan mereka telah keluar dari Islam? “Ini dan lain lagi,”
jawabnya. “Mereka datang berziarah ke kuburan Nabi, tetapi pada masa
yang sama mereka berdiri di depan kuburan Abu Bakar dan Umar lalu
mencaci dan melaknat mereka. Sebahagian mereka ada yang melempari
kuburan Abu Bakar dan Umar dengan benda-benda najis dan kotoran.”
Kata-kata ini mengingatkanku pada cerita ayahku ketika beliau pulang
dari Haji tempoh dulu. Katanya orang-orang Syiah melemparkan najis ke
kuburan Nabi. Dan secara pasti ayahku memang tidak melihatnya sendiri.
Katanya dia hanya melihat askar-askar Saudi memukul sebahagian jemaah
haji dengan tongkat. Lalu kemudian diprotesnya kerana sikap penghinaan
terhadap jemaah seperti ini. Dalam jawapannya, askar-askar ini berkata:
“Mereka bukanlah orang-orang Islam. Mereka adalah orang-orang Syiah.
Mereka datang membawa benda-benda najis untuk melemparkannya ke
kuburan Nabi s.a.w. ” Ayahku kemudian berkata: “Ketika itu juga kami
melaknat mereka dan meludahi muka mereka.”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 66
Sekarang ini aku dengar dari temanku orang Saudi yang dilahirkan di
Madinah bahawa mereka datang berziarah ke kuburan Nabi, tetapi
melemparkan benda-benda najis ke kuburan Abu Bakar dan Umar. Aku
meragukan kebenaran dua cerita ini, mengingat kamar kuburan Nabi dan
kuburan Abu Bakar dan Umar yang kulihat semuanya tertutup. Dan tidak
mungkin siapapun akan dapat mendekat untuk memegang dan mengusap
dari pintu atau jendelanya. Apalagi ingin melemparkan sesuatu ke
dalamnya. Pertama-tama, tidak adanya celah-celah. Kedua, ia dijaga ketat
oleh askar-askar yang kasar yang silih berganti berdiri di hadapan setiap
pintu. Apalagi mereka memegang cambuk-cambuk dan memukul setiap
orang yang mendekat atau yang berusaha melihat dalam kamar.
Kebanyakan askar tersebut adalah orang-orang Saudi. Mereka
mengkafirkan Syiah agar mempunyai alasan untuk memukul mereka; dan
supaya kaum muslimin tergugah untuk memerangi mereka atau paling
tidak akan diam atas penghinaan terhadap mereka. Kelak nanti kalau
pulang ke negeri masing-masing, mereka akan mengatakan bahawa Syi’ah
adalah mazhab yang membenci Rasulullah s.a.w. dan melemparkan bendabenda
najis ke kuburannya. Dengan demikian maka mereka telah dapat
melempar dua burung dengan satu batu.
Ini serupa dengan cerita seorang alim yang kupercaya. Katanya: “Ketika
kami sedang tawaf di Baitullah, ada seorang anak muda yang merasa mual
lalu termuntah kerana desakan manusia yang terlalu ramai. Askar-askar
yang menjaga Hajar Aswad lalu datang dan memukulnya. Diseretnya anak
muda ini dengan keadaan yang memilukan lalu dituduh bahawa dia datang
membawa benda najis untuk mengotori Kaabah. Setelah “dibuktikan”
maka anak muda ini dihukum mati pada hari itu juga.”
Kenangan-kenanganku di sana mulai terukir di benakku. Aku sejenak
merenungkan kata-kata temanku Saudi ini yang mengkafirkan Syi’ah.
Sebabnya tiada lain hanyalah kerana mereka menangis, memukul-mukul
dada, sujud di atas tanah dan sembahyang di sekitar kuburan. Aku
tertanya-tanya apakah ini dalilnya untuk menkafirkan orang yang
bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah HambaNya
dan UtusanNya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa bulan
Ramadhan, pergi ke Baitullah al-Haram dan melaksanakan amar ma’ruf
dan nahi a’nil munkar.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 67
Aku tidak ingin membantah temanku dan bertikai dengannya. Aku hanya
berkata: semoga Allah membimbing kita dan mereka ke jalan yang lurus,
dn semoga laknat Allah ditimpakan kepada musuh-musuh agama yang
telah menipu daya Islam dan kaum Muslimin.
Setiap kali aku bertawaf ketika umrah dan ketika berziarah ke Makkah
al-Mukarramah, yang ada hanya segelintir manusia sahaja. Aku sholat dan
memohon kepada Allah dengan segala jiwa ragaku agar dibukanya hatiku
dan dibimbingnya aku ke jalan yang benar.
Aku berdiri di belakang maqam Ibrahim AS. Aku membaca ayat
berikut:”Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang
sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak akan
menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama
orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orangorang
Muslim dari dahulu. Dan (begitu pula) dalam (al-Qur’an) ini, supaya
Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi
atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan
berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah
sebaik-baik pelindung dn sebaik-baik Penolong”(Al-Haj: 78)
Lalu aku mula bermunajat dengan Sayyidina Ibrahim atau bapa kita
Ibrahim seperti yang dikatakan di dalam al-Qur’an.”Wahai bapa kami,
Wahai yang menamakan kami dengan Muslimin. Lihatlah anak-anakmu
telah berselisih menjadi Yahudi, Nasrani dan Muslimin. Dan Yahudi telah
berpecah kepada tujuh puluh tiga firqah Nasrani telah berpecah kepada
tujuh puluh dua firqah. Dan kaum Muslimin telah berpecah juga kepada
tujuh puluh tiga firqah. Semua mereka tersesat seperti yang diberitakan
oleh puteramu Muhammad dan satu golongan sahaja yang masih setia di
jalanmu wahai bapa.”
Apakah ini telah menjadi sunnah Allah seperti yang dikatakan oleh
Qadariyyah, sehingga Allah SWT telah menetapkan kepada semua
manusia untuk menjadi Yahudi atau Nasrani atau Muslim, atau atheis,
atau musyrik. Ataukah lantaran kecintaan kepada dunia dan menjauh dari
ajaran-ajaran Allah. Mereka telah lupa kepada Allah lalu Allah melupakan
diri mereka. Akalku tidak berdaya mempercayai bahawa qadha dan qadar
itu menentukan nasib manusia. Bahkan aku condong mengatakan hatta
hampir-hampir pasti mengatakan bahawa Allah SWT setelah menciptakan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 68
kami, Dia juga membimbing kami dan menunjukkan kami mana yang baik
dan mana yang buruk. DiutusNya kepada kami para RasulNya untuk
menjelaskan apa yang kami tidak tahu dan mengajarkan mana yang haq
dari yang batil tetapi manusia telah ditipu oleh dunia dan hiasannya.
Manusia kerana sikap egonya, sombongnya, jahilnya, angkuhnya,
kezalimannya, dan sikap melampaunya menyebabkan berpaling dari
kebenaran dan mengikuti syaitan. Mereka telah lari dari ar-Rahman dan
masuk ke jalan yang lain. Al-Qur’an telah mengungkapkan ini dengan
ungkapan yang sangat baik dan ringkas. FirmanNya:”Sesungguhnya Allah
tidak sekali-kali menzalimi manusia, tetapi manusia itu sendiri yang
menzalimi diri mereka”(Yunus: 44).
Duhai, bapa kami Ibrahim. Tiada cela bagi Yahudi dan Nasrani yang telah
mengingkari kebenaran setelah datangnya bukti-bukti yang jelas dengan
sikap mereka yang angkuh. Lihatlah ummah ini yang telah diselamatkan
oleh Allah dengan datangnya puteramu Muhammad, dan telah dikeluarkan
dari kegelapan menuju terang dan telah dijadikan sebagai ummah yang
terbaik yang pernah diciptakan untuk manusia. Lihatlah mereka juga
bertengkar dan berpecah, bahkan saling mengkafirkan. Rasullullah telah
memperingatkan mereka dan membatasi mereka dengan
sabdanya:”Seorang Muslim tidak diperkenankan meninggalkan saudara
Muslimnya selama lebih dari tiga hari.” Kenapa ummat ini setelah mereka
menjadi sebaik-baik ummat sebelum ini. Dulunya mereka telah memiliki
barat dan timur dan membawa manusia kepada kebenaran ilmu
pengetahuan, kesedaran dan peradaban. Tetapi sekarang mereka telah
menjadi ummat yang hina dan tidak penting. Tanah-tanah mereka
dirampas. Rakyat mereka dihalau. Masjid Aqsa mereka diduduki oleh
segelintir orang-orang Zionis tanpa mereka sanggup membebaskannya.
Kalaulah engkau mengunjungi negara-negara mereka, maka yang kau lihat
hanyalah kemiskinan, kelaparan, ketandusan, penyakit-penyakit
berbahaya, moral-moral yang rosak, ketinggalan dari segi pemikiran dan
teknologi, penindasan, dan kekotoran. Cukup engkau bandingkan antara
tandas-tandas umum mereka di Eropah dengan tandas-tandas umum di
negara-negara kami. Jika seorang musafir masuk ke tandas negara
Eropah maka mereka akan melihatnya bersih dan tidak berbau.
Sementara jika ia pergi ke negara-negara Islam maka ia akan melihatnya
kotor dan berbau. Padahal agama Islam kita mengajarkan bahawa
“kebersihan itu adalah sebahagian dari iman dan kekotoran dari
syaitan.”Apakah iman telah berhijrah ke Eropah dan syaitan datang ke
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 69
mari? Kenapa kaum Muslimin sendiri takut menampakkan aqidah mereka
hatta di negara mereka sendiri, dan tidak berani hatta sekadar
menunjukkan wajah. Mereka takut memelihara janggut mereka atau
memakai pakaian Islam. Sementara orang-orang fasiq secara terangterangan
meminum arak, berzina, dan memperkosa kehormatan Islam
tanpa orang Islam mampu menolak mereka bahkan hatta menyuruh yang
berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari mungkar. Aku dengar sebahagian
negara Islam seperti Mesir dam Morocco, ayah menyuruh anak-anak
perempuan mereka melacur lantaran terlalu faqir dan miskin. Wala Haula
Wala Quwwata Illa Billah al-‘Ali al-‘Azim.
Ya Ilahi. Kenapa Engkau menjauh dari ummat ini dan meninggalkannya
jatuh ke dalam kegelapan. Tidak….tidak. Aku bermohon kemampunanMu
ya Ilahi dan memohon taubat dari Mu. Merekalah yang menjauh dariMu
dan memilih jalan syaitan. Maha Agung HikmahMu dan Maha Tinggi
KekuasaanMu. Kau telah berfirman:”Barang siapa yang berpaling dari
pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami (Allah) adakan baginya
syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang
selalu menyertainya “(Az-Zukhruf: 36). Engkau yang
berfirman:”Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh
telah berlalu sebelum ini beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat
atau dibunuh maka kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang
siapa yang berbalik ke belakang , maka ia tidak dapat mendatangkan
mudarat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan memberi balasan
kepada orang-orang yang bersyukur” (Ali Imran: 144)
Tidak syak lagi bahawa kemuduran, keterbelakangan, kehinaan, dan
kemiskinan adalah bukti jelas akan jauhnya mereka dari jalan yang lurus.
Dan tidak syak lagi bahawa kelompok yang sedikit atau kelompok yang
satu dari tujuh puluh tiga kelompok yang ada tidak akan dapat
mempengaruhi perjalanan ummat ini secara keseluruhan. Rasulullah
SAWA telah bersabda:”Kalian menyuruh yang ma’aruf dan mencegah
yang mungkar atau Allah akan menempatkan orang-orang jahat di antara
kalian menguasai kalian, lalu orang-orang yang terbaik di antara kalian
berdoa dan Allah tidak kabulkan.”
Ya Tuhan kami. Kami telah beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan
kami telah mengikuti Rasul. Maka golongkan kami bersama orang-orang
yang menyaksikan.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 70
Ya Tuhan kami. Janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah
Engkau berikan kami hidayah. Kurniakanlah kepada kami rahmat dari
sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Penganugerah.
Ya Tuhan kami. Kami telah menzalimi diri kami, kalaulah Engkau tidak
mengampuni kami dan mengasihi kami maka kami pasti akan menjadi
orang-orang yang merugi.
Aku berangkat ke Madinah al-Munawarah sambil membawa sepucuk surat
dari temanku Basyir untuk salah seorang kerabatnya di sana. Maksudnya
agar aku dapat tinggal bersamanya di sana kelak. Sebelum itu Basyir juga
telah memberitahunya melalui telefon. Setibanya di sana, aku disambut
dengan hangat dan diajak tinggal di rumahnya. Segera setelah itu aku
pergi berziarah ke kuburan Rasul SAWA. Aku mandi dan mengenakan
pakaianku yang paling baik dan bersih. Tidak lupa juga aku memakai
wangi-wangian yang harum semerbak. Waktu itu para pengunjung tidak
seramai di musim haji kerana itu aku dapat berdiri di hadapan kuburan
Nabi SAWA dan kuburan Abu Bakar dan Umar. Pada musim haji tempoh
hari kerana sesaknya pengunjung aku tidak dapat berdiri seperti ini.
Secara bersahaja aku cuba untuk menyentuh salah satu dari pintu
kuburan Nabi sebagai tabaruk. Tiba-tiba seorang penjaga yang berdiri di
situ menghentakku. Di setiap pintu ada seorang penjaga yang berdiri.
Ketika aku berdiri lama untuk berdoa dan menyampaikan salam temanku,
para penjaga di situ menyuruhku pergi. Aku cuba untuk bercakap dengan
salah seorang dari mereka tetapi tidak ada kesan apa-apa.
Aku kembali ke taman Raudhah. Di sana aku membaca ayat-ayat al-
Qur’an dengan bacaan yang terbaik. Aku ulangi berkali-kali kerana aku
bayangkan seakan Nabi sedang mendengar bacaanku. Aku katakan kepada
diriku apakah mungkin Nabi wafat seperti kematian orang-orang lain. lalu
kenapa kita baca salam kepadanya di waktu-waktu solat kita “Assalamu
Alaika Ayyuhan Nabiyyu Wa Rahmatullahi Wabarakatuh “. Jika kaum
Muslimin percaya bahawa Nabi Khidhir AS tidak mati dan menyahut
salam kepada setiap orang yang mengucapkan kepadanya bahkan jika
syaikh-syaikh tarekat sufi percaya bahawa syaikh mereka Ahmad Tijani
atau Abdul Kadir al-Jailani dapat kepada mereka secara nyata atau dalam
tidur, lalu kenapa kita meragukan jika Rasulullah SAWA mempunyai
karamah seumpama ini. Padahal baginda Nabi adalah makhluk Allah yang
paling utama.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 71
Sebenarnya kaum Muslimin tidak meragukan kebolehan Rasulullah
seperti ini melainkan puak Wahabbiyah yang aku sendiri mula tidak
menyukainya. Selain dari sebab ini, juga kerana mereka bersikap kasar
dan keras terhadap sesama orang-orang Mukmin yang tidak seaqidah
dengan mereka.
Suatu hari aku berziarah ke Taman Baqi’. Aku berdiri di sana membaca
Fatihah untuk arwah Ahlul Bayt. Berdekatan dengan aku ada seorang tua
yang sedang menangis. Dari tangisannya aku bahawa dia adalah seorang
Syi’ah. Kemudian dia menghadap kiblat dan solat. Tiba-tiba secepat kilat
seorang askar datang menghampirinya yang seakan-akan dia memang
memerhatikan gerak-geriknya dari awal. Dalam keadaan sujud orang tua
ini ditendang dengan kasut sehingga dia jatuh tersungkur. Dia pengsan
tidak sedarkan diri untuk beberapa saat. Kemudian askar tadi
memukulnya lagi dan mencaci hamun kepadanya. Hatiku tidak tergamak
melihat orang tua ini, takut-takut dia akan mati. Aku katakan kepada
askar ini:”Haram bagimu memperlakukan orang tua seperti ini. Kenapa kau
pukul dia ketika solat? Dihentaknya aku sambil berkata: diam kau dan
jangan ikut campur agar tidak aku perlakukan seperti itu kepadamu.
Ketika aku lihat matanya merah padam dan marah kepadaku aku pergi
menghindarinya dengan hati yang sangat kesal lantaran tidak dapat
menolong seseorang yang sedang dianiaya. Aku juga sangat geram kepada
orang-orang Saudi yang memperlakukan manusia menurut kemahuannya
sahaja, tanpa ada yang berani mencegah. Sebahagian penziarah
menyaksikan kejadian itu. Ada yang berkata: La Haula Wala Quwwata Illa
Billahi al-Ali al-Azim Ada juga yang menyokong tindakan itu kerana
kononnya dia solat di sekitar kubur, dan ini hukumnya haram. Aku tidak
dapat menahan diriku melihat sikap orang ini. Aku katakan kepadanya,
siapa yang berkata bahawa solat di sekitar kuburan adalah haram?
“Rasulullah yang melarangnya,”jawabnya.” Kalian berdusta atas nama
Rasulullah,”kataku tanpa sedar. Aku khuatir orang-orang yang berada di
sekitar akan menangkapku atau memanggil askar itu lalau menangkapku
seperti orang tua itu. Akhirnya aku berkata lemah-lembut kepada orang
ini:”Jika memang Nabi SAWA melarang ini, kenapa jutaan jamaah haji
dan penziarah tidak melaksanakannya dan terus mengamalkan perbuatan
yang haram. Mengingat mereka solat di sekitar kuburan Nabi dan
kuburan Abu Bakar dan Umar ketika solat di Masjid Nabawi atau di
berbagai masjid kaum Muslimin yang lain di serata dunia ini. Katakanlah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 72
bahawa solat di sekitar kuburnya haram, apakah dengan cara kasar ini
kita melarangnya’ ataukah dengan cara yang halus dan lemah lembut?
Izinkan aku menceritakan kisah seorang Badwi yang kencing di Masjid
Nabi di hadapan baginda Nabi dan sahabat-sahabatnya tanpa segan silu.
Ketika sebahagian sahabat berdiri menghunuskan pedang untuk
membunuhnya, Nabi melarang mereka. Katanya:”Biarkan dia dan jangan
kalian bertindak keras. Siramkan setimba air pada air kencingnya, kerana
kalian dibangkitkan untuk mempermudahkan bukan untuk mempersulit;
untuk membawa berita gembira bukan untuk menimbulkan rasa enggan”.
Semua sahabat mematuhi perintahnya. Kemudian Rasulullah memanggil si
Badwi ini dan didudukkannya di sisinya. Disambutnya dengan mesra dan
dikatakan kepadanya dengan lemah lembut bahawa tempat ini adalah
Rumah Allah dan tidak boleh dinajisi. Akhirnya si Badwi masuk Islam.
Pada hari-hari kemudiannya dia datang ke masjid dengan pakaiannya yang
paling suci. Benarlah firman Allah kepada RasulNya:”Sekiranya kamu
bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu” (Ali Imran: 159)
Mendengar cerita ini sebahagian yang hadir merasa terkesan. Salah
seorang dari mereka mengajakku ke tepi dan bertanya siapa aku. Dari
Tunisia, jawabku. Disalamnya aku dan berkata:”Ya akhi, demi Allah,
jagalah dirimu dan jangan bercakap serupa itu lagi di sini. Aku
menasihatimu hanya kerana Allah semata-mata.”
Sejak saat itu aku bertambah benci kepada mereka yang mengaku
sebagai penjaga dua Haram (Khadam Haramain) sementara
memperlakukan tamu-tamu Allah dengan cara kasar seperti itu. Di sana
tidak ada orang yang berani mengeluarkan pendapatnya atau
meriwayatkan hadith-hadith yagn tidak sesuai dengan cara mereka; atau
percaya sesuatu yang tidak sama dengan kepercayaan mereka.
Aku kembali ke rumah temanku yang baru yang masih tidak aku kenal
namanya. Dia membawakan untukku makan malam sambil duduk bersama
di hadapanku. Sebelum mulai makan, ditanyanya ke mana aku pergi. Aku
ceritakan kepadanya apa yang aku saksikan dari awal hingga akhir. Aku
katakan juga kepadanya:” Ya akhi, terus terang aku katakan kepadamu
bahawa aku mulai muak kepada Waahabi dan mulai condong kepada
Syiah.” Tiba-tiba mukanya berubah. Katanya kepadaku:” Jangan kau
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 73
ucapkan kata-kata serupa itu sekali lagi!” Ditinggalkannya aku sendirian
dan tidak kembali sehinggalah aku tertidur. Pagi-pagi lagi aku bangun
setelah mendengar suara azan Masjid Nabawi, aku lihat makanan malam
tadi masih berada di tempatnya. Aku sedar bahawa dia tidak kembali
malam tadi. Aku berasa khuatir kalau-kalau dia seorang agen perisik. Aku
segera berdiri dan bergegas meninggalkan rumah. Sepanjang hari itu aku
berada di masjid saja, berziarah dan bersolat. Aku hanya keluar untuk
berwudhu atau buang hajat.
Setelah solat Asar aku dengar seorang penceramah sedang memberikan
kuliah kepada sekumpulan jamaah di sekitar. Aku ikut serta dalam majlis
itu. Melalui orang yang hadirnya akhirnya aku tahu bahawa beliau adalah
Kadhi Kota Madinah. Aku mendengarkan kuliah tafsir al-Qur’an yang
diajarnya. Setelah masjlis, aku menhadapnya dan bertanya tentang
sesuatu kepadanya. Kataku: Tuan, dapatkah anda memberikan penjelasan
kepadaku maksud ayat “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak
menghilangkan kekotoran dari kamu hai Ahlul Bayt dan membersihkan
kamu sebersih-bersihnya ” (Al-Ahzab: 33). Siapa Ahlul Bayt yang
dimaksudkan dalam ayat ini?” Jawabnya segera:” Mereka adalah isteriisteri
Nabi. Sebab ayat ini bermula dengan menyebut mereka,” Hai isteri
Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain….”
Aku katakan kepadanya:” Ulama Syiah berkata bahawa ayat ini adalah
khusus untuk Ali, Fatimah, Hasan, dan Husayn. Aku juga telah memprotes
mereka dan aku katakan bahawa permulaan ayat tersebut adalah katakata”
Hai isteri-isteri Nabi….” Mereka menjawab:” Ketika ayat tersebut
berkata kepada isteri-isteri Nabi, dhomir (ganti nama) yang digunakan
semuanya Nun Niswah (menunjuk perempuan). Firman Allah,”Lastunna
init-taqitunna”, “Fala Takhdo’na”, “Wa Qulna”, “Wa urna Fi
Buyutiqunna”, ” wa la tabarrajna”, “Wa aqimmas solah wa atinaz zakat”,
“Wa athi’ nallaha wa rasulahu”. Ketika bahagian ayat itu khusus kepada
Ahlul Bayt, maka dhomir ayat itu pun berubah (menunjuk lelaki).
Firmannya “Li Yuzhiba A’nkum” “Wa Yutohirakum”.
Sambil mengangkat cermin matanya, dia memandang mukaku dan
berkata:” Hati-hati engkau dari jenis pemikiran yang bahaya ini. Orangorang
Syiah mentakwilkan Kalam Allah mengikut hawa nafsu mereka.
Mereka juga mempunyai berbagai ayat yang kita tidak tahu mengenai Ali
dan anak-anaknya. Mereka juga mempunyai al-Qur’an tersendiri yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 74
dinamakan dengan Mashaf Fatimah. Aku peringatkan engkau jangan
sampai tertipu “.
“Jangan khuatir hai Tuan!” Kataku kepadanya,” Aku sentiasa waspada dan
banyak tahu tentang mereka. Aku hanya ingin mengkaji.
“Anda berasal dari mana?” Tanyanya kepadaku.
“Dari Tunisia”.
“Siapa namamu?”
“At-Tijani”.
Dia tertawa lebar.” Anda tahu siapa itu Ahmad Tijani”, tanyanya. “Syaikh
Tarekat,”jawabku. “Dia adalah boneka kepada penjajah Perancis. Perancis
dapat bertapak di Algeria, dan Tunisia kerana bantuannya. Jika kau pergi
ke Paris, kau pergi ke Perpustakaan Nasional dan baca suatu kamus
Perancis dalam Bab “A”. Di sana kau akan lihat bahawa negeri Perancis
telah memberi medal kehormatan kepada Ahmad Tijani kerana telah
memberikan khidmat yang tidak terhingga kepada mereka. Aku berasa
sangat hairan dengan kata-katanya. Lalu aku ucapkan rasa terima kasih
dan kami pun berpisah.
Aku berada di Madinah selama seminggu di mana aku telah dapat solat
sebanyak empat puluh solat di sana. Aku juga mengunjungi semua tempattempat
ziarah. Selama masa keberadaanku di sana aku sangat menaruh
perhatian. Perasaanku terhadap Wahabiyyah semakin hari semakin muak
dan marah. Aku berangkat dari Madinah ke Jordan. Di sana aku berjumpa
dengan teman-teman yang aku kenal pada waktu musim haji, seperti yang
aku sebutkan di atas.
Di sana aku berada selama tiga hari. Aku lihat rasa dengki mereka kepada
Syiah lebih banyak dari yang ada di Tunisia. Cerita dan kisahnya satu.
Setiap kali aku tanya apa dalilnya, mereka berkata bahawa mereka juga
telah mendengarnya dari orang lain. Tidak satu pun yang aku tanya
pernah duduk bersama orang Syiah atau membaca kitab orang Syiah
bahkan bertemu dengan orang Syiah sekalipun.
Dari sana aku pergi ke Syria. Aku berkunjung ke Jami’ Umawiyyah di
Damsyik. Di sebelahnya ada tempat makam kepalanya Sayyidina Husayn.
Aku juga sempat mengunjungi kuburannya Salahuddin al-Ayyubi dan
Sayyidina Zainab.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 75
Dari Beirut aku terus pergi ke Tripoli. Perjalanan laut memakan waktu
selama tiga hari. Di saat itulah aku benar-benar beristirehat. Aku ulangi
kaset rakaman perjalananku yang hampir habis. Akhirnya aku
berkesimpulan bahawa aku condong dan menaruh rasa hormat kepada
Syiah. Dan sebaliknya merasa benci dan muak kepada Wahabiyyah yang
aku kenal liku-likunya. Aku memuji Allah atas kurnia yang diberikanNya
kepadaku sambil berdoa kepadaNya agar ditunjukkanNya kepadaku jalan
yang benar.
Aku kembali ke tanah airku dengan penuh kerinduan kepada keluargaku
dan teman-temanku. Semuanya aku dapati dalam keadaan baik. Ketika
masuk ke rumah, aku terkejut dengan bungkusan buku yang banyak yang
telah sampai sebelumku. Aku tahu siapa pengirimnya. Ketika aku buka
buku-buku yang memenuhi ruangan rumahku tersebut, hatiku semakin
cinta dan menghargai mereka yang tidak mengingkari janjinya. Aku lihat
buku-buku yang dikirim lebih banyak dari yang dihadiahkannya kepadaku
waktu itu.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 76
Mulanya Satu Kajian
Aku sangat gembira. Aku susun buku-buku itu di ruangan khas yang aku
namakan perpustakaan. Beberapa hari aku beristirehat. Daftar kerja
untuk awal tahun pelajaran baru telah aku terima. Tugasku mengajar tiga
hari berturut-turut dan selebihnya aku cuti.
Aku mula membaca buku-buku itu. Aku baca buku Aqaid al-Imamiyyah dan
Aslus Syiah Wa Usuluha. Hatiku tenang melihat aqidah dan pemikiranpemikiran
yang dimiliki oleh Syiah. Kemudian aku baca kitab al-Murujaat
(Dialog Sunah-Syiah) oleh Sayyid Syarafuddin al-Musawi. Setelah
beberapa lembar aku baca, ianya sangat memikat sehingga tidak aku
tinggalkan kecuali betul-betul terdesak. Kadang-kadang aku bawa kitab
itu ke sekolah. Kitab itu sangat menarik perhatianku lantaran sikap dan
ketegasan orang alim Syiah itu dan kemampuannya di dalam menjawab
setiap soalan yang diajukan oleh seorang alim Sunni Syaikh al-Azhar.
Kitab itu sangat menusuk jiwaku kerana ia berbeza dengan kitab-kitab
lain. Biasanya penulis sebuah buku akan menulis apa sahaja yang ia
kehendaki tanpa ada orang yang akan menyangkal atau mengkritik. Tetapi
kitab ini adalah dialog antara dua alim dari dua madzhab yang berbeza.
Masing-masing membahas secara terperinci setiap apa yang mereka
permasalahkan, kecil atau besar, dengan berpegangkan kepada dua asas
segenap kaum Muslimin, yakni al-Qur’an dan Sunnah sahih yang
disepakati. Buku itu benar-benar mewakiliku sebagai seorang yang sedang
mencari suatu kebenaran. Ia akan menerima setiap kebenaran yang
didapatinya. Itulah kenapa buku itu sangat berguna sekali bagiku dan
mempunyai jasa yang besar yang tidak terhingga kepadaku.
Aku sangat hairan ketika si penulis berbicara tentang ketidakpatuhan
sebahagian sahabat terhadap perintah-perintah Rasul SAWA. Dibawanya
berbagai contoh, antara lain ialah Tragedi Hari Khamis. Tidak
terbayangkan betapa Sayyidina Umar bin Khattab memprotes perintah
Nabi dan mengatakan bahawa Nabi meracau. Mula-mula aku ingat bahawa
riwayat itu mesti dari kitab-kitab Syiah. Lebih menghairankan lagi ketika
aku lihat bahawa orang alim Syiah itu meriwayatkannya dari kitab Sahih
Bukhari dan Sahih Muslim. Aku katakan kepada diriku bahawa jika
memang aku jumpai ini di dalam Sahih Bukhari maka ia akan menjadi
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 77
sebuah pendapat bagiku.
Aku berangkat ke ibu kota. Di sana aku membeli kitab Sahih Bukhari,
Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih Tirmidzi, Muwatta
Imam Malik dan kitab-kitab lain yang terkenal. Belum sempat sampai ke
rumah, sepanjang jalan ke Qafsah dengan bas umum, aku buka lembaranlembaran
Kitab Bukhari. Aku cari riwayat Tragedi Hari Khamis, dengan
harapan aku tidak akan menjumpainya di sana. Di luar dugaan aku dapati
ada di sana dan aku baca berulang kali. Teksnya sama dengan apa yang
ditulis oleh Sayyid Syarafuddin.
Aku berusaha untuk tidak mempercayai berlakunya tragedi ini secara
keseluruhan kerana rasanya tidak mungking Sayyidina Umar melakukan
perbuatan yang sangat ‘bahaya’ ini terhadap Nabi SAWA tetapi
bagaimana aku akan mendustakan riwayat yang ada di dalam kitab sahih
kami sendiri, yakni kitab sahihnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukankah
kita telah mewajibkan diri kita untuk mempercayai bahawa kitab itu
adalah kitab sahih. Meragukan atau mendustakan hatta sebahagian
darinya bermakna kita telah mengabaikannya? Mengingatkan akibatnya
kita akan mengabaikan seluruh kepercayaan kita.
Seandainya orang alim Syiah itu menukilnya dari kitab mereka maka aku
tidak akan mempercayainya sama sekali. Tetapi ketika beliau menukilnya
dari kitab sahih Ahlul Sunnah sendiri yang tidak ada jalan untuk
mencelanya, sementara kita juga mengatakan bahawa itu adalah kitab
yang paling sahih setelah turunya al-Qur’an, maka perkara tersebut
menjadi lain dan menyirat suatu kemestian. Kalau tidak maka bermakna
kita telah meragukan terhadap kesahihan kitab ini. Itu bermakna kita
tidak mempunyai sebarang pegangan di dalam melihat hukum-hukum Allah
SWT. Mengingatkan hukum-hukum yang ada di dalam Kitab Allah datang
secara umum dan tidak terperinci. Dan kerana jarak kita dengan
Rasulullah begitu jauh, maka kita telah mewarisi hukum-hukum agama
kita melalui leluhur kita dengan perantara kitab sahih seperti ini. Dengan
demikian maka kita tidak boleh mengabaikan kitab-kitab seumpama ini
sama sekali.
Aku berjanji kepada diriku ketika mula mengkaji masalah yang panjang
dan rumit ini untuk semata-mata berpegang kepada hadith yang sahih
yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah. Aku akan mengabaikan setiap
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 78
hadith yang hanya dipegang oleh satu madzhab sahaja dan ditolak oleh
yang lain. Dengan cara yang adil seperti ini, aku akan dapat menjauhi
diriku dari segala jenis pengaruh-pengaruh yang emosional, sikap taksub
madzhab atau perselisihan kaum dan bangsa. Dalam waktu yang sama aku
akan memohon jalan keragu-raguan untuk dapat sampai ke puncak
keyakinan, yakni jalan Allah yang lurus.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 79
Sahabat Dalam Pandangan Sunnah dan Syiah
Di antara masalah penting yang aku anggap sebagai asas pokok setiap
permasalahan yang akan membawa pada suatu kebenaran adalah masalah
kehidupan para sahabat, tingkahlaku mereka dan kepercayaan mereka.
Mengingat mereka adalah tiang segala sesuatu. Dari mereka kita
mengambil ajaran agama kita. Dan dengan mereka kita bersinar dari
bawah kegelapan untuk mengetahui hukum-hukum Allah SWT. Dahulunya
ulama Islam telah meneliti mereka dan mempelajari kehidupan para
sahabat. Mereka telah menulis berbagai buku tentang ini, seperti Usud
al-Ghabah Fi Tamyiz as-Sahabat, Kitabal-Isobah Fi Ma’rifat as-Sahabat,
Kitab Mizan al-I’tidal dan lain-lain lagi yang berbicara tentang kehidupan
para sahabat secara teliti dan kritikal. Kesemuanya ini adalah dari sudut
pandangan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah.
Ada beberapa keberatan timbul yang dapat kita ringkaskan sebagai
berikut. Bahawa para ulama terdahulu kebanyakannya ketika menulis
sejarah, akan mengikut rentak pendapat para penguasa, sama ada Bani
Umaiyyah atau Bani Abbasiyyah. Sementara sikap permusuhan mereka
terhadap Ahlul Bayt Nabi dan bahkan terhadap orang-orang yang
mengikuti mereka tidak dapat disembunyikan lagi. Itulah kenapa adalah
tidak adil jika hanya berpegang kepada kata-kata mereka tanpa melihat
pandangan ulama Muslimin yang lain yang ditekan, dihalau dan diburu oleh
para penguasa itu. Dosanya hanya kerana mereka adalah pengikut setia
Ahlul Bayt dan sumber setiap penentangan terhadap penguasa-penguasa
yang zalim dan sesat.
Kemusykilan yang paling asas adalah masalah sahabat. Mereka telah
berselisih ketika Rasul SAWA ingin menuliskan kepada mereka suatu
wasiat yang akan menjamin mereka dari kesesatan sehingga akhir zaman.
Perselisihan mereka ini telah mengakibatkan ummat Islam tidak
mendapatkan kurnia ini dan menghantar mereka pada kesesatan sehingga
mereka terpecah, berselisih dan hilang kekuatan.
Mereka juga telah berselisih di dalam masalah khilafah sehingga mereka
terpecah kepada penyokong parti yang memerintah dan parti
pembangkang. Akibatnya ummat Islam terkorban dan terbahagi kepada
Syi’ahnya Ali dan Syiahnya Mu’awiyah.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 80
Mereka juga berselisih di dalam menafsirkan Kitab Allah dan hadithhadith
Rasul SAWA. Akibatnya terciptalah berbagai madzhab, puak,
kelompok, dan golongan. Dari sana tumbuh berbagai aliran Ilmu Kalam dan
aliran-aliran pemikiran yang beragam. Juga muncul berbagai aliran
falsafah yang bermotifkan kepentingan politik melulu serta berkaitan
rapat dengan kekuasaan.
Kalaulah bukan kerana sahabat maka kaum Muslimin tidaklah terpecah
dan berselisih. Setiap perselisihan yang berlaku pasti berakar umbi
daripada perselisihan mereka tentang sahabat. Tuhan satu, al-Quran
satu, Rasul satu dan kiblat satu. Semua kaum Muslimin sepakat dalam
semua itu. Perselisihan bermula dan berlaku berkenaan dengan sahabat
sejak dari hari pertama setelah wafatnya Rasul SAWA di Saqifah Bani
Sai’dah sehingga hari ini dan akan terus berlanjutan sampai masa yang
dikehendaki Allah.
Dari diskusiku dengan beberapa ulama Syiah, dalam pandangan mereka
sahabat terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan sahabat yang
baik yang telah mengenal Allah dan RasulNya dengan pengetahuan yang
sempurna. Mereka telah membaiat Rasul dan bersedia berkorban,
menemaninya dengan jujur di dalam ucapan, dan ikhlas di dalam tindakan,
tidak berpaling setelah wafatnya bahkan tetap setia dengan janjijanjinya.
Mereka ini telah dipuji oleh Allah di dalam KitabNya di berbagai
ayat al-Qur’an. Rasul juga telah memujinya di dalam berbagai tempat.
Orang-orang Syiah menyebut mereka dengan penuh hormat dan takzim.
Mereka mengucapkan Radhiallah Anhum kepada mereka sebagaimana Ahli
Sunnah juga.
Kedua, golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengikut Rasul SAWA
kerana suatu tujuan, sama ada inginkan sesuatu atau takutkan kepada
sesuatu. Mereka meminta jasa kepada Rasul atas keislaman mereka.
Kadang-kadang mereka menganggunya dan tidak patuh pada perintah atau
larangannya. Bahkan berpegang kepada pendapat sendiri di hadapan nasnas
yang jelas. Sehingga Allah turunkan ayat mencela mereka atau
kadang-kadang mengancam mereka; dan Rasul juga telah memperingatkan
mereka di dalam berbagai sabdanya. Orang-orang Syiah tidak
menghormati perbuatan mereka apalagi mensucikan mereka.
Ketiga, golongan munafiq yang menemani Rasul untuk memperdayakannya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 81
Mereka menampakkan diri sebagai Muslim sementara hati mereka
menyimpan kekufuran. Mereka mendekat kepada Islam agar dapat
memperdayakan kaum Muslimin. Allah telah menurunkan kepada mereka
suatu surah yang sempurna. Disebutkan mereka di dalam berbagai tempat
dan diancamnya mereka dengan siksa api neraka yang paling dahsyat.
Rasul juga telah menyebut mereka dan mengancam mereka. Sebahagian
mereka telah diberitahu nama-nama mereka dan tanda-tandanya. Sunnah
dan Syiah sepakat untuk melaknat dan menjauhkan diri dari mereka.
Tambahan lagi ada satu golongan sahabat yang khusus. Mereka lebih
istimewa lantaran kekerabatan mereka dengan Nabi, ketinggian akhlak,
dan kemurnian jiwa yang dimiliki dan kekuasaan yang telah dikurniakan
Allah dan RasulNya kepada mereka sehinggalah tidak satu pun orang
dapat menyainginya. Mereka adalah golongan Ahlul Bayt yang telah
dibersihkan oleh Allah dari segala dosa dan dibersihkan sesuci-sucinya
(S:33:33), diwajibkan bersalawat ke atas mereka sebagaimana yang
diwajibkam kepada Rasul SAWA, disertakan mereka sebagai golongan
yang wajib diberikan khumus (S:8:41), diwajibkan kepada orang-orang
Islam untuk mencintai mereka sebagai imbalan bagi Risalah Muhammad
SAWA (S:42:23), sebagai ulil amri yang wajib dipatuhi (S:4:59), sebagai
orang-orang yang rusukh di dalam ilmu pengetahuan dan tahu memberikan
takwilan kepada al-Qur’an dan membezakan antara yang mutasyabih
dengan yang muhkam (S:3:7), sebagai Ahl Zikr yang dijadikan oleh Rasul
sebagai pendambing al-Qur’an dan wajib berpegang teguh kepadanya
seperti di dalam hadith as-Tsaqalain (Lihat Kanz Ummal, Jilid 1, hlm. 44;
dan Musnad Ahmad, Jilid 5, hlm. 182), sebagai bahtera penyelamat Nabi
Nuh sehingga siapa yang mengikutinya aka selamat dan yang tinggal akan
tenggelam (Lihat Mustadrak al-Hakim, Jilid 3, hlm.151; dan Sawaiq al-
Muhriqah oleh Ibnu Hajar, hlm. 184 dan 234).
Para sahabat mengetahui kedudukan Ahlul Bayt, menghormati bahkan
metakzimkan mereka. Dan Syiah menuruti jejak mereka serta
mendahulukan mereka di atas semua sahabat yang lain. Dalam hal ini
mereka mempunyai dalil-dalil yang sangat bernas.
Sementara Ahlul Sunnah Wal Jamaah walaupun mereka menghormati,
mengutamakan, dan mentakzimkan Ahlul Bayt, namun mereka tidak
menerima adanya pembahagian sahabat seperti ini. Mereka tidak
menganggap orang-orang munafik sebagai sebahagian dari sahabat. Bagi
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 82
mereka sahabat adalah manusia yang paling baik selepas Rasul SAWA.
Jika ada pembahagian, maka pembahagiannya di sisi lain, seperti golongan
orang-orang yang mula pertama masuk Islam, golongan sahabat yang
menderita kerana agama Islam dan sebagainya. Empat Khulafa Rasyidin
ditempatkan pada peringkat pertama, kemudian enam orang yang lain
yang telah dijamin masuk syurga seperti yang diriwayatkan. Itulah
kenapa mereka bersalawat ke atas Nabi dan Ahlul Baytnya maka mereka
akan sebut juga para sahabat secara keseluruhan (Wa Ala Alihi Wa
Sahbihi Ajma’in).
Inilah yang aku tahu dari ulama-ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan
begitulah juga yang aku dengar dari ulama-ulama Syiah tentang
pembahagian sahabat. Dan ini mendorongku untuk membuat kajian secara
mendalam tentang sahabat. Aku berjanji kepada Tuhanku – jika Dia
perkenankan – untuk menghindarkanku dari segala jenis taksub dan
emosional agar dapat berlaku objektif di dalam menilai pendapat kedua
madzhab ini, lalu mengambil yang terbaik darinya.
Rujukanku di dalam hal ini:
1. Kaedah mantik yang benar. Iaitu aku tidak akan berpegang kecuali
apa yang disepakati oleh kedua golongan di dalam menafsirkan Kitab
Allah dan Sunnah Nabi yang sahih.
2. Akal. Ia adalah nikmat Allah yang paling besar kepada manusia.
Kerananya maka manusia dimuliakan dan diutamakan di atas segenap
makhluk-makhluk yang lain. Bukankah Allah SWT ketika berhujah
dengan hamba-hambaNya, menyeru mereka supaya berfikir.
FirmanNya “Apakah kalian tidak berfikir”, “Apakah mereka tidak
memahami”, “Apakah mereka tidak meneliti”, “Apakah mereka tidak
melihat”, dan lain-lain lagi (Sila lihat contoh-contoh dalam al-
Qur’an).
Prinsip kajianku mestilah Islami; beriman kepada Allah, para
malaikatNya, para RasulNya, kitab-kitabNya, dan bahawa Muhammad
adalah hambaNya dan RasulNya dan hanya Islam sebagai Din yang ada di
sisi Allah SWT. Aku tidak akan berpegang kepada mana-mana sahabat
walaupun kekerabatannya yang dekat dengan Nabi atau kedudukannya
yang tinggi. Aku bukanlah seorang dari golongan Bani Umaiyyah atau Bani
Abbasiyyah atau Fatimiyyah atau Sunnah ataupun Syiah. Aku juga tidak
mempunyai sebarang permusuhan dengan Abu Bakar, Umar, Uthman atau
Ali bahkan Wahsyi pembunuh Sayyidina Hamzah sekalipun selama ini dia
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 83
telah mengikuti agama Islam. Bukankah Islam mengampuni segala apa
yang telah dilalui di alam kekufuran dan Rasul telah memaafkannya?
Kerana itu aku telah bertekad untuk mengkaji secara mendalam agar
dapat sampai kepada suara kebenaran, dan kerana aku telah mengambil
keputusan untuk membebaskan fikiranku dari segala ikatan maka aku
memulakan penelitianku mengenai sahabat dengan penuh tawakal dan
mengharapkan barakah dari sisi Allah SWT.
1. Perdamaian Hudaibiyyah Dan Sahabat
Ringkasan peristiwa adalah seperti berikut:
Pada tahun keenam Hijrah Rasulullah bersama seribu empat ratus
sahabatnya keluar dari Madinah dengan tujuan umrah. Disuruhnya para
sahabat menyarungkan pedangnya masing-masing. Mereka berihram di
Zul Hulaifah dan membawa binatang korban agar orang-orang Quraisy
tahu bahawa mereka datang untuk umrah bukan untuk berperang. Kerana
sifat angkuhnya, orang-orang Quraisy tidak mahu kelak orang Arab
mendengar bahawa Muhammad telah masuk ke Mekah dan memecahkan
benteng mereka. Diutusnya serombongan delegasi yang diketuai oleh
Suhail bin Amru bin Abdu Wud al-Amiri agar meminta Nabi kembali ke
tempat asalnya. Tahun depan mereka akan dizinkan untuk selama tiga
hari. Orang-orang Quraisy juga meletakkan syarat yang berat yang
kemudiannya diterima oleh Rasul SAWA berdasarkan kemaslahatan yang
dilihatnya dan wahyu Allah kepadanya.
Namun sebahagian sahabat tidak senang dengan sikap Nabi seperti ini.
Mereka menentangnya dengan keras. Umar bin Khattab datang dan
berkata:
“Apakah benar engkau adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?”
“Ya”, jawab Nabi.
“Bukankah kita dalam hak dan musuh kita dalam kebatilan?”
“Ya”, sahut Nabi lagi.
“Lalu kenapa kita hinakan agama kita?”, desak Umar.
“Aku adalah Rasulullah. Aku tidak melanggar perintahNya dan Dialah
Penolongku”, jawab Nabi.
“Bukankah engkau mengatakan kepada kami bahawa kita akan mendatangi
Rumah Allah dan bertawaf di sana?”
“Ya, tetapi apakah aku mengatakan kepadamu pada tahun ini juga?”, tanya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 84
Nabi.
“Tidak,”jawab Umar.
“Engkau akan datang ke sana dan tawaf di sekitarnya”.
Kemudian Umar datang kepada Abu Bakar dan bertanya:
“Hai Abu Bakar! Benarkah ini adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?”
“Ya”, jawab Abu Bakar.
Kemudian Umar mengajukan pertanyaan yang serupa kepada Abu Bakar
dan dijawabnya dengan jawapan yang serupa juga.
“Hai saudara!”, kata Abu Bakar. “Beliau adalah Rasulullah yang
sesungguhnya. Beliau tidak melanggar perintahNya dan Dialah
PenolongNya maka percayalah dengannya.”
Setelah Rasulullah selesai menulis piagam perdamaian, beliau berkata
kepada sahabat-sahabatnya:” Pergilah kalian sembelih binatang-binatang
korban itu dan cukurlah rambut!” Demi Allah tidak satu sahabatpun
berdiri memenuhi perintah itu sehingga Nabi mengucapkannya sebanyak
tiga kali. Ketika dilihatnya mereka tidak mematuhi perintahnya baginda
masuk ke khemahnya dan keluar kembali tanpa bercakap dengan sesiapa
pun. Beliau menyembelih binatang korbannya dengan tangannya sendiri
lalu memanggil tukang cukurnya dan beliau mencukur rambutnya. Ketika
para sahabat melihat ini mereka berdiri dan menyembelih korban mereka
lalu saling mencukur sehingga hampir-hampir mereka saling berbunuhbunuhan….
(Lihat buku-buku sejarah dan sirah. Juga lihat Sahih Bukhari
di dalam Bab as-Syurut fil Jihad, Jilid 2, hlm. 122; juga Sahih Muslim
Bab Sulhul Hudaibiyyah Jilid 2).
Demikianlah ringkasan kisah Perdamaian Hudaibiyyah yang disepakati
oleh Sunnah dan Syiah. Para ahli sejarah dan sirah seperti Tabari, Ibnul
Athir, dan Ibnu Saad menuliskan cerita ini di buku mereka masingmasing.
Begitu juga Bukhari dan Muslim.
Di sini aku terdiam dan terhenti. Tidak mungkin aku baca cerita
seumpama ini tanpa menimbulkan apa-apa kesan dan hairan atas sikap
para sahabat terhadap Nabi mereka. Apakah seorang yang rasional akan
dapat menerima ucapan orang mengatakan bahawa semua sahabat Nabi
telah mematuhi seluruh perintah Nabi dan melaksanakannya. Bukti
sejarah ini menafikan kebenaran ucapan seperti itu. Dapatkah seorang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 85
yang rasional menilai bahawa sikap seperti ini terhadap Nabi adalah
perkara yang kecil, atau dapat diterima atau dimaafkan? Allah
berfirman:”Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman
sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu
keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima
dengan sepenuhnya (Surah 4: 65).
Apakah di sini Umar tidak berat menerima keputusan Nabi SAWA
ataukah dia bersikap ragu-ragu terhadap perintah Nabi khususnya ketika
dia berkata: apakah engkau benar-benar Nabi Allah yang sesungguhnya?
Bukankah engkau berkata kepada kami…..dan seterusnya. Apakah Umar
juga menerima jawapan Nabi yang memuaskan itu? Tidak. Dia tidak puas
hati dengan jawapan Nabi lalu pergi kepada Abu Bakar dan mengajukan
pertanyaan yang serupa. Apakah dia menerima jawapan Abu Bakar dan
nasihatnya agar mematuhi perintah Nabi? Tidak tahu aku apakah dia
menerimanya lantaran jawapan Abu Bakar atau jawapan Nabi! Kalau tidak
kenapa dia berkata terhadap dirinya,” Lalu aku telah lakukan beberapa
perkara yang ….”Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang tahu apa yang
dilakukan oleh Umar. Dan aku juga tidak tahu sebab keengganan sahabatsahabat
lain atas perintah Nabi setelah itu ketika baginda
berkata:”Pergilah sembelih binatang korban dan cukurlah rambut kalian!”
Tidak satupun dari mereka mendengar perintah Nabi ini sehingga beliau
terpaksa mengulangi tiga kali tanpa apa-apa kesan.
Subhanallah! Aku hampir-hampir tidak percaya apa yang aku baca ini.
Apakah sampai tahap ini para sahabat bersikap terhadap perintah Nabi?
Jika cerita ini diriwayatkan hanya oleh golongan Syiah sahaja, maka aku
akan katakan bahawa ini adalah tuduhan Syiah kepada para sahabat yang
mulia. Masalahnya begitu terkenal dan benarnya cerita ini sehingga
semua ahli hadith Ahlul Sunnah Wal Jamaah meriwayatkannya di buku
mereka masing-masing. Dan kerana aku telah berjanji untuk menerima
apa yang telah aku disepakati, maka aku tidak ada pilihan kecuali
menerima dan bingung. Apa yang harus aku katakan? Dengan apa aku
harus memaafkan terhadap sahabat-sahabat yang telah hidup bersama
Nabi selama hampir dua puluh tahun, dari awal masa kebangkitan
sehinggalah Perdamaian Hudaibiyyah di mana mereka saksikan berbagai
mukjizat dan cahaya kenabian. Al-Qur’an juga mengajarkan kepada
mereka, siang dan malam bagaimana semestinya bersikap dan beradab di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 86
hadapan baginda Nabi dan bagaimana cara bercakap dengannya, sehingga
Allah pernah mengancam untuk menggugurkan amal-amal baik mereka jika
suara mereka diangkat lebih keras dari suara Nabi.
Aku memungkinkan bahawa Umar bin Khatablah yang mempengaruhi
sahabat-sahabat lain untuk mengabaikan perintah Nabi. Ini dapat aku
lihat melalui pengakuannya bahawa dia telah melakukan beberapa perkara
yang tidak mahu disebutkannya atau sebahagian ucapannya yang
berkata:”Aku terus berpuasa, bersedekah, solat, dan membebaskan
hamba kerana takutkan kata-kataku yang aku ucapkan ini…..” dan
seterusnya seperti yang tercatat di dalam berbagai buku (Lihat as-Sirah
Halabiyyah Bab Sulhul Hudaibiyyah, Jilid 1, hlm. 706).
Ini menunjukkan bahawa Umar sendiri sebenarnya mengetahui implikasi
dari sikapnya seperti ini. Suatu cerita yang aneh, dan ajaib, tetapi benar
dan nyata.
II. Tragedi Hari Khamis Dan Sahabat
Ringkasan cerita adalah seperti berikut:
Para sahabat sedang berhimpun di rumah Rasul SAWA tiga hari sebelum
hari wafatnya. Rasul memerintahkan mereka untuk mengambil kertas dan
dakwat agar dituliskan kepada mereka suatu wasiat yang akan
memelihara mereka dari kesesatan. Namun para sahabat berselisih.
Sebahagian mereka enggan mematuhinya dan menuduhnya telah meracau
sehingga baginda marah dan mengusir mereka dari rumahnya tanpa
menuliskan apa-apa. Perinciannya sebagai berikut:
Ibnu Abbas berkata:”Hari Khamis, oh Hari Khamis. Waktu Rasul merintih
kesakitan, beliau berkata,’mari aku tuliskan untuk kalian suatu pesanan
agar kalian kelak tidak akan tersesat.’ Umar berkata bahawa Nabi sudah
terlalu sakit sementara al-Qur’an ada di sisi kalian. Cukuplah bagi kita
Kitab Allah. Orang yang berada di rumah berselisih dan bertengkar. Ada
yang mengatakan berikan kepada Nabi kertas agar dituliskannya suatu
pesanan di mana kalian tidak akan tersesat setelahnya. Ada sebahagian
lain berpendapat seperti pendapat Umar. Ketika pertengkaran di sisi
Nabi semakin hangat dan riuh Nabi pun lalu berkata,”Pergilah kalian dari
sisiku”. Ibnu Abbas berkata:”Tragedi yang paling menyayat hati
Rasullullah SAWA adalah larangan serta pertengkaran mereka di
hadapan Rasul yang ingin menuliskan suatu pesanan untuk mereka.” [1]
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 87
Kes ini benar-benar berlaku. Para ulama, ahli hadith dan ahli sejarah
Syiah dan Sunnah menuliskan riwayat ini di dalam buku-buku mereka. Dan
ini harus aku terima lantaran ikrarku dan janji yang telah aku buat. Di
sini juga aku berasa hairan di atas sikap yang dilakukan oleh Umar
terhadap perintah Nabi SAWA. Perintah apa itu? Perintah yang akan
menyelamatkan ummat ini dari kesesatan. Tidak syak lagi bahawa wasiat
ini menyirat sesuatu yang baru bagi kalangan kaum Muslimin dan akan
menghapuskan segala keraguan-keraguan yang ada dalam diri mereka.
Kita tinggalkan pendapat Syiah yang berkata bahawa Nabi sebenarnya
ingin menuliskan nama Ali sebagai khalifahnya lalu Umar lebih cerdik dan
segera melarangnya. Ini kerana tafsiran mereka tidak dapat kita terima
secara prinsip Tetapi apakah kita mempunyai kita mempunyai tafsiran
lain yang logik dari peristiwa yang menyakitkan hati ini, sehingga baginda
marah dan mengusir mereka dari kamarnya. Bahkan menyebabkan Ibnu
Abbas menangis sehingga membasahi tanah, dan dikatakannya sebagai
tragedi yang paling besar.
Ahlul Sunnah berkata bahawa Umar merasakan penderitaan Nabi, lalu
kasihan dan semata-mata tidak ingin membebankannya. Namun tafsiran
serupa ini tidak dapat diterima oleh orang-orang awam, apa lagi orangorang
yang alim. Aku berkali-kali berusaha mencari alasan untuk
memaafkan Umar tetapi realiti kejadian enggan menerimanya. Bahkan
hatta kalimat “yahjur” (meracau) telah diganti (semoga Allah melindungi
kita) dengan kalimat “ghalabahul waja” (kerana terlalu sakit). Kita juga
masih tidak akan dapat menemukan alasan apologetik lain atas kata-kata
Umar, “Indakum Al-Quran” (di sisi kalian al-Quran) dan “Hasbuna
Kitabullah” (cukup bagi kami Kitabullah). Apakah beliau lebih arif tentang
al-Quran daripada Nabi yang telah menerimanya, ataukah baginda tidak
sedar apa yang diucapkannya? (semoga Allah melindungi kita). Ataukah
baginda ingin meniupkan api perpecahan dan pertengkaran dengan
perintahnya ini? (Astagfirullah).
Kalau memang tafsiran Ahlul Sunnah ini benar, maka Rasulullah akan tahu
niat baik Umar ini dan berterima kasih kepadanya. Bahkan baginda akan
lebih mendekatkannya daripada harus marah dan berkata,”Keluar kalian
daripadaku”.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 88
Aku juga ingin bertanya kenapa mereka ikut perintah Nabi ketika
diusirnya keluar dari kamarnya dan tidak berkata bahawa baginda sedang
meracau. Sungguh mereka telah berhasil dalam perencanaan mereka
untuk menyekat Nabi dari menuliskan suatu wasiat. Itulah kenapa tiada
sebab mereka harus terus berada di sana. Bukti bahawa mereka
bertengkar di hadapan baginda dan terbahagi kepada dua golongan adalah
isi riwayat berkenaan,”Ada yang berkata dekatkan kepada Rasulullah apa
yang dimintanya agar dituliskannya untuk kalian pesanan itu, dan ada
sebahagian lagi berkata seperti kata-kata Umar, yakni Nabi sedang
meracau.”
Perkara ini tidak sesederhana seperti yang dibayangkan lantaran ianya
berkaitan dengan diri Umar seorang. Kalau memang demikian maka Nabi
akan memarahinya dan berdalih bahawa beliau tidak berkata apa-apa
mengikut hawa nafsunya, dan beliau tidak meracau di dalam membimbing
umat ini. Namun masalahnya lebih serius dari itu dan dilihatnya bahawa
Umar bersama sahabat-sahabatnya telah bersepakat sebelum kejadian
itu. Kerana itu mereka bertengkar dan berselisih di hadapan baginda
sehingga mereka lupa atau pura-pura lupa dengan firman Allah SWT,”Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih
dari suara Nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara
yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap
sebahagian yang lain supaya tidak gugur (pahala) amalanmu sedangkan
kamu tidak menyedari” (Al-Quran: 49: 2).
Di dalam kes ini mereka telah melampaui dari batasan “meninggikan
suara” dan “berkata keras”. Mereka telah mengatakan bahawa Nabi telah
meracau. (Semoga Allah melindungi kita). Lalu bertengkar ramai dan
hiruk-pikuk di hadapannya.
Aku hampir memastikan bahawa kebanyakan yang hadir berpihak pada
Umar. Kerana itu maka Rasulullah melihat adalah tidak berguna lagi
menuliskan pesanan itu. Baginda juga tahu bahawa mereka sudah tidak
menghormatinya dan tidak patuh pada perintah Allah atas haknya sebagai
Nabi di mana kaum Muslimin dilarang berkata kasar dan keras di
hadapannya. Nah, jika mereka enggan patuh pada perintah Allah, maka
apa lagi pada perintah RasulNya SAWA.
Kebijaksanaan Rasul memutuskan untuk tidak menuliskan wasiat itu
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 89
kerana ia merupakan celaan pada masa hidupnya, maka bagaimana pula
nanti selepas wafatnya. Kelak orang-orang yang mencelanya akan berkata
bahawa Nabi waktu itu sedang meracau, dan mungkin juga mereka akan
meragukan sebahagian hukum yang disyariatkan Nabi pada masa sakitnya
itu juga kerana keyakinan mereka akan meracaunya baginda.
Aku memohon ampunan dari Allah dan ucapan seperti itu terhadap Nabi
Rasul Allah. Bagaimana aku dapat menyakinkan diriku bahawa Umar bin
Khatab tidak bermaksud sungguh-sungguh ketika mengucapkan itu.
Padahal sebahagian sahabat yang hadir menangis dalam kejadian ini
sehingga air matanya membasahi tanah dan dikatakan sebagai tragedi
Hari Khamis.
Aku berkesimpulan untuk menolak setiap alasan yang diajukan untuk
menjustifikasikan kejadian itu, dan berusaha juga untuk mengingkarinya
secara total agar hati ini dapat tenteram. Tetapi sayangnya semua bukubuku
sahih telah meriwayatkannya dan membuktikan kebenarannya.
Aku lebih condong kepada pendapat Syiah di dalam menafsirkan kejadian
ini, kerana tafsirannya rasional dan mempunyai bukti yang kuat. Aku
masih teringat jawapan Sayyid Muhammad Baqir Sadr ketika aku tanya
bagaimana Sayyidina Umar dari segenap sahabat dapat mengerti maksud
Nabi yang ingin menjadikan Ali sebagai khalifahnya seperti kalian duga.
Bukankah ini adalah bukti kepandaiannya?
Sayyid Sadr menjawab:”Bukan Umar sendiri yang tahu maksud Rasul.
Semua yang hadir juga tahu kerana sebelum itu pun Rasul juga pernah
berkata kepada mereka,”Aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka berat
(thaqalain): Kitab Allah dan Itrahku Ahlul Baytku. Jika kalian berpegang
teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya”.
Di waktu sakitnya baginda berkata kepada mereka,”Biar aku tuliskan
kepada kalian suatu pesanan di mana kalian tidak akan tersesat selamalamanya”.
Semua yang hadir termasuk Umar tahu maksud Nabi yang ingin
menegaskan secara tertulis apa yang diucapkannya di Ghadir Khum
sebelum itu. Yakni berpegang teguh pada Kitab Allah dan Itrah Ahlul
Baytnya. Dan penghulu Itrah adalah Ali. Jadi seakan-akan Nabi ingin
berkata,”Berpeganglah kalian kepada Al-Qur’an dan Ali. Ucapan-ucapan
seperti ini pernah dikatakanya juga di berbagai tempat yang lain seperti
yang diungkapkan oleh berbagai ahli hadith.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 90
Majoriti Quraisy tidak suka dengan Ali kerana beliau adalah yang paling
muda, yang pernah menghancurkan pembesar-pembesar mereka dan
membunuh pahlawan-pahlawan mereka. Tetapi mereka tidak berani
menentang Nabi ke tahap yang pernah berlaku di Perdamaian
Hudaibiyyah, atau penentangan keras mereka terhadap Nabi ketika
baginda menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai, seorang munafik,
dan di dalam berbagai kejadian yang telah dicatatkan oleh sejarah. Sikap
seperti ini, seperti yang anda lihat penentangan mereka atas penulisan
wasiat di saat-saat akhir hayatnya, menimbulkan keberanian kepada yang
lain untuk menentang dan bertengkar di hadapan baginda.
Ucapan “al-Qur’an sudah ada di sisi kalian; cukuplah bagi kita Kitab
Allah”, adalah bantahan yang nyata kepada maksud hadith yang menyuruh
mereka berpegang kepada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Bayt Nabi. Seakan
maksud bantahan itu begini:”Cukup bagi kami Kitab Allah dan tidak perlu
kepada Itrah”. Selain itu tidak ada penafsiran lain yang dapat diterima,
melainkan kalau kita katakan bahawa maksudnya adalah taat pada Allah
tanpa perlu taat kepada Rasul. Hal demikian sudah pasti tidak benar dan
tidak dapat diterima.
Jika aku buang jauh-jauh rasa taksub buta dan emosi serta berfikir
secara rasional dan objektif aku mesti menerima tafsiran seperti ini;
adalah lebih mudah untuk menuduh Umar sebagai orang pertama yang
menolak Sunnah dengan kata-katanya,”Cukuplah bagi kita Kitab Allah”.
Jika sebahagian penguasa menolak Sunnah Nabi kerana alasan ianya
kontradiktif, sebenarnya ia hanya mengikut pengalaman sejarah
kehidupan kaum Muslimin sebelumnya. Aku juga tidak mengatakan bahawa
Umar adalah satu-satunya orang yang bertanggungjawab atas tragedi ini
sehingga umat kehilangan bimbingan yang sepatutnya diterimanya. Agar
lebih adil harus aku katakan bahawa ada sahabat lain yang bersamanya
dan mempunyai pendapat seperti pendapatnya Umar. Mereka
menyebelahi Umar di dalam sikapnya yang menentang perintah Nabi
SAWA.
Aku hairan kepada mereka yang membaca peristiwa ini lalu
menganggapnya ringan yang seakan tidak ada apa-apa makna. Padahal ia
adalah tragedi yang paling besar seperti yang diungkapkan oleh Ibnu
Abbas. Lebih hairan lagi adalah usaha mereka yang cub menjaga
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 91
kemuliaan seorang sahabat dan membenarkan perbuatan salahnya dengan
mengorbankan kemuliaan Rasulullah dan prinsip-prinsip Islam.
Kenapa kita harus lari dari suatu fakta dan berusaha menguburkannya
ketika ianya tidak sejalan dengan kehendak kita? Kenapa kita tidak
menerima dan mengakui bahawa sahabat sebenarnya manusia seperti kita
juga. Mereka juga mempunyai hawa nafsu, kehendak, dan keinginan serta
berlaku benar dan salah. Bagaimanapun rasa hairan ini akhirnya juga
hilang ketika aku baca Kitab Allah yang mengisahkan kepada kita kisahkisah
para Nabi AS dan penderitaan yang mereka alami kerana sikap
ummatnya yang menentang mereka walaupun setelah mereka saksikan
berbagai mukjizat. Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami
setelah Engkau berikan Hidayah kepada kami. Kurniakanlah kepada kami
dari sisiMu rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
Aku mulai mengerti latar belakang sikap Syiah terhadap Khalifah Kedua
yang dikatakan sebagai orang yang paling bertanggungjawab di atas
segala tragedi yang berlaku di dalam kehidupan kaum Muslimin sejak
Tragedi Hari Khamis yang telah menyekat penulisan wasiat yang kelak
akan menyelamatkan manusia dari kesesatan itu. Hendaklah kita akui
bahawa orang yang rasional yang mengetahui kebenaran adalah bukan
lantaran seorang tokoh yang memahami sikap Syiah seperti ini. Namun
bagi mereka yang tidak tahu kebenaran melainkan kerana tokoh tertentu,
maka perbicaraan ini tidak akan bermanfaat bagi mereka.
III Sariyah (Ekspedisi) Usamah Dan Sahabat
Ringkasan peristiwa adalah seperti berikut:
Rasulullah dua hari sebelum wafatnya telah menyiapkan satu pasukan
untuk memerangi tentera Rom. Usamah bin Zaid yang berusia lapan belas
tahun dijadikan sebagai komandan pasukan tentera perang. Tokoh-tokoh
Muhajirin dan Ansar seperti Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, dan
sahabat-sahabat besar lainnya diperintahkan untuk berada di bawah
pasukan Usamah ini. Sebahagian mereka mencela pengangkatan Usamah
(sebagai komandan tentera). Mereka berkata: bagaimana Nabi
menunjukkan seorang muda yang belum berjanggut sebagai komandan
pasukan kami. Sebelum itu mereka juga telah mencela pengangkatan
ayahnya oleh Nabi. Mereka banyak memprotes sehingga Nabi sangat
marah mendengar celaan dan sikap mereka ini. Sambil kepalanya diikat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 92
kerana demam panas baginda keluar dipapah oleh dua orang dalam
keadaan dua kakinya diheret menyentuh bumi (semoga ayah dan ibuku
terselamat lantaran derita yang dialaminya). Baginda naik ke atas
mimbar, memuji Allah dan bertahmid kepadaNya. Sabdanya,”Wahai
Muslimin apa gerangan ucapan-ucapan sebahagian di antara kamu yang
telah sampai ke telingaku berkenaan dengan pengangkatanku terhadap
Usamah sebagai pemimpin. Demi Allah, jika kamu kini mengecam
pengangkatannya; sungguh hal itu sama seperti dahulu kamu telah
mengecam pengangkatanku terhadap ayahnya sebagai pemimpin. Demi
Allah, sesungguhnya ia amat layak memegang jawatan kepimpinan itu.
Begitu juga puteranya – setelah ia – sungguh amat layak untuk itu”.[2]
Kemudian baginda mendesak mereka untuk segera berangkat. Baginda
berkata,”Siapkan pasukan Usamah. Lepaskan pasukan Usamah.
Berangkatkah Sariyyah Usamah”. Baginda mengulang-ulang ucapannya
sedangkan mereka tetap merasa segan dan bermalas-malasan di Jurf.
Sikap seperti ini mendorongku untuk bertanya, alangkah beraninya
mereka terhadap Allah dan RasulNya? Kenapa harus derhaka terhadap
Nabi SAWA yang begitu kasih dan sayang kepada kaum Muslimin? Aku
tidak dapat membayangkannya, begitu juga orang lain, tafsiran apa yang
boleh membenarkan pelanggaran dan pengabaian seperti ini?
Seperti biasa ketika membaca peristiwa-peristiwa yang menyentuh
tentang kemuliaan para sahabat, maka aku berusaha untuk tidak
mempercayai kebenarannya. Namun bagaimana mungkin aku dapat
bersikap demikian sementara para ahli sejarah dan ahli hadith Sunnah
dan Syiah bersepakat dalam meriwayatkannya.]
Aku telah berjanji kepada Tuhanku untuk berlaku adil dan jujur. Aku
tidak boleh bersikap taksub dengan madzhabku, dan menjadikan
kebenarannya semata-mata sebagai ukuran. Dan memang kebenaran
adalah pahit seperti yang dikatakan. Nabi bersabda,”Katakanlah
kebenaran itu walau untuk diriku sekalipun; katakanlah kebenaran itu
walau pahit sekalipun”. Kebenaran dalam hal ini adalah para sahabat yang
telah mengecam Nabi dalam pengangkatan Usamah sebagai pemimpin
mereka, sebenarnya mereka telah tidak patuh pada perintah Tuhan
mereka. Mereka telah mengabaikan nas-nas yang sangat jelas yang tidak
dapat diragukan lagi atau ditakwilkan. Mereka tidak mempunyai alasan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 93
dalam hal ini. Usaha sebahagian orang untuk menjaga kemuliaan sahabat
atau salaf as-soleh dengan mengajukan berbagai alasan yang apologetik
sangatlah rapuh. Seorang yang rasional tidak dapat menerimanya,
melainkan mereka yang tidak berfikir, atau mereka yang taksub buta
yang tidak dapat membezakan antara yang wajib dipatuhi dengan yang
wajib dihindari.
Aku juga sering merenungkan kalau-kalau aku boleh dapatkan suatu
jawapan yang memuaskan tetapi sayang semua itu gagal untuk
menyakinkanku. Aku baca alasan-alasan Ahlul Sunnah yang mengatakan
bahawa mereka sebenarnya adalah tokoh-tokoh dan pemuka-pemuka
Quraisy. Mereka adalah orang yang pertama memeluk Islam sementara
Usamah masih baru dan tidak pernah ikut serta di dalam berbagai
peperangan yang menentukan seperti Perang Badar, Perang Hunain, dan
Perang Uhud. Usamah juga waktu itu masih terlalu muda. Dan
kebiasaannya jiwa orang-orang tua tidak akan rela berada di bawah
perintah anak muda. Itulah kenapa mereka mengecam Nabi dalam
pengangkatannya ini dengan maksud agar menggantikannya dengan salah
seorang tokoh sahabat lain.
Alasan seumpama ini sama sekali tidak bersandarkan pada hujah akal atau
naql (nas syariat). Seorang Muslim yang membaca al-Qur’an dan
mengetahui hukum-hukumnya akan menolak hujah ini kerana Allah
berfirman:”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan
apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah” (Al-Quran: 59:7). Juga
firmanNya:”Dan tidaklah patut bagi lelaki Mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukminah, apabila Alllah dan RasulNya telah menetapkan
suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan
mereka. Dan barang siapa yang menderhakai Allah dan RasulNya maka
sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Qur’an:
33: 36)
Setelah adanya nas-nas yang jelas ini alasan apa kiranya dapat diterima
oleh orang-orang yang berakal. Apa yang harus dikatakan kepada kaum
yang telah menyebabkan Allah akan marah kerana kemarahan RasulNya.
Mereka telah menuduhnya “meracau” dan bertengkar di hadapanya,
padahal – demi ayah dan ibuku – baginda sedang sakit sehingga mereka
dihalau dari kamarnya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 94
Tidak sampai di situ. Yang sepatutnya mereka kembali ke jalan yang
benar dan memohon ampun kepada Allah atas apa juga yang telah mereka
lakukan, dan memohon kepada Rasul agar memintakan ampunan bagi
mereka seperti yang diajarkan oleh al-Qur’an, tetapi mereka terus
melakukan protes terhadapnya tanpa mempedulikan kasih sayang yang
diberikannya kepada mereka. Mereka tidak memberikan penghormatan
yang sewajarnya kepada baginda. Dua hari setelah tuduhan yang mereka
lontarkan kepadanya, mereka pula mengecam pengangkatan Usamah
sebagai pemimpin pasukannya sehingga baginda terpaksa mendesak
mereka keluar dengan keadaan yang menyedihkan seperti yang dikatakan
oleh para ahli sejarah. Lantaran terlalu sakit, baginda tidak dapat
berjalan dan terpaksa diapit oleh dua orang. Kemudian baginda
bersumpah kepada Allah bahawa Usamah sebenarnya sangat layak dalam
memimpin. Rasul juga mengatakan bahawa sebelum ini mereka juga telah
mengecamnya kerana mengangkat Zaid bin Harithah sebagai pemimpin
pasukan agar kita tahu betapa sikap seperti ini telah mereka lakukan
jauh sebelum hari itu. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa mereka
sebenarnya bukan di antara orang-orang yang mudah menerima ketentuan
baginda dan berserah sepenuhnya kepadanya. Tetapi mereka tergolong di
antara orang-orang yang rela memprotes dan mengkritik walaupun ianya
bertentangan dengan hukum-hukum Allah dan RasulNya.
Bukti yang menunjukkan kita atas sikap protes mereka ini adalah
tindakan mereka yang enggan pergi walaupun Nabi sendiri memberikan
bendera kepemimpinan kepada Usamah dan dengan marah-marah
menyuruh mereka segera pergi berangkat. Demi ayah dan ibuku, mereka
tidak juga pergi sehinggalah beliau SAWA wafat dengan hati yang kesal
atas sikap umatnya yang dikhuatirkan kelak akan berbalik ke belakang
dan terjerumus ke neraka; tiada yang selamat melainkan sedikit sekali
bagaikan segelintir binatang ternak seperti yang diumpamakan Nabi
SAWA.
Jika kita ingin jujur di dalam melihat peristiwa ini maka kita akan dapati
bahawa Khalifah Kedua adalah tokoh yang paling berperanan di sini.
Kerana beliaulah yang datang menghadap Khalifah Abu Bakar setelah
wafatnya Rasulullah dan memintanya menyingkirkan Usamah serta
menggantikannya dengan orang lain. Abu Bakar menjawab:”Wahai Ibnu
Khatab, apakah kau suruh aku menyingkirkannya sementara Rasulullah
telah mengangkatnya?”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 95
Di mana Umar dibandingkan dengan Abu Bakar yang mengetahui
kebenaran ini? Ataukah di sana ada rahsia tersendiri yang tidak
diketahui oleh ahli-ahli sejarah. Atau mungkin juga mereka yang
menyembunyikannya lantaran ingin menjaga “kemuliaan” sahabat, seperti
yang mereka lakukan di dalam menggantikan kalimat “yahjur” dengan
kalimat “ghalabahu al-waja”.
Aku sangat hairan dengan sikap para sahabat yang membangkitkan
amarah Nabi pada hari Khamis itu dan menuduhnya telah meracau serta
berkata,”cukup bagi kami Kitab Allah”. Sementara Kitab Allah sendiri
menyatakan:”Katakanlah jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku
(Muhammad) kelak Allah akan mencintai kalian” (Ali Imran: 31). Seakanakan
mereka lebih tahu akan Kitab Allah daripada orang yang
menerimanya sendiri. Kitab Allah daripada orang yang menerimanya
sendiri. Lihatlah hanya setelah dua hari tragedi yang menyayat hati itu
dan dua hari sebelum hari pertemuannya dengan Allah SWT mereka telah
membangkitkan amarahnya lebih banyak dengan mengecam pengangkatan
Usamah dan tidak mematuhi perintahnya. Jika dalam tragedi pertama
baginda terbaring sakit di atas tilamnya, tetapi di kali kedua ini baginda
terpaksa keluar dengan kepala yang berikat dan badan yang berbalut
selimut sambil berjalan bertatih-tatih diapit oleh dua orang. Baginda naik
ke atas mimbar dan berkhutbah lengkap. Mula-mula memuji Allah dan
mengucapkan Tauhid atasNya agar menunjukkan kepada mereka bahawa
dirinya tidaklah meracau.Kemudian diberitahunya bahawa beliau sedar
akan protes dan kecaman mereka. Diingatkannya mereka dengan suatu
peristiwa di mana mereka telah memprotesnya juga empat tahun yang
lalu. Apakah setelah itu mereka masih menganggap bahawa baginda
meracau dan tidak sedar apa yang diucapkannya?
Mah Suci Engkau Ya Allah dan segala puji bagiMu. Bagaimana mereka
begitu berani terhadap RasulMu, tidak setuju dan menentang keras
dengan perjanjian damai yang dilakukannya sehingga beliau sebanyak tiga
kali menyuruh mereka berkorban dan mencukur rambut masing-masing
tetapi tiada siapa pun yang mematuhinya. Di waktu lain mereka menarik
bajunya dan melarangnya menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai.
Mereka berkata kepada beliau:”Sesungguhnya Allah telah melarangmu
menyembahyangkan jenazah orang-orang munafik.” Seakan-akan mereka
mengajarkan apa yang diturunkan Allah kepadanya. Padahal Allah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 96
berfirman di dalam kitabNya:”Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad)
al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka” (Al-Qur;an: 16:44). Dan
firmanNya:”Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu
(Muhammad) dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara
manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” (Al-Qur;an: 4:
105). Dan firmanNya:”Sebagaimana (Kami telah menyempurnaka nikmat
Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu
yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan
mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah serta mengajarkan kepada
kamu apa yang belum kamu ketahui” (Al-Qur’an: 2: 151)
Hairan sungguh terhadap mereka yang meletakkan diri mereka lebih
tinggi dari diri Rasulullah SAWA. Kadang-kadang mereka tidak patuh
pada perintahnya, atau menuduhnya telah meracau, atau bertengkar di
hadapannya tanpa beradab, dan pada tempat yang lain mengecam
pemilihan Usamah sebagai pemimpin pasukan mereka sebagaimana yang
mereka lakukan terhadap ayahnya Zaid bin Harithah sebelum ini. Apa
yang harus diragukan lagi bagi orang yang meneliti bahawa Syiah
sebenarnya mempunyai alasan yang sangat kuat ketika menyoal sikap
sebahagian sabahat seperti itu. Mereka memang lebih menghormati dan
mencintai Nabi SAWA dan kerabat keluarganya.
Empat atau lima contoh yang aku sebutkan di atas hanyalah sebagai
contoh yang sedikit sahaja. Ulama Syiah telah memperincikannya hingga
ratusan di mana para sahabat telah mengabaikan nas-nas yang nyata dan
jelas. Mereka tidak berhujah melainkan dengan riwayat ulama Ahlul
Sunnah sendiri di dalam berbagai kitab sahih yang muktabar.
Ketika aku ketahui sikap sebahagian sahabat terhadap Rasullullah SAWA
adalah demikian, maka aku merasa bingung dan hairan. Sebagaimana aku
juga hairan melihat sikap ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang
menggambarkan kepada kita bahawa para sahabat sentiasa dalam
keadaan benar dan tidak boleh dikritik. Ini bermakna mereka tidak
mengizinkan seorang peneliti untuk sampai kepada suatu kebenaran, dan
membiarkan mereka terus tenggelam dalam suasana pemikiran yang
kontradiktif. Aku ingin membawa beberapa contoh sebagai tambahan
sahaja, yang kiranya akan dapat memberikan gambaran yang sebenar
tentang sahabat. Dan dari sini kita akan memahami sikap Syiah terhadap
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 97
mereka.
Bukhari telah meriwayatkannya di dalam kitabnya Jilid 4 halamn 47, di
dalam Bab as-Sabru ‘ala adza (Sabar dari Gangguan); dan firman Allah
yang bermaksud,”Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan
ganjaran” di dalam Bab Adab. Katanya,”al-A’masy meriwayatkan kepada
kami bahawa beliau pernah mendengar Syaqiq bercerita tentang Abdullah
yang berkata:”Suatu hari Nabi membahagikan sesuatu kepada sahabatsahabatnya
sebagaimana yang biasa beliau buat. Seorang dari Ansar
memprotes dan berkata: pembahagian ini bukan kerana Allah SWT. Aku
katakan kepadanya bahawa aku akan bilang kepada Nabi yang ketika itu
berada di antara para sahabatnya. Aku ceritakan kepadanya apa yang
berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan sangat marah sekali sehingga
aku menyesal memberitahunya hal tersebut:” Baginda Nabi kemudian
berkata:”Nabi Musa AS telah diganggu lebih dari itu, tetapi beliau
bersabar.”
Bukhari juga meriwayatkan dari bab yang sama di dalam fasal Bab at-
Tabassum wa ad-Dhank (Bab Tersenyum dan Tertawa). Katanya Anas bin
Malik meriwayatkan:” Suatu hari aku berjalan bersama Rasulullah yang
pada ketika itu memakai syal Najrani yang bertepi tebal. Datang seorang
Badwi yang tibaa-tiba sahaja menarik dengan kuat syalnya baginda. Anas
berkata, aku lihat kulit leher Nabi lebam akibat tarikan keras yang
dilakukan oleh si Badwi ini. Kemudian dia berkata:”Hai Muhammad.
berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu”. Lalu
Nabi melihatnya sambil tertawa dan menyuruh sahabatnya untuk
memberikannya.
Di dalam bab yang sama, fasal Man Lam Yuwajih an-Nas Bil Atab, Bukhari
meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata bahawa pernah melakukan
sesuatu dan mengizinkan para sahabatnya untuk melakukan yang serupa.
Tiba-tiba sebahagian sahabatnya menolak melakukan yang sama. Berita
ini sampai ke telinga Nabi lalu baginda berkhutbah dan memuji-muji
Allah. Kemudian baginda berkata:” Kenapa orang-orang ini menghindarkan
dari sesuatu yang aku lakukan. Demi Allah aku lebih tahu dari mereka
tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dibandingkan dengan mereka”.
Siapa yang merenungkan contoh riwayat serupa ini dia akan merasakan
bahawa para sahabat telah meletakkan diri mereka lebih tinggi dari
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 98
kedudukan Nabi sendiri. Mereka percaya bahawa Nabi boleh berbuat
salah dan mereka yang benar. Sebahagian ahli sejarah terikut-ikut di
dalam membenarkan tindakan sahabat walaupun jika ianya bertentangan
dengan perbuatan Nabi atau kadang-kadang menunjukkan bahawa
kedudukan ilmu dan ketaqwaan para sahabat adalah lebih banyak jika
dibandingkan dengan Nabi, seperti yang dikatakan kononya Nabi keliru di
dalam menyelesaikan masalah tawanan perang Badar dan Umar bin Khatab
yang benar, Mereka telah meriwayatkan berbagai hadith palsu yang
kononnya Nabi SAWA bersabda:” Seandainya Allah timpakan kepada kita
suatu musibah, maka tiada akan selamat melainkan Umar bin Khatab”.
Seakan-akan mereka ingin berkata ” Kalaulah Umar tiada maka celakalah
Nabi “. Semoga Allah melindungi kita daripada kepercayaan yang salah
seperti ini. Demi jiwaku, mereka yang mempunyai kepercayaan seperti ini
akan jauh dari Islam sejauh dua kutub barat dan timur. Dia wajib
merujuk kembali akalnya atau menghalau syaitan dari hatinya. Allah
berfirman:” Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan
ilmuNya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan
memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka
mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Al-Qur’an: 45: 23)
Demi jiwaku. Mereka yang percaya bahawa Rasulullah SAWA boleh
diumbang-ambingkan oleh nafsunya dan lari dari jalan yang benar
sehingga pernah membahagikan sesuatu bukan kerana Allah semata-mata,
tetapi kerana nafsu dan emosinya, dan mereka yang menghindari dari
berbuat sesuatu yang Rasulullah lakukan lantaran menduga yang mereka
lebih bertaqwa dan lebih arif kepada Allah dibandingkan dengan
RasulNya; orang-orang seperti ini memang sangat tidak layak untuk
dihormati oleh kaum Muslimin apalagi menempatkan mereka seperti para
malaikat. Lalu menghukumkan bahawa mereka adalah makhluk yang
terbaik setelah Rasulullah, dan kaum Muslimin mesti mengikut mereka
dan berjalan di bawah naungan sunnah mereka hanya semata-mata
mereka adalah sahabat Rasul SAWA. Hal ini bercanggah dengan sikap
Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menyertakan semua sahabat di dalam
salawat mereka kepada Nabi dan keluarganya. Jika Allah telah tahu
kedudukan mereka dan menempatkannya di posisi yang memang layak bagi
mereka, lalu memerintahkan mereka bersalawat kepada Nabi dan
keluarganya yang suci agar mereka tunduk dan tahu kedudukan Ahlul
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 99
Bayt yang sebenarnya di sisiNya, maka bagaimana kita kemudian
menempatkan mereka, para sahabat lebih tinggi dari kedudukan keluarga
Nabi atau menyamakan mereka dengan orang-orang yang telah
diutamakan oleh Allah di atas semua makhluk alam semesta ini.
Aku membuat kesimpulan bahawa Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah
yang telah memusuhi Ahlul Bayt Nabi, memburu mereka, dan membunuh
mereka berserta para Syiah, dan pengikutnya, mereka ini tahu tentang
keutamaan keluarga Nabi dan kedudukan mereka yang tinggi. Jika Allah
tiak akan menerima solat seseorang melainkan dengan bersalawat ke atas
mereka, maka bagaimana mereka akan memberikan alasan atas
permusuhan dan sikap mereka yang lari dari garis Ahlul Bayt? Itulah
kenapa kita lihat mereka telah mengiringkan sahabat dengan Ahlul Bayt
agar dapat memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa antara
sahabat dan Ahlul Bayt sebenarnya adalah sama. Terutama sekali jika
kita mengetahui bahawa “master mind” mereka yang sebenarnya adalah
sebahagian sahabat itu sendiri. Mereka telah mengupah sebahagian
sahabat lain yang lemah akan dan karektor atau bahkan golongan tabi’in
agar meriwayatkan berbagai hadith palsu tentang keutamaan sahabat
khususnya untuk mereka yang pernah menjawat kedudukan khalifah, yang
merupakan sebagai sebab utama naiknya mereka – Bani Umaiyyah dan
Bani Abbasiyyah ke puncak kekuasaan. Sejarah adalah sebaik-baik bukti
atas apa yang aku katakan ini. Lihatkah Umar bin Khatab yang sangat
terkenal dengan penguasaannya kepada semua gabenornya dan akan
memecat mereka serta merta lantaran suatu keraguan yang dilihatnya,
lihatlah betapa beliau sangat berlemah lembut terhadap Muawiyah bin
Abi Sufian dan tidak pernah mengawalnya sama sekali. Dahulunya Abu
Bakarlah yang melantik Muawiyah sebagai gabenor Syam, lalu kemudian
dikekalkan oleh Umar di sepanjang hayatnya. Beliau juga tidak pernah
memprotesnya bahkan menegur atau mengecamnya sekalipun, walau
banyak pengaduan yang dibuat mengatakan bahawa Muawiyah memakai
emas dan sutera yang telah diharamkan oleh Rasulullah SAWA kepada
kaum lelaki. Umar menjawab kepada mereka:” Biarkan dia. Dia adala Kisra
(Raja) Arab”. Dan Muawiyah terus berkuasa selama dua puluh tahun
tanpa ada yang menegur dan memecatnya. Ketika Uthman berkuasa
diberikannya lagi wilayah-wilayah lain untuk ditadbirnya, sehingga dia
dapat menguasai tidak sedikit dari kekayaan negara Islam dan dapat
memobilisasikan kekuatan tentera menentang kepemimpinan Imam Ali.
Kemudian secara kekerasan dan dengan tangan besi, dia dapat menguasai
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 100
semua kaum Muslimin, lalu kemudian memaksa mereka memberikan bai’ah
kepada Yazid, puteranya yang fasik dan kaki botol. Kisah Yazid ini adalah
cerita panjang yang tidak dapat kita muatkan dalam buku yang ringkas
seperti ini. Apa yang penting adalah pengetahuan kita akan mentaliti para
sahabat yang duduk di jabatan khalifah dan yang telah menyiapkan
secara langsung berdirinya suatu kerajaan Bani Umaiyyah berdasarkan
keputusan Quraisy yang enggan menerima Nubuwah dan khalifah di
tangan Bani Hasyim. [3]
Kerajaan Bani Umaiyyah mempunyai hak, bahkan kewajipan untuk
berterima kepada mereka yang telah menyiapkan untuk berdirinya
kerajaannya itu. Paling tidak sebagai ungkapan terima kasih ini adalah
mengupah sejumlah “perawi” yang mahu meriwayatkan berbagai “hadith”
tentang keutamaan para leluhur mereka dengan mengangkatnya lebih
tinggi dari kedudukan Ahlul Bayt, musuh utama mereka. Jika hadithhadith
keutamaan ini dikaji berdasarkan hujah-hujah syariah da akliah
(rasional), maka keabsahannya akan cepat diragukan melainkan jika ada
kelainan di dalam fikiran kita dan tidak mampu membezakan antara
perkara-perkara yang berkontradiktif.
Sebagai contoh, kita banyak mendengar tentang keadilan Umar yang
diceritakan oleh berbagai perawi. Sehingga dikatakan:”Ya Umar, kau
telah berlaku adil maka itu kau dapat tidur”. Atau kononnya Umar
dikebumikan di dalam keadaan berdiri agar keadilan tidak mati
bersamanya, dan berbagai cerita lain yang menarik tentang keadilannya.
Namun sejarah yang benar mengatakan kepada kita bahawa Umar ketika
membahagi-bahagikan harta Baitul Mal pada tahun dua puluh Hijrah,
beliau tidak mengikut sunnah Nabi. Nabi SAWA telah membahagi sama
rata antara segenap kaum Muslimin dan tidak mengutamakan satu dari
yang lainnya. Begitu juga Abu Bakar di dalam masa kekhalifahannya.
Tetapi Umar menciptakan suatu cara baru mengutamakan golongan yang
sabiqun (Muslimin senior) di atas yang lainnya, dan golongan Muhajirin
Quraisy di atas Muhajirin selain Quraisy, golongan Muhajirin di atas
golongan Ansar, golongn Arab di atas bukan Arab, golongan bebas di atas
hamba-hamba [4] mengutamakan suku Mudhir di atas suku Rabi’ah
dengan memberikan suku pertama tiga ratus dan kedua dua ratus [5]
serta mengutamakan suku Aus di atas suku Khazraj [6].
Di manakah letaknya keadilan dalam sistem kelas seperti ini wahai orang-
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 101
orang yang berfikir? Kita telah banyak mendengar tentang cerita-cerita
Umar. Bahkan dikatakan bahawa beliau adalah sahabat yang paling alim.
Kononnya Allah banyak membenarkan pendapat Umar ketika berlaku
perselisihan antara Nabi dan Umar, dengan menurunkan ayat-ayat yang
menyokong pendapatnya. Namun sejara yang membuktikan kepada kita
bahawa Umar banyak menyalahi ayat-ayat al-Qur’an hatta setelah
turunnya sekalipun. Ketika seorang sahabat bertanya kepadanya di zaman
khalifahnya:”Ya Amirul Mukminin, aku kini janabah tetapi tidak ada air,
bagaimana hukumnya?” Umar menjawab:”Jangan solat!” Ammar bin Yasir
mengingatkan khalifah agar melakukan tayamum tetapi Umar tidak
peduli. Katanya:”Ya Ammar, engkau hanya bertanggungjawab atas tugastugasmu
sahaja” [7].
Di mana ilmu Umar tentang ayat tayammum yang diturunkan di dalam al-
Qur’an? Mana ilmu Umar tentang sunnah Nabi yang mengajarkan kepada
mereka bagaimana bertayammum sebagaimana baginda ajarkan mereka
tentang wudhu? Di dalam berbagai peristiwa, Umar banyak mengakui
dirinya tidak alim bahkan menurutnya semua orang lebih alim dari dirinya
hatta orang-orang wanita sekalipun. Beliau juga berulang kali mengatakan
demikian,”Kalaulah tiada Ali maka Umar telah celaka”. Sehigga akhir
hayatnya beliau tidak tahu hukum Kalalah, yang sering dihukumkannya di
zaman pemerintahannya seperti yang dicatat di dalam sejarah.
Mana ilmunya hai orang-orang yang berakal? Kita juga sering mendengar
akan kepahlawanan, keperkasaan dan keberaniannya sehingga dikatakan
bahawa kaum Quraisy merasa gentar setelah Islamnya Umar, dan agama
Islam sendiri menjadi kuat. Kononnya Allah telah memuliakan Islam
kerana Umar bin Khatab, dan Nabi tidak menyatakan dakwahnya secara
terang-terangan melainkan setelah Islamnya Umar. Namun sejarah yang
benar tidak menunjukkan kepada kita keperkasaan dan kepahlawanan itu
bahkan sejarah juga tidak pernah menunjukkan kepada kita ada seorang
yang dikenal atau orang biasa sekalipun yang dibunuh oleh Umar di dalam
peperangan seperti Badar, Uhud, dan Khandak dan sebagainya. Bahkan
sejarah membuktikan sebaliknya, di mana Umar pernah lari bersama
sahabat-sahabat lain di dalam peperangan Uhud Hunain. Ketika Rasulullah
mengutusnya untuk membebaskan kota Khaibar, beliau kembali dalam
keadaan kalah. Bahkan di dalam berbagai peperangan sariyyah
(peperangan yang tidak diikuti oleh Nabi) sekalipun, Umar tidak pernah
menjadi komandan pasukannya. Di dalam sariyyah terakhir juga beliau
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 102
hanya ditunjuk sebagai anak buah kepada Usamah bin Zaid, seorang anak
muda berusia belasan tahun. Mana dakwaan keperkasaan tersebut wahai
orang-orang yang berakal?
Kita juga sering mendengar tentang ketaqwaan Umar bin Khataba serta
rasa takutnya yang amat sangat sehingga menangis kerana takutkan Allah
SWT, Konon dikatakan bahawa beliau takut dihisab Allah SWT jika
seekor baghal di Iraq sekalipun tersesat lantaran tidak disediakan jalan
untuknya. Tetapi sejarah yang benar mengatakan kepada kita bahawa
beliau sesungguhnya seorang yang keras dan kasar. Beliau tidak berhatihati
dan malu untuk memukul orang yang bertanya kepadanya tentang
suatu ayat Kitab Allah sehingga melukai tanpa suatu dosa yang
dilakukannya. Bahkan seorang wanita pernah jatuh dan tergugur
kandungannya lantaran melihatnya dengan penuh ketakutan. Kenapa
beliau tidak takut kepada Allah ketika menghunus pedangnnya dan
mengancam setiap orang yang mengatakan bahawa Muhammad telah mati.
Beliau bersumpah bahawa Muhammd sebenarnya tidak mati, dia hanya
pergi bermunajat kepada Tuhannya seperti yang dilakukan oleh Musa bin
Imran. Umar mengancam akan memukul leher setiap orang yang
mengatakan bahawa Nabi telah mati [8]. Kenapa beliau tidak takut
kepada Allah ketika mengancam akan membakar rumah Fatimah jika
orang-orang yang berada di dalamnya tidak mahu keluar untuk membai’ah
(Abu Bakar) [9]. Dikatakan kepadanya bahawa Fatimah ada di
dalamnya.”Sekalipun ada”, Jawab Umar.Beliau juga “berani” terhadap
Kitab Allah dan Sunnah RasulNya dengan mengamalkan berbagai hukum -
di masa pemerintahannya – yang bertentangan dengan nas-nas al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAWA [10].
Nah di mana letaknya warak dan ketakwaan setelah menyaksikan
serangkaian fakta yang menyedihkan ini wahai hamba-hamba Allah yang
soleh?
Aku ambil sahabat yang besar dan terkenal ini sebagai contoh sematamataa.
Itupun aku ringkaskan sedemikian rupa agar tidak panjang dan
biarlah sederhana. Jika aku ingin tuliskan secara terperinci maka ia akan
memuatkan berjilid-jilid buku. Seperti yang aku katakan di atas, aku
hanya mengetengahkannya sebagaia contoh semata-mata, tidak lebih dari
itu.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 103
Apa yang aku sebutkan di atas, hanya segelintir dari peristiwa yang
berlaku tetapi ia telah memberikan kepada kita suatu pengetahuan yang
jelas tentang mentaliti para sahabat dari sikap para ulama Ahlul Sunnah
yang kontradiktif. Mereka melarang setiap orang untuk mengkritik dan
meragukan sahabat, tetapi dalam masa yang sama mereka meriwayatkan
di dalam berbagai buku mereka fakta-fakta yang boleh menimbulkan
keraguan dan kecaman. Kalaulah ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah tidak
menyebutkan fakta-fakta yang jelas menyentuh tentang sahabat dan
melukai keadilan mereka, maka mereka akan berjasa di dalam
menghilangkan segala jenis keraguan dari benak kita.
Aku teringat akan perjumpaanku dengan salah seorang ulama dari Najaf
al-Asyraf, Asad Haidar, penulis buku al-Imam as-Sodiq Wal al-mazahib
al-Arba’ah (Imam Sodiq dan Empat Mazhab). Waktu itu kami berbicara
tentang Sunnah-Syiah. Diceritakannya kepadaku tentang ayahnya yang
berjumpa dengan seorang alim dari Tunisia di masa musim haji lima puluh
tahun yang lalu. Mereka berdua berdiskusi panjang tentang kepimpinan
Amirul Mukmimin Ali bin Abi Talib. Orang alim Tunisia ini mendengar
ayahku membilang hadith-hadith yang membuktikan tentang kepimpinan
Imam Ali AS dan haknya di dalam masalah khilafah. Dihitungnya sehingga
empat atau lima dalil. Ketika selesai, ditanyainya apakah dalil selain
ini.”Tidak”, jawabnya. Kemudian dia berkata:”Keluarkan tasbihmu dan
mula hitung”. Orang alim dari Tunisia ini menyebutkan dalil-dalil
berkenaan sehingga seratus, yang hatta ayahku sendiri tidak tahu”.
Syaikh Asad meneruskan:”Jika Ahlul Sunnah membaca kitab-kitab
mereka, maka mereka akan berpendapat seperti kami, dan perselisihan
ini telah selesai sejak dari dulu lagi”.Demi jiwaku. Sesungguhnya ini
adalah kebenaran yang tidak dapat dihindari bagi mereka yang telah
membebaskan dirinya dari taksub buta dan setia kepada dalil yang
bernas.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 104
Pandangan Al-Qur’an Tentang Sahabat
Pertama-tama harus aku ingatkan bahawa Allah SWT telah memuji di
dalam berbagai ayat al-Qur’an tentang sahabat-sahabat Rasul SAWA
yang memang benar-benar mencintainya dan mematuhinya tanpa ada
suatu tujuan atau tentangan atau keangkuhan. Mereka semata-mata
hanya inginkan keredhaan Allah dan RasulNya, dan Allah juga redha
kepada mereka lantaran ketaqwaan mereka kepadaNya. Ini adalah
golongan sahabat yang dinilai tinggi oleh segenap kaum Muslimin lantaran
sikap dan perilaku mereka yang luhur terhadap baginda Nabi SAWA.
Setiap kali mereka disebut, maka kaum Muslimin akan mencintai mereka,
mentakzimkan kedudukan mereka dan mengucapkan kalimah Radhiallahu
A’nhum kepada mereka.
Kajianku bukan pada golongan sahabat jenis ini yang sangat dihormati dan
disanjung tinggi oleh Sunnah dan Syiah. Sebagaimana aku juga tidak akan
menyentuh pada golongan yang dikenal dengan sifat munafiknya dan yang
dilaknat oleh segenap kaum Muslimin, Sunnah dan Syiah. Aku hanya akan
mengkaji pada golongan sahabat yang dipertikaikan oleh kaum Muslimin,
dan yang kadang-kadang dicela dan diancam oleh al-Qur’an. Sahabatsahabat
jenis ini seringkali diperingatkan oleh Rasulullah SAWA di dalam
berbagai kesempatan atau baginda memperingatkan kaum Muslimin dari
mereka. Dan di sinilah letak perbezaan antara Sunnah dan Syiah di dalam
menilai sahabat. Syiah meragukan keadilan mereka da nmengkritik ucapan
dan tindak-tanduk mereka sementara Ahlul Sunnah Wal Jamaah
menghormati mereka walau terbukti mereka telah melakukan berbagai
pelanggaran.
Kajianku hanya pada golongna sahabat jenis ini agar aku dapat sampai -
dari penelitian ini – pada suatu kebenaran atau sebahagian kebenaran
sekalipun. Aku nyatakan ini agar jangan sampai ada orang yang berkata
bahawa aku telah melupakan berbagai ayat yang memuji para sahabat
Rasulullah SAWA, dan hanya mengungkapkan ayat-ayat yang mencela
sahaja. Namun dalam penelitianku, aku menjumpai ada berbagai ayat yang
bernada memuji tetapi ia juga menyirat suatu celaan atau sebaliknya.
Aku tidak akan memuatkan di sini semua hasil penelitianku selama tiga
tahun yang aku telah lakukan. Aku hanya akan sebutkan sebahagian ayat
sahaja sebagai contoh demi ringkasnya tulisan ini. Tetapi bag mereka
yang inginkan perincian dan perluasan, mereka hendaklah menyempatkan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 105
masa untuk mengkaji, membuat perbandingan dan meneliti seperti yang
aku lakukan agar kebenaran yang didapati adah benar-benar hasil titik
peluh sendiri seperti yang dituntut oleh Allah dari setiap kita, dan
seperti yang dituntut juga oleh hati nurani masing-masing. Kerana ia akan
memberikan keyakinan yang sangat mendalam yang tidak akan dapat
digoyahkan oleh sebarang angin yang bertiup. Sudah pasti bahawa
kebenaran yang didapati lantaran kepuasan sendiri (qina’ah nafsiyyah)
adalah lebih baik dari sekadar unsur luar yang mempengaruhi.
Allah SWT berfirman ketika memuji NabiNya,”Dan Dia mendapatimu
sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk” (Al-
Qur’an:93: 7). Ia bermaksud Dia menunjukkanmu kepada kebenaran
ketika kau mencarinya. Allah juga berfirman,”Dan orang-orang yang
berjihad (bersungguh-sungguh) di dalam (mencari) jalan Kami, benarbenar
akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-kalan Kami” (Al-
Qur’an:29: 69).
I Ayat Inqilab
Allah berfirman,”Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul.
Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat
mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur” (Al-Qur’an 3: 144)
Ayat ini amat jelas menunjukkan bahawa sahabat akan berbalik ke
belakang setelah wafatnya Rasulullah SAWA dan hanya sedikit yang
masih tetap konsisten seperti yang tersirat di dalam kandungan ayat
tersebut. Ini dapat kita fahami dari ungkapan kalimah “as-Syakirin” yang
menunjukkan masih adanya orang-orang yang tetap dan konsiten dan
tidak berbalik ke belakang. Orang-orang as-Syakirin ini tidak berjumlah
banyak seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam ayat lain:”Dan
sedikit sekali dan hamba-hambaKu yang berterima kasih” (Al-Qur’an
34:13).
Serangkaian hadith-hadith Nabi juga menafsirkan ayat ini seperti yang
akan kita sebutkan sebahagiannya. Walaupun Allah tidak sebutka balasan
yang akan ditimpakan kepada orang-orang yang berbalik ke belakang di
dalam ayat ini dan hanya memuji serta akan memberi ganjaran kepada
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 106
orang-orang yang bersyukur sahaja, namun sudah sangat jelas bahawa
mereka yang berbalik ke belakang sudah pasti tidak akan mendapatkan
apa-apa ganjaran. Hal ini akan kita bincangkan Insya Allah di dalam
melihat hadith-hadith Nabi yang berkenaan dengannya. Ayat ini juga
tidak dapat ditafsirkan kepada orang-orang seperti Tulaihah, Sujah, dan
al-Aswad al-Ansi, lantaran inginkan memelihara kemuliaan sahabat. Sebab
tiga orang di atas telah murtad di zaman baginda sendiri. Nabi telah
memerangi mereka dan mengalahkan mereka. Ayat ini juga tidak dapat
ditasfirkan kepada Malik bin Nuwairah dan para pengikutnya yang enggan
memberikan zakat di zaman Abu Bakar lantaran berbagai sebab. Antara
lain: kerana mereka berhati-hati dan ingin tahu perkara yang sebenarnya.
Mengingat mereka pergi haji bersama Rasulullah di Hujjah al-Wada’ (haji
Nabi yang terakhir) dan di sana mereka telah membai’ah Imam Ali bin
Abi Talib di Ghadir Khum setelah beliau dilantik oleh baginda sebagai
khalifahnya. Abu Bakar juga memberikan bai’ah. Tiba-tiba mereka
terkejut dengan kedatangan seorang utusan sang khalifah (Abu Bakar)
yang memberitahu mereka bahawa Nabi SAWA telah wafat, dan atas
nama khalifah baru, yakni Abu Bakar, mereka meminta harta zakat.
Peristiwa ini juga hampir diabaikan oleh sejarah kerana beralasan ingin
menjaga kemuliaan sahabat. Sedangkan Malik dan para pengikutnya juga
adalah orang-orang Muslim. Hal ini di saksikan sendiri oleh Umar dan Abu
Bakar serta beberapa sahabat yang lain. Mereka membantah Khalid bin
Walid kerana membunuh Malik bin Nuwairah ini. Dan sejarah sendiri
membuktikan bahawa Abu Bakar membayar diat (ganti rugi akibat
pembunuhan) Malik kepada saudaranya Mutammin dari harta Baitul Mal
dan meminta maaf atas pembunuhan ini. Padahal di dalam Islam sangat
jelas bahawa mereka yang murtad wajib dibunuh, diatnya tidak boleh
diberikan dari Baitul Mal dan tidak perlu meminta maaf.
Apa yang penting adalah ayat inqilab ini yang memberi maksud kepada
para sahabat yang hidup di zaman Nabi dan di kota Madinah itu sendiri.
Ianya menunjukkan bahawa mereka akan berbalik ke belakang segera
setelah wafatnya baginda Nabi SAWA. Hadith-hadith Nabi
menerangkannya sejelas-jelasnya tentang hal ini dan tidak menyiratkan
sebarang keraguan. Dan kita akan bincangkan hal ini di dalam perbahasan
kemudian, Insya Allah. Sejarah juga sebaik-baik bukti atas inqilab
(berbalik ke belakang) mereka setelah wafatnya Nabi ini. Dan kita akan
lihat betapa sedikitnya yang selamat ketika kita teliti peristiwaperistiwa
yang berlaku di antara kalangan para sahabat itu sendiri.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 107
II Ayat Jihad
Allah berfirman,”Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya
apabila dikatakan kepada kamu:”Berangkatlah (untuk berperang) di jalan
Allah kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu
puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal
kenikmatan kehidupan di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di
akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang,
nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya
(kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi
kemudaratan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Berkuasa atas segala
sesuatu” (Al-Qur’an 38: 39). Maha Benar Allah Yang Maha Agung.
Ayat ini juga sangat jelas mengatakan bahawa sahabat merasa berat
untuk pergi berjihad di jalanNya. Mereka lebih memilih untuk hidup di
dunia walau mereka tahu kenikmatannya hanya sedikit sekali. Sikap
mereka ini dicela oleh Alla dan diancam dengan azab yang pedih. Dan
Allah akan mengganti mereka dengan orang-orang Mukmin lain yang jujur.
Ancaman penggantian ini tersurat di dalam berbagai ayat Al-Qur’an. Ini
menunjukkan bahawa mereka seringkali menunjukkan rasa berat di dalam
berjihad di jalan Allah SWT. Di dalam ayat lain Allah berfirman,” Dan
jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum
yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)” (Al-Qur’an 47: 38).
Atau firman Allah yang lain,”Hai orang-orang yang beriman, barang siapa
di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun
mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap Mukmin, yang
bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah,
dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela. Itulah
kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah
Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Qur’an 5:54).
Kalau kita ingin memperincikan ayat-ayat yang menyirat makna seperti ini
dan mengungkapkan kebenaran adanya pembahagian taraf sahabat
seperti yang dikatakan oleh Syiah, khususnya sahabat seperti yang kita
bincangkan ini, maka tak syak lagi ia akan memerlukan suatu buku
tersendiri. Al-Qur’an telah mengungkapkannya dengan nada yang ringkas
dan sangat fasih. Firman Allah,”Dan hendaklah ada di antara kamu
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 108
segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada
ma’aruf dan mencegah dari mungkar. Merekalah orang-orang yang
beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berceraiberai
dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada
mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksaan yang berat.
Pada hari yang di waktu itu ada muka menjadi hitam muram. Adapun
orang-orang yang menjadi hitam muram mukanya (kepada mereka
dikatakan):”Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu
rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu?” Adapun orang-orang yang
menjadi putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah
(syurga); mereka kekal di dalamnya” (Al-Qur;an 3: 104-107). Maha Benar
Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung.
Bagi para pengkaji dan peneliti, mereka tahu bahawa ayat ini bercakap
dengan para sahabat dan mengingatkan mereka dari perselisihan dan
perpecahan setelah datangnya hujah-hujah yang jelas. Ia mengancam
mereka dengan azab yang pedih dan membahagi mereka kepada dua
golongan. Yang satu akan dibangkitkan kelak dengan muka berseri-seri;
mereka adalah orang-orang yang bersyukur yang berhak menerima
rahmat Allah SWT. Yang lain akan dibangkitkan kelak dengan muka yang
hitam dan muram; mereka adalah orang-orang yang telah murtad setelah
mereka beriman. Dan Allah telah mengecam mereka dengan azab yang
pedih.
Jadi, jelas bahawa para sahabat telah berpecah dan berselisih setelah
wafatnya Nabi SAWA. Mereka telah menyalakan api fitnah sehingga
mereka saling berperang dan menumpahkan darah yang mengakibatkan
kemunduran kaum Muslimin dan menjadi sasaran musuh-musuhnya. Ayat
di atas tidak dapat ditakwilkan atau diubah pengertiannya lain dari apa
yang difahami oleh akal.
III Ayat Khusyuk
Firman Allah,”Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman
untuk menundukkan hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran
yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti
orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepadanya,
kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka
menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 109
yang fasik” (Al-Qur’an 57: 16). Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan
Maha Agung.
Di antara kitab al-Dur al-Manthur oleh Jallaluddin as-Suyuti, beliau
berkata,”Ketika sahabat-sahabat Nabi datang ke Madinah, mereka
merasakan kenyamanan hidup dibandingkan dengan penderitaan yang
mereka alami sebelumnya. Seakan-akan mereka menjadi lemah atas
sebahagian kewajipan yang sepatutnya dilakukan sehingga mereka
dihukum seperti yang tersurat dalam ayat ini. Di dalam riwayat lain dari
Nabi SAWA yang bersabda, bahawa Allah SWT melihat keengganan hati
para Muhajirin walau setelah tujuh belas tahun dari turunnya ayat
berikut,”Bukankah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman….”
Nah, jika para sahabat – manusia yang paling baik dalam pandangan Ahlul
Sunnah Wal Jamaah – masih belum mempunyai hati yang khusyuk dan
tunduk ketika mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah
diturunkan sepanjang tujuh belas tahun, sehingga Allah melihat
keengganan mereka dan menegur mereka serta mengingatkan mereka
dari memiliki hati yang keras yang mungkin boleh membawa kepada
kefasikan, maka kita tidak dapat menyalahkan orang-orang Quraisy yang
masuk Islam pada tahun ke tujuh Hijrah setelah pembukaan Mekah.
Demikianlah sebahagian contoh yang dapat aku simpulkan dari Kitab
Allah. Buktinya sangat kuat menunjukkan bahawa tidak semua sahabat
adalah adil seperti yang dikatakan oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Dan
jika kita teliti di dalam hadith-hadith Nabi, maka kita akan dapati
contoh-contoh lain yang berlipat ganda. Mengingat aku telah berjanji
untuk membuatnya secara ringkas, maka aku tuliskan sebahagian contoh
sahaja, dan biarlah pengkaji-pengkaji lain meneliti permasalahan ini
dengan lebih dalam lagi.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 110
Pandangan Rasul Tentang Sahabat
I Hadith Telaga
Bersabda Rasulullah SAWA: ketika aku sedang berdiri tiba-tiba datang
sekelompok orang yang aku kenal. Lalu keluarlah seorang di antara kami
dan berkata,”Mari”. Aku tanya,”Ke mana?” Jawabnya,”Ke neraka, demi
Allah”. “Apa kesalahan mereka?” Tanyaku. “Mereka telah murtad
setelahmu dan berbalik kebelakang dari kebenaran, dan aku perhatikan
tiada yang tersisa melainkan (sedikit sekali) seperti sekelompok unta
yang tertinggal”, jawabnya [11].
Rasulullah SAWA bersabda: Aku akan mendahului kalian di Telaga Haudh.
Siapa yang berlalu dariku dia akan minum dan siapa yang minum tidak
akan dahaga selama-lamanya. Kelak ada sekelompok orang yang aku kenal
dan mereka juga mengenalku datang kepadaku; kemudian mereka
dipisahkan dariku. Aku akan berkata: apa yang telah mereka lakukan
setelah ketiadaanmu. Dan aku pun berkata: Nyahlah, nyahlah mereka
yang telah berubah setelah ketiadaanku”.
Orang yang merenungkan makna hadith-hadith seumpama ini yang
diriwayatkan sendiri oleh ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah di dalam
berbagai kitab sahih mereka, akan tidak akan ragu lagi membuat
kesimpulan bahawa kebanyakan sahabat telah berubah bahkan telah
berbalik ke belakang setelah wafatnya Nabi SAWA melainkan segelintir
kecil sahaja yang diibaratkan oleh Nabi SAWA seperti sekelompok unta
yang tertinggal. Hadith ini tidak dapat ditafsirkan bahawa ianya
bermaksud kepada golongan orang-orang munafik, mengingat nas itu
sendiri berkata: sahabatku, sahabatku (ashabi). Dan ianya juga sebagai
tafsir atau realisasi dari ayat-ayat al-Qur’an yang menyebutkan tentang
sikap mereka yang berbalik ke belakang sehingga diancam oleh Allah
dengan api neraka, seperti yang telah disentuh di atas.
II Hadith: Bersaing Untuk Dunia
Bersabda Nabi SAWA,”Aku akan mendahului kalian dan akan menjadi
saksi kepada kalian. Demi Allah aku kini melihat Haudhku (telaga di
syurga) dan aku juga telah diberikan kunci kekayaan bumi (atau kunci
bumi). Demi Allah aku tidak khuatir kalian akan mensyirikkan Allah
setelahku, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing untuknya (dunia)” [12].
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 111
Sungguh benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAWA. Mereka telah
bersaing dan berlumba-lumba untuk dunia ini sehingga pedang-pedang
mereka dihunuskan, berperang, dan saling mengkafirkan. Sebahagian
sahabat yang besar menimbunkan emas dan perak. Para ahli sejarah
seperti al-Masu’di di dalam kitabnya Muruj az-Zahab dan Tabari dan
lain-lainya lagi mencatatkan bahawa kekayaan Zubair sahaja mencapai
lima puluh ribu dinar, seribu ekor kuda, seribu orang hamba sahaya dan
sejumlah tanah di Basrah, Kufah, Mesir, dan lain-lain lagi [13]. Dan
Talhah mempunyai kekayaan pertanian di Iraq di mana setiap harinya
menghasilkan seribu dinar, konon lebih dari itu. Abdul Rahman bin Auf
mempunyai seratus ekor kuda, seribu unta, dan sepuluh ribu kambing.
Sesuku dari seperlapan hartanya yang dibahagi-bahagikan kepada
isterinya selepas meninggalnya mencapai lapan puluh empat ribu [14].
Ketika Uthman bin Affan meninggal dunia, beliau telah meninggalkan
sejumlah seratus lima puluh ribu dinar, tidak terhitung binatang
ternakdan tanah-tanah subur tidak terkira. Emas dan perak yang
ditinggalkan oleh Zaid bin Thabit sedemikian banyaknya sehingga harus
dipecahkan dengan kapak. selain dari harta dan tanah yang bernilai
seratus ribu dinar [15].
Demikianlah sebahagian contoh yang dapat kita lihat di dalam sejarah.
Kita tidak bermaksud membahasnya secara terperinci dan cukup sekadar
sebagai bukti betapa mereka tergoda oleh kemewahan dunia dan
kenikmatannya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 112
Pandangan Sahabat Antara Satu Sama Lain
1. Kesaksian Mereka Atas Perubahan Sunnah Nabi
Abu Sai’id al-Khudri berkata,”Pada Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha,
Rasulullah SAWA keluar untuk solat. Setelah itu beliau berdiri
menghadap para hadirin yang masih duduk di saf lalu berkhutbah
menasihati mereka dan mengeluarkan perintahnya”. Abu Sa’id
melanjutkan,”Cara seperti ini terus dilanjutkan oleh para sahabat Nabi
sehinggalah suatu hari aku keluar bersama Marwan yang pada waktu itu
merupakan Gabenor Kota Madinah untuk pergi solat Hari Raya Eidul Fitri
atau Eidul Adha. Ketika kami tiba di tempat solat, Marwan terus naik ke
atas mimbar yang dibuat oleh Kathir bin Shalt. Aku tarik bajunya tetapi
ditolaknya aku. Kemudian beliau berkhutbah sebelum memulakan solat.
Aku katakan kepadanya:”Demi Allah, kalian telah mengubah.”Hai Aba
Sai’d! Telah sirna apa yang engkau ketahui”, jawabnya. Aku katakan
kepadanya:”Demi Allah, apa yang aku tahu adalah lebih baik dari apa yang
tidak aku aku ketahui”. Kemudian Marwan berkata lagi:”Orang-orang ini
tidak akan duduk mendengar khutbah kami setelah solat kerana itu aku
lakukan khutbah sebelumnya” [16].
Aku cuba meneliti gerangan apakah yang menyebabkan sahabat seperti
ini mengubah sunnah Nabi. Akhirnya aku temukan bahawa Bani Umaiyyah
– yang majoritinya sebagai sahabat Nabi – terutama sekali Muawiyah bin
Abu Sufian yang kononnya sebagai Penulis Wahyu, sentiasa memaksa
orang untuk mencaci dan melaknat Ali bin Abi Talib dari atas mimbarmimbar
masjid. Muawiyah menyuruh para pekerjanya di setiap negeri
untuk menjadikannya sebagai suatu “sunnah” (tradisi) yang mesti diikuti
oleh para khatib. Ketika sebahagian sahabat memprotes ketetapan ini,
Muawiyah tidak segan-silu menyuruh mereka dibunuh atau dibakar.
Muawiyah telah membunuh sebahagian sahabat yang sangat terkenal
seperti Hujr bin U’dai berserta para pengikutnya, dan sebahagian lain
dikuburkan hidup-hidup.”Kesalahan” mereka adalah kerana mereka
enggan mengutuk Ali dan memprotes Muawiyah.
Abu A’la al-Maududi di dalam kitabnya al-Khalifah Wal Muluk (Khalifah
dan Kerajaan) menukilkan dari Hasan al-Basri yang berkata,”Ada empat
perkara dalam diri Muawiyah, yang seandainya ada satu sahaja, sudah
cukup untuk mencelakakannya:
1. Dia berkuasa tanpa melakukan sebarang musyawarah sementara
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 113
sahabat-sahabat lain yang merupakan cahaya kemuliaan masih hidup.
2. Dia melantik puteranya sebagai pemimpin setelahnya, padahal
puteranya itu seorang yang pemabuk dan pencandu minuman keras serta
bemain muzik.
3. Dia menganggap Ziyad (Ziyad bin Abihi atau bapanya – seorang anak
zina), padaha Rasulullah SAWA bersabda:”Anak adalah milik bapanya dan
bagi yang melacur dikenakan hukum rejam dengan batu”.
4. Dia membunuh Hujr dan para pengikutnya. Maka celakalah dia kerana
Hujr; maka celakalah dia kerana Hujr dan para pengikut Hujr” [17].
Sebahagian sahabat-sahabat yang Mukmin lari dari masjid setelah
selesai solat kerana tidak mahu mendengar khutbah yang diakhiri dengan
kutukan kepada ali dan keluarganya. Itulah kenapa Bani Umaiyyah
mengubah Sunnah Nabi dengan mendahulukan khutbah sebelum solat agar
yang hadir terpaksa mendengarnya. Nah, sahabat jenis apa ini yang tidak
takut merubah Sunnah Nabinya, bahkan hukum-hukum Allah agar dapat
meraih cita-citanya yang rendah dan mengungkapkan rasa dengkinya yang
sudah terukir. Bagaimana mereka boleh melaknat seorang yang telah
Allah bersihkan dia dari segala dosa dan nista dan diwajibkan oleh Allah
untuk bersalawat kepadanya sebagaimana kepada RasulNya, dan Allah
wajibkan kepada semua manusia untuk mencintainya sehingga Nabi
bersabda:”Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak” [18].
Namun sahabat-sahabat ini telah merubahnya dan berkata: kami telah
dengar tetapi kami tidak mematuhinya; yang sepatutnya mereka
bersalawat kepadanya, mencintainya dan taat patuh kepadanya, tetapi
mereka caci dan melaknatnya sepanjang enam puluh tahun seperti yang
dicatat oleh sejarah. Jika sahabat-sahabat Musa telah berpakat
terhadap Harun dan hampir-hampir membunuhnya “Harunnya”(Alli) dan
mengejar-ngejar anak keturunannya serta para Syiahnya di setiap
tempat dan ruang. Mereka telah hapuskan nama-nama dan bahkan
melarang orang menggunakan nama mereka. Tidak sekadar itu, mereka
juga melaknat dan memaksa para sahabat yang agung untuk melaknat.
Demi Allah, aku berdiri hairan dan terpaku ketika aku baca buku-buku
sahih kita dan apa yang dimuatkannya tentang berbaga hadith yang
menceritakan betapa kecintaan Rasul kepada saudaranya dan anak
pamannya iaitu Ali bin Ali Talib serta pengutamaannya dari sahabatsahabat
yang lain. Sehingga baginda bersabda,”Engkau (wahai Ali) di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 114
sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya sahaja tiada Nabi
selepasku”[19]. Atau sabdanya,”Engkau daripadaku dan aku
daripadamu”[20]. Dan sabdanya lagi,”Mencintai Ali adalah iman dan
membencinya adalah nifak”[21]. Sabdanya,”Aku adalah kota ilmu dan Ali
pintunya”[22]. Dan sabdanya,”Ali adalah wali (pemimpin) selepasku”[23].
Dan sabdanya,”Siapa yang menganggap aku sebaga maulanya
(pemimpinnya), maka Ali adalah maulanya juga. Ya Allah sokonglah mereka
yang mewilanya dan musuhilah mereka yang memusuhinya”[24].
Jika kita ingin menuliskan semua keutamaan Ali yang disabdakan oleh
Nabi SAWA dan diriwayatkan oleh ulama-ulama kita dengan sanadnya
yang sahih, maka ia pasti memerlukan suatu buku tersendiri. Bagaimana
sahabat-sahabat seperti itu pura-pura tidak tahu akan hadith ini, lalu
mencacinya, memusuhinya, melaknatinya dari atas mimbar dan membunuh
atau memerangi mereka?
Aku tidak menemukan sebarang alasan atas tindakan mereka ini
melainkan kerana cinta kepada dunia dan berlumba-lumba kerananya atau
kerana sifat nifak ata berbalik ke belakang dan berpaling dari kebenaran.
Aku juga cuba melemparkan tanggungjawab ini kepada sebahagian
sahabat yang terkenal jahat atau sebahagian orang-orang munafik.
Namun sayang sekali, yang aku temukan adalah para sahabat agung dan
yang terkenal. Orang yang pertama mengancam akan membakar rumahnya
berserta para penghuninya adalah Umar bin Khatab, orang pertama yang
memeranginya adalah Talhah, Zubair, Ummul Mukminin Aisyah binti Abu
Bakar, Muawiyah bin Abu Sufian, dan Amru bin As serta lain-lain lagi.
Saya amat terkejut, dan rasa terkejut saya tidak akan ada
kesudahannya, dan mereka yang berfikiran rasional dan bertanggong
jawab akan bersetuju dengan saya, bagaimanakah agaknya ulama’ Sunni
boleh bersetuju pada kebenaran para sahabat semuanya dan bermohon
kesejahteraan kepada Allah untuk mereka dan berdoa’ untuk mereka
semua tanpa pengecualian, walaupun sebahagian mereka berkata,
“Laknatlah kepada Yazid tetapi jangan berlebihan”.. Tetapi dimana-kah
Yazid diantara segala trajedi ini yang mana tiada agama atau logik boleh
terima? Saya merayu kepada manusia Sunni, jika mereka benar-benar
mengikuti hadith Rasul (saw), agar meninjau hukum Al-Qur’an dan
Sunnah Nabi secara cermat dan seadil-adilnya tentang kefasikan Yazid
dan kekufurannya. Rasulullah (saw) bersabda:” Sesiapa
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 115
yang mencaci Ali, maka dia telah mencaciku, dan sesiapa yang mencaciku,
maka dia mencaci Allah. Dan sesiapa yang mencaci Allah, Allah akan
mencampaknya kedalam neraka” [25].
Demikianlah orang yang orang yang mencaci Ali. Maka, jadi apakah jenis
hukuman bagi mereka yang melaknat dan memeranginya.. Apakah
pendapat ulama’ kita terhadap kesemua kenyataan (fakta) ini, Ataukah
hati mereka telah terkunci rapat?! Katakanlah, ya Allah, lindungilah kami
dari bisikan syaitan dan dari kehadirannya.
1.Para Sahabat Membuat Perubahan juga di Dalam Solat
Anas ibn Malik berkata: Saya tidak mengetahui apa-apa semasa hayat
baginda rasul (saw) lebih baik dari solat. Dia berkata: Tidakkah kamu
kehilangan sesuatu dalam solat?”Al-Zuhri berkata: Saya pergi bertemu
Anas ibn Malik di Damasyik, dan mendapati dia menangis, saya bertanya
kepada dia, “Apa yang membuat kamu menangis?” Dia menjawab, “Aku
telah lupa segala yang aku ketahui melainkan solat ini. Itupun aku telah
sia-siakannya” [26] .
Saya suka untuk menyatakan bahawa bukan para Tabi’in yang merubah
segala sesuatu setelah berlakunya fitnah dan peperangan ini. Di sini ingin
aku nyatakan bahawa orang yang pertama sekali membuat perubahan
didalam Sunnah Rasul Allah (saw) mengenai solat adalah khalifah
Muslimin yang ketika, Uthman bin Affan. Begitu juga Umm al-Mukminin
Aisyah yang terlibat didalam perubahan ini. Al Bukhari dan Muslim,
kedua-duanya menyatakan didalam buku mereka bahawa Rasul Allah (saw)
mengerjakan dua rakaat di Mina, dan Abu Bakar dan Umar serta di masa
awal zaman kekhalifah Uthman. Setelah itu Uthman, yang kemudiannya
mengerjakan solat empat rakaat” [27].
Muslim juga meriwayatkan didalam kitab sahihnya bahawa al-Zuhri
bertanya Urwah, “Mengapa Aisha solat empat rakaat semasa musafir?
Dia menjawab, “Aisyah melakukan takwil sebagaimana yang dilakukan oleh
Uthman” [28]
Umar bin Khatab juga berijtihad dan bertakwil di hadapan nas-nas yang
nyata dari Nabi(saw), dan juga di hadapan nas-nas al-Quran. Sebagaimana
dia pernah mengatakan: Ada dua muta’ah yang diperbolehkan pada
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 116
zaman Nabi, , tetapi sekarang saya menegahnya dan menghukum sesiapa
yang melakukannya (dua muta’ah – muta’ah haji dan muta’ah nikah).
Beliau juga berkata kepada orang yang berjunub tetapi tidak menjumpai
air untuk mandi,”janganlah bersolat”. Walaupun terdapat firman Allah
(awj) didalam surah al-Maidah: 6:…”.Lalu jika kamu tidak menjumpai air,
maka bertayammumlah dengan menggunakan tanah yang bersih”.
Al Bukhari menyatakan didalam kitabnya, didalam bab Idza Khofa al-
Junub A’la Nafsihi (Jika Orang Yang Berjunub Takut Akan Dirinya):”
Saya mendengar Shaqiq ibn Salmah berkata: Saya bersama dengan
Abdullah dan Abu Musa, dan Abu Musa bertanya, “Apa yang kamu kata
kepada seorang yang berjunub tetapi tidak menjumpai air?” Abdullah
menjawab, “Dia tidak boleh bersolat sehingga dia menjumpai air” Abu
Musa kemudian bertanya, “Apa pada fikiran kamu tentang apa yang
dikatakan Rasul Allah (saw) kepada Ammar mengenai masalah yang sama
ini?” Abdullah berkata, ” Untuk sebab itu Umar tidak begitu yakin hati
[dengannya]” Abu Musa berkata, “Lupakan mengenai peristiwa Ammar ini,
tetapi apa yang kamu katakan mengenai dengan ayat Quran?” Abdullah
diam dan tidak menjawab. Kemudian dia menerangkan pendiriannya
dengan berkata, “Jika kita izinkan mereka (melakukan tayammum) ini,
maka setiap kali jika dirasakan sejuk, mereka akan bertayammum
sahaja”. Saya berkata kepada Shaqiq, “Pastinya Abdullah membenci
untuk itu” Dia berkata, “Ya”[29].
III Para Sahabat Membuat Pengakuan Terhadap Diri Mereka Sendiri
Anas ibn Malik berkata bahawa suatu hari Rasul Allah (saw) berkata
kepada kaum Ansar: Kamu akan lihat selepas saya kebahilan yang amat
sangat, tetapi bersabarlah sahingga kamu bertemu Allah danRasulNya di
Telaga Haudh. Anas berkata: Kami tidak sabar [30].
Al-Ala ibn al-Musayyab mendengar ayahnya berkata: Saya bertemu al-
Bara ibn Azib (ra), dan berkata kepadanya, “Berbahagialah bagi kamu,
kerana kamu dapat bersahabat dengan Nabi(saw), dan kamu membaiahnya
di bawah pohon(Bai’ah Takhta Syajarah – Bai’ah Ridhwan)”. Barra
berkata, “Wahai putera saudaraku, kamu tidak mengetahui apa yang
telah kami lakukan selepas ketiadaannya” [31].
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 117
Jika sahabat yang utama, yang terjumlah salah saorang dari As-Sabiqun
al-Awwalin ini, yang pernah yang membai’ah Rasul Allah {saw] dibawah
pohon, dan Allah rela kepada mereka kerana Allah mengetahui apa yang
didalam hati mereka sehingga diberikan ganjaran yang besar, lalu dia
mengaku terhadap dirinya dan sahabat-sahabat lain bahawa mereka telah
melakukan “sesuatu” selepas Nabi, maka bukankah pengakuan ini adalah
satu bukti pengesahan kepada apa yang dikatakan oleh rasul Allah (saw)
terhadap para sahabat yang berpatah kebelakang dan berpaling darinya
selepas wafatnya.
Bagaimana seorang yang berakal, selepas segala pembuktian ini, percaya
kepada keadilan bagi semua para sahabat, sebagaimana yang dilakukan
oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Mereka yang mengatakan demikian jelas telah menyalahi nas dan akal. Ini
bererti hilanglah segala ciri-ciri intelektual yang sepatutnya dijadikan
pegangan di dalam sebuah kajian.
IV Pengakuan Dua Shaykh (Syaikhain) dan Terhadap Diri Mereka Sendiri
Didalam bab bertajuk ,”Manaqib Umar ibn Al-Khattab”, al-Bukhari
menulis didalam bukunya, Apabila Umar ditikam, dia merasa amat sakit
dan Ibn Abbas mahu mententeramkannya, maka dia berkata kepadanya,
“Wahai Amirul Mukminin, jika memang sudah sampai waktunya, bukankah
kamu adalah sahabat Rasulullah yang baik, dan apabila baginda
meninggalkan kamu, dia merasa redha dengan kamu. Kemudian kamu
bersama Abu Bakr, dan kamu adalah sahabat yang baik baginya, dan
apabila dia meninggalkan kamu dia merasa redha dengan kamu. Kemudian
kamu bersama para-para sahabat mereka, dan kamu adalah sahabat yang
baik kepada mereka, dan jika kamu meninggalkan mereka, mereka akan
terus rela kepada kamu.” Kemudian Umar menjawab,” “Adapun tentang
persahabatan dan kerelaan Rasulullah yang engkau sentuh tadi, maka itu
adalah anugerah yang Allah telah berikan kepadaku. Adapun
persahabatan dan kerelaan Abu Bakr dan, itu adalah anugerah dari Allah
(awj) telah dikurniakan kepada saya. Tetapi sebabnya kamu melihat dari
rasa takutku adalah kerana kamu dan para sahabat kamu. Demi Allah, jika
saya mempunyai segunung emas didunia ini, maka aku akan korbankan
untuk menebus diriku dari azab Allah (awj) sebelum aku bertemuNya”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 118
[32].
Sejarah juga mencatatkan beliau pernah di katakan sebagai telah
berkata seperti berikutnya:, “Oh alangkah baiknya jika aku hanyalah
seekor kambing keluargaku. Mereka tentu akan mengemukkan aku kepada
tahap yang mereka suka. Mereka hiriskan sebahagian dariku dan
dipanggangnya sebahagian yang lain. Kemudian mereka tentu akan
memakanku, dan akhirnya dikeluarkan pula sebagai najis. Oh kalaulah aku
menjadi seperti itu dan tidak menjadi manusia” [33]
Nampaknya Abu Bakr juga menyatakan perkara yang sama seperti yang
diatas. Ketika dia melihat seekor burung yang hinggap diatas pokok,
kemudian berkata, “Berbahagialah kamu burung….kamu memakan buahbuahan,
dan kamu hinggap di atas pokok tanpa ada hisab dan balasan. Aku
lebih sukan kalau aku ini adalah sebatang pohon yang tumbuh di tepi
jalan. Lalu seekor unta berjalan di sana, dan memakanku, kemudian aku
dikeluarkannya pula dan tidak menjadi seorang manusia” [34]. Dia juga
berkata, “Oh kalaulah ibuku tidak melahirkanku…Oh kalaulah aku adalah
hanya sebiji pasir dari satu batu-bata” [35].
Dan ini adalah firman Allah yang memberi khabar gembira kepada hambahambaNya
yang Mukmin: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah, tiada
ketakutan terhadap mereka, dan tiada pula mereka berdukacita. Mereka
yang beriman dan bertakwa. Untuk mereka khabar gembira waktu hidup
di dunia dan di akhirat, tiada bertukar-tukar kalimah (jani-janji) Allah,
demikian itu adalah kemenangan yang besar” [10:62 – 64]
Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan
kami adalah Allah, kemudian mereka dijalan yang lurus, para malaikat
turun kepada mereka berkata: Janganlah takut dan berdukacita, dan
terimalah khabar gembira dengan taman [syurga] yang telah dijanjikan.
Kami adalah wali-wali kamu didunia ini dan diakhirat, dan untukmu di sana
apa-apa yang dihajati oleh jiwamu dan apa-apa yang kamu minta. Sebagai
pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
[41:30 – 32]
Mana boleh dengan dua shaykh ini, Abu Bakr dan Umar, berangan-angan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 119
untuk tidak menjadi manusia, yang mana Allah telah muliakan dan
meletaknya diatas segala makhluk-makhluk yang lain? Walaupun
berimannya seorang Mukmin awam, yang beristiqamah dijalan yang lurus
semasa hayatnya, menerima kedatangan malaikat untuk memberitahu dia
khabar gembira mengenai tempatnya di syurga, dan bahawa dia tidak
perlu takut akan siksaan Allah, atau berdukacita mengenai peninggalannya
didalam hidup, dan bahawa dia mendapat khabar gembira sedang dia
didalam hidup ini sebelum sampai kepada hidupan akhirat. Jadi bagaimana
boleh terjadi pada sahabat yang agung, kejadian yang terbaik selepas
rasul Allah (saw) [sebagaimana kita telah diajari], berangan-angan ingin
menjadi najis, ataupun sehelai rambut atau sebiji pasir?, Seandainya
apabila malaikat telah memberi mereka khabar gembira yang mereka
akan memasuki syurga maka mereka tentu tidak mengharap untuk
memiliki segala emas didunia untuk menebus diri dari siksaan Allah
sebelum menemuiNya.
Allah (awj) berfirman: “Kalau tiap-tiap jiwa yang telah melakukan
ketidakadilan [kezaliman] mempunyai segala-gala yang dibumi ini, dan
memberikannya sebagai tebusan, dan mereka akan meyatakan kekesalan
apabila mereka menyasikan siksaan, dan perkara itu akan ditentukan
diantara mereka dengan keadilan dan mereka tidak akan dianiaya. [10:54]
Allah juga berfirman, “Dan telah dipunyai oleh mereka yang zalim
segalanya yang didunia ini, serta ditambah lagi yang sebanyaknya, mereka
tentunya menawarkan sebagai tebusan {supaya terselamat] dari
kekejaman siksaan pada hari kebangkitan: dan apa yang tiada mereka
fikirkan akan menjadi nyata kepada mereka dari Allah. Dan segala
kejahatan yang telah mereka lakukan akan menjadi nyata kepada mereka,
dan perkara-perkara yang mereka olok-olokkan akan mengelilingi
mereka.” [39:47 – 48]
Aku berharap dengan ikhlas bahawa ayat-ayat Quran ini tidak melibatkan
sahabat besar seperti Abu Bakr al-Saddiq dan Umar al-Faruq…Tetapi aku
kadang-kadang terjebak dengan adanya nas-nas seperti ini. Itulah kenapa
aku dapat melihat beberapa aspek yang menarik tentang pertalian
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 120
mereka dengan Rasul Allah (saw). Namun di situ jug aku dihadapkan
dengan sikap mereka yang enggan melaksanakan perintah-perintah
baginda, khususnya disaat-saat akhir hayat usia baginda yang barakah
itu, telah membuat baginda amat marah sahingga baginda mengusir
mereka semua keluar dari kamarnya. Aku juga teringat rantaian peristiwa
yang berlaku selepas pemergian baginda serta sikap mereka yang
menganggu puteri baginda Fatimah al-Zahra. Sedangkan Nabi (saw)
berkata: “Fatimah adalah sebahagian dari aku, sesiapa yang membuat dia
marah, bermakna dia telah menyebabkan aku marah” [36].
Fatimah pernah berkata kepada Abu Bakr dan Umar: Aku minta
persaksian dari Allah (awj) kepada kamu berdua, tidakkah kamu
mendengar rasul Allah (saw) berkata: Keredhaan Fatimah adalah
keredhaanku, dan kemarahan Fatimah adalah kemarahanku, dan siapa
yang mencintai anakku Fatimah mencintaiku, dan siapa yang mencintai
Fatimah, maka dia telah mencintaiku, siapa yang membuat Fatimah rela
maka dia telah membuatkanku rela, dan siapa yang membuat Fatimah
marah, maka dia telah membuatku marah”. Mereka berkata, “Ya, kami
mendengarnya dari rasul Allah (saw)” Kemudian Fatimah berkata,
“Sungguh, aku minta persaksian Allah dan malaikat-malaikatNya, bahawa
kamu telah membuatkan aku marah, dan tidak rela, dan jika aku bertemu
rasul Allah (saw) aku akan mengadu kepada baginda mengenai kamu” [37].
Biar kita tinggalkan cerita yang trajik ini sementara waktu, tetapi Ibn
Qutaybah, yang dianggap sebagai ulama’ sunni yang agung, dan yang
terkemuka dalam berbagai ilmu pengetahuan, dan menulis banyak buku
sama ada tafsir al-Quran, hadith, bahasa, nahu, dan sejarah. Mungkin
belia juga telah bertukar menjadi Shiah, sebagaimana sesaorang yang aku
kenali pernah berkata apabila aku menunjukkan kepada dia buku Ibn
Qutaybah, “Tarikh al-Khulafa”.
Inilah hanyalah sekadar alasan yang dicari-cari oleh ulama’ kita apabila
mereka harus mengakui fakta-fakta tersebut.Begitu juga al-Tabari
adalah Shiah, dan al-Nasa’i, yang menulis buku mengenai berbagai aspek
Imam Ali adalah Shiah dan Taha Husayn saorang ulama’ yang menulis “Al-
Fitnah al-Kubra” dan menyebut di sana hadith-hadith al-Ghadir serta
mengakui kebenaran-kebenaran yang lain juga dikatakan telah mengikut
Shiah.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 121
Yang sebenarnya adalah, mereka semuanya ini bukanlah Shiah, dan
apabila mereka mengatakan mengenai Shiah, mereka akan mengatakan
segala perkara yang buruk mengenainya, dan mereka membela keadilan
para sahabat dengan segala yang terdaya. Tetapi yang sebenarnya
bahawa apabila sesaorang menyebut kemuliaan Ali ibn Abi Talib, dan
mengaku kesalahan yang dilakukan oleh sahabat yang agung, tiba-tiba
kita tuduh mereka telah bertukar menjadi Shiah. Cukuplah apabila kamu
berkata di hadapan mereka salawat Nabi yang diiringi dengan Wa Alaihi
atau menyebutkan asaihissalam kepada Imam Ali, maka kamu akan dicop
sebagai Shiah. Dengan kedudukan yang begitu, suatu hari, semasa
perbahasan, aku bertanya kepada saorang ulama’ kita, “Apa pendapat
kamu terhadap al-Bukhari?” Dia berkata, “Dia adalah seorang yang
terkemuka didalam hadith dan kami terima bukunya sebagai paling sahih
[betul] selepas kitab Allah, sebagaimana yang dipersetujui oleh semua
ulama’” Aku berkata kepadanya, “Dia adalah Shiah” Dia tertawa dan
berkata, “Jauh sekali Imam Bukhari akan jadi Shiah”. Aku berkata,
“Tidakkah anda yang berkata bahawa sesiapa yang berkata Ali,
alaihissalam diatasnya, adalah seorang Shiah?” Dia berkata, “Ya” Lalu aku
tunjukkan kepadanya dan orang-orang yang bersamanya buku al-Bukhari,
dan dibanyak tempat, apabila nama Ali dan Husayn bin Ali muncul, dia
menulis “Alaihissalam” begitu juga dengan nama Fatimah puteri Nabi dia
menyebutkan Alaihassalam [38]. Dia sangat terkejut dan tidak tahu apa
yang hendak dikatakan.
Mari kita kembali kepada insiden yang dinyatakan oleh Ibn Qutaybah
dalam mana Fatimah dikatakan telah marah pada Abu Bakar dan Umar.
Jika akumeragui kesahihan cerita ini, maka aku tidak boleh meragui
kesahihan buku al-Bukhari, yang kita terima sebagai buku yang benar
selepas kitab Allah. Setelah kita sanggup menerima bahawa ianya adalah
betul, maka Shia mempunyai hak untuk menggunakannya didalam protes
mereka terhadap kita dan memaksa kita kepada apa yang kita janjikan,
ini adalah adil bagi mereka yang rasioanal untuk menerimanya.
Didalam bukunya al-Bukhari menulis didalam bab bertajuk “Keistimewaan
Kerabat Nabi” sebagai berikut: Rasul Allah (saw) bersabda:”Fatimah
adalah sebahagian dari aku, dan sesiapa membuatnya marah,maka dia
telah membuatku marah.” Begitu juga dibab mengenai “Ghazwah
Khaybar” dia menulis: Mengikut pada Aishah, Fatimah (as), puteri
Nabi(saw), menghantar seorang utusan kepada Abu Bakar meminta hak
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 122
pusakanya dari pewarisan Nabi(saw). Abu Bakar enggan untuk memberi
Fatimah (as) walau sedikit sekalipun. Fatimah menjadi amat marah
kepada Abu Bakar dan meninggalkan dia dan tidak pernah bercakap
kepadanya sahinggalah beliau meninggal dunia [39].
Rumusannya, natijahnya adalah satu, al-Bukhari menyatakannya secara
ringkas dan Ibn Qutaybah berkata mengenainya secara khusus, dan inilah
dia: Rasul Allah (saw) marah apabila Fatimah menjadi marah, dan baginda
rela, apabila Fatimah rela, dan bahawa beliau meninggal dunia sedangkan
beliau masih marah dengan Abu Bakr dan Umar.
Jika al-Bukhari berkata: Fatimah meninggal sedangkan beliau masih
dalam keadaan marah kepada Abu Bakar, dan sehingga ajalnya beliau
tidak bercakap dengan Abu Bakar, maka kalimah riwayat Bukhari ini sama
maknanya dengan riwayat Ibnu Qutaibah di atas. Dan jika Fatimah
adalah, “Penghulu Wanita Alam Semesta (Saidati-Nisa Fil-‘Alamin)”
sebagaimana dikatakan oleh al-Bukhari didalam bahagian al-Isti’dzan, dan
jika Fatimah adalah wanita yang seorang dari ummat ini yang dibersihkan
dari segala dosa dan disucikankan sebersih-bersihnya, maka itu bermakna
bahawa sikap kemarahan beliau tentunya adalah kebenaran semata-mata.
Itulah kenapa Allah dan pesuruhNya menjadi marah oleh kemarahan
beliau. Oleh kerana itu Abu Bakr berkata, “Aku berlindung kepada Allah
dari kemurkaanNya dan kemurkaanmu wahai Fatimah”. Kemudian Abu
Bakr menangis tersedu-sedu sehingga dadanya sesak. Fatimah juga
berkata: “Demi Allah, aku akan memohon keburukanmu di dalam setiap
doa yang aku panjatkam setelah solat”. Kemudian Abu Bakr keluar sambil
menangis dan berkata: “Saya tidak perlu dengar bai’ah kalian dan
lepaskanlah aku dari bai’ah kalian” [40].
Kebanyakkan ahli sejarah dan ulama’ kita mengakui bahawa Fatimah (as)
telah mendakwa Abu Bakr di dalam banyak kes, seperti kes harta pusaka,
bahagian hak kerabat Nabi, tetapi tuntutan beliau ditolak, dan beliau
meninggal dengan perasaan marah kepadanya. Bagaimana pun, ulama kita
kelihatan melepaskan insiden-insiden ini tanpa mempunyai keinginan untuk
memperkatakannya dengan lebih khusus lagi, alasannya seperti biasa
supaya mereka dapat menjaga kemuliaan Abu Bakar.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 123
Satu perkara yang pelik yang telah aku baca mengenai cerita ini, adalah
apa yang seorang pengarang katakan setelah dia menceritakan secara
agak khusus [mendalam] insiden ini: Jauh sekali, bahawa Fatimah
membuat tuntutan kepada sesuatu yang bukan haknya, dan jauh sekali
Abu Bakr akan melarang Fatimah dari haknya”. Penulis itu beranggapan
bahawa melalui kenyataan-kenyataan yang lemah itu, dia dapat
menyelesaikan masaalah ini dan meyakinkan para penyelidik. Dia kelihatan
seperti berkata sesuatu yang serupa dengan yang berikut: Jauh sekali
Al-Qur’an akan berkata sesuatu yang bukan hak atau jauh sekali Bani
Israel akan menyembah anak lembu.
Kita telah dihantui oleh ulama’ yang mengatakan sesuatu yang mereka
sendiri tidak fahami atau mempercayai sesuatu yang kontradiktif
(bertentangan). Dalam kes ini Fatimah menuntut dan Abu Bakr menolak
tuntutan beliau, jadi sama ada beliau adalah seorang yang penipu –
ampunan Allah – atau Abu Bakr berlaku zalim terhadapnya. Tidak ada
penyelesaian yang ketiga untuk kes ini, sebagaimana sebahagian dari
ulama’ kita mahukan. Jika kemungkinan Fatimah Berbohong adalah
tertolak, kerana oleh pengesahan dari ayahnya didalam kata-kata
baginda: “Fatimah adalah sebahagian dariku, dan sesiapa saja yang
mengganggunya, bermakna menggangguku”. Dari itu, sesiapa yang
berbohong tidak berhak menerima sabda Nabi seperti ini; dan hadith ini
sendiri adalah bukti kemaksumannya dari bercakap dusta dan dari segala
perbuatan yang munkar sebagaimana ayat Tathir yang diturunkan
untuknya, suaminya, dan dua orang puteranya dengan persaksian dari
Aisyah [41] juga sebagai bukti akan kemaksumannya. Jika ini tertolak
maka tiada lagi jawapan lagi bagi orang yang berfikiran rasional kecuali
harus menerima kenyataan bahawa beliau telah dizalimi, dan sikap
menolak dakwaannya ini adalah perkara yang mudah bagi mereka yang
berani hatta membakar rumahnya, jika orang-orang yang enggan
memberikan bai’ah tidak keluar dari rumahnya [42]. Itulah kenapa
Fatimah AS tidak memberikan izin kepada Abu Bakar dan Umar masuk ke
rumahnya. dan ketika Ali membawa mereka masuk, Fatimah juga
memalingkan wajahnya dan tidak mahu melihat mereka berdua [43].
Fatimah telah meninggal dunia, dan berdasarkan wasiatnya, beliau
dikuburkan secara rahsia, dan pada malam hari, supaya tiada seorang pun
dari mereka dapat hadir diperkebumian beliau [44] dan sehingga kehari
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 124
ini, pusara anak perempuan Rasul Allah (saw) tidak diketahui.
Aku sangat suka untuk bertanya mengapa ulama’ kita diam membisu
terhadap fakta ini, dan keberatan untuk melihat kedalamnya, atau pun
untuk menyebutnya. Mereka memberi kita gambaran bahawa para
sahabat adalah seperti malaikat suci dan tidak mempunyai dosa, dan
apabila kamu bertanya mereka mengapa khalifah Uthman boleh
terbunuh? Maka, mereka akan menjawab: bahawa penduduk Mesirlah -
orang-orang kafir – yang membunuhnya, maka tamatlah perkara itu
dengan dua kalimah itu sahaja.
Apabila saya mendapat peluang untuk membuat penyelidikan di dalam
sejarah, saya dapati bahawa tokoh-tokoh utama disebalik pembunuhan
Uthman adalah para sahabat itu sendiri, dan bahawa Aisyah yang
menyeru pembunuhanya di khalayak ramai.Aisyah berkata: “Bunuh Na’thal
[orang tua yang keras kepala] itu. Ia telah kafir” [45]. Di sana kita
mengetahui bahawa Talhah, al-Zubayr, Muhammad ibn Abi Bakr dan para
sahabat yang terkenal lainnya mengepong dia didalam rumah dan
menghalang dia dari mengambil air minuman, supaya mereka dapat
memaksanya untuk meletak jawatan. Lebih lagi, para sejarah menyatakan
bahawa mereka tidak membenarkan mayatnya ditanam di perkuburan
kaum Muslimin, dan akhirnya dia ditanam di “Hashsh Kawkab” tanpa
dimandikan atau dikafankan. Subhanallah. Bagaimana mereka boleh
mengatakan kepada kita bahawa dia dibunuh secara zalim, dan bahawa
mereka yang membunuhnya bukan Muslim.
Ini satu lagi kes yang sama dengan permasalahan Fatimah dan Abu Bakr:
Sama ada Uthman dilayan secara zalim, maka kita boleh menjatuhkan
hukuman kepada para sahabat yang membunuh dia atau mereka yang
mengambil bahagian di dalam pembunuhan itu bahawa mereka adalah
penjenayah yang jahat kerana mereka membunuh khalifah kaum Muslimin
dengan penuh kezaliman dan permusuhan, bahkan membaling batu keatas
jenazahnya, sehingga Uthman dizalimi ketika hidupnya dan setelah
matinya. Atau pun para sahabat telah menghalalkan darahnya kerana dia
telah melakukan berbagai tindakan yang bercanggah dengan Islam,
sebagaimana punca sejarah mengatakan kepada kita. Tidak terdapat
kemungkinan ketiga, melainkan kita menolak fakta sejarah dan menerima
gambaran yang salah bahawa orang-orang “kafir” Mesir yang membunuh
Uthman. Didalam kedua-dua kes ini terdapat penolakkan yang total pada
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 125
kepercayaan umum bahawa para sahabat adalah adil dan benar, tanpa
pengecualian, kerana sama ada Uthman yang bersalah atau pembunuhnya
yang bersalah, tetapi kesemuanya adalah para sahabat, maka andaian kita
ditolak [salah]. Jadi kita hanya tinggal dengan andaian dari pengikut Ahl
al-Bayt, dan bahawa sebahagian para sahabat adalah adil, dan bukan
kesemuanya.
Kita boleh bertanya beberapa soalan mengenai peperangan al-Jamal, yang
telah dimulakan oleh Umm al-Mukminin Aishah, yang memainkan peranan
utama didalamnya. Bagaimana boleh Umm al-Mumineen Aishah
meninggalkan rumahnya yang mana Allah (awj) telah mengarahkannya
untuk tinggal didalamnya. Firman Allah:” Tetaplah kamu didalam rumah
dan janganlah kamu berhias seperti perempuan jahiliyah” [33:33]
Kita juga boleh bertanya, atas hak apa Aishah membolehkan dirinya
mengistiharkan perang dengan khalifah Muslim, Ali ibn Abi Talib?
Bukankah beliau Wali (pemimpin) bagi orang-orang Mukmin dan
Mukminah? Seperti biasa, ulama’ kita, dengan mudah menjawab bahawa
dia tidak suka kepada Imam Ali kerana dia menasihatkan rasul Allah
(saw) untuk menceraikannya di dalam peristiwa al-Ifk. Kelihatan seperti
mereka-mereka ini cuba untuk meyakinkan kita bahawa insiden itu adalah
alasan yang mencukupi untuk dia melanggar perintah Tuhannya dan
suaminya Rasul Allah (saw). Dia menunggang unta, bahawa rasul Allah
(saw) telah melarangnya dari menunggang dan mengingatkannya mengenai
salakkan anjing al-Haw’ab [46]. Aishah telah membuat perjalanan yang
jauh, dari al-Medinah ke Mekah kemudian ke Basrah, hanya untuk
memerangi Amirul Mukminin dan sahabat-sahabat lain yang
membai’ahnya, dan menyebabkan kematian ribuan orang Islam, seperti
yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah [47]. Dia melakukan ini semua
kerana dia tidak suka kepada Ali kerana menasihatkan rasul untuk
menceraikannya. Bagaimana pun rasul tidak menceraikannya, jadi mengapa
sampai begini sekali kebenciannya terhadap Imam Ali?
Sejarah telah merakamkan beberapa tindakkan agressifnya terhadap Ali
yang tidak dapat diterangkan dan ini adalah sebahagian darinya. Apabila
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 126
dia {Aisha] sedang dalam perjalanan pulang dari Mekah, Aishah telah
diberitahu bahawa Uthman telah dibunuh, maka dia merasa gembira,
tetapi apabila dia mengetahui bahawa mereka telah melantik Ali sebagai
pengganti, dia menjadi amat marah dan berkata: “Bawa saya kembali”
Makanya dia telah memulakan perang saudara terhadap Ali, yang mana
nama beliau dia tidak suka untuk menyebutnya, sebagaimana dipersetujui
oleh kebanyakkan ahli sejarah.
Tidak terdengar ke Aisha kata-kata rasul Allah (saw): Mencintai Ali
adalah beriman, dan membencinya adalah (tanda) nifaq (munafik)? [48]
Sehinggakan bahawa sebahagian para sahabat pernah berkata: “Kami
mengenali mereka yang munafik dengan kebencian mereka terhadap Ali”
Tidakkah Aisha pernah mendengar kata-kata rasul Allah (saw): Sesiapa
yang menerima aku sebagai pemimpin (wali) mereka, maka Ali adalah
pemimpin mereka? Sudah tentu dia mendengar itu semua, tetapi dia tidak
menyukainya, dan dia tidak suka untuk menyebut namanya, dan apabila dia
mengetahui kematian beliau [Ali] dia sujud dan bersyukur kepada Allah
[49].
Biarlah kita tinggalkan semua ini, kerana aku tidak mahu membincang
riwayat hidup Umm al-Mumineen Aishah, tetapi saya telah cuba untuk
menunjukkan beberapa ramai para sahabat yang melanggar asas-asas
Islam dan melangar perintah rasul Allah (saw) dan mencukupilah untuk
menyatakan insiden yang berikutnya yang berlaku kepada Aishah semasa
perang saudara, dan yang mana telah disahkan oleh semua ahli sejarah
dan sebagai bukti kuat atas kesimpulanku.
Telah dikatakan bahawa apabila Aishah melalui pinggir air al-Hawab dan
mendengar salakkan anjing, dia teringat akan peringatan dari
suaminya,Rasul Allah (saw), dan bagaimana dia menghalangnya dari
menjadi penyebab kepada peperangan “al-Jamal” Dia menangis, dan
kemudian berkata, “Bawalah aku pulang, bawalah aku pulang!” Tetapi
Talhah dan al-Zubayr membawa lima puluh orang dan meminta mereka
bersumpah bahawa tempat air itu bukanlah al-Hawab. Kemudian dia
menyambung perjalanan sehingga sampai ke Basrah. Kebanyakkan ahli
sejarah mempercayai bahawa mereka yang lima puluh orang itu adalah
yang pertama didalam sejarah Islam memberi kesaksian palsu [50].
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 127
Wahai orang-orang yang berfikiran cerdik, tunjukkan kepada kami
bagaimana caranya menyelesaikan kemusykilan ini? Adakah ini benarbenar
para sahabat yang agung, yang kita selalu menghukum mereka
sebagai orang-orang yang adil bahkan mengatakannya bahawa mereka
adalah manusia yang paling mulia selepas Rasul Allah (saw) namun mereka
memberi kesaksian palsu, sedangkan Rasul Allah menganggapnya sebagai
sebahagian dari dosa-dosa yang besar yang boleh membawa ke neraka.
Soalan yang sama timbul lagi. Siapa yang benar dan siapa yang salah?
Sama ada Ali dan pengikut-pengikutnya yang salah, atau Aishah dan
pengikutnya dan Talhah dan al-Zubayr dan pengikutnya yang salah. Tidak
terdapat kemungkinan yang ketiga. Tetapi saya tidak mempunyai
keraguan bahawa penyelidik yang adil akan memihak kepada Ali yang
(disabdakan oleh Nabi) sentiasa bersama kebenaran, dan cuba mematikan
fitnah yang dinyalakan oleh Umm Mukminin Aishah dan dan pengikutnya
yang menyebabkan peperangan saudara yang telah menghancurkan
ummah, dan meninggalkan kesan yang trajik hingga kehari ini.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, dan untuk kepuasan diriku, aku
sertakan riwayat-riwayat berikut: al-Bukhari telah meriwayatkan didalam
kitabnya dalam Bab al-Fitnah, fasal al-Fitnah Allati Tamuju Kamauji al-
Bahri (Fitnah Yang Mengamuk Seperti Gelombang Lautan), riwayat
seperti berikut: Apabila Talhah, al-Zubayr dan Aishah pergi ke Basrah,
Ali menghantar Ammar ibn Yasir dan al-Hasan ibn Ali ke Kufah.
Setibanya mereka disana, mereka terus kemasjid dan berkata kepada
para jamaah, dan kami mendengar Ammar berkata: Aishah telah pergi ke
Basrah….dan demi Allah, dia adalah isteri rasul kamu didalam dunia ini
dan juga diakhirat, tetapi Allah (awj) sedang menguji kamu agar Dia tahu
kepada Alikah kalian akan taati, ataukah kepada Aisyah?[51]
Juga Bukhari meriwayatkan di dalam Bab as-Syurut fasal Ma Ja Fi Buyut
Azwaj an-Nabi(Apa Yang Berlaku Di Rumah Isteri-isteri Nabi):” Suatu
ketika Nabi (saw) sedang berucap, dan baginda menunjukkan kerumah
dimana Aishah tinggal, dan baginda berkata: Di sinilah fitnah, di sinilah
fitnah, di sinilah fitnah dari mana munculnya tanduk syaitan” [52].
Al-Bukhari banyak menulis perkara yang aneh mengenai Aisha dan tabiat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 128
buruknya terhadap rasul, sahinggakan bahawa ayahnya telah memukulnya
sahingga berdarah. Dia juga menulis mengenai tuntutannya terhadap nabi
sahingga Allah mengugutnya dengan penceraian dan digantikan dengan
isteri yang lain yang lebih baik dan terdapat banyak lagi cerita-cerita lain
yang akan memakan ruang yang panjang jika dijelaskan.
Selepas itu semua saya bertanya kenapa Aishah berhak mendapat segala
penghormatan dari Sunni; adakah kerana dia isteri rasul? Tetapi baginda
mempunyai isteri yang ramai, dan sebahagian mereka lebih utama dari
Aishah, sebagaimana yang dikatakan oleh rasul sendiri [53] Atau mungkin
kerana dia adalah anak perempuan Abu Bakar! Atau mungkin kerana dia
memainkan peranan yang penting didalam penafian wasiat rasul untuk Ali,
dan apabila dia diberitahu bahawa Nabi telah berwasiat kepada Ali, dia
berkata, “Siapa yang berkata begitu? Aku yang bersama rasul (saw)
memangku kepala baginda di dadaku. Kemudian baginda meminta talam,
semasa aku tunduk baginda meninggal, tanpa aku rasakan apa-apa.Jadi
aku tidak nampak bagaimana dikatakan bahawa Nabi telah berwasiat
kepada Ali?[54]. Atau adakah kerana dia melancarkan peperangan yang
habis-habisan terhadap Ali dan anak-anaknya sesudah beliau [Ali], dan
sehingga menghalang perarakkan jenazah al-Hasan – penghulu pemuda
disyurga – dan melarang persemadian beliau disebelah datuknya,Rasul
Allah dan berkata: “Jangan izinkan sesiapa yang aku tidak suka untuk
memasuki rumahku”.
Entahlah apakah Dia [Aisha] terlupa, atau mengabaikan kata-kata rasul
Allah (saw) mengenai Hasan dan saudaranya: “Allah akan suka kepada
orang yang menyukai keduanya, dan membenci orang yang membenci
keduanya” atau kata-kata baginda: “Aku berperang dengan mereka yang
berperang dengan kamu, dan aku berdamai dengan mereka yang berdamai
dengan kamu”. Dan terdapat banyak lagi sabda-sabdanya yang lain.
Betapa tidak bukankah mereka berdua adalah bunga yang harumnya
semerbak bagi umat ini?
Tidak menghairan sebelumnya dia [Aisha] mendengar banyak lagi katakata
pada penghormatan Ali; walaupun terdapat peringatan dari rasul, dia
telah bertekad untuk memerangi beliau dan memisahkan manusia darinya
serta mengingkari segala keutamaan-keutamaannya. Kerana itulah, bani
Umaiyyah mengasihi dia dan meletakkannya ditempat yang tinggi dan
memuatkan buku-buku dengan kemuliannya dan menjadikannya marja’
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 129
(pakar rujuk) pada ummat Islam kerana dia memiliki setengah dari agama.
Mungkin mereka memberi setengah lagi agama kepada Abu Hurayrah,
yang memberitahu mereka apa yang mereka inginkan. Lantaran itu maka
Abu Hurayrah mereka letakkan sebagai orang dekat, mereka memberikan
kepadanya kekuasaan sebagai gabenor al-Madinah, mereka memberi dia
istana al-Aqiq dan memberi dia gelaran “Rawiat al-Islam(Perawi Islam)”.
Dengan demikian dia memudahkan BaniUmayyah untuk membentuk agama
yang baru yang sempurna, yang tidak memiliki apa-apa dari Kitab Allah
dan Sunnah Rasul melainkan yang sesuai dengan kehendak dan nafsu
mereka dan yang dapat menguatkan kerajaan dan kekuasaan mereka
sahaja.
Agama yang sedemikian sangat sesuai jika dikatakan sebagai bahan
mainan dan olok-olok sahaja yang penuh dengan khurafat dan
kontradiksi.Makanya kebanyakkan dari fakta kebenaran telah lenyap
berkubur dan digantikan dengan kebatilan. Kemudian mereka memaksa
mereka [manusia] atau menggelabui orang ramai dengan cara keagamaan
mereka sehingga agama Allah yang sejati tiada nilai, tiada siapa yang
takut kepada Allah sebagaimana mereka takut kepada Muawiyah.
Apabila kita bertanya kepada sebahagian ulama’ mengenai peperangan
Muawiah menentang Ali, yang telah dipersetujui oleh al-Muhajireen dan
al-Ansar, peperangan yang membawa perpecahan Islam kepada Sunni dan
Shiah dan telah meninggalkan bekas sehingga kehari ini, dengan senang
mereka menjawab dengan berkata: “Ali dan Muawiyah keduanya adalah
para sahabat yang baik, dan keduanya berijtihad secara mereka sendiri.
Bagaimana pun Ali adalah benar, makanya dia berhak dengan dua
ganjaran, tetapi Muawiyah telah tersalah, makanya dia menerima satu
ganjaran. Ianya tidaklah didalam kuasa kita untuk menghukum mereka
atau menyebelahi mereka, Allah (awj) berfirman: Demikian itulah suatu
ummat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang telah diushakan dan
untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang
apa-apa yang mereka kerjakan. [2:134]
Sungguh mengecewakan, kita telah diberikan dengan jawapan yang sangat
lemah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras atau pun agama,
ataupun syarak. Ya Allah, aku bersihkan diri dari pendapat yang salah dan
nafsu yang terjerat. Saya bermohon kepada Engkau untuk melindungi
saya dari bisikan syaitan dan kehadirannya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 130
Bagaimana fikiran yang waras boleh menerima bahawa Muawiyah telah
berkerja keras untuk berijtihad, dan tersalah memberinya satu pahala
kerana tindakannya menentang Imam bagi sekelian kaum Muslimin, dan
kerana pembunuhannya terhadap orang-orang Mukmin yang tidak
bersalah, serta perlakuan jenayah yang lain yang tidak terhitung
banyaknya yang telah dilakukannya? Dia telah dikenali oleh para sejarah
dengan cara pembunuhannya terhadap lawannya dengan cara yang
tersendiri yang sangat terkenal melalui memberi mereka makan madu
yang mengandungi racun, dan dia pernah berkata, “Allah mempunyai bala
tentera yang dari madu”.
Bagaimana mereka ini menghukumnya sebagai seorang yang berijtihad,
dan tersalah, padahal dia adalah seorang ketua kelompok baghi (kelompok
yang memerangi kaum Muslimin yang sah).Terdapat satu hadith rasul
yang masyhur, dan kebanyakkan ulama’ bersetuju tentang kesahihannya,
“Berbahagialah bagi Ammar…….dia akan dibunuh oleh kumpulan yang
baghi”. Dan beliau dibunuh oleh Muawiyah dan pengikutnya.
Bagaimana mereka boleh menghukumkan Muawiyah berijtiihad, apabila
dia membunuh Hijr Ibn Adi dan sahabat-sahabatnya dan menanam
mereka di kawasan sampah di padang pasir Syam kerana mereka enggan
mencerca Ali ibn Abi Talib? Bagaimana mereka boleh menghukumkan dia
sebagai sahabat yang adil apabila dia membunuh al-Hasan, pemimpin
pemuda disyurga, dengan meracuni beliau?
Bagaimana mereka menghukumkan dia sebagai bersih setelah dia
memaksa ummat ini untuk membai’ahnya sebagai khalifah dan membai’ah
anaknya yang rosak akhlak Yazid al-Fasik sebagai pengantinya, dan
menukar sistem shura kepada sistem kerajaan bercorak dinasti
keturunan [55].
Bagaimana mereka menghukumkan Muawiyah telah berijthiad dan
memberinya satu pahala, setelah dia memaksa kepada manusia untuk
mencerca Ali dan Ahl al-Bayt dari setiap mimbar.Dia telah membunuh
para sahabat yang enggan melakukannya, dan menjadikan cercaan kepada
Ali sebagai satu sunnah? Fala Huwl Quwwata Illa Billah al-A’li al-A’zim.
Persoalan ini timbul lagi dan akan timbul lagi seterusnya. Kumpulan mana
yang benar dan kumpulan mana yang salah? Sama ada Ali dan syiahnya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 131
sebagai orang-orang yang zalim dan di pihak yang salah atau Muawiyah
dan pengikutnya yang salah, dan Rasul Allah (saw) telah menerangkan
segala sesuatu di sana.Dalam kedua-dua kes ini, kenyataan tentang
keadilan kepada semua para sahabat tanpa kecuali adalah perkara yang
mustahil dan bertentangan dengan akal yang sihat.
Terdapat banyak contoh di dalam setiap pandangan di atas, dan jika aku
mahu menuliskan secara terperinci, maka saya akan memerlukan berjilidjilid
buku banyaknya. Tetapi saya mahu ringkaskan didalam pengajian ini,
maka saya nyatakan beberapa contoh saja, tetapi syukur kepada Allah,
kerana ianya mencukupi untuk mematahkan kepercayaan-kepercayan
orang-orang sekitarku yang telah membekukan fikiranku untuk sekian
lama, dan menghalang aku dari memahami hadith dan peristiwa sejarah
dengan kriteria akal dan syariah yang telah diajarkani oleh al-Quran dan
Sunnah Nabi SAWA.
Aku akan tetap bertarung dengan jiwaku dan membersihkan diriku dari
setiap debu-debu taksub yang telah menutupiku selama ini. Aku akan
membebaskan diri aku dari rantai dan pengikat yang telah diikatkan
selama lebih dari dua puluh tahun. Hatiku berkata kepada mereka:
Wahai, alangkah indahnya seandainya kaumku mengetahui akan ampunan
Tuhanku kepadaku dan dijadikanNya aku dari golongan orang-orang yang
dimuliakan. Wahai, kalaulah kaumku menemukan dunia yang tidak mereka
ketahui, dan memusuhinya tanpa mereka kenali ini.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 132
Permulaan Perubahan
Aku tinggal selama tiga bulan didalam kebingungan yang tidak selesai,
walaupun didalam tidurku sekalipun. Fikiranku berkecamuk dengan
berbagai bayangan. Aku rasakan jiwaku luluh melihat sikap para sahabat
yang kehidupan mereka terungkap dalam sejarah yang sedang aku
selidiki. Aku berdiri dalam suatu dilemma (pertentangan) yang tidak
mudah, kerana sepanjang hidupku, aku dididik untuk memberi
penghormatan dan menyucikan wali Allah dan orang-orang soleh dan jika
ada sesiapa juga yang mengkritik maka akan dirasakan suatu keresahan
yang agak luar biasa.
Aku pernah membaca suatu ketika didalam “Hayat al-Haywan al-Kubra”
oleh al-Dimiri [56]: Terdapat seorang lelaki yang menunggang bersama
rakan nya didalam satu kafilah, dan semasa didalam perjalanan dia terus
mencaci Umar, dan rakannya cuba menghalang dia dari melakukan itu.
Apabila dia didalam tandas, saekor ular hitam memagutnya, dan dia mati
serta-merta. Apabila mereka menggali kubur untuknya, mereka dapati
ular hitam didalamnya; mereka menggali yang lain dan perkara yang sama
berlaku. Setiap kali mereka menggali lubang yang baru, mereka dapati
ular didalamnya. Lalu seorang ulama’ memberitahu mereka, “Tanamkan dia
dimana sahaja yang kamu suka, walaupun kamu menggali seluruh muka
bumi kamu akan dapati ular hitam didalamnya. Ini adalah kerana Allah
hendak menghukumnya didunia ini sebelum menghukumnya diakhirat,
kerana cacian yang dilakukannya terhadap Sayydina Umar”.
Itulah sebabnya kenapa semasa saya memaksa diri saya menjalani
penyelidikan yang sukar ini, saya merasa takut dan keliru, terutama,
sebagaimana yang telah saya pelajari di Kolej al-Zaytuni bahawa khalifah
yang paling utama secara sah adalah Abu Bakr al-Siddiq kemudian Umar
ibn al-Khattab al-Farooq, pemisah antara yang haq dan yang batil.
Selepas itu Uthman ibn Affan Dhul-Noorayn, yang mana malaikat Rahman
pun merasa malu kepadanya, dan sesudah dia, Ali ibn Abi Talib, pintu
kepada kota ilmu. Sesudah yang empat ini, tinggal yang enam dari yang
sepuluh, yang telah dijanjikan syurga, dan mereka itu adalah Talhah, al-
Zubayr, Sa’ad, Sa’eed, Abdul Rahman, dan Abu Ubaydah. Sesudah
mereka, para-para sahabat yang lainnya, dan setelah kita dinasihatkan
oleh ayat al-Quran “Kita tidak membeza-bezakan diantara mereka
pensuruh-pensuruh Allah (saw)” sebagai suatu kedudukan dimana kita
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 133
mesti mengambilnya sebagai asas bahawa kita tidak harus membezabezakan
penghormatan kita kepada semua para sahabat.
Kerana itulah aku berasa takut terhadap diriku sendiri, dan meminta
ampun kepada Allah didalam banyak keadaan dan situasi, dan
sememangnya saya mahu meninggalkan isu-isu yang membuat saya ragu
terhadap para sahabat Rasul Allah (saw), dan ianya kemudian akan
membuat saya ragu terhadap agama saya.
Namun begitu, di sepanjang setiap diskusiku dengan beberapa orang
ulama’, aku dapati jawapan-jawapan mereka sentiasa menemui banyak
pencanggahan dan tidak rasional. Mereka mula mengingatkanku bahawa
jika aku teruskan dengan penyelidikkanku mengenai para sahabat, Allah
akan mencabut nikmatNya dariku dan mungkin juga aku akan mengalami
kecelakaan. Dan kerana kuatnya bantahan dan penolakan mereka
terhadap apa sahaja pendapatku, maka aku terdorong lagi untuk
meneruskan kajian dan penelitianku agar dapat sampai kepada suatu
kebenaran yang dicita-citakan.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 134
Dailog dengan Ulama’
Aku katakan kepada seorang ulama’ kami: Apabila Muawiyah membunuh
orang yang tidak berdosa dan memalukan orang yang terhormat, kamu
menghukum dia sebagai telah berijtihad namun yang tersalah, dan
mendapat satu pahala. Apabila Yazid membunuh keturunan Rasul Allah
(saw) dan memberi kuasa menggeledah al-Madinah al-Munawwarah
kepada askarnya, kamu menghukum dia sebagai telah berijtihad namun
yang tersalah, dan mendapat satu pahala, sehingga sebahagian kamu juga
mengatakan bahawa “al-Husayn dibunuh oleh pedang datuknya” sebagai
alasan untuk membenarkan perlakuan Yazid. Nah, mengapa pula aku tidak
boleh berijtihad melalui pengajian ini, yang telah memaksaku untuk
meragui niat para sahabat dan untuk membuktikan keburukkan
sebahagian dari mereka, yang tidak sama taranya dengan pembunuhan
yang dilakukan oleh Muawiyah dan Yazid terhadap keluarga Nabi (saw)?
Jika aku benar, aku berhak mendapat dua pahala, dan jika aku tersalah,
aku hanya mendapat satu pahala. Bagaimana pun kritikanku terhadap para
sahabat, bukan untuk menghina mereka atau mencaci mereka, tetapi ini
adalah caranya untuk ku mencapai kebenaran, aku berharap semoga
demikian. Siapakah didalam kumpulan yang benar dan siapakah didalam
kumpulan yang salah. Ini adalah tugasku dan tugas setiap muslim, dan
Allah (awj) mengetahui apa yang didalam diri kita. Ulama’ itu kemudian
menjawab, “O anakku, Ijtihad [penghuraian bagi agama Islam] telah tidak
diizinkan untuk sekian lama”
Aku bertanya, “Siapa yang menutupnya?”
Dia berkata, “Imam madzhab yang empat”.
Aku berkata, “Syukur kepada Allah! Oleh kerana bukan Allah yang
menghalangnya, mahupun pesuruhNya (saw), atau pun khalifah yang
empat, yang mana kita diarahkan untuk mengikutinya, maka tidak ada
halangan pada saya untuk berijtihad, sabagaimana mereka dahulu
lakukan”.
Dia berkata, “Kamu tidak boleh berijtihad melainkan jika kamu
mengetahui tujuh belas cabang ilmu pengetahuan, diantaranya ialah:
Tafsir, Lughah, Nahu, syarf, Balaghah, Hadith, Sejarah dan lainnya”.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 135
Aku menyampuk dengan berkata, “Ijtihad saya bukan untuk menunjukkan
kepada manusia tentang hukum al-Quran dan Hadith nabi (saw), atau
untuk menjadi imam kepada Mazhab yang baru. Bukan! Cuma yang saya
ingin tahu adalah siapa yang benar dan siapa yang salah. Sebagai contoh,
untuk mengetahui sama ada Imam Ali yang benar atau Muawiyah, saya
tidak perlu untuk menguasai ketujuh belas cabang ilmu pengetahun. Apa
yang perlu saya lakukan adalah mengkaji corak hidup dan perbuatan
setiap dari mereka untuk mengetahui yang benar”.
Dia berkata, “Mengapa engkau mahu mengetahui semua itu?” “Ini adalah
umat yang telah lama pergi; mereka akan mendapati apa yang mereka
kerjakan, dan kamu akan dapati apa yang kamu kerjakan, dan kamu tidak
akan dipanggil untuk menjawab apa yang mereka lakukan” [ 2:134]
Aku bertanya, “Bagaimana anda membacanya. Apakah La Tusaloon (kamu
tidak akan diminta pertanggungjawaban) atau La Tas-aloon (jangan kamu
tanya)”.
Dia menjawab, “Tentu La Tus-aloon”.
Aku berkata: Alhamdullilah. jika ayat tersebut dibaca dengan La Tasaloon
maka di sana kita dilarang supaya tidak membuat penelitian. Namun
kerana ianya ditulis dengan La Tus-Aloon, maka ianya bermaksud bahawa
Allah (awj) tidak akan menghisab kita untuk atas apa yang mereka
lakukan. Dan ini sesuai dengan firman Allah (awj), “Setiap diri
bertanggungjawab atas apa yang diusahakannya” [74:38]. Dan juga Dia
berfirman, “Dan bahawa seorang manusia tidak memperolehi melainkan
apa yang diusahakannya” [53:39]
Dan Quran yang suci mengesa kita untuk mengetahui umat yang
terdahulu, dan untuk mengambil pengajaran dari sejarah mereka.Allah
telah memberitahu kita mengenai Firaun, Haman, Namrud, Quaroon, dan
mengenai nabi-nabi terdahulu serta pengikut-pengikut mereka, bukan
hanya untuk hiburan, tetapi untuk menunjukkan kepada kita apa yang haq
dan apa yang batil.
Dan untuk pertanyaan anda, mengapa saya ingin mengetahui semuanya
itu? Kerana ianya amat penting bagi saya untuk mengetahui semuanya itu.
Pertama, untuk mengetahui siapa dia wali Allah, supaya saya dapat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 136
mewila’ (setia) mereka, dan untuk mengetahui siapa dia musuh-musuh
Allah, supaya saya harus menentangnya, dan itulah permintaan Quran,
atau pun kewajipan yang dipikulkan kepada kita.
Kedua, adalah amat mustahak bagi saya untuk mengetahui bagaimana saya
harus menyembah Allah [bersolat] dan menghampirkan diri kepadaNya
dengan semua fardhu yang diwajibkanNya, seperti cara yang Dia (awj)
inginkan kita lakukan, bukan sebagaimana Malik atau Abu Hanifah atau
sesiapa saja mujtahid-mujtahid yang lain. Aku dapati bahawa Malik tidak
memilih bacaan Basmallah(Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi
amat mengasihani) semasa solat, sedangkan Abu Hanifah menganggapnya
sebagai sesuatu yang wajib.Yang lain mengatakan solat tidak sah
tanpanya. Kerana solat adalah tiang agama, jika diterima amalan lain akan
diterima; tetapi jika ianya ditolak, amalan lain akan ditolak. Makanya aku
tidak mahu solatku ditolak. Shiah mengatakan bahawa semasa wudu’ kita
hendaklah menyapu kaki dengan tangan kita yang basah, sedangkan Sunni
berkata bahawa kita hendaklah membasuhnya. Tetapi apabila kita
membaca Quran kita dapati, “Sapu tangan dan kaki kamu” ini adalah
nyata mengenai sapu. Jadi bagaimana tanggapan tuan – anda inginkan
seorang Muslim yang berfikiran rasional menerima pendapat yang satu
sementara menolak yang lain tanpa suatu penelitian dan kajian?”
Dia berkata, “Kamu boleh mengambil apa yang kamu suka dari setiap
kepercayaan, kerana kesemuanya adalah kepercayaan Islam, dan
kesemuanya datang dari Rasul Allah (saw)”
Aku berkata, aku takut akan menjadi salah satu dari golongan yang
Allah nyatakan:”Maka adakah kamu lihat orang yang mengambil hawa
nafsu menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya, kerana mengetahui,
dan menutup pendengaran dan hatinya dan adakan tutupan diatas
pemandangannya. Siapa yang dapat menunjukkinya sesudah Allah?
Tidakkah kamu mengambil pelajaran?” [45:23]
Wahai tuan, saya tidak fikir bahawa keempat-empat Mazhab di dalam
Islam itu betul, selagi satu darinya menghalalkan sesuatu sedangkan yang
lain mengharamkannya; dan ia tidak boleh di terima akal bahawa suatu
yang sama diperbolehkan dan ditegah pada masa yang sama. Rasul Allah
(saw) tidak pernah berdebat dahulu sebelum menghuraikan hukum
ahkamnya, kerana ianya adalah wahyu dari al-Quran.Allah berfirman:”Dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 137
jika sekiranya al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan
dapati ikhtilaf (pertentangan) yang banyak di dalamnya” [4:82] Oleh
kerana terlalu banyak pertentangannya diantara keempat-empat Mazhab
di dalam Islam, maka ianya bukanlah dari Allah (awj) atau dari RasulNya
(saw), kerana Rasul [saw] tidak mungkin bertentangan dengan al-Quran.
Apabila ulama’ (shaykh) itu mendapati penerangan saya logik (boleh
diterima akal) dan nyata, dia berkata, “Saya nasihatkan awak, demi
kerana Allah, bahawa bagaimana pun sekali keraguan awak, janganlah
meragui keempat-empat khalifah rashidin, kerana mereka adalah
keempat-empat tiang Islam, jika satu darinya runtuh, maka seluruh
bangunan akan runtuh”
Aku berkata, “Astagfirullah. Tuan, jika mereka adalah tiang agama maka
bagaimana pula dengan Rasul Allah (saw)?”
Dia berkata, “Rasul Allah (saw) itu adalah bangunannya, baginda adalah
Islam keseluruhannya”
Saya tersenyum apabila saya mendengar penilaian ini, dan berkata,
“Astagfirullah. Hai tuan, tanpa anda sedari tuan telah mengatakan
bahawa Rasul Allah (saw) tidak dapat berdiri tanpa sokongan dari mereka
berempat, sedangkan Allah (awj) berkata: Dia yang mengutuskan
rasulNya dengan petunjuk dan agama yang hak, supaya agama itu
mengalahkan semua agama. Dan Allah cukup menjadi saksi” [48:28]
Dia mengutus Muhammad dengan pengkhabaran dan tidak melibatkan
mana-mana yang empat itu, atau sesiapa pun, dan dalam hal ini Allah
berfirman: Sebagaimana kami telah menghantar diantara kamu seorang
rasul yang akan membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, membersihkan
kamu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada kamu dan apa-apa yang
kamu belum tahu” [2:151]
Dia berkata, “Inilah yang kami telah pelajari dari guru agama kami
dahulu, dan kami tidak mempertikaikan mengenai apa yang telah diajari
kepada kami oleh mereka, sebagaimana kamu generasi baru sekarang.
Kamu meragui segalanya, termasuk agama itu sendiri. Ini adalah di antara
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 138
tanda-tanda Hari Kiamat. Rasul Allah (saw) bersabda: Hari Kamat tidak
akan muncul melainkan pada zaman makhluk yang paling jahat”.
Aku berkata, “Tuan, mengapa mesti marah. Aku berlindung kepada Allah
daripada sikap ragu terhadap agama atua membuat keraguan di
dalamanya. Aku beriman kepada Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya,
kepada malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan semua RasulNya. Aku
beriman bahawa Sayyidina Muhammad adalah hamba dan RasulNya dan
rasul yang terakhir, dan bahawa aku adalah seorang Muslim. Jadi
bagaimana kamuanda menuduh saya dengan semua itu?”
Dia berkata, “Saya patutu menuduh andadengan yang lebih dari itu,
kerana kamu meragui Sayyidina Abu Bakar dan Umar. Sedangkan Rasul
Allah (saw) yang suci bersabda: Jika keimanan ummatku dan keimanan
Abu Bakar diletak diatas neraca, adalah keimanan Abu Bakar itu lebih
berat timbangannya. Rasul (saw) juga berkata sebagai penghormatan
kepada Umar: Aku pernah ditunjukkan kepada ummatku, dan setiap
mereka memakai baju yang panjang tetapi tidak sampai menutup dada,
dan aku ditunjukkan kepada Umar dan dia sedang mengheret bajunya.
Sahabat bertanya: apa takwilnya (tafsirnya) wahai Rasulullah? Nabi
menjawab: Agama. Tiba-tiba kamu datang hari ini, didalam abad keempat
belas [hijri] dan meragui kebenaran para sahabat dan terutama Abu Bakr
dan Umar. Tidakkah kamu ketahui bahawa penduduk Iraq, adalah manusia
yang berpecah belah, kafir dan munafik!”
Apa yang boleh aku katakan kepada orang ini, yang mengaku
berpengetahuan dan ulama ini. Majlis yang tadinya berjalan dengan cara
perdebatan yang baik kini berubah menjadi semacam tuduhan dan luahan
emosi di hadapan sekumpulan hadirin yang mengkaguminya. Aku lihat
bahawa wajah-wajah mereka merah dan mata-mata mereka terbeliak
menunjukkan sikap protes. Tiada cara lain, aku segera pergi ke rumah dan
mengambil kitab al-Muwatta karya Imam Malik dan kitab Sahih al-
Bukhari. Kemudian aku katakan kepadanya, “Tuan, apa yang membuat aku
meragui Abu Bakar adalah Rasul Allah (saw) itu sendiri”.
Lalu aku membuka al-Muwatta dan membaca suatu riwayat yang
bermaksud Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
kepada para syuhuda Uhud, “Aku menjadi saksi bagi mereka”. Kemudian
Abu Bakar bertanya, “Ya Rasulullah, tidakkah kami saudara-saudara
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 139
mereka? Tidakkah kami menjadi Muslim sebagaimana mereka? Tidakkah
kami berjihad sebagaimana mereka?” Rasulullah(saw) menjawab, “Ya,
tetapi aku tidak tahu apa yang akan kamu lakukan sesudah aku”.Setelah
mendengarkan itu, Abu Bakr menangis tersedu-sedu dan berkata, “Kami
melakukan banyak perkara setelah kamu pergi”[57].
Selepas itu saya membuka sahih al-Bukhari dan membaca: Suatu ketika
Umar ibn al-Khattab pergi menemui Hafsah dan mendapati bersamanya
Asma bint Umays. Apabila Umar melihatnya dia bertanya, “Siapakah
dia?” Hafsah menjawab, “Asma bint Umays”. Umar berkata, “Adakah dia
orang Habsyah itu? Orang laut itu?” Asma’ menjawab, “Ya”. Umar
berkata, “Kami berhijrah sebelum kamu, maka kami lebih berhak kepada
rasul Allah dari kamu”. Asma’ menjadi amat marah, lalu dia berkata:
“Tidak demi Allah, kamu berada bersama Nabi.Diberinya kamu makan,
dan diajarkannya kamu; sedangkan kami dibumi asing, di Habsyah kerana
Allah dan RasulNya semata-mata, dan setiap kali saya makan atau minum
apa saja, saya teringat akan Rasul Allah [saw]. Kami dahulunya diganggu
dan ditakut-takutkan. Demi Allah, saya akan nyatakan ini kepada Nabi
dan akanku tanya tanpa aku berdusta, menambah atau mengurangkan dari
duduk perkara”.
Ketika Asma’ datang kepada Nabi, dia bertanya,”Ya Nabi Allah, Umar
nyatakan begini dan begini”. Baginda bertanya, “Apa yang kamu katakan
kepadanya?” Asma menjawab, “begini dan begini”. Baginda menjawab,
“Dia tidak lebih berhak ke atasku lebih daripada kamu”. Dia dan para
sahabatnya mempunyai satu hijrah, tetapi kamu, penghuni bahtera,
mempunyai dua kali hijrah”. Asma’ berkata, “Saya mendapati Abu Musa
dan kawan-kawan sekapal datang menemui saya dalam berkumpulan dan
bertanya saya mengenai sabda Nabi tersebut, dan mereka merasa
gembira dengan apa yang diucapkan oleh baginda terhadap mereka [58].”
Setelah selesai membacakan hadith, terlihat perubahan pada wajah
ulama’ dan para hadirin, mereka saling berpandangan dan menunggu reaksi
sang guru yang mati dalil. Apa yang dapat dilakukannya adalah
mengangkat kening, sebagai tanda hairan dan kemudian berkata,
“Katakanlah,Ya Allah, tambahkan untukku ilmu pengetahuan”.
Aku berkata, “Jika Rasul Allah, adalah yang pertama untuk meragui Abu
Bakar, dan tidak menjadi saksi baginya, kerana rasul Allah tidak tahu apa
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 140
yang akan terjadi selepas dirinya; dan jika rasul Allah tidak setuju
dengan keutamaan Umar terhadap Asma bint Umays, tetapi
mengutamakan Asma daripada Umar; maka ini adalah didalam lingkungan
hak saya untuk meragui dan tidak mempunyai keutamaan terhadap
sesiapapun sehingga kebenaran itu nampak jelas dan aku ketahui dengan
pasti.. Dan jelas sekali bahawa dua hadith ini bertentangan dan
menafikan segala hadith yang menyatakan keutamaan Abu Bakr dan
Umar, kerana ianya lebih hampir kepada fakta yang diterima akal
berbanding dengan hadith-hadith keutamaan yang diduga itu”.
Para hadirin berkata, “Bagaimana maksudnya?” Aku menjawab,”Rasul
Allah tidak menjadi saksi bagi Abu Bakar”. Baginda bersabda: Aku tidak
tahu apa yang akan mereka lakukan sepeninggalanku kelak”. Ianya adalah
logik [boleh diterima akal].Sejarah telah membuktikannya, dan al-Quran
yang suci dan sejarah menjadi saksi bahawa mereka telah melakukan
perubahan selepas Nabi. Kerana itulah Abu Bakr menangis, kerana dia
telah berubah dan membuat Fatimah al-Zahra marah, puteri Nabi marah,
sabagaimana kami terangkan dahulu, dan dia berubah sehingga dia
menyesal dan berangan-angan untuk tidak menjadi manusia.
Dan bagi hadith: Jika iman ummat ku dan imannya Abu Bakr diletak
diatas timbangan, imannya Abu Bakr adalah lebih berat,” ianya tidak
betul dan tidak munasabah. Ianya tidak mungkin untuk iman seorang,
yang telah menghabiskan empat puluh tahun umurnya didalam
mempercayai banyak tuhan dan menyembah berhala, menjadi amat berat
dari imannya segala ummat Muhammad, yang mempunyai para wali Allah
yang solihin, syuhada, dan para Imam, yang menghabiskan masa hidupnya
di dalam berjihad di jalan Allah SWT.Bagaimana Abu Bakr boleh sesuai
dengan maksud hadith ini? Jika ianya sahih, dia tidak akan, dihari
kemudiannya berangan-angan untuk tidak menjadi sebagai seorang
manusia. Lebih-lebih lagi, jika keimanannya lebih tinggi dari iman Fatimah
az-Zahra, pemuka wanita alam semesta (Sayyidati Nisa Fil-Alamin) maka
puteri Rasul itu tentu tidak akan marah kepadanya atau mendoakan
keburukan kepadanya”.
Orang alim itu tidak berkata apa-apa, tetapi sebahagian dari hadirin
berkata, “Demi Allah1 Hadith ini membuat kami ragu” Maka ulama’ itu
berkata kepada saya, “Adakah ini yang kamu mahu? Kamu telah membuat
mereka ini meragui agama mereka” Memadailah bagi saya, seorang dari
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 141
para hadirin menjawab dengan berkata, “Tidak, dia benar, kami tidak
pernah membaca keseluruhan buku itu didalam hidup kami, kami mengikut
kamu membuta tuli dan tanpa sebarang bantahan, dan sekarang telah
nampak oleh kami bahawa apa yang al-Hajj katakan adalah benar, dan
adalah tugas kami untuk membaca dan menyelidik!” Mereka yang lainnya
bersetuju dengan beliau, dan itu adalah kejayaan bagi kebenaran dan
keadilan. Ianya bukanlah kejayaan dengan kekerasan, tetapi oleh fikiran
yang logik dan pembuktian. Allah berkata, “Katakan, bawalah hujah-hujah
kamu, jika memang kamu orang-orang yang benar” [27:64].
Aku lanjutkan penelitianku dengan cara yang sangat cermat sepanjang
tiga tahun lagi. Aku ulangi segala yang aku baca dari awal hingga akhir.
Aku baca buku al-Muruja’at (Dialog Sunnah-Syiah) karya Imam
Syarafuddin, dan aku ulangi berkali-kali. Ia telah membuka luas
wawasanku dan menyebabkanku mendapat petunjuk dan hidayah dari
Allah SWT serta cinta kepada Ahlul Bayt AS.
Aku juga membaca kitab al-Ghadir karya Syaikha al-Amini dan aku ulangi
sebanyak tiga kali lantaran isinya yang sangat padat, tepat dan jelas
sekali. Juga kitab Fadak Karya Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr dan
kitab as-Saqifah karya Syaikh Muhammad Ridha al-Muzaffar. Dari dua
buah buku ini aku temukan berbagai jawapan yang sangat memuaskan.
Juga aku baca kitab as-Nas wal-Ijtihad yang menambahkan lagi
keyakinanku. Kemudian kitab Abu Hurairah karya Syarafuddin juga, dan
Syaikh al-Mudhirah karya Syaikh Mahmud Abu Rayyah al-Misri. Dari sana
aku baru mengetahui bahawa sahabat yang melakukan perubahan setelah
zaman Rasulullah ada dua kategori. Pertama, yang merubah hukum dengan
kekuasaan yang dimilikinya; kedua, yang merubah hukum dengan
meletakkan berbagai hadith palsu yang dinisbahkan kepada Rasul SAWA.
Kemudian aku baca kitab al-Imam as-Sadiq wal Mazahib al-Arba’ah karya
Asad Haidar. Dari sana aku kenal perbezaan antara ilmu mauhub (yang
dikurniakan) dan ilmu maksub (yang dipelajari). Dari situ juga aku baru
tahu perbezaan antara Hikmah yang Allah berikan kepada orang yang Dia
kehendaki, dan dari sikap berlagak berilmu, dan berijtihad dengan
pendapat peribadi yang menjauhkan ummat ini dari jiwa Islam yang
sebenarnya.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 142
Aku membaca juga berbagai buku karya Sayyid Ja’far Murtadha al-
Amili, Sayyid Murtadha al-Askari, Sayyid al-Khui, Thabatabai, Syaikh
Muhammad Amin Zainuddin, Fairuz Abadi, karya Ibnu Abil Hadid al-
Mu’tazili dalam bukunya Syarah Nahjul Balaghah, Taha Husayn dalam
bukunya al-Fitnah al-Kubra. Dari buku sejarah aku baca kitab Tarikh al-
Tabari, Tarikh Ibnul Athir, Tarikh al-Masudi dan Tarikh al-Ya’qubi. Dan
banyak lagi buku-buku lain yang aku baca sehingga aku merasa betulbetul
puas bahawa Syiah Imamiyyah ini adalah yang benar. Dari situ
kemudiannya aku mengikut Madzhab Syiah, dan dengan rahmat Allah aku
mengikut Bahtera Ahlul Bayt serta aku pegang erat-erat tali wila’
mereka kerana aku dapati Alhamdulillah, merekalah sebaga alternatif
dari sebahagian sahabat yang terbukti kepadaku telah berbalik ke
belakang, dan tiada yang terselamat melainkan sekelompok kecil sahaja.
Kini aku menggantikan mereka dengan Ahlul Bayt Nabi yang telah Allah
bersihkan mereka dari segala dosa dan disucikan mereka dengan sesucisucinya,
bahkan diwajibkan kepada seluruh ummat manusia untuk
mencintai mereka.
Shia bukanlah, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari ulama’
kita, orang Farsi dan Majusi yang mana kuasa dan kebanggaan mereka
telah dihancurkan oleh Umar didalam peperangan al-Qadisiyyah, dan
itulah sebabnya mereka membenci Umar!
Jawapan saya kepada itu bagi mereka yang tidak tahu adalah bahawa
Syiah Ahlul Bayt tidak terhad kepada orang-orang Farsi sahaja, kerana
terdapat Shiah di Iraq, Hijaz, Syria, Lebanon, dan kesemuanya adalah
Arab. Sebagai tambahan kepada itu, terdapat juga Shiah di Pakistan,
India, America, dan kesemuanya ini bukanlah dari bangsa Arab ataupun
Farsi.
Jika kita bataskan Shiah hanya bagi Iran sahaja, maka hujah kita akan
menjadi lebih kuat lagi kerana saya dapati bahawa orang Farsi
mempercayai didalam kepimpinan dua belas Imam, dimana kesemuanya
adalah Arab dari Quraysh dari Bani Hashim, keluarga rasul. Jika orang
Farsi mempunyai sikap fanatik dan membenci orang Arab, sebagaimana
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 143
yang dikatakan oleh sebahagian mereka [ulama’ Sunni], tentu mereka
telah mengambil Salman al-Farisi sebagai Imam mereka, kerana beliau
adalah sahabat yang agung dan dihormati oleh Shia dan Sunni.
Disebaliknya pula saya dapati bahawa kebanyakkan imam-imam Sunni yang
utama adalah orang Farsi, seperti Abu Hanifah, al-Nisa’i, al-Tirmidhi, al-
Bukhari, Muslim, Ibn Majah, al-Ghazali, Ibn Sina, al-Farabi dan banyak
lagi. Jika Syiah berasal dari Farsi, lalu mereka membenci Umar yang
telah menghancurkan keagungan mereka dahulu, jadi bagaimana kita
menerangkan penolakan terhadap Umar oleh orang-orang Syiah Arab
yang bukan Farsi? Itu suatu contoh dakwaan tanpa dalil. Penolakan
terhadap Umar adalah kerana peranannya didalam menyingkirkan Amirul
Mukminin, Ali ibn Abi Talib, dari khalifah setelah pemergian rasul, dan
kerana peperangan saudara yang trajis dan jatuhnya suatu ummah. Bagi
seorang peneliti yang ohjektif dan rasional, memang dia akan mengambil
sikap sedemikian jika tabir sejarah yang menutupinya terungkap, tanpa
perlu memiliki rasa permusuhan sebelumnya.
Adalah benar bahawa Shiah, sama ada mereka itu Arab atau Farsi atau
apa juga bangsanya, tunduk kepada nas-nas al-Qur’an dan Hadith
Nabawi. Mereka patuh pada imam-imam yang menunjukkan mereka jalan
yang lurus. Mereka tidak rela dengan selain daripada mereka (Ahlul Bayt
as) walaupun dengan polisi paksaan dari Umayyah dan kemudian
Abbasiyyah selama tujuh abad. Dimasa itu, mereka memburu Shiah
dimana sahaja; mereka membunuhnya; mereka jadikanya tanpa kediaman;
mereka menafikan hak-haknya dari Baitul Mal dan mereka dilemparkan
dengan berbagai tuduhan dan tohmahan yang menimbulkan rasa marah
orang kepada mereka sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun orang-orang Shiah tetap kukuh dengan pendirian mereka.
Mereka bersabar dan dan memegang erat kebenaran yang dipercayai
mereka tanpa memperdulikan cacian sesiapa pun. Dan nilai kekukuhan ini
memang mereka nikmati sehingga kehari ini. Saya mencabar mana-mana
ulama’ kita untuk berdiskusidengan ulama’ mereka. Tentu mereka keluar
setelah itu sebagai seorang yang mendapatkan bimbingan.
Kini, aku telah menjumpai pilihan yang lain, dan syukur kepada Allah yang
memanduku kepadanya, kerana aku tidak akan sampai kesana tanpa
bimbinganNya. Syukur dan puji bagi Allah yang telah memandu saya
kepada golongan yang selamat, yang mana saya mencarinya dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 144
bersungguh-sungguh.
Saya tidak mempunyai keraguan bahawa mereka berpegang pada kepada
Ali dan Ahl al-Bayt yang bermakna mereka telah berpegang pada tali
yang sangat kuat yang tidak akan putus selama-lamanya. Terdapat banyak
bukti dari nas Nabi yangdisepakati oleh semua Muslim. Dan akal sahaja
sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bagi sesiapa juga yang bijak dan
teliti. Ijmak umat mengatakan bahawa Ali adalah sahabat yang paling
berpengetahuan dan tentunya yang paling berani.Dua ini sahaja telah
cukup sebagai bukti akan keutamaan Ali dibandingkan dengan orang lain
atas hak khilafah.Allah (awj) berfirman: “Berkata nabi mereka kepada
mereka: Sesungguhnya Allah telah mengutus Thalut menjadi raja
untukmu. Berkata mereka itu: Bagaimanakah ia menjadi raja diatas kami,
sedang kami lebih patut menjadi raja daripadanya, dan dia tidak
mempunyai harta yang banyak? Berkata nabi: Sesungguhnya Allah telah
memilih dia diantara kamu, serta menambahinya dengan ilmu yang luas
dan tubuh yang kuat dan Allah memberikan kerajaanNya kepada siapa
yang dikehendakkiNya dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Lagi Maha
Mengetahui [2:247]
Dan Rasul Allah (saw) bersabda, “Sesungguhnya Ali adalah dariku, dan
aku adalah dari Ali, dan dia adalah wali bagi setiap mukmin selepasku
[59].”
Al-Zamakhshari berkata didalam sebahagian dari syairnya:
Telah banyak keraguan dan perselisihan
Semua mendakwa berada di jalan yang lurus
Aku pegang erat-erat dengan Laila Ha illa-Llah
Dan cinta kepada Ahmad dan Ali
Telah selamat anjing lantaran cinta kepada Penghuni Gua
Bagaimana aku akan celaka dengan cinta pada keluarga Nabi
Alhamdulillah, kini aku telah menemui alternatif. Selepas Rasulullah aku
menjadi pengikut Amirul Mukminin, Singa Allah al-Ghalib al-Imam Ali ibn
Abi Talib, juga kepada kedua-dua pemuka pemuda-pemuda disyurga
cahaya mata Nabi, al-Imam Abu Muhammad al-Hasan al-Zaki dan Imam
Abu Abdullah al-Husayn; dan juga kepada darah dagingnya baginda
Rasulullah SAWA ibu kepada zuriat Nubuwwah, ibu kepada seluruh imam,
sumber Risalah dan Allah, yang mana Allah marah kerana kemarahannya,
wanita alam semesta, Sayyidah Fatimah al-Zahra AS.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 145
Aku telah menukar Imam Malik, dengan gurunya para imam, dan guru
kepada ummah keseluruhan, Imam Ja’far al-Sadiq AS. Aku berpegang
kepada sembilan imam yang maksum dari zuriat Husayn AS, imamimamnya
kaum Muslimin dan wali-wali Allah as-Solihin.
Aku juga telah menukarkan para sahabat yang berpaling seperti
Muawiyah, Amr ibn al-As, al-Mughira ibn Shu’bah, Abu Hurayrah,
Ikrimah, Ka’b al-Ahbar dan yang lainnya kepada para sahabat yang
bersyukur kepada Tuhannya, dan tidak pernah memungkiri janji yang
telah diberikan kepada Rasul Allah seperti Ammar ibn Yasir, Salman al-
Farisi, Abu Dharr al-Ghafiri, al-Miqdad ibn al-Aswad, Khuzayma ibn
Thabit – dhu al-Shahadatain, Ubay bin Ka’ab dan yang lainnya.Segala puji
bagi Allah di atas petunjukNya.
Aku juga telah menukar para ulama tempatku yang telah menjumudkan
akal-akal kami yang kebanyakannya mengikut para penguasa di setiap
zaman dengan ulama-ulama Syiah yang solihin, yang tidak pernah menutup
pintu ijtihad, tidak pernah merasa hina atau meminta kasihan dari
pemimpin-pemimpin yang zalim ini.
Ya, aku telah menukar alam fikiranku yang sempit dan taksub, yang
percaya dengan berbagai khurafat dan kontradiktif dengan alam fikiran
yang cerah, terbuka, bebas dan percaya pada setiap dalil dan hujah. Atas
dengan kata lain, aku telah membasuh otakku dari daki-daki kesesatan
Bani Umaiyyah yang telah membekas sepanjang tiga puluh tahun, dan kini
mensucikannya dengan aqidah orang-orang yang maksum yang Allah
bersihkan mereka dari segala dosa dan mensucikan mereka dengan
sesuci-sucinya.
Ya, Allah. Hidupkanlah kami di atas agama mereka. Matikan kami di atas
sunnah mereka. Bangkitkanlah kami bersama-sama mereka. Kerana
NabiMu telah bersabda,”Seseorang kelak akan dibangkitkan dengan
orang-orang yang dicintainya”.
Dengan demikian maka aku kini kembali ke akar umbi asalku. Ayah dan
paman-pamanku dahulu pernah mengatakan kepada kami bahawa asal
mulanya kami adalah dari golongan sayyid-sayyid yang lari dari Iraq
lantaran tekanan Bani Abbasiyyah. Kemudian meminta perlindungan di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 146
Afrika Utara sehingga akhirnya menetap di Tunisia yang sehingga kini
masih meninggalkan bekas-bekas sejarah. Di Afrika Utara sendiri banyak
as-Asyraf lantaran keturunannya dari salasilah Ahlul Bayt yang suci.
Namun mereka telah banyak yang tenggelam dalam kesesatan Bani
Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Tiada tersisa dari mereka suatu
kebenaran sedikitpun melainkan sikap hormat dan penuh takzim yang
ditunjukkan orang ramai kepada mereka sahaja. Segala puji bagi Allah
kerana hidayahNya ini. Segala puji bagi Allah kerana petunjukNya
kepadaku ini dan kerana dibukakanNya mataku dan pemahamanku untuk
mengetahui suatu kebenaran.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 147
Sebab-sebab Aku Mengikut Madzhab Ahlul Bayt AS
Banyak sebab yang mendorongku untuk mengikuti madzhab Ahlul Bayt
(Syiah). Dan tidak mungkin bagiku menyebutkan secara terperinci di sini
kecuali sebahagian sahaja.
1. Nas Khalifah
Aku telah berjanji pada diriku ketika memasuki perbahasan ini untuk
tidak berpegang kepada mana-mana dalil kecuali ianya benar dipercayai
oleh kedua madzhab, dan membiarkan mana-mana dalil yang hanya
diriwayatkan oleh satu madzhab sahaja. Lalu aku mengkaji suatu subjek
tentang keutamaan antara Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib; dan khalifah
(kekhalifahan) pada dasarnya adalah hak Ali jika dilihat dari segi nas
sebagaimana yang didakwa oleh Madzhab Syiah; sementara madzhab
Sunnah mendakwa bahawa khalifah ditentukan dengan pilihan dan syura.
Mereka yang mengkaji subjek ini jika benar-benar tulus untuk mencari
kebenaran maka mereka akan mendapati bahawa nas yang mengatakan Ali
sebagai khalifah adalah sangat jelas sekali. Seperti sabda baginda
SAWA:”Siapa yang menganggapku aku sebagai maulanya (pemimpin) maka
inilah Ali sebagai maulanya”. Beliau sabdakan ini setelah beliau kembali
dari hajinya yang terakhir yang dikenal dengan Hujjahtul Wada’. Lalu
berduyun-duyunlah orang datang mengucapkan tahniah kepada Ali, hatta
Abu Bakar dan Umar sendiri. Mereka berkata:”Tahniah, tahniah untukmu
wahai putera Abu Talib, engkau telah menjadi maula setiap Mukmin lelaki
dan perempuan”[60].
Nas ini telah disepakati oleh madzhab Syiah dan Sunnah. Yang aku
sebutkan dalam kajianini hanyalah buku-buku rujukan Ahlul Sunnah
sahaja. Itupun bukan semua kerana ianya jauh lebih banyak dari apa yang
aku sebutkan. Untuk mendapatkan dalil-dalil yang lebih terperinci aku
mengajak para pembaca menelaah kitab al-Ghadir karya al-Allamah al-
Amini. Buku ini setebal tiga belas jilid di mana penulisnya telah
menyenaraikan para perawi hadithnya dari golongan Ahlul Sunnah yang
cukup banyak.
Adapun ijmak yang didakwa sebagai asas terpilihnya Abu Bakar di
Saqifah Bani Sa’idah lalu kemudian dibaiah di masjid adalah dakwaan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 148
yang tidak berasas. Bagaimana itu boleh dikatakan ijmak sedangkan
beberapa orang sahabat terkemuka seperti Ali, Abbas, dan Bani Hasyim
yang lain tidak ikut serta membaiahnya. Begitu juga Usamah bin Zaid,
Zubair, Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghaffari, Miqdad bin al-Aswad,
Ammar bin Yasir, Abu Ayyub al-Ansari, Jabir bin Abdullah, Khalid bin
Saad dan banyak lagi [61].
Mana ijmak yang diperkatakan itu wahai hamba-hamba Allah? Seandainya
hanya Ali sendiri yang tidak membaiah, maka itu sudah cukup sebagai
bukti tercelanya ijmak seumpama itu. Ini kerana beliau adalah satusatunya
calon khalifah yang ditunjuk oleh Rasulullah SAWA, jika
katakanlah tiadanya nas yang terang-terangan menunjukkannya sebagai
khalifah.
Sesungguhnya bai’ah Abu Bakar berlaku tanpa musyawarah. Ianya
berlaku ketika manusia-manusia sekitarnya sedang bingung dan sibuk
terutamanya Ahlul Halli Wal Aqdi (orang-orang yang pakar yang utama
dan berkeupayaan) di mana mereka sedang sibuk mengurus jenazah Nabi
SAWA dan mengkebumikannya. Waktu itu penduduk kota Madinah
sedang dikejutkan dengan wafatnya Nabi mereka, lalu selepas itu mereka
dipaksa untuk membai’ah sang khalifah [62]. Hal ini dapat kita rasakan
dari cara ugutan mereka untuk membakar rumah Fatimah jika orangorang
yang ada di dalamnya enggan memberikan bai’ah. Nah, lalu
bagaimana dapat kita katakan yang ianya berlaku secara musyawarah dan
ijmak?
Umar sendiri telah mengatakan bahawa bai’ah yang diambil waktu itu
adalah tergesa-gesa, di mana Allah telah menjaga kaum Muslimin dari
kejahatan.Beliau mengatakan lagi bahawa siapa sahaja yang mengulangi
cara pembai’atan seperti itu maka mereka mestilah dibunuh atau
bai’ahnya tidak sah dan tidak diperakui [63].
Imam Ali telah berkata tentang haknya ini:”Demi Allah, Ibnu Abi
Qahafah (Abu Bakar) telah memakainya (hak khalifahku) sedangkan
beliau tahu bahawa kedudukanku dengan khalifah ini bagaikan kedudukan
kincir dengan roda”[64].
Sa’ad bin Ubadah seorang pemuka kaum Ansar yang menyerang Abu
Bakar dan Umar di hari Saqifah dan berusaha bermati-matian untuk
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 149
mecegah mereka dari jawatan khilafah, namum beliau tidak mampu
disebabkan beliau sakit dan tidak dapat berdiri, beliau berkata setelah
kaum Ansar membaiah Abu Bakar:”Demi Allah, sekali-kali aku tidak akan
membai’ah kalian sehinggalah aku lemparkan anak-anakku dan aku
lumurkan tombakku serta aku hayunkan pedangku dan aku perangi kalian
bersama-sama keluargaku dan kaumku. Demi Allah, seandainya manusia
dan jin berkumpul untuk membaiah kalian maka aku tetap tidak akan
membai’ah sehinggalah aku berjumpa dengan Tuhanku”. Sa’ad bin
Ubadah tidak solat bersama-sama mereka dan ikut serta berkumpul
bersama-sama mereka bahkan tidak mengerjakan haji bersama-sama
mereka. Seandainya ada sekumpulannya orang mahu memerangi mereka
maka ia akan membantu dan seandainya ada orang yang membaiahnya
untuk memerangi mereka maka ia akan perangi. Begitulah keadaannya
sehingga beliau wafat di Syam pada masa pemerintahan Umar [65].
Jika bai’ah ini dilakukan tergesa-gesa dimana Allah telah memelihara
kaum Muslimin dari kejahatannya seperti yang dikatakan oleh Umar
sendiri, seorang arkitektur yang rancangan ini dan tahu akibat-akibat
yang akan dialami oleh kaum Muslimin kerananya.
Dan jika khilafah ini merupakan “pakaian” Abu Bakar sahaja, seperti
yang diibaratkan oleh Imam Ali mengingatkan bahawa dialah yang tuan
empunya yang sah. Dan diba’iah ini diambil secara zalim seperti yang
dikatakan oleh Sa’ad bin Ubadah, pemuka kaum Ansar yang memisahkan
diri dari jamaah kerananya. Dan jika bai’ah ini tidak sah secara syariat
mengingatkan sahabat-sahabat yang besar seperti Abbas paman Nabi
tidak memberinya, lalu apa hujah keabsahan khilafah Abu Bakar?
Jawabnya: tidak ada hujjah dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Dengan demikian maka benarlah hujjah Syiah dalam hal ini kerana nas
tentang kekhilafahan Ali nyata ada di dalam Ahlul Sunnah sendiri.
Mereka telah menakwilkannya kerana ingin menjaga kemuliaan sahabat.
Namun bagi orang yang insaf dan adil, maka dia tidak akan mendapatkan
alasan lagi kecuali mesti menerima nas ini terutamanya jika ia mengetahui
peristiwa-peristiwa yang menyelubungi lam sejarah ini [66].
2. Perselisihan Antara Fatimah Dan Abu Bakar
Subjek ini juga disepakati kesahihannya oleh dua madzhab, Sunnah dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 150
Syiah. Orang yang insaf dan berakal tidak akan dapat lari kecuali harus
mengatakan aygn Abu Bakar telah bersalah walaupun dia tidak
mengiktiraf sikap zalimnya terhadap Penghulu Wanita ini. Mengingatkan
bahawa mereka mengkaji tragedi ini dan mengetahui seluk-beloknya
secara terperinci dia akan tahu pasti bahawa Abu Bakar sengaja
mengganggu Siti Zahra’ dan mendustakannya agar beliau tidak dapat
berhujah dengan nas-nas al-Ghadir dan lainnya akan kesahihan hak
khilafah suaminya dan putra pamanya Ali. Kamu menemui bukti-bukti yang
cukup tentang hal ini. Antara lain apa yang dikatakan oleh ahli-ahli
sejarah bahawa Fatimah Zahra’, semoga Allah mencucurkan
kesejahteraan kepadanya, pernah mendatangi tempat-tempat pertemuan
kaum Ansar dan meminta mereka membantu dan membai’ah Ali. Mereka
menjawab:”Wahai putri Rasulullah, kami telah memberikan bai’ah kepada
orang ini (Abu Bakar), seandainya suamimu dan putra pamanmu
mendahului Abu Bakar maka kami tidak akan berpaling darinya. Lalu Ali
berkata: Apakah aku akan tinggalkan Rasulullah SAWA di rumahnya dan
tidak mengurus jenazahnya, lalu keluar dan melawan mereka tentang
pemerintahan? Fatimah menyahut:Abul Hasan (Ali) telah melakukan apa
yang sepatutnya beliau lakukan; sementara mereka telah melakukan
sesuatu di mana Allah akan menjadi Penghisab dan Penuntutnya [67].
Seandainya Abu Bakar memang berniat baik dan tersilap maka hujahhujah
Fatimah telah menyedarkannya. Tetapi Fatimah tetap marah
kepadanya dan tidak berbicara dengannya sehinggalah beliau wafat. Ini
kerana Abu Bakarmenolak setiap dakwaan Fatimah dan tidak menerima
kesaksiannya bahkan kesaksian suaminya. Ini semua menyebabkan
Fatimah begitu marah kepada Abu Bakar sehingga beliau tidak izinkan
Abu Bakar menghadiri pemakaman jenazahnya seperti yang
diwasiatkannya kepada suaminya Ali agar menguburkankan di waktu
malam secara sembunyi [68].
Tentang pengkebumikan Fatimah AS secara rahsia di waktu malam ini,
aku sendiri – dalam masa-masa pengkajianku telah berangkat ke Madinah
untuk memastikan kebenaran ini. Di sana aku dapati bahawa:
Pertama: Kuburan Fatimah az-Zahra’ tidak diketahui oleh sesiapapun.
Sebahagian berkata: ada di Kamar Nabi (Hujrah Nabawiyah), sebahagian
yang lain berkata di rumahnya berhadapan dengan Kamar Nabi; yang
ketiga berkata di Baqi’ di tengah-tengah kuburan Ahlul Bayt tetapi tidak
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 151
pasti tempatnya.
Hakikat pertama yang aku simpulkan adalah beliau, Fatimah Zahra’ ingin
agar generasi kaum Muslimin di masa-masa berikutnya bertanya-tanya
tentang sebab kenapa beliau meminta agar suaminya mengkebumikannya
di waktu malam dan secara rahsia tidak dihadiri oleh sesiapa pun. Ini
memungkinkan seorang muslim untuk sampai pada kebenaran melalui
pengkajian-pengkajian di dalam sejarah.
Kedua: Aku dapati bahawa orang yang ingin berziarah ke kuburan Uthman
bin Affan terpaksa berjalan cukup jauh untuk sampai ke penghujung
kawasan Baqi’. Di situ dia akan dapati kuburan Uthman berada di bawah
sebuah dinding, sedangkan kebanyakan sahabat dikuburkan di tempat
yang berhampiran dengan pintu masuk Baqi’. Hatta Malik bin Anas, imam
Madzhab Maliki, seorang Tabi’it-Tabi’in (generasi keempat selepas Nabi
SAWA) dikuburkan dekat dengan isteri-isteri Nabi.
Disini jelas bagiku apa yang dikatakan oleh ahli-ahli sejarah bahawa
Uthman telah dikuburkan di Hasy Kaukab, iaitu sebidang tanah yang
dimiliki oleh orang Yahudi. Disebabkan kaum Muslimin pada waktu itu
telah melarangnya untuk dikebumikan di Baqi’ Rasul SAWA. Ketika
Muawiyah menjadi khalifah maka dia telah membeli tanah itu dari orang
Yahudi tersebut lalu dimasukkannya sebagai sebahagian daripada
kawasan Baqi’ agar kuburan Uthman juga termasuk di dalamnya. Bagi
mereka yang berziarah ke Baqi’ maka dia akan melihat hakikat ini dengan
jelas sekali.
Aku berasa bertambah hairan ketika aku mengetahui bahawa Fatimah
Zahra AS adalah orang yang pertama menyusul ayahnya. Antara wafat
Rasul dengan wafatnya Fatimah AS hanya dipisahkan dengan enam bulan
sahaja (mengikut pendapat yang paling lama) tetapi beliau tidak
dikebumikan di sisi ayahnya!
Jika Fatimah Zahra’ yang berwasiat agar dikebumikan secara rahsia, dan
tidak dikuburkan dekat dengan kuburan ayahnya seperti yang disebutkan
di atas, lalu apa pula terjadi dengan jenazah putranya Hasan yang tidak
dikuburkan dekat dengan datuknya Nabi SAWA? (Ummul Mukminin)
Aisyah telah melarangnya untuk dikebumikan di sana. Ketika Husayn
datang untuk mengkebumikan abangnya Hasan di sisi kuburan datuknya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 152
Nabi SAWA, Aisyah datang dengan menunggang baghalnya dan berteriak:
Jangan dikuburkan di rumahku orang yang tidak aku sukai. Bani Umaiyyah
dan Bani Hasyim telah berbaris hampir berperang, tetapi Imam Husayn
berkata kepada Aisyah bahawa dia akan membawa jenazah abangnya
sahaja ke kuburan datuknya, lalu akan dikuburkan di Baqi’. Imam Hasan
berpesan agar jangan tertumpah setitis pun darah kerananya.
Ibnu Abbas mendendangkan syairnya kepada Aisyah:
Kau tunggangi unta [69]
Kau tunggani baghal [70]
Kalau kau terus hidup
Kau akan tunggangi gajah
Sahammu kesembilan dari seperlapan
tapi telah kau ambil semuanya
Ini adalah contoh dari rangkaian hakikat yang sungguh menghairankan.
Bagaimana Aisyah mewarisi pusaka semua rumah Nabi sementara isteriisteri
baginda berjumlah sembilan, seperti yang diungkapkan oleh Ibnu
Abbas di atas.
Jika Nabi tidak meninggalkan waris seperti yang disaksikan oleh Abu
Bakar dan melarangnya dari Fatimah, lalu bagaimana Aisyah mewarisi
pusaka Nabi? Apakah ada di dalam al-Qur’an suatu ayat yang
memberikan hak pusaka kepada isteri dan menyekatnya dari anak
perempuan? Ataukah politik yang merubah segala sesuatu sehingga
mengharamkan si anak perempuan dari menerima segala sesuatu dan
memberikan kepada si isteri segala sesuatu?
Di sini saya akan bawakan suatu kisah yang disebutkan oleh sebahagian
ahli sejarah dan ada kaitan dengan cerita tentang harta pusaka ini.
Ibnu Abil Hadid al-Mu’tazili di dalam bukunya Syarh Nahjul Balaghah
berkata:”Aisyah dan Hafsah mendatangi Uthman di masa
kekhalifahannya. Mereka meminta agar pusaka Nabi tersebut diberikan
kepada mereka. Sambil membetulkan cara duduknya, Uthman berkata
kepada Aisyah:”Engkau bersama orang yang duduk itu pernah datang
membawa seorang Badwi yang bersuci dengan air kencingnya dan
menyaksikan bahawa Nabi SAWA bersabda:”Kami para Nabi tidak
meninggalkan apa-apa warisan. Maka apa yang kalian minta ini? Dan jika
memang Nabi meninggalkan warisan pusaka, kenapa kalian larang haknya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 153
Fatimah? Lalu Aisyah keluar dari rumah Uthman sambil marah-marah dan
berkata: Bunuhlah si Na’thal ini, dia telah kufur” [71].
3. Ali Lebih Utama Untuk Diikuti
Di antara sebab yang mendorongku untuk mengikut madzhab Syiah ini
dan meninggalkan tradisi para leluhur adalah pertimbangan akal dan naql
(aqliyah dan naqliyah) antara Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar.
Seperti yang aku sebutkan pada halaman-halaman yang lalu bahawa aku
sesungguhnya sepenuhnya berpegang kepada ijmak yang sepakati oleh
Ahlul Sunnah dan Syiah. Dan ku telah mengkaji di berbagai kitab dua
madzhab ini, dan tidak aku temui ijmak atau persepakatan pendapat
melainkan berkenaan Ali bin Abi Talib. Sunnah dan Syiah telah
bersepakati tentang keimamahannya Ali sebagaimana yang dicatatkan di
dalam nas-nas berbagai kitab rujukan dua madzhab itu.Sementara
tentang keimamahan Abu Bakar hanya dikatakan oleh sekelompok
tertentu kaum Muslimin sahaja. Di atas telah kami sebutkan ucapan Umar
tentang pembai’ahan terhadap Abu Bakar.
Demikian juga tentang keutamaan dan keistimewaan Abi bin Abi Talib
yang diriwayatkan oleh Syiah di dalam kitab-kitab mereka mempunyai
sanad dan kesahihannya yang tidak dapat digugat seperti di dalam kitabkitab
Sunnah juga. Bahkan ianya diriwayatkan melalui berbagai jalur yang
tidak dapat diragukan lagi. Banyak sahabat telah meriwayatkan hadith
berkenaan keutamaan Ali ini, sehingga Ahmad bin Hanbal
mengatakan:”Tidak satu pun sahabat Nabi yang memiliki keutamaan
sebagaimana Ali bin Abi Talib”[72].
Al-Qadhi Ismail dan an-Nasai serta Abu Ali an-Naisaburi berkata:”Tidak
satupun hadith-hadith keutamaan sahabat yang diriwayatkan dengan
isnad-isnad yang hasan sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali” [73].
Melihat kaum Bani Umaiyyah telah memaksa setiap orang yang berada di
Barat dan di Timur untuk mencaci dan melaknatnya serta tidak
menyebutkan tentang keutamaan Ali, bahkan melarang sesiapa pun
daripada menggunakan namanya, bagaimanapun keutamaan-keutamaannya
tetap memancar dan menyerlah keluar. Imam Syafie berkata berkenaan
dengan ini:”Aku sungguh hairan akan seseorang yang kerana dengki
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 154
musuh-musuhnya telah menyembunyikan keutamaannya dan kerana takut
pencinta-pencintanya tidak menyebutkannya namun tetap sahaja ianya
tersebar dan memenuhi buku-buku”.
Berkenaan dengan Abu Bakar juga telah aku kaji dengan teliti di dalam
berbagai kitab dua madzhab itu. Tetapi kitab-kitab Sunnah yang
menyebutkan tentang keutamaan-keutamaannya juga tidak dapat
menyamai atas menyaingi keutamaan-keutamaan Imam Ali bin Abi
Talib.Itupun diriwayatkan sama ada oleh puterinya Aisyah yang kita kenal
sikapnya terhadap Imam Ali, dimana beliau berusaha sekuat tenaga untuk
menonjolkan ayahnya walau dengan menciptakan hadith-hadith yang
palsu; atau diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dimana beliau juga
diantara orang-orang yang menjauhkan diri daripada Imam Ali. Abdullah
bin Umar ini pernah menolak membai’ah Imam Ali setelah semua kaum
Muslimin sepakat untuk mengangkatnya sebagai Imam, dan pernah
berkata bahawa orang yang paling utama setelah Nabi adalah Abu Bakar
kemudian Umar dan kemudian Uthman, lalu tiada seorang pun yang lebih
utama daripada yang lainnya, semua adalah sama [74]. Yakni, Abdullah bin
Umar ingin menyatakan bahawa Imam Ali adalah manusia awam biasa yang
tidak mempunyai apa-apa keutamaan. Lalu bagaimana Abdullah bin Umar
dapat menyembunyikan dirinya dari hakikat-hakikat yang telah
dinyatakan oleh pemuka-pemuka ummah bahawa tiada suatu hadith pun
berkenaan dengan sahabat yang diriwayatkan secara isnad yang hasan
(baik) sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali bin Abi Talib? Apakah
Abdullah bin Umar tidak pernah mendengar satu keutamaan pun tentang
Ali bin Abi Talib? Demi Allah beliau pernah mendengarnya. Tetapi politik,
ya politik, yang pernah memutar belit segala kebenaran dan menciptakan
berbagai keanehan
Orang-orang yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar antara
lain Amr bin As, Abu Hurairah. Urwah bin Zubair dan Ikramah. Sejarah
menyingkapkan bahawa mereka adalah lawan-lawan Ali dan memeranginya.
Sam ada dengan sejata atau menciptakan berbagai keutamaan untuk
musuh-musuh dan lawan-lawannya. Imam Ahmad bin Hanbal berkata:”Ali
banyak mempunyai musuh. Musuh-musuh itu cuba untuk mencari sesuatu
yang mungkin boleh mencelanya, namun tidak mereka menjumpai.
Kemudian mereka mencari seorang yang pernah memeranginya lalu
diciptakanya keutamaan-keutamaan itu sebagai sikap tipu-daya mereka
terhadap Ali”[75]. Tetapi Allah berfirman:”Sebenarnya mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 155
merancangkan tipu-daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Kerana itu
beri tangguhlah orang-orang kafir itu barang sebentar (S:86: 15-17).
Sungguh merupakan mukjizat Allah keutamaan-keutamaan Ali dapat
terserlah atau mencelah setelah enam abad pemerintahan-pemerintahan
yang zalim menzalimi dirinya dan kaum kerabatnya. Dinasti Bani Abbas
tidak kurang dari Bani Umaiyyah di dalam membenci, dengki dan menipuhelah
kaum kerabat Nabi SAWA sehingga Abu Faras Hamdani berkata:
“Apa yang dilakukan oleh putera-putera Banu Harb terhadap mereka
Walau sungguh dahsyat
Tetapi tidaklah sedahsyat kezaliman kalian lakukan
Berapa banyak pelanggaran terhadap agama yang kalian lakukan
Berapa banyak darah keluarga Rasulullah yang kalian tumpahkan
Kalian mengaku sebagai pengikut
Sementara tangan kalian penuh berlumuran darah anak-anaknya yang
suci”.
Setelah ucapan-ucapan itu semua dan setelah segala kekaburan menjadi
terang maka biarlah Allah menjadi Hujjah Yang Unggul, dan manusia
tidak lagi mempunyai alasan di hadapanNya.
Walaupun Abu Bakar adalah khalifah pertama dan mempunyai kekuasaan
seperti yang kita ketahui, walaupun pemerintahan Umaiyyah menyogokkan
segala bonus dan upah kepada setiap orang yang meriwayatkan tentang
keutamaan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, walaupun riwayat-riwayat
keutamaan Abu Bakar diciptakan begitu banyak dan memenuhi lembaranlembaran
buku, walau itu semua namun ianya tidak dapat menyamai hatta
sepersepuluh dari keutamaan Ali.
Bahkan jika anda kaji hadith-hadith yang diriwayatkan tentang
keutamaan Abu Bakar maka anda akan dapati bahawa ianya tidak sejalan
dengan apa yang dicatatkan oleh sejarah tentang berbagai tindakannya
yang bercanggah dengan apa yang diperkatakan tentang keutamaan itu;
bahkan bercanggah dengan akal dan syarak. Dan ini telah kami jelaskan
ketika membicarakan hadith yang bermaksud:”Seandainya iman Abu
Bakar ditimbang dengan imannya ummatku maka iman Abu Bakar akan
lebih berat”. Seandainya Rasulullah SAWA tahu bahawa iman Abu Bakar
sedemikian hebatnya maka baginda tidak akan meletakkannya di bawah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 156
pimpinan komandan tentera Usamah bin Zaid, dan baginda tidak akan
enggan untuk memberikan kesaksian kepadanya sebagaimana yang
baginda pernah berkata kepadanya: sungguh aku tidak tahu apa yang akan
kau lakukan sepeninggalanku kelak, sehingga Abu Bakar menangis” [76].
Baginda juga tidak akan mengutus Ali bin Abi Talib untuk mengambil
Surah Bara’ah yang telah diberikannya kepada Abu Bakar dan
melarangnya membacakannya [77]. Baginda juga tidak akan berkata pada
hari pemberian panji untuk peperangan Khaibar:”Akan aku berikan panji
ini esok kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai
oleh Allah dan RasulNya. Dia terus akan maju dan tidak pernah akan
berundur. Allah telah menguji hatinya dengan keimanan”. Lalu baginda
telah memberikannya kepada Ali dan memberikannya kepada Abu Bakar”
[78].
Seandainya Allah Tahu bahawa imannya Abu Bakar sedemikian tinggi dan
imannya itu melebihi iman semua ummat Muhammad SAWA maka Allah
tidak akan pernah mengecamnya untuk menggugurkan amal-amalnya
ketika beliau mengangkat suara lebih dari suara Nabi SAWA [79].
Seandainya Ali dan sahabat-sahabatnya tahu bahawa Abu Bakar memiliki
keimanan yang sedemikian tinggi maka mereka tiada alasan untuk menolak
bai’ah kepadanya. Seandainya Fatimah Zahra’, Penghulu Semua Wanita,
mengetahui ketinggian darjat imanya Abu Bakar maka dia tidak akan
pernah marah kepadanya dan tidak akan enggan berbicara dengannya,
menjawab salamnya dan mendoakan kecelakaannya pada akhir setiap
solatnya [80]. Lalu beliau tidak mengizinka Abu Bakar (seperti yang
diwasiatkannya) untuk menghadiri pemakaman jenazahnya. Seandainya
Abu Bakar sendiri tahu tentang ketinggian imannya maka beliau tidak
akan memecah (pintu) rumah Fatimah Zahra’ walau mereka telah
menutup pintunya sebagai protes. Abu Bakar juga tidak akan membakar
al-Fuja’ah al-Salami, dan tidak akan menyerahkan kepada Umar atau Abu
Ubaidah perkara khalifah pada hari Saqifah itu [81].
Orang yang mempunyai darjat iman demikian tinggi dan lebih berat dari
iman semua ummat yang ada tentu tidak akan pernah menyesal di akhirakhir
hayatnya atas perbuatannya terhadap Fatimah dan tindakannya
yang membakar al-Fuja’ah asl-Salami serta kekhalifahan yang
dipegangnya. Sebagaimana dia juga tidak akan pernah berangan-angan
untuk tidak menjadi manusia, dan sekadar menjadi sehelai rambut atau
kotoran haiwan. Apakah iman orang seperti ini setaraf dengan iman umat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 157
Islam bahkan lebih berat lagi?
Jika kita kaji hadith yang bermaksud:”Seandainya aku harus mengambil
seorang sahabat (kholil) maka aku akan ambil Abu Bakar sebagai
“kholilku” maka ianya serupa dengan hadith sebelum ini. Mana Abu Bakar
pada hari penyaudaraan-kecil (Muakhoh-sughro) di Mekah sebelum
Hijrah, dan pada hari peryaudaraan-besar (Muakho-kubro) di Madinah
setelah Hijrah. Di dalam dua peristiwa ini, Rasulullah hanya menjadikan
Ali sebagai saudaranya, sehinggalah baginda bersabda:”Engkua adalah
saudaraku di dunia dan di akhirat [82]. Baginda tidak menoleh kepada
Abu Bakar dan enggan mengikat tali persaudaraan-akhirat dengannya
sebagaimana baginda enggan mengikat tali persaudaraan dengannya di
dunia.
Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan permasalahan ini dengan lebih
panjang lagi, dan saya cukupkan sekadar membawa dua contoh di atas
yang saya kutip dari buku-buku Ahlul Sunnah sendiri. Adapun Madzhab
Syiah memang menolak kesahihan hadith ini, dan mengatakan dengan
hujah-hujah yang sangat kuat bahwa ianya diciptakan tidak lama setelah
kematian Abu Bakar.
Jika kita tinggalkan sifat-sifat yang utama dan mengkaji tentang dosadosa
yang pernah dilakukan, maka kita tidak akan menemukan satu dosa
pun yang dilakukan oleh Ali bin Abi Talib yang tercatat di dalam buku dua
madzhab ini. Sementara kita menemukan orang-orang selainnya
melakukan dosa-dosa tersebut, sebagaimana yang tercatat di dalam
berbagai buku-buku Ahlul Sunnah seperti Kutub Sihah dan berbagai kitab
sejarah.
Itu bererti bahawa ijmak dua madzhab hanya mengkhususkan Ali sendiri
yang tidak melakukan apa-apa dosa sebagaimana sejarah menegaskan
bahawa bai’ah yang benar hanya bai’ah yang diberikan kepada Ali
semata-mata. Beliau enggan menerima jawatan khalifah, namun dipaksa
oleh Muhajirin dan Ansar. Beliau juga tidak memaksa orang yang enggan
memberikan bai’ah kepadanya. Sementara bai’ah Abu Bakar dilakukan
sangat tergesa-gesa yang Allah telah pelihara kaum Muslimin dari
keburukannya sebagaimana yang diistilahkan oleh Umar. Dan khalifah
Umar dilakukan berdasarkan penobatan yang diberikan oleh Abu Bakar
kepadanya, sementara pengangkatan Uthman sebagai khalifah semacam
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 158
suatu sejarah komedi. Lihatlah, Umar menamakan enam orang sebagai
calon khalifah dan mewajibkan mereka memilih satu di antara mereka.
Beliau berkata: jika empat bersepakat dan dua menentang maka bunuhlah
yang dua; dan jika enam orang ini berpecah tiga – tiga dan membentuk
dua kelompok; maka pilihlahpendapat kelompok yang di dalamnya ada
Abdul Rahman bin Auf. Dan jika masa telah berlalu sementara mereka
belum bersepakat juga maka bunuhlah mereka semua. Ceritanya panjang
dan aneh sekali.
Al-hasil, Abdul Rahman bin Auf memilih Ali dengan syarat memerintah
berdasarkan panduan Kitab Allah, Sunnah Nabi, dan Sunnah Syaikhain,
yakni Abu Bakar dan Umar. Ali menolak syarat ini dan Uthman
menerimanya. Maka jadilah Uthman sebagai khalifah. Ali keluar dari
majlis itu, dan beliau telah tahu natijah yang akan terjadi. Hal ini
diucapkannya di dalam khutbahnya yang terkenal dengan nama as-
Syiqsyiqiyah.
Setelah Ali maka Muawiyah yang “memegang” jabatan khalifah. Di
tangannya khalifah telah digantikan dengan dinasti kekaisaran (raja-raja)
yang berpindah-tangan dari generasi ke generasi Bani Umaiyyah.
Kemudian berpindah pula ke tangan Bani Abbas.
Khalifah berikutnya hanya dipilih dengan ketentuan sang khalifah atau
dengan kekuatan pedang atau penggulingan. Sistem bai’ah yang benar di
dalam sejarah Islam tidak pernah wujud, bermula dari zaman para
khalifah sehingga ke zaman Kamal Atarturk, melainkan bai’ah yang
pernah diberikan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.
Hadith-hadith Berkenaan Dengan Ali Menyirat Erti Wajib Ikut
Di antara hadith-hadith yang mengikatku dan mendorongku untuk
mengikut Imam Ali adalah hadith yang diriwayatkan oleh berbagai Kitab
Sihah Ahlul Sunnah yang telah dijelaskan kesahihannya; sementara
hadith-hadith di dalam Madzhab Syiah sendiri mereka memiliki hadithhadith
serupa itu berlipat ganda jumlahnya. Namun aku – seperti biasa -
tidak akan berhujah dan berpegang kecuali kepada hadith-hadith yang
telah disepakati oleh kedua madzhab. Di antara hadith-hadith tersebut
adalah:
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 159
1. Hadith:”Aku kota ilmu dan Ali pintunya” (Ana Madinatul ilm wa Aliyyun
babuha) [83].
Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menentukan teladan yang mesti
dikuti selepas Nabi SAWA. Mengingatkan bahawa orang yang berilmu
adalah lebih utama untuk diikuti jika dibandingka dengan orang yang jahil.
Allah berfirman:”Katakanlah apakah sama antara orang yang berilmu
dengan orang yang tidak berilmu”. Dan firmanNya:”Apakah seseorang
yang menunjukkanmu kepada kebenaran lebih utama untuk diikuti ataukah
orang yang tidak membimbingmu kecuali ia perlu dibimbing. Maka
bagaimana kalian membuat keputusan?” Jelas bahawa orang alimlah yang
tahu membimbing sementara orang jahil perlu mendapatkan bimbingan,
bahkan ia perlu bimbingan lebih dari orang lain.
Dalam hal ini sejarah telah mencatatkan kepada kita bahawa Imam Ali
adalah sahabat yang paling alim tanpa sedikitpun bantahan. Dahulunya
mereka merujuk kepada Ali di dalam perkara-perkara yang pokok. Dan
kita tidak pernah tahu yang Ali pernah merujuk kepada mereka walau
satu kali sekalipun. Dengarlah apa yang dikatakan oleh Abu
Bakar:”Semoga Allah tidak menetapkanku di suatu tempat yang ada
masalah kalau Abul Hasan (Ali) tidak hadir di sana”. Umar
berkata:”Kalaulah Ali tiada maka celakalah Umar” [84]. Ibnu Abbas
berkata:”Apalah ilmuku dan ilmu sahabat-sahabat Muhammad
dibandingkan dengan ilmu Ali. Perbandingannya bagaikan setitis air
dengan tujuh samudera”.
Imam Ali sendiri berkata:”Tanyalah aku sebelum kalian kehilanganku.
Demi Allah, tiada soalan yang kalian hadapkan padaku sehingga hari
kiamat kecuali aku beritahu kalian apa jawapannya. Tanyalah kepadaku
tentang Kitab Allah. Demi Allah, tiada suatu ayatpun kecuali aku tahu
apakah ianya diturunkan di waktu malam atau siang, di tempat yang datar
atau di pergunungan”[85].
Sedangkan Abu Bakar ketika ditanya, makna Abban dari firman Allah,
beliau berkata:”Langit mana yang dapat melindungiku, bumi mana yang
dapat aku jadikan tempat berpijak daripada berkata sesuatu di dalam
Kitab Allah apa yang tidak aku ketahui.
Umar bin Khatab berkata:”Semua orang lebih faqih daripada Umar, hatta
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 160
perempuan-perempuan”. Ketika beliau ditanya tentang suatu ayat di
dalam Kitab Allah, beliau sangat marah sekali kepada orang yang
bertanya itu, lalu memukulnya dengan cambuk sehingga melukainya.
Katanya:”Jangan kalian tanya tentang sesuatu yang jika nampak kepada
kalian, maka kalian akan terasa tidak enak [86]. Sebenarnya beliau
ditanya tentang makna Kalalah tetapi tidak tahu menjawabnya.
Di dalam tafsirnya, Tabari meriwayatkan dari Umar yang
berkata:”Seandainya aku tahu apa makna kalalah maka itu lebih aku sukai
daripada memiliki seperti istana-istana di Syam”.
Ibnu Majah di dalam Sunannya meriwayatkan dari Umar bin Khatab yang
berkata:”Tiga hal yang jika Rasulullah SAWA telah menjelaskannya maka
itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya: al-kalalah, ar-riba, dan
al-khilafah.
Subhanallah! Mustahil Rasulullah diam di dalam perkar-perkara itu dan
tidak menjelaskan maksudnya.
2. Hadith: “Hai Ali, kedudukanmu di sisiku bagaikan kedudukan Harun di
sisi Musa, hanya saja tiada Nabi selepasku”.
Hadith ini seperti difahami oleh orang-orang yang berakal menyirat
makna keutamaan dan kekhususan Amir al-Mukminin Ali di dalam
menyandang kedudukan wazir, wasi dan khalifahnya Musa ketika beliau
berangkat menemui Tuhannya. Ia juga menyirat erti bahawa kedudukan
Imam Ali adalah umpama kedudukan Harun AS. Kedua-duanya sangat
mirip sekali melainkan kenabian saja seperti yang dikecualikan oleh
hadith itu sendiri. Ia juga bermakna bahawa Imam Ali adalah sahabat
yang paling utama dan paling mulia selepas Nabi SAWA itu sendiri.
3. Hadith: “Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Alilah maulanya
(pemimpin). Ya Allah, bantulah mereka yang mewila’nya, dan musuhilah
mereka yang memusuhinya. Jayakanlah mereka yang menjayakannya, dan
hinakanlah mereka yang menghinanya, dan liputilah haq bersamanya
dimana jua dia berada”.
Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menolak dugaan orang yang
mengutamakan Abu Bakar, Umar dan Uthman di atas seseorang yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 161
telah dilantik oleh Rasulullah SAWA sebagai pemimpin kaum Mukminin
selepasnya. Tidak ada makna mereka yang mentakwilkan maksud hadith
ini sebagai pencinta dan pembantu agar memalingkannya dari maknanya
yang asal seperti yang dimaksudkan oleh Nabi SAWA dengan alasan
untuk menjaga kemuliaan martabat sahabat. Ini kerana Nabi SAWA
ketika berdiri berkhutbah dalam keadaan panas terik itu
berkata:”Bukankah kalian menyaksikan bahawa aku adalah lebih utama
dari orang-orang Mukminin terhadap diri mereka sendiri? (Alasta aulabikum
min-anfusakum) Mereka menjawab:”Ya, Rasulullah. Kemudian beliau
SAWA bersabda lagi:”Siapa yang menjadikan aku sebagai maulanya maka
inilah Ali maulanya….”(man kuntu maulahu fa-haza Aliyyin maulahu).
Nas ini sangat jelas di dalam melantik Ali sebagai khalifah untuk
umatnya. Orang yang berakal, adil dan insaf tidak dapat menolak maksud
hadith ini lalu menerima takwilan yang direka-reka oleh sebahagian orang
demi menjaga kemuliaan sahabat dengan mengorbankan kemuliaan Rasul
SAWA. Mengingatkan bahawaa penakwilan seumpama ini bermakna
meremehkan dan mencela kebijaksanaan Rasul yang telah menghimpun
ribuan manusia di dalam keadaan cuaca yang sangat terik dan panas itu
hanya sekadar ingin mengatakan bahawa Ali adalah pencinta kaum
Mukminin dan pembela mereka. Bagaimana mereka akan menafsirkan
ucapan tahniah yang diberikan oleh deretan orang-orang Mukminin
kepada Ali selepas perlantikan itu, yang sengaja diciptakan oleh Nabi
SAWA? Mula dari isteri-isteri Nabi lalu kemudian Abu Bakar, dan Umar
yang berkata:”Tahniah, tahniah untukmu wahai putra Abu Talib. Kau kini
telah menjadi pemimpin orang-orang Mukminin, lelaki atau perempuan”.
Fakta dan sejarah telah menyaksikan bahawa orang-orang yang mentakwil
adalah orang-orang yang berdusta.Celakalah apa yang mereka tulis denga
tangan mereka. Firman Allah:”Dan sesungguhnya sebahagian di antara
mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui” (Al-
Baqarah: 146).
4. Hadith: “Ali dariku dan aku dari Ali. Tiada siapa pun yang mewakili
tugasku kecuali aku sendiri atau Ali”[87].
Hadith ini juga dengan jelas menyatakan bahawa Imam Ali adalah satusatunya
orang yang diberikan kepercayaan oleh Nabi untuk mewakili
tugasnya. Baginda menyatakan ini ketika mengutusnya untuk membacakan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 162
Surah Bara’ah yang mula-mula Nabi serahkan kepada Abu Bakar. Abu
Bakar kembali dan menangis. Katanya: Ya Rasulullah, apakah ada ayat
turun berkenaan dengannya? Rasulullah menjawab:”Sesungguhnya Allah
menyuruhku atau Ali saja yang melaksanakan tugas ini”.
Hadith ini juga mendukung sabda Nabi yang lain kepada Ali:”Engkau hai
Ali menjelaskan kepada umatku apa yang mereka perselisihkan setelah
ketiadaanku” [88].
Jika tiada orang yang diberikan kepercayaan oleh Rasulullah kecuali Ali,
dan beliaulah yang sepatutnya menjelaskan kepada umat ini segala
perselisihan mereka, maka bagaimana orang yang tidak mengetahui makna
kalimat abba dan kalimat kalalah boleh menyingkirkannya? Sungguh ini
merupakan musibah besar yang menimpa ke atas umat ini,dan yang
menghalangnya dari menjalankan tugas penting yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT. Tetapi cukup hujjah Allah, hujjah RasulNya dan hujjah
Amirul Mukminin. Mereka yang engkar dan tidak patuh ini mesti
mengajukan hujjah kelak di hadapan Alla SWT. Allah berfirman:”Apabila
dikatakan kepada mereka marilah mengikuti apa yang diturunkan oleh
Allah dan mengikuti Rasul. Mereka menjawab: cukup untuk kami apa yang
kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya.Dan apakah mereka akan
mengikuti juga nenek moyang mereka walau pun nenek moyang mereka itu
tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk” (Al-Maidah:
104).
5. Hadith al-Dar Yaum al-Indzar
Bersabda Nabi SAWA sambil menunjuk kepada Ali:”Sesungguhnya ini
adalah saudaraku, wasiku, dan khalifahku selepasku. Maka dengarlah dan
taatlah kepadanya” [89].
Hadith ini juga terbilang di antara hadith-hadith sohih yang dinukil oleh
ahli-ahli sejarah ketika menceritakan peristiwa-peristiwa pertama yang
berlaku di masa awal kebangkitan Nabi SAWA. Mereka menganggapnya
sebagai bahagian dari mukjizat Nabi SAWA. Tetapi politik telah
merubah dan memalsukan kebenaran-kebenaran dan fakta-fakta.Tidak,
memang aneh. Kerana apa yang pernah berlaku di zaman kegelapan
tersebut kini berulang lagi di zaman sekarang. Lihatlah Muhammad
Husain Haikal. Beliau telah menuliskan hadith ini secara sempurna di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 163
dalam bukunya “Kehidupan Muhammad” pada halaman 104, cetakan
pertama tahun 1334H tetapi di dalam cetakan kedua dan seterusnya
sebahagian dari isi hadith Nabawi ini, yakni kalimat “wasiku dan
khalifahku” dihapuskan dan dipadam. Mereka juga telah menghapuskan
dari kitab TafsirTabari Jilid 19, halaman 121 bahagian dari sabda Nabi
berikut “Wasiku dan khalifahku” dan menggantikan dengan kalimat
“Inilah saudaraku dan begini dan begitu….!” Mereka lalai bahawa Tabari
telah menyebutkan hadith itu secara sempurna di dalam kitab sejarahnya
Jilid ke-2, pada halaman 319. Lihatlah betapa mereka telah merubahrubah
kalimat dari tempatnya yang asal dan memutar-balik fakta-fakta.
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah
tetap akan menyalakan cahayaNya….
Ketika aku masih mengkaji aku ingin menyaksikan dengan mataku sendiri
apa-apa yang telah terjadi. Aku cari buku Kehidupan Muhammad cetakan
pertamanya. Akhirnya aku temui juga setelah mengharungi berbagai liluliku
yang sulit dan melelahkan. Alhamdulillah, atas semua ini. Yang penting
aku telah saksiakan sendiri perubahan itu. Aku bertambah yakin bahwa
tangan-tangan jahat cuba dengan segala usaha untuk menghapuskan
kebenaran-kebenaran yang memang telah terbukti wujud. Kerana mereka
menganggap bahawa ini adalah hujjah kuat yang akan digunakan oleh
“musuhnya!”
Tetapi bagi seseorang pengkaji yang adil ketika menyaksikan perubahan
seumpama ini dia akan berasa bertambah yakin. Tanpa ragu-ragu lagi dia
akan berkata bahawa sebenarnya di pihak lain tidak mempunyai hujah
yang kuat melainkan berusaha juga untuk menggunakan tipu helaj dan
memutarbelitkan fakta-fakta yang ada dengan cara dan bagaimana mahal
sekalipun.Mereka telah mengupah penulis-penulis tertentu dan
menghulurkan kepada mereka berbagai kekayaan, gelaran, ijazah-ijazah
perguruan tinggi yang palsu, agar mereka dapat menuliskan segala
sesuatu yang mereka inginkan sama ada buku atau makalah-makalah
tertentu. Yang penting tulisan itu mencaci Syiah dan mengkafirkan
mereka, serta membela dengan sedaya upaya (walau itu batil) “kemuliaan”
sebahagian sahabat yang telah menyeleweng dari kebenaran dan yang
telah merubah yang hak menjadi batil selepas ketiadaan Rasulullah
SAWA. Firman Allah SWT:”Demikian pula orang-orang yang sebelum
mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa.
Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 164
kaum yang yakin” (Al-Baqarah: 118) Maha Benar Allah Yang Maha Agung.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 165
Hadith-hadith Sahih Yang Mewajibkan Ikut Ahlul Bayt AS
1. Hadith al-Thaqalain (Dua Pusaka Berat)
Bersabda Rasulullah SAWA:”Wahai manusia, aku tinggakan kepada kalian
sesuatu yang jika kalian berpegang teguh kepadanya, maka kalian tidak
akan tersesat selama-lamanya: Kitabullah dan Itrahku, Ahlul Baytku.”
Sabdanya lagi:”Utusan Tuhanku tidak lama lagi akan datang, dan aku
segera menyahutinya. Sungguh, aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka
berat (thaqalain): pertama Kitab Allah. Di dalamnya, ada petunjuk dan
cahaya. Kedua: Ahlul Baytku. Aku ingatkan kalian kepada Allah tentang
Ahlul Baytku ini, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baytku
ini” [90].
Jika kita renungkan makna hadith yang mulia ini, yang diriwayatkan oleh
buku-buku hadith sahih Ahlul Sunnah Wal Jamaah, maka kita dapati
bahawa hanya Syiah sahaja yang mengikuti Thaqalain ini: Kitab Allah dan
keluarga Nabi yang suci. Sementara Ahlul Sunnah ikut kata-kata
Umar:”Cukuplah untuk kami Kitab Allah sahaja.”
Oh, alangkah bahagianya jika mereka benar-benar ikut Kitab Allah, tanpa
menakwilkannya mengikut hawa nafsu mereka. Jika Umar sendiri tidak
faham apa makna kalalah, tidak tahu ayat tayammum dan berbagai
hukum-hukum yang lain, maka bagaimana mereka yang datang kemudian
lalu mentaklidnya (mengikutnya) tanpa berijtihad, atau berijtihad dengan
pandangannya semata-mata di dalam nas-nas Qurani.
Mereka tentu akan menjawabku dengan suatu hadith yang diriwayatkan
di sisi mereka:”Aku tinggalkan kepada kalian Kitab Allah dan
Sunnahku”[91].
Hadith ini kalaulah sohih dari segi sanadnya, maka ia benar di dalam
maknanya meingatkan makna Itrah di dalam sabda Nabi SAWA di dalam
Hadith as-Thaqalain di atas adalah merujuk kepada Ahlul Bayt agar
mereka mengajarkan kepada kalian pertamanya – Sunnahku, atau mereka
akan meriwayatkan kepada kalian hadith-hadith yang sahih. Mengingat
mereka adalah orang-orang suci dari segala sifat dusta dan Allah telah
mensucikan mereka dengan ayat Tathirnya. Kedua; agar mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 166
menafsirkan kepada kalian makna-makna ayat dan maksud-maksudnya,
mengingat Kitab Allah semata-mata tidak cukup sebagai bimbingan.
Betapa banyak golongan-golongan yang sesat berhujah dengan Kitab
Allah. Sebagaimana juga sabda Nabi SAWA:”Betapa banyak pembaca al-
Qur’an sementara al-Qur’an sendiri melaknatnya”. Kitab Allah bersifat
diam dan membawa berbagai tafsiran. Di dalamnya ada yang mutasyabih
dan ada juga yang muhkamat. Untuk memahaminya mesti merujuk kepada
orang-orang yang rusukh di daam ilmunya – ikut istilah al-Qur’an – dan
ikut bimbingan Ahlul Bayt Nabi seperti yang ada di dalam hadith-hadith
Nabi SAWA.
Syiah merujuk segala sesuatu kepada para imam yang maksum dari
kalangan keluarga Nabi SAWA. Dan mereka tidak berijtihad melainkan
jika memang tidak ada nas berkenaan dengannya. Sementara kita
merujuk segala sesuatu kepada sahabat, sama ada di dalam tafsir al-
Qur’an atau Sunnah Nabawi. Kita telah tahu sikap-sikap sahabat, apa
yang mereka lakukan dan ijtihad dengan menggunakan pandangan mereka
semata-mata yang bertentangan dengan nas-nas yang jelas. Jumlahnya
ratusan. Dan kita tidak boleh berpegang kepada seumpama itu setelah
diketahui apa yang mereka lakukan.
Jika kita tanyakan ulama-ulama kita sunnah apa yang mereka ikuti?
Mereka akan menjawab: Sunnah Rasulullah SAWA. Sementara fakta
sejarah mengingkari kenyataan itu. Mereka meriwayatkan bahawa Rasul
bersabda:”Berpeganglah kalian kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa
Rasyidin selepasku. Peganglah ia demikian kuat bagaikan mengigit dengan
gigi geraham kalian.”Dengan demikian sunnah yang diikuti kebanyakannya
adalah sunnah para Khulafa Rasyidin hatta sunnah Rasul sendiri yang
mereka katakan itu adalah riwayat dari jalur mereka.
Kita juga meriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis sahih bahawa Rasul
pernah melarang mereka menuliskan sunnahnya agar kelak tidak
bercampur dengna ayat-ayat al-Qur’an. Demikianlah apa yang dilakukan
oleh Abu Bakar dan Umar semasa pemerintahannya. Dengan demikian
ucapan kita “Aku tinggalkan kepada kalian Sunnahku…”[92] tidak
mempunyai hujah yang kuat lagi.
Contoh-contoh yang aku sebutkan ini dan yang tidak aku sebutkan
jumlahnya jauh berlipat ganda – sudah cukup untuk menolak hadith ini.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 167
Mengingatkan bahawa dari sunnahnya Abu Bakar, Umar dan Uthman
bercanggah dengan Sunnah Nabi bahkan membatalkannya sama sekali
seperti yang nampak jelas.
Peristiwa pertama yang berlaku segera selepas wafatnya Nabi SAWA
yang dicatatkan oleh Ahlul Sunnah dan ahli sejarah adalah kritik Fatimah
Zahra terhadap Abu Bakar yang berhujah dengan sebuah hadith “Kami
para Nabi tidak meninggalkan warisan pusaka. Apa yang kami tinggalkan
adalah sadaqah”.
Hadith ini ditolak oleh Fatimah Zahra berdasarkan Kitab Allah. Beliau
berhujah kepada Abu Bakar bahawa ayahnya Rasulullah tidak mungkin
akan menyalahi Kitab Allah yang diturunkan kepadanya. Allah berfirman:”
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anakanakmu.
Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua
orang anak perempuan” (Al-Qur’an Surah al-Baqarah: 11). Ayat ini umum
dan meliputi para Nabi dan bukan nabi. Fatimah juga berhujah dengan
firman Allah “Dan Sulaiman telah mewarisi Daud “(Surah 27:16). Dan
kedua-dua mereka adalah nabi. Juga firman Allah “Maka anugerahilah aku
dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi
sebahagian keluarga Ya’qub, dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku, seorang yang
diredhai” (Surah 19:5-6)
Peristiwa kedua yang berlaku di zaman pertama khilafah Abu Bakar dan
dicatat rapi oleh ahli-ahli sejarah yang bermadzhab Sunnah adalah
perselisihannya dengan orang yang paling rapat dengannya iaitu Umar bin
Khattab.
Secara ringkas, Abu Bakar mengambil keputusan untuk memerangi orangorang
yang enggan membayar zakat sementara Umar menentang
pendapatnya. Umar berkata: mereka tidak wajar diperangi kerana aku
dengar Nabi SAWA bersabda:”Aku diperintahkan untuk memerangi
melainkan sehingga mereka mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah
dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Siapa yang mengucapkannya maka
nyawa dan hartanya selamat dan hisabnya pada Allah semata-mata.”
Berikut adalah nas yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam
sahihnya:”Dalam peperangan Khaibar. Rasulullah telah menyerahkan
kepada Ali bendera (kepimpinan). Ali bertanya kepada baginda: Ya
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 168
Rasulullah, berdasarkan apa aku perangi mereka? Baginda
menjawab:”Perangi mereka sehingga mereka mengucapkan kalimah
Asyadu An Lailaha illa-Allah wa-Asyadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Jika mereka ucapkan ini maka nyawa dan harta mereka terselamat
kecuali benar-benar kerana haknya. Dan hisab mereka ada pada sisi
Allah”[93]. Tetapi Abu Bakar enggan menerima hadith ini. Beliau
berkata:”Demi Allah, aku akan perangi orang yang memisahkan solat
dengan zakat, kerana zakat adalah haknya harta”. Atau beliau
berkata:”Demi Allah, jika mereka menolak memberikan kepadaku tali,
sedangkan dahulunya mereka memberikannya kepada Rasulullah maka aku
akan perangi mereka kerana sikap penolakannya itu”. Kemudian Umar bin
Khattab merasa puas dengan hujah Abu Bakar, dan berkata:”Setelah aku
ketahui bahawa Abu Bakar bersungguh-sungguh di dalam rancangannya
itu, maka hatiku pun terasa gembira sekali”.
Aku tidak mengerti bagaimana hati seseorang merasa gembira melihat
sunnah Nabinya diengkari? Takwil mereka ini tidak lebih dari sekadar
mencari alasan untuk memerangi kaum Muslimin yang Allah sendiri telah
mengharamkannya. Firman Allah di dalam Surah an-Nisa':94:”Hai orangorang
yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka
telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepadaa orang yang
mengucapkan “salam” kepadamu:”Kamu bukan seorang Mukmin “(lalu kamu
membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia
ini, keana di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan
kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatNya atas kamu, maka
telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan”.Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung.
Bagaimanapun mereka yang enggan memberikan zakat kepada Abu Bakar
sebenarnya tidak mengingkari hukum wajibnya zakat itu sendiri. Mereka
memperlambatkan kerana ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Orang-orang Syiah mengatakan bahawa mereka terkejut dengan
terlantiknya Abu Bakar sebagai khalifah. Kerana di antara mereka ada
yang hadir bersama-sama Rasulullah di Haji Terakhir (Hujjatul Wada’)
dan mendengar sendiri khutbah Nabi yang mengangkat Ali bin Abi Talib
sebagai khalifah setelahnya. Mereka cuba untuk menunggu sehingga
keadaan sebenarnya dapat diketahui tetapi Abu Bakar ingin
membungkamkan mereka dari mengetahui keadaan sebenarnya ini.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 169
Mengingatkan bahawa aku tidak mahu berhujah dengan apa yang
dikatakan oleh Syiah, maka aku serahkan kepada pembaca yang ingin
mencari kebenaran untuk mengkaji masalah ini.
Aku juga tidak lupa untuk mencatatkan di sini suatu cerita berkenaan
dengan Rasulullah dan Tha’labah. Suatu hari Tha’labah memohon kepada
Rasulullah untuk mendoakannya agar ia menjadi kaya. Dia mendesak
Rasulullah dan berjanji kepada Allah akan bersadaqah jika dia kaya kelak.
Rasulullah mendoakannya dan Allah pun memperkayakannnya. Disebabkan
banyaknya unta dan kambing ternakannya, kota Madinah yang luas
akhirnya terasa sempit baginya. Dia berpindah dari kota Madinah dan
tidak lagi menghadiri solat Juma’at. Ketika Rasulullah mengutus para
Amilin (pengutip zakat) untuk mengambil zakat darinya, Tha’labah
menolak untuk memberikan. Katanya: Ini ufti (jizyah) atau sejenisnya.
Tetapi Rasulullah tidak memeranginya dan tidak juga memerintahkan
orang untuk memeranginya. Berkenaan dengan ini Allah turunkan ayat
berikut:”Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada
Allah:”Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya
kepada kami, pastilah kami akan bersadaqah dan pastilah kami termasuk
orang-orang yang soleh. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka
sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling.
Dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi
(kebenaran)” (At-Taubah: 75-76).
Setelah turunnya ayat ini: Tha’labah kemudian datang sambil menangis.
Dia minta kepada Rasulullah untuk menerima zakatnya kembali tetapi
Rasulullah enggan menerimanya seperti yang dikatakan oleh riwayat.
Jika Abu Bakar dan Umar benar-benar mengikuti sunnah Rasul, kenapa ia
menyalahinya dalam tindakan ini dan menghalalkan darah kaum Muslimin
yang tidak berdosa semata-mata kerana alasan enggan memberikan
zakat. Setelah cerita Tha’labah di atas yang mengingkari kewajipan
zakat dan bahkan menganggapnya sebagai ufti, maka tidak ada lagi alasan
untuk mempertahankan dan menjustifikasikan kesalahan yang dilakukan
oleh Abu Bakar atau mentakwilkannya dengan mengatakan bahawa zakat
adalah haknya harta. Siapa tahu mungkin Abu Bakar dapat menyakinkan
sahabatnya Umar untuk memerangi orang-orang ini, khuatir sikap mereka
ini akan diketahui oleh negeri-negeri Islam yang lain yang dapat
menghidupkan kembali nas-nasnya al-Ghadir yang memilih Ali sebagai
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 170
khalifah. Itulah kenapa Umar sangat gembira sekali untuk memerangi
mereka kerana beliau sendirilah yang pernah mengancam untuk
membunuh orang-orang yang enggan memberikan bai’ah di rumah Fatimah
dan membakar mereka.
Insiden ketiga yang berlaku di zaman pertama khalifah Abu Bakar adalah
perselisihannya dengan Umar bin Khattab, ketika beliau mentakwilkan
nas-nas al-Qur’an dn hadith-hadith Nabawi. Ringkasan ceritanya, Khalid
bin Walid membunuh Malik bin Nuwairah dan meniduri isterinya di malam
itu juga. Umar berkata kepada Khalid:”Wahai musuh Allah, engkau telah
bunuh seorang Muslim dan meniduri isterinya. Demi Allah, aku akan rejam
engkau dengan batu” [94]. Tetapi Abu Bakar membela Khalid dan
berkata:”Biarkanlah hai, Umar. Khalid telah mentakwil tetapi tersalah.
Tutup mulutmu Khalid”.
Ini adalah musibah dan aib lain yang telah dilakukan oleh seorang sahabat
besar yang telah dirakam oleh sejarah. Orang ini jika kita sebut,
sentiasa menyebutnya dengan penuh horma dan kesucian. Bahkan kita
memberikannya gelaran “Pedang Allah Yang Terhunus!!!”
Apa yang harus aku katakan tentang sahabat yang melakukan tindakan
keji seperti ini: membunuh Malik bin Nuwairah seorang sahabat agung,
pemimpin Bani Tamim dan Bani Yarbu'; seorang yang dijadikan
perumpamaan di dalam kemurahan dan keberanian. Ahli-ahli sejarah telah
mencatatkan bahawa Khalid membunuh Malik dan sahabat-sahabatnya
setelah mereka meletakkan senjata dan bersolat berjamaah. Sebelum itu
mereka diikat dengan tali. Ada bersama mereka Laila bin Minhal, isteri
Malik, seorang wanita yang sangat terkenal dengan kecantikannya. Khalid
sangat terpikat dengan kecantikannya ini. Malik berkata kepada Khalid:
Hai Khalid, bawa kami kepada Abu Bakar, biar dia yang memutuskan
perkara kita ini. Abdullah bin Umar dan Abu Qatadah al-Ansari mendesak
Khalid agar membawa mereka berjumpa dengan Abu Bakar tetapi ditolak
oleh Khalid. Katanya: Allah tidak akan mengampuniku jika aku tidak
membunuhnya. Kemudian Khalid melihat isterinya Laila dan berkata
kepada Khalid: kerana dia engkau akan bunuhku? Lalu Khalid menyuruh
untuk dipancung lehernya, dan menawan isterinya Laila. Kemudian di
waktu malam, Khalid menidurinya [95].
Biarlah di dalam melihat peristiwa yang terkenal ini kita nukilkan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 171
pengakuan Ustaz Haikal di dalam bukunya as-Sidiq Abu Bakar. Di dalam
bab Pendapat Umar Dan Hujjahnya Dalam Suatu Perkara, Haikal
menulis:”Adapun Umar, beliau adalah model atau perumpamaan di dalam
keadilan dan ketegasan. Beliau melihat bahawa Khalid telah melakukan
kezaliman terhadap seorang Muslim dan tidur dengan isterinya pula
sebelum habis masa edahnya. Dengan demikian ia tidak layak kekal di
dalam kepimpinan ketenteraan, agar perkara itu tidak berulang lagi dan
merosak kehidupan kaum Muslimin serta merosak kedudukan mereka di
mata orang-orang Arab. Katanya lagi: Khalid tidak boleh dibiarkan tanpa
pengajaran atas apa yang dilakukannya terhadap Laila.
Seandainya dia telah mentakwil di dalam perkara Malik dan tersilap -
alasan yang tidak dapat diterima oleh Umar – namun biarlah hukum hudud
itu berjalan atas apa yang dilakukannya terhadap isterinya Laila. Sebagai
“Pedang Allah” dan sebagai pemimpin pasukan yang menentukan
kemenangan, sangatlah tidak layak sekali melakukan apa yang dia telah
lakukan itu. Kalau tidak maka orang-orang seperti Khalid nantinya akan
menyalahgunakan semua peraturan. Dan ini akan menjadi perumpamaan
yang sangat buruk terhadap kaum Muslimin di dalam menghormati Kitab
Allah. Itulah kenapa Umar terus mendesak Abu Bakar sehingg Khalid
dipanggil dan dimarahi [96].
Bolehkah kita bertanya kepaa Ustaz Haikal dan ulama-ulama
seumpamanya yang berusaha menjaga “kemuliaan” sahabat, kenapa Abu
Bakar tidak melaksanakan hukum hudud terhadap Khalid? Seandainya
Umar seperti yang dikatakan oleh Haikal – adalah model keadilan dan
ketegasan, kenapa beliau puas hati dengan sekadar menyingkirkan Khalid
dan kepimpinan ketenteraan dan tidak melaksanakan hukum hudud syarie
terhadapnya, agar ianya tidak menjadi contoh yang buruk yang akan
dilemparkan kepada kaum Muslimin di dalam menghormati Kitab Allah,
seperti yang disebutkannya? Apakah mereka telah menghormati Kitab
Allah dan melaksanakan hudud-hududNya? Tidak, sama sekali. Inilah
mangsa politik dan korban permainan yang licik.Ianya telah menciptakan
berbagai keanehan dan memutar-belitkan berbagai kebenaran.
Sebagaimana ia juga telah membuang nas-nas Qur’an jauh sekali.
Bolehkah kita bertanya kepada sebahagian ulama kita yang menuliskan di
dalam berbagai kitab mereka tentang bagaimana Rasulullah SAWA
sangat marah sekali kepada Usamah yang datang untuk menjamin seorang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 172
perempuan bangsawan yang telah melakukan jenayah mencuri. Nabi
SAWA berkata:”Celaka engkau, apakah engkau akan memberikan jaminan
di dalam hukum hudud Allah. Demi Allah, seandainya Fatima mencuri maka
aku akan potong tangannya. Orang-orang sebelum kamu celaka lantaran
jika kaum bangsawannya mencuri dari golongan yang lemah maka mereka
lakukan kepadanya hukum hudud “.
Bagaimana mereka diam pada seseorang yang telah membunuh kaum
Muslimin yang tidak berdosa, lalu meniduri isterinya di malam itu juga
sementara ia masih menderita kerana kematian sang suami. Baik kalau
mereka diam. Bahkan mereka berusaha mencari alasan untuk
membenarkan tindakan Khalid ini dengan menciptakan berbagai
kebohongan dan keutamaan-keutamaannya sehingga menggelarkannya
dengan sebutan “Pedang Allah Yang Terhunus”.
Seorang sahabatku yang terkenal dengan gelagatnya yang lucu dan pandai
bermain bahasa, pada suatu hari hadir di majlisku yang pada waktu itu
aku sedang menceritakan tentang keutamaan-keutamaan Khalid bin
Walid. Aku katakan bahawa Khalid bin Walid adalah Pedang Allah Yang
Terhunus. Sahabatku menjawab: Dia adalah Pedang Syaitan Yang
Berlumuran (Darah). Aku terkejut sekali waktu itu. Namun setelah
mengkaji, akhirnya Allah bukakan pandanganku dan dikenalkannya aku
pada nilai mereka yang pernah memegang kekuasaan dan merubah hukumhukum
Allah, meliburkannya serta melampaui batas-batasnya.
Khalid bin Walid juga menyimpan cerita yang terkenal di zaman Nabi
SAWA. Suatu hari baginda mengutusnya pergi ke Bani Juzaimah menyeru
mereka kepada agama Islam dan tidak memerangi mereka. Kabilah ini
tidak fasih di dalam menyebutkan Aslamna (kami telah masuk Islam).
Mereka menyebutnya: Saba’na, saba’na.Lalu Khalid membunuh mereka
dan menawan mereka. Sebahagian tawanan diserahkannya kepada sahabat
pasukannya dan menyuruh mereka membunuhnya. Tetapi mereka enggan
kerana tahu yang mereka telah menganut Islam. Ketika kembali dan
diceritakan kepada Nabi, beliau berdoa kepada Allah:”Ya Allah, aku
bermohon perlindunganMu dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid bin
Walid”, dibacanya dua kali [97]. Kemudian baginda mengutus Ali bin Abi
Talib pergi menemui kabilah Bani Juzaimah sambil membawa harta untuk
membayar gantirugi nyawa dan harta yang telah terkorban, hatta tempat
jilatan anjing sekalipun. Rasulullah.berdiri menghadap Kiblat sambil
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 173
mengangkat kedua tangannya ke langit sehingga nampak bahagian
ketiaknya. Baginda berdoa: Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari
apa yang telah dibuat oleh Khalid bin Walid”.Dibacanya sehingga tiga kali
[98].
Bolehkah kita bertanya, maka letakknya keadilan sahabat yang
disangkakan itu? Seandainya Khalid bin Walid, seorang yang dianggap
sebagai tokoh agung kita sehingga kita memberinya gelaran sebagai
Pedang Allah, apakah Tuhan kita telah menghunuskan pedangnya dan
membenarkannya menguasai kaum Muslimin, orang-orang yang tidak
berdosa dan kaum wanita sehingga dia bebas memperlakukan apa sahaja?
Ini bercanggah sama sekali. Mengingatkan bahawa Allah melarang
tindakan membunuh suatu nyawa dan mencegah perlakuan munkar, keji
dan kezaliman.Tetapi Khalid telah menghunuskan pedang kezalimannya
untuk menceroboh kaum Muslimin dan menghalalkan darah dan harta
mereka serta menawan wanita dan anak-anak mereka. Ini adalah suatu
ucapan yang zalim dan rekaan yang sangat dahsyat. Maha Suci Engkau hai
Tuhan kami. Kau lebih Mulia dan lebih Tinggi dari itu semua. Maha Suci
Engkau, tiada Engkau ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di
antaranya dengan sia-sia. Demikianlah dugaan orang-orang kafir. Dan
neraka Waillah tempat mereka kembali.
Bagaimana Abu Bakar, khalifah Muslimin boleh berdiam diri setelah
mendengar perlakuan-perlakuan jenayah tersebut. Bahkan menyuruh
Umar bin Khattab menutup mulutnya tentang perkara Khalid, dan marah
kepada Abi Qatadah kerana sikapnya yang mencemuh kelakuan Khalid.
Apakah beliau benar-benar yakin yang Khalid melakukan takwil dan
tersilap? Hujah apa kelak akan dikatakan kepada orang-orang penjenayah
dan fasik jika mereka melanggar hukum-hukum dan mengatakan telah
tersalah takwil?
Aku secara peribadi tidak percaya bahawa Abu Bakar melakukan takwil
terhadap kes Khalid ini, yang dikatakan oleh Umar bin Khattab sebagai
“musuh Allah”. Umar berpendapat bahawa Khalid mestilah dihukum bunuh
kerana dia telah membunuh seorang Muslim, atau merejamnya dengan
batu kerana dia telah berzina dengan Laila, isteri Malik. Namun tidak
satupun tuntutan Umar tersebut terlaksana. Bahkan Khalid keluar
sebagai pemenang atas dakwaan Umar tersebut. Mengingatkan bahawa
Abu Bakar berdiri membelanya, padahal beliau sangat mengetahui Khalid
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 174
lebih dari orang lain.
Ahli-ahli sejarah telah mencatatkan bahawa Abu Bakar telah mengutus
Khalid setelah insiden yang memalukan itu ke Yamamah di mana dia
kembali dengan kemenangan. Di sana Khalid juga telah meniduri seorang
perempuan sama seperti yang dia lakukan terhadap Laila sebelumnya,
sedangkan darah kaum Muslimin dan darah pengikut-pengikut Musailamah
belum lagi kering. Abu Bakar sangat marah sekali pada Khalid lebih dari
waktu dia melakukan skandal yang sama terhadap Laila [99].
Tidak syak lagi bahawa perempuan ini juga mempunyai suami. Kemudian
dibunuhnya oleh Khalid dan isterinya diperlakukan seperti Laila isteri
Malik. Kalau tidak maka Abu Bakar tidak akan memarahinya lebih keras
dari waktu dia melakukannya terhadap Laila. Para ahli sejarah mencatat
teks surat yang diutus Abu Bakar kepada Khalid waktu itu:”Demi nyawaku
hai putra ibunya Khalid. Sungguh engkau tidak melakukan apa-apa
melainkan menikahi perempuan sahaja, sedangkan di halaman rumahmu
darah seribu dua ratus kaum Muslimin masih belum kering lagi [100].
Ketika Khalid membaca kandungan surat ini, dia berkata:”Ini mesti ulah si
A’saar”, yang dimaksudkan adalah Umar bin Khattab.
Inilah di antara sebab yang kuat kenapa aku tidak begitu memberikan
penghormatan kepada sahabat-sahabat seumpama ini, pengikut-pengikut
mereka rela atas perbuatan mereka dan yang membela mereka dengan
begitu gigih sekali sehingga mereka mentakwilkan nas-nas yang jelas dan
menciptakan berbagai riwayat yang khurafaat. Semua ini untuk
membenarkan tindakan-tindakan Abu Bakar, Umar, Uthman, Khalid bin
Walid, Muawiyah, Amr bin Ash dan saudara-saudaranya.
Ya Allah, aku bermohon ampun dariMu dan bertaubat kepadaMu. Ya Allah
aku bermohon lindunganMu dari segala perbuatan dan ucapan mereka
yang meyalahi hukum-hukumMu, menghalalkan hukum-hukum haramMu
dan melampaui batas-batasMu. Ya Allah aku bermohon lindunganMu dari
pengikut-pengikut mereka, syiah-syiah mereka dan orang-orang yang
membantu mereka dengan penuh pengetahun dan kesadaran.
Ampunkanlah aku kerana dahulunya aku mewila’ mereka sedangkan aku
masih dalam keadaan jahil. Sementara RasulMu telah bersabda:”Orang
jahil tidak akan dimaafkan kerana kejahilannya”.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 175
Ya Allah, pemuka-pemuka kami telah menyesatkan jalan kami dan telah
menutupkan kami tabir kebenaran. Meeka telah menggambarkan kepada
kami para sahabat yang berpaling dari kebenaran sebagai makhluk yang
paling mulia setelah NabiMu. Dan para leluhur kami juga adalah mangsa
penipuan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Ya Allah, ampunkanlah
mereka ampunkanlah kami. Engkau Maha Mengetahui segala yang
tersembunyi dan apa yang tersirat di sebalik dada. Cinta mereka dan
penghormatan mereka kepada sahabat-sahabat seumpama itu tidak lain
kecuali bertolak dari sangka baik yang mereka adalah pembela-pembela
serta pencinta-pencinta RasulMu Muhammad SAWA. Dan Kau juga Maha
Mengetahui wahai Tuhanku, aku rasa cinta mereka dan kami atas Itrah
keluarga Nabi yang suci, para imam yang telah Kau bersihkan mereka dari
segala nista dan mensucikan mereka sesuci-sucinya. Terutamanya pemuka
kaum Muslimin, Amirul Mukminin, Pemimpin Ghur al-Muhajjalin dan Imam
Para Muttaqin, Sayyidina Ali bin Abi Talib.
Jadikanlah aku, wahai Allah di antara syiah-syiahnya dan di antara orangorang
yang berpegang-teguh kepada tali wila’ mereka dan yang berjalan
di atas jalan mereka. Jadikanlah aku ya Allah di antara orang-orang yang
bernaung di bawah naungan mereka, dan di antara orang-orang yang
masuk dari pintu-pintu mereka, sentiasa mencintai mereka, mengamalkan
ucapan dan teladan mereka serta bersyukur atas kemurahan dan
anugerah mereka. Ya Allah, bangkitkanlah aku di dalam gologan mereka.
kerana NabiMu SAWA telah bersabda:”Seseorang akan dibangkitkan
bersama orang yang dia cintai”.
2. Hadith Bahtera
Bersabda Nabi SAWA:”Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baytku di sisi
kalian adalah umpama bahtera Nabi Nuh di sisi kaumnya. Siapa yang
menaikinya akan selamat dan yang tertinggal akan tenggelam” [101].
“Dan sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baytku di sisi kalian bagaikan
Pintu Pengampunan bagi Bani Israel. Siapa yang memasukinya maka dia
akan diampuni”[102].
Ibnu Hajar telah meriwayatkan hadith ini di dalam kitabnya al-Sawaiq al-
Muhriqah dan berkata:”Dasar keserupaan mereka dengan bahtera (Nabi
Nuh) bermakna bahawa sesiapa yang mencintai mereka dan mengagung-
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 176
agungkan mereka sebagai tanda terima kasih atas nikmat kemuliaan
mereka, serta sebagai ikut bimbingan ulama mereka maka akan selamat
dari kegelapan perselisihan, sementara mereka yang tidak ikut akan
tenggelam di dalam lautan kekufuran nikmat dan akan celaka di bawa arus
kezaliman. Adapun alasan keserupaan mereka dengan pintu pengampunan -
pintu Ariha atau pintu Bayt al-Muqaddis – dengan sikap rendah hati dan
memohon ampunan sebagai sebab pengampunanNya. Dan Dia juga telah
menentukan untuk umat ini bahawa mencintai Ahlul Bayt Nabi SAWA
sebagai sebab diampuninya mereka.”
Ingin aku tanyakan Ibnu Hajar, apakah beliau di antara mereka yang ikut
bahtera itu dan masuk pintu ampunan serta ikut bimbingan para ulama
mereka? Atau apakah beliau di antara mereka yang mengatakan sesuatu
tetapi tidak mengamalkannya, bahkan mengingkari apa yang
dipercayainya. Banyak sekali mereka yang kabur ketika aku tanyakan dan
berhujah dengan mereka tentang Ahlul Bayt, mereka menjawabku:”Kami
adalah orang yang lebih utama terhadap Ahlul Bayt dan Imam Ali
daripada orang-orang lain, Kami menghormati mereka dan menjunjung
tinggi kedudukan mereka. Tiada siapa pun yang mengingkari keutamaankeutamaan
mereka”.
Ya, mereka mengatakan sesuatu yang tidak sama dengan isi hati mereka,
atau menghormati dan menjujung tinggi Ahlul Bayt namun dalam
amalannya tetap ikut dan taklid kepada musuh-musuh mereka serta
orang-orang yang memusuhi dan menentang mereka. Atau seringkali
mereka tidak kenal siapa itu Ahlul Bayt. Dan jika aku tanyakan mereka
menjawab secara spontan: Ahlul Bayt adalah isteri-isteri Nabi yang telah
Allah bersihkan mereka dari nestapa dan disucikanNya sesuci-sucnya.
Ketika aku bertanya kepada salah seorang di antara mereka tentang
Ahlul Bayt, dia menjawab: Ahlul Sunnah wal-Jamaah semua ikut Ahlul
Bayt. Aku rasa hairan sekali. Aku bertanya bagaimana itu? Jawabnya:
Nabi SAWA pernah bersabda:”Ambillah separuh dari agama kalian dari
Humaira’ ini, yakni Aisyah”.Nah, kami telah ambil separuh dari agama
kami daripada Ahlul Bayt.
Dengan demikian dapatlah dimengertikan sejauh manakah mereka
menghormati dan menyanjung Ahlul Bayt. Namun jika aku soal tentang
imam dua belas, mereka tidak mengenalnya melainkan Ali, Hasan, dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 177
Husayn.Itupun mereka tidak mengiktiraf keimamahannya Hasan dan
Husayn ini. Merea juga menghormati Muawiyah bin Abi Sufian yang telah
meracuni Hasan hingga syahid. Bahkan mengatakan yang Muawiyah adalah
penulis wahyu sebagaimana mereka juga menghormati A’mr bin Ash
seperti mereka menghormati Ali bin Abi Talib.
Sungguh ini adalah percanggahan dan percampuran antara yang hak
dengan batil; suatu usaha untuk menutupi yang terang dengan kegelapan.
Kalau tidak maka bagaimana mungkin hati seorang Mukmin dapat
menghimpun rasa cinta kepada Allah dan cinta juga pada syaitan. Allah
berfirman di dalam KitabNya:
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah,
dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang
menentang Allah dan RasulNya sekalipun orang-orang itu bapak-bapak
atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka
itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati
mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang
daripadaNya. Dan dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha
terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan
rahmat)Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahwa
sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung” (Al-
Mujadalah: 22).
FirmanNya lagi:”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil musuhKu dan musuhKu menjadi teman-teman setia yang kamu
sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana rasa kasih
sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran
yang datang kepadamu” (Al-Mumtahanah: 1).
3. Hadith: Siapa Yang Ingin Hidup Seperti Hidupku
Bersabda Nabi SAWA:”Siapa yang ingin hidup seperti hidupku, mati
seperti matiku, tinggal di syurga Ad’n yang ditanam oleh Tuhanku maka
jadikanlah Ali sebagai walinya selepasku dan mewila’ walinya serta ikut
Ahlul Baytku yang datang selepasku. Mereka adalah Itrah keluargaku,
diciptakan dari bahagian tanahku dan dilimpahkan kefahaman serta
ilmuku. Maka celakalah orang-orang yang mendustakan keutamaan mereka
dari umatku yang memutuskan tali perhubungan kasih sayang dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 178
mereka. Kelak Allah tidak akan memberikan syafaatku kepadanya” [103].
Hadith ini seperti yang kita perhatikan tergolong di antara sejumlah
hadith yang tegas yang tidak dapat ditakwilkan. Ia juga tidak
memberikan hak untuk memilih kepada seorang Muslim, bahkan
menafikan sebarang alasan. Jika ia tidak mewila’ Ali dan ikut Itrah
keluarga Nabi maka dia akan diharamkan dari mendapat syafaat datuk
mereka Nabi SAWA.
Perlu aku katakan di sini bahawa pada mula kajianku dahuku aku
meragukan tentang kebenaran hadith ini. Aku merasa berat untuk
menerimanya lantaran ia menyirat suatu ancaman kepada mereka yang
bertentangan dengan Ali dan keluarga Nabi khasnya hadith ini juga tidak
dapat ditakwilkan. Kemudian aku rasakan agak ringan ketika aku baca
pendapat Ibnu Hajaral al-Asqalani di dalam kitabnya al-Isabah. Antara
lain beliau berkata:”Di dalam sanadnya ada Yahya bin Ya’la al-Muharibi,
seorang yang lemah”. Pendapat Ibnu Hajar ini telah menghilangkan
sbahagian keberatan yang ada dalam benakku kerana aku fikir Yahya bin
Ya’la al-Muharibilah yang membuat hadith ini dan kerananya ia tidak
dapat dipercaya. Tetapi Allah SWT ingin menunjukkanku pada kebenaran
dengan sempurnanya.
Suatu hari aku terbacaa sebuah yang berjudul Munaqasat Aqaidiyah Fi
Maqalat Ibrahim al-Jabhan [104]. Buku ini telah menyingkap kebenaran
dengan begitu jelasnya. Dikatakan bahawa Yahya bin Ya’la al-Muharibi
adalah di antara perawi-perawi hadith yang thiqah (dipercayai) yang
dipegang oleh Bukhari dan Muslim.Kemudian aku jejaki dan aku dapati
bahawa Bukhari telah meriwayatkan hadithnya di dalam Bab Ghazwah al-
Hudaibiyah Jilid Ketiga di halaman 31. Muslim juga telah meriwayatkan
hadithnya di dalam Bab al-Hudud Jilid Kelima di halaman 119. Az-Zahabi
sendiri betapapun ketatnya menganggapnya sebagai perawi yang thiqah.
Para imam al-Jarh wa at-Ta’dil menganggapnya sebagai thiqah, bahkan
Bukhari dan Muslim sendiri berhujah dengan riwayatnya.
Nah, lalu kenapa pendustaan, pembalikan fakta, dan menuduh orang yang
thiqah yang dipercayai oleh ahli-ahli hadith berlaku? Apakah kerana ia
telah menyingkap kebenaran tentang wajibnya ikut Ahlul Bayt, lalu Ibn
Hajar mengecapnya sebagai lemah dan tidak dipercayai? Ibnu Hajar
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 179
telah lalai bahawa di belakangnya ada sejumlah ulama yang pakar yang
akan menilai setiap karyanya, kecil ataupun besar. Mereka akan
menyingkap segala taksub dan kejahilannya kerana mereka ikut cahaya
Nubuwwah dan berjalan di bawah bimbingan Ahlul Bayt AS.
Setelah itu aku ketahui bahawa sebahagian ulama kita berusaha
bersungguh-sunguh untuk menutupi kebenaran agar tidak terungkap
masalah-masalah sahabat dan para khalifah yang menjadi pemimpin dan
teladan mereka. Itulah kenapa kadang-kadang mereka mentakwilkan
hadith-hadith yang sahih dengan mentafsirkannya dengan makna yang
tidak tepat; atau kadang-kadang mendustakan hadith-hadith yang
bercanggah dengan madzhab mereka walau ianya tertulis di dalam bukubuku
sahih mereka dan dibawa oleh sanad-sanad mereka. Atau kadangkadang
mereka menghapuskan setengah atau sepertiga isi hadith dan
menggantikannya dengan kata-kata begitu dan begini!!! Atau kadangkadang
mereka meragukan para perawi yang dipercayai lantaran
meriwayatkan hadith-hadith yang tidak sesuai dengan kehendak mereka.
Atau kadang-kadang mereka menulis suatu hadith di dalam cetakan
pertama dari suatu buku, kemudian menghapuskannya di dalam cetakan
ulangan berikutnya tanpa memberikan apa-apa alasan, betapapun
diketahui sebab-sebabnya oleh para pemerhati!
Semua ini telah aku saksikan sendiri ketika aku masih mengkaji dan
mencari kebenaran. Dan aku mempunyai dalil-dalil yang kuat atas apa yang
aku katakan ini. Aku harap mereka tidak mengulangi lagi usaha yang siasia
ini sekadar untuk menjustifikasi tindakan para sahabat yang telah
berpaling itu. Ini kerana ucapan-ucapan mereka saling bercanggah dan
bahkan bercanggah dengan fakta sejarah. Cubalah mereka mengikuti
yang benar (al-haq), walaupun ianya pahit. Kerananya mereka akan
bahagia dan membahagiakan orang lain juga, dan bahkan menjadi sebab
perpaduan ummah yang telah bercerai -berai ini.
Bahkan sebahagian sahabat generasi pertama juga tidak jujur di dalam
meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAWA. Mereka telah menafikan
hadith-hadith yang tida sejalan dengan kehendak nafsu mereka khasnya
jika ianya tergolong di antara hadith-hadith wasiat yang diwasiatkan oleh
baginda Nabi SAWA di masa-masa sebelum wafatnya. Bukhari dan
Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWA berwasiat sebelum
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 180
wafatnya dengan tiga perkara:1. Keluarkan kaum musyirikin dari Jazirah
Arab 2. Berikan hadiah kepada para utusan (delegasi) seperti yang aku
lakukan.Lalu perawi berkata: Aku lupa yang ketiga [105].
Apakah diterima oleh akal bahawa para sahabat yang hadir yang
mendengar tiga wasiat Nabi itu lupa pada wasiat yang ketiga sedangkan
mereka adalah orang-orang yang menghafal syair-syair panjang setelah
mendengarnya sekali sahaja? Tentu tidak sama sekali. Hanyalah politik
yang memaksa mereka melupakannya dan tidak menyebutnya. Dan ini
merupakan musibah lain yang ada pada sahabat-sahabat itu. Tidak raguragu
lagi bahawa wasiat yang dimaksudkan Nabi tersebut adalah
perlantikannya kepada Ali sebagai khalifah setelahnya. Tetapi perawi itu
tidak menyebutnya.
Seseorang yang mengkaji permasalahan ini merasakan yang wasiat itu
sebenarnya berupa perlantikan baginda kepada Ali, walau ianya ditutuptutupi.
Bukhari dan Muslim dalam Bab al-Wasiyah meriwayatkan bahawa
Nabi berwasiat untuk Ali di tengah kehadiran Aisyah [106]. Lihatlah
betapa Allah pancarkan cahayaNya walau orang-orang zalim cuba untuk
menutupinya.
Aku ulangi lagi bahawa jika para sahabat tidak thiqah di dalam
meriwayatkan wasiat-wasiat Nabi SAWA, maka tidak hairan kalau itu
berlaku pada Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in (generasi selepas sahabat).
Jika Aisyah, Ummul Mukminin, tidak dapat menahan dirinya mendengar
nama Ali disebutkan dan tidak merasa senang, seperti yang dikatkan oleh
Ibnu Saa dalam Tabaqatnya [107], dan Bukhari dalam kitabnya Bab Nabi
Sakit Dan Wafat; dan jika Aisyah sujud syukur apabila mendengar
kewafatan Ali, maka bagaimana dapat diharapkan yang beliau
meriwayatkan wasiat Nabi kepada Ali, sementara beliau sangat dikenal
oleh kalangan khusus dan umum tentang permusuhan dan kebenciannya
terhadap Ali dan anak-anaknya serta Ahlul Bayt Nabi SAWA.
Fala Haula Wala Quwwata illa billa al-A’li al-A’zim.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 181
Musibah Kita: Ijtihad Melawan Nas
Dari kajianku ini dapat disimpulkan bahawa musibah umat Islam
sebenarnya bertolak dari keberanian sahabat berijtihad di hadapan nasnas
yang sangat jelas maknanya. Lantaran itu maka batas-batas hukum
Allah telah dilampaui dan sunnah-sunnah Nabi dilanggar. Para ulama dan
imam yang datang selepas sahabat mengambil qiyas dan ijtihad para
sahabat, dan kadang-kadang menolak nas Nabi jika ianya bertentangan
dengan apa yang dilakukan oleh seseorang sahabat, bahkan menolak nas
al-Qur’an. Aku bukan mahu mengada-adakan atau berlebih-lebihan. Dan
telah aku contohkan di atas betapa mereka membelakangi nas al-Qur’an
dan nas Nabi tentang perkara tayamum, dan berijtihad meninggalkan
solat kerana tiadanya air. Dan Abdullah bin Umar telah menjustifikasikan
ijtihadnya ini dengan cara yang kita sebutkan di atas tadi.
Di antara sahabat pertama yang membuka pintu ini adalah khalifah
kedua, yang menggunakan pendapatnya setelah wafatnya baginda tadi,
walau ianya bertentangan dengan nas Qur’an. Beliau telah
memberhentikan saham muallaf yang telah Allah wajibkan di dalam al-
Qur’an di dalam pembahagian saham zakat. Katanya: kami tidak perlu lagi
dengan kalian.
Adapun ijtihadnya di dalam nas-nasnya Nabi SAWA sungguh banyak.
Beliau telah berijtihad di masa hidupnya baginda sendiri, dan pernah
menentangnya beberapa kali. Di atas telah kita contohkan
pertentangannya dengan Nabi dalam kes perdamaian Hudaibiyyah,
melarang Nabi menulis wasiat, katanya: cukuplah kita dengan Kitab Allah.
Dan juga telah berlaku kepadanya suatu peristiwa dengan Rasulullah
SAWA yang mungkin akan memberikan kepada kita gambaran jelas
tentang peribadi Umar yang merelakan dirinya membantah dan
menentang utusan Allah ini. Insiden ini disebut dengan istilah beritagembira
perihal syurga.
Waktu itu Nabi mengutus Abu Hurairah berkata kepadanya:”Siapa sahaja
yang engkau temui menyaksikan bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dengan
keyakinan sepenuhnya, maka berilah beria gembira padanya perihal
syurga. Abu Hurairah keluar untuk membawa berita gembira ini. Di jalan
beliau berjumpa dengan Umar. Umar melarangnya, bahkan memukulnya
sehingga jatuh. Abu Hurairah kembali menemui Rasulullah sambil
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 182
menangis. Diberitahunya tentang apa yang dilakukan oleh Umar
kepadanya. Nabi bertanya kepada Umar alasan apakah yang menyebabkan
ia memperlakukan Abu Hurairah sedemikian? Jawab Umar: apakah anda
telah mengutusnya untuk memberitahu khabar gembira kepada setiap
orang yang mengatakan Lailaha Illallah dengan penuh keyakinan? Ya,
jawab Nabi. Lalu Umar menjawab: Jangan kau lakukan, kerana aku khuatir
manusia nantinya akan bersandar pada Lailaha Illallah saja!! Dan lihatlah
pula puteranya, Abdullah bin Umar, yang khuatir manusia akan bersandar
pada tayamum lalu menyuruh mereka meninggalkan solat.
Bukankah baik seandainya mereka membiarkan nas-nas itu seperti
adanya, dan tidak merubah-rubahnya dengan ijtihad mereka yang tumpul
itu, yang menyebabkan terhapusnya syariah dan terlanggarnya
ketentuan-ketentuan Allah serta terpecahnya umat ke dalam berbagai
madzhab, golongan, dan pendapat.
Dan sikap-sikap Umar terhadap Nabi dan sunnahnya dapat difahami
bahawa beliau sebenarnya tidak sehari pun percaya Nabi itu bersifat
Maksum bahkan beliau melihat bahawa Nabi adalah manusia biasa yang
boleh salah dan benar.
Dan dari sinilah timbulnya gagasan Ahlul Sunnah Wal Jamaah bahwa Nabi
itu maksum hanya di dalam menyampaikan al-Qur’an sahaja. Selainnya
Nabi kadang-kadang melakukan kesalahan, seperti manusia lain. Mereka
berhujah bahawa Umar pernah membetulkan baginda di dalam banyak
perkara.
Jika Rasulullah SAWA seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian orang
yang jahil – menerima ajakan syaitan di rumahnya, ketika baginda
terbaring di sana dan (menyaksikan) wanita-wanita memukul gendang
sementara syaitan menari-nari dan bergembira di sisinya, sehinggalah
ketika Umar masuk maka larilah syaitan dan para wanita menyembunyikan
gendang-gendangnya, lalu Nabi berkata kepada Umar: Apabila syaitan
melihatmu berjalan di suatu jalan, maka dia terus lari mencari jalan lain,
jika itu semua berlaku maka tidak hairanlah kalau Umar mempunyai “hakberpendapat”
di dalam urusan agama, dan mengizinkan dirinya untuk
menentang Nabi di dalam urusan politik, dan bahkan agama seperti kes di
atas.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 183
Dan dari gagasan ijtihad dan hak-berpendapat yang bertentangan dengan
nas inilah maka muncullah atau terbentuklah sekelompok sahabat yang
dipimpin oleh Umar bin Khattab. Seperti yang kita lihat, mereka
menyokong pendapat Umar di dalam Tragedi Hari Khamis, walau ia jelas
bertentangan dengan nas Nabi SAWA. Dan dari sini juga kita dapat
simpulkan bahawa mereka sebenarnya tidak pernah menerima nas al-
Ghadir, dimana Nabi melantik Ali sebagai khalifah selepasnya. Sikap
penolakan ini benar-benar ditunjukkannya di saat wafatnya baginda
SAWA. Kes-kes seperti perhimpunan di dalam Saqifah Bani Saidah serta
pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah adalah hasil dari ijtihad seumpama
ini. Ketika kedudukan mereka kukuh dan orang banyak telah lupa akan
nas-nas Nabi yang berkenaan dengan khalifah khasnya maka mereka mulai
berijtihad di dalam segala perkara, sehingga hukum-hukum di dalam al-
Qur’an sekalipun. Mereka telah menghentikan beberapa hukum hudud,
dan merubah beberapa hukum ahkam.
Di antara ijtihad yang bertentangan dengan nas adalah Tragedi Fatimah
Az-Zahra yang dihadapinya setelah tragedi suaminya yang dirampas dari
jabatan khilafah. Kemudian tragedi pembunuhan orang-orang yang enggan
membayar zakat, pengangkatan Umar bin Khattab sebagai khalifah, di
mana Abu Bakar berijtihad dengan pendapatnya dan menjatuhkan konsep
syura yang dijadikannya hujah untuk keabsahan khilafahnya dahulu. Lebih
jauh lagi setelah Umar menjawat jabatan khalifah, dihalalkannya apa
yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya [108] serta diharamkannya apa
yang dihalalkan oleh Allah dan RasulNya SAWA [109].
Ketika Uthman memerintah pada zaman berikutnya, beliau telah pergi
lebih jauh lagi dari dua khalifah sebelumnya sehingga ijtihadnya telah
banyak mempengaruhi kehidupan politik dan agama secara am, dan
mengakibatkan munculnya revolusi menentangnya sehingga beliau
terbunuh akibat ijtihadnya.
Ketika Imam Ali memegang kekuasaan dan menjadi khalifah, beliau
mendapatkan kesukaran yang amat sangat di dalam mengembalikan kaum
Muslimin kepada sunnah Nabi dan pangkuan al-Qur’an. Beliau begitu
bersungguh-sungguh di dalam menghilangkan segala jenis bid’ah yang
telah dimasukkan ke dalam agama, namun sebahagian mereka berteriak:
sunnah Umar, sunnah Umar!!!
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 184
Aku hampir pasti bahawa mereka yang memerangi Imam Ali dan yang
menentangnya adalah kerana Ali AS cuba untuk membawa mereka kepada
jalan yang asal dan mengembalikan mereka kepada nas-nas yang sahih,
mematikan segala bid’ah,dan ijtihad yang telah dilekatkan pada agama
sepanjang seperempat abad. Bid’ah-bid’ah ini telah sebati dengan orang
ramai, khasnya mereka yang mengikut hawa nafsu dan ketamakan dunia,
yang telah menyalahgunakan harta Allah dan memprhambakan hambahambaNya,
yang telah memanipulasi emas dan perak dan mengharamkan
orang-orang yang lemah dari hak-hak mereka yang ditentukan oleh Allah
dan Islam walau kecil sekalipun.
Kadang-kadang kita dapati bahawa para mustakbirin di setiap zaman
sangat cenderung untuk berijtihad, kerana ianya membuka mereka jalan
untuk dapat sampai kepada cita-citanya dengan cara bagaimanapun juga.
Sementara nas-nas ini akan menghambat cita-cita itu dan bahkan
menghalanginya. Lalu ijtihad ini mendapatkan sokongan di setiap zaman
dan tempat, hatta golongan mustadha’fin sekali pun. Ini kerana ianya
mudah dipraktikkan dan tidak memiliki suatu komitmen yang tegas.
Sementara nas memiliki ketegasan dan ketidakbebasan. Orang-orang
politik kadang-kadang menamakannya dengan istilah hukum teokrasi, yang
bermakna hukum Allah. Tetapi kerana ijtihad memiliki kebebasan dan
tidak komitmen, maka mungkin mereka mengistilahkannya dengan hukum
demokrasi yakni kuasa rakyat.
Mereka yang berhimpun di Saqifah setelah wafatnya Nabi SAWA telah
menghapuskan kekuasaan teokrasi yang di asaskan oleh Nabi SAWA
berdasarkan nas-nas al-Qur’an, dan menggantikannya dengan kekuasaan
demokrasi yang dipilih oleh rakyat, untuk memilih ketua yang dianggapnya
layak untuk memimpin. Namun para sahabat waktu itu belum mengenal
istilah demokrasi, kerana ianya bukan bahasa Arab. Yang mereka ketahui
hanyalah konsep syura?
Mereka yang tidak menerima adanya nas di dalam perkara khilafah hari
ini, adalah pendukung-pendukung demokrasi. Mereka sangat bangga
sebagai pendokong demokrasi ini. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah
agama pertama yang melaksanakan konsep demokrasi ini. Mereka adalah
pendokong-pendokong ijtihad dan pembaharuan, yang hari ini lebih dekat
dengan konsep-konsep barat. Itulah kenapa hari ini kita dengar dunia
barat memuji mereka dan menamakan mereka sebagai kaum Muslimin
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 185
yang modernis dan toleran.
Adapun Syiah adalah pendokong-pendokong teokrasi, atau kekuasaan
Allah. Mereka menolak ijtihad yang bertentangan dengan nas dan
memisahkan antara kekuasaan Allah dan konsep syura.Bagi mereka syura
tiada kena mengena dengan nas.Syura dan ijtihad boleh dilakukan dalam
perkara-perkara yang tidak ada nas di dalamnya. Bukankah anda lihat
bahawa Allah SWT yang telah memilih RasulNya Muhammad SAWA
tetapi Dia juga berfirman:”Dan musyawarahilah (syura) mereka di dalam
perkara”. Adapun berkenaan dengan pemilihan kepimpinan yang akan
memimpin manusia, Allah berfirman:”Tuhan kamu menciptakan apa yang
Dia kehendaki dan memilih (apa yang Dia kehendaki). Mereka (manusia)
tiada hak memilih”.
Syiah ketika menyatakan bahawa Ali adalah khalifah setelah Nabi
SAWA, ini adalah kerana mereka berpegang pada nas. Dan ketika mereka
sebahagian sahabat, yang dicela adalah mereka yang telah menggantikan
nas-nas dengan ijtihad, lalu mereka mensia-siakan hukum Allah dan
RasulNya serta melukai agama Islam yang sampai sekarang belum
sembuh.
Itulah kenapa dunia barat dan para pemikir mereka cuba
mendiskreditkan Syiah dan menamakannya sebagai madzhab yang fanatik
atau reaksioner. Ini kerana mereka ingin kembali kepada al-Qur’an yang
menghukum potong tangan pada pencuri, merejam si penzina dan
memerintahkan berjihad di jalan Allah SWT. Bagi barat semua ini adalah
barbarisme dan ganas.
Dari kajianku ini juga aku dapat memahami kenapa sebahagian ulama
Ahlul Sunnah Wal Jamaah menutup pintu ijtihad sejak kurun kedua
Hijrah. Ini mungkin kerana ijtihad seumpama itu mengakibatkan
malapetaka bahkan pertumpahan darah yang tidak sedikit ke atas umat
ini. Ijtihad seumpama itu telah merubah umat yang terbaik ini menjadi
umat yang saling berperang, penuh dengan perselisihan dan fanatik
kesukuan dan merubahnya dari Islam kepada Jahiliyyah.
Adapun Syiah masih membukan pintu ijtihad selagi nas-nasnya ada. Tiada
siapapun yang boleh merubahnya. Dan mereka dibantu dengan wujudnya
dua belas imam yang mewarisi ilmu datuknya Nabi SAWA. Mereka
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 186
berkata bahawa semua permasalahan ada hukumnya di sisi Allah, dan
telah dijelaskan oleh Nabi SAWA.
Dan dapat difahami juga bahawa Ahlul Sunnah Wal Jamaah ketika
mengikut para sahabat yang “mujtahidin” yang melarang penulisan sunnah
Nabi SAWA, akhirnya mereka dapati diri mereka terpaksa melakukan
ijtihad dengan pendapat atau qiyas atau istishab atau sad bad zara’ik
dan sebagainya ketika nas-nas Nabi tiada. Sementara kita juga faham
sikap Syiah yang duduk di sekitar Ali, seseorang yang dikatakan sebagai
Pintu Kota Ilmu dan pernah berkata:”tanyakan aku segala sesuatu kerana
Nabi telah mengajarku seribu bab ilmu dan setiap bab dapat membuka
seribu bab yang lain”[110].Sementara orang-orang bukan Syiah berkisar
di sekitar Muawiyah bin Abi Sufian yang mengetahui sunnah Nabi hanya
sedikit sekali.
Imam golongan yang baghi (zalim-pemberontak) ini akhirnya menjadi
Amirul Mukminin setelah wafatnya Imam Ali AS. Dia telah campur
adukkan agama Allah ini dengan pendapatnya lebih dari orang-orang
sebelumnya. Ahlul Sunnah menganggapnya sebagai Penulis Wahyu, dan di
antara ulama yang mujtahid. Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya
sedangkan dia telah meracun Hasan bin Ali dan membunuhnya sedangkan
Hasan (seperti sabda Nabi) adalah Penghulu Pemuda Syurga. Mungkin
mereka juga akan berkata: Ini juga di antara ijtihadnya, tetapi
tersalah!!!!
Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya sedangkan dia telah
mengambil baiah dari umat secara terpaksa, sama ada untuk dirinya atau
untuk puteranya Yazid; lalu dia yang merubah konsep “syura” kepada
“kerajaan” dan kekaisaran (konsep kerajaan di Rom). Bagaimana mereka
menghukumkan ijtihadnya dan bahkan memberikannya satu pahala,
sedangkan dia telah mengajak orang ramai melaknati Imam Ali AS dan
keluarga Nabi dari atas mimbar dan bahkan telah menjadi tradisi
Umaiyyah sepanjang enam puluh tahun.
Bagaimana mereka menamakannya sebagai Penulis Wahyu sedangkan
wahyu turun kepada Nabi SAWA sepanjang dua puluh tiga tahun dan
sebelas tahunnya Muawiyah masih dalam keadaan syirik. Ketika beliau
masuk Islam, kita tidak dapati satu riwayatpun yang mengatakan bahawa
Muawiyah tinggal di Madinah, sementara Nabi SAWA tidak pernah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 187
tinggal di Mekah selepas Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah).
Bagaimana Muawiyah dapat menyandang gelaran Penulis Wahyu? La Haula
Wala Quwwata Illa Billa Al-‘Ali al-‘Azim.
Pertanyaan yang terus menggugat: Mana satu kelompok yang benar dan
mana yang batil? Sama ada Ali dan Syiahnya adalah orang-orang yang
zalim dan dalam keadaan batil ataukah Mauwiyah dan pengikutnyapengikutnya?
Sebenarnya Rasulullah SAWA telah menjelaskan segala sesuatu secara
sempurna. Namun sebahagian orang yang mendakwa diri mereka sebagai
Ahlul Sunnah telah mentafsirkannya secara salah. Sepanjang kajianku
dan pembelaanku dahulu terhadap Muawiyah aku dapati bahawa mereka
sebenarnya bukan sebagai pengikut sunnah tetapi pengikut Muawiyah dan
Bani Umaiyyah. Khasnya setelah aku kaji secara teliti sikap-sikap mereka
yang membenci Syiahnya Ali dan bergembira di hari Asyura serta
membela para sahabat yang pernah mengganggu Rasulullah SAWA di
masa hayatnya dan selepas wafatnya. Mereka tetap sahaja membenarkan
kesalahan sahabat-sahabat seumpama ini dan cuba menjustifikasikan
tindakan-tindakan mereka.
Cuba anda renungkan bagaimana anda mencintai Ali dn Ahlul Bayt Nabi
sementara anda juga dalam masa yang sama rela kepada musuh-musuhnya
dan pembunuh-pembunuhnya? Bagaimana anda mencintai Allah dan
RasulNya sementara dalam masa yang sama anda juga membela mereka
yang merubah-rubah hukum Allah dan RasulNya serta berijtihad dan
menakwilkan dengan pendapatnya apa-apa yang ada dalam hukum ahkam
Allah? Bagaimana anda menghormati orang yang tidak menghormati
Rasulullah, bahkan menuduhnya dengan kata-kata yang ‘mempertikaikan’
dalam perlantikannya? Bagaimana anda mematuhi para pemimpin yang
dilantik oleh kerajaan Umaiyyah dan kerajaan Abbasiyyah lalu
meninggalkan para imam yang telah dilantikoleh Rasulullah SAWA lengkap
dengan bilangannya [111] dan nama-nama mereka [112].Bagaimana anda
mematuhi orang yang tidak mengenal Nabi dengan sempurna lalu
meninggalkan Pintu Kota Ilmu dan seorang yang seumpama Harun di sini
Musa?
Siapa yang menciptakan istilah Ahlul Sunnah Wal Jamaah?
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 188
Aku telah cuba mengkaji di dalam sejarah tetapi tidak aku dapati. Yang
ada hanyalah mereka sepakat menamakan tahun pengambil-alihan
kekuasaan oleh Muawiyah sebagai Tahun Jama’ah. Mengingatkan bahawa
umat Islam pada waktu itu terbahagi kepada dua kelompok: pengikut Ali
dan pengikut Muawiyah. Ketika Imam Ali syahid dan Muawiyah
mengambil-alih kekuasaaan setelah perdamaian dengan Imam Hasan,
maka Muawiyah menjadi Amirul Mukminin.Tahun itu dinamakan sebagai
Tahun Jama’ah.
Nah, dengan demikian penamaan Ahlul Sunnah Wal-Jama’ah
menunjukkannya sebagai pengikut Sunnah Muawiyah dan sepakat
menerimanya sebagai pemimpin; bukan pengikut Sunnah Rasulullah
SAWA. Para Imam keturunan Nabi dan Ahlul Baytnya lebih tahu periha
Sunnah datuknya dari bekas-bekas tawanan perang ini. Tuan rumah lebih
tahu akan isi rumahnya. Dan penduduk Mekah lebih tahu akan selok-belok
negerinya. Namun kita telah membelakangi dua belas imam yang telah
disabdakan oleh Nabi SAWA itu dan mengikut para musuh mereka.
Walaupun kita mengakui keabsahan hadith yang bermaksud ada dua belas
imam selepas Nabi, kesemuanya mereka dari kalangan Quraisyu, namun
kita selalu terhenti pada empat khalifah sahaja. Mungkin Muawiyah yang
menamakan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah bermaksud sebagai
kesepakatan kepada sunnahnya di dalam mencaci Ali dan Ahlul Bayt Nabi
yang berpanjangan sehingga enam puluh tahun. Hanya Umar bin Abdul
Aziz RA sahaja yang mampu menghilangkan sunnah yang buruk ini.
Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa golongan Umaiyyah berpakat
untuk membunuhnya, walau pun beliau adalah dari kalangan keluarga yang
sama. Ini kerana beliau mematikan sunnah mereka yakni melaknat Ali bin
Abi Talib.
Wahai sahabat-sahabatku. Marilah kita mencari kebenaran di bawah
bimbingan Allah SWT.Buanglah jauh-jauh segala jenis taksub dan fanatik
buta. Kita adalah korban Bani Abbasiyyah, korban sejarah yang gelap,
korban kejumudan berfikir yang dipaksakan oleh generasi sebelum
kita.Tidak syak lagi kita juga adalah korban makar perbuatan Muawiyah,
Amr bin Ash, Mughirah bin Syu’bah dan sejenisnya.
Kajilah fakta sejarah Islam kita agar kalian dapat menemukan kebenaran
dan Allah akan melipatgandakan pahalaNya kepada kalian. Semoga Allah
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 189
menyatupadukan umat yang telah bercerai-berai menjadi tujuh puluh tiga
puak. Marilah kita menyatupadukannya di bawah bendera Lailaha Illallah
Muhammadur Rasulullah, dan patuh pada Ahlul Bayt Nabi yang telah
diperintahkan oleh Rasulullah untuk diikuti. Nabi bersabda:”Jangan kalian
melebihi dari mereka kerana kelak akan celaka, dan jangan ketinggalan
dari mereka kerana kelak akan celaka, dan jangan ajari mereka kerana
mereka lebih tahu dari kalian”[113].
Jika kita amalkan ini maka Allah akan mengangkat murkaNya dari kita,
dan menggantikan rasa takut kita kepada kedamaian, dan menempatkan
kita dibumiNya sebagai khalifah-khalifahNya serta memunculkan kepada
kita pilihanNya Imam Mahdi AS seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi
SAWA yang kelak akan mengisi dunia ini dengan keadilan setelah ianya
penuh dengan kezaliman dan penindasan. Dan Allah kelak akan
memancarkan cahayaNya di segenap penjuru.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 190
Teman Diskusi
Perubahan itu adalah bermulanya suatu kegembiraan jiwa. Aku rasakan
jiwaku yang tenang dan dada yang lapang atas madzhab-hak yang aku
temukan ini atau katakanlah agama Islam yang tulen yang tiada keraguan
sama sekali. Aku sungguh berbahagia dan bangga atas nikmat, petunjuk
dan bimbingan yang Allah limpahkan kepadaku. Dan aku tidak dapat
berdiam diri atau menyembunyikan apa yang sedang bergolak di dadaku.
Aku katakan kepada diriku: aku mesti ungkapkan kebenaran ini kepada
orang-orang lain juga. Firman Allah:”Adapun tentang nikmat Tuhanmu
maka ucapkanlah”. Sementara ini adalah nikmat yang paling agung di dunia
dan di akhirat”. Orang yang diam atas kebenaran adalah syaitan yang
bisu”, dan tiada sesuatu selain dari yang hak melainkan kesesatan
semata-mata.
Yang menambahkan keyakinanku lagi untuk menyebarkan kebenaran ini
adalah kedudukan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang tidak berdosa itu.
Mereka mencintai Rasulullah dan Ahli Baytnya. Bagi mereka cukup
dihilangkan tabir yang telah ditenun oleh sejarah sahaja, agar mereka
ikut yang haq. Dan ini berlaku pada diriku sendiri. Allah
berfirman:”Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah
menganugerahkan nikmatNya atas kamu, maka telitilah..”(An-Nisa':94)
Suatu hari aku menjemput empat temanku yang sama-sama mengajar di
kolej. Dua dari mereka mengajar subjek pendidikan agama, yang satu lagi
mengajar subjek bahasa Arab, dan yang terakhir guru dalam bidang
falsafah Islam. Mereka bukan dari Qafsah, tetapi dari Tunis, Jammal,
dan Soseh. Aku ajak mereka untuk sama-sama mengkaji subjek yang
penting ini. Aku beritahu mereka bahawa aku tidak mampu memahami
sebahagian makna (nas) dan ragu-ragu dalam sebahagian masalah. Mereka
pun menerima jemputanku dan bersedia untuk datang ke rumah setelah
tamat waktu kerja.
Aku biarkan mereka membaca kitab al-Muruja’at di mana pengarangnya
menulis berbagaia perkara yang aneh dan asing di dalam agama. Tiga dari
mereka telah menghabiskan buku itu dan yang satu lagi, guru yang
mengajar subjek bahasa Arab, telah menarik diri setelah hadir empat
atau lima kali majlis yang kami adakan. Beliau berkata: orang-orang barat
kini telah sampai ke bulan, sementara kalian masih membahas tentang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 191
perkara khilafah Islamiyyah!!!
Setelah satu bulan mengkaji maka tiga dari mereka telah mengikut
madzhab Syiah ini. Dan aku telah banyak membantu mereka untuk dapat
sampai kepada kebenaran itu dari jalan yang paling dekat, mengingatkan
bahawa pengajianku dulu memakan masa bertahun-tahun lamanya telah
memberikan aku pengetahuan yang cukup banyak dalam bidang ini.
Aku merasakan betapa manisnya hidayah Allah. Aku sangat optimis
dengan masa depan madzhab ini. Setiap kali aku mengajak sebahagian
teman-teman dari Qafsah, dan mereka yang hadir di majlis-majlisku di
masjid, atau mereka yang mempunyai hubungan denganku kerana tarekat
sufi yang sama serta sebahagian murid-muridku yang sering menemaniku,
semua mereka menyahuti ajakanku. Sehingga dalam masa satu tahun
sahaja bilangan kami yang mewila'(ikut) Ahlul Bayt cukup ramai. Kami
mewila’ kepada mereka yang mewila’ Ahlul Bayt dan memusuhi mereka
yang memusuhi Ahlul Bayt. Kami bergembira di hari-hari raya mereka,
sebagaimana kami juga bersedih di hari-hari Asyura dan mengadakan
majlis-masjlis tazkiyah.
Surat pertamaku yang membawa berita kesyiahanku kepada Sayyid al-
Khui dan Sayyid Muhammd Baqir as-Sadr adalah suratku sempena Hari
Raya Eidul Ghadir. Waktu itu untuk pertama kalinya kami merayakan hari
itu di Qafsah. Perkara kesyiahanku dan aktivitiku mengajak orang ikut
madzhab Syiah keluarga Rasul ini telah diketahui oleh kalangan
masyarakat khusus dan umum. Maka mulalah berbagai tuduhan dan fitnah
yang dilemparkan kepadaku. Mereka bilang aku adalah mata-mata Israel
yang bekerja menggoyangkan agama masyarakat; aku mencaci sahabat
dan sumber fitnah serta lain-lainnya.
Di ibu kota Tunisia aku menghubungi dua temanku Rasyid al-Ghannusyi
dan Abdul Fattah Moro. Penentangan mereka terhadapku sangat keras
sekali. Di dalam suatu perbincangan kami di rumah Abdul Fattah, aku
berkata bahawa sewajarnya kita sebagai kaum Muslimin merujuk kitabkitab
kita dan mengulangkaji sejarah kita. Aku ambil contoh kitab Sahih
Bukhari misalnya yang memuatkan berbagai perkara yang bertentangan
dengan akal dan agama. Tiba-tiba saja emosi mereka melonjak sambil
berkata kepadaku: siapa anda sehingga boleh mengkritik Bukhari? Aku
berusaha dengan berbagai upaya untuk menyakinkan mereka supaya dapat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 192
membahas berbagai perkara. Tetapi mereka menolak dan berkata: jika
anda telah ikut Syiah maka jangan syiahkan kami. Kami memikul sesuatu
yang lebih penting lagi dari itu, yakni menentang pemerintahan yang tidak
melaksanakan Islam. Aku bertanya apa faedahnya jika kalian dapat
berkuasa. Mungkin kalian akan melakukan sesuatu yang lebih dari mereka
selagi kalian tidak mengetahui kebenaran Islam ini. Bagaimanapun
pertemuan kami itu berakhir dengan rasa saling jengkel.
Setelah itu bertambahlah tuduhan dan fitnah terhadap kami dari pihak
sebahagian pengikut Ikhwan Muslimin yang waktu itu belum kenal
Harakah al-Ittijah al-Islami. Mereka sebarkan fitnah mengatakan yang
aku adalah agen kerajaan yang berkerja memporak-perandakan agama
kaum Muslimin sehingga mereka lupa akan perjuangan pokok mereka:
menentang pemerintahan.
Mulalah aku mengasingkan diri dari pemuda-pemuda yang aktif dalam
Ikhwan Muslimin dan dari Syaikh-syaikh yang ikut tarekat sufi. Dalam
masa tertentu akhirnya kami hidup terasing dan sangat sukar di sekitar
kampung kami dan di sekitar saudara-mara kami sendiri. Tetapi Allah
SWT akhirnya menggantikan kepada kami dengan orang-orang yang lebih
baik dari mereka. Sebahagian pemuda-pemuda dari berbagai kota datang
kepada kami dan bertanya tentang kebenaran ini. Aku berusaha sebaik
mungkin menjawab soalan-soalan mereka sehingga sejumlah mereka dari
ibu kota Qairawan, Souseh, dan Sayyidi Bu zeid ikut madzhab yang haq
ini.
Di dalam perjalananku ke Iraq di suatu musim panas, aku singgah ke
Eropah. Di sana aku berjumpa dengan sebahagian teman-teman di
Perancis dan Belanda. Di sana juga aku berbincang tentang perkara ini
dengan mereka sehingga mereka mendapat hidayah Allah ini.
Alhamdulillah atas semua ini.
Betapa gembiranya hatiku ketika berjumpa dengan Sayyid Muhammad
Baqir as-Sadr di Najaf al-Asraf. Waktu itu sekumpulan ulama berada di
sekelilingnya. Sayyid Sadr memperkenalkanku kepada mereka dan
mengatakan bahawa aku adalah benih Ahlul Bayt Nabi di Tunisia. Beliau
juga bercerita bahawa beliau menangis terharu ketika membaca suratku
yang membawa berita tentang perayaan kami atas Eidul Ghadir untuk
pertama kalinya serta keluhanku akan berbagai derita, tuduhan dan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 193
fitnah yang dilemparkan kepada kami di Tunisia.
Sayyid berkata antara lain:”Mesti menanggung semua derita ini kerana
jalan Ahlul Bayt sukar dan sulit. Pernah seorang datang kepada Nabi dan
berkata:”Ya Rasulullah aku mencintaimu” Rasulullah menjawab:”Maka
bersedialah akan banyaknya ujian”. Katanya lagi:”Aku juga mencintai anak
pamanku Ali”. Rasulullah menjawab:”Maka bersedialah akan banyaknya
musuh.”Katanya lagi:”Aku mencintai Hasan dan Husayn”. Jawab
Nabi:”Maka bersedialah akan kefakiran dan banyaknya ujian”.Apa yang
telah kita berikan di dalam menyeru jalan kebenaran ini, di mana Abu
Abdillah Husayn AS telah mengorbankan nyawanya, keluarganya dan anak
keturunannya serta sahabat-sahabatnya. Begitu juga Syiahnya di
sepanjang sejarah dan sehingga kini masih terus membayar dengan harga
yang mahal lantaran wila’ mereka kepada Ahlul Bait. Maka sudah
semestinya ya akhi menanggung sedikit kesusahan dan pengorbanan di
dalam jalan yang hak ini. Kalau seseorang mendapatkan hidayah Allah
lantaran usahamu maka itu lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya.
Syed Sadr juga menasihatkan ku agar tidak menyendiri dan bahkan lebih
mendekat pada saudara-saudaraku Ahli Sunnah setiap kali mereka
berusaha menjauhiku. Beliau juga menyuruhku agar solat di belakang
mereka sehingga tidak terputus tali hubungan antara sesama, mengingat
mereka adalah orang-orang yang tak berdosa. Mereka adalah korban
sejarah dan propaganda murahan. Dan manusia adalah musuh kejahilan.
Syed Khui juga menasihatiku hampir sama. Begitu juga Syed Muhammad
Ali Thabathabai al-Hakim yang sentiasa menyurati kami dengan nasihatnasihatnya
yang banyak membimbing perjalanan saudara-saudara Syiah
kami di sana.
Begitulah akhirnya aku seringkali berziarah ke Najaf al-Asyraf dan
sempena mengunjungi ulama-ulama di sana di dalam berbagai sempena.
Aku berazam untuk menggunakan masa cuti musim panasku setiap tahun
di “pangkuan” Imam Ali; serta menghadiri pelajaran-pelajaran Syed
Muhammad Baqir as-Sadr yang banyak sekali bermenafaat bagiku. Aku
juga berazam untuk menziarahi tempat-tempat suci Imam dua belas. Dan
Allah telah mencapaikan cita-citaku itu hatta makam Imam Redha
sekalipun yang terletak di Masyhad, suatu negeri yang berhampiran
dengan perbatasan Rusia di Iran. Di sana juga aku berkenalan dengan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 194
berbagai ulama yang agung sambil banyak belajar dari mereka.
Syed Khui, marja’ yang kami taklid, juga memberiku izin untuk
menggunakan wang khumus dan zakat yang kami terima, serta
menggunakannya untuk kepentingan syiah-syiah yang ada di sekitar kami
seperti keperluan buku dan sebagainya. Di sana aku juga telah mendirikan
suatu perpustakaan yang menghimpun buku-buku rujukan serta berbagai
buku dari kedua mazhab. Nama perpustakaan itu adalah Perpustakaan
Ahlul Bait a.s. Dan Alhamdulillah telah banyak memberi faedah kepada
orang ramai.
Allah juga telah menambah kegembiraan dan kebahagiaan kami berlipat
ganda. Sekitar lima belas tahun yang lalu, Allah telah takdirkan nama
jalan tempat tinggalku sebagai Jalan Imam Ali Bin Abi Thalib a.s. Nama
jalan ini telah dipersetujui oleh ketua kampung Qafsah. Aku pun tidak
lupa untuk mengucapkan rasa terima kasihku kepada ketua kampung itu,
seorang yang cukup kuat berpegang dengan agama dan memiliki rasa cinta
yang dalam terhadap Imam Ali a.s. Lalu kuberikan kepadanya kitab Dialog
Sunnah Syiah, yang kemudian dia tunjukkan rasa cintanya dan sikap
hormatnya yang lebih dalam terhadap kami. Semoga Allah membalas
kebaikannya ini dengan setimpal dan mencapaikan apa yang dicitacitakannya.
Sebahagian orang-orang yang menaruh rasa dendam berusaha mengubah
nama jalan ini, namun Allah menginginkannya tetap ada dan kekal.
Begitulah sehingga surat-surat yang datang kepada kami dari segenap
penjuru dunia menggunakan nama jalan Imam Ali bin Abi Thalib a.s. , yang
kerana namanya maka kota kami yang indah dan nyaman diberkati.
Berpandukan pada nasihat-nasihat para Imam Ahlul Bait a.s. dan ulamaulama
di Najaf, maka kami sentiasa mendekat pada saudara-saudara kami
dari berbagai mazhab yang lain. Kami juga ikut solat berjemaah bersama
mereka. Dengan itu maka ketegangan terasa lebih reda; dan kami juga
berhasil meyakinkan sebahagian pemuda-pemuda di sekitar dari soalansoalan
mereka tentang cara solat, wudhu’ dan akidah kami.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 195
Petunjuk Kebenaran
Di sebuah desa selatan Tunisia, ketika berlangsungnya sebuah kenduri,
wanita-wanita yang hadir sedang asyik membincangkan tentang seorang
isteri dari suami si Fulan. Seorang wanita tua yang berada di sekitar
mereka sangat terkejut mendengar berita perkahwinan dua orang ini.
Ketika ditanya kenapa dia tekejut, dijawabnya bahawa dua suami isteri
tersebut sebenarnya pernah menyusu darinya; dan mereka adalah adik
beradik dari satu ibu susu.
Berita besar ini dibawa pulang oleh wanita-wanita yang hadir kepada
suami mereka. Kaum lelaki yang ada di sekitar ingin membuktikan
kebenaran berita ini. Akhirnya ayah si perempuan menyaksikan bahawa
anak perempuannya memang pernah menyusu dari ibu susu yang terkenal
ini; sebagaimana ayah si lelaki ini juga menyaksikan kebenaran kata-kata
si ibu tua ini. Akibatnya dua suku ini berperang dengan tongkat dan kayu.
Masing-masing menuduh yang lain sebagai sebab musibah yang akan
menyebabkan turunnya bala Allah ini. Apatah lagi perkahwinan itu telah
berusia sepuluh tahun dan telah menghasilkan tiga orang anak.
Mendengar berita ini, si isteri lari ke rumah ayahnya. Dia tidak mahu
makan dan minum. Bahkan dia berusaha bunuh diri lantaran tidak tahan
menerima “bencana” yang sangat besar itu. Bagaimana dia dapat
menerima kenyataan bahawa suaminya adalah saudaranya sendiri dan
telah melahirkan anak-anak pula. Bilangan korban yang luka berjatuhan di
kedua belah pihak, sehinggalah orang tua yang disegani menghentikan
peperangan dan menasihati mereka agar menanyakan para alim ulama
tentang hukumnya dan mencari jalan keluar.
Mulalah mereka pergi ke kota-kota besar yang berhampiran menanyakan
para ulamanya tentang jalan keluar dari perkara ini. Setiap kali mereka
bertanya, jawapan mereka adalah perkahwinan tersebut adalah haram
dan suami isteri wajib dipisahkan seumur hidup. Mereka juga wajib
membayar fidyah dengan membebaskan hamba sahaya atau puasa dua
bulan berturut-turut atau fatwa-fatwa sejenisnya.
Mereka juga pergi ke Qafsah dan menanyakan soalan tersebut kepada
alim ulamanya. Namun jawapan mereka tetap sama. Mengingat ulamaulama
mazhab Maliki menghukumkan muhrim pada setiap anak susuan
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 196
walau sekadar satu titis sekalipun ; berdasarkan pendapat Imam Malik
yang mengkiaskan air susu dengan arak. Dalam hukum arak dikatakan
bahawa “jika banyaknya memabukkan maka sedikitnya juga haram.”
Dengan itu maka menyusui, walau setitis sekali pun adalah berhukum
muhrim.
Seorang yang hadir mencelah dan menunjukkan mereka rumahku.
Katanya: “Tanyakan pada Tijani masalah-masalah seperti ini kerana beliau
mengetahui pendapat semua mazhab.Aku saksikan beliau berhujah
dengan ulama-ulama tadi berkali-kali dan bahkan dapat mematahkan dalil
mereka.”
Ketika ku ajak mereka masuk ke dalam perpustakaanku, si suami
menceritakan segalanya kepadaku secara terperinci, dia juga berkata
demikian: “Tuan, isteriku mahu bunuh diri dan anak-anak tidak terurus.
Kami tidak mendapatkan apa-apa penyelesaian dari kemusykilan ini.
Mereka telah tunjukkanku alamatmu, dan aku sangat yakin kerana melihat
buku-buku yang sebegini banyak di perpustakaan ini yang tidak pernah
aku lihat sebelum ini. Mudah-mudahan saja anda dapat menyelesaikan
perkaraku ini.”
Kemudian aku hidangkan secawan kopi untuknya dan aku berfikir sejenak,
lalu kutanyakan kepadanya bilangan susu yang dia hisap dari si ibu tua
itu. Beliau menjawab: “Aku tidak pasti berapa tetapi isteriku menyusu
dari orang tua itu dua kali atau tiga kali sahaja. Ayahnya juga
menyaksikan bahawa dia hanya dua atau tiga kali saja membawanya pergi
ke tempat orang tua itu.” Lalu ku jawab: “Jika ini memang betul, maka
kalian bukanlah adik-beradik dan perkahwinan kalian adalah sah.”
Mendengar ini lelaki tersebut terus menerpaku dan mencium-cium
kepalaku dan tanganku. Katanya: semoga Allah membalasmu dengan
kebaikan. Anda telah membukakan pintu kedamaian di hadapanku”. Dia
terus pergi dan tidak sempat menghabiskan kopinya, bahkan tidak
bertanya lagi perinciannya atau dalil dariku. Dia hanya meminta izin untuk
pulang agar dapat segera menemui isterinya dan membawa berita
gembira untuknya, anak-anaknya serta kaum kerabatnya.
Namun esoknya dia kembali bersama tujuh orang lelaki yang lain. Katanya:
“Ini ayahku dan ini ayah isteriku. Yang ketiga itu ketua desa dan keempat
Imam Jum’ah dan Jama’ah, kelima Penghulu agama, keenam ketua suku
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 197
dan ketujuh ketua sekolah. Semua mereka datang untuk bertanya
tentang masalah menyusui tersebut dan dengan alasan apa anda
menghalalkannya?
Semua aku ajak masuk ke dalam perpustakaanku dan aku memang
menduga yang mereka akan mendebatku. Ku hidangkan mereka minuman
kopi dan kusambut mereka dengan mesra. Mereka berkata: “Kami datang
untuk bertanya akan fatwamu yang menghalalkan susuan itu sementara
Allah telah mengharamkannya di dalam alQuran dan telah diharamkan
juga oleh RasulNya, dengan sabdanya: “Telah diharamkan dengan susuan
segala apa yang diharamkan dengan cara nasab. Begitu juga Imam Malik
telah mengharamkannya.”
Aku berkata: “Wahai tuan-tuan, kalian Masya Allah lapan orang dan aku
seorang. Jika aku berbicara dengan kesemua kalian maka aku tidak akan
dapat meyakinkan kalian dengan hujahku dan diskusi kita nantinya akan
berlarutan. Aku usulkan kalian memilih salah seorang di antara kalian
sebagai juru cakap sehingga aku senang berdiskusi dengannya dan yang
lainnya menjadi hakim kami.”
Mereka terima usul tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada
penghulu agama sebagai wakil kerana lah yang paling alim dan paling arif
di antara mereka. Maka penghulu pun mulailah memulakan pertanyaannya
mengapa aku menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, RasulNya dan
para Imam?
Aku jawab: “Aku berlindung kepada Allah danri berbuat demikian. Allah
mengharamkan susuan dengan ayat yang mujmal(ringkas) dan tidak
menjelaskan secara terperinci. DiserahkanNya kepada Rasul cara dan
bagaimana perincian hukumnya.”
– “Tetapi Imam malik menghukumkan muhrim hatta dari setitis air
susu.”
– “Aku tahu. Namun Imam Malik bukanlah hujah kepada semua kaum
Muslimin. Kalau tidak maka bagaimana pendapat anda dengan imam-imam
yang lain?”
– “Semoga Allah meredhai mereka. Kesemua mereka mengambil dari
Rasul saw.”
– “Lalu bagaimana nantinya hujahmu di sisi Allah atas taklidmu kepada
pendapat Imam Malik yang bercanggah dengan nas Nabi ini?”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 198
– “Subhanallah” katanya sambil merasa hairan. “Aku tidak pernah tahu
yang Imam Malik, Imam Dar al-Hijrah, menyalahi nas-nas Nabi.”
Yang hadir juga kehairan dengan kata-kataku ini. Mereka sangat terkejut
atas sikapku yang sangat ‘berani” terhadap Imam Malik yang tidak
pernah dilihatnya sebelum ini dari ulama-ulama yang lain. Kemudian aku
menambah lagi:
– “Apakah Imam Malik dulunya dari kalangan sahabat?”
– “Bukan.” Jawabnya.
– “Apakah beliau dari kalangan Tabi’in?”
– “Bukan. Bahkan dari kalangan Tabi’it-Tabi’in, generasi keempat
setelah Nabi saw.”
– “Mana yang lebih dekat kepada Rasul; Imam Malik atau Imam Ali bin
Abi Thalib?”
– “Imam Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah satu dari empat Khulafa’
Rasyidin.”
Salah seorang dari yang hadir berkata :
– “Sayyidina Ali Karramallahu Wajhahu adalah gerbang kota ilmu.”
– “Mengapa kalian tinggalkan gerbang kota ilmu dan ikut seorang
bukan sahabat dan bukan Tabi’in sekalipun. Bahkan seorang yang
dilahirkan setelah berlakunya berbagai pertelingkahan antara kaum
muslimin, dan setelah kota Madinah Nabi dicabuli oleh tentera Yazid dan
diperlakukan sedemikian rupa sehingga sahabat-sahabat yang terbaik
terbunuh, para wanita diperkosa dan sunnah-sunnah Nabi diubah.
Bagaimana seseorang boleh percaya sepenuhnya kepada imam-imam yang
dipersetujui oleh para penguasa saat itu, yang memberikan fatwanya
mengikut persetujuan mereka.”
Salah seorang dari mereka berkata:
– “Memang kami pernah dengar yang anda adalah seorang Syiah yang
menyembah Imam Ali.”
Serta merta sahabat yang duduk di sampingnya manamparnya dengan
agak kuat, lalu berkata:
– “Diam. Apakah anda tidak malu berkata seperti ini kepada seseorang
yang terhormat seperti beliau. Aku banyak kenal ulama, tetapi aku tidak
pernah melihat perpustakkan sebesar ini. Beliau berbicara dengan
pengetahuan yang dalam dan penuh keyakinan.”
Aku jawab:
– “Memang benar saya seorang Syiah. Tetapi Syiah tidak menyembah
Ali. mereka ikut Imam Ali sebagai ganti dari ikut Imam Malik. Kerana Ali
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 199
adalah gerbang kota olmu seperti yang kalian saksikan.”
Penghulu agama berkata: “Apakah Imam Ali menghalalkan perkahwinan
dua adik-beradik susuan?”
– “Tidak. Beliau menghukum-muhrimkannya jika si bayi menyusu
sebanyak lima belas kali dengan kenyang dan berturut-turut atau
sehingga menumbuhkan daging dan tulang.”
Mendengar ini ayah si isteri merasa sangat lega dan berkata:
– “Alhamdulillah. Anakku hanya menyusu dua atau tiga kali sahaja.
Fatwa Imam Ali ini adalah jalan keluar bagi kami dari kemusykilan ini dan
rahmat Allah kepada kami setelah puas kami mencari dan hampir-hampir
putus asa.”
Penghulu berkata: “Berikan kami dalilnya agar kami berpuashati.”
Lalu kuberikan kepada mereka kitab Minhaj as-Sholihin, fatwa Syed al-
Khui. Dibacakannya Bab Hukum Menyusui kepada mereka. Semua mereka
sangat gembira terutama si suami yang takut kalau-kalau saya tida
mempunyai dalil yang memuaskan. Mereka memohon agar aku
meminjamkan buku tersebut kepada mereka agar dapat berhujah kelak di
kampungnya. Lalu ku serahkan buku tersebut setelah mereka meminta
izin untuk pulang.
Setelah mereka keluar dari rumahku mereka berjumpa dengan seseorang
yang akhirnya membawa mereka kepada beberapa ulama-upahan.
Diugutnya mereka dan dikatakan yang aku adalah agen Israel, kitab
Minhaj as-Solihin yang kuberikan itu adalah sesat, penduduk Irak
semuanya kafir dan munafik, dan Syiah adalah Majusi yang menghalalkan
perkahwinan adik beradik. Kerana itu tidak hairan kalau aku menghalalkan
perkahwinan antaara adik beradik susu dan berbagai tuduhan lain yang
mengarut. Sedemikian rupa ancaman mereka sehingga kesemuanya
kembali seperti semula dan tidak percaya akan kebenaran pendapat yang
ku berikan.
Dipaksanya sang suami mengangkat perkara ini ke mahkamah negeri di
Qafsah. Ketua mahkamah meminta mereka pergi ke pusat dan meminta
penyelesaian dari Mufti Besar Negara. Maka pergilah orang yang malang
ini ke sana dan menunggu selama satu bulan penuh untuk dapat
menghadap mufti. Diveritakannya masalahnya dari awal hingga akhir.
Mufti bertanya tentang pendapat ulama yang menganggap sah
perkahwinan mereka. Katanya tiada siapa pun yang mengatakan demikian
kecuali seorang yang bernama at-Tijani as-Samawi. Mufti mencatat
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 200
namaku dan berkata kepada orang ini: “Pulanglah! Aku akan kirimkan
sepucuk surat kepada ketua mahkamah negeri di Qafsah.”
Tidak lama selepas itu tibalah sepucuk surat dari Mufti Besar. Kemudian
wakil orang ini memberitahunya bahawa mufti juga menghukumkan haram
perkahwinan mereka dan dianggap tidak sah.
Itulah apa yang diceritakan oleh orang yang malang dan lemah ini
kepadaku. Dia meminta maaf kerana telah menyebabkanku susah dan
terganggu. Aku juga berterima kasih kepadanya atas timbang rasanya
yang tinggi. Tetapi aku hairan kenapa mufti besar menganggap
perkahwinan seumpama itu tidak sah. Aku minta orang ini mendapatkan
lembaran tulisan yang dikirimkan oleh mufti kepada mahkamah di sini
agar aku dapat memuatnya di akhbar-akhbar Tunisia. Aku ingin katakan
bahawa mufti tidak mengetahu mazhab-mazhab Islam dan jahil akan
perbedaan-perbedaan fiqh mereka di dalam perkara susu-menyusu ini.
Orang ini berkata bahawa dia tidak dapat melihat fail perkaranya, apalagi
untuk mendapatkannya. Akhirnya kami berpisah.
Setelah beberapa hari sepucuk surat panggilan datang kepadaku dari
mahkamah. mereka memerintahkanku agar datang membawa rujukan dan
hujah atas keabsahan perkahwinan “dua adik-beradik susu” ini. Aku
datang dengan membawa berbagai buku rujukan yang telah ku teliti
sebelum ini. Setiap Bab Menyusui ku letakkan tanda agar mudah dapat
mengenalnya kelak. Aku pergi pada waktu dan jam yang ditentukan itu.
Sekretari ketua mengambil kedatanganku dan memintaku masuk ke ruang
bilik pejabat ketua. Di sana aku dikejutkan dengan kehadiran ketua
mahkamah negeri, ketua mahkamah kampung dan wakil dari pusat beserta
tiga anggotanya yang lain. Semua mereka mengenakan pakaian kebesaran
mahkamah yang seakan-akan mereka sedang berada dalam satu
perjumpaan resmi. Aku perhatikan juga di sana ada lelaki yang malang itu
duduk di sisi lain. Aku ucapkan salam kepada semua. Semua mereka
memandangku dengan sikap menghina dan jengkel. Ketika aku duduk ,
ketua mereka berbicara kepadaku dengan nada yang kasar:
– “Anda Tijani Samawi?”
– “Ya.” Jawabku
– “Anda yang memberi fatwa akan sahnya perkahwinan ini?
– “Bukan saya. Tetapi Imam-imam fiqh dan ulama kaum Muslimin yang
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 201
memberikan fatwa akan sahnya perkahwinan tersebut.”
– “Itulah kenapa kami memanggilmu. Anda sekarang dalam tuduhan.
Jika anda tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan anda makan anda
akan dihukum penjara. Dan dari sini anda akan terus diiring ke penjara.”
Aku sedar bahawa aku kini dalam suatu tuduhan. Bukan kerana aku
memberikan fatwa tersebut, tetapi ada beberapa ulama jahat yang
mengatakan kepada penguasa bahawa aku adalah penyuluh fitnah ,
mencaci sahabat dan menyebarkan Syiah Ahlul Bait Nabi. Ketua
mahkamah berkata bahawa jika ada dua saksi yang membuktikan
kesalahanku maka dia akan memasukkanku ke dalam penjara.
Di sisi lain, Jama’ah Ikhwan Muslimin memanipulasi fatwa ini. Mereka
sebarkan kepada kalangan umum dan khusus bahawa aku menghalalkan
nikah antara adik-beradik. Dan ini adalah pendapat Syi’ah. Begitulah
dugaan mereka.
Semua ini aku sedari ketika Ketua Mahkamah mengancamku dengan
penjara. Tiada lain bagiku waktu itu kecuali menentang dan
mempertahankan deri dengan penuh keberanian. Kukatakan kepada ketua:
“Apakah saya boleh bercakap dengan terus terang dan tanpa takut?”
– “Bercakaplah. Tetapi anda tidak mempunyai pembela.”
– “Pertama-tama, aku tidak mengangkat diriku sebagai mufti. Ini
suami perempuan itu berada di hadapan kalian dan tanyakan kepadanya.
Dialah yang datang ke rumahku dan bertanya kepadaku. Sudah tentu aku
wajib mengjawabnya mengikut apa yang aku tahu. Aku tanyakan
kepadanya berapa kali dia minum susu tersebut. Ketika diberitahunya
bahawa isterinya menyusu dua atau tiga kali sahaja maka aku
memberitahu kepadanya hukum Islam yang benar. Dalam hal ini aku bukan
seorang yang mujtahid dan bukan pula seorang yang mengadakan syariat
baru.”
– “Aneh. Anda sekarang mendakwa yang anda tahu akan hukum Islam
dan kami jahil.”
– “Astaghfirullah. Aku tidak bermaksud demikian. Semua orang di sini
tahu apa pendapat mazhab Imam Malik dan hanya berhenti pada
pendapatnya saja, sementara aku menelitinya dalam berbagao mazhab
dan mendapatkan cara penyelesaiannya di sana.”
– “Di mana anda dapatkan jalan penyelesaiannya?” tanya ketua.
– “Sebelum itu bolehkah aku bertanya satu soalan hai ketua?”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 202
– “Tanyakanlah apa yang kau mahu.”
– “Apa pendapat anda tentang mazhab-mazhab Islam yang lain?”
– “Semua benar. Semua mereka mengambilnya dari Nabi; dan
perselisihan yang ada adalah rahmat.”
– “Kalau demikian maka kasihanilah orang yang malang ini (sambil
menunjuk ke arah orang tersebut) yang telah dua bulan lebih berpisah
dengan isteri dan anak-anaknya. Padahal di sana ada mazhab Islam lain
yang memberinya penyelesaian.”
Dengan nada marah ketua itu berkata:
– “Bawakan dalilnya dan jangan berdolak dalik. Kami telah berikan hak
kepadamu untuk membela dirimu; dan sekarang kau mahu membela orang
lain.”
Kuberikan kepadanya kitab Minhaj as-Solihin, fatwa Syed al-Khui.
Kukatakakan kepadanya bahawa ini adalah mazhab Ahlul Bait. Di dalamnya
memuat berbagai dalil. Kemudianbeliau memotong kata-kataku: “Jangan
libatkan kami dengan mazhab Ahlul Bait. Kami tidak mengenalnya dan
tidak beriman kepadanya.”
Aku memang menduga demikian. Kerana itu aku bawa bersamaku
beberapa buku rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah ku kaji dan
ku susun sejauh pengetahuanku. Kuletakkan Sahih al-Bukhori di bahagian
pertama. Kemudian Sahih Muslim. Lalu kitab fatwa Syaltut, Bidayah al-
Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid karangan Ibnu Rushd, kitab Zad al-
Masir Fi I’lmi at-Tafsir karangan Ibnu al-Jauzi dan beberapa buku
rujukan lain dari kalangan Ahli Sunnah.
Ketika pengetua menolak kitab Syed al-Khui, kutanyakan keadanya kitab
apa yang beliau pegang dan jadikan rujukan. “Bukhori dan Muslim,”
katanya. Lalu ku ambil kitab Sahih al-Bukhori dan kubukakan halaman
yang telah ku tandakan. “Silakan baca hai yang arif.” kataku
mempersilakan. “Engkau baca.” Mintanya kepadaku. Lalu kubaca: “Telah
diriwayatkan oleh Fulan daripada si Fulan dan daripada A’isyah Ummul
Mukminin yang berkata: “Rasulullah saw meninggal dan tidak menjatuhmuhrimkan
susuan melainkan setelah lima susuan atau lebih.”
Maka pengetua tersebut mengambil buku itu dariku dan membacanya.
Kemudian diberikannya kepada wakil dari pusat yang duduk di
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 203
sampingnya. Lalu dibacanya dan diberikannya pula kepada orang yang
duduk di sisinya. Kemudian aku keluarkan pula kitab Sahih Muslim dan
kubukakan pula hadis yang sama. Lalu kitab Fatwa Syaikh al-Azhar
Mahmud Syaltut, di mana beliau telah menjelaskan berbagai perbezaan
pendapat para imam fiqh tentang perkara susu-menyusu ini. Ada
sebahagian pendapat mengatakan bahawa ia akan jatuh muhrim setelah
lima belas kali susuan; pendapat lain mengatakan setelah tujuh kali
susuan, dan pendapat berikutnya di atas lima kali susuan. Melainkan Imam
Malik yang menyalahi nas dan menjatuh-muhrimkan walau satu titis
sekalipun. Kemudian Syaltut berkata: “Aku condong pada pendapat yang
tengah, yakni tujuh kali susuan atau lebih.”
Setelah ketua mahkamah mengetahui semua itu, beliau berkata:
“Cukuplah.” Kemudian beliau memandang pada suami wanita tersebut dan
berkata: “Engkau pergi dan bawa ayah isterimu ke mari untuk
menyeksikan di hadapanku bahawa anaknya menyusu hanya dua atau tiga
kali saja. Kalau betul maka kau boleh ambil isterimu semula hari ini juga.
Orang yang malang ini pun pergi. Wakil dari pusat dan hadirin yang lain
meminta izin keluar meneruskan tugas masing-masing. Ketika majlis itu
lengang, pengetua tersebut menghadapku sambil meminta maaf. Katanya:
“Maafkan aku hai Ustaz. Mereka telah mengelirukan aku tentang dirimu.
Mereka berkata tentang hal yang aneh-aneh atas dirimu. Sekarang aku
tahu yang mereka hasad dan dengki kepadamu.”
Hatiku sangat gembira melihat perubahan kilat seperti itu. Aku berkata:
“Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanku di tanganmu hai
pengetua yang arif.”
– “Aku dengar anda juga mempunyai buku Hayat al-Hayawan al-Kubro
karya ad-Dumairi?” Tanyanya kepadaku.
– “Ya.” Jawabku.
– “Bolehkah anda pinjamkan padaku? Telah dua tahun aku mencari
buku itu.”
– “Ia adalah milikmu bila saja kau mahu.”
– “Apakah anda mempunyai masa untuk datang ke pejabatku agar kita
berbincang dan belajar darimu.” Pintanya.
– “Astaghfirullah. Saya yang seharusnya belajar darimu. Anda adalah
orang yang lebih tua dan lebih agung dariku. Saya ada empat hari cuti
dalam seminggu. Saya sentiasa hadir menerima jemputanmu.”
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 204
Akhirnya kami sepakat setiap hari Sabtu untuk dapat duduk bersama,
kerana hari itu beliau tidak disibukkan dengan urusan mahkamah. Setelah
beliau memintaku meninggalkan kitab Bukhori dan Muslim serta kitab
Fatwa Syaltut untuk dapat disalinnya semua nas-nas yang ada, beliau
sendiri berdiri dan menghantarku pulang sehingga pintu tanda satu
penghormatan.
Aku keluar dengan hati yang sangat gembira sambil memuji-muji Allah
atas kejayaan ini di mana sebelumnya aku masuk dalam keadaan takut dan
diancam penjara. Kini aku keluar dari mahkamah dan pengetuanya telah
menjadi seorang sahabat yang dekat, menghormatiku dan memintaku
menemaninya agar dapat “belajar”. Semua ini adalah berkat Ahlul Bait
yang tiada akan rugi orang yang berpegang kepada mereka dan akan aman
orang yang merujuk kepada mereka.
Suami yang malang tadi menceritakan semua apa yang dilihatnya kepada
penduduk desanya sehingga berita itu tersebar ke seluruh pelusuk desa
yang ada di sekitarnya. Dia kini kembali bersama-sama isterinya dan
perkara perkahwinannya dianggap sah. Prang-prang mula berkata yang
aku lebih alim dari semua, hatta dari mufti besar sekalipun.
Si suami ini kemudian datang ke rumahku dengan keretanya yang besar,
ingin mengajak aku dan keluargaku ke desanya. Dia memberitahuku
bahawa semua keluarganya sedang menunggu kedatanganku. Mereka akan
sembelih tiga ekor anak unta sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan.
Tetapi aku meminta maaf kerana tidak dapat hadir lantaran kesibukanku
di Qafsah. Kukatakan kepadanya bahawa aku akan mengunjungi kalian di
masa lain Insya Allah.
Lalu pengetua mahkamah tadi pun menceritakan kejadian itu kepada
sahabat-sahabatnya sehingga tersebarlah cerita itu dan Allah telah
menolak tipu daya orang-orang yang menipu. Sebahagian mereka datang
meminta maaf dan sebahagian lagi Allah bukakan hatinya untuk menerima
hidayat dan kebenaran sehingga mereka ikut mazhab Ahlul Bait dan
menjadi orang-orang yang mukhlisin. Semua ini adalah kurnia Allah yang
Dia berikan kepada mereka yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha
Pemberi Kurnia Yang Agung.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 205
Wa Akhiru Da’wana Anil Hamdulillahi Rabbil A’lamin. Wa Sollallahu A’la
Sayyidina Muhammadin Wa A’la A;lihi at-Thayyibin Wat Tahirin.
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 206
Nota Kaki
1. Sahih Bukhari J.2; Sahih Muslim J. 5, hlm. 75; Musnad Ahmad bin
Hanbal J.1 hlm.355; J.5, hlm. 116; Tarikh Tabari, J. 3, hlm. 193; Tarikh
Ibnu Athir, J.2, hlm. 320.
2. Tabaqat Ibnu Saad, J.2, hlm. 190; Tarikh Ibnu Athir, J.2 hlm. 317;
Sirah Halabiyyah, J.3, hlm. 207; Tarikh Tabari, J.3, hlm. 226.
3. Lihat al-Khilafah Wal Muluk oleh al-Maududi dan Yaum al-Islam oleh
Ahmad Amin.
4. Syarah Nahjul Balaghah Oleh Ibnu Abil Hadid, J.8, hlm.111.
5. Tarikh Ya’qubi, J.2, hlm. 106.
6. Futuh al-Buldan, hlm. 437.
7. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 52.
8. Tarikh Tabari Dan Tarikh Ibnu Athir.
9. Al-Imamah Wa Siasah oleh Ibnu Qutaibah.
10. Lihat an-Nas Wal-Ijtihad oleh Syarafudin al-Musawi.
11. Sahih Bukhari, J.4 hlm. 94-96; J.3 hlm. 32; Sahih Muslim, J.7, hlm.
66.
12. Sahih Bukhari, J.4, hlm. 100-101
13. Muruj az-Zahab oleh Masudi, J.2, hlm. 341.
14. Ibid.
15. Ibid.
16. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 122.
17. Al-Khalifah Wal Muluk oleh al-Madudi, hlm. 106
18. Sahih Muslim, J.1, hlm. 61.
19. Sahih Bukhari, J.2, hlm. 305; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 109.
20. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 76; Sahih Tirmidzi, J.5, hlm. 300; Sahih
Ibnu Majah, J.1, hlm. 44.
21. Sahih Muslim, J.1, hlm. 61; Sunan an-Nasai, J.6, hlm. 117.
22. Sahih Tirmidzi, J.5, hlm. 201; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 126.
23. Musnad Ahmad bin Hanbal, J.5, hlm. 25; Mustadrak al-Hakim, J.3,
hlm. 134.
24. Sahih Muslim, J.2, hlm. 362; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 109;
Musnad Ahmad bin Hanbal, J.4, hlm. 281.
25. Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 121;Khasais, al Nasai, ms 24;Musnad,
Ahmed Hanbal, jilid 6 ms 33;Al Manaqib, al Khawarizmi, ms 81;Al Riyadh
al Nadira, Tabari, jild 2 ms 219;Tarikh, as Suyuti, ms 73.
26. Sahih, Bukhari, jilid 1, ms 74
27. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 154 ;Sahih, Muslim, jilid 1 ms 260
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 207
28.Sahih, Muslim, jilid 2 ms 134
29. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 54
30. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 135
31.Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 32
32. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 201
33. Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya, jilid 3 ms 131; Hilyat al Awliya, Ibn
Abi Nuaym, jilid 1 ms 52
34. Tarikh, Tabari, ms 4;al Riyadh al Nadira, jilid 1 ms 134; Kanz al
Ummal, ms 361
Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya, jilid 3 ms 120
35. Tarikh Tabari hlm. 41; Riyadh an-Nadhirah, J.1, hlm. 134; Kanzul
Ummal, hlm. 361; Minhaj as-Sunnah Oleh Ibnu Taimiyyah, J.3, hlm. 120
36. Sahih Bukhari, J.2, ms 206
37. al Imamah Was Siyasah, Ibn Qutaybah, jilid 1ms 20; Muhammad
Baqir al Sadr, Fadak dalam Sejarah, ms 92
38. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 127, 130, jilid 2 ms 126, 205
39. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 39
40. Tarikh al Khulafa, Ibn Qutaybah, jilid 1 ms 20
41. Sahih, Muslim, jilid 7 ms 121, 130
42. Tarikh al Khulafa, jilid 1 ms 20
43. Ibid.
44. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 39
45. Tarikh, Tabari, jilid 4 ms 407;Tarikh, Ibn Athir, jilid 3 ms 206; Lisan
al Arab, jilid 14 ms 193; Taj al Arus, jilid 8 ms 141; Al Iqd al Farid, jilid 4
ms 290
46. al Imamah was Siyasah
47. Al Tabari, Ibn al Athir dan ahli sejarah yang lainnya yang menulis
mengenai kejadian didalam dalam tahun ke 36 selepas hijrah
48. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 48
49. Al Tabari, Ibn al Athir, yang menulis kejadian didalam tahun ke 40
hijrah
50. Ibid Tahun 36H.
51. Sahih, Bukhari, jilid 4 ms 161
52. Sahih Bukhari, jilid 2 ms 128
53. Sahih al Tirmidhi; al Istiab, Ibn Abd al Barr, Biography of Safiyya
54. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 68
55. Baca Khalifah Dan Kerajaan oleh Syed Abdul A’la Maududi
56. Hayat al Haywan al Kubra, al Damiri
57. Muwatta, Malik, jilid 1 ms 307; Maghazi,al Qawidi, ms 310
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 208
58. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 307
59. Sahih, al Tirmidhi, jilid 5 ms 296; Khasai’s, al Nasai, ms 87;
Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 110
60. Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 4 ms 281; Siyar al Amin, al Ghazali, ms
12;Tadhkirat al Awas, Ibn al Jawzi, ms 29;Al Riyadh al Nazarah, al
Tabari, jilid 2 ms 169;Al Bidayah wan Nihayah, jilid 5 ms 212;Tarikh, Ibn
Asakir, jilid 2 ms 50;Tafsir, al Razi, jilid 3 ms 63;Al Hawi Lil Fatawi, al
Suyuti, jilid 1 ms 112
61. Tarikh, al Tabari;Ibn al Athir;Suyuti;Baghdadi
62. Tarikh al-Khulafah oleh Ibnu Qutaibah, J.1, ms 18
63. Sahih, Bukhari, jilid 4 ms 127
64. Sharh, Muhammad Abduh, jilid 1 ms 34, sermon as Shaqshaqiyah
65. Tarikh, Qutaybah, jilid 1 ms 17
66. al Saqifah wal Khulafah oleh Abdul Fattah Abdul Maqsood
67.Tarikh, Qutaybah, jilid 1 ms 19;Shahrah, Ibn al Hadid
68. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 36;Sahih, Muslim, jilid 2 ms 72
69. Dengan rujukkan dia menunggang unta semasa peperangan jamal
70. Dengan rujukkan dia menunggang keldai pada hari dia menghalang
pengkemumian al-Hasan bersebelahan datukandanya
71.Sharh Nahj al Balagha, Ibn al Hadid, jilid 16 ms 220 – 223
72. al Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 107;al Manaqib, al Khawarizmi, ms
3 dan ms 9;Tarikh, Suyuti, ms 168;Al Sawaiq al Muhriqah, Ibn Hajar ms
72;Tarikh, Ibn Asakir, jilid 3 ms 63;Shawahid at Tanzil, al Haskani al
Hanafi, jilid 1 ms 19
73. Qadi Ismail, al-nasa’I dan Abu Ali al-Naisaburi berkata: Tidak ada
para sahabat yang mempunyai sebanyak kemuliaan yang diucapkan
kepadanya sebagaimana Ali
74. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 202
75. Fath al Bari [Sharah al Sahih Bukhari] jilid 7 ms 83;Tarikh, Suyuti,
ms 199;Al Sawaiq al Muhriqah, ms 125
76. Muwatta, Malik, jilid 1 ms 307 ;Maghazi, al Waqidi ms 310
77.Sahih, al Tirmidhi, jilid 4 ms 339;Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 2 ms
319;Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 51]
78. Sahih Muslim
79. Sahih Bukhari, J.4. hlm. 184
80. al Imamah was Siyasah, Qutaybah, jilid 1 ms 14;al Jahiz, ms
301;A’alam al Nisa, jilid 3 ms 1215
81. Tarikh al-Tabari, J.4, hlm.52; Imamah wal-Siyasah, J.1, hlm. 18;
Tarikh Masudi, J.1, hlm. 414
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 209
82. Tazkirah al-Khawas, hlm. 23; Tarikh ibnu Asakir, J.1, hlm.107;
Manaqib al-Khawarizmi, hlm.7; Fusul al-Muhimmah oleh al-Maliki, hlm.21
83. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 48; Tarikh Ibnu Kathir, J.7, ms 358
84. Al-Isti’ab, J.3, ms 39; Manaqib al-Khawarizmi, ms 48; Riyadh
Nadhirah, J.2, ms 194
85. Ibid, J.2, hlm.198; Tarikh al-Khulafa, ms 124; Al-Itqan, J.2, 319;
Fath al-Bari, J.8, 485
86. Sunan ad-Darimi, J.1, ms 54; Tafsir Ibnu Kathir, J.4, ms 232; Ad-
Dur al-Manthur, J.6, ms 111
87. Sunan Ibnu Majah, J.1, ms 44; Khasais Nasai, ms 20; Sahih Tirmidzi,
J.5, ms 300; Jami Saghir oleh Suyuti, J.2, ms 56; Riyadh Nadhirah, J.2,
ms 229
88. Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 448; Kunuz al-Haqaiq oleh al-Maulawi, ms
293; Kanzul Ummal, J.5, ms 33
89. Tarikh Tabari, J.2, ms 319; Tarikh Ibnu Athir, J.2, ms 62; As-Sirah
al-Halabiah, J.1, ms 311; Syawahid at-Tanzil oleh Hasakani, J.1, ms 371;
Kanzul Ummal J.15, ms 15; Tarikh Ibnu Asakir, J.1, ms 85; Tafsir al-
Khazin oleh Alauddin as-Syafie, J.3, ms 371; Hayat Muhammad oleh
Hasanain Haikal Edisi Pertama
90. Sahih Muslim, J.5, ms 122; Sahih Turmidzi. J.5, ms 328; Mustadrak
al-Hakim, J.3, ms 17
91. Lihat Sunan Nasa’i, Turmidzi, Ibnu Majah, dan Abu Daud.
92.Kata-kata “sunnahku” tidak diriwayatkan oleh mana-mana kitab hadith
yang enam (Sahih as-Sittah).Ianya diriwayatkan hanya dalam al-Muwatta
Imam Malik bin Anas. Hatta Tabari ketika meriwayatkan hadith ini beliau
merujuk kepada kitab Imam Malik ini.
93. Sahih Muslim, J.8, ms 151
94. Tarikh Tabari, J.3, ms 280; Tarikh al-Fida, J.1,ms 158; Tarikh al-
Yaqubi, J.2, ms 110; Al-Isabah, J.3, ms 336
95. Tarikh al-Fida, J.1, ms 158; Tarikh Yaqubi, J.2, ms 110; Tarikh Ibnu
Shihnah, J.11, ms 114; Wafayat al-A’yam, J.6, ms 4
96. As-Siddiq Abu Bakar oleh Haikal, ms 151
97. Sahih Bukhari, J.4, ms 171
98. Sirah Ibnu Hisham, J.4, ms 53; Tabaqat Ibnu Saad; Usud al-Ghabah,
J.3, ms 102
99. As-Siddiq Abu Bakar, ms 151
100. Tarikh Tabari, J.3, ms 254; Tarikh al-Khamis, J.3, ms 343
101. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 151; Yanabi al-Mawaddah, ms 30, 370;
Sawaiq al-Muhriqah, ms 184, 234
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 210
102. Lihat Is’af ar-Raghibin dan Jami’ as-Saghir
103. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms151; Jami’ al-Kabir oleh Tabrani; al-
Isabah; Kanzul Ummal, J.6, ms 155; al-Manaqib oleh Khawarizmi, ms
34;Yanabi al-Mawaddah, ms 149; Hilyah al-Auliya’, J.1, ms 86; Tarikh
Ibnu Asakir, J.2, ms 95
104.Munaqasyat Aqaidiyah Fi Maqalat Ibrahim al-Jabhan, ms 29
105. Sahih Bukhari, J.7, ms 121; Sahih Muslim, J.5, ms 75
106. Sahih Bukhari, J.3, ms 68; Sahih Muslim, J.2, ms 14
107. Tabaqat Ibnu Saad, Bhg.2, ms 29
108. Seperti perkara talak tiga – lihat Sahih Muslim Bab Talak Tiga, juga
lihat Sunan Abi Daud,J.1, ms 344
109. Seperti perkara larangan atas muta’ah Haji dan muta’ah wanita -
lihat Sahih Muslim Bab haji dan Bukhari bab Tamattu’.
110. Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 484; Maqtal Husayn oleh Khawarizmi,
J.1, ms 38; Al-Ghadir oleh al-Amini, J.3, ms 120
111. Sahih Bukhari, J.4, ms 164; Sahih Muslim, ms 119
112. Yanabi al-Mawaddah oleh al-Qunduzi al-Hanafi
113. Ad-Dur al-Manthur oleh Suyuti, J.2., ms 60; Usud al-Ghabah, J.3,
ms 137; Sawaiq al-Muhriqah ,ms 148, 226; Yanabi al-Mawaddah, ms 41,
335; Kanzul Ummal, J.1, ms 168; Majma az-Zawaid, J.9, ms 163
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN
Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 211

Muktamar Baghdad

Muktamar Baghdad
Dialog
Agama
KITAB
MUKTAMAR
ULAMA‘
BAGHDAD
Dialog Abad Ke 5 Hijrah
MUQAATIL BIN ‘ATIYYAH BIN MUQAATIL AL-BAKRI
1
Muktamar Baghdad
5
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Muktamar Ulama‘
Baghdad
Karya Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-
Bakri
Cetakan Bahasa Arab: Qum, 1399 H
____________________________________________
____________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights
reserved
_____________________________________________
Cetakan Kedua: Julai, 1994
_____________________________________________
_____________________________________________
Edisi Bahasa Arab
Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad, cetakan ke 3, Qum, 1399
H
___________________________________________________
Edisi Bahasa Melayu
.
Copyright @
______________________________________________
2
Muktamar Baghdad
PRAKATA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada
Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabat yang
terpilih. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Kitab
Muktamar Ulama‘ Baghdad adalah tulisan Thiqat al-Jalil Abi al-Hijaa’
Syibl al-Daulat Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri. Beliau
adalah di kalangan mereka yang telah menghadiri muktamar antara
Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada
bulan Sya‘ban (sebelum 12 haribulan Ramadan, 485 hijrah). Iaitu
tarikh kematian Nizam al-Mulk. Kemungkinan muktamar ini telah
diadakan pada bulan Sya‘ban di tahun yang sama; iaitu 485 hijrah.
Muktamar ini adalah dibawah naungan Sultan Malik Syah Saljuqi
dan diselenggarakan oleh wazirnya bernama Khawajah Nizam al-Mulk
Abi al-Hasan al-Khurasaani. Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad ini
dicetak oleh Hajjatu l-Islam Sayyid Hidatatullah al-Mustarhami al-
Isfahani al-Jarquuni di Qum pada tahun 1399 H (cetakan ke 3/4).
Manuskrip buku ini telah didapati di Maktabah Raja Mahmud Abad
pada tahun 1300H dengan khat penulis: Muqaatil bin ‘Atiyyah yang
asalnya bermazhab Hanafi, kemudian bertukar kepada mazhab Syi‘ah
Imam Dua Belas.
Buku ini telah diberi kata pengantar oleh Ayatullah al-‘Uzma Abi
al-Mu‘aali al-Sayyid Syihab al-Din al-Husaini al-Mar‘asyi al-Najafi.
Antaranya beliau berkata: Sekiranya Ahl al-Sunnah membacanya
dengan insaf, nescaya mereka akan dapat manfaatnya”
3
Muktamar Baghdad
Akhirnya beliau berkata:
“Aku berharap daripada saudara-saudaraku di kalangan Syi‘ah
keluarga Rasul s.a.w membacanya dan mengambil pencerahan
daripada cahaya-cahayanya, mudah-mudahan Allah menjaga mereka
daripada setiap penyakit, memberi taufik kepada mereka bagi
mendapatkan ilmu agama dan hukum syarak”
Muqaatil berkata: “Sesungguhnya aku telah menghadiri
muktamar dan dialog di Baghdad. Aku telah menulis setiap apa yang
berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu
dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah
berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.
Muktamar tersebut berlangsung selama tiga hari, diwakili oleh
sepuluh orang ulama Ahl al-Sunnah dan sepuluh orang ulama Syi‘ah
yang pakar di dalam sejarah, hadis, tafsir dan debat. Nizam al-Mulik
sebagai pengurusi muktamar. Ia telah berjalan mengikut syarat-syarat
yang telah dipersetujui bersama oleh Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah,
dihadiri oleh Malik Syah, ketua-ketua tentera, para ulama dan lain-lain
selama tiga hari berturut-turut.
Muktamar ini diadakan atas desakan Malik Syah yang tidak
berpuas hati dengan seorang ulama sunni yang mengkafirkan
seorang ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, kerana
baginya Sunnah dan Syi‘ah adalah muslimun. Beliau adalah seorang
yang mempunyai fikiran terbuka, ingin mengetahui kebenaran. Di
samping itu, beliau menghabiskan masanya dengan permainan dan
perburuan.
Di akhir muktamar, selepas berdialog, beliau mengisytiharkan diri
nya sebagai seorang Syi‘ah dengan meninggalkan mazhab
moyangnya Ahl al-Sunnah (Hanafi). Kerana beliau yakin bahawa
kebenaran adalah di pihak Syi‘ah.
Pada muktamar yang sama, Nizam al-Mulk (bapa mentua penulis)
mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Syi‘ah, kerana kekuatan
hujah dan dalil Syi‘ah. Kemudian diikuti pula oleh para hadirin yang
lain. Meskipun begitu, terdapat para ulama yang masih kekal dengan
mazhab Ahl al-Sunnah kerana mengikuti moyang mereka yang
terdahulu. Malik Syah dan Nizam al-Mulk yang berfikiran terbuka tidak
memaksa mereka supaya mengikuti mazhab Syi‘ah, kerana ia
terserah kepada kehendak mereka.
Disebabkan kefanatikan dan kedengkian, golongan Ahl al-Sunnah
telah merancang untuk membunuh mereka berdua, kerana mereka
berdua, mengikut pandangan Ahl al-Sunnah, menjadi sebahagian
faktor pertukaran mazhab beramai-ramai daripada mazhab Ahl al-
Sunnah kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas di Baghdad.
Akhirnya mereka telah berjaya membunuh Nizam al-Mulk pada 12
haribulan Ramadan 485 hijrah. Kemungkinan beberapa minggu
4
Muktamar Baghdad
selepas diadakan muktamar di
Madrasah Nizamiyyah. Kemudian mereka membunuh pula Malik Syah
Saljuqi. Mereka berdua telah dibunuh pada jalan Allah, kerana
mengikuti kebenaran mazhab Syi‘ah, mazhab Ahl al-Bait Rasulullah
s.a.w. Semoga Roh mereka diberkati Allah. Terjemahan buku ini
adalah khusus untuk mereka yang berpegang kepada mazhab Syi‘ah
Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari SAHAJA.
Penterjemah:
24 hb. Jun, 1994.
KANDUNGAN
PRAKATA 3
BAHAGIAN PERTAMA 9
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk,
Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan
Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog
Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat
Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan 9
Latar belakang Malik Syah dan Nizam al-Mulk 9
Sebab yang mencetuskan dialog 10
Dialog raja dengan wazirnya tentang Syi‘ah 10
Cadangan bagi mengadakan dialog antara Sunnah dan Syi‘ah 11
Keengganan Nizam al-Mulk untuk mengadakan dialog 11
Desakan raja Malik Syah supaya diadakan dialog 11
Dem i kebenaran 11
Penawar dan penyelesaiannya 12
Kekhuatiran Nizam al-Mulik untuk mengadakan muktamar 12
Persedian dialog hanya lima belas hari 13
Syarat-syarat dialog 13
Pembukaan muktamar 13
Dialog tentang sahabat 14
Wazir mahu campur tangan 14
5
Muktamar Baghdad
Al-‘Abbasi cuba mendapat Sokongan Raja
15
Rasul Mencaci Abu Bakr dan Umar 15
Raja meminta penjelasan 16
Raja meminta pertukaran tajuk 16
Al-Qur’an 16
Raja meminta penjelasan 17
BAHAGIAN KEDUA 18
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka
Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur’an, Raja
Meminta Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan
Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah 18
Raja meminta penjelasan 19
Mengikuti mereka terdahulu 19
Khalifah Rasulullah 19
Raja meminta penjelasan 20
Raja meminta pertukaran tajuk 20
Penyelewengan al-Qur’an 20
Raja meminta pertukaran tajuk 21
Sifat Tuhan 22
Raja meminta penjelasan 22
Muhkamah dan mutasyaabihah 23
Raja meminta pertukaran tajuk 24
Penyelewengan dan kebatilan Ahl al-Sunnah 24
Raja meminta penjelasan 25
Rasulullah s.a.w syak pada kenabiannya 25
Raja meminta penjelas
Mencaci Rasulullah s.a.w 25
Raja mencelah 26
Khurafat-khurafat Ahl al-Sunnah 26
Raja meminta pertukaran tajuk 27
Mengaitkan perkara yang tidak layak 27
Raja mencelah 28
6
Muktamar Baghdad
Raja meminta pertukaran tajuk 28
Syi‘ah mengingkari iman mereka bertiga 29
BAHAGIAN KETIGA 32
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak
Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba
Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan
Menimpa Al-‘Abbasi, Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.
Dalil tidak berimannya Abu Bakr 32
Raja mencelah 32
Dalil tidak berimannya Umar 33
Raja meminta penjelasan 33
Al-‘Abbasi cuba menghalang raja dari menukar mazhab 34
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi 34
Dalil tidak berimannya Uthman 34
Raja meminta penjelasan 35
Menjadi khalifah dengan wasiat Umar 35
Hadis sepuluh orang dijamin syurga adalah palsu 36
Raja meminta penjelasan 37
Apakah syaitan memaafkan orang yang bercakap benar? 37
Al-‘Alawi bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan 37
Raja meminta penjelasan 38
Mencaci sahabat 38
Kata-kata semua sahabat adil satu pembohongan 38
Bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan
mengikuti mereka 38
Raja meminta pertukaran tajuk 39
Kesamaran Ahl al-Sunnah 39
Syi‘ah mengikuti khalifah Rasulullah s.a.w 40
Sebab Ali a.s tidak layak menjadi khalifah 40
Orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul? 40
BAHAGIAN KEMPAT 42
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan,
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta
Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja
Meminta Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali a.s menjadi khalifah 42
Raja meminta penjelasan 43
Penentangan Umar terhadap Rasulullah s.a.w 44
7
Muktamar Baghdad
Raja meminta penjelasan 46
Raja mencelah 46
Raja tertarik tentang mut‘ah 47
Raja meminta para hadirin turut berdialog 48
Raja meminta pertukaran tajuk 48
Pembukaan Umar 48
Raja memarahi pembukaan Umar dan seumpamanya 49
Raja meminta al-‘Abbasi menjawab 49
Ikutilah khalifah Rasulullah s.a.w yang sah 49
Pembukaan Ali bin Abu Talib 50
Sebab-sebab kebencian kepada Abu Bakr 50
Raja meminta penjelasan 50
Jenayah Khalid bin al-Walid dan zinanya 51
Umar mahu membunuh Khalid, Abu Bakr menegahnya 51
Raja meminta penjelasan 52
BAHAGIAN KELIMA 53
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?,
Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan,
Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi
Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada
Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.
Ahl al-Sunnah merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib? 53
Abu Talib seorang mukmin 53
Raja meminta penjelasan 54
Perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib a.s 54
Raja meminta penjelasan 54
Al-‘Abbasi mengakui Abu Bakr telah bersalah 55
Raja mencelah 55
Raja meminta penjelasan 56
Fatimah a.s memarahi Abu Bakr dan Umar 56
Raja meminta penjelasan 56
Raja menjadi hairan 57
Abu Bakr dan Umar merampas Fadak daripada Fatimah a.s 57
Raja mencelah 57
Rasul s.a.w melantik khalifah-khalifah selepasnya 58
Raja meminta penjelasan 58
Nama-nama Imam Dua Belas 58
Raja meminta penjelasan 59
Bagaimana manusia boleh kekal dalam masa yang begitu panjang?
59
Raja meminta penjelasan 59
Al-‘Abbasi khuatir orang awam cenderung kepada Syi‘ah 59
8
Muktamar Baghdad
Raja meminta penjelasan 61
Para imam mazhab empat 61
Mazhab Ja‘fari 61
Mati sebagai seorang jahiliyah 62
Raja meminta penjelasan 62
Kebenaran bersama Syi‘ah 63
Raja mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah 63
Wazir mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah 64
Sebahagian mereka kekal di atas mazhab mereka 64
Rancangan jahat 64
Kematian Nizam al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi 64
Sebuah qasidah 65
Aku menghadiri muktamar dan dan menulis buku ini 65
Bibliografi 66
Indeks 68
BAHAGIAN PERTAMA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk,
Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan
Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog
Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat
Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Muhammad
yang berbangsa Arab diutuskan sebagai rahmat kepada semesta
alam dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang setia.
Wa ba‘du, dan selepas itu, maka ini adalah Kitab Muktamar
Ulama’ Baghdad sebagai hasil dialog di antara Sunnah dan Syi‘ah
yang telah dianjurkan oleh raja yang disegani Malik Syah Saljuqi di
9
Muktamar Baghdad
bawah penyeliaan seorang alim yang
juga disegani wazir Nizam al-Mulk.
Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk
Sesungguhnya Malik Syah bukanlah seorang yang fanatik buta,
mengikut bapa-bapa dan moyang-moyangnya dengan perasaan
asabiah buta. Malah beliau adalah seorang pemuda yang mempunyai
minda terbuka, cintakan ilmu dan para ulama. Pada masa yang sama
beliau leka dengan permainan dan perburuan.
Wazirnya Nizam al-Mulk adalah seorang lelaki yang bijaksana
dan zuhud, mempunyai kemahuan yang kuat, mencintai kebaikan dan
ahlinya. Sentiasa ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara. Beliau
amat mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah
mengasaskan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Beliau telah
memberi gaji bulanan kepada ahli ilmu. Dan beliau mengasihani
golongan fakir dan miskin.
Sebab Yang Mencetuskan Dialog
Pada suatu hari seorang alim yang masyhur bernama al-Husain
bin Ali al-‘Alawi, seorang pemuka ulama Syi‘ah telah datang kepada
Malik Syah. Manakala beliau keluar dari sisi Malik Syah, seorang di
kalangan hadirin telah memperolok-olokkannya dan menjeling
kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa anda telah
memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda
mengetahui, wahai raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan
kafir di mana Allah telah memurkai dan melaknati mereka? Raja
berkata di dalam keadaan hairan, kenapa? Tidakkah dia seorang
muslim?
Lelaki itu berkata: Tidak, dia adalah seorang Syi‘ah!
Raja berkata: Apakah pengertian Syi‘ah? Tidakkah Syi‘ah satu
golongan daripada golongan muslimin?
Lelaki itu berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak mengakui
khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman.
Raja berkata: Adakah di sana orang Islam yang tidak mengakui
kepimpinan mereka bertiga?
Lelaki itu berkata: Ya, mereka itu adalah Syi‘ah.
Raja berkata: Jika mereka tidak mengakui kepimpinan para
sahabat tersebut, kenapa orang ramai menamakan mereka muslimin?
Lelaki itu berkata: Justeru itu, aku telah berkata kepada anda
bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir…, maka raja berfikir
dengan serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk mesti datang
bagi menjelaskan hal ini.
10
Muktamar Baghdad
Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah
Raja telah memerintahkan Nizam al-Mulik supaya datang
kepadanya dan bertanya kepadanya tentang Syi‘ah: Adakah mereka
muslimun?
Nizam al-Mulk berkata: Ahl al-Sunnah berselisih pendapat, maka
sebahagian mereka berkata bahawa Syi‘ah adalah muslimun, kerana
mereka mengucap “Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka sembahyang dan mereka
berpuasa. Sebahagian lain pula berkata bahawa sesungguhnya
mereka adalah kafir.
Raja berkata: Berapakah bilangan mereka? Nizam al-Mulk
berkata: Aku tidak menghitung bilangan mereka dengan tepat, tetapi
mereka mewakili separuh bilangan muslimin lebih kurang (taqriiban)1.
Raja berkata: Adakah separuh muslimin kafir? (fa-hal nisfu
muslimin kuffaar). Wazir berkata: Ahli ilmu menganggapkan mereka
kafir, tetapi aku tidak mengkafirkan mereka.
Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah
Raja berkata: Adakah anda, wahai wazir, boleh mengumpulkan
para ulama Syi‘ah dan Sunnah supaya kita dapat mengetahui hakikat
sebenar?
Wazir berkata: Ini adalah satu perkara yang susah, aku khuatir
keselamatan raja dan negaranya!.
Raja berkata: Kenapa?
Keengganan Nizam Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog
Wazir berkata: Kerana persoalan Syi‘ah dan Sunnah bukanlah
perkara yang mudah, malah ia adalah persoalan hak dan batil.
Sesungguhnya darah telah banyak mengalir kerananya, banyak
perpustakaan dibakar kerananya, wanita-wanita ditawan kerananya,
kitab-kitab banyak dikarang kerananya dan telah berlaku peperangan
kerananya.
Desakan Raja Malik Syah Supaya Diadakan Dialog
Raja yang muda itu merasa hairan tentang keadaan ini, lalu
beliau berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wahai wazir,
sesungguhnya anda mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan
1 Bilangan Syi‘ah pada abad ke 5 hijrah hampir separuh bilangan keseluruhan
kaum muslimin.
11
Muktamar Baghdad
kepada kita kerajaan yang besar,
tentera yang ramai, maka kita wajib bersyukur kepada Allah di atas
nikmat ini dan kesyukuran kita itu adalah dengan mengetahui hakikat
sebenar; kita menunjuk orang yang sesat kepada jalan yang benar.
Demi Kebenaran
Pasti salah satu daripada dua golongan ini di atas kebenaran dan
yang satu lagi di atas kebatilan, kita mesti mengetahui kebenaran,
maka kita mengikutnya dan kita mesti mengetahui kebatilan, maka
kita meninggalkannya. Justeru itu, anda hendaklah menyediakan,
wahai wazir, muktamar seumpama ini dengan kehadiran para ulama
Syi‘ah dan Sunnah, kehadiran ketua-ketua tentera, penulis-penulis
dan semua pembesar negara. Apabila kita melihat bahawa
sesungguhnya kebenaran itu bersama Ahl al-Sunnah, maka kita
masukkan Syi‘ah kepada Ahl al-Sunnah dengan kekuatan.
Wazir berkata: Apabila Syi‘ah tidak mahu memasuki mazhab Ahl
al-Sunnah apakah anda akan melakukannya?
Raja berkata: Kita bunuh mereka!
Wazir berkata: Adakah boleh membunuh separuh bilangan
muslimin?
Penawar Dan Penyelesaiannya?
Raja berkata: Apakah penawar dan penyelesaian?
Wazir berkata: Anda tinggalkan perkara ini.
Dialog di antara raja dan wazirnya yang bijaksana telah berakhir,
tetapi raja telah menghabiskan masa satu malam berfikir dengan
serius mengenainya tanpa tidur sehingga pagi. Bagaimana perkara
yang penting ini tidak dipatuhi? Pada pagi hari raja telah memanggil
Nizam al-Mulk dan berkata kepadanya: Baiklah kita memanggil ulama
dua golongan itu, kita akan melihat sepanjang perbincangan di antara
dua golongan itu, kebenaran di pihak mana. Apabila kebenaran
bersama mazhab Ahl al-Sunnah, kita menyeru Syi‘ah dengan hikmah,
nasihat yang baik dan kita menggalakkan mereka dengan harta dan
pangkat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kepada
golongan yang dijinakkan hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh
berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.
Kekhuatiran Nizam Al-Mulik Untuk Mengadakan Muktamar
Wazir berkata: Pendapat anda itu baik, tetapi sesungguhnya aku
khuatir tentang muktamar ini!
12
Muktamar Baghdad
Raja berkata: Kenapa khuatir?
Wazir berkata: Aku khuatir Syi‘ah akan mengalahkan Ahl al-
Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi hujah-hujah kita, justeru
itu, orang ramai akan terjatuh di dalam syak dan kesamaran!
Raja berkata: Adakah itu boleh terjadi?
Wazir berkata: Ya, kerana Syi‘ah mempunyai dalil-dalil yang
pemutus, hujah-hujah yang terserlah daripada al-Qur’an dan hadishadis
yang membenarkan mazhab mereka dan kebenaran akidah
mereka!2.
Persedian Dialog Hanya Lima Belas Hari
Raja tidak berpuas hati dengan jawapan wazirnya, lalu berkata
kepadanya: Tidak dapat dielakkan daripada mengadakan dialog di
antara dua golongan itu supaya kebenaran terserlah kepada kita dan
kita membezakannya dari kebatilan. Kemudian wazir meminta
tangguh sebulan bagi melaksanakan perintahnya, tetapi raja yang
muda itu tidak menerima penangguhan itu. Dan akhirnya beliau
menentukan masa hanya lima belas hari sahaja.
Di dalam lima belas hari, wazir Nizam al-Mulk telah
mengumpulkan sepuluh orang lelaki di kalangan ulama Ahl al-Sunnah
yang besar, pakar di dalam bidang sejarah, fikah, hadis, Usul dan
debat. Sebagaimana beliau mengumpulkan sepuluh orang ulama di
kalangan Syi‘ah yang besar.
Syarat-Syarat Dialog
Dialog adalah pada bulan Sya‘ban3 di Madrasah Nizamiyyah di
Baghdad dan beliau telah menetapkan bahawa muktamar diadakan
dengan syarat-syarat berikut:
Pertama: Perbincangan akan berterusan daripada waktu pagi
sehingga petang dikecualikan pada masa sembahyang, makan dan
rehat.
Kedua: Perbincangan mestilah bersandarkan kepada rujukanrujukan
yang dipercayai dan kitab-kitab yang muktabar, bukan
secara dengar kata orang atau propaganda.
2 Nizam al-Mulk telah mengetahui kekuatan hujah Syi‘ah dan kebenaran
akidah mereka, tetapi tidak mahu mengikutinya.
3 Kemungkinan muktamar telah diadakan pada bulan Sya‘ban tahun 485
hijrah.
13
Muktamar Baghdad
Ketiga: Perbincangan yang berlaku
di muktamar ini hendaklah ditulis.
Pembukaan Muktamar
Pada hari yang ditetapkan, raja, wazirnya dan ketua-ketua
tenteranya duduk dan para ulama Ahl al-Sunnah duduk di kanannya.
Sementara para ulama Syi‘ah duduk di kirinya. Wazir Nizam al-Mulk
telah membuka muktamar dengan Bismillahir Rahmanir Rahim,
selawat kepada Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya.
Kemudian beliau berkata: Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya
adalah untuk mencari kebenaran. Justeru itu, janganlah menyebut
seorang sahabat Rasulullah s.a.w dengan cacian atau kejahatan.
Dialog Tentang Sahabat
Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama Syeikh al-‘Abbasi
berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan mazhab
yang mencaci semua sahabat.
Pembesar ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali dikenali
dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua
sahabat?
Al-‘Abbasi berkata: Kamu Syi‘ahlah yang mengkafirkan semua
sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
Al-‘Alawi berkata: Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan.
Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s, al-‘Abbas,
Salman Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain, adakah kami
Syi‘ah mengkafirkan mereka?
Al-‘Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan semua sahabat itu
adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
Al-‘Alawi berkata: Anda telah bercanggah dengan diri anda
sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat
juz’iyyah bertentangan dengan (saalibat Kulliyyah), anda berkata
pada satu ketika bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat dan
anda berkata pula bahawa Syi‘ah mengkafirkan sebahagian sahabat.
Wazir Mahu Campur Tangan
Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim Syi‘ah
tidak membiarkannya, lalu berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada
seorang yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari
menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan
14
Muktamar Baghdad
perbincangan dan mengeluarkan
percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang alim Syi‘ah berkata: Ternyata, wahai
al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syi‘ah mengkafirkan
semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan
kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada perkara
ini, tetapi adakah kamu Syi‘ah mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya di kalangan Syi‘ah ada golongan
yang mecaci mereka dan ada golongan yang tidak mencaci mereka.
Al-‘Abbasi berkata: Dan anda, wahai al-‘Alawi, daripada golongan
mana?
Al-‘Alawi berkata: Di kalangan mereka yang tidak mencaci
sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan
yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian mereka
kepada mereka bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir,
tidak fasiq dan tidak pula berdosa kecil 4.
Al-‘Abbasi berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa
yang sedang dikatakan oleh lelaki ini?
Al-‘Abbasi Cuba Mendapat Sokongan Raja
Al-‘Alawi berkata: Wahai al-‘Abbasi, sesungguhnya percakapan
yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu kesalahan, kerana raja
mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan dalil, bukan
dengan hukuman senjata dan kekuatan.
Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu adalah betul,
apakah jawapan anda, wahai al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa yang
mencaci sahabat adalah kafir.
4 Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585,
586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad
selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak
mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas
anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya
hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka
terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini
disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga,
Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan
32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang
telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka.
Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah
mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
15
Muktamar Baghdad
Al-‘Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda
dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci
sahabat berdasarkan ijtihad dan dalil, adakah anda mengakui bahawa
orang yang dicaci oleh Rasul berhak dicaci?
Al-‘Abbasi berkata: Aku mengakuinya.
Rasul Mencaci Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata: Maka Rasul telah mencaci Abu Bakr dan Umar.
Al-‘Abbasi berkata: Di manakah beliau s.a.w telah mencaci
mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
Al-‘Alawi berkata: Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah telah
menyebut bahawa Rasul telah menyediakan tentera di bawah
pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan Abu Bakr dan
Umar di dalamnya dan bersabda: Allah melaknati orang yang
mengundurkan diri daripada tentera Usamah” (La‘ana llahu man
takhallafa ‘an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakr dan Umar telah
mengundurkan diri5daripada tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul
meliputi mereka. Barangsiapa yang dilaknati Rasul, maka berhak bagi
orang muslim melaknatinya pula.
Di sini al-‘Abbasi menggelingkan kepalanya tanpa berkata apaapa.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi
itu benar?
Wazir berkata: Ahli Tawaarikh telah menyebutnya6.
Al-‘Alawi berkata: Jika mencaci sahabat adalah haram, kenapakah
kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kamu tidak
menghukum kefasikannya dan kejahatannya, kerana dia telah
mencaci Imam Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun.
Kemudian cacian kepadanya berterusan kepada tujuh puluh tahun? 7
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang
tajuk yang lain.
Al-Qur’an
5 Melarikan diri.
6 Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bhg.2, ii, hlm.41, Ibn ‘Asaakir, Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-
Athir, al-Kaamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal,v, hlm.312.
7 Ibn al-Athir, al-Kamil, ix, hlm. 102, Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm. 283.
16
Muktamar Baghdad
Al-‘Abbasi berkata: Di antara bid‘ah-bid‘ah kamu Syi‘ah bahawa
kamu tidak mengakui al-Qur’an!
Al-‘Alawi berkata: Malah bid‘ah-bid‘ah kamu Ahl al-Sunnah
bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an. Dalilnya kamu berkata:
Sesungguhnya al-Qur’an telah dikumpulkan oleh Uthman, adakah
Rasul jahil apa yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak
mengumpulkan al-Qur’an sehingga Uthman datang dan
mengumpulkannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran
tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan Nabi memerintahkan
kaumnya dan para sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur’an dan
bersabda: Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur’an baginya
pahala” Adakah boleh Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur’an
dikhatamkan sedangkan ia belum dikumpulkan, dan adakah kaum
muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman menyelamatkan
mereka? 8
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi
bahawa al-Qur‘an dikumpulkan oleh Uthman?
Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir dan Tawaarikh
menyebutnya9.
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya Syi‘ah
percaya bahawa al-Qur’an telah dikumpulkan pada masa Rasul
sebagaimana kamu melihatnya sekarang, tanpa kurang meskipun
satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-
Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah ditambah dan
dikurangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul
tidak mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang telah
mengumpulkannya apabila beliau memegang jawatan khalifah.
8 Al-Baihaqi, al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, I, 281.
9 Ibid.
17
Muktamar Baghdad
BAHAGIAN KEDUA
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka
Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja Meminta Pertukaran
Tajuk, Penyelewengan al-Qur’an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan
Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah
Al-‘Abbasi berkata: (Dia telah mengambil peluang): Adakah anda
telah mendengar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini tidak
menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir sahaja.
Al-‘Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah seorang khalifah.
Raja berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah percaya kebatilan
khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman!
Raja berkata: (Dengan hairan dan tanda tanya) kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Uthman telah dilantik melalui
enam ahli majis syura 10 yang ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis
10 Ahli majlis syura: Sa‘d bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin ‘Auf, Talhah bin
‘Ubaidillah, al-Zubair bin al ‘Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah
18
Muktamar Baghdad
syura yang enam tidak melantik
Uthman, hanya beliau dilantik oleh tiga atau dua orang daripada
mereka. Justeru itu, kesahihan Uthman bergantung kepada Umar. Dan
Umar berkuasa melalui wasiat Abu Bakr. Justeru itu, kesahihan Umar
bergantung kepada Abu Bakr. Abu Bakr berkuasa melalui perlantikan
kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pedang dan kekuatan.
Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakr bergantung kepada senjata
dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah
orang ramai kepada Abu Bakr adalah sercara faltatan jahiliyah11. Allah
telah menjaga muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang
kembali kepadanya, maka kamu bunuhlah dia.
Abu Bakr sendiri berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah
orang yang paling baik di kalangan kamu sedanagkan Ali di sisi
kamu. Justeru itu, Syi‘ah percaya bahawa khilafah mereka bertiga
adalah batil daripada asasnya.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan
oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu Bakr dan Umar?
Wazir berkata: Ya, demikianlah apa yang disebutkan oleh ahli
sejarah!12
Mengikuti Mereka Terdahulu
Raja berkata: Kenapakah kita menghormati mereka bertiga?
Wazir berkata: Kerana mengikuti mereka terdahulu yang baik (al-
Salaf al-Salih)!
Al-‘Alawi berkata kepada raja: Wahai raja, katakanlah kepada
wazir: Adakah kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang
terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah mengikuti mereka terdahulu
(Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di dalam firman
memerintahkan 50 orang tentera supaya mengawal majlis syura dalam masa
tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka
menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan
empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan
tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin ‘Auf, Ibn
Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24. Ini bererti jika Ali a.s
menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah
sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya
menolak perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
11 Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafaa’,
hlm. 67, al-Shahrastaani, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq
al-Muhriqah, hlm.8.
12 Ibid.
19
Muktamar Baghdad
Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23
“Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu
agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka”?!
Khalifah Rasulullah
Raja berkata: (Ditujukan kepada al-‘Alawi) Jikalaulah mereka
bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah khalifah Rasulullah?
Al-‘Alawi berkata: Khalifah Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu
Talib.
Raja berkata: Kenapa dia menjadi khalifah?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasul telah menentukannya sebagai
khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat kepada khilafahnya
pada tempat yang banyak. Di antaranya di satu tempat di antara
Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum 13. Beliau s.a.w telah
mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa
yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya,
wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah
orang yang bermusuhan dengannya, tolonglah orang yang
menolongnya, hinalah orang yang menghinanya”.
Kemudian beliau s.a.w turun dari mimbar dan berkata kepada
kaum muslimin- Bilangan mereka melebihi seratus dua puluh ribu
orang-Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan muslimin”
Mereka telah datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata
kepada Ali: Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin. Kemudian Abu Bakr
dan Umar datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi
kepemimpinan muslimin. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda
wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi maulaku dan maula semua
mukmin dan mukminat14. Justeru itu, khalifah yang sah bagi
Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar apa yang dikatakan
oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah dan ahli tafsir telah
menyebutnya.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
13 Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh
Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka
di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14- 158.
14 Ibn Hanbal, al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii,
hlm 290, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm. 107.
20
Muktamar Baghdad
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk
yang lain.
Penyelewengan Al–Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnhya Syi‘ah berkata tentang
penyelewengan al-Qur’an (tahriif).
Al-‘Alawi berkata: Malah ia masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-
Sunnah, sesungguhnya kamu berkata tentang penyelewengan al-
Qur’an!15
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu meriwayatkan di dalam kitabkitab
kamu bahawa sesunggunya ayat tentang al-Gharaaniq telah
turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan dibuang
daripada al-Qur’an?
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang didakwa oleh
al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah telah disebutkan oleh ahli Tafsir.
Raja berkata: Bagaimana dipegang atau dipercayai Qur’an yang
diselewengkan?
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya kami
tidak berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah pendapat Ahl al-
Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi kami boleh dipercayai, tetapi al-
Qur’an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh berpegang kepadanya!
Al-‘Abbasi berkata: Beberapa hadis terdapat di dalam kitab-kitab
kamu dan daripada para ulama kamu?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia
adalah mauduk dan dipalsukan di mana musuh-musuh Syi‘ah telah
menciptakannya untuk mencemarkan imej Syi‘ah. Ketiga: Perawiperawinya
dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang
dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang.
Sesungguhnya para ulama kami yang besar di mana kami berpegang
kepada pendapat mereka, tidak berkata tentang penyelewengan al-
Qur’an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat al-Qur’an tentang
pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya
bahawa kamu berkata: Dia berfirman16:
15 Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah
adalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “Laa targhabuu ‘an aabaa’i-kum”,
tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim, Sahih, ii,
hlm.726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah
al-Saf 61:2) “ Fatauktabu syahaadatan fi a‘naaqi-kum…, tetapi ia tidak
dimasukkan di dalam al-Qur’an sekarang.
16 Lihat, umpamanya, al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah
al-Najm (53): 19-20 dan lain-lain.
21
Muktamar Baghdad
Itulah al-Gharaaniq yang tinggi
Daripadanyalah syafaat diharap-harapkan
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk
yang lain.
Sifat Tuhan
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Allah perkara
yang tidak layak dengan kebesaran-Nya.
Al-‘Abbasi berkata: Seumpama apa?
Al-‘Alawi berkata: Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya
Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan menangis, bagi-
Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke dalam
neraka pada hari Kiamat17, sesungguhnya Dia turun dari langit kepada
langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya daripada
perkara tersebut sedang al-Qur’an menjelaskannya di dalam Surah al-
Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris”,
Firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 42 “Pada hari betis
disingkapkan” dan firman Allah di dalam Surah al-Fath (48):10
“Tangan Allah di atas tangan mereka”. Hadis telah menceritakan
bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada
neraka!
Al-‘Alawi berkata: Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami,
satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu Hurairah
dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah (s.a.w)
sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis
dan mencegahnya18.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir-: Adakah benar bahawa Umar telah
melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis?
Wazir berkata: Ya, dia telah melarangnya sebagaimana di dalam
kitab-kitab Tawaarikh.
17 “Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah
meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim,
Sahih, ii, hlm.482.
18 Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Add al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm 113,
22
Muktamar Baghdad
Raja berkata: Bagaimana kita
berpegang dengan hadis Abu Hurairah?
Wazir berkata: Kerana ulama telah berpegang kepada hadishadisnya.
Raja berkata: Jikalaulah begitu, ulama mesti lebih alim daripada
Umar, kerana Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahklan
hadis kerana pembohongannya terhadap Rasulullah, tetapi ulama
mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!
Al-‘Abbasi berkata: Lihatlah, wahai al-‘Alawi, sekiranya hadishadis
tentang Allah tersebut tidak benar, tetapi apakah yang anda
lakukan dengan ayat-ayat al-Qur’an tadi?
Muhkamah Dan Mutasyaabihah
Al-‘Alawi berkata: Al-Qur’an ada ayat-ayat Muhkamaah yang
merupakan Ummu al-Kitab dan ada ayat-ayat Mutasyaabihaah, ada
zahir dan batin. Justeru itu, ayat Muhkamah yang zahir diamalkan
menurut zahirnya. Adapun ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam
bentuk majaaz dan kinaayah. Jikalau tidak, maka maknanya tidak sah
pada akal dan syarak. Umpamanya apabila anda membawa
pengertian firman Allah di dalam Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah
Tuhan mu; sedang malaikat berbaris” di atas pengertian zahirnya,
maka anda bertentangan dengan akal dan syarak, kerana akal dan
syarak menghukum kewujudan Allah pada setiap tempat dan setiap
tempat tidak sunyi daripada-Nya selama-lamanya. Ayat tersebut pada
zahirnya menunjukkan Allah itu berjisim dan jisim baginya ruang dan
tempat. Ini bererti jika Allah berada di langit, maka Dia tidak berada di
bumi. Jika Dia berada di bumi, maka Dia tidak berada di langit, ini
adalah tidak benar pada akal dan syarak.
Al-‘Abbasi telah gementar di hadapan logik ini dan tercengang
untuk menjawabnya. Kemudian dia berkata: Aku tidak boleh
menerima percakapan ini dan wajib di atas kita mengambil
pengertian zahir kesemua ayat al-Qur’an.
Al-‘Alawi berkata: Apakah anda lakukan dengan ayat-ayat
Mutasyaabihah? Anda tidak boleh mengambil pengertian semua ayat
al-Quran secara zahir, jika tidak, sahabat anda yang sedang duduk di
sisi anda bernama syeikh Ahmad Uthman (Seorang yang buta
penglihatannya, di kalangan sepuluh wakil Ahli al-Sunnah) daripada
ahli neraka?
Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?
Al-‘Alawii berkata: Kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Israa’
(17) 72 “Dan barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat
nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”,
syeikh Ahmad adalah seorang buta di dunia, maka dia di akhirat akan
23
Muktamar Baghdad
lebih buta dan lebih tersesat dari jalan
yang benar, adakah anda reda dengan perkara ini, wahai syeikh
Ahmad?
Syeikh Ahmad berkata: Tidak sekali-kali, sesungguhnya apa yang
dimaksudkan dengan orang yang buta (al-A‘maa) di dalam ayat:
Orang yang menyeleweng dari kebenaran.
Al-‘Alawi berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka tetaplah
bahawa manusia tidak boleh beramal dengan semua ayat al-Qur’am
secara zahir.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Dari sini perdebatan sekitar zahir al-Qur’an telah berlaku dengan
hangat. Al-‘Alawi telah mengalahkan al-‘Abbasi dengan dalil dan
hujah sehingga raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukarlah kepada
tajuk yang
Penyelewengan Dan Kebatilan Ahl Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata: Di antara penyelewengan dan kebatilan kamu-
Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa kamu berkata: Sesungguhnya
Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan maksiat dan
perkara-perkara yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka
kerananya?
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah benar, kerana Allah berfirman di
dalam Surah al-Nisaa’ (4): 88 “Barangsiapa yang disesatkan Allah”
dan di dalam Surah al-Taubah (9): 93 “Dan Allah telah mengunci mati
hati mereka”.
Al-‘Alawi berkata: Adapun kata-kata anda bahawa ia ada di dalam
al-Qur’an, maka jawapannya: Sesungguhnya al-Qur’an ada majaaz
dan ada kinayaat. Maka apa yang dimaksudkan dengan al-Dhalaal
(kesesatan) bahawa Allah meninggalkan manusia yang celaka dan
membiarkannya sehingga dia sesat iaitu sebagaimana kata-kata kita:
Sesungguhnya kerajaan telah merosakkan orang ramai”. Ini bererti
kerajaan telah meninggalkan mereka dengan keadaan mereka tanpa
mengambil berat tentang nasib mereka, ini adalah yang pertama dan
kedua: Tidakkah anda mendengar firman Allah di dalam Surah al-
A‘raaf (7): 28 “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang
keji”, firman-Nya di dalam Surah al-Insaan (76): 3 “Sesungguhnya
Kami telah menunjukkannya jalan yang lurus; ada yang bersyukur
dan ada yang kafir” dan firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90): 10
“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan”. Ketiga: Tidak
harus pada akal bahawa Allah menyuruh kepada kemaksiatan,
kemudian Dia menyeksa pelakunya. Ini adalah jauh sekali daripada
24
Muktamar Baghdad
orang awam melakukannya dan
bagaimana dengan Allah Yang Maha Adil dan Maha Tinggi. Maha Suci
Allah daripada apa yang dikatakan oleh musyrikin dan golongan yang
zalim.
Raja berkata: Tidak, tidak, tidak mungkin Allah memaksa manusia
melakukan kemaksiatan, kemudian menyeksanya, ini adalah satu
kezaliman. Sesungguhnya Allah adalah bersih daripada kezaliman
dan kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imraan (3): 182
“Sungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hamba-Nya”, tetapi aku
tidak fikir bahawa Ahl al-Sunnah berpegang kepada kata-kata al-
‘Abbasi?
Raja meminta Penjelasan
Kemudian raja berpaling kepada wazir sambil berkata: Adakah
Ahl al-Sunnah berpegang atau berpendapat sedemikian?
Wazir berkata: Ya, ia adalah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah
berpegang sedemikian!
Raja berkata: Bagaimana mereka berkata dengan apa yang
menyalahi akal?
Wazir berkata: Bagi mereka takwilan dan dalil-dalil.
Raja berkata: Sekalipun ada takwil dan dalil, maka ia tidak masuk
akal dan aku tidak berpendapat selain daripada pendapat Sayyid
al-‘Alawi bahawa Allah tidak memaksa seseorang ke atas kekafiran
dan kemaksiatan, kemudian menyeksanya di atas perkara tersebut.
Rasulullah S.A.W Syak Pada Kenabiannya
Al-‘Alawi berkata: Kemudian sesungguhnya Ahl al-Sunnah berkata
bahawa Rasulullah s.a.w telah mengesyaki pada kenabiannya sendiri.
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang nyata.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu melihat di dalam kitab-kitab
kamu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak
terlambat Jibrail ke atasku sekali melainkan aku menyangka bahawa
dia turun kepada Ibn al-Khattab” (Ma abta’a Jibrail ‘alayya marratan
illaa wa zanan-tu anna-hu nazala ‘ala Ibn al-Khattab) sedangkan di
sana terdapat beberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan bahawa
Allah telah mengambil perjanjian daripada Nabi Muhammad s.a.w di
atas kenabiannya?
Raja Meminta Penjelasan
25
Muktamar Baghdad
Raja berkata kepada wazir: Adakah
benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi bahawa hadis ini ada di
dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam beberapa kitab Ahl al-
Sunnah19.
Raja berkata: Ini adalah kafir secara langsung (al-Kufr bi-‘Aini-hi).
Mencaci Rasulullah S.A.W
Kemudian Ahl al-Sunnah mengatakan di dalam cacian mereka
bahawa Rasulullah s.a.w telah membawa ‘Aisyah di atas bahunya bagi
membolehkannya melihat ahli musik, adakah ini layak dengan makam
Rasulullah dan kedudukannya?
Al-‘Abbasi berkata: Ia tidak memudaratkan [nya ]20.
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda akan melakukannya sedangkan
anda seorang lelaki biasa, adakah anda membawa isteri anda di atas
bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik??
Raja Mencelah
Raja berkata: Orang yang mempunyai sedikit malu dan cemburu
tidak akan reda dengan perkara ini, bagaimana dengan Rasulullah
yang menjadi cotoh “malu dan cemburu” serta keimanan. Adakah
benar perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam sebahagaian kitab-kitab Ahl al-
Sunnah!
Raja berkata: Bagaimana kita beriman dengan seorang nabi yang
mengesyaki pada kenabiannya sendiri?
Al ‘Abbasi berkata: Riwayat ini mesti ditakwil?
Al-‘Alawi berkata: Adakah riwayat ini layak ditakwil? Adakah anda
mengetahui, wahai raja, bahawa Ahl al-Sunnah mempercayai
khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?
Al-‘Abbasi berkata: Khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan
yang mana anda maksudkan?
Khurafat-Khurafat Ahl Al-Sunnah
19 Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, iii, hlm.124.
20 Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu, tidak merendahkan
kedudukannya mengikut al-‘Abbasi.
26
Muktamar Baghdad
Al-‘Alawi berkata: Aku telah
menerangkan kepada anda bahawa kamu Ahl al-Sunnah berkata:
1. Sesungguhnya Allah adalah seperti manusia bagi-Nya tangan,
kaki, pergerakan dan diam.
2. Sesungguhnya al-Qur’an telah diselewengkan dan padanya
pertambahan dan kekurangan21.
3. Sesungguhnya Rasul melakukan perkara-perkara yang tidak
dilakukan oleh manusia biasa seperti memikul ‘Aisyah di
atas bahunya.
4. Sesungguhnya Rasul telah mengesyaki kenabiannya sendiri.
5. Sesungguhnya mereka yang telah datang sebelum Ali bin Abu
Talib telah bersandar kepada pedang dan kekuatan untuk
menegakkan diri mereka dan tanpa sandaran yang sah
bagi mereka.
6. Sesungguhnya kitab-kitab mereka meriwayatkan bahawa Abu
Hurairah dan seumpamanya adalah terdiri di kalangan mereka
yang memalsukan hadis-hadis, di kalangan dajal-dajal dan
ahli kebatilan yang lain.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukar kepada tajuk yang
lain.
Mengaitkan Perkara Yang Tidak Layak
Al-‘Alawi berkata: Kemudian bahawa sesungguhnya Ahl al-Sunnah
mengaitkan kepada Rasulullah s.a.w perkara yang tidak layak
walaupun kepada manusia biasa!
Al-‘Abbasi berkata: Seperti apa?
Al-‘Alawi berkata: Seperti mereka berkata: Sesungguhnya Surah
‘Abasa (80): 1-2 “Dia bermuka masam dan berpaling, kerana telah
datang seorang buta kepadanya” telah diturunkan tentang Rasul 22!
21 Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail 92:3) telah
ditambah perkataan “Maa khalaqa”, Lantaran itu, ayat asalnya “Wa al-
Dhakari wa al- Unthaa” tanpa “Maa khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu
al-Dardaa’, kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-
Turmudhi, Sahih, v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan
bahawa ‘Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab33: 56) pada masa Nabi s.a.w
adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-
Uwal” selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu yusallaana ‘Ala al-Nabiy” ‘Aisyah
berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf”
22 Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama “Dia” di dalan ayat tersebut kembali
kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin ‘Affan.
27
Muktamar Baghdad
Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang
menghalangnya?
Al-‘Alawi berkata: Yang menghalangnya adalah firman Allah di
dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar
berbudi pekerti yang agung” dan firman-Nya di dalam Surah al-
Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainklan
untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” Adakah masuk akal
bahawa Rasul yang disifatkan oleh Allah dengan akhlaknya yang
agung dan menjadi rahmat kepada alam semesta melakukan
perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap orang buta
mukmin?
Raja Mencelah
Raja berkata: Adalah tidak masuk akal bahawa perbuatan ini
keluar daripada Rasul kemanusiaan dan nabi rahmat. Jikalaulah
begitu, wahai al-‘Alawi, kepada siapakah ayat ini diturunkan?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis sahih dari keluarga Rasulullah di
mana al-Qur’an telah turun di rumah mereka berkata: Sesungguhnya
ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin ‘Affan. Ia berlaku
apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lantas
Uthman menentangnya dan memalingkan belakangnya kepadanya.
Di sini Sayyid Jamal al-Din; seorang ulama Syi‘ah yang hadir di
dalam muktamar berkata: Telah berlaku kepadaku tentang kisah ini
bersama Surah ini bahwa salah seorang ulama Nasara berkata
kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih baik daripada nabi
kamu Muhammad (s.a.w). Aku berkata: Kenapa?
Dia berkata: Sesungguhnya nabi kamu mempunyai akhlak yang
jahat bermasam muka kepada golongan yang buta dan memalingkan
belakangnya kepada mereka. Sementara nabi kami Isa mempunyai
akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang buta dan
berpenyakit sopak.
Aku berkata: Wahai Masihi, ketahuilah sesungguhnya kami adalah
Syi‘ah, kami berpendapat bahawa Surah telah turun tentang Uthman
bin ‘Affan dan bukan tentang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya nabi
Kami Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang baik, sifat yang
terpuji sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68): 4
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”
dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah
Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam”
Orang Masihi itu berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar
kata-kata ini daripada seorang khatib di Baghdad!
28
Muktamar Baghdad
Al-‘Alawi berkata: Apa yang
masyhur di sisi kami bahwa sebahagian perawi yang jahat telah
mengaitkan kisah ini kepada Rasulullah bagi melepaskan Uthman bin
‘Affan. Justeru itu, mereka telah mengaitkan pembohongan kepada
Allah dan Rasul sehingga mereka membersihkan khalifah-khalifah
mereka!
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk
yang lain.
Syi‘ah Mengingkari Iman Mereka Bertiga
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah mengingkari iman
ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak benar, kerana jikalaulah
mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah s.a.w telah menjalani
hubungan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?
Al-‘Alawi berkata: Syi‘ah percaya sesungguhnya mereka bertiga
tidak mukminin dari segi hati dan batin mereka (qalban wa baatinan)
sekalipun mereka menzahirkan Islam secara lidah dan kezahiran23.
23 Ali a.s berkata di dalam khutbahnya: “Khalifah-khalifah sebelumku telah
melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan
sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah
sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya
meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman
Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku,
meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi’ahku
yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku
menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh
Rasulullah s.a.w.
Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s),
mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman
Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan
oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja’far kepada pewarispewarisnya
dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah
merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan
hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu
ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami
mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah
Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan
pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang
29
Muktamar Baghdad
Rasul yang mulia telah menerima Islam
setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadat sekalipun dia
seorang munafik yang sebenar, tetapi beliau s.a.w telah memberi
layanan kepada mereka dengan layanan muslimin. Lantaran itu,
hubungan perkahwinan Nabi dengan mereka (musaaharah al-Nabi lahum)
dan hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!
sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya
tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan
kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums
sebagaimana difardukan Allah (swt).
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi
s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan
membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul),
mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke
atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut’ah wanita dan mut’ah haji
sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam
solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir
Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang
yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana
Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang
dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w
telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur’an
dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya,
mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan
tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka,
mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa
lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara
meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak
melakukan solat jama’ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat
fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat sunat berjama’ah
(Tarawih) adalah bid’ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di
pihakku mulai berteriak: “Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah
Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat
Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan
memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di
kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka
yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-
Du‘ati ila al-Nar).
Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal
(7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan
kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya
dua pasukan.”. Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba
(kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-
30
Muktamar Baghdad
Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah,
rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil
(adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di
kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada
kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka
tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat
keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai
rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada
kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah
memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai
(ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi
Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka
telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk
kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah
menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan
melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa” Lihat Raudhat al-
Kaafi, Beirut, 1985, viii, hlm. 51-51 (hadis no.21).
31
Muktamar Baghdad
BAHAGIAN KETIGA
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak
Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba
Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan
Menimpa Al-‘Abbasi, Dalil Tidak berimannya Uthman Dan Lain-
Lain.
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr
Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakr?
Al-‘Alawi berkata: Dali-dalil yang kuat tentangnya adalah banyak.
Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada tempat yang
banyak. Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan
penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut.
Al-Qur’an al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang
yang menyalahi Rasul, Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4):
65 “Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman
hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang
mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati
mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan
mereka menerima dengan sepenuhnya”
32
Muktamar Baghdad
Abu Bakr telah menderhakai
perintah Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk di
dalam ayat yang menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.
Dan tambahan pula Bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang
yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah menyebut
terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakr telah melarikan diri
daripada tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?
Tentu sekali: Tidak.
Raja Mencelah
Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah kata-kata al-‘Alawi
bahawa Abu Bakr bukan mukmin!
Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai takwil tentang larinya
Abu Bakr daripada tentera Usamah.
Raja berkata: Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang,
jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap penjenayah akan
menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?
Pencuri berkata: Aku telah mencuri kerana aku seorang fakir.
Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana aku banyak
berdukacita dan penzina berkata …peraturan akan menjadi cacat,
orang ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak
akan memanfaatkan kita.
Muka al-‘Abbasi bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung,
dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah
dalil tidak berimannya Umar?
Dalil Tidak Berimannya Umar
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya: Dia
sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang mukmin!
Al-‘Abbasi berkata: Di tempat mana?
Al-‘Alawi berkata: Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian
Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah 24(maa
syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-
Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki
kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w , tetapi syaknya pada hari al-
Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar
daripada syak-syak sebelumnya, wahai al-‘Abbasi, katakanlah
kepadaku dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang mengesyaki
kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?
Al-‘Abbasi diam dan menggelengkan kepalanya kerana malu.
24 Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14.
33
Muktamar Baghdad
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi
bahawa Umar telah berkata sedemikian?
Wazir berkata: Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa
perawi!
Raja berkata: Sungguh hairan… hairan yang sangat,
sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu
memeluk Islam, imannya sebagai iman contoh, tetapi jelas sekarang
bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!
Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab
Al-‘Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda di
atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-‘Alawi; pombohong
ini.
Raja telah menentang dengan mukanya kepada al-‘Abbasi seraya
berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk
berkata: Bahawa al-‘Alawi benar di dalam kata-katanya dan kata-kata
Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-‘Abbasiberkata:
bahawa al-‘Alawi adalah pembohong. Tidakkah ini satu
kedegilan yang nyata?
Suasana majlis tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan
tidak senang hati dengan kata-kata al-‘Abbasi… al-‘Abbasi dan para
ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-‘Alawi
mengangkat kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat
keputusan?
Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi, dia berangan-angan
supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang padanya
atau malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya dengan
segera, kerana malu yang amat sangat dan suasana yang
menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan mazhabnya.
Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua
ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan
lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soaljawab
bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran
itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan mengangkat
kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai
al-‘Alawi, tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul
34
Muktamar Baghdad
telah mengahwinkannya dengan dua
orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?25
Dalil Tidak Beriman-nya Uthman
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil tentang tidak berimannya Uthman
adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini: Sesungguhnya
muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul
menentangnya, lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat
bahawa Nabi s.a.w bersabda: Umatku tidak berhimpun di atas
kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk sahabat-berkumpul
untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah menyamakannya
dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata:
Bunuhlah Na‘lathan-nama seorang lelaki Yahudi, kerana dia telah
kafir, bunuhlah Na‘lathan, nescaya Allah membunuhnya26.
Sesungguhnya Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud,
seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit hernia (burut)
terlantar di atas hamparan kemudian mati.
Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat yang
mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati
orang yang lebih benar percakapannya daripada Abu Dhar”. Dia telah
mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau
dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara Makkah
dan Madinah sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di
Rabdhah sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin
kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan!27
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebutnya.
Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai
khalifah?
Wazir berkata: Secara syura.
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda
berkata apa yang anda tidak tahu!
Raja berkata: Apakah yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?
Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar
25 Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.
26 Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah,ii, hlm.77.
27 Al-Ya‘quubi, Tarikh, ii, hlm. 161, Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘aab, I, hlm.114.
35
Muktamar Baghdad
Al ‘Alawi berkata: Sesungguhnya
wazir telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman
tidak dapat jawatan khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar
dan undian tiga orang munafikin sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa‘d
bin Abi Waqqas dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Adakah tiga munafikin
ini mewakili semua kaum muslimin?
Kemudian ahli Tawaarikh telah menyebut bahawa mereka yang
telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman
manakala mereka melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap
para sahabat Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan kaum
muslimin dengan Ka‘ab al-Ahbar, seorang Yahudi dan pembahagian
harta kaum muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak
hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai
supaya membunuh Uthman!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah telah menyebutnya!
Raja berkata: Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi
khalifah dengan syura?
Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka
bertiga!
Raja berkata: Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan
syura?
Wazir berkata: Sesungguhnya mereka bertiga itu telah dijanjikan
oleh Rasulullah dengan syurga.
Hadis Sepuluh Orang Dijamin Syurga Adalah Palsu
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda
berkata apa yang tidak benar, sesungguhnya hadis “sepuluh orang
masuk syurga” adalah pembohongan dan rekaan terhadap Rasulullah
(s.a.w)!
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana anda berkata bahawa ia satu
pembohongan sedangkan ia diriwayatkan oleh perawi-perawi yang
dipercayai?
Al-‘Alawi berkata: Banyak dalil-dalil yang menunjukkan
pembohongan hadis ini dan kebatilannya. Aku akan menyebut tiga
dalil sahaja untuk anda:
Pertama: Bagaimana Rasulullah menjamin seorang dengan
syurga sedangkan dia telah menyakitinya, iaitu Talhah?
Sesungguhnya sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah menyebut
bahawa sesungguhnya Talhah berkata: Jika Muhammad mati, kami
36
Muktamar Baghdad
akan bernikah dengan isteri-isterinya
selepasnya- atau aku akan mengahwini ‘Aisyah. Lantaran itu,
Rasulullah merasa terkilan dengan kata-kata Talhah, lalu Allah
menurunkan Surah al-Ahzab (33): 53 “Dan tidak boleh menyakiti
(hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya sesudah
dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat
besar (dosanya) di sisi Allah).
Kedua: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair telah memerangi
Imam Ali bin Abu Talib a.s dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
bersabda tentang hak Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya peperangan
anda adalah peperanganku dan perdamaian anda adalah
perdamaianku”28. Dan beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang
mentaati Ali, maka sesungguhnya dia mentaati aku dan barangsiapa
yang menderhakai Ali, maka dia menderhakai aku”29. Beliau s.a.w
bersabda: Ali adalah bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama Ali
kedua-duanya tidak terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan
kepadaku”. Beliau s.a.w bersabda: Ali bersama kebenaran dan
kebenaran bersama Ali yang mana kebenaran berpusing bersamanya
di mana dia berpusing”30. Adakah orang yang memerangi Rasulullah
dan menderhakainya di syurga? Dan adakah orang yang memerangi
kebenaran dan al-Qur’an itu seorang mukmin?
Ketiga: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair kedua-duanya telah
merancang untuk membunuh Uthman, justeru itu, adakah mungkin
Uthman, Talhah dan al-Zubair semuanya di syurga. Sebahagian
mereka memerangi sebahagian yang lain sedangkan Rasulullah s.a.w
bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya di
neraka”
Raja Meminta Penjelasan
Raja bertanya kepada Wazir dengan penuh kehairanan: Adakah
benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Begitu juga al-‘Abbasi
dan kumpulannya berdiam diri tanpa bercakap apa-apa.
Apakah Syaitan Memaafkan Orang Yang Bercakap Benar?
Apakah yang mereka kata? Adakah mereka berkata benar?
Adakah syaitan memaafkan orang yang mengakui kebenaran?
Adakah nafsu ammarah yang meredai kejahatan sanggup tunduk
28 Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm.72 al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabii‘ al-
Mawaddah, hlm.130 dan lain-lain.
29 Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, hadis no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.
30 Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm.124.
37
Muktamar Baghdad
kepada kebenaran dan kenyataan?
Adakah anda terfikir bahawa mengakui kebenaran itu perkara yang
mudah dan senang?
Tidak! Sesungguhnya ia adalah perkara yang sukar, kerana ia
terpaksa mencabut asabiah jahiliyah dan menyalahi hawa nafsu
sedangkan manusia adalah pengikut hawa nafsu dan kebatilan
melainkan mukminin yang mana bilangan mereka amat sedikit.
Al ‘Alawi Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab Rujukan
Al-‘Alawi telah memecahkan tabir diam, maka dia berkata: Wahai
raja, sesungguhnya wazir, al-‘Abbasi dan ulama mengetahui
kebenaran kata-kataku dan kenaran percakapanku serta hakikat
hadisku. Sekiranya mereka mengingkari kata-kataku, maka
sesungguhnya di Baghdad para ulama yang menyaksikan kebenaran
kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini kitabkitab
yang menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang
muktabar yang menerangkan kebenaran kata-kataku…. Sekiranya
mereka mengakui kata-kataku, maka ini adalah apa yang
dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang, sekarang
membawa kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar
bahawa kitab-kitab rujukan menunjukkan kebenaran kata-katanya
dan kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Kenapakah anda berdiam diri pada permulaannya?
Mencaci Sahabat
Wazir berkata: Aku benci mencaci sahabat Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Anda benci perkara itu sedangkan Allah
dan Rasul-Nya tidak membencinya, kerana Allah telah
memperkenalkan sebahagian sahabat yang munafik dan
memerintahkan Rasul-Nya supaya berjihad menentang mereka
sebagaimana beliau s.a.w berjihad menentang golongan kafir dan
Rasul sendiri telah melaknati sebahagian sahabatnya!
Kata-Kata Semua Sahabat Adil Satu Pembohongan
Wazir berkata: Tidakkah anda mendengar kata-kata ulama:
Sesungguhnya semua sahabat adalah adil?
38
Muktamar Baghdad
Al-‘Alawi berkata: Aku telah
mendengar kata-kata itu, tetapi aku mengetahui bahawa kata-kata itu
adalah pembohongan dan rekaan, kerana bagaimana semua sahabat
adil sedangkan Allah melaknati sebahagian mereka, Rasul melaknati
sebahagian mereka, sahabat pula saling melaknati sesama mereka,
memerangi sesama mereka, mencaci sesama mereka dan membunuh
sesama mereka?
Bagaimana Kaum Muslimin Mengambil Mereka Sebagai
Khalifah Dan Mengikuti Mereka?
Di sini al-‘Abbasi mendapati pintu tertutup di hadapannya, lantas
dia datang dari pintu yang lain pula dan berkata: Wahai raja,
katakanlah kepada al-‘Alawi bahawa jika ketiga-tiga khalifah itu tidak
mukminin, bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai
khalifah dan mengikuti mereka?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Bukan semua kaum muslimin
mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl al-Sunnah sahaja.
Kedua: Sesungguhnya mereka yang percaya dengan khilafah
mereka terbahagi kepada dua bahagian: Orang yang jahil dan orang
yang degil (mu‘aanid). Adapun orang yang jahil, maka dia tidak
mengetahui keburukan mereka dan hakikat mereka, mereka
menggambarkan mereka sebagai manusia yang baik dan mukminin.
Adapun orang yang degil, maka dalil dan bukti tidak
memanfaatkannya selama dia berkeras di atas kedegilannya. Allah
berfirman di dalam Surah al-A raaf (7): 146 “Jika mereka melihat
setiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya” Surah al-Baqarah
(2): 6 “Sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu
memberi peringatan, mereka tidak juga akan beriman”!
Ketiga: Sesungguhnya golongan yang telah memilih mereka
sebagai khalifah telah tersilap di dalam pemilihan mereka
sebagaimana golongan Nasara telah melakukan kesilapan, mereka
berkata “Al-Masih itu putera Allah”. Golongan Yahudi berkata: ‘Uzair
adalah putera Allah” Surah al-Taubah )9): 30. Manusia wajib mentaati
Allah dan Rasul. Wajib mentaati kebenaran bukan mentaati manusia
di atas kesalahan dan kebatilan. Allah berfirman: Taatilah Allah dan
Rasul…Surah al-Nisaa’ (4):59.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bertukarlah kepada tajuk
yang lain.
Kesamaran Ahl Al-Sunnah
39
Muktamar Baghdad
Di antara kesamaran Ahl al-Sunnah dan kesalahan mereka
bahawa mereka telah meninggalkan Ali bin Abu Talib (a.s.) dan
mereka mengikut pendapat mereka yang terdahulu.
Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Ali bin Abu Talib telah dipilih oleh Rasul
(s.a.w)31 sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh Rasul. Kemudian
dia berkata:
Wahai raja, sesungguhnya anda sekiranya anda memilih
seseorang untuk menduduki tempat anda atau khilafah anda, adakah
wajib bagi menteri-menteri dan anggota-anggota kerajaan mematuhi
anda? Atau mereka berhak memecat khalifah anda dan memilih orang
lain di tempat anda?
Raja berkata: Malah, wajib bagi mereka mematuhi khalifahku
yang aku memilihnya sendiri, mereka wajib mematuhinya dan
mentaati perintahku padanya.
Syi‘ah Mengikuti Khalifah Rasulullah
Al-‘Alawi berkata: Begitulah yang dilakukan oleh Syi‘ah,
sesungguhnya mereka telah mengikuti khalifah Rasulullah yang telah
dipilih olehnya dengan perintah Allah iaitu Ali bin Abu Talib dan
mereka meninggalkan orang selain daripadanya.
Sebab Ali Tidak layak Menjadi Khalifah?
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Ali bin Abu Talib tidak layak menjadi
khalifah disebabkan umurnya masih muda 32semantara Abu Bakr
seorang yang tua33. Di samping itu Ali bin Abu Talib telah membunuh
ketua-ketua Arab dan menghancurkan penglima-penglima mereka34.
Justeru itu Arab tidak meredainya. Begitu juga Abu Bakr tidak
meredainya!
Orang Ramai Lebih Alim Daripada Allah Dan Rasul?
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mendengarnya, wahai raja
bahawa al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah lebih
alim daripada Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan yang paling
31 Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Umaal, vi, 392 dan
lain-lain.
32 Umur Ali a.s ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar adalah
59 tahun lebih kurang.
33 Jika umur menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakr lebih layak daripadanya.
34 Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.
40
Muktamar Baghdad
baik (al-Aslah), al-‘Abbasi tidak
mengambil iktibar firman Allah dan sabda Rasul-Nya di dalam
pemilihan Ali bin Abu Talib, malah dia mengambil kata-kata orang
ramai untuk kepentingan Abu Bakr. Ini bererti bahawa Allah Yang
Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak mengetahui apa yang paling
layak dan paling baik sehingga datang golongan jahil, lalu mereka
memilih orang yang paling layak? Tidakkah Allah berfirman di dalam
Surah al-Ahzaab (33): 36 “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin
apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan. Akan
ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka
susungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”?
Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Anfaal (8): 24 “Wahai
golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul
apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan
kepada kamu”?
Al-‘Abbasi berkata: Tidak sekali, sesungguhnya aku tidak berkata
bahawa manusia adalah lebih mengetahui daripada Allah dan Rasul-
Nya.
Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, kata-kata anda tidak mempunyai
makna. Jikalau Allah dan Rasul telah memilih seorang tertentu
menjadi khalifah, maka wajib anda mematuhinya sama ada orang
ramai meredainya ataupun tidak!
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi kelayakan Ali bin Abu Talib adalah
sedikit?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Makna kata-kata anda bahawa
sesungguhnya Allah tidak mengetahui Ali bin Abu Talib dengan
sebenarnya, maka Dia tidak mengetahui kelayakkannya adalah
sedikit, justeru itu Dia telah melantiknya menjadi khalifah. Ini adalah
kekufuran yang nyata.
Kedua: Sebenarnya kelayakan untuk menjadi khalifah adalah
banyak pada Ali bin Abu Talib. Sementara orang lain tidak banyak
kelayakan mereka!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah kelayakannya?
41
Muktamar Baghdad
BAHAGIAN KEEMPAT
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan,
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta
Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja
Meminta Para Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kelayakannya adalah banyak,
maka pertamanya adalah penentuan atau pilihan adalah daripada
Allah dan Rasul-Nya.
Kedua: Ali bin Abu Talib adalah sahabat yang paling alim. Justeru
itu, Rasulullah bersabda: Orang yang paling alim di dalam
perundangan di kalangan kamu adalah Ali” Umar bin al-Khattab
berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami di dalam
bidang kehakiman35” Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah bandar
ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar
atau hikmat, maka hendaklah dia mendatangi pintunya”36
35 Ibn Sa‘d, Tabaqaat, vi, hlm.102
42
Muktamar Baghdad
Ali a.s berkata: Sesungguhnya
Rasulullah telah mengajar aku seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w
membuka untukku setiap pintu seribu bab” 37. Ini ternyata orang alim
itu diutamakan daripada orang jahil. Allah berfirman di dalam Surah
al-Zumar (39): 9 “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan
mereka yang jahil”
Ketiga: Ali a.s tidak berhajat kepada orang lain sedangkan orang
lain berhajat kepadanya38. Tidakkah Abu Bakr berkata: Pecatlah aku,
kerana aku bukanlah orang yang paling baik pada kamu dan Ali
adalah pada kamu. Tidakkah Umar berkata lebih daripada tujuh puluh
kali: Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar”39. “ Mudahmudahan
Allah tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di
mana anda tidak ada padanya, wahai Abu al-Hasan”40. “Jangan
seorang daripada kamu mengeluarkan fatwa sedangkan Ali berada di
masjid” 41
Keempat: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib tidak pernah
menderhakai Allah dan beliau a.s tidak pernah menyembah selain
daripada Allah, tidak pernah sujud kepada berhala sepanjang
hidupnya sedangkan mereka bertiga telah menderhakai Allah dan
menyembah selain daripada Allah dan sujud kepada berhala-berhala.
Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Janjiku tidak akan
dicapai oleh golongan yang zalim”. Adalah jelas sekali bahawa
penderhaka adalah seorang yang zalim, justeru itu, dia tidak layak
untuk mendapat janji Allah iaitu kenabian dan khilafah.
Kelima: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib mempunyai fikiran yang
sejahtera dan akal yang tinggi, pendapat yang tepat berteraskan
Islam. Sementara orang lain mempuyai pendapat yang cetek
berteraskan syaitan, Abu Bakr berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan
yang menggodaku. Sesungguhnya Umar telah menyalahi Rasulullah
pada tempat yang banyak. Uthman mempunyai akal yang lemah,
keluarganya memberi kesan sampingan yang buruk terhadapnya
umpamanya: Marwan bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w sebagai Wazagh bin al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak)42.
36 Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Umaal, vi,
hlm.152.
37 Al-Hakim , al-Mustadrak, iii, hlm 126-127.
38 Umar memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil, kerana berzina.
Tetapi Ali a.s membantahnya seraya berkata: Sekiranya anda mempunyai
kuasa ke atasnya, tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya”
Kemudian Umar berkata: “Setiap orang adalah lebih alim daripadaku”, al-
Tabari, Dhakha’ir al- ‘Uqba, hlm. 81.
39 Al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.358
40 Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm. 60.
41 Ibid.
42 Marwan bin al-Hakam.
43
Muktamar Baghdad
Rasulullah s.a.w telah melaknati Marwan
dan keturunannya melainkan mukmin, maka bilangan mereka adalah
sedikit. Begitu juga dengan Ka‘ab al-Ahbar si Yahudi dan lain-lain!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Abu Bakr
berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku”?
Wazir berkata: Ini terdapat di dalam kitab-kitab sejarah43.
Raja berkata: Adakah benar Umar telah menyalahi Rasulullah?
Wazir berkata: Kita akan meminta penjelasan daripada al-‘Alawi
apa yang dia masksudkan dengan kata-katanya?
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W
Al-‘Alawi berkata: Ya, para ulama Ahl al-Sunnah telah
menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar mereka sesungguhnya
Umar telah menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa tempat, di
antaranya:
Pertama: Ketika Nabi s.a.w mahu mengerjakan sembahyang ke
atas Abdullah bin ‘Ubayy, sesungguhnya Umar telah menentang
Rasulullah dengan tentangan yang keras (qaasian) sehingga
Rasulullah s.a.w terasa terkilan sedangkan Allah berfirman di dalam
Surah al-Tubat (9): 61 “Dan golongan yang menyakiti Rasulullah itu,
bagi mereka azab yang pedih”
Kedua: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dipisahkan
di antara ‘Umrah tamattu‘ dan Haji tamattu‘ lalu mengharuskan
suami menghampiri isterinya di antara ‘umrah dan haji. Lalu ‘Umar
menentangnya dan berkata dengan kata-kata kesat: Adakah kami
mengerjakan ihram sedangkan zakar-zakar kami masih mengeluarkan
air mani” (a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa taqturu maniyyan). Lantas
Nabi (s.a.w) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan beriman
dengan perkara ini selama-lamanya”. Dengan sabda ini bererti
bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa Umar adalah di kalangan
mereka yang beriman dengan sebahagian [hukum] dan kafir dengan
sebahagian [hukum].
Ketiga: Tentang nikah mut‘ah bahawa Umar tidak mepecayainya.
Apabila dia memerintah dan merampas kerusi khilafah, dia berkata:
Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku
mengharamkannya dan aku menyeksa ke atas kedua-duanya
[pelakunya]” (Mut‘ataani kaanataa ‘ala ‘ahdi Rasulillah wa ana
uharrimu-huma wa u‘aqibu ‘alai-himaa) sedangkan al-Qur’an
43 Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bgh. 3, I,hlm.129, al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 440, Ibn
Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 6
44
Muktamar Baghdad
menyatakan di dalam Surah al-Nisaa’
(4): 24 “Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka.
Maka berilah kepada mereka maharnya”. Ahli tafsir menyebut bahawa
ayat tersebut diturunkan tentang harusnya mut‘ah. Dan inilah amalan
kaum muslimin sehingga pada pemerintahan Umar. Manakala Umar
telah mengharamkannya, perzinaan dan kejahatan di kalangan kaum
muslimin semakin bertambah. Justeru itu, Umar telah
menggantungkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu perzinaan
dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam firman
Allah Surah al-Maa’idah (5): 44. 45, 47 “Barangsiapa yang tidak
memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah golongan yang kafir” “Barangsiapa yang tidak memutuskan
menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
golongan yang zalim” Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut
apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang
fasik”
Keempat: Di dalam peperangan al-Hudaibiyyah sebagaimana
telah disebutkan bahawa Umar telah mengesyaki kenabian
Muhammad s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah menyalahi
Rasulullah dan menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat
terhadap Rasulullah!
Raja berkata: Pada hakikatnya aku juga tidak reda dengan nikah
mut‘ah!
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mengakui bahawa ia adalah
daripada perundangan Islam atau tidak?
Raja berkata: Aku tidak mengakuinya.
Al-‘Alawi berkata: Apakah makna Surah al-Nisaa’ (4): 24 “Dan
isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah
kepada mereka maharnya”? Dan apakah makna kata-kata Umar: Dua
mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku
mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas kedua-duanya
[pelakunya]”? Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah
mut‘ah adalah harus dan berlaku pada masa Rasulullah, pada masa
Abu Bakr dan sebahagian pada masa pemerintahan Umar. Kemudia
dia melarangnya dan mengharamkannya?
Di samping dalil-dalil yang banyak, wahai raja, sesungguhnya Um
ar sendiri telah melakukan mut‘ah dengan wanita-wanita44 dan
44 Umar Juga diriwayatkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar
tabi‘i dengan isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang kepada
Rasulullah s.a.w dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! Aku
telah binasa, Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah
membinasakan anda? Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks
dengan isteriku melalui duburnya (Aku telah “meliwat” isteriku). Maka
Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Kemudian turun
firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 223 “Isteri-isterimu adalah
45
Muktamar Baghdad
Abdullah bin al-Zubair adalah anak
mut‘ah!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai Nizam al-Mulk?
Wazir berkata: Hujah al-‘Alawi adalah kuat dan benar, tetapi
disebabkan Umar telah melarangnya, maka wajib ke atas kita
mengikutinya.
Al-‘Alawi berkata: Adakah Allah dan Rasul lebih berhak diikuti
atau Umar? Tidakkah anda membaca, wahai wazir, firman Allah di
dalam Surah al-Hasyar (59):7 “Apa yang diberikan Rasul kepadamu,
maka terimalah dia”, firman Allah di dalam Surah al-Nisaa ‘ (4): 59
“Taatilah Rasul…” firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 21
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik
bagi kamu” dan hadis yang masyhur: Halal Muhammad itu adalah
halal sehingga hari Kiamat dan haram Muhammad itu adalah haram
sehingga hari Kiamat”?
Raja Mencelah
Raja berkata: Aku percaya semua perundangan Islam, tetapi aku
tidak faham, sebab dihalalkan mut‘ah, adakah seorang daripada
kamu mahu memberi anak perempuannya atau saudara
perempuannya kepada seorang lelaki supaya dia melakukan nikah
mut‘ah dengannya selama satu jam atau beberapa ketika, tidakkah
ini satu keburukan?
Al-‘Alawi berkata: Apakah pendapat anda, wahai raja: Adakah
manusia mahu mengahwinkan anak perempuannya atau saudara
perempuannya dengan akad daim (nikah biasa) kepada seorang lelaki
sedangkan dia mengetahui bahawa lelaki itu akan menceraikannya
(seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat
bercocok- tanammu itu di mana saja kamu kehendaki” Lihat al Turmudhi,
Jaami‘ al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth (2:223). Al-Suyuti, al-
Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan seks
Umar di luar tabi‘i dengan isterinya melalui duburnya itu tidak
membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah,
jika Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui
duburnya (“meliwat” isterinya). Pada suatu hari Sahil telah bertanya Imam
Malik tentang persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia
dibenarkan? Imam Malik berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku
daripadanya (Aku telah meliwat isteriku dan aku baru saja membersihkan
kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jaami‘ al-Ahkaam, I,352 ayat
al-Harth (2:223).
46
Muktamar Baghdad
selepas satu jam atau beberapa ketika
iaitu selepas berseronok dengannya?
Raja berkata: Aku tidak mahu.
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengakui akad daim adalah
benar, talak selepasnya juga adalah benar, maka tiada perbezaan di
antara akad mut‘ah (munqati‘) dan akad daim selain daripada mut‘ah
akan berakhir dengan masanya dan akad daim akan berakhir dengan
talak atau di dalam erti kata yang lain: Akad mut‘ah adalah seperti
akad sewa-beli (al-Ijaarah) dan akad daim sepertilah akad milik di
mana sewa akan berakhir dengan berakhirnya masa dan milik akan
berakhir dengan jualan umpamanya!
Justeru itu, perundangan mut‘ah adalah sejahtera dan benar,
kerana ia bagi menunaikan hajat dari hajat-hajat badan sebagaimana
juga perundangan nikah daim adalah sejahtera dan benar, kerana ia
bagi menunaikan hajat daripada hajat-hajat badan.
Kemudian aku ingin bertanya anda, wahai raja, apakah pendapat
anda tentang janda-janda atau ibu-ibu tunggal yang mempunyai
anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan tiada seorangpun
yang datang melamar mereka? Tidakkah akad nikah mut‘ah
merupakan satu cara untuk menjaga mereka daripada kejahatan?
Tidakkah dengan mut‘ah, mereka mendapat harta untuk
perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim mereka.
Apakah pendapat anda tentang pemuda-pemuda dan lelaki di
mana keadaan tidak memaafkan mereka untuk berkahwin secara
daim, tidakkah mut‘ah merupakan satu penyelesaian untuk mereka
bagi melepaskan daripada kekuatan seks yang ganas?! Bagi menjaga
daripada kefasikan?
Tidakkah mut‘ah itu lebih baik daripada zina, liwat dan onani?
Sesungguhnya aku percaya, wahai raja, sesungguhnya jenayah
zina, liwat atau onani berlaku di kalangan kaum muslimin, kembali
sebabnya kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam dosanya, kerana
dialah yang menghalangnya dan mencegah kaum muslimin
daripadanya! Banyak berita yang menunjukkan bahawa zina telah
meningkat di kalangan orang ramai semenjak Umar melarangnya!
Adapun kata-kata anda, wahai raja, sesungguhnya aku tidak
mahu (La arghabu)…, sesungguhnya Islam tidak memaksa
sesiapapun untuk melakukannya sebagaimana Islam tidak memaksa
anda untuk mengahwinkan anak perempuan anda kepada lelaki yang
mana anda mengetahui bahawa dia akan menceraikan anak
perempuan anda selepas satu jam atau beberapa ketika daripada
akad nikah. Tidak mahunya anda dan orang ramai di atas sesuatu
perkara bukanlah dalil di atas pengharamannya, kerana hukum Allah
adalah tetap, tidak berubah dengan hawa nafsu dan pendapatpendapat!
47
Muktamar Baghdad
Raja Tertarik Tentang Mut‘ah
Raja berkata kepada wazir: Hujah al-‘Alawi tentang harusnya
mut‘ah adalah kuat.
Wazir berkata: Tetapi para ulama telah mengikut pendapat Umar.
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Sesungguhnya mereka yang mengikut
Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah sahaja bukan semua ulama.
Kedua: Hukum Allah dan Rasul-Nya lebih berhak diikuti atau
pendapat Umar?
Ketiga: Sesungguhnya para ulama kamu bercanggah sesama
sendiri tentang pendapat Umar dan perundangannya.
Wazir berkata: Bagaimana?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Umar berkata: Dua mut‘ah adalah halal
pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya: Mut‘ah haji dan
mut‘ah perempuan”. Jikalaulah pendapat Umar itu betul, kenapakah
para ulama kamu tidak mengikut pendapatnya tentang mut‘ah haji?
Sesungguhnya para ulama kamu telah menyalahi Umar dan berkata:
Mut‘ah haji adalah benar sekalipun Umar melarangnya!
Jikalaulah pendapat Umar itu batil, kenapakah para ulama kamu
mengikut pendapatnya tentang pengharaman mut‘ah dan
mempersetujuinya pula?
Wazir diam dan tidak berkata apa-apa.
Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog
Raja berkata kepada para hadirin: Kenapakah kamu tidak
menjawab al-‘Alawi?
Salah seorang ulama Syi‘ah bernama syeikh Hasan al-Qasimi
berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar dan “pengikutpengikutnya”,
justeru itu, mereka tidak berhak menjawab Sayyid
al-‘Alawi, wahai raja.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Jikalau begitu, tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah
tentang tajuk yang lain.
Pembukaan Umar
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah menyangka bahawa
tiada kelebihan bagi Umar meskipun dia telah telah membuka
beberapa negeri.
Al-‘Alawi berkata: Di sisi kami beberapa jawapan:
48
Muktamar Baghdad
Pertama: Para pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri
adalah kerana perluasan tanah jajahan mereka, adakah ini kelebihan?
Kedua: Jikalaulah kita menerima pembukaannya satu kelebihan,
tetapi adakah pembukaannya itu dapat membenarkannya merampas
khilafah Rasul? Pada hal Rasul tidak menjadikan khilafah untuknya.
Sesungguhnya beliau s.a.w telah menjadikannya untuk Ali bin Abu
Talib (a.s)… Apabila anda, wahai raja, melantik seorang khalifah untuk
menduduki tempat anda, kemudian seorang datang dan merampas
khilafah daripada khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian
dia membuka beberapa negeri dan melakukan amalan yang baik,
adakah anda meredai pembukaannya atau anda memarahinya,
kerana dia telah menggulingkan orang yang anda telah melantiknya
dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?
Raja Memarahi Pembukaan Umar Dan seumpamanya
Raja berkata: Malah aku memarahinya dan pembukaannya tidak
akan menghapuskan jenayahnya!
Al-‘Alawi berkata: Begitulah pembukaan Umar adalah satu
kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif dan terbalik, kerana
Rasul tidak menyerang sesiapapun, malah peperangannya
merupakan peperangan pertahanan. Justeru itu, orang ramai mahu
kepada Islam dan memasuki agama Allah berpuak-puak, kerana
mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama keamanan dan
keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri dan
memasukkan mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan,
bukan dengan agama logik dan peradaban. Justeru itu, ia menjadi
sebab bertambahnya musuh-musuh Islam. Justeru itu, Pembukaan
Umar telah mencemarkan imej Islam dan memberi hasil yang negatif
dan terbalik.
Jikalaulah Abu Bakr, Umar dan Uthman tidak merampas khilafah
daripada tuannya yang sah: Ali bin Abu Talib a.s dan Imam Ali
menerima khilafah selepas Rasul secara langsung, nescaya beliau a.s
akan mengikut sirah Rasul, melaksanakan manhajnya yang betul. Dan
ini akan menyebabkan orang ramai memasuki Islam berpuak-puak
dan Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi!
Tetapi: La haula wa la quwwata illa bi llahi al-‘Aliyyi al-‘Azim.
Di sini Sayyid al-‘Alawi bernafas panjang dan mendalam,
meluahkan perasaan hatinya, lalu memukul tangannya sendiri kerana
dukacita di atas apa yang telah berlaku kepada Islam selepas
kematian Rasulullah (s.a.w) disebabkan perampasan khilafah
daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu Talib a.s.
49
Muktamar Baghdad
Raja Meminta Al-‘Abbasi Menjawab
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda kepada
al-‘Alawi?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak pernah mendengar
percakapan seperti ini sebelumnya!
Ikutilah Khalifah Rasulullah Yang Sah
Al-‘Alawi berkata: Sekarang anda telah mendengar percakapan ini
dan terserlah kebenarannya. Oleh itu, tinggallah khalifah-khalifah
anda dan ikutilah khalifah Rasulullah yang sah: Ali bin Abu Talib a.s.
Kemudian al-‘Alawi berkata: Hairan sekali urusan kamu, wahai
golongan Ahl al-Sunnah, kamu melupai dan meninggalkan asal dan
mengambil cabang.
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana begitu?
Pembukaan Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana kamu menyebut pembukaan Umar,
tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu Talib!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah pembukaan Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata: Kebanyakan pembukaan Rasul telah dicapai
melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti Badr, Khaibar, Hunain
45, Uhud, al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah pembukaan-pembukaan
ini tidak ada; ia merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak ada,
nescaya tidak ada di sana Islam dan Iman. Buktinya sesungguhnya
Nabi s.a.w bersabda ketika Ali a.s bertarung dengan ‘Umru bin ‘Abd
Wuddin pada hari al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan iman secara
keseluruhannya kepada syirik secara keseluruhannya, wahai
Tuhanku, jika Engkau mahu bahawa Engkau tidak disembah, maka
Engkau tidak disembah”. Iaitu sekiranya Ali dibunuh, maka golongan
musyrikin berani membunuhku dan membunuh semua kaum
muslimin. Lantaran itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam dan Iman.
Beliau s.a.w bersabda: Pukulan Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih
baik daripada ibadat jin dan manusia” (Dharbatu ‘Ali yauma al-
Kahndaq afdhal min ‘Ibadati al-Thaqalaini)46. Justeru itu, bolehlah kami
mengatakan bahawa Islam adalah bersifat Muhammadiyyun dari segi
45 Abu Bakr dan Umar telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain dan
Khaibar, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.46, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 37, al-
Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.
50
Muktamar Baghdad
kewujudannya dan bersifat ‘Alawiyyun
dari segi kekekalannya. Sesungguhnya segala kelebihan kerana Allah
dan Ali hanya dari segi kekekalannya!
Al-‘Abbasi berkata: Jika kita katakan sahaja sebagaimana katakata
kamu bahawa Umar adalah bersalah dan perampas; dia telah
menukar, dan mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu membenci
Abu Bakr?
Sebab-Sebab Kebencian Kepada Abu Bakr
Al-‘Alawi berkata: Kami membencinya disebabkan oleh beberapa
perkara: Pertama: Apa yang dia telah lakukan kepada Fatimah al-
Zahraa’ binti Rasulullah, penghulu wanita alam semesta.
Kedua: Dia telah membuang hukuman had ke atas penjenayah
dan penzina : Khalid bin al-Walid.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata di dalam kehairanan: Adakah Khalid bin al-Walid
seorang penjenayah?
Al-‘Alawi berkata: Ya,
Raja berkata: Apakah jenayahnya?
Jenayah Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya
Al-‘Alawi berkata: Jenayahnya bahawa dia dihantar kepada
sahabat yang mulia; Malik bin Nuwairah di mana Rasulullah telah
memberi berita gembira kepadanya bahawa dia daripada ahli syurga.
Abu Bakr telah memerintahkan Khalid supaya membunuh Malik bin
Nuwairah dan kaumnya. Malik di luar Madinah apabila dia melihat
Khalid mendatanginya dengan beberapa orang tentera, lalu dia
memerintahkan kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka
pun membawa senjata.
Apabila Khalid sampai kepada mereka, dia berbohong kepada
mereka dan bersumpah kepada mereka dengan nama Allah bahawa
dia tidak bermaksud jahat kepada mereka seraya berkata:
Sesungguhnya kami datang bukan untuk memerangi kamu, malah
kami adalah tetamu kamu pada malam ini, maka Malik merasa yakin
dengan kata-katanya manakala Khalid bersumpah dengan nama
Allah. Kemudian Malik dan kaumnya meletakkan senjata dan pada
masa itu telah masuk waktu untuk sembahyang, lalu Malik dan
kaumnya berdiri untuk mengerjakan sembahyang. Tiba-tiba Khalid
46 Al-Fakhr al-Razi, Nihayat al- ‘Uquul, hlm. 104, al-Hakim, al-Mustadrak, iii,
hlm. 32, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, iii, hlm. 19.
51
Muktamar Baghdad
dan kumpulannya menyerang mereka,
lalu mereka mengikat Malik dan kaumnya, kemudian penjenayah
Khalid membunuh mereka47. Kemudian Khalid tamak pada isteri Malik
(manakala dia melihatnya cantik) dan berzina dengannya pada
malam di mana suaminya dibunuh. Kemudian Khalid meletakkan
kepala Malik dan kaumnya di tuku dapur masak. Dia memasak
“makanan zina”, lalu dia dan para sahabatnya memakan makanan
tersebut!
Umar Mahu Membunuh Khalid, Abu Bakr Menegahnya
Apabila Khalid kembali ke Madinah, maka Umar mahu membunuh
balas (kisas) Khalid kerana membunuh kaum muslimin dan ingin
melakukan hukum hudud kerana perzinaannya dengan isteri Malik,
tetapi Abu Bakr (mukmin!) menegah dengan kuat agar hukum hudud
tidak dijalankan ke atas Khalid48. Perbuatan Abu Bakr ini mensiasiakan
darah kaum muslimin dan menghapuskan hukum hudud Allah!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan
oleh al-‘Alawi tentang hak Khalid dan Abu Bakr?
Wazir berkata: Ya, begitulah disebut oleh ahli sejarah49.
Raja berkata: Kenapakah sebahagian kaum muslimin menamakan
Khalid dengan Saifullah al-Maslul (pedang Allah yang terhunus)?
Al-‘Alawi berkata: Dia adalah pedang syaitan yang lumpuh, tetapi
disebabkan dia adalah musuh Ali bin Abu Talib dan bersama Umar di
dalam pembakaran rumah Fatimah al-Zahraa’ a.s, maka sebahagian
Ahl al-Sunnah menamakannya dengan nama Saifullah (pedang Allah)!
47 Ibn Hajr, al-Isaabh, iii, hlm. 335.
48 Ibn Hajr, al-Isaabah, iii, hlm. 336.
49 Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.241, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm. 158, Ibn Kathir,
Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.
52
Muktamar Baghdad
BAHAGIAN KELIMA
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?,
Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan,
Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi
Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada
Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?
Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan musuh-musuh Ali
bin Abu Talib?
53
Muktamar Baghdad
Al-‘Alawi berkata: Jikalau mereka
bukan musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang
telah merampas haknya dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali
a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya
sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka
berkata: Sesungguhnya Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu
Talib adalah seorang mukmin. Dialah yang telah menolong Islam di
dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi di dalam
risalahnya!
Abu Talib Seorang Mukmin
Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?
Al-‘Alawi berkata: Abu Talib tidak pernah manjadi seorang kafir
sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah seorang mukmin
yang menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w)
diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan islamnya di tangannya,
maka dia adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin
Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid; isteru Nabi s.a.w dan
ketiga: Abu Talib (r.a).
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi
tentang hak Abu Talib?
Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian ahli
sejarah50.
Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan Ahl al-
Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?
Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada Amir al-
Mukminin Ali a.s. Justeru itu, perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap
Ali bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya
bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah
terhadap Ali membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-
Hasan dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-
Sunnah yang telah menghadiri Karbalaa’ untuk membunuh al-Husain
berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada bapa
anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada
50 Ibn Kathir, Tarikh, iii, hlm. 87, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 623 dan lainlain.
54
Muktamar Baghdad
hari Badr dan Hunain! (Nuqaatilu-ka
bughdhan li-abii-ka wa maa fa‘ala bi-asyyaakhi-naa yauma Badrin wa
Hunain!)
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini diucapkan oleh
pembunuh-pembunuh al-Husain?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa mereka telah
berkata ucapan ini kepada al-Husain!
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda tentang
kisah Khalid bin al-Walid?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr melihat muslihat di
dalam perkara ini!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah muslihat
yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan golongan
yang tidak berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian
dia dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang pembalasan, malah
diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakr berkata
padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah
“pedang Allah” membunuh golongan kafir atau golongan mukminin?
Dan adakah “pedang Allah” menjaga kehormatan kaum muslimin
atau berzina dengan perempuan muslimin??
Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah
Al-‘Abbasi berkata: Wahai al-‘Alawi, sesungguhnya Abu Bakr telah
bersalah (akhta’a), tetapi Umar telah dapat memahaminya!
Al-‘Alawi berkata: Jika Umar memahami perkara tersebut, maka
hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana berzina
dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang
tidak berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah
bersalah sebagaimana Abu Bakr telah bersalah sebelumnya.
Raja Mencelah
Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-‘Alawi berkata pada
awal percakapan bahawa Abu Bakr telah membuat jahat kepada
Fatimah al-Zahraa’ Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis
kejahatannya kepada Fatimah?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr selepas dia mengambil
baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan keganasan,
pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhaab wa al-Saif wa al-Tahdiid wa
al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu
55
Muktamar Baghdad
‘Ubaidah dan kumpulan lain-Daripada
munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar telah mengumpulkan
kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana Rasulullah pernah
berdiri dan bersabda: Al-Salamu ‘alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah
dan beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta izin),
lalu Umar membakar pintu dengan api51.
Manakala Fatimah datang di balik pintu bagi menentang Umar
dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara dinding dan
pintu dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu
mengenai dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku, wahai
Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas anda [pergi]
daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling kepada
mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat
terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah
tubuhnya!
Kesan tolakan yang keras ini dan pertembungan yang keras
meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga meninggal dunia
selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah
kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab!52
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan oleh al-
‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya di dalam
kitab-kitab Tawaarikh apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi.
Al-‘Alawi berkata: Inilah di antara sebab kebencian Syi‘ah kepada
Abu Bakr dan Umar!
Fatimah A.S Memarahi Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata lagi: Sebagai bukti kepada berlakunya jenayah
daripada Abu Bakr dan Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah telah
menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi
Abu Bakr dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut
beberapa hadis tentang Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan
reda Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya”. Dan anda, wahai
51 Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm.159, Ibn
Qutaibah, al-Imaamah wa al-Siyasah,I, hlm. 12.
52 Umar telah menjalankan pemerintahannya secara kasar dan bersifat
aggresif serta menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita
yang sedang hamil telah gugur kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi
aneh sekali di dalam peperangan dia selalu melarikan diri, al-Bukhari, Sahih,
iii, hlm. 37. Talhah berkata kepada Abu Bakr: “Kenapa anda melantik ke atas
kami seorang yang kasar?, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 26.
56
Muktamar Baghdad
raja, mengetahui, apakah akibat
orang yang dimarahi Allah!?
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar? Adakah benar
bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan
Umar?
Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah
menyebutnya53.
Al-‘Alawi berkata: Sebagai bukti kebenaran kata-kataku:
Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s
supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakr,
Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak
mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara
jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga
mereka tidak datang di atas kuburnya. Kemudian Ali (a.s) telah
melaksanakan wasiat-wasiatnya!
Raja Menjadi Hairan
Raja berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah perkara ini
telah keluar daripada Fatimah dan Ali?
Wazir berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli sejarah!
Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah
Al-‘Alawi berkata: Abu Bakr dan Umar telah menyakiti Fatimah
dengan perkara yang lain pula.
Al-‘Abbasi berkata: Apakah perkara itu?
Al-‘Alawi berkata: Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya
(Fadak).
Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil bahawa mereka berdua telah
merampas Fadak?
Al-‘Alawi berkata: Tawaarikh telah menyebut bahawa Rasulullah
(s.a.w) telah memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya
pada masa Rasulullah. Apabila Rasulullah mati, Abu Bakr dan Umar
mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari Fadak dengan paksaan,
pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu Bakr dan
Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah
mereka berdua memarahinya dan menghalangnya54. Justeru itu,
53 Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.153, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, vi,
hlm.219 dan lain-lain.
54 Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, v, hlm.86, al-Balaadhuri, Futuuh
al-Buldaan, hlm. 44.
57
Muktamar Baghdad
beliau a.s tidak bercakap dengan mereka
berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan memarahi mereka
berdua!
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah
mengembalikan Fadak kepada anak-anak Fatimah pada masa
pemerintahannya?
Al-‘Alawi berkata: Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia
telah merampas daripada anda rumah anda dan mengusir anda,
kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan
mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah
tindakannya dapat menyapu dosa perampas yang pertama?
Raja Mencelah
Raja berkata: Terserlah daripada percakapan kamu berdua-
Wahai al-‘Abbas dan al-‘Alawi- Semua bersetuju bahawa Abu Bakr dan
Umar telah merampas Fadak?
Al-‘Abbasi berkata: Ya, sejarah telah menyebutnya55.
Raja berkata: Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?
Al-‘Alawi berkata: Kerana mereka berdua mahu merampas
khilafah. Mereka berdua telah mengetahui bahawa Fadak jika masih
berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s membelanjakan dan
membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu dinar
emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun
di sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakr dan Umar!
Raja berkata: Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka
adalah pelik! Apabila khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah
yang menjadi khalifah Rasul s.a.w?
Rasul Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantikdengan
perintah daripada Allah- khalifah-khalifahnya selepasnya. Di
dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah selepasku adalah
dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa’ Bani Israel dan
semuanya daripada Quraisy56”
Raja Meminta Penjelasan
55 Al-Haithami, al-Majma‘, ix, hlm.39.
56 Ibn al-Jauzi, al-Tadhkirah, hlm. 378, al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi‘ al-
Mawaddah, hlm. 442, Ibn Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 398, Muslim, Sahih, ii,
hlm. 79 dan lain-lain.
58
Muktamar Baghdad
Raja berkata kepada wazir:
Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Siapakah mereka yang dua belas itu?
Al-‘Abbasi berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal,
mereka: Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali.
Raja berkata: Siapa lagi?
Al-‘Abbasi berkata: Khilaf di kalangan para ulama.
Raja berkata: Namakan mereka.
Al-‘Abbasi diam.
Nama-Nama Imam Dua Belas
Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sekarang aku akan menyebut
kepada anda nama-nama mereka menurut kitab-kitab ulama Ahl al-
Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali, Muhammad,
Ja‘far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.
Al-‘Abbasi berkata: Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syi‘ah
berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup di dunia semenjak tahun 255
hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga berkata: Dia akan
zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan
selepas ia dipenuhi dengan kezalaiman.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada al-‘Alawi: Adakah benar kamu percaya
sedemikian?
Al-‘Alawi berkata: Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda
sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh Syi‘ah dan Ahl al-Sunnah.
Bagaimana Manusia Boleh Kekal Dalam Masa Yang Panjang?
Raja berkata: Bagaimana mungkin manusia boleh kekal di dalam
masa yang begini panjang?
Al-‘Alawi berkata: Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai
seribu tahun57. Allah berfirman tentang Nuh a.s di dalam Surah al-
‘Ankabut (29): 14 “Maka dia tinggal di antara mereka seribu tahun
kurang lima puluh tahun” Adakah Allah lemah mengekalkan manusia
sepanjang masa ini?
Tidakkah Allah di tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia
berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah bersabda
sedemikian, maka ia adalah benar dan dipercayai.
57 Semasa dialog diadakan di Baghdad.
59
Muktamar Baghdad
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah
memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya58.
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa anda mengingkari
hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?
Al-‘Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syi‘ah!
Al-‘Abbasi berkata: Kerana khuatir tentang akidah orang awam
akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada Syi‘ah!
Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, anda wahai al-‘Abbasi, termasuk
di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya
golongan yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami
menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu
dilaknati Allah dan pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”
Maka laknat daripada Allah meliputi anda…
Kemudian al-‘Alawi berkata: Wahai raja, tanyalah al-‘Abbasi ini:
Adakah wajib di atas orang yang alim menjaga Kitab Allah dan sabdasabda
Rasul-Nya atau wajib di atasnya menjaga akidah golongan
awam yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku menjaga akidah orang
awam sehingga hati mereka tidak cenderung kepada Syi‘ah, kerana
Syi‘ah adalah Ahli Bid‘ah!
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kitab-kitab muktabar
memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar adalah orang pertama
yang memasukkan bid‘ah di dalam Islam. Dia sendiri dengan jelas
berkata: Sebaik-baik bid‘ah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah
sembahyang Taraawih manakala dia memerintahkan orang ramai
supaya melakukan sembahyang sunat secara berjemaah. Dia
mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan
sembahyang sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bid‘ah
Umar adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan.
Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah pada azan
dengan membuang perkataan “Hayya ‘alaa khairi al-‘Amal” dan
menambah perkataan “Al Salaat khairun mina al-Naum”?59
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan
saham golongan muallaf menyalahi Allah dan Rasul-Nya?60
58 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi‘ al-Mawaddah, hlm. 491, Arjah al-Mataalib,
hlm. 378 dan lain-lain.
59 Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm.110.
60 Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafaa’, hlm.137.
60
Muktamar Baghdad
Tidakkah Umar telah melakukan
bid‘ah dengan memansuhkan mut‘ah haji menyalahi Allah dan
Rasul?61
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan
mut‘ah perempuan menyalahi Allah dan Rasul-Nya?62
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan
had zina ke atas penjenayah zina: Khalid bin al-Walid menyalahi Allah
dan Rasul-Nya yang mewajibkan supaya dijalankan hukum had ke
atas penzina dan pembunuh?
Dan lain-lain bid‘ah kamu yang mengikut Umar.
Oleh itu, adakah kamu ahli bid‘ah atau kami Syi‘ah?63
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan
oleh al-‘Alawi tentang bid‘ah-bid‘ah Umar?
Wazir berkata: Ya, sekumpulan ulama telah menyebutnya di
dalam kitab-kitab mereka!
Raja berkata: Bagaimana kita mengikut orang yang telah
melakukan bid‘ah pada agama?
Al-‘Alawi berkata: Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia
seperti ini, kerana Rasul (s.a.w) bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat
dan setiap kesesatan ke neraka” Maka mereka yang mengikuti Umar
di dalam bid‘ahnya- mereka mengetahuinya- maka mereka adalah
daripada ahli neraka- secara putus-!
Para Imam Mazhab Empat
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah
mengakui perbuatan Umar.
Al-‘Alawi berkata: Ini adalah bid‘ah yang lain pula, wahai raja!
Raja berkata” Bagaimana begitu?
Al-‘Alawi berkata: Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik
bin Anas, al-Syafi‘I dan Ahmad bin Hanbal, bukan hidup semasa
Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus tahun –lebih
kurang- selepasnya. Adakah kaum muslimin di antara masa Rasul dan
masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan?
Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka
berempat dan tidak mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah
berwasiat mengenainya?
61 Al-Bukhari, Sahih, vii, hlm.33, Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 233.
62 Ibid.
63 Ahl al-Sunnah adalah Ahl Bid‘ah sementara Syi‘ah adalah Ahl Sunnah
Rasulullah s.a.w.
61
Muktamar Baghdad
Raja berkata: Apakah pendapat
anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Mereka itu lebih alim daripada selain
daripada mereka!
Raja berkata: Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?
Mazhab Ja‘fari
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Syi‘ah juga mengikut mazhab (Ja‘far al-
Sadiq)?
Al-‘Alawi berkata: Kami mengikut mazhab Ja‘far, kerana
mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana beliau adalah daripada
Ahl al-Bait yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Ahzab (33): 33
“Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl
al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Jika tidak, kami
mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq
(a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak
daripada para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada
masanya) sehingga majlis ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu
pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu memperbaharui lambang
Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas menghapuskannya.
Justeru itu, Syi‘ah dinamakan dengan al-Ja‘fariyyah dinisbahkan
kepada Ja‘far al-Sadiq a.s.
Raja berkata: Apakah jawapan anda, wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para
imam empat mazhab.!
Al-‘Alawi berkata: Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu
supaya berpegang kepada mazhab empat64. Kamu telah mengikut
mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!
Al-‘Abbasi diam.
Mati Sebagai Seorang Jahiliyah
Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi
bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi daripada ahli neraka, jika dia mati di
dalam keadaan ini.
64 Penguasa Ahl al-Sunnah menindas Syi‘ah yang mengamalkan ajaran al-
Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sementara penguasa Syi‘ah
membenarkan Ahl al-Sunnah mengamalkan ajaran Abu Bakr dan Umar yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w., kerana ia adalah akidah
mereka. Oleh itu, minoriti Syi‘ah yang hidup di dalam negara majoriti Ahl al-
Sunnah ditindas. Sementara minoriti Ahl al-Sunnah yang hidup di dalam
negara majoriti Syi‘ah dapat hidup dengan aman. Oleh itu, siapakah Ahli
bid‘ah?
62
Muktamar Baghdad
Raja berkata: Dari manakah anda
mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa
mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati
sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama
zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu, bertanyalah
kepada al-‘Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah terdapat hadis daripada
Rasulullah tentang perkara ini?
Wazir berkata: Ya, terdapat hadis Rasulullah tentangnya.
Raja berkata di dalam keadaan marah: Aku menyangka bahawa
anda, wahai al-‘Abbasi, seorang yang boleh dipercayai (thiqah),
sekarang terserlah pembohongan anda!
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku mengetahui imam
zamanku!
Al-‘Alawi berkata: Siapakah dia?
Al- ‘Abbasi berkata: Raja!
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong,
dia hanya berkata sedemikian kerana mengambil hati anda!
Raja berkata: Ya, aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku
mengetahui diriku bahawa aku tidak layak menjadi imam zaman
orang ramai, kerana aku tidak mengetahui apa-apapun. Aku hanya
menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus
pejabat!
Kemudian raja berkata: Wahai al-‘Alawi, siapakah imam zaman
pada pendapat anda?
Al-‘Alawi berkata: Imam zaman pada pendapatku dan akidahku
adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana di dalam hadis terdahulu
daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu, barangsiapa mengetahuinya,
dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah daripada ahli
syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati
sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.
Kebenaran Bersama Syi‘ah
Di sini muka raja berseri dan terserlah kesan-kesan
kegembiraannya pada mukanya dan berpaling kepada hadirin seraya
berkata:
Ketahuilah, wahai jemaah, sesungguhnya aku terasa senang dan
yakin daripada dialog ini (Selama tiga hari). Aku telah mengetahui
63
Muktamar Baghdad
dan aku telah yakin bahawa kebenaran
adalah bersama Syi‘ah pada setiap apa yang mereka katakan dan
pada setiap apa yang mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah
adalah batil mazhab mereka, dan akidah mereka adalah
menyeleweng.
Raja Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah
Sesungguhnya aku adalah di kalangan mereka apabila kebenaran
terserlah, tunduk kepadanya dan mengakuinya. Aku bukanlah
daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di akhirat. Justeru itu,
sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku
menjadi seorang Syi‘ah (tasyayyu‘). Oleh itu, barangsiapa yang suka
bersamaku, maka hendaklah dia menjadi Syi‘ah di atas keberkatan
Allah dan keredaan-Nya, dia mengeluarkan dirinya daripada
kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!
Wazir Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah
Wazir Nizam al-Mulk berkata: Aku telah mengetahui bahawa
Syi‘ah adalah benar. Sesungguhnya mazhab yang benar adalah
mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari
persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga
menjadi seorang Syi‘ah.
Demikianlah kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketuaketua
tentera yang hadir pada muktamar itu (bilangan mereka hampir
tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab Syi‘ah.
Berita tentang raja Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menterimenteri,
ketua-ketua tentera dan penulis-penulis telah memasuki
mazhab Syi‘ah telah tersebar di seluruh negara, lalu sebilangan besar
daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syi‘ah dan
Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya
guru-guru mengajar mazhab Syi‘ah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di
Baghdad!65
Sebahagian Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka
65 Penguasa Ahl al-Sunnah memerintahkan supaya ajaran Syi‘ah tidak diajar di
sekolah-sekolah dan di universiti-universiti, malah ia mesti dipantau pada
setiap masa. Di manakah kebebasan mengamalkan ajaran al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah s.a.w dan siapkah ahli bid‘ah?
64
Muktamar Baghdad
Tetapi sebahagian ulama yang
berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang
terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2):
74 “Seperti batu, bahkan lebih keras lagi”
Rancangan Jahat
Mereka mulai membuat rancangan-rancangan jahat66 bagi
menentang Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam
al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang berlaku, kerana dia
adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang berdosa
dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.
Kematian Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah
Kemudian mereka membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan
tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula mereka membunuh Malik Syah
Saljuqi67.
Fa-innaa li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya keduaduanya
telah dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan
keimanan, maka ucapan tahniah kepada mereka berdua dan kepada
setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan
keimanan.
Sebuah Qasidah
Sesungguhnya aku telah menulis sebuah qasidah meratapi
Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di antaranya:
Wazir Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan
Hari-hari tidak mengetahui kemulian nilainya
Dikembalikannya kerana cemburu kepada kulitnya
Dia memilih mazhab kebenaran di dalam dialog
Melahirkan hakikat pada bukti yang terbuka
Agama tasyayyu‘ suatu kebenaran tanpa
kemegahan untuknya
Selain daripadanya adalah fata morgana penipu licik
Tetapi dengki terpendam mereka lakukan untuknya
Dia bermalam di bulan terang di bayangan yang redup
Ke atasnya seribu salam Allah yang mengikutinya
Mencucuri rohnya yang abadi
66 Rancangan jahat mereka berterusan sehingga hari Kiamat.
67 Pembunuhan manusia yang tidak berdosa adalah satu dosa besar dan
pelakunya kekal di neraka.
65
Muktamar Baghdad
Aku Menghadiri Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini
Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog.
Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa yang berlaku di
muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan
sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku
di muktamar itu di dalam buku ini.
Segala pujian kepada Allah sahaja, selawat dan salam kepada
Muhammad, keluarganya yang baik dan para sahabatnya yang cerdik.
Aku telah menulis buku ini di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.
Penulis:
Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
66
Muktamar Baghdad
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,
67
Muktamar Baghdad
al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an,
Cairo, 1381 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
68
Muktamar Baghdad
INDEKS
A D
Abdullah bin ‘Abbas, 34 dhimmah,28
Abu Bakr, 22 ,30 ,33, 40, 55, 57, 58
Abu Basir,18, 23, 24 F
Abu Ja‘far al-Baqir, 34,
Abu Hamzah al-Thumali, 32 , al-Fadhl bin Ibrahim,10
31.36, 38, 322, 33,37,49, 68 al-Fadhl bin Rabi‘, 70
Abu Hanifah,10, 23,56 al-Fadhl bin Syadhan, 40
Abu al-Hasan Musa, 21 ,38, 65 al-Fadhl bin Yunus, 34
67 al-Farazdaq,12 20, 21
Abu al-Hasan al-Ridha, 30,32,36, farsi,18,17, 25, 30, 38
10,14,18, 28, 27,36,36 Fadak, 20, 23,25
Ahl l-Bait,17, 23, 25,48,72, 81,82,
10,12,13,142,14,16,2125,26,
281,63,65 G
Ali bin Abu Talib,9,17, 22, 31,44,68,73,7
88, 93, gabenor,15,16,13,28, 27
Al-Asbagh bin Nabatah, 30, 31, 32, 33
34, 34
B H
Baiah, 22, 28, Habtar,345
Baligh,17,29 Hamraan bin A‘yan, 26,24
Bani Hasyim,17,18 , 28 Harun al-Rasyid,65,70,72
al-Hasan bin Ali, 30,31, 32
C al-Husain bin Ali,13, 20, 28,
20,26,26,28,39,36,35
Celaan,21, 23, 24, 38
Cinta, 32, 68 35
I N
Ibn Di’bin, 62,163, 63,71,74 Nizamiyyah, 9, 63
Imamah,19 , 26, 25
J P
Jabir bin Abdullah,16,53,54, penyelewengan,17, 60
69
Muktamar Baghdad
24,33
Jammaz, 30 Q
K al-Qaim, 21, 31, 18, 29
21, 22, 26, 39, 36, 37, 37
Khalid bin al-Walid,20, 26
Karbala’, 7, 6, 28 R
Kathir al-Nuwa, 144, 28, 36
334,353 Rusyaid al-Hajari,17, 20, 87, 91
Khidir,15, 26, 28, 25, 26
37, 59 S
Kufah, 21, 22, 27,41
297,31,35, 37 Salman al-Farisi,16, 17, 21, 23,
25
Khuzaimah bin Thabit, 23, 34 43, 45
L T
Luqman,107,110,270,375,385 taqiyyah, 32
Laknat, 42, 44, 63 Turki, 21, 20, 28
65
U
M
Umar bin al-Khattab,14,15,17
Madinah, 27,63, 64 Ummu Salamah, 30, 35, 36
1 3, 20 , 21 Uthman bin ‘Affan,144
Makkah, 10 ,13,16,17
65, 66, 67 W
Malik bin al-Harith bin al-Asytar al-Nakh‘i,
13,15, 57 wasiat,10,1 6,12,19,30,32
al-Makmun,114,115,116,117
mashaf,5, 16, 31, 34 Z
al-Miqdad bin al-Aswad,16,17,18, 21, 23, 25,
11, 23, 24 Zaid bin Sauhan, 15 ,34
al-Mirzaban bin Imran, 82, 103 Zakaria bin Adam,10,13
Mitham bin Yahya al-Tammar,17,73,87,88
Muhammad bin Abu Bakr,17, 20 ,33, 42, 43
Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, 21, 53, 61
70
Muktamar Baghdad
71
Muktamar Baghdad
72
Muktamar Baghdad
73
Muktamar Baghdad
74

peshawar nights – malam akhir – mlm sepuluh

PENILAIAN TERHADAP PENGETAHUAN UMAR MENGENAI PERUNDANGAN ISLAM

Nawab: Pagi ini anak saya, Abdul-Aziz, seorang pelajar di kolej Islamiyya, mengatakan kepada kami bahawa gurunya memberitahu semua murid dikelas bahawa khalifa Umar bin Khattab adalah seorang ahli perundangan yang agung pada masanya di Madina. Dia mempunyai pengetahuan mengenai ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya yang cukup. Dia lebih terbilang dari semua para ahli perundangan, seperti Ali Ibn Abi Talib, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Abbas, Akrama dan Zaid Ibn Thabit. Bahkan Ali Ibn Abi Talib, dengan pengetahuan ilmu fiqhnya yang luas, apabila dia bertemu dengan masalah yang susah, merujuk kepada Umar mengenai hak bagi orang islam. Khalifa selalu menyelesaikan masalah yang susah untuk Ali. Semua dari kami mengakui fakta ini kerana ulama kami berkata bahawa khalifa Umar menduduki tempat yang unik di dalam pembelajaran dan pengetahuan. Saya meminta kamu menerangkan maksud ini supaya kita semua, termasuk anak saya boleh memahami fakta yang sebenar.

Shirazi: Adalah aneh seorang guru berkata yang sedemikian. Bahkan ulama kamu tidak mengatakan begitu. Jika beberapa orang yang fanatik seperti Ibn Hazm Zahiri, mengatakan begitu, mereka tentunya telah ditentang dengan keras oleh ulama kamu. Lebih-lebih lagi kebijaksanaan sebegini tidak dituntut sendiri oleh khalifa Umar. Tidak ada seorang pun ulama kamu telah merakamkan fakta ini di dalam buku mereka.
Ahli sejarah yang ada menulis apa-apa mengenai khalifa Umar bin Khattab telah memberikan ulasan terhadap keperibadiannya yang licik [pintar belit], hati batunya, dan tipu daya politiknya; tetapi mereka tidak mengulas diatas pembelajarannya.

PENGETAHUAN UMAR MENGENAI PERUNDANGAN ISLAM ADALAH LEMAH.
Fakta sebenar, buku dari kedua golongan penuh dengan peristiwa yang jelas menunjukkan bahawa Umar tidak cukup pengetahuan di dalam pembelajaran dan juga perundangan. Apabila dia menghadapi masalah yang susah, dia akan merujuk kepada Amirul-Mukminin Ali, Abdullah bin Mas’ud dan ahli perundangan lain di Madina.
Ibn Abil-Hadid menyebut nama Abdullah bin Mas’ud secara khususnya, diantara ahli perundangan Madina dan berkata bahawa Umar menekan bahawa Abdullah hendaklah sentiasa berada dengannya supaya apabila ada masalah kepadanya akan dirujuk di dalam perkara perundangan.

Sheikh: [Dengan marah] Dimana ada ditulis bahawa Umar adalah jahil mengenai masalah agama dan juga perundangan?

Shirazi: Saya tidak mengatakan bahawa khalifa Umar benar-benar jahil. Saya katakan dia tidak begitu pandai di dalam masalah perundangan dan pembelajaran. Saya boleh bukti apa yang saya katakan.

Sheikh: Bagaimana kamu membuktikan bahawa khalifa Umar mempunyai pengetahuan yang lemah di dalam perkara fiqh dan perundangan agama?

Shirazi: Terdapat banyak hadithdi dalam buku sahih kamu. Selain dari itu, terdapat pengakuan Umar sendiri yang dibuatnya di beberapa keadaan.

SEORANG WANITA MEMBUAT UMAR TERDIAM PADA MAKSUD PERUNDANGAN AGAMA.
Jalalu’d-din Suyuti di dalam Tafsir-e-Durru’l-Mansur, jilid II, ms 133; Ibn Kathir di dalam Ulasan, jilid I, ms 468; Jarullah Zamakhshari di dalam Tafsir-e-Kashshaf, jilid I, ms 357; Fazil Nishapuri di dalam Tafsir-Gharibu’l Qur’an, jilid I, dengan berkaitan Surah an-Nisa (wanita) dari al-Quran; Qartabi di dalam Tafsir, jilid V, ms 99; Ibn Maja’ Qazwini di dalam Sunan, jilid I; Asadi di dalam Hashiyya-e-Sunan, jilid I, ms 583; Baihaqi di dalam Sunan, jilid VII,ms 233; Qastalani di dalam Irshadu’s-Sari-Sharh-e-Sahih Bukhari, jilid VIII, ms 57; Muttaqi Hindi di dalam Kanzu’l-‘Ummal, jilid VIII, ms 298; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid II, ms 177; Abu Bakr Baglani di dalam Tamhid, ms 199; Ajluni di dalam Kashfu’l-Khufa’, jilid I, ms .270; Qazi Shukani di dalam Futuhu’l-Qadir, jilid I, ms 407; Dhahabi di dalam Takhlis-e-Mustadrak; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 61 dan jilid VII, ms 96; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain; Faqih Wasiti Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; Ibn Athir di dalam Nihaya, dan yang lainnya telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan bahawa pada satu hari khalifa Umar semasa memberi syarahannya kepada menusia, berkata: ‘Jika sesiapa berkahwin dan menentukan maharnya dengan melebihi dari 400 dirham untuk isterinya, saya akan kenakan hukuman tertentu pada dia dan akan memasukkan jumlah selebihnya kedalam baitul-mal.’
Seorang wanita dari para hadirin berteriak, ‘Umar! Adakah apa yang engkau kata lebih diterima atau perntah Allah? Tidakkah Allah maha besar telah berkata: ‘Dan jika kamu berhajat untuk seorang isteri sebagai ganti yang lain dan kamu telah berikan yang seorang emas yang banyak, maka janganlah ambil apa-apa darinya.’ [4:20]
Setelah mendengar ayat tersebut dan bantahan dari wanita tersebut, Umar berkata: ‘Kamu mempunyai pengetahuan yang lebih, dalam hal fiqh dan pemasalahan dari Umar, kesemua kamu, bahkan termasuk hukum wanita memakai purdah yang tinggal dirumah.’
Kemudian Umar sekali lagi naik kemimbar dan berkta: ‘Walaupun saya telah melarang kamu memberi lebih dari 400 dirham sebagai mahar kepada isteri kamu, saya sekarang membenarkan kamu memberi seberapa banyak yang kamu suka.Tidak ada kesalahan padanya.’
Hadith ini menunjukkan bahawa khalifa Umar tidak begitu mahir di dalam al-Quran dan perundangannya. Jika tidak dia tidak akan mengatakan sesuatu yang telah jelas salahnya yang mana dia boleh disenyapkan oleh seorang wanita yang kurang arif.
Sheikh: Tidak bukannya begitu. Fakta sebenar bahawa khalifa hendak memaksa manusia menurunkan mahar dengan mengikut sunnah. Walaupun islam mengizinkan kita memberikan jumlah yang banyak, adalah lebih baik jika kita mengawal darinya supaya yang miskin tidak perlu menderita. Ianya atas sebab ini dia katakan bahawa jumlah mahar janganlah melebihi jumlah yang ditetapkan untuk para isteri nabi.

RAMPASAN TERHADAP MANA-MANA BAHAGIAN DARI MAHAR ADALAH HARAM.
Shirazi: Itu adalah alasan yang tempang yang mana Umar sediri tidak tahu mengenainya, jika tidak dia tentu tidak mengaku kesalahannya sendiri, dan tidak akan berkata: ‘Engkau adalah ahli fiqh yang lebih baik dari Umar, kesemua kamu, termasuk para isteri.’ Jika tidak dia pasti telah katakan apa yang kamu telah katakan
Selain itu, semua orang tahu bahawa tindakkan yang salah tidak boleh dibentuk sebagai cara untuk mendapatkan keputusan yang dihajati dan dibolehkan. Pastinya harta seorang wanita, yang telah dimilikkinya, menurut dari perundangan al-Quran, tidak boleh dirampas secara halal darinya dan meletakkannya di dalam baitul-mal.
Selain dari semua pertimbangan itu, adalah haram [salah] untuk menjatuhkan hukuman agama kepada sesaorang yang tidak melakukan kesalahan. Paling tidaknya saya tidak pernah melihat keputusan yang sedemikian pada mana-mana kod perundangan, kamu terpaksa menerima bahawa kenyataan guru itu adalah salah.

PENAFIAN UMAR TERHADAP WAFATNYA NABI MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA JAHIL PADA BEBERAPA AYAT DARI AL-QURAN.
Malangnya Umar mempunyai tabiat cepat marah, dan dengan itu dapat dia menakutkan manusia dengan berkata, ‘Saya akan menghukum kamu!’
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain; Tabari di dalam Tarikh dan ulama yang lain telah menyampaikan bahawa apabila nabi telah wafat, Umar pergi kepada Abu Bakr dan memberitahunya bahawa dia takut, mungkin nabi tidak mati. Mungkin dia hanya berpura-pura berlakon mati supaya dia dapat mengenali sahabat dan juga musuhnya, atau mungkin dia telah ghaib, seperti Musa dan akan kembali semula dan menghukum mereka yang tidak taat dan engkar kepadanya.
Umar terus berkata, ‘Maka jika sesiapa mengatakan nabi telah mati, saya akan menghukum mereka,’ Apabila Abu Bakr mendengar, dia juga tidak pasti mengenainya, dan manusia juga ragu-ragu dan perbezaan timbul diantara mereka. Apabila Ali mengetahui mengenainya, dia keluar dihadapan orang ramai dan berkata, ‘Manusia! Mengapa kamu membuat gempar yang tidak berfaedah ini? Apa kamu telah lupa akan ayat al-Quran yang mana Allah berkata kepada nabi, ‘Sesungguhnya kamu akan mati dan begitu juga manusia daripada ummah [39:30] Maka menurut dari ayat ini nabi telah meninggalkan dunia ini.’ Hujah dari Ali meyakinkan manusia bahawa nabi dengan sebenarnya telah wafat. Kemudian Umar berkata, ‘Ianya seakan saya tidak pernah mendengar ayat tersebut.’
Ibn Athir di dalam Kamil dan Nihaya; Zamakhshari di dalam Asasu’l-Balagha; Shahrastani di dalam Milal wa’n-Nihal, (Muqaddama IV), dan banyak lagi dari ulama kamu telah menulis bahawa Umar telah menjerit, ‘Nabi tidak mati,’ apabila Abu Bakr sampai kepadanya dan berkata, ‘Tidakkah Allah telah berkata, ‘Sesungguhnya kamu akan mati dan juga manusia dari ummah kamu,’ Juga Dia berkata, ‘Jika dia mati atau terbunuh, adakah kamu akan berpaling semula?’ [3:144] Umar kemudian menjadi terdiam dan berkata, ‘Ianya seakan saya tidak pernah mendengar ayat tersebut. Sekarang saya percaya bahawa nabi telah mati.’

UMAR MEMERINTAHKAN SUPAYA DIREJAM LIMA ORANG DAN ALI MENGHALANG.
Hamidi menyampaikan di dalam Jam-e-Bainu’s-Sahihain bahawa semasa pemerintahan Umar, lima orang telah ditangkap atas tuduhan zina dan dibawa kepada Umar. Telah dibuktikan bahawa lima orang telah melakukan zina dengan wanita tertentu. Umar serta merta memerintahkan supaya mereka direjam hingga mati. Pada ketika itu Ali masuk kedalam masjid dan setelah mendengar apa yang Umar telah perintahkan berkata kepadanya, ‘Disini kamu telah memerintahkan yang bertentangan dengan perintah Allah.’
Umar berkata, ‘Kesemua zina telah dibuktikan. Mati dengan direjam telah ditulis sebagai hukuman terhadap kesalahan itu.’
Ali berkata, ‘Di dalam perkara zina, terdapat beberapa perbezaan kaedah pada perbezaan kes. Begitu jugalah dalam kes sekarang, perbezaan hukuman hendaklan dijatuhkan.’
Umar menyuruh dia mengkhususkan setiap perintah Allah dan nabi di dalam kes tersebut, kerana Umar telah mendengar nabi berkata pada beberapa peristiwa, ‘Ali adalah yang paling terpelajar dan hakim yang paling adil.’
Ali memerintahkan kelima-lima orang itu dibawa kepadanya. Dia memerintahkan orang yang pertama dipenggalkan kepalanya. Dia memerintahkan orang yang keduanya direjam hingga mati. Dia memerintahkan orang yang ketiga diberikan 100 sebatan, yang keempat 50 sebatan dan yang kelima 25 sebatan.
Umar hairan dan binggung, berkata, ‘Abul-Hasan, bagaimana kamu memberikan keputusan kes ini dengan lima cara yang berlainan?’
Imam yang suci berkata, ‘Orang yang pertama adalah orang kafir yang dibawah perlindungan islam. Dia melakukan zina dengan wanita islam. Oleh kerana dia telah kehilangan perlindungan islam; maka dia telah diberikan hukuman bunuh. Orang kedua mempunyai isteri, maka dia direjam hingga mati. Yang ketiga dia belum beristeri, maka dia diperintahkan dengan hukuman 100 sebatan. Keempat seorang hamba yang hanya layak didenda dengan setengah orang merdeka maka dihukum 50 sebatan. Dan yang kelima adalah seorang jahil, maka diberikan hukuman yang ringan iaitu 25 sebatan.’
Kemudian Umar berkata, ‘Jika Ali tidak ada disana, Umar pasti akan binasa, Wahai Abu’l-Hasan! Saya harap saya sudah tidak ada lagi apabila kamu tidak ada diantara kami.’

UMAR MENGHUKUM WANITA MENGANDUNG DIREJAM SEHINGGA MATI DAN CAMPUR TANGAN ALI.
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib Fi Manaqib-e-Amiru’l-Mu’minin Ali Bin Abi Talib; Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad; Bukhari di dalam Sahih; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain; Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, chapter IV, ms 75, dari Khawarizmi’s Manaqib; Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Arba’in, ms 466; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms p.196; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 113; dan Imamu’l-Haram di dalam Dhakha’iru’l-Uqba, ms 80, mengatakan laporan yang berikut.
Seorang wanita mengandung telah dibawa kepada Umar bin khattab. Setelah disoal, dia mengaku bahawa dia telah bersalah melakukan perhubungan sumbang, dan khalifa memerintahkan dia direjam sehingga mati. Kemudian Ali berkata, ‘Arahan kamu boleh dilaksanakan kepada wanita ini, tetapi kamu tidak punya kuasa terhadap anak dia.’
Umar membebaskan wanita itu dan berkata, ‘Wanita tidak berkemampuan melahirkan orang seperti Ali: Jika Ali tidak ada disini, Umar pasti akan binasa.’ Dia teruskan berkata, ‘Semoga Allah tidak memanjangkan umur saya untuk menghadapi masalah yang susah dimana Ali tidak ada untuk menyelesaikannya.’

UMAR MENGARAHKAN WANITA YANG TIDAK SIUMAN DIREJAM DAN CAMPURTANGAN ALI.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi’i di dalam Dhakha’iru’l-Mawadda, chapter II, ms 75, dari Hasan Basri; Ibn Hajar di dalam Fathu’l-Bari, jilid XII, ms 101; Abu Dawud di dalam Sunan, jilid II, ms 227; Munadi di dalam Faizu’l-Qadir, jilid IV, ms 257; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid II, ms 59; Qastalani di dalam Irshadu’s-Sari, jilid X, ms 9; Baihaqi di dalam Sunan, jilid VIII, ms 164; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 196; Khatib Khawarizmi di dalam Munaqab, ms 48; Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Imamu’l-Haram di dalam Dhakha’iru’l-‘Uqba, ms 80; Ibn Maja di dalam Sunan, jilid II, ms 227; Bukhari di dalam Sahih, Bab la yarjumu’l-majnun wa’l-majnuna dan kebanyakkan dari ulama kamu telah merakamkan insiden yang berikut:-
Satu hari seorang tidak siuman telah dibawa dihadapan khalifa Umar bin Khattab. Dia telah melakukan penzinaan dan mengaku kesalahannya. Umar mengarahkan supaya dia direjam. Amirul-mukminin ada disitu. Dia berkata kepada Umar, ‘Apa yang engkau telah lakukan? Saya telah mendengar nabi berkata bahawa 3 jenis manusia yang bebas dari dipertanggong jawabkan pada undang-undang, orang yang tidur sehingga dia bangun, orang gila sehingga dia sembuh, dan kanak-kanak sehingga sempurna akalnya.’ Mendengar ini, Umar membebaskan wanita itu.
Ibnus-Saman di dalam bukunya Kitabul-Muwafiqa telah merakamkan banyak kes yang sedemikian. Terdapat beberapa keadaan yang merakamkan lebih kuran 100 pendapat yang salah dan meleset.

PENGETAHUAN ALI DAN KEMULIAANNYA.
Nuru’d-din Bin Sabbagh Malaki di dalam Fusulu’l-Muhimma, chapter 3, ms 17, menulis mengenai Ali berkata, ‘Bab ini mengandungi perkara berkaitan dengan pengetahuan Ali. Satu dari aspeknya adalah pengetahuan perundangan fiqh yang mana telah diasaskan amalan halal dan haram manusia. Ali memahami perundangannya dengan mendalam. Masalahnya yang komplek, adalah mudah bagi Ali, dan dia benar-benar faham akan interpretasinya. Atas sebab inilah nabi berkata bahawa Ali adalah orang yang paling berhak di dalam ummah pada menghuraikan persoalan perundangan.
Imam Abu Muhammad Husain bin Mas’ud Baghawi di dalam bukunya Masabih mengatakan dari Anas bahawa apabila nabi melantik setiap orang dari sahabat kepada satu-satu kedudukan, baginda melantik Ali kepada kedudukan hakim dan berkata, ‘Ali adalah hakim yang terbaik diantara kamu semua [sahabat dan juga ummah]
Sudah pasti jika kamu bendingkan kata-kata guru kolej yang jahil dengan hadith dari ulama kamu, kamu akan dapati apa yang dia katakan tidaklah berasas. Guru ini mengatakan lebih dari apa yang dilakukan oleh pemimpin. Umar sendiri mengakui kelemahannya dari Ali.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imamu’l-Haram Ahmad Makki Shafi’i di dalam Dhakha’iru’l-Uqba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, chapter 56, dan Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 195, mengatakan bahawa Muawiya sebagai berkata, ‘Apabila Umar bin Khattab menghadapi masalah yang susah, dia meminta pertolongan Ali,’ Abul-Hajjaj balawi di dalam bukunya Alif-Ba, jilid I, ms 222, menulis bahawa apabila Muawiya mendengar berita syahidnya Ali, dia berkata, ‘Dengan kematian Ali, perundangan dan pengetahuan telah runtuh.’
Dia juga menyebut Sa’id bin Musayyab sebagai berkata bahawa Muawiya berkata, ‘Umar selalu berdoa mencari perlindungan dari kesusahan dimana Ali tidak ada untuk menolongnya.’
Abu Abdullah Muhammad bin Ali al-Hakim al-Tirmidhi di dalam ulasannya pada Risalat-e-Fathul-Mubin menulis: ‘Para sahabat nabi merujuk kepada Ali di dalam perkara berkaitan perundangan al-quran dan menerima kepurusannya. Umar bin Khattab telah berkata dibeberapa keadaan, ‘Jika Ali tidak ada disitu, Umar pasti telah binasa,’ Nabi Allah juga berkata, ‘Manusia yang paling terpelajar diantara kamu dari ummah saya adalah Ali IbnAbi Talib.’
Apa yang telah dirakamkan di dalam hadith dan kenyataan sejarah membuktikan bahawa Umar telah mempunyai pengetahuan umum dan juga pengetahuan perundangan yang dia juga kerap membuat salah pada mengenai masalah yang biasa. Para sahabat yang bersama dengannya kerap mengingatkan dia mengenai kelemahannya.

Sheikh: Kamu telah bertindak kurang sopan dengan mengatakan begitu kepada Umar, Adakah mungkin seorang khalifa boleh tersalah di dalam perkara agama?

Shirazi: Tidak sopan ini bukan dari pihak saya. Ulama kamu telah mendedahkan perkara sebenar mengenainya.

Sheikh: Jika kamu boleh, sila jelaskan kepada kami dengan segala punca yang betul supaya kebenaran dengan jelas dapat dilihat

Shirazi: Terdapat banyak peristiwanya. Lebih kurang 100 darinya terdapat di dalam buku kamu, tetapi saya akan katakan satu darinya sebagai contoh.

KEJAHILAN UMAR MENGENAI TAYAMMUM.
Muslim Ibn Hajjaj di dalam Sahih, bab Tayammum; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid IV, ms 265, 319; Baihaqi di dalam Sunan, jilid I, ms 209; Abi Dawud di dalam Sunan , jilid I, ms 53; Ibn Maja di dalam Sunan, jilid I, ms 200; Imam Nisa’i di dalam his Sunan, jilid I, ms 59-61, dan yang lain dari ulama kamu yang terkenal telah mengatakan dengan berbeza cara dan perkataan, menyatakan bahawa semasa khalifa Umar, seorang datang kepadanya dan berkata, ‘Adalah perlu bagi saya melakukan mandi, tetapi tidak terdapat air. Apa yang perlu saya lakukan dalam keadaan ini/
Umar berkata, ‘Jika kamu tidak dapat air untuk mandi, kamu tidak perlu melakukan solat.’
Pada ketika itu Ammar-e-Yasir, seorang sahabat nabi hadir. Dia berkata, ‘Umar! Adakah kamu lupa bahawa pada satu perjalanan, engkau dan saya perlu kepada mandi. Oleh kerana air tidak boleh didapati engkau telah tidak solat, tetapi saya fikirkan satu cara bertayammum sebagai ganti mandi, iaitu debu hendaklah disapukan kepada seluruh badan. Maka saya sapukan debu pada badan saya dan mendirikan solat. Apabila kita pergi kepada nabi. Dia berkata dengan tersenyum: ‘Untuk Tayammum hanya ini telah mencukupi, bahawa kedua tapak tangan diletakkan dibumi serentak dan tapak tangan disapukan pada dahi kebawah; kemudian belakang tangan kanan disapukan dengan tapak tangan kiri, belakang tangan kiri disapukan dengan tapak tangan kanan.’ Sekarang mengapa kamu katakan kepada orang itu supaya jangan solat?
Apabila Umar tidak dapat memberikan jawapan dia berkata, ‘Ammar, takutlah kepada Allah.’
Kemudian Ammar berkata, ‘Adakah kamu mengizinkan saya menyampaikan hadith ini?’ Umar berkata, ‘Saya serahkan kepada kamu untuk melakukan sesuka hati kamu.’
Dengan jelas dari hadith itu, yang mana ulama kamu telah sampaikan, kamu pastinya akan mengakui bahawa apa yang dikatakan oleh guru itu adalah palsu. Bolehkah sesaorang yang arif di dalam perundangan fiqh dan kerap berada bersama nabi dan telah mendengar dari nabi sendiri bagaimana Yayammum perlu dilakukan apabila air tidak boleh didapati, telah memberitahu muslim bahawa jika dia tidak dapat air maka dia hendak menahan diri dari melakukan solat? Ini tersangat pelik oleh kerana al-Quran memberitahu kita bahawa di dalam situasi begitu kita perlulah lakukan tayammum.’
Amalan Tayammum diantara muslim adalah perkara yang telah diketahui umum bahkan muslim yang tidak pandai membaca tahu mengenainya, di dalam keadaan tertentu ia menggantikan wudu dan mandi wajib. Sekarang apa yang perlu kita katakan mengenai sahabat nabi dan juga khalifa? Tidakah dia sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini?
Saya tidak katakan dalam hal ini bahawa khalifa Umar dengan sengaja menukarkan perundangan Allah. Tetapi sebanyak ini tentunya telah pasti: dia lemah di dalam kebolehan mengekalkan maklumat, dan susah baginya untuk mengingatperundangan. Dan itu adalah sebabnya, sebagaimana ulama kamu telah menulis, dia kerap berkata kepada ahli perundangan semasanya Abdullah Ibn Mas’ud: kamu hendaklah selalu berada bersama saya supaya sesiapa yang bertanya kepada saya, kamu boleh menjawab kepadanya.’
Sekarang tuan-tuan! Kamu hendaklah membuat pertimbangan apakah bezanya diantara sesaorang yang pengetahuannya amat cetek sehingga dia tidak dapat memhami masalah yang mudah dengan seorang yang serta merta memahami masalah yang susah.

Sheikh: Siapakah yang boleh jadi begitu, selain dari nabi?

Shirazi: Pastinya, sesudah nabi tiada siapa diantara para sahabat yang mempunyai pengetahuan yang sebegitu melainkan ‘pintu pengetahuan ‘ nabi, Ali, yang mana nabi sendiri telah berkata, ‘Ali adalah yang paling terpelajar diantara kamu semua.’
SEMUA PENGETAHUAN AMATLAH JELAS KEPADA ALI.
Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi berkata di dalam Manaqib bahawa satu hari Umar berkata kepada Ali Ibn Abi Talib dengan sedikit kehairanan, ‘Bagaimana setiap soalan yang ditanyakan kepada kamu, kamu memberikan jawapannya dengan tidak teragak-agak?’
Imam yang suci membuka tapak tangannya dan berkata, ‘Berapa jari yang kamu nampak?’
Umar terus berkata, ‘Lima.’
Ali berkata, ‘Mengapa kamu tidak memikirkan mengenainya dahulu?’
Umar berkata, ‘Tidak ada apa yang hendak difikirkan, oleh kerana kesemua lima jari ada dihadapan mata saya.
Kemudian Ali berkata, ‘Begitulah, semua masalah dan isu pengetahuan adalah jelas kelihatan pada saya. Saya berikan jawapannya tanpa banyak berfikir.’
Sekarang tuan-tuan! Bukankah disebabkan oleh perjudis guru itu telah mengatakan yang bukan-bukan dan telah mengelirukan anak muda yang kurang pengetahuan. Adakah manusia yang memilikki ilmu yang begitu mendalam dan ‘pintu pengetahuan’ nabi, akan merujuk kepada Umar untuk menyelesaikan masalahnya yang susah?

MUAWIYA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN ALI.
Saya baru teringat satu hadith. Saya sampaikan kepada kamu sebagai bukti tambahan pada maksud kami. Ibn Hajar Makki, seorang ilmuan yang fanatik telah menulis di dalam bukunya Sawa’iq-e-Muhriqa, bab II, Maqsad V, ms 110, dibawah ayat 14, bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal telah menyampaikan dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, mereka telah merakamkan bahawa seorang Arab bertanya kepada Muawiya. Muawiya berkata, ‘Tanyalah kepada Ali mengenainya, oleh kerana dialah yang paling bijak.’ Orang Arab itu berkata, ‘Saya lebih suka jawapan kamu dari jawapan Ali.’
Muawiya berkata, ‘Kamu telah mengatakan sesuatu yang buruk: Kamu telah menolak seorang yang nabi sendiri telah latih dan yang kepadanya nabi telah berkata, ‘Kamu mempunyai hubungan yang sama dengan saya seperti Harun dengan Musa, melainkan bahawa tidak ada nabi selepas saya. Lebih-lebih lagi apabila Umar bergelut dengan masalah yang susah, dia bertanya kepada Ali mengenainya dan dapatkan pendapatnya.’
Ini mengingatkan saya pada kata-kata, ‘Kemuliaan itu adalah sesuatu yang mana musuh juga menjadi saksi kepadanya.’

PENGAKUAN UMAR TERHADAP KEJAHILANNYA TERHADAP MASALAH YANG SUSAH DAN KENYATAANNYA BAHAWA JIKA ALI TIDAK MENOLONGNYA, KESUSAHANNYA TENTU TIDAK DAPAT DISELESAIKAN.
Di dalam menambahkan lagi sokongan terhadap kelebihan Ali dari Umar, saya sebutkan apa yang ulama kamu telah katakan. Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan ramai yang lain telah menulis bahawa pada 70 peristiwa dimana Umar mengatakan, ‘Jika Ali tidak ada disini tentu Umar telah binasa.’
Nuru’d-din Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma mengatakan bahawa suatu ketika seorang telah dibawa kepada Umar. Dia telah ditanya di hadapan perhimpunan manusia, ‘Bagaimana kamu mulakan pagi kamu?’ Dia berkata, ‘Saya bagun pagi dalam keadaan begini: Saya cintakan godaan dan benci kepada yang benar. Saya mengaku kepada kebenaran kristian dan yahudi, percaya kepada apa yang saya tidak lihat dan kepada apa yang belum dijadikan.’
Umar memerintahkan supaya Ali dibawakan kepadanya. Apabila perkara itu dibentangkan kepada Amirul-Mukminin, dia berkata, ‘Apa orang itu katakan adalah benar. Dia kata dia cintakan godaan. Maksudnya dengan itu adalah harta dan anak. Allah kata di dalam al-Quran, ‘Dan kamu tahu bahawa harta dan anak adalah godaan.’ [8:28] Dengan benci kepada yang benar, maksudnya mati. Al-Quran berkata, ‘Dan ketakutan pada kematian akan datang dengan sebenar.’ [50:19]
Dengan mengesahkan kebenaran yahudi dan kristian, dia bermaksud apa yang Allah katakan, ‘Yahudi mengatakan bahawa kristian bukan dijalan yang benar dan kristian mengatakan bahawa yahudi bukan dijalan yang benar.’ [2:113] Iaitu, kedua golongan telah saling mendustakan satu sama lain. Maka orang Arab itu berkata dia bersetuju dengan mereka berdua, atau dengan lain perkataan dia menolak kedua mereka.
Dia katakan bahawa dia percaya pada apa yang dia tidak lihat, bererti bahawa dia percaya kepada Allah yang maha berkuasa.
Apabila dia katakan bahawa dia percaya pada apa yang belum dijadikan, iaitu, bukan sekarang, dia merujuk kepada hari pengadilan, yang mana belum dijadikan lagi.’
Kemudian Umar berkata, ‘Saya meminta perlindungan Allah dari situasi yang susah dimana Ali tiada untuk menolang saya.’
Kisah ini juga telah disampaikan dengan lebih mendalam dan dalam bentuk yang lain, oleh penulis seperti Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 57, dari Hudhaifa Bin Al-Yaman, yang menyebutnya dari khalifa Umar.
Beberapa insiden yang sama terjadi dimasa khalifa Abu Bakr dan Umar, yang mana kedua mereka tidak mampu memberikan jawapan yang betul. Adalah Ali yang memberikan jawapannya. Terutama apabila Yahudi, Kristian dan pakar sains atheis datang dan berbincang perkara yang rimit, adalah Ali yang menyelesaikannya.
Menurut dari ulama kamu seperti Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih nya; Nishapuri di dalam Tafsir; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Manaqib; Muhammad Bin Talhadi dalam Matalibu’s-Su’ul, bab 4, ms 13 dan 18; Hafiz Ibn Hajar Asqalani (mati 852 H.) di dalam Tahdhibu’t-Tahdhib (di cetak di Hyderabad Daccan), ms 338; Qazi Fazlullah Ruzbahan Shirazi di dalam Ibta’lu’l-Batil; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 39; Ibn Kathir di dalam Ta’rikh, jilid VII, ms 369; Ibn Qutayba Dinawari (mati 276 H.) di dalam Ta’wil-e-Mukhtalafu’l-Hadith (di cetak di Egypt), ms 201-202; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (mati 658 H.) di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 57; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 66; Seyyed Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 73; Nuru’d-din Ali Bin Abdullah Samhudi (mati 911 H.) di dalam Jawahiru’l-Iqdain; Al-Hajj Ahmad Afindi di dalam Hidayatu’l-Murtab, ms 146 dan 153; Muhammad Bin Ali As-Sabban di dalam Ishafu’r-Raghibin, ms 52; Yusuf Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Ummal, bab 6, ms 37; Ibn Abi’l-Hadid (mati 655 H.) di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I; Mulla Ali Qushachi di dalam Sharh-e-Tajrid, ms 407; Akhtabu’l-Khutaba Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48 dan 60; bahkan si fanatik Ibn Hajar Makki (mati 973 H.) di dalam Sawa’iq Muhriqa, ms 78; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 509 dan Allama Ibn Qayyim Jauzia di dalam Turuqu’l-Hikmiyya, ms 47 dan 53, mereka telah merakamkan banyak kes yang menunjukkan bahawa Umar merujuk masalah yang sukar dan komplek, terutama masalah yang susah dari Raja Rom, kepada Amirul-Mukminin.
Umar selalu merujuk kepada Ali kes untuk diselesaikan, dan apabila mendengarkan keputusannya, dia berulang kali mengatakan, ‘Saya meminta perlindungan Allah dari keadaan yang susah dimana Ali tidak ada untuk menolong saya.’ Kadang kala dia berkata, ‘Jika Ali tidak ada disana, tentu Umar akan binasa.’
Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib dan Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain telah menulis bahawa khalifa mengambil perundingan dengan Ali di dalam semua perkara dan bahawa dia adalah yang utama di dalam menentukan keputusan persoalan agama dan juga dunia. Khalifa dengan teliti mendengarkan kenyataan dan arahannya dan kemudian bertindak keatasnya.
ALI TIDAK SESUAI UNTUK KEDUDUKAN KHALIFA.
Pengetahuan adalah kriteria yang terbaik untuk keutamaan. Al-Quran dengan jelas telah berkata, ‘Kemudian dia yang memberi petunjuk kepada kebenaran yang lebih berhak diikuti, atau dia yang dirinya tidak dijalan yang lurus melainkan jika dia ditunjukkan? Kemudian apa kenanya dengan kamu: bagaimana kamu pertimbangkan?’ [10:35]
Iaitu, dia yang mempunyai kualiti terbaik pada petunjuk hendaklah menjadi pemimpin tertinggi untuk manusia, bukanlah mereka yang jahil di dalam perkara petunjuk dan yang dirinya sendiri perlukan petunjuk dari yang lain
Ayat ini adalah bukti yang paling sah bahawa manusia yang utama tidak boleh dijadikan orang bawahan mereka yang jahil. Persoalan khalifa, Imami dan penggantian nabi jatuh pada prinsip yang sama. Ini telah dijelaskan lagi dengan ayat yang lain, ‘Katakan, ‘Adakah mereka yang tahu sama dengan mereka yang tidak tahu [jahil]?’ [39:9]

DARI SEMUA STANDARD ALI ADALAH YANG PALING LAYAK UNTUK KEDUDUKAN KHALIFA.
Sheikh: Kami tentunya setuju bahawa Ali memilikki semua kualiti yang terbaik yang kamu telah nyatakan. Tiada siapa melainkan Khariji yang fanatik telah menafikan fakta itu. Tetapi sebanyak ini juga diakui:
Seyyed Ali sendiri secara suka rela menerima khalifa yang bertiga dan mengakui kelebihan dan hak mereka pada mendahului beliau. Maka apa perlunya kita risau, setelah 1 300 tahun pada keputusan yang mereka telah buat dan kini kita bergelut diantara kita, pada mengapa ummah melantik Abu Bakr, Umar dan Uthman.
Maka apakah salahnya jika kita aman dan bersaudara diantara kita dan mengaku apa yang sejarah telah rakamkan dan apa yang ulama kamu secara umum telah terima; selepas nabi, Abu Bakr; Umar dan Uthman berturutan menduduki khalifa. Kita harus hidup bersama sebagai saudara dan sama-sama mengakui Ali lebih utama dalam pengetahuan dan tindakkan, serta pertalian khususnya dengan nabi. Dengan cara yang sama dimana empat mazhab telah bersatu, shia juga perlu berkerja sama dengan kami.
Kami tidak pernah menafikan kelebihan kerekter dan pengetahuan Ali, tetapi kamu hendaklah mengakui bahawa di dalam perbandingan umur, ketajaman politik, sabar dan tenang, di dalam berhadapan dengan pihak musuh, Abu Bakr pastinya lebih utama dari Ali. Adalah dengan sebab ini, melalui keputusan sebulat suara ummah, dia menduduki tempat khalifa. Ali adalah muda pada ketika itu dan tidak punya kemampuan untuk memikul tanggong jawab khalifa. Bahkan 25 tahun kemudian, apabila dia menduduki kerusi khalifa, banyak kekacauan telah berlaku, disebabkan kerana dia bukanlah ahli politik yang berkemampuan.

BAI’AH ALI KEPADA KHALIFA TELAH DIPAKSAKAN.
Shirazi: Pertama kamu katakan Amirul-Mukminin secara suka rela memberikan bai’ah kepada ketiga-tiga khalifa. Saya teringat satu cerita yang wajar pada perbincangan ini. Pada masa dahulu jalan raya Iran amat merbahaya, dan jamaah ke tempat suci menhadapi kesukaran di dalam perjalanan mereka. Satu khafilah telah jatuh ketangan perompak yang mencuri barangan mereka. Apabila mereka sedang membahagikan barangan tersebut diantara mereka, pakaian kafan telah jatuh ketangan seorang perompak tua. Dia berkata, ‘Tuan-tuan jamaah! Kain kafan siapakah ini?’ Seorang jamaah berkata, ‘Kafan itu kepunyaan saya.’ Perompak itu berkata, ‘ Aku tidak punya kain kafan, maka tolonglah berikan kepada saya supaya ianya menjadi halal kepada saya.’ Si Jamaah berkata, ‘Semua harta saya adalah milik kamu, tetapi pulangkanlah kain kafan itu, oleh kerana saya telah tua dan telah bersusah payah menyediakannya untuk diri saya diakhirat kelak. Itulah saja harta saya yang amat saya hargai.’
Perompak berkeras juga pada permintaannya, tetapi jamaah mengatakan yang sama, bahawa dia tidak akan melepaskan haknya kepada sesiapa pun. Perompak mengeluarkan pedangnya mula menghayunkan kepada kepala dan muka si jamaah dan berkata dia akan terus memukulnya sehingga dia menyerahkan kain kafan itu dan mengatakan, ‘Ianaya halal.’
Si jamaah tua telah dipukul berterusan sehingga dia menjerit, ‘Tuan, ianya halal, halal; lebih halal dari susu ibu kamu sendiri!!’
Saya harap kamu semua dapat memaafkan saya. Tetapi saya sebenarnya hendak mengambil perhatian kamu kepada apa yang saya hendak terangkan. Mungkin kamu telah terlupa pada apa yang saya telah buktikan di malam yang lalu. Saya telah bacakan rakaman hadith sahih yang mana Ibn Abi’l-Hadid, Jauhari, Tabari, Baladhuri, Ibn Qutayba, Mas’udi, dan yang lainnya dari ulama kamu yang telah mengesahkan bahawa mereka telah mengancam untuk membakar rumah Ali, dia telah diheret kemasjid dan dipaksakan dengan pedang dilehernya, ‘Berikan bai’ah, jika tidak engkau akan dipenggal.’
Adakah ini contoh bai’ah sukarela?

TIDAK PERLUNYA ADA IKUTAN YANG MEMBUTA TULI DI DALAM BERAGAMA.
Kedua, saya telah katakan dahulu kita tidak perlu ada ikutan yang membuta tuli di dalam beragama. Kamu katakan, oleh kerana sejarah telah mengatakan empat khalifa telah menjadi pemerintah, kita hendaklah mengikuti jejak orang yang terdahulu dari kita di dalam keimanan mereka. Tetapi akal fikiran [minda] dan hadith memberitahu kita bahawa keimanan hendaklah berasaskan pada keterangan.
Saya ulangkan sekali lagi bahawa ahli sejarah kamu dan juga kami telah menulis, selepas wafatnya nabi, ummah telah berpecah kepada dua golongan. Satu golongan mengatakan bahawa Abu Bakr hendaklah diikuti dan satu golongan lagi percaya bahawa Ali lah yang perlu diikuti. Nabi berkata, ‘Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya; dan melawan kepada Ali bererti melawan kepada saya.’ Makanya patuh kepada Ali adalah, menurut dari arahan nabi, wajib. Maka adalah tanggong jawab setiap individu dari kedua golongan untuk mendengar hujah dari kedua pihak dan memilih laluan yang sebenar.

KEIMANAN HENDAKLAH DIASASKAN PADA KETERANGAN DAN PENYELIDIKKAN YANG IKHLAS.
Keimanan saya kepada Allah berdasarkan dari kebijaksanaan. Saya telah pelajari buku-buku dari berbagai golongan dan juga agama. Saya menerima fakta bahawa Muhammad adalah nabi yang terakhir berasaskan dari keterangan dan bukan ikutan secara buta dari orang tua saya yang terdahulu. Begitu juga saya telah pelajari ratusan buku dari kedua-dua golongan, terutama dari golongan sunni yang mana terdapat hujah yang jelas pada membuktikan Imami dan khalifa Amirul-Mukminin. Sebaliknya kamu semua hanya memandang sekali imbas pada ayat-ayat dan hadith yang memuji Ali dan kemudian kamu membuat interpretasi yang bukan-bukan darinya.
Ketiga, kamu katakan bahawa kita harus menerima susunan sejarah khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Hazat Ali. Tetapi ini adalah karut. Keutamaan manusia dari binatang adalah disebabkan pengetahuan dan kebijaksanaan. Maka kami tidak boleh mengikut mereka yang terdahulu secara buta.
Menurut dari ulama kamu yang terkenal, keutamaan Ali dalam pengetahuan telah diakui. Maka hak diatas keuatamaannya sebagai khalifa hendaklah juga diakui. Oleh kerana dia adalah ‘Pinti pengetahuan’ nabi, menyimpang darinya bererti menyimpang dari petunjuk.
Kami mengakui bahawa selepas wafatnya nabi, Abu Bakr adalah khalifa selama 2 tahun 3 bulan, dan diikuti oleh Umar selama 10 tahun, dan Uthman untuk 12 tahun. Tetapi fakta ini tidak menghapuskan kedudukan yang betul pada keterangan dan juga hadith. Sejarah tidak dapat menolak ‘pintu pengetahuan’ nabi dari haknya.
Firdaus Dailami, Abu Nu’aim Ispahani, Muhammad Bin Ishaq Muttalabi, pengarang buku Maghazi, Hakim, Hamwaini, Khatib Khawarizmi dan Ibn Maghazili menyampaikan sama ada dari Ibn Abbas, atau Sa’id Khadiri, atau Ibn Mas’ud, kesemuanya mengatakan bahawa nabi telah berkata, ‘Mereka akan ditanyakan mengenai wilaya [wazir] Ali Ibn Abi Talib.’

NABI ARAH PATUH KEPADA ALI.
‘Dan apa sahaja yang rasul berikan kepada kamu, terimalah, dan dari apa sahaja yang dilarang kamu, jauhilah.’ [59:7]
Makanya kita wajiblah patuh kepada arahan nabi.
Apabila kita lihat pada arahan nabi kita dapati [sebagaimana yang dirakamkan di dalam buku kamu yang boleh dipercayai] bahawa diantara semua dari ummahnya nabi hanya mengatakan Ali sahaja pintu pengetahuannya dan telah memerintahkan kita supaya mengikutinya. Bahkan dia katakan bahawa patuh kepada Ali adalah sama seperti patuh kepadanya.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imamu’l-Haram di dalam Dhakha’iru’l-‘Uquba; Khawarizmi di dalam Manaqib; Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib dan ulama lainnya telah mengatakan bahawa nabi Allah berkata, ‘Ansar! Haruskan saya tunjukkan orangnya yang kamu harus patuh dan yang tidak akan membiarkan kamu sesat?’ Mereka berkata, ‘Ya, biarlah kami mengenalinya.’ Nabi berkata, ‘Dia adalah Ali. Jadilah sahabatnya, hormatilah dia, dan ikutilah dia. Sesungguhnya dia adalah bersama al-Quran dan al-Quran bersama dengannya. Sesungguhnya dia akan memandu kamu kejalan yang betul dan tidak akan membiarkan kamu binasa. Apa sahaja yang saya katakan kepada kamu telah dikatakan oleh Jibril kepada saya.’
Juga sebagaimana telah dirakamkan oleh ulama kamu, nabi berkata kepada Ammar-e-Yasir, ‘Jika semua manusia disatu pihak, dan Ali dipihak yang lain, kamu hendaklah memilih dipihak Ali dan tinggalkan yang lain.
Juga pada peristiwa dan tempat yang lain, nabi berulang kali mengatakan, ‘Dia yang taat kepada Ali sesungguhnya telah taat kepada saya. Dia yang taat kepada saya, sebenarnya telah taat kepada Allah.

TIDAK TERDAPAT HADITH YANG MENGATAKAN KHALIFA YANG LAIN SEBAGAI ‘PETUNJUK KEPADA UMMAH’ ATAU ’PINTU PENGETAHUAN’

Tidak ada satu pun hadith di dalam buku kamu yang mana nabi berkata, ‘Selepas saya petunjuk kepada jalan yang benar, atau ‘pintu pengetahuan saya’ atau ‘pengganti saya dan khalifa’ adalah Abu Bakr, Umar, atau Uthman.’ Bolehkah kamu menyatakan hadith sedemikian yang tidak dipalsukan oleh kumpulan Bakari atau Amawi?’
Tetapi kamu meminta kami memberikan tempat keempat ‘pintu pengetahuan nabi’, ‘pengganti dan khalifa’ nabi, ini adalah sebutan dari nabi sendiri; dan mengikuti mereka yang mana tidak terdapat sebarang arahan apa jua pun. Jika kami mengikuti nasihat kamu, tidakkah kami melanggar perintah Allah dan juga arahan nabiNya?’

ULAMA SUNNI TIDAK MAHU BERKERJA SAMA DENGAN KAMI.

Keempat, kamu katakan bahawa sama seperti empat mazhab yang lain [Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali] kami juga hendaklah bersatu dengan kamu. Tetapi kamu yang memanggil shia, Rafizi, musyirik dan kafir. Pastinya musyirik dan beriman tidak boleh bersatu. Bagaimana pun kami telah bersedia untuk berkerja sama dengan saudara sunni kami. Yang pasti syaratnya adalah kita semua sama bebas pada mengembangkan kepercayaan agama kita.
Sebagaimana pengikut empat mazhab yang lain bebas di dalam mengamalkan amalan mereka, pengikut keturunan nabi juga hendaklah diberikan kebebasan yang serupa. Kami lihat bahawa diantara empat mazhab kamu terdapat perbezaan yang serius sehingga sebahagian dari mereka mengatakan yang lain kafir dan berdosa. Namun kamu menganggap mereka muslim dan memberikan kebebasan untuk beramal. Tetapi telah memanggil shia musyirik dan kafir, kamu menolak mereka dari golongan muslim dan menghalang mereka dari kebebasan untuk mengamalkan agama mereka. Bagaimana kami boleh mengharapan perpaduan dan kerja sama?

SUJUD PADA DEBU OLEH SHIA DIBANTAH OLEH YANG LAIN TANPA SEBAB.
Ambil sebagai contoh, kami sujud pada debu. Betapa kecuhnya kamu buat mengenai debu dan turba, tanah liat yang kecil dari tanah Karbala. Yang mana kami letakkan dahi apabila bersujud. Kamu menekankan bahawa itu adalah berhala dan mengatakan kami menyembah berhala, walaupun kami sujud pada debu dengan keizinan Allah dan nabiNya. Ayat al-Quran menyuruh kita melakukan sujud, dan sujud bererti meletakkan dahi pada bumi. Ya pastinya terdapat perbezaan diantara kamu dan kami terhadap benda dimana kita sujud.

Sheikh: Jadi mengapa kamu tidak lakukan sujud sebagaimana semua muslim yang lain lakukan supaya tidak ada perbezaan dan salah faham ini boleh dihapuskan.

Shirazi: Pertama, sila terangkan kepada kami mengapa Shafii berbeza dengan banyaknya dari Maliki dan Hanbali, mengenai perkara amalan dan asas keimanan. Kadang kala mereka mengatakan bahawa yang lainnya berdosa atau kafir. Bukankah lebih baik untuk mereka jika mereka duduk bersama dan mencapai kepada satu kepercayaan bersama, supaya tidak akan ada lagi perbezaan.

Sheikh: Tedapat perbezaan pada ahli perundangan, tetapi sesiapa sahaja dari kami yang mengikuti mana-mana ahli perundangan – Imam Shafii, Imam Azam, Imam Malik atau Imam Ahmad bin Hanbal – akan mendapat balasan dari Allah.

PERBEZAAN DIANTARA EMPAT MAZHAB DIKETEPIKAN TETAPI SHIA TIDAK DAPAT DITANGANI.

Shirazi: Demi Allah berlaku adillah. Kamu tidak mempunyai sebarang sebab pada mengikuti empat mazhab ini melainkan bahawa sebahagian dari mereka adalah orang yang terpelajar. Kamu secara buta mengikuti mereka. Kamu telah dicucuk hidung, dan masih lagi kamu mengatakan bahawa tindakan kamu akan diberikan ganjaran walaupun pada asasnya terdapat banyak perbezaan, begitu juga dengan perkara yang bersangkutan dengan amalan kamu. Kami mengikuti arahan dari keturunan nabi, yang mana, menurut nabi sendiri dan juga dari ulama kamu, mereka adalah yang paling terpelajar dan kamu katakan kami kafir. Kamu harus mengakui bahawa permusuhan ini bukannya disebab dari perbezaan pandangan. Penyebabnya adalah kami mencintai keluarga nabi, dan penentang kami mempunyai perasaan dendam terhadap mereka.
Pada kepercayaan asas dan juga pada perkara amalan terdapat banyak perbezaan – diantara empat mazhab kamu. Kebanyakkan dari keputusan Imam dan ahli perundangan kamu bertentangan dengan arahan yang jelas yang didapati di dalam al-Quran. Tetapi kamu tidak mengeluarkan sepatah perkataan mengenai mereka yang mengeluarkan keputusan tersebut dan kepada mereka yang mengamalkannya. Bahkan apabila shia sujud pada debu, menurut dari perintah al-Quran, kamu mengatakan mereka kafir.
KEPUTUSAN MAZHAB SUNNI BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN AL-QURAN.
Sheikh: Dimana ahli fiqh sunni dan kempat Imam memberikan keputusan yang bertentangan dengan al-Quran?

Shirazi: Mereka kerap memberikan arahan yang bertentangan dengan perundangan al-Quran dan dari pandanagan ramai ummah. Ulama kamu telah menulis beberapa buku pada perbezaan diantara empat mazhab. Saya mengesyorkan kamu supaya membaca buku yang terkenal Masa’ilu’l-Khalif fi’l-fiqh oleh Sheikhu’t-Ta’ifa Abu Ja’far Muhammad Ibn Hasan Ibn Ali Tusi, yang telah merakamkan semua perbezaan ahli fiqh islamdari bab Tahira [kesucian] hingga ke bab Diyat [ganti rugi]
Saya akan tunjukkan satu dari banyak contoh perundangan diluluskan yang bertentangan dengan al-Quran.

Sheikh: Ya, berikan kami contohnya.

JIKA TIADA AIR, MANDI DAN WUDU HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA TAYAMMUM.
Tuan-tuan budiman tentu sedar bahawa cara membersihkan adalah sesuatu yang perlu di dalam islam. Bergantung kepada keadaan, mencuci seluruh badan [ghusi, mandi] atau sebahagiannya [wudu]
‘Apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka dan tangan sehingga ke siku.’ [5:6]
Dengan sebab itu, kita hendaklah melakukan wudu dengan air yang bersih. Apabila kita tidak mendapat air, kita hendaklah melakukan Taymmum, menurut dari ayat, ‘Dan [jika] kamu tidak menjumpai air, maka ambilah tanah yang bersih dan sapulah muka dan tangan.’ [4:43]
Kita hendaklah melakukan Tayammum dengan tanah yang bersih. Di dalam kes pertama air adalah perlu. Di dalam kes kedua air tidak boleh di dapati, atau jika terdapat sebab halangan yang lain, lagi sama ada kita di dalam perjalanan atau berada dirumah, kita hendaklah melakukan Tayammum, menyapu muka dan tangan dengan debu yang bersih, sebagai ganti wudu. Pada maksud ini semua ahli fiqh islam bersetuju, sama ada shia, Maliki, Shafii atau Hanbali.

KEPUTUSAN ABU HANIFA BAHAWA JIKA TIADA AIR KITA BOLEH LAKUKAN MANDI DAN WUDU DENGAN NABIZ [SYRAP KURMA]

Tetapi Imam agung kamu, Abu Hanifa [yang mana kebanyakkan dari keputusannya bergantung pada pendapat, ijtihad] menekankan bahawa sedang kita di dalam perjalanan dan jika kita tidak menjumpai air; kita hendaklah melakukan mandi dan wudu dengan nabiz. Tetapi semua orang tahu bahawa nabiz adalah sirap kurma, dan adalah haram melakukan wudu dengan air yang telah bertukar.
Arahan al-Quran bahawa perlu untuk melakukan wudu untuk solat dengan air bersih. Jika air tidak boleh di dapati, kita hendaklah lakukan Tayammum. Imam Azam Abu Hanifa berkata kita boleh lakukan mandi dan wudu dengan menggunakan nabiz. Ini dengan nyata telah melanggar arahan Quran. Sebaliknya Bukhari di dalam sahihnya telah menulis, ‘Adalah haram untuk melakukan wudu dengan nabiz atau benda yang memabukkan.’

Hafiz: Saya mengikut mazhab Shafii, dan bersetuju sepenuhnya dengan kamu pada maksud itu, kita hendaklah lakukan Tayammum, dan ianya tidak dibolehkan untuk melakukan wudu dengan nabiz. Keputusan itu telah dikatakan kepada Imam Abu Hanifa pada asas sokongan ramai.

Shirazi: Kamu telah tahu fakta sebenar makanya kamu membuat alasan itu. Keputusan Abu Hanifa ini telah disampaikan secara turutan. Saya sebutkan dari Fakhru’d-din Razi, yang mengatakan di dalam ulasannya Mafatihu’l-Ghaib, jilid III, ms 553, mengenai ayat Tayammum, masalah V, Shafii berkata bahawa ‘Wudu menggunakan nabiz adalah haram, dan Abu Hanifa katakan ianya dibolehkan jika sedang di dalam perjalanan.’ Juga Ibn Rushd telah merakamkan keputusan Abu Hanifa ini di dalam bukunya Hidayatu’l-Mujtahid.

Sheikh: Bagaimana kamu katakan bahawa keputusan ini bertentangan dengan al-Quran? Sebahagian hadith dengan jelas membuktikan ianya adalah dari amalan nabi.

Shirazi: Bolehkan kamu nyatakan hadith yang menyokong tujuan kamu itu?

Sheikh: Di dalam Hadith yang mana Abi Zaid, hamba Amr bin Harith, mengatakan dari Abdullah bin Mas’ud, nabi berkata kepadanya, pada malam jinn [lailatul-jinn – pada malam apabila nabi mengambil bai’ah dari jinn], ‘Adakah kamu sedikit air? Dia [Abu Zaid] berkata, ‘Tidak, hanya terdapat sedikit nabiz.’ Nabi berkata, ‘Kurma itu bersih, dan air juga bersih.’ Mengatakan yang demikian dia melakukan wudu.
Terdapat hadith yang lain yang mana Abbas Bin Walid Bin Sabihu’l-Halal Damishqi mengatakan dari Marwan Bin Muhammad Tahiri Damishqi yang mengatakan dari Abdullah Bin Lahi’a, yang mengatakan dari Abdullah Bin Mas’ud, yang berkata, ‘Nabi berkata kepada saya pada Lailatuj-jinn, ‘Adakah air bersama kamu?’ Saya katakan,’Tidak, tetapi terdapat nabiz di dalam baldi.’ Kemudian nabi berkata, ‘Kurma itu bersih, dan air itu bersih. Tuangkan kepada saya.’ Maka saya tuangkan kepadanya, dan dia melakukan wudu dengannya.’
Pastinya, amalan nabi adalah satu contoh yang perlu diikuti. Tidak ada doktorin atau hujah yang lebih utama dari amalannya. Atas sebab itu Imam-e-Azam yang meluluskan halalnya.
Shirazi; Mungkin ada lebih baiknya jika kamu terus diam. Sekarang saudara sunni kita telah tahu bahawa ketua mereka telah tersalah. Mereka telah meluluskan sesuatu keputusan hanya dengan asas spekulasi, ijtihad.

Pertama sekali, biar kita selidikki siapakah yang menyampaikan hadith tersebut.
Pertama, Abu Zaid, hamba Amr bin Harith, seorang yang tidak dikenali, dan menurut ahli hadith, dia adalah yang ditolak sebagaimana yang disampaikan oleh Tirmidhi dan lainnya. Dhahabi di dalam Mizanu’l-I’tidal berkata, ‘Orang ini tidak dikenali oleh kami dan hadith itu, yang disampaikan dari Abdullah bin Mas’ud, tidak betul.’ Hakim berkata, ‘Tidak ada hadith lain yang disampaikan oleh orang yang tidak dikenali ini.’
Bukhari juga mengambarkan dia sebagai penyampai hadith yang tidak boleh dipercayai. Atas sebab ini ulama terkenal, seperti Qastalani dan Sheikh Zakariyya Ansari, menulis di dalam ulasan mereka pada Sahih Bukhari bahawa wudu adalah haram dengan nabiz atau yang memabukkan.’ Mereka menunjukan bahawa hadith diatas adalah lemah.
Hadith kedua tidak juga boleh diterima. Pertama, tidak ada ilmuan melainkan Ibn Maja, menyampaikannya dengan cara itu.
Kedua, ulama terkenal tidak memasukkannya di dalam sunan mereka kerana rantaian penyampaiannya rosak.
Dhahabi di dalam Mizanu’l-I’tiqad telah mengatakan beberapa kenyataan menunjukkan bahawa Abbas bin Walid tidak boleh dipercayai. Maka pengkeritik dan pengulas telah menolak dia sama sekali. Untuk Marwan bin Muhammad Tahiri, dia tergolong kepada kumpulan yang sesat Marhaba. Ibn Hazm dan Dhahabi telah membuktikan bahawa dia adalah penyampai hadith yang tidak boleh dipercayai.
Begitu juga Abdullah Bin Lahi’a telah juga ditolak oleh ulama dan pengulas terkenal.
Makanya apabila rantaian penyampai hadith berkeadaan begitu tercela yang mana ulama kamu sediri menolaknya, hadith itu telah hilang nilainya.
Ketiga, pada asas hadith itu sendiri, yang mana ulama kamu telah sampaikan dari Abdullah bin Mas’ud, tiada siapa bersama nabi pada Lailatuj-jinn. Abu Dawud di dalam Sunan, pada bab Wuzu’ dan Tirmidhi di dalam Sahih, mengatakan dari Al-Qama bahawa Abdullah Bin Mas’ud telah ditanya, ‘siapa diantara kamu bersama dengan nabi pada lailatuj-jin?’ Dia berkata, ‘Tidak ada sesiapa dari kami yang bersama dengan dia.’
Keempat, lailatuj-jinn berlaku di Makah sebelum hijrah, sedang semua pengulas mengatakan bahawa ayat Tayammum telah diwahyukan di Madina. Maka ini dengan sendirinya membatalkan arahan yang terdahulu. Atas sebab ini maka ahli fiqh kamu seperti Imam Shafii, Imam Malik dan yang lainnya mengistiharkan haram.
Aneh sungguh bahawa Sheikh mengutarakan hadith yang lemah untuk sahkan, bertentangan dengan al-Quran dan cuba membuktikan kenyataan Abu Hanifa sebagai betul.

MEMBASUH KAKI DI DALAM WUDU ADALAH BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN AL-QURAN.
Selain dari menerima perundangan wudu yang dinyatakan diatas, selepas membasuh muka dan tangan, sebahagian kepala dan kaki sampai kebuku lali hendaklah disapu. Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapulah sebahagian dari kepala dan sebahagian dari kaki hingga kebuku lali.’ Tetapi semua ahli fiqh kamu menekankan bahawa kaki hendaklah dibasuh, bertentangan dengan arahan al-Quran. Terdapat perbezaan diantara basuh dan sapu.

Sheikh: Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa kaki dibasuh.

Shrazi: Pertama, hanya hadith yang selaras dengan al-Quran sahaja diterima.
Yang pasti, membatalkan ayat al-Quran yang jelas dengan penyampai solo hadith tidak boleh diterima. Ayat yang suci itu dengan jelas mengarahkan sapu bukan basuh pada kaki. Jika kamu fikirkan dengan lebih teliti kamu akan dapati bahawa keseluruh ayat membawa kepada tujuan yang sama. Ia bermula dengan arahan ‘Basuh muka dan tangan’ Kata penghubung ‘dan’ menunjukkan bahawa selepas membasuh muka, kita juga hendaklah membasuh tangan. Begitu juga, di dalam arahan yang kedua: ‘dan sapulah sebahagian kepala dan sebahagian kaki,’ sapu kepala dan sapu kaki telah disambung oleh penghubung kata ‘dan’ Ini dengan jelas menunjukkan selepas menyapu kepala, kaki hendaklah juga disapu. Tidak perlulah diterangkan bahawa basuh tidak boleh digantikan dengan sapu. Maka samalah seperti membasuh muka dan tangan adalah perlu [wajib], sapu kepala dan kaki juga wajib. Tidak boleh diterima satu sapu dan satu lagi basuh. Jika tidak, kata penghubung ‘dan’ tidak mempunyai sebarang erti.
Lebih-lebih lagi, selain dari maksud yang jelas, perundangan islam tidak mengandungi arahan yang kasar dan keras. Membasuh kaki lebih rumit dari menyapunya. Arahan agama bertujuan untuk membuat perbuatan wudu mudah, sebagaimana bunyi ayat yang mengatakannya.
Imam Fakhru’d-din Razi, pengulas sunni yang terkenal, telah membuat huraian secara mendalam mengenai WAJIBNYA pada menyapu kaki di dalam wudu. Kamu akan mendapat faedah dari mempelajarinya.

MENYAPU DIATAS SETOKIN MELANGGAR ARAHAN YANG JELAS AL-QURAN.
Bahkan lebih pelik dari membasuh adalah menyapu pada setokin. Terdapat perbezaan diantara ahli fiqh sunni, sama ada ianya boleh dilakukan dimasa perjalanan atau dirumah. Arahan ini bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh al-Quran bahawa kita hendaklah menyapu kaki dan bukanya setokin. Arahan ini juga menentang pada arahan yang lalu, iaitu basuh kaki. Jika menyapu kaki haram, mengapa menyapu pada setokin dibolehkan?
Sheikh: Terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa nabi menyapu setokin. Dengan sebab itu ahli fiqh menganggapnya sebagai bukti sahnya dilakukan begitu.

Shirazi: Saya telah berulang kali mengatakan bahawa, menurut dari perintah nabi, hadith yang dikatakan datang dari dirinya yang tidak selaras dengan al-Quran hendaklah ditolak sama sekali. Pemalsu dan pemain politik telah memalsukan banyak hadith. Dengan sebab itu ulama kamu yang terkenal telah menolak hadith tersebut.
Selain dari fakta bahawa hadith ini bertentangan dengan arahan al-Quran yang terang, ianya juga bertentangan sesamanya. Ulama terkenal kamu telah menerima fakta ini. Sebagai contoh, yang agung, Ibn Rushd Andalusi, di dalam Badayatu’l-Mujtahid wa Nihayatu’l-Muqtasid, jilid I, ms 15 dan 16, mengatakan mengenai perbezaan ini, ‘Sebab mengapa ia berbeza adalah laporan mengenainya bertentangan sesama sendiri.’ Di tempat yang lain dia berkata, ‘Sebab mengapa ia berbeza adalah laporan mengenainya tidak selaras.’
(pertama dikatakan basuh, tidak boleh sapu; kemudian dibolehkan sapu tetapi diatas setokin; tidakkah ini bertentangan)
Maka untuk mengasaskan hujah pada kenyataan yang dengan sendirinya bertentangan dan dengan jelas juga menentang arahan al-Quran adalah tidak logik. Kamu tahu bahawa diantara hadith yang bertentangan sesama sendiri, hanyalah hadith yang selaras dengan al-Quran sahaja yang diterima. Jika mana-mana hadith menentang al-Quran ianya hendaklah ditolak terus.

MENYAPU DIATAS SERBAN ADALAH MENENTANG ARAHAN AL-QURAN.
Ayat itu dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapu sebahagian kepala’ [setelah basuh muka dan tangan]. Berdasarkan kepada perintah al-Quran, ahli fiqh shia, mengikut Imam mereka, menekankan bahawa kepala itu sendiri yang hendak disapu ketika melakukan wudu. Ahli fiqh Shafii, Maliki dan Hanafi juga bersetuju. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Thawri, dan Quza’I telah berkata bahawa menyapu serban adalah dibolehkan. Ini telah disampaikan oleh Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir. Semua manusia yang waras tahu sapu serban dan sapu kepala adalah berbeza.

SHIA SAHAJA YANG DIPERSALAHKAN DIATAS SEGALA PERBEZAAN.
Terdapat perbezaan yang lebih serius diantara ahli fiqh kamu dari empat mazhab. Walaupun kebanyakkan darinya dengan jelas tidak selaras dengan perintah al-Quran, kamu tidak mencari kesalahan yang lain. Setiap mereka boleh berpegang pada pandangan masing-masing.
Kamu tidak mengelar Abu Hanifa dan pengikutnya Hanafi musyirik, apabila mereka membolehkan wudu dilakukan dengan nabiz, tidak juga kamu kutuk perundangan yang diciptakan sendiri yang bertentangan al-Quran. Tetapi kamu membantah shia, yang mengikut keturunan nabi. Bahkan kamu mengelar pengikut keturunan yang paling mulia ini sebagai Rafizi dan musyirik. Kamu telah berulangkali mengatakan pada malam yang lalu amalan shia membuktikan mereka adalah kafir.
Kamu bertanya mengapa kami mendirikan solat seperti muslim lain. Kami mendirikan solat yang sama seperti kamu dan muslim lain lakukan: 2 rakaat subuh, 4 rakaat zuhur, 4 rakaat asar, 3 rakaat maghrib dan 4 rakaat isyak.
Kepada perbezaan pada perkara amalan terdapat dengan banyaknya diantara semua golongan di dalam islam. Sebagai contoh, terdapat perbezaan yang jelas diantara Abu’l-Hasan Ash’ari dan Wasil Bin Ata di dalam asas dan perkara amalan. Juga keempat Imam kamu (Abu Hanifa, Malik, Shafi’i, and Ahmad Hanbal) dan ahli fiqh agung yang lain seperti Hasan, Dawud, Kathir, Abu Sur, Quza’i, Sufyan Thawri, Hasan Basri dan Qasim Bin Salam, dsb mempunyai perbezaan diantara mereka. Dengan cara yang sama, arahan dari Imam yang suci dan ahli bayt berbeza dengan ahli fiqh kamu. Jika penterjemahan ahli fiqh dan perbezaan pendapat boleh dikritik, mengapa kritikkan yang serupa tidak boleh dilakukan kepada mazhab yang berbeza diantara sunni?

MENURUT ULAMA SUNNI SUJUD PADA NAJIS DAN KOTORAN YANG KERING DIBOLEHKAN.
Ramai ulama sunni menerima penterjemahan perundangan yang bertentangan dengan arahan yang jelas dari al-Quran, dan bahkan mereka berikan terjemahan yang lemah pada perundangan yang jelas. Ahli perundangan kami berikan pendapat yang sebaliknya. Kamu masih tidak mengatakan amalan mereka sebagai kafir. Tetapi pada amalan kami pada sujud, kami melaungkan bantahan, dengan mengatakan shia menyembah berhala, sedang kamu abaikan kenyataan ulama kamu bahawa sujud pada najis yang kering dibolehkan.

SUJUD PADA ALAS LANTAI SELAIN DARI BUMI ADALAH MENYALAHI ARAHAN AL-QURAN.
Keputusan dari ahli fiqh shia, mengikuti Imam yang suci, adalah dengan jelas mematuhi arahan al-Quran. Sebagai contoh, ulama kamu menganggap bulu, kapas, sutera dan alas lantai yang lain sama dengan bumi. Tetapi dengan jelas benda itu bukan bumi. Tetapi shia, di dalam mematuhi Imam mereka dari ahli bayt nabi yang berkata, ‘Sujud adalah haram diatas yang lain, selain bumi atau apa-apa yang tumbuh dari bumi dan tidak digunakan untuk makan atau pakai.’ Atas sebab ini kamu katakan mereka kafir. Sebaliknya kamu tidak mengatakan sujud pada najis kering kafir. Dan amat jelas sujud pada bumi [sebagaimana diarahkan oleh Allah] dan sujud pada alas lantai adalah berbeza.
Sheikh: Kamu melakukan sujud pada sekeping tanah yang diambil dari Karbala. Kamu menyimpan tanah kecil itu. Ianya adalah seripa berhala, dan kamu menganggap sujud diatasnya wajib. Yang pastinya amalan yang sedimian adalah bertentangan dengan amalan muslim lainnya.
Shirazi: Telah menjadi tabiat kamu yang kedua mengikuti mereka yang terdahulu dengan secara buta, walaupun ianya tidak sesuai bagi manusia yang adil seperti kamu untuk mengatakan tanah suci dari karbala adalah seperti berhala.
Tuan yang dihormati! Kritikan terhadap mana-mana kepercayaan hendaklah berdasarkan pada pembuktian. Jika kamu merujuk pada buku-buku perundangan agama shia, kamu akan dapat jawapan dari kritikan kamu, dan kamu tidak akan diselewengkan oleh saudara sunni dengan bantahan palsu.

Peshawar nights – malam 9

KEPUTUSAN ALI MENGENAI WANITA YANG MELAHIRKAN BAYI SELEPAS ENAM BULAN HAMIL.

Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad; Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi’i di dalam Dhakha’ir-e-Uqba; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha; dan Sheikh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 56, menyebut dari Ahmad Bin Abdullah; Ahmad Bin Hanbal, Qala’i; dan Ibn Saman menyatakan insiden yang berikut: ‘Umar hendak merejam seorang wanita kerana dia melahirkan seorang bayi selepas enam bulan hamil. Ali berkata: ‘Allah mengatakan di dalam al-Quran bahawa waktu dari permulaan hamil sehingga waktu yang dinyatakan untuk penyusuan, mengambil masa selama 30 bulan. Oleh kerana waktu penyusuan adalah 2 tahun, maka waktu hamil adalah enam bulan. Ini bererti bahawa bayi berkemungkinan dilahirkan setelah menggandung enam bulan.’ Maka Umar telah membebaskan wanita tersebut dan berkata: ‘Jika Ali tidak ada disana, Umar pasti akan binasa.’ Di dalam bab yang sama dia menyebutkan dari Ahmad bin Hanbal, buku Manaqib: ‘Apabila Umar menghadapi masalah yang sukar untuk dia memahami, dia bergantung pada pemahaman Ali.’ Beberapa peristiwa yang sedemikian telah berlaku semasa pemerintahan Abu Bakr dan juga Uthman. Apabila mereka terikat dengan perkara yang rumit mereka bergantung kepada Ali sebagai penyelesainya. Mereka bertindak dengan keputusan yang dibuat oleh Ali. Sekarang kamu akan tertanya-tanya kenapa mereka tidak menerima keterangan Ali di dalam kes Fadak. Di dalam kes itu mereka memilih untuk mengikuti kehendak mereka dan merampas hak Fatima.

HADITH ‘LA NURIS’ TIDAK DIGUNAKAN KEPADA HARTA YANG LAIN. Hujah ketiga pada pembuktian bahawa palsunya hadith itu adalah kenyataan dan tindakan Abu Bakr sendiri. Jika hadith itu benar, apa sahaja yang ditinggalkan nabi akan disita [diambil kerana harta ummah]. Pewarisnya tidak punya hak pada apa sahaja yang ditinggalkan oleh nabi, tetapi Abu Bakr memberi Fatima rumahnya dan juga tempat kediaman para isteri nabi yang lain, Aisha, Hafsa dan yang lainnya sebagai pusaka mereka. ABU BAKR

MEMULANGKAN FADAK KEPADA FATIMA DAN UMAR MENGHALANGNYA.

Selain itu, jika hadith itu adalah benar dan Abu Bakr percaya bahawa itu adalah arahan nabi, jadi mengapa, setelah merampasnya Fadak [yang mana dia menganggapnya sebagai sedekah yang dimilikki oleh ummah] dia menulis dokumen bahawa harta itu hendaklah dipulangkan kepada Fatima? Kemudian Umar menghalang dan memusnahkan dokumen itu. Hafiz: Ini adalah kenyataan yang unik. Saya tidak pernah mendengar bahawa khalifa memulangkan Fadak. Apakah punca laporan itu? Shirazi: Hingga kini saya rasa mungkin kamu semua telah tahu bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan yang saya tidak dapat menyokong sepenuhnya. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Ali Bin Burhanu’d-din Shafi’i di dalam Ta’rikh Siratu’l-Halabiyya, jilid III, ms 391, menulis bahawa Abu Bakr telah tergerak sehingga menangis oleh ucapan rayuan Fatima. Dia menangis kerana rayuan Fatima dan seterusnya menulis surat mengatakan bahawa harta itu hendaklah dipulangkan kepadanya. Tetapi Umar hancurkan dokumen itu. Ini bertambah pelik bahawa Umar yang sama, semasa pemerintah khalifa Abu Bakr menentang pemulangan Fadak, telah memulangkan kepada pewarisnya semasa pemerintahnya. Begitu juga khalifa Amawid dan Abbasid telah pulangkan Fadak kepada pewaris Fatima. Hafiz: Apa yang kamu katakan memang sebenarnya memeranjatkan. Bagaimana boleh terjadi bahawa khalifa Umar yang menurut kenyataan kamu, sangat keras menghalang pemulangan Fadak kepada Fatima, telah sendirinya memulangkan Fadak kepada waris Fatima? Shirazi: Sungguh aneh bukan, sudah semestinya. Saya serahkan dengan keizinan kamu, laporan dari ulama kamu yang diiktiraf dengan pengesahan dari khalifa yang memulangkan dan mengambil semula Fadak.

KHALIFA MEMULANGKAN FADAK KEPADA KETURUNAN FATIMA.

Ahli hadith dan sejarah Madina yang terkenal, Allama Samhudi (mati 911 H.), di dalam Ta’rikhu’l-Medina dan Yaqut Bin Abdullah Rumi di dalam Mu’ajamu’l-Buldan, mengatakan bahawa semasa pemerintahannya, Abu Bakr mengambil penguasaan Fadak. Umar semasa perintahannya, memulangkannya kepada Ali dan Abbas. Jika Abu Bakr mengambilnya mengikut arahan nabi dan menganggapnya sebagai harta ummah, atas dasar prinsip apa Umar memulangkan harta milik ummah kepada orang perseorangan? Sheikh: Mungkin niatnya di dalam memberikan harta itu kepada orang peseorangan adalah untuk mengekalkannya di dalam pemilikan muslim. Shirazi: Adakalanya saksi lebih bijak dari pendakwa yang kepadanya dia memberikan bukti. Khalifa tidak mempunyai ingatan yang sedemikian. Jika harta itu telah dipulangkan untuk perbelanjaan muslim, tentu sejarah telah merakamkan yang sedemikian. Tetapi semua ahli sejarah kamu telah menulis bahawa ianya telah dilepaskan kepada Ali dan Abbas. Ali menerima Fadak sebagai pewaris yang sah; bukan sebagai individu muslim. Seorang muslim tidak boleh memilikki harta milik semua ummah. PEMULANGAN FADAK OLEH UMAR IBN ABDUL-AZIZ. Sheikh: Mungkin rujukan itu adalah Umar Ibn Abdul-Aziz. Shirazi: Ali dan Abbas tidak hidup dimasa Umar bin Abdul-Aziz. Itu adalah cerita yang lain. Allama Samhudi di dalam Ta’rikhu’l-Medina dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 81, mengatakan dari Abu Bakr Jauhari bahawa apabila Umar Bin Abdu’l-Aziz menduduki khalifa, dia menulis kepada gabenor Madina untuk memulangkan Fadak kepada keturunan Fatima. Dengan itu, dia memanggil Hasan Bin Hasanu’l-Mujtaba [dan menurut dari sebahagian kenyataan dia memanggil Imam Ali Ibnul-Husain] dan memulangkan Fadak kepadanya. Ibn Abil-Hadid menulis mengenainya di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 81, dengan perkataan yang berikutnya: ‘Ini adalah harta pertama yang dirampas secara kejam dan kemudian diberikan kepada keturunan Fatima oleh Umar ibn Abdul-Aziz.’ Ianya tinggal di dalam milik mereka untuk sekian lama sehingga khalifa Yazid Ibn Abdul-Malik merampasnya kembali. Maka Bani Umayya memilikkinya kembali. Apabila kedudukan khalifa pergi ke Bani Abbas, khalifa Abbasid pertama, Abdulla Saffa, menyerahkan Fadak kepada keturunan Imam Hasan, yang telah mengagihkan pendapatannya, menurut hak pewaris kepada keturunan Fatima.

MEMULANGKAN FADAK KEPADA KETURUNAN FATIMA OLEH ABDULLAH MAHDI DAN MAMUN, ABBASID.

Apabila Mansur membunuh keturunan Imam Hasan, dia merampas semula Fadak dari mereka. Apabila anaknya, Mahdi, menjadi khalifa, dia memulangkan semula kepada mereka. Apabila Musa bin Hadi menjadi khalifa, dia sekali lagi merampas Fadak. Apabila Mamunur-Rashid Abbasid menjadi khalifa, dia memerintahkan Fadak diserahkan kepada keturunan Ali. Yaqut Hamawi menyebut Mamun mengarah di dalam Mu’ajamu’l-Buldan. Mamun menulis kepada gabenornya di Madina: Sesungguhnya, nabi Allah memberikan Fadak kepada anak perempuannya, Fatima. Faktanya telah jelas dan diketahui umum oleh keturunan nabi.’ Penyair terkenal, Di’bal Khuza’I, juga hadir pada masa itu. Dia menyatakan beberapa rangkap, yang pertama darinya bermaksud: Hari ini kami semua bergembira dan senang. Mamun telah pulangkan Fadak kepada Bani Hashim.’

BUKTI BAHAWA FADAK TELAH DIBERIKAN KEPADA FATIMA.

Ianya telah dibuktikan dengan hujah yang jelas bahawa Fadak telah diberikan oleh nabi kepada Fatima. Ianya telah dirampas dengan tanpa sebab. Tetapi kemudian khalifa, diatas dasar keadilan atau pertimbangan politik, memulangkannya kepada keturunan wanita yang telah dizalimi. Hafiz: Jika Fadak telah diberikan kepadanya sebagai hadiah, mengapa dia menuntutnya sebagai warisan, dan tidak mengatakan apa-apa mengenai hadiah? Shirazi: Pada mulanya dia menuntut sebagai hadiah. Tetapi apabila saksi diminta dari pemilik harta, yang mana telah bertentangan kepada perintah nabi islam, dia mengadakan saksi. Keterangan mereka ditolak. Maka dia terpaksa mencari perlindungan dibawah undang-undang pewarisan. Hafiz: Saya rasa awak telah tersilap. Kita tidak pernah melihat sebarang rekod mengenai tuntutan Fatima bahawa Fadak adalah hadiah. Shirazi: Tidak. Saya tidak salah. Fakta ini tidak sahaja dirakamkan di dalam buku shia, tetapi telah juga ditulis di dalam buku ulama kamu yang terkenal. Ianya telah dirakamkan di dalam Siratu’l-Halabiyya, ms 39, disusun oleh Ali Bin Burhanu’d-din Halabi Shafi’i (mati 1044 H.), bahawa pada mulanya Fatima menyatakan kepada Abu Bakr bahawa Fadak miliknya dan telah diberikan oleh nabi Allah. Oleh kerana tiada saksi, dia terpaksa menuntut menurut perundangan pewarisan. Juga Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir mengenai tuntutan Fatima; Yaqut Hamawi di dalam Mu’ajamu’l-Buldan; Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 80, dari Abu Bakr Jauhari dan yang fanatik Ibn Hajar di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, ms 21, di bawah tajuk Shuhubhat-e-Rafza, VII Shubha, menyatakan bahawa tuntutan Fatima pertama adalah hadiah. Apabila saksinya ditolak dia merasa keciwa dan berkata dengan marah bahawa dia tidak akan berkata-kata dengan Abu Bakr dan Umar lagi. Maka begitulah jadinya… dia tidak pernah kelihatan lagi berkata-kata dengan mereka. Apabila waktu kematiannya tiba, dia tentukan di dalam wasiatnya bahawa orang-orang ini tidak boleh mengambil bahagian di dalam solat jenazahnya. Bapa saudaranya Abbas, melakukan solat jenazah, dan dia dikebumikan pada malam hari. Menurut dari punca shia dan kenyataan Imam yang suci Ali melakukan solat jenazah.

HUJAH BAHAWA ABU BAKR BERTINDAK MENURUT ‘AYAT PEMBUKTIAN’ DAN JAWAPAN KEPADANYA.

Hafiz: Tidak dapat diragukan dan telah pasti Fatima merasa marah, tetapi Abu Bakr juga tidak boleh dipersalahkan. Dia terpaksa bertindak menurut akta perundangan agama. Oleh kerana ‘ayat pada pembuktian’ adalah berpengertian umum, dan bagi yang menuntut hendaklah mengemukakan dua orang saksi lelaki, atau satu lelaki dan dua wanita atau empat wanita sebagai saksi, dan oleh kerana di dalam kes ini jumlah saksi tidak mencukupi, khalifa tidak dapat memberikan keputusannya menyebelahi Fatima. Shirazi: Hafiz Sahib telah berkata bahawa khalifa telah terpaksa bertindak menurut perundangan agama dan oleh kerana pembuktian sempurna tidak diperolehi dia tidak dapat menjatuhkan hukuman berpihak kepadanya. Saya akan menjawab pada maksud ini, dan saya meminta kamu untuk berlaku adil di dalam menilai ulasan saya.

UNTUK MEMINTA SAKSI DARI PEMILIK ADALAH BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG.

Pertama kamu katakan Abu Bakr terpaksa diawah undang-undang agama. Tolong beritahu kepada saya perundangan agama yang mana meminta saksi dari orang yang memiliki harta? Telah dibuktikan bahawa Fatima adalah pemilik Fadak; sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama, Abu Bakr meminta saksi dari dia adalah bertentangan dengan undang-undang agama. Tidakkah undang-undang agama kita meminta pendakwa yang mengeluarkan saksi dan bukan pemilik harta [pembela]? Kedua; tiada siapa menafikan pengertian umum ayat pada pembuktian, tetapi ianya juga mempunyai pengertian yang khusus. Hafiz: Apa yang kamu maksudkan dengan pengertian khusus? Shirazi: Bukti untuk ini adalah bukti yang direkodkan di dalam buku hadith sahih kamu; mengenai Khazima Ibn Thabit. Dia memberikan pembuktian pada menyokong nabi di dalam kes mengenai penjualan kuda. Seorang Arab telah membuat tuntutan kepada nabi dan dia [Khazima] pembuktian seorang telah dianggap mencukupi. Nabi memberikannya nama panggilan Dhush-Shahadatain kerana dia telah dianggap sebagai sama dengan dua saksi yang adil. Contoh ini menunjukkan bahawa ‘ayat pada pembuktian’ membolehkan kita menerima satu saksi dibawah keadaan tertentu. Apabila Khazima, seorang yang beriman dan hanya sahabat diantara ummah, telah di kecualikan dengan ayat tersebut, maka Ali Dan Fatima yang ma’sum menurut dari ayat kesucian, sepatutnya di dalam kedudukan yang lebih baik pada menikmati pengecualian ini. Mereka berdua pastinya bebas dari penipuan. Untuk menolak keterangan mereka adalah untuk menolak keterangan Allah.

MENOLAK SAKSI FATIMA ADALAH BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG AGAMA.

Hazrat Fatima menuntut bahawa Fadak telah diberikan kepadanya oleh bapanya, dan di dalam milik dan kawalannya semasa hidup nabi. Dia telah diminta mengadakan saksi. Dia mengadakan Amirul-Mukminin Ali Ibn Abi Talib, Hasan dan Husain sebagai saksinya Tetapi keterangan mereka ditolak. Tidakkah tindakkan ini kejam? Tidak dapat diterima akal bagaimana sesaorang boleh menolak pengakuan Ali. Allah maha besar telah berkata di dalam al-Quran bahawa kita hendaklah bersama Ali, kita hendaklah mengikutinya. Zaid-e-Adl telah menjadi penyatuan dengan kebenaran disebabkan kebenaran yang teramat sangat. Begitu juga Ali telah dipanggil yang benar sebagaimana Allah berkata: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Takutlah kamu kepada Allah dan bersamalah dengan mereka yang benar.’ [9:119] Orang yang benar merujuk kepada nabi Muhammad, Ali dan ahli bayt.

YANG BENAR MERUJUK KEPADA MUHAMMAD DAN ALI.

Hafiz: Bagaimana ayat ini membuktikan pandangan kamu, yang mungkin bererti bahawa mengikut Ali adalah wajib kepada kami?

Shirazi: [1] Ulama kamu yang terkenal telah menulis di dalam buku mereka dan juga ulasan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam memuji Muhammad dan Ali. ‘Mereka yang benar’ merujuk kepada mereka berdua, dan menurut dari sebahagian kenyataan ia bererti Ali; dan yang lain lagi merujuk kepada keturunan Muhammad. Imam Tha’labi di dalam ulasan Kashfu’l-Bayan, Jalalu’d-din Suyuti menyatakan dari Ibn Abbas di dalam Durru’l-Manthur, Hafiz Abu Sa’id Abdu’l-Malik Bin Muhammad Khargushi menyatakan dari Asma’is di dalam Sharafu’l-Mustafa, dan Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Ini mereka yang benar adalah Muhammad dan Ali.’ Sheikh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 39, ms 1191, mengatakan dari Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, dan Hamwaini menyatakan pada pengeahan Ibn Abbas, yang berkata: ‘Didalam ayat ini ‘mereka yang benar’ adalah Muhammad dan keturunannya yang suci.’ Dan Sheikhu’l-Islam Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini, seorang ulama kamu yang terkenal, di dalam Fara’idu’s-Simtain, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dan Muhadith Sham di dalam Ta’rikh, mengatakan dari puncanya, menulis: ‘Dengan yang benar, iaitu, bersama Ali Ibn Abi Talib.’ [2] Allah berkata: ‘Dan dia yang membawa kebenaran, dan dia yang menerima kebenaran – inilah mereka yang memelihara [dari kejahatan].’ [39:33] Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Manthur, Hafiz Ibn Mardawiyya di dalam Manaqib, Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dan Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, mengatakan dari pengulas pilihan, menyatakan yang berikut dengan pengesahan Ibn Abbas dan Mujahid: ‘Dia yang membawa kebenaran adalah Muhammad dan dia yang mengesahkannya adalah Ali Ibn Abi Talib.’ [3] Allah berkata di dalam surah Hadid dari al-Quran: ‘Dan mereka yang benar-benar percaya kepada Allah dan rasulnya, ini adalah mereka yang benar dan taat pada pandangan tuhan mereka; mereka pasti dapat ganjaran dan cahaya mereka..’[57:19] Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad dan Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Manazil Mina’l-Qur’an Fi Ali, menyatakan dari pengesahan ibn Abbas bahawa ayat itu pada memuji Ali merujuk kepadanya sebagai diantara mereka yang benar. [4] Di dalam surah Nisa Allah berkata: ‘Dan sesiapa mentaati Allah dan rasul, ini adalah mereka yang diatasnya Allah telah berikan nikmat dari diantara nabi-nabi dan yang benar dan yang syahid dan yang baik dan merekalah teman yang baik-baik.’ [4:69] Di dalam ayat ini juga yang benar merujuk kepada Ali. Terdapat banyak hadith oleh ulama kamu dan juga kami, yang menunjukkan bahawa Ali adalah yang benar dan sebenarnya yang paling mulia dari yang benar.

ALI YANG PALING TINGGI DIANTARA YANG BENAR

Banyak dari ulama terkenal kamu telah menulis di dalam buku mereka bahawa nabi berkata: ‘Terdapat 3 orang yang paling benar – Hizqil, seorang yang beriman diera Firaun; Habib Najjar di dalam surah Yasin dan Ali Ibn Abi Talib yang melebihi dari mereka semua.’ Nama yang berikut ini semuanya telah merakamkan hadith tersebut: Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir Kabir; Imam Tha’labi di dalam Kashfu’l-Bayan; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Manthur; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Shirwaih di dalam Firdaus; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 451; Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; dan Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa [30 dari 40 hadith yang dia ulas semuanya mengenai kemuliaan Ali] menyebutnya dari Bukhari, yang mengatakan dari Ibn Abbas, dengan pengecualian rangkap yang terakhir. Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 42, menyebutnya dari Musnad Imam Hanbal; Abu Nu’aim Ibn Maghazili Shafi’i; penulis terkenal Khawarizmi, menyebutnya dari Abu Laila dan Abu Ayyub Ansari, di dalam Manaqib; Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, [dan banyak lagi yang lain] menyebutkan bahawa nabi berkata: ‘Terdapat 3 orang yang paling benar: – Habib Hajjar, seorang beriman yang disebutkan di dalam surah Yasin yang berkata: ‘Wahai manusia! Ikutilah para nabi;’ Hizqil, seorang yang beriman dizaman Firaun, yang berkata, ‘‘Adakah kamu membunuh sesaorang yang menyembah Allah?’ dan Ali Ibn Abi Talib, yang tertinggi dari mereka semua.’ Manusia menjadi hairan melihat bagaimana pemahaman kamu telah dikelirukan oleh kefanatikkan. Kamu sendiri membuktikan dengan berbagai hadith dan disahkan oleh al-Quran, bahawa Ali menduduki tempai yang tertinggi diantara yang benar dan sebaliknya kamu mengelar orang lain sebagai siddiq, walaupun tidak terdapat satu ayat pun yang telah mengatakan mengenai dirinya sebagai benar. Tuan-tuan! Berlaku adillah. Adakah patut untuk menolak keterangan orang yang dikatakan oleh Allah sebagai siddiq di dalam al-Quran, seorang yang telah diarahkan untuk kita ikuti?

ALI BERSAMA KEBENARAN DAN AL-QURAN.

 Nabi berkata: ‘Ali bersama kebenaran dan kebenaran berputar mengelilingi dia.’ Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh, jilid IV, ms 321, Hafiz Ibn Mardawiyya di dalam Manaqib, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Masnad, Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid I, ms 111, Ibn Hajar Makki di dalam Jam’u’s-Saghir, jilid II, ms 74,75, 140 dan Sawa’iq-e-Muhriqa, bab IX, Fasl 11, hadith 21, menyebutnya dari Umme Salma dan Ibn Abbas juga di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 65, ms 185, diambil dari Jam’u’s-Saghir oleh Jalalu’d-din Suyuti, dengan sedikit tambahan, di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 116, Faizu’l-Qadir, jilid IV, ms 358, menyebutnya dari Ibn Abbas, Manaqibu’s-Sabi’in, ms 237, hadith 44 menyebutnya dari pengarang Firdaus; Sawa’iq-e-Muhriqa, bab 59, bahagian 2, ma 238, menyebutnya dari Umme Salma dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, sebahagian dari mereka menyebutnya dari Umme Salma, sebahagian dari A’yesha dan sebahagian dari Muhammad Bin Abu Bakr, semua menyampaikan bahawa mereka mendengar nabi berkata: ‘Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali; tidak terdapat berbezaan diantara keduanya, dan mereka tidak akan berpisah sehinggalah mereka bertemu dengan saya ditasik kauthar.’ Sebahagian penyampai telah menyatakan perkataan ini, ‘Kebenaran ada bersama Ali, dan Ali selalu bersama yang benar. Tidak ada perbezaan diantara keduanya, dan keduanya tidak akan berpisah dari satu dengan yang laiannya.’ Ibn Hajar menulis di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, bab 9, bahagian 2, ms 77, bahawa nabi ketika diranjang kematian berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkata: Kitab Allah dan keturunan saya, ahli bayt.’ Kemudian memegang tangan Ali, dia mengangkatnya dan berkata: ‘Ini Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali. Keduanya tidak akan saling berpisah sehingga mereka bertemu dengan saya ditasik Kauthar. Kemudian saya akan tanya mereka mengenai perkara penggantian.’ Dan secara umum ianya telah disampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah dengan kebenaran dan kebenaran bersama dengan dia. Mereka berputar diantara sesama mereka.’ Sibt Ibn Jauzi, di dalam Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma, ms.20, di dalam berkaitan dengan hadith ghadir, menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Dan yang benar itu bergerak mengelilingi Ali, di arah mana saja yang dia tuju.’ Sibt mengulasnya dengan berkata, ‘Hadith ini membuktikan jika ada terdapat perbezaan diantara Ali dengan para sahabat yang lain, yang benar pastinya bersama Ali.’

PATUH KEPADA ALI ADALAH PATUH KEPADA ALLAH DAH NABINYA. Telah dirakamkan di dalam buku yang telah disebutkan dan buku-buku sahih yang lain dari kamu bahawa nabi selalu berkata: ‘Sesiapa yang patuh kepada Ali patuh kepada saya, dan seiapa yang patuh kepada saya patuh kepada Allah. Sesiapa yang engkar kepada Ali sesungguhnya engkar kepada saya dan sesiapa yang engkar kepada saya sesungguhnya telah engkar kepada Allah.’ Abu’l-Fath Muhammad Bin Abdu’l-Karim Shahrastani menyatakan di dalam Milal-wa-Nihal bahawa nabi berkata: ‘Yang sebenarnya adalah bahawa Ali adalah selalu benar, dan mereka yang mengikutnya adalah dijalan yang benar.’ Dengan segala kenyataan yang jelas yang telah disampaikan oleh buku kamu yang sahih, tidakkah menolak kepada Ali sama juga ertinya menolak kepada nabi?

KHALIFA ABU BAKR TIDAK MENGIKUTI PEMBUKTIAN PERUNDANGAN DI DALAM KES-KES LAIN.

Petunjuk kedua yang kamu telah katakan bahawa khalifa terpaksa bertindak dengan etika perundangan agama, oleh kerana ‘ayat pada pembuktian’ dengan maksudnya yang umum telah diguna pakai di dalam kes ini. Maka dengan ketiadaan saksi, dia tidak dapat memberikan ‘harta kepunyaan muslim’ kepada Fatima, pada dasar tuntutan dia seorang sahaja. Bahkan dia sungguh berhati-hati sehingga dia telah meminta, dengan bertentangan pada perundangan agama, saksi pada pemilik harta sebenar. Pertama saya telah katakan Fadak bukanlah harta milik muslim. Ianya telah diberikan kepada Fatima sebagai hadiah oleh bapanya, dan telah menjadi miliknya dari ketika itu. Kedua, jika khalifa sebenarnya hendak mengikut perundangan agama, dia hendaklah dengan tegas mengikutinya di dalam semua keadaan.

Mengapa dia memakai polisi dua cara berlainan? Dia biasa memberikan harta muslim kepada orang lain hanya dengan kata-kata sesaorang tanpa meminta bukti atau saksi. Tetapi di dalam kes harta Fatima dia menjadi begitu berhati-hati. Ibn Abi’l-Hadid telah merekodkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 25, bahawa dia bertanya kepada Ali Ibnu’l-Fariqi, seorang guru di Madrasa Gharbi di Baghdad, sama ada Fatima benar, dan mengatakan yang sebenar mengenai tuntutannya. Dia berkata, ‘Ya,’ Saya berkata, ‘Jika dia benar dan berkata jujur, mengapa khalifa tidak memberikan Fadak bagi pihak dirinya?’ Fariqi tersenyum [walaupun dia bukan menyindir] dan berkata bahawa jika Abu Bakr telah menyerahkan Fadak kepada Fatima pada hari itu, dihari esoknya dia akan datang menuntut kedudukan khalifa untuk suaminya. Maka khalifa terpaksa memberikan haknya yang itu juga, oleh kerana dia telah menerima kebenarannya pada kes yang pertama.’ Menurut dari ulama kamu yang terkenal, kedudukan peristiwa amatlah jelas. Mereka telah menerima faktanya dari semenjak hari pertama lagi bahawa Fatima adalah yang benar, tetapi kedudukan politik telah meminta supaya mereka menolak tuntutan hak yang sah dari wanita malang yang tidak berdosa itu.

ABU BAKR MEMBERIKAN HARTA KEPADA JABIR TANPA MEMINTA DIADAKAN SAKSI.

Hafiz: Bilakah khalifa memberikan harta muslim tanpa meminta diadakan saksi? S

hirazi: Apabila Jabir menuntut bahawa nabi telah menjanjikan bahawa dia hendaklah dibayar dari rampasan yang didapati dari Bahrain, dia telah diberikan 1 500 dinar dari baitul-mal tanpa sebarang bantahan atau meminta diadakan saksi darinya.

Hafiz: Pertama, saya belum pernah melihat laporan yang sedemikian. Mungkin ianya di dalam buku kamu. Kedua, bagaiamana kamu boleh mengatakan saksi tidak diminta?

Shirazi: Adalah pelik bahawa kamu tidak pernah melihatnya. Ini laporan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari adalah satu-satunya hujah ulama di dalam menyokong pandangan mereka bahawa laporan dari satu orang penyampai yang adil dan benar dari kalangan sahabat adalah diterima. Menurut, Sheikhu’l-Islam Hafiz Abdu’l-Fazl Ahmad Bin Ali Bin Hajar Asqalani berkata di dalam bukunya Fathu’l-Bari Fi Sharh-e-Sahihu’l-Bukhari: Laporan ini membuktikan bahawa sampaian dari seorang sahabat yang adil adalah diterima walaupun ianya memberikan manfaat kepada dirinya sendiri kerana Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir di dalam menyokong tuntutannya. Bukhari merekodkan laporang yang sama dengan lebih mendalam di dalam sahihnya. Di dalam Bab ‘Man Yakfal un mayyit dainan’ dan ‘Kitabu’l-Khuma fi Bab-e-ma Qata’an-nabi mina’l-Bahrain, dia menulis bahawa apabila harta rampasan Bahrain dibawa ke Madina, Abu Bakr mengistiharkan bahawa sesiapa yang telah dijanjikan harta oleh nabi Allah atau sesiapa yang mempunyai tuntutan yang tidak memuaskan hati mereka hendaklah datang menerima hak mereka. Jabir datang dan berkata: ‘Nabi menjanjikan kepada saya bahawa apabila Bahrain ditawan dan dibawah pemerintahan muslim; saya akan diberikan dengan hadiah dari harta itu.’’ Maka dengan itu Abu Bakr memberikan kepadanya 1 500 dinar tanpa meminta sebarang bukti, hanya sekadar diatas dasar tuntutannya sahaja. Jalalu’d-din Suyuti juga merekodkan kejadian itu di dalam bukunya Ta’rikhu’l-Khulafa di dalam bahagian yang berkenaan dengan khalifa Abu Bakr. Wahai manusia yang adil: Tolong katakan kepada kami dengan nama Allah adakah ini satu keadilan? Yang pastinya terdapat adanya tindakkan berpihak disini, bagaimana diperbolehkan Abu Bakr menentang ‘ayat pada pembuktian’ dan memberikan wang kepada Jabir diatas dasar tuntutannya seorang sahaja? Selain itu Bukhari di dalam sahihnya dan banyak yang lain lagi dari ulama dan kaum perundangan golongan kamu, menerima pembuktian seorang, dari sahabat yang adil walaupun jika ianya memberikan faedah kepada diri orang perseorangan? Tidakkah Ali seorang individu yang paling sempurna diantara semua para sahabat? Jika kamu mempertimbangkan perkara ini dengan jujur kamu akan mengakui bahawa ini bukan sahaja pada penolakkan keadilan, malah ianya semua adalah kuasa dan penipuan yang terangan-terangan. Hafiz: Saya fikir Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir kerana dia adalah seorang sahabat nabi yang rapat. Dia tentunya mendengar nabi berkata: ‘Jika sesiapa memberikan kenyataan yang palsu dari saya, tempat tinggalnya adalah neraka.’ Diberikan amaran yang keras ini, adalah satu bukti yang sahabat rapat yang di didik oleh nabi tidak akan membuat gerakkan yang salah dengan memberikan keterangan palsu dari nabi Allah. Shirazi: Adakah Jabir lebih rapat kepada nabi dari Ali dan Fatima, siapakah yang telah di didik secara khusus oleh nabi?

ALI DAN FATIMA ADALAH RUJUKAN PADA AYAT KESUCIAN.

Hafiz: Telah pasti Ali dan Fatima adalah lebih rapat kepada nabi Allah, kerana mereka dibawah jagaan dan didikan baginga semenjak lahir.

Shirazi: Maka kamu hendaklah mengakui bahawa Ali dan Fatima pastinya mengikut amaran itu dengan patuh dan tidak boleh, dari apa yang dikatakan nabi, membuat tuntutan yang palsu. Dan bagi pihak Abu Bakr hendaklah menerima tuntutan Fatima, oleh kerana kedudukan keduanya adalah lebih tinggi dari Jabir [sebagaimana yang kamu telah akui]. Malahan kedudukan mereka lebih tinggi dari semua para sahabat. Merekalah yang berhak pada ‘Ayat kesucian’ dan juga yang ma’sum. Ayat itu mewahyukan kesucian mereka berlima: Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain. Bahkan ulama kamu telah mengesahkan kebenaran mereka yang suci ini. Dengan mengenai Amirul-Mukminin, saya telah mengatakan kepada kamu bahawa nabi memanggil beliau, ‘Yang palin benar di dalam seluruh ummah,’ dan Allah telah memanggil beliau yang benar di dalam al-Quran. Untuk kebenaran pada diri Fatima Zahra, terdapat banyak juga hadith yang sedemikian. Diantaranya terdapat satu yang disampaikan oleh Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid II, ms 42, dari A’yesha, yang berkata: ‘Saya tidak pernah melihat sesiapa yang lebih benar dari Fatima melainkan bapanya.’ Hafiz: Kenyataan kamu bahawa ayat itu diwahyukan di dalam memuji lima orang tidak dapat diterima. Selama di dalam perbincangan ini kamu telah menunjukkan pengetahuan yang mendalam di dalam buku-buku kami. Kini kamu hendaklah menerima dalam hal ini kamu telah tersalah, oleh kerana pengulas seperti Qazi Baidhawi dan Zamakhshari percaya bahawa ayat suci ini telah diwahyukan di dalam memuji para isteri nabi. Dan jika ada terdapat rekod yang mengatakan ianya diwahyukan pada memuji lima orang itu, ianya pasti yang lemah. Sebabnya adalah, bahawa ayat itu dengan sendirinya membuktikan pertentangan kepada maksud kamu. Kontek bagi ‘ayat kesucian’ adalah berkaitan dengan para isteri nabi dan bahagian yang ditengah tidak boleh dikeluarkan dari kontek asal.

MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAT KESUCIAN BUKAN PADA MEMUJI PARA ISTERI NABI.

 Shirazi: Tuntutan yang diketengahkan oleh kamu boleh disangkal dari banyak pandangan. Kamu katakan bahagian yang tengah yang mengikuti bahagian yang hadapan adalah berkenaan para isteri nabi, dan makanya ahli bayt diketepikan dari ayat yang suci itu. Jawapan saya adalah, seperti mana yang kerap berlaku di dalam perbincangan kita, kita mengalihkan pandangan dari satu orang kepada yang lain kemudian kita kembali kepada orang yang pertama semula. Terdapat banyak contoh yang sebegini di dalam penulisan orang-orang Arab terkenal dan juga puisi mereka. Di dalam al-Quran sendiri terdapat banyak contoh yang sedemikian. Bahkan jika kamu teliti bahagian yang dipersoalkan, al-Ahzab, setelah mengatakan kepada para isteri nabi, penumpuan telah beralih kepada yang beriman. Kemudian kepada para isteri diperkatakan semula. Masa tidak mengizinkan saya untuk menyatakan penghuraian mengenai penerangannya dengan lebih lanjut lagi. Kedua, jika ayat ini adalah mengenai para isteri nabi, gantinama yang digunakan di dalamnya hendaklah perempuan. Disebabkan gantinama yang digunakan adalah lelaki, kita telah tahu bahawa rujukkannya bukanlah kepada isteri nabi, tetapi kepada keturunan nabi. Nawab: Jika Fatima juga termasuk di dalam kumpulan itu mengapa gantinama perempuan tidak digunakan?

Shirazi: [Memandang kepada para ulama] Tuan yang dihormati: kamu tahu bahawa di dalam ayat ini, walaupun Fatima adalah seorang dari yang dirujuk, gantinama lelaki digunakan kerana ianya adalah gantinama dipengaruhi. Iaitu di dalam dua kumpulan lelaki dan wanita, kumpulan lelaki lebih diberatkan. Di dalam ayat ini pada menggunakan gantinama lelaki dengan sendirinya telah membuktikan bahawa kenyataan ini bukanlah lemah, tetapi dengan segala kekuatan. Selain itu pada melihat ramainya ahli lelaki, gantinamanya hendaklah di dalam lelaki kerana di dalam lima yang suci hanya terdapat seorang wanita dan empat lelaki. Jika ayat ini untuk para isteri nabi, menggunakan gantinama lelaki untuk wanita pastinya salah sama sekali. Selain dari itu, rumusan yang dibuat dari hadith yang sahih di dalam buku kamu adalah ayat itu diwahyukan pada memuji keturunan nabi dan bukan merujuk kepada para isteri. Walaupun Ibn Hajar seorang fanatik yang keterlaluan telah berkata di dalam Sawaiq-e-Muhriqa bahawa kebanyakkan pengulas percaya bahawa ayat itu telah diwahyukan pada memuji Ali, Fatima, Hasan dan Husain.

 ISTERI NABI TIDAK TERJUMLAH DI DALAM AHLI BAYT.

Kita ketepikan sebentar penghujahan, para isteri nabi tidak termasuk di dalam ahli bayt. Ianya telah disampaikan di dalam sahih Muslim dan Jam’u’l-Usul bahawa Hasan Ibn Samra tanya Zaid Ibn Arqam sama ada para isteri nabi terjumlah di dalam ahli bayt. Zaid berkata: ‘Demi Allah, tidak. Seorang isteri bersama dengan suaminya untuk waktu tertentu, tetapi apabila dia diceraikan, dia pulang kepada keluarga bapanya, bersama dengan keluarga ibunya, dan terputus terus dari suaminya. Ahli bayt adalah ahli keluarga nabi yang mana sedekah diharamkan. Mereka tidak akan berpisah dengan ahli bayt walau kemana mereka pergi.’ Selain dari pandangan yang jelas dari diantara shia 12 Imam mengenai keturunan yang suci, terdapat banyak hadith yang merekodkan di dalam buku kamu, yang menolak anggapan bahawa para isteri nabi termasuk di dalam ahli bayt.

BANYAK HADITH MENGENAI ‘AYAT KESUCIAN’ ADALAH PUJIAN KEPADA LIMA YANG SUCI.

Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan; Imam Fakhru’d-d Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid VI, ms 783; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid V, ms 199 dan Khasa’isu’l-Kubra, jilid II, ms 264; Nishapuri di dalam Tafsir, jilid III; Imam Abdu’r-Razzaq ar-Ra’sani di dalam Tafsir Rumuzu’l-Kunuz; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 208; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, jilid IV, ms 204 dan 206; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, jilid II, ms 188; Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, jilid II, ms 133 dan jilid VII, ms 140; Nabhani di dalam Sharafu’l-Mu’ayyid, Edisi Beirut , ms 10; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 100, dengan enam hadith sahih dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 33, dengan pengesahan Sahih Muslim menyebut dari penyampaian Ummu’l-Mu’minin A’yesha; 10 sebutan dari Tirmidhi, Hakim Ala’u’d-Dowlat Semnani, Baihaqi, Tibrani, Muhammad Bin Jarir, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Abi Shaiba, Ibn Munzir, Ibn Sa’d, Hafiz Zarandi, dan Hafiz Ibn Mardawiyya sebagaimana yang disampaikan oleh Ummu’l-Mu’minin Umme Salma, Umar Bin Abi Salma, (yang telah dibesarkan oleh nabi), Anas Bin Malik, Sa’d Bin Abi Waqqas, Wathila Ibn Asqa’, dan Abu Sa’id Khudri berkata bahawa ‘ayat kesucian’ telah diwahyukan pada memuji lima yang suci. Bahkan Ibn Hajar Makki, walaupun menentang shia di dalam banyak segi telah mengakui akan maksudnya yang sebenar dalam tujuh cara. Dia berkata di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji Muhammad, Ali, Fatima, Hasan, dan Husain dan hanya pesonaliti itu sahaja yang dirujuk oleh ayat itu. Seyyed Abu Bakr Bin Shahabu’d-din Alawi di dalam Kitab-e-Rashqatu’s-Sa’adi min Bahr-e-Faza’il Bani Nabiu’l-Hadi (dicetak oleh A’lamiyya Press, Egypt, 1303 H.), bab 1, ms 14-19, menyampaikan dari Tirmidhi, Ibn Jarir, Ibn Munzir, Hakim, Ibn Mardawiyya, Baihaqi, Ibn Abi Hatim, Tibrani, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Kathir, Muslim Bin Hajjaj, Ibn Abi Shaiba, dan Samhudi pada asas penyelidikkan dan kerja ulama kamu, bahawa ayat suci ini diwahyukan pada memuji lima yang suci itu. Di dalam Jam’i-Bainu’s-Sihahu’s-Sitta, Mauta dari Imam Malik Bin Anas, Sahih dari Bukhari aan Muslim, Sunan dari Abu Dawud dan Sijistani, dan Tirmidhi, Jam’u’l-Usul dan buku-buku yang lain, ulama dan ahli sejarah kamu secara umum mengesahkan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji lima yang suci. Dan menurut dari golongan kamu, hadith ini telah disampaikan tanpa terputus.

HADITH DARI UMME SALMA MENGENAI ‘HARRIRA’ [BUBUR MANIS] DARI FATIMA DAN WAHYU ‘AYAT KESUCIAN’

Banyak penyampai hadith telah merakamkan insiden mengenai harrira. Diantara mereka adalah Imam Tha’labi di dalam Tafsir, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, dan Ibn Athir di dalam Jam’u’l-Usul, menyebutnya dari sahih Tirmidhi dan Muslim: kesemuanya menyampaikan dari isteri nabi, Ummu’l-Mu’minin Umme Salma yang berkata: ‘Nabi berada dirumah saya apabila Fatima membawa semangkuk harrira untuk baginda. Pada ketika itu dia sedang duduk dianjung dimana dia selalu tidur. Dia mempunyai selimut Khaibari bersama dengannya. Saya sedang solat didalam bilik saya. Nabi menyuruh Fatima memanggil suami dan anak-anaknya. Sebentar kemudian Ali, Hasan dan Husain masuk dan semuanya berkongsi harrira tersebut. Jibril muncul dan mengwahyukan ayat suci ini kepada nabi: ‘Allah hanya hendak menjauhkan kekotoran daripada kamu . Wahai ahli bayt dan untuk mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna.’ [33:33] Kemudian nabi menutup mereka semua dengan selimut, mengangkat tangannya kearah langit, dan berkata: ‘Wahai Allah, ini adalah ahli keturunan saya. Jauhkanlah dari mereka semua kekotoran dan sucikanlah mereka dengan kesucian yang sempurna.’ Umme Salma berkata bahawa dia bergerak kehadapan dan berhasrat untuk masuk kedalam selimut dengan berkata: ‘Wahai nabi Allah, bolehkah saya masuk bersama dengan mereka?’ Nabi menjawb: ‘Tidak, tinggallah ditempatmu, kamu adalah yang mulia.’ Ini bererti dia tidak boleh dijumlahkan diantara ahli bayt dan sampai ketahap kedudukan itu, tetapi akhir baginya adalah baik. Imam Fakhru’d-din Razi di dalamTafsir; menambah bahawa nabi berkata: ‘Semua dosa telah terjauh dari kamu’ dan kamu telah diberikan pakaian rahmat.’ Ya amat pelik dengan ulama kamu yang zalim adalah, mereka yang telah menulis di dalam buku-buku yang sahih bahawa Ali dan Fatima adalah terjumlah di dalam ‘ayat kesucian’ [dan kekotoran yang amat keji adalah berdusta]. Malah mereka monalak Imamnya Ali [wazir] dan enggan untuk menerima keterangan beliau pada menyokong Fatima mengenai tuntutnya kepada Fadak. Tidak dapat difahami atas kriteria apa mereka yang mengatakan adil, telah bentuk cara pada mengadili.

FADAK TELAH DIAMBIL ATAS SEBAB POLITIK.

Sekarang marilah kita kembali kepada tujuan kita yang mula. Adakah wajar untuk menolak kenyataan Ali Dan Fatima dan menghalang mereka dari hak sendiri, tetapi menerima tuntutan Jabir tanpa teragak-agak walaupun dia hanya seorang muslim biasa. Hafiz: Tidak boleh diterima langsung bahawa khalifa nabi, yang begitu akrab dengan nabi, sanggup merampas Fadak. Sebenarnya Fadak tidak ada apa gunanya kepada khalifa, yang memilikki keseluruh baitul-mal muslim dibawah kawalannya. Shirazi: Memang nampak jelas dia tidak memerlukannya. Tetapi kumpulan politik diketika itu menganggapnya perlu untuk menghancurkan keluarga nabi. Mereka menjadikan jiwa-jiwa yang suci ini dengan berbagai-bagai kerisauan, penderitaan dan kemiskinan, maka jiwa yang suci ini tidak akan memikirkan tentang kedudukan khalifa. Manusia dunia ini telah melakukan apa sahaja yang boleh untuk menjadikan diri mereka kaya dengan harta dunia. Ahli politik ini sedar bahawa jika keluarga suci ini mempunyai kuasa diatas harta dunia, manusia pastinya akan cenderung kepada mereka. Pertimbangan politik telah membuatkan mereka merampas Fadak dan menutup segala punca pencarian kewangan keluarga suci itu.

KHUM DITEGAH.

Diantara perkara yang dihalang kepada mereka adalah khum, yang mana telah banyak ditekankan di dalam al-Quran. Oleh kerana Allah telah melarang sedekah kepada nabi dan keturunannya, pintu khum telah dibukakan untuk mereka. Dia berkata di dalam al-Quran surah 8 [Anfal]: ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja keuntungan yang kamu dapati, satu perlima darinya adalah hak Allah dan juga rasul dan kepada saudara terdekat dan juga yang bermusafir.’ [8:41] Keperluan ini telah diadakan supaya keturunan nabi dapat hidup dalam aman dan tidak memerlukan bantuan dari ummah. Tetapi setelah wafatnya nabi, mereka telah dihalang dari hak-hak mereka juga. Khalifa Abu Bakr menafikan hak ahli bayt ini dan mengatakan bahawa khum hendaklah digunakan untuk peralatan perang. Maka keluarga nabi telah dijadikan tidak berdaya dari segala sudut. Imam Shafi’i Muhammad Bin Idris memberitahu mengenai perkara itu di dalam kitabnya Kitabu’l-Umm, ms 69: ‘Keturunan nabi yang mana Allah telah memperuntukkan sebahagian khum sebagai ganti sedekah, tidak boleh diberikan apa-apa bahagian, besar atau kecil, dari pemberian yang wajib. Ini semua telah dilarang kepada mereka, ahli bayt untuk menerimanya. Orang yang sengaja memberikan pemberian yang wajib kepada ahli bayt, tidak akan diterima dari mereka tanggong jawab mereka. Dengan menafikan hak mereka kepada khum, sedekah yang telah terlarang kepada mereka tidak juga dibolehkan. Sehingga kepada masa khalifa Umar bin Khattab, keturunan nabi telah dihalang dari tutntutan hak mereka sebenar dengan alasan bahawa jumlah khum sangatlah besar maka tidaklah boleh diberikan kepada saudara terdekat nabi. Ianya telah diputuskan bahawa wang itu untuk digunakan pada keperluan tentera. Mereka telah dinafikan hak mereka sehingga kehari ini. Hafiz: Imam Shafii berkata bahawa khum hendaklah dibahagikan kepada lima bahagian; satu bahagian kepada nabi, yang mana digunakan untuk perbelanjaan dan keperluan muslim, bahagian kedua adalah kepada saudara terdekat dan bagi yang tiga bahagian lagi adalah untuk anak yatim, yang memerlukan dan musafir. Shirazi: Pengulas secara umum setuju bahawa di masa hidupnya nabi ayat itu talah diwahyukan untuk menolong kepada saudara terdekat dan juga keturunan nabi. Khum telah digunakan untuk perbelanjaan mereka. Menurut perundangan shia, dengan mematuhi kepada amalan yang amalkan oleh keturunan nabi dan juga para Imam yang suci serta mematuhi kepada pengertian ayat al-Quran yang disebutkan diatas, khum dibahagikan kepada enam bahagian. Tiga bahagian diperuntukkan kepada Allah, Nabi dan keluarga yang terdekatnya iaitu kepada Imam, dan beliau di dalam era ghaib, kepada wakilnya, seorang mujtahid. Dia adalah adil dan pakar perundangan islam, yang membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan muslim, menurut pertimbangannya sendiri. Tiga bahagian lagi adalah peruntukkan anak yatim, yang memerlukan, dan pengikut lkhlas nabi. Tetapi setelah wafatnya nabi, hak ini telah dinafikan kepada keturunannya. Ulama kamu yang terkenal seperti Jalalu’d-din Suyuti, di dalam Durru’l-Mansur, jilid III; Tabari, Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l- Bayan, Jarullah Zamakhshari di dalam Kashshaf, Qushachi di dalam Sharh-e-Tajrid, Nisa’i di dalam Kitab-e-Alfiy, dan yang lain, semua mengesahkan fakta bahawa bida’ah telah diperkenalkan oleh ahli politik yang licik [pintar belit] setelah wafatnya nabi. Hafiz: Kamu fikir bahawa mujtahid mempunyai hak pada menjalankan perundangan ini. Tidakkah khalifa Abu Bakr dan Umar menggunakan pertimbangannya dan cuba menolong muslim?

KHALIFA TIDAK BOLEH MENGELUARKAN PERINTAH YANG BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN YANG TERANG DARI ALLAH DAN JUGA PADA AMALAN NABI.

Shirazi: Sudah pasti mujtahid mempunyai hak membuat keputusan, tetapi dia tidak boleh memutarkan perintah yang jelas. Adakah kamu memihak kepada pendapat khalifa Abu Bakr dan Umar, dari apa yang dikatakan oleh ayat al-Quran yang dikatakan tadi dan juga kepada amalan nabi? Sila berlaku adillah dan beritahu kepada kami sama ada mereka mempunyai motif tertentu disebalik ini semua. Orang yang mempunyai minda yang waras akan mengakui bahawa ini semua bukan suatu perkara biasa, tetapi tujuan mereka adalah hendak membuat keluarga nabi Muhammad lumpuh tidak berdaya [secara ekonomi].

ALLAH TELAH MENJADIKAN ALI SAKSI NABI.

Selain dari semua ini, Allah telah mengistiharkan Ali sabagai saksi nabi. Dia berkata di dalam al-Quran, ‘Adalah dia kemudian telah mendapat bukti yang jelas dari tuhannya, dan penyaksian darinya….. petunjuk dan rahmat?’ [11:17] Hafiz: Sejauh yang saya tahu ‘yang mendapat bukti yang nyata dari tuhannya’ bererti nabi dan ‘saksi’ bererti al-Quran. Mengapa kamu katakan bahawa saksi disini bererti Ali? Shirazi: Saya tidak menyatakan pendapat saya mengenai al-Quran. Apa yang kami tahu adalah dari keturunan nabi bahawa saksi disini bererti Ali. Para ulama dan juga pengulas mempunyai pandangan yang sama. Ulama kamu yang ternama telah merakamkan lebih kurang 30 hadith untuk menyokong perkara ini. Sebagai contoh Imam Abu Ishaq Tha’labi menyatakan 3 hadith di dalam Tafsir; Jalalu’d-din Suyuti menyatakan di dalam Durru’l-Mansur dari Ibn Mardawiyya, Ibn Abi Hatim, dan Abu Nu’aim; Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini mengatakan di dalam Fara’idu’s-Simtain dari tiga punca; Sulayman Balkhi Hanafi menyatakan di dalam Yanabiu’l-Mawadda dari Tha’labi, Hamwaini, Khawarizmi, Abu Nu’aim, Waqidi dan Ibn Abdullah Ansari dan lainnya; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani mengatakan dari punca berlainan; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i, Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, Ibn Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (lihat bukunya Kifayatu’t-Talib, bab 62) dan yang lainnya dari ulama kamu yang menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan; ‘saksi’ di dalam ayat itu bererti Ali Ibn Abi Talib. Khatib Khawarizmi writes in his Manaqib bahawa orang bertanya Ibn Abbas apa yang dimaksudkan dengan ‘saksi’ Dia berkata, ‘Itu merujuk kepada Ali, yang menjadi saksi pada nabi.’Maka menurut dari kenyataan ini, semuanya dari buku ulama kamu yang boleh dipercayai, adalah wajib bagi ummah menerima keterangan Ali. Allah sendiri telah mengatakan dia sebagai saksi kepada nabi. Sebagaimana nabi mengakui kualiti tertentu pada diri Khazima bin Thabit, dengan mengatakan bahawa keterangan dia bersamaan dengan dua saksi muslim dan memberikan dia dengan gelaran Dhu’sh-Shahadatain, Allah yang maha besar yang menyatakan ayat ini telah meninggikan kedudukan Ali dan telah memperkenalkan dia sebagai saksi untuk nabi. Saya hairan atas dasar apa yang terdapat di dalam agama, yang membolehkan manusia itu menolak keterangan Ali. Bolehkah kamu menerima keputusan mereka bahawa, Ali Ibn Abi Talib, yang paling menolak kepada kekayaan dunia dan yang mana perangai dan peribadi telah diakui oleh kawan dan musuh sama sahaja, adalah manusia yang tamakkan dunia? Bahkan perkataan yang lebih keji telah digunakan kepadanya, yang mana saya tidak dapat sebutkan. Kesemuanya telah dirakamkan di dalam buku-buku kamu. Maka dengan menggunakan perkataan ‘faedah peribadinya terlibat dalam kes ini’ mereka cuba untuk meyakinkan manusia bahawa ada kemungkinan untuk Ali memberikan keterangan yang palsu untuk faedah isteri dan anak-anaknya. Semoga Allah mengampunkan kata-kata saya. Bagaimana anehnya, walaupun Allah telah mengenalkan dia sebagai saksi yang dipercayai, manusia yang icik ini telah menolak keterangannya.

PENDERITAAN MENTAL ALI.

Walaupun al-Quran telah memperkatakan kebenaran Ali, dia terus menderita dari tuduhan-tuduhan ahli politik. Dia berkata di dalam syarahan Shiqshiqayya nya: ‘Saya menahan derita yang amat sangat. Ianya seolah saya telah ditikam dimata dan dicekik dileher.’ Perkataan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Imam telah menderita. Dia berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa anak Abu Talib lebih suka mati dari bayi yang sedang menyusu pada susuan ibunya.’ Apabila yang terkutuk Abdur-Rahman Ibn Muljim Muradi memukul kepalanya dengan pedang beracun, dia berkata: ‘Dengan Tuhan Kabah, saya telah berjaya.’ Tuan sekelian, apa yang berlaku telahpun berlaku. Tetapi sekarang, adalah tidak wajar ulama yang terpelajar seperti kamu telah menyebabkan lebih banyak masalah kepada orang yang dicintai oleh Allah dan nabinya dengan membuat salah faham diantara manusia yang tidak tahu. Kamu semua tahu bahawa menyakiti Ali Ibn Abi Talib adalah sama seperti menyakiti nabi Allah.

HADITH MENGUTUK MEREKA YANG MENYAKITI ALI.

 Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, Imam tha’labi di dalam Tafsir dan Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata: ‘Sesiapa yang menganiaya Ali, menganiya saya. Wahai manusia sesiapa yang menganiya Ali akan dibangkitkan pada hari keadilan sebagai yahudi atau kristian.’ Ibn Hajar Makki pada ms 78 pada bahagian II, bab 9, hadith 16 dari Sa’d Ibn Abi Waqqas dan Muhaddad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 68, berkata dengan pengesahan yang baik bahawa nabi berkata: ‘Sesiapa yang menganiya Ali sesungguhnya dia telah menganiya saya.’ Saya teringat satu lagi hadith. Izinkan saya menyampaikannya. Untuk menyampaikan hadith nabi dan mendengarkan padanya adalah ibadah. Hadith ini telah dirakamkan oleh Bukhari di dalam Sahih; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Manazala Mina’l-Qur’an fi Ali’; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib telah menyampaikannya. Hakim Abu’l-Qasim Haskani juga menyampaikannya dari Hakam Abu Abdullah Hafiz, dia dari Ahmad Bin Muhammad Bin Abi Dawud Hafiz, dia dari Ali Bin Ahmad Ajali, dia dari ‘Ibad Bin Yaqub, dia dari Artat Bin Habib, dia dari Abu Khalid Wasti, dia dari Zaid Bin Ali, dia dari bapanya Ali Bin Husain, dia dari bapanya, Husain Ibn Ali, dia dari bapanya Ali Ibn Ali Talib; setiap dari penyampai itu berkata bahawa nabi berkata sedang dia baginda memegang sehelai dari janggutnya: ‘Wahai Ali, sesiapa yang menyakiti sehelai dari rambut kamu, sesungguhnya telah menyakiti saya, sesiapa yang menyakiti saya telah menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah adalah dikutuk oleh Allah.’ Seyyed Abu Bakr Bin Shahabu’d-din Alawi di dalam Rashfatu’s-Sa’adi min Bahr-e-Faza’il Bani Nabiu’l-Hadi, (dicetak oleh A’lamiyya Press, Egypt, 1303 H.) bab IV, ms 60, menyampai dari Kabir oleh Tabrani, Sahih oleh Bin Habban, dan Hakim, pada pengesahan Amiru’l-Mu’minin, bahawa nabi Allah berkata: ‘Semuga Allah mengutuk keatas sesiapa yang menyedihkan saya mengenai dengan keturunan saya.’

ALI TELAH DISAKITI DAN DIHINA.

Tuan-tuan pertimbangkanlah apa yang telah terjadi. Keterangan Ali telah ditolak dihadapan umum. Harta Fatima telah dirampas. Fatima merasakan pukulan yang begitu hebat keatas dirinya sehingga beliau meninggalkan dunia ini di dalam usia yang begitu muda, penuh dengan kemarahan. Hafiz: Ya pada mulanya Fatima marah, tetapi akhirnya apabila dia melihat keputusan khalifa adalah betul, dia sudah tidak marah lagi. Akhirnya dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kepuasan dan ridha.

FATIMA KEKAL MARAH KEPADA ABU BAKR DAN UMAR SEHINGGA DIA MENINGGAL DUNIA.

Shirazi: Jika apa yang kamu katakan adalah benar, mengapa ulama terkenal kamu menulis yang sebaliknya? Sebagai contoh, dua ulama yang paling dipercayai, Bukhari and Muslim, menulis di dalam Sahih mereka bahawa Fatima mengenepikan Abu Bakr kerana dia marah. Disebabkan oleh kemarahannya dia tidak berkata-kata kepada Abu Bakr disepanjang baki hidupnya. Apabila dia meninggal, suaminya Ali, mengkebumikannya dimalam hari. Dia tidak membenarkan Abu Bakr melakukan solat jenazah untuknya. Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i telah merakamkan kenyataan yang sama di dalam Kifaya, bab 99. Juga Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Dinawari di dalam bukunya Imama wa’s-Siyasa, ms 14, menulis bahawa Fatima, ketika sakit diranjang, berkata kepada Abu Bakr dan Umar: ‘Biar Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah membuat saya marah. Apabila berjumpa dengan nabi Allah, saya pastinya akan mengadu mengenai kamu.’ Buku yang sama juga merakamkan: ‘Fatima marah dengan Abu Bakr dan enggan berjumpa dengannya untuk sepanjang baki hidupnya.’ Selain itu terdapat banyak lagi rakaman seperti demikian di dalam buku sahih kamu.

KESEDIHAN FATIMA ADALAH KESEDIHAN ALLAH DAN JUGA NABI.

Terdapat haduth yang terkenal yang telah disampaikan oleh ulama kamu seperti Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Sulayman Qanduzi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, menyatakan dari Tirmidhi, Hakim dan lainnya dengan sedikit perbezaan kepada perkataan, bahawa nabi telah berulang kali berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya, dia adalah cahaya mata saya, dia adalah buah hati saya, dia adalah belahan jiwa saya. Sesiapa yang menyedihkannya telah menyedihkan saya; sesiapa yang menyedihkan saya telah menyedihkan Allah; sesiapa yang membuat dia marah telah membuat saya marah; sesiapa yang telah menyakiti dia telah menyakiti saya.’ Ibn Hajar Asqalani, di dalam al-Isaba fi tamyiz as-Sahaba, menyebut dari Sahihs oleh Bukhari dan Muslim bahawa nabi Allah telah berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; apa yang menyakiti dia menyakiti saya; apa yang meninggikan tahap keruhaniannya meninggikan keruhanian saya.’ Muhammad Bin Talha Shafi’i idi dalam Matalibu’s-Su’ul; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid II, ms 40, dan Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Sesungguhnya Fatima, anak perempuan saya, adalah sebahagian dari badan saya; apa yang membuat dia suka, membuat saya suka; apa yang menyakitinya telah menyakiti saya.’ Abu’l-Qasim Husain Bin Muhammad (Raghib Ispahani) menyampaikan di dalam Mahadhiratu’l-Ubada, jilid II, ms 204, bahawa nabi Allah telah berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; makanya sesiapa yang membuat dia marah, telah membuat saya marah.’ Hafiz Abu Musa Bin Muthanna Basri (mati pada 252 H.) di dalam bukunya Mu’ajam; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 35; Abu Ya’la Musili di dalam Sunan; Tibrani di dalam Mu’ajam; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid VII, ms 154; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Faza’ilu’s-Sahaba; Hafiz Ibn Asakir di dalam Ta’rikh-e-Shami; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 175; Muhibu’d-din Tabari di dalam Dhakha’ir, ms 39, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq, ms 105 dan Abu Irfanu’s-Subban di dalam As’afu’r-Raghibin, ms 171, telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata kepada anak perempuannya: ‘Wahai Fatima, sesungguhnya, jika kamu marah, Allah juga akan menjadi marah; jika kamu gembira Allah juga turut gembira.’ Muhammad Bin Isma’il Bukhari di dalam Sahih, di dalam bab Manaqib Qarabat-e-Rasulullah, ms 71, menyebut dari Miswar Bin Makhrama yang mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; maka sesiapa yang membuat Fatima marah, telah membuat saya marah.’ Terdapat banyak hadith yang sedemikian di dalam buku sahih kamu, seperti sahih Bukhari; sahih Muslim; Sunan oleh Abu Dawud; Tirmidhi; Musnad oleh Imam Hanbal; Sawa’iq-e-Ibn Hajar; dan Sheikh Sulayman Balkhi’s Yanabiu’l-Mawadda. Bagaimana kamu boleh selaraskan hadith ini semua yang merakamkan bahawa Fatima tidak meninggalkan dunia marah dengan terhadap mereka?

PERTUDUHAN MENGENAI NIAT ALI HENDAK MENGAHWINI ANAK PEREMPUAN ABU JAHL.

 Sheikh: Hadith ini adalah betul, tetapi ianya juga dinyatakan oleh Ali bahawa, apabila dia berhasrat untuk mengahwini anak perempuan Abu Jahl, nabi Allah menjadi marah dengannya dan berkata: ‘Sesiapa yang menyedihkan Fatima menyedihkan saya, dan sesiapa yang menyedihkan saya adalah yang terkutuk oleh Allah.’ Shirazi: Kita hendaklah menerima atau menolak sesuatu perkara dengan menggunakan minda yang waras dan kebijaksanaan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Maka berikan khabar gembira kepada hamba-hambaKu, mereka yang mendengarkan perkataan, yang mengikuti yang terbaik darinya, mereka adalah yang mendapat petunjuk dari Allah, dan mereka adalah orang yang mengerti.’ [39:19] Kenyataan itu telah disampaikan oleh orang yang terdahulu kamu. Hari ini kamu menyokong kata-kata mereka tanpa mempertimbangkan kewibawaan mereka. Saya terpaksa memberikan kepada kamu jawapan yang ringkas. Pertama, ulama kamu sendiri telah mengakui fakta bahawa Ali terjumlah di dalam ‘ayat kesucian’ dan adalah sempurna sucinya. Kedua, di dalam ayat Mubahila, Allah telah memanggil dia ‘diri’ kepada nabi, sebagaimana kita telah bincangkan dimalam-malam yang lalu. Kami telah tunjukkan juga bahawa dia adalah ‘pintu bagi kota ilmu nabi Allah’ dan benar-benar memahami perintah dan perundangan al-Quran. Dia mengetahui bahawa Allah telah berkata di dalam surah al-Ahzab: ‘Dan adalah tidak wajar bagi kamu yang kamu harus menyusahkan rasul Allah.’ [33:53] Oleh kerana itu semua adalah benar, maka bagaimana Ali boleh melakukan atau mengatakan sesuatu yang akan menyusahkan nabi? Dan bagaimana pula sesaorang boleh memikirkan sesuatu yang begitu tinggi kemuliaannya; dan nabi akan merasa susah hati dengan peribadi yang begitu mulia dan dicintai oleh Allah? Dan bolehkah nabi merasa marah dengan satu amalan yang diizinkan oleh Allah, sebagaimana Dia telah katakan di dalam al-Quran: ‘..maka kahwinlah wanita yang kelihatan baik kepada kamu, dua, tiga atau empat? [4:3] Arahan kepada nikah itu mempunyai erti yang umum dan ia ditujukan kepada semua ummah begitu juga kepada nabi dan juga wazir. Dan jika kita katakan Amirul-Mukminin mempunyai hasrat tersebut, ianya dibolehkan. Nabi Allah tidak akan marah kepada segala amalan yang dibolehkan, dan tidak juga dia menggunakan kata-kata yang sedemikian. Setiap orang yang waras, setelah mempertimbangkannya dengan teliti, akan mengetahui bahawa laporan ini adalah satu dari yang dipalsukan oleh Bani Umayya. Ulama kamu sendiri mengakui fakta ini.

PEMALSUAN HADITH SEMASA ERA MUAWIYA.

Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali menyebutkan satu laporan dari ketua dan juga gurunya, Abu Ja’far Iskafi Baghdadi, di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 358, bahawa Mu’awiya Bin Abu Sufyan telah membentuk satu kumpulan para sahabat dan juga Tabi’in pada tujuan memalsukan hadith di dalam mengutuk Ali. Tujuan itu adalah untuk menjadikan dia sasaran bagi kebencian manusia supaya mereka akan menjauhi dia. Diantara mereka adalah Abu Huraira, Amr Bin As, Mughira Bin Shaiba, Urwa Bin Zubair, seorang dari tabi’in juga bersama mereka. Abu Ja’far Iskaf juga telah merujuk kepada beberapa hadith yang telah dipalsukan. Berkata mengenai Abu Huraira, dia berkata bahawa dialah orangnya yang menyampaikan hadith yang bertujuan pada menunjukkan bahawa Ali berhasrat untuk mengambil anak perempuan Abu Jahl untuk dikahwini semasa hidupnya nabi. Ini telah membuat nabi marah, dan dia berkata dari atas mimbar, ‘Kawan Allah dan musuh Allah tidak boleh bersama. Fatima adalah sebahagian dari diri saya. Sesiapa yang menyedihkannya, menyedihkan saya. Dia yang hendak mengahwini anak perempuan Abu Jahl hendaklah berpisah dengan anak perempuan saya.’ Selepas itu, Abu Jafar berkata bahawa hadith itu dikenali sebagai Karabisi; oleh kerana semua hadith yang tidak berasas dipanggil Karabisi [penjual kain secara lisan] Ibn Abil-Hadid berkata bahawa hadith itu telah disampaikan di dalam kedua sahih Bukhari dan Muslim dari Miswar bin Makhrama az-Zahr. Dan Seyyed Murtaza Alamul-Huda, seorang dari ulama shia yang terkenal, berkata di dalam bukunya Tanzia’u’l-Anbia wa’l-A’imma bahawa kenyataan itu telah disampaikan oleh Husain Karabisi, yang amat terkenal memusuhi ahli bayt. Dia tergolong di dalam Nawasib dan seorang musuh terkuat bagi keluarga suci. Kenyataannya tidak dapat diterima. Menurut dari hadith yang direkodkan di dalam buku sahih kamu, musuh Ali adalah munafiq. Munafiq, menurut al-Quran adalah ahli neraka; maka laporannya tidak membawa erti. Selain itu, hadith mengutuk manusia yang menganggu Fatima, tidak saja di dalam lingkungan kenyataan Karabisi atau hadith palsu Abu Huraira mengenai anak perempuan Abu Jahl. Terdapat banyak hadith pada tajuk ini. Diantaranya yang disampaikan oleh Parsa Dari Bukhara di dalam Faslu’l-Khitab; satu oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dan oleh Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawadda XIII dari Mawaddatu’l-Qurba, pada pengesahan Salman Muhammadi, bahawa nabi berkata: ‘Fatima cinta amatlah berguna kepada kita diratusan tempat, yang paling senang diantaranya adalah kematian, kuburan, mizan [timbangan], sirat [jambatan], dan dipersoalkan. Maka jika anak perempuan saya, Fatima, senang dengan sesaorang, saya juga akan merasa senang dengannya. Jika saya merasa senang dengannya, Allah juga akan senang dengannya. Jika anak perempuan saya tidak suka kepadanya, saya juga tidak suka kepadanya. Jika saya tidak suka kepadanya Allah juga tidak suka kepadanya. Malang bagi mereka yang menyusahkan Fatima dengan suaminya. Malang bagi mereka yang menyusahkan Ali, Fatima dan shia mereka.’ Saya tanya kepada kamu apakah rumusannya yang kamu dapati daripada hadith-hadith ini dan juga hadith yang dirakamkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Fatima kekal marah dengan Abu Bakr dan Umar sehingga dia meninggal dunia.

SALAH FAHAM MENGENAI KEMARAHAN FATIMA ADALAH TIDAK BERIMAN.

Hafiz: Hadith itu sudah pastinya benar dan telah dirakamkan secara khusus di dalam buku sahih kami. Yang sebenarnya saya juga meragui kenyataan Karabisi yang Ali berhasrat mengahwini anak perempuan Abu Jahl. Saya tidak mempercayainya, dan kini saya rasa berterima kasih yang kamu telah menyelesaikan masaalah itu untuk saya. Kedua, di dalam hadith ini ‘kemarahan’ bererti kemarahan agama dan bukan kemarahan untuk dunia. Kemarahan dia mengenai Abu Bakr dan Umar, yang telah dirakamkan di dalam semua buku yang dipercayai, bukanlah pada agama. Iaitu, Fatima tidak merasa marah dengan Abu Bakr dan Umar kerana mereka melanggar mana-mana perundangan Agama. Ya benar jika sesiapa yang menjadikan dia marah dalam hal agama, maka dia akan mendapat kutukan dari nabi. Tetapi yang sebenarnya Fatima marah timbul dari pertukaran keadaan, yang mana setiap manusia sensitif, yang gagal untuk mendapatkan maksud tujuannya. Oleh kerana Fatima telah membuat tuntutan kepada Fadak dan khalifa tidak menerima tuntutannya, dia pastinya menerima kesan darinya dan merasa marah pada ketika itu. Tetapi kemudian perasaan tidak senang itu hilang dari ingatannya, dan dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh khalifa. Bukti pada kepuasan hatinya adalah dengan dia berdiam diri. Dan apabila Ali menjadi khalifa, walaupun dia mempunyai kuasa penuh, telah tidak mengambil semula Fadak dibawah kawalannya. Ini juga membuktikan bahawa dia amat berpuas hati dengan keputusan khalifa yang terdahulu.

FATIMA ADALAH BEBAS DARI IKATAN DUNIA.

Shirazi: Pertama kamu katakan kemarahan Fatima bukan disebabkan agama tetapi keduniaan. Kamu telah menyatakan pandangan ini tanpa mengkaji dengan tiliti. Menurut dari prinsip utama ayat al-Quran dan juga hadith nabi, tidak ada orang yang benar-benar beriman yang pernah menunjukkan kemarahan yang sedemikian [untuk dunia], jangan dikatakan Fatima, yang mana kesuciannya telah dibuktikan dari ‘ayat kesucian’; ‘ayat Mubahila’ dan juga surah Hal Ata dari al-Quran [76:1] Terdapat banyak hadith di dalam buku kamu dan juga buku kami yang sahih bahawa Fatima menduduki kedudukan yang tertinggi di dalam iman dan bahawa nabi dengan jelas mengatakan mengenainya: ‘Sesungguhnya Allah telah memenuhi anak perempuan saya, Fatima dengan iman dari kepala hingga kekaki.’ K

EMARAHAN FATIMA DIGERAKKAN OLEH AGAMA.

Mana-mana yang beriman, lelaki dan wanita, yang tujuan mereka adalah untuk mengakui yang benar, tidak akan menunjukkan sebarang kemarahan apabila hakim mengeluarkan perintah yang adil. Dan tidak juga orang beriman yang sedemikian akan memendam kemarahan dan kebenciannya sehingga dia mati, dan mempastikan di dalam wasiatnya bahawa tidak ada daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan arahan tersebut yang dibenarkan bersama di dalam mendirikan solat jenazah untuknya. Lebih-lebih lagi Fatima, yang mana kemuliaannya Allah sendiri telah memberikan keterangan, pasti tidak akan membuat tuntutan yang palsu, supaya hakim dapat menolak tuntutannya. Kedua; jika kemarahan Fatima hanyalah ‘kemarahan dunia’ sebagaimana yang kamu katakan, atau kekeciwaan kerana tuntutannya dotolak, kemarahannya tidak lama tentu akan hilang, terutama setelah penyesalan yang ditunjukkan oleh mereka yang bertanggong jawab terhadap kemarahannya. Pasti tidak ada kebencian di dalam hatinya. Nabi telah berkata: ‘Satu dari tanda orang yang beriman adalah dia tidak mempunyai kebencian yang diasaskan dari sentimen dunia, terhadap sesiapapun.’ Juga nabi telah berkata: ‘Jika seorang yang beriman telah melakukan kesalahan, orang beriman yang tersinggong tidak sepatutnya merasa permusuhan dengannya lebih dari 3 hari.’ Maka Fatima Zahra yang suci lagi benar, yang menurut dari keterangan Allah, telah dipenuhi dengan iman dari kepala hingga ke kaki, tidak akan membenci terhadap sesiapa. Maka dari sini kita akan dapati bahawa kemarahan Fatima adalah khusus pada agama. Apabila dia melihat bahawa perintah yang dijatuhkan kepada dirinya bertentangan dengan perintah Allah dan juga bapanya, dia menjadi marah dengan kebencian disebabkan oleh agama dan itu adalah kemarahannya, yang menyebabkan juga kemarahan Allah dan nabiNya.

BERDIAMNYA FATIMA TIDAK BERERTI DIA BERPUAS HATI.

Ketiga; kamu katakan bahawa diamnya Fatima bererti bahawa dia telah berpuas hati di dalam keputusan tersebut. Disini sekali lagi kamu telah salah. Berdiam diri tidak bererti tanda setuju. Terkadang kala tekanan dari yang berkuasa membuat kita terpaksa terima. Fatima bukan sahaja bersedih, tetapi meninggalkan dunia ini dengan marah. Kedua B

peshawar nights – malam lapan Khamis malam, 1 Shaban 1345 Hijrah (c)

Seyyed Abdul-Hayy: Tuan yang dihormati, semalam kamu telah menyumbang kepada permusuhan diantara Muslim

 Shirazi: Beritahu saya bagaimana saya lakukan.

Seyyed: Sedang kamu menerangkan ‘diri kami’, kamu telah membahagi Muslim kepada dua golongan. Muslim dan yang Beriman. Tetapi Muslim semuanya adalah satu dan sama. Mereka yang mengatakan perkataan, ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah RasulNya’ adalah semuanya bersaudara. Mereka tidak seharusnya dibahagikan kepada dua golongan, kerana ini adalah merbahaya kepada Islam. Shia memanggil diri mereka yang beriman dan mereka memanggil kami Muslim. Kamu tentu telah lihat di India bahawa shia dikatakan yang beriman dan sunni dikatakan Muslim. Yang sebenarnya Islam dan Iman adalah sama kerana Islam bererti menerima arahan agama. Pengakuannya adalah kebenaran kepada iman. Keseluruh kommuniti telah bersetuju bahawa Islam adalah iman yang bersih. Kamu telah menyalahi dari pandangan umum.

PERBEZAAN ANTARA ISLAM [MENYERAH] DAN IMAN [KEPERCAYAAN]. Shirazi: Pertama, rujukan kamu kepada manusia umum, tidak bererti manusia dari ummah secara keseluruhan. Ianya merujuk kepada manusia umum dari golongan sunni sahaja. Kedua, kenyataan kamu mengenai islam dan iman tidaklah tepat. Bukan sahaja shia yang berbeza pandangan dengan sunni, tetapi Ashari, Mutazali, Hanafi dan Shafii juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenainya iman dan islam. Ketiga, saya benar-benar tidak faham kenapa seorang terpelajar seperti kamu harus berselindung disebalik bantahan yang remeh. Perpecahan kepada dua golongan telah dibuat oleh Allah di dalam al-Quran. Mungkin kamu telah terlupa perkara yang berkaitan kepada sahabat dipihak kanan dan sahabat dipihak kiri yang dirujuk di dalam al-Quran yang berkata: ‘Penduduk padang pasir berkata: ‘Kami percaya’ Katakan: ‘Kamu belum percaya tetapi katakan, kami berserah, iman belum masuk lagi kedalam hati kamu.’ [49:14] Pastinya kamu tahu bahawa ayat ini diwayukan pada mengutuk kaum padang pasir, Bani Asad, yang hanya Muslim dalam nama sahaja. Semasa tahun kelaparan, mereka memenuhi Madina, dan mengharap supaya mendapat bantuan, telah mengatakan mereka beriman. Tetapi di dalam hati, mereka adalah kafir terhadap Allah dan nabiNya. Ayat ini menerangkan bahawa terdapat dua kumpulan Muslim, muslim yang ikhlas, yang telah mengesahkan kebenaran iman; dan mereka yang hanya menyebutkan pengistiharan kepada iman. Di dalam lingkungan sosial kita, kumpulan yang terakhir itu juga mendapat perlindungan keselamatan dan faedah dari perundangan untuk semua orang muslim. Tetapi mengikut kepada perundangan al-Quran, mereka tidak berhak kepada sebarang ganjaran diakhirat. Pengistiharan mereka; bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah RasulNya, dan pada mempamerkan bahawa mereka adalah muslim tidak mempunyai sebarang pengertian. Seyyed: Kamu adalah benar, tetapi islam tanpa iman tidak ada makna, begitu juga iman tanpa islam tidak punya kemuliaan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Dan jangan mengatakan kepada sesiapa yang menawarkan kepada kamu keamanan: Kamu bukanlah seorang yang beriman.’ [4:94] Ayat ini membuktikan bahawa kita hendaklah melayani menurut pada apa yang zahir. Jika sesiapa mengatakan: ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulNya.’ Kita hendaklah menerima imannya. Ini dengan sendirinya adalah bukti yang terbaik bahawa islam dan iman adalah sama. Shirazi: Ayat itu diwahyukan mengenai sesaorang yang tertentu, sama ada Usama bin Zaid atau Muhailam bin Jasama-e-Laisi, yang, dimana telah dikatakan, membunuh sesaorang di dalam peperangan yang telah mengistiharkan, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah’ Dia telah dibunuh dengan anggapan bahawa dia telah mengatakan perkataan itu dalam keadaan takut. Tetapi kerana kamu fikirkan ayat ini dalam pengertian umum, maka kami juga menganggap semua muslim sebagai bersih. Ya melainkan, kami melihat mereka menafikan pada asas agama. Tetapi terdapat perbezaannya diantara islam dan iman, kerana iman mempunyai berbagai kedudukan. Imam Jafar bin Muhammad As-Sadiq berkata di dalam sebutannya dari Umar dan Zubair, ‘Untuk iman terdapat syarat, kedudukan dan peringkat. Sebahagian darinya kurang, dan kekurangannya jelas kelihatan; sebahagian mempunyai nilai yang baik dan berat; sebahagian nya adalah menyeluruh dan telah sampai ketahap kesempurnaan.’ Kekurangan Iman adalah peringkat pertama iman yang mana sesaorang lalui kepada islam dari kafir. Iman boleh bertambah. Rujukan kepadanya telah dibuat di dalam beberapa hadith. Diantaranya adalah sebutan di dalam Usul Kafi dan di dalam Nahjul Balagha dari Amirul Mukminin dan Jafar bin Muhammad As-Sadiq yang berkata: ‘Allah telah membahagikan iman kepada 7 kelas yang mengandungi kebaikkan, kebenaran, keyakinan di dalam hati, menyerah kepada kehendak Allah, ketaatan, pengetahuan dan kesabaran. Ketujuh-tujuh kualiti ini telah dibahagikan tidak sama rata kepada manusia. Sesiapa yang mempunyai kesemua kualiti ini adalah orang yang sempurna imannya. Makanya islam adalah tahap peringkat iman yang pertama, yang mana hanya mengandungi pengistiharan secara lisan di dalam mempercayai kerasulan Muhammad dan keEsaan Allah. Iman belum memasukki hati orang itu lagi. Nabi Allah memberitahu sekumpulan orangnya: ‘Wahai manusia! Kamu adalah diantara mereka yang telah menerima islam dengan lidah kamu tetapi belum lagi dengan hati kamu.’ Pastinya islam dan iman adalah berbeza. Tetapi kita tidak dikehendakki untuk menyiasat hati orang lain. Saya katakan semalam bahawa tanda yang beriman adalah amalannya. Tetapi kita tidak punya hak untuk bertanya mengenai tindakkan seorang muslim. Kami terpaksa, bagaimanapun pada menunjukkan ciri-ciri iman, supaya mereka yang sedang lena tidur dapat digerakkan pada melakukan tugas-tugas mereka. Makanya mereka hendaklah sedar akan kebenaran iman dan mengetahui bahawa keselamatan diakhirat hanya dicapai dengan melakukan amalan yang baik, sebagaimana hadith telah katakan: ‘Iman bererti penerimaan dengan lidah, yakin di dalam hati, dan amalan dengan anggota.’ Penerimaan dengan lidah dan berkeyakinan di dalam hati adalah pendahuluan kepada amalan. Sudah tentu kita tahu bahawa dunia yang hina ini hanyalah pendahuluan kepada dunia yang lain. Jalan keselamatan bagi sesaorang tertutup diakhirat melaiankan dia menjadi seorang yang beramal baik disini. Allah yang maha berkuasa telah berkata di dalam al-Quran: ‘Demi masa, manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh…’[103:1-3] Secara ringkas, menurut al-Quran, wara’adalah akar kepada iman. Dan jika sesaorang tidak mempunyai amalan kebajikan bagi dirinya, pengesahan secara lisannya atau keyakinan di dalam hatinya masih meninggalkan dirinya jauh dari iman. Jika adalah benar bahaa kita haruslah menganggap sesiapa sahaja yang mengatakan, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah,’ mengapa kamu menganggap shia sebagai kafir? Sudah tentu shia percaya kepada ke Esaan Allah, kenabian Muhammad, satu Kiblat, satu kitab. Mereka melakukan segala amalan yang wajib, mengerjakan puasa yang ditentukan, pergi menunaikan haji, membayar khum dan zakat, percaya kepada hari kebangkitan dan hari pembalasan. Tidakkah kamu yang menyebabkan perpecahan di dalam muslim? Kamu telah memisah dan menjauhkan jutaan muslim dari diri kamu dan mengatakan mereka kafir walaupun kamu tidak punya sedikitkan bukti pun untuk menyokong tuduhan itu. Kamu tidak kenalkah bahawa itu semua adalah peralatan pihak musuh yang mahu mengadakan perpecahan diantara muslim dengan pembohongan tersebut. Yang sebenarnya kita tidak punya perbezaan di dalam asas kepercayaan kita, melainkan pada Imami dan wazir. Dan apa pula jika terdapat perbezaan di dalam amalan kepercayaan? Perbezaan yang begitu terdapat juga diantara kamu yang empat mazhab, dan ianya lebih sirius dari perbezaan dengan kami. [Adalah tidak wajar sekarang untuk menunjukkan perbezaan diantara Hanafi dan Maliki atau Shafii dan Hanbali]. Pada pendapat saya kamu tidak punya apa-apa bukti untuk menunjukkan murtad atau kafirnya shia. Satu-satunya kesalahan shia yang tidak dapat dimaafkan, menurut dari apa yang dipropaganda oleh Khariji dan Nasibi dengan cara Umayya, adalah bahawa shia tidak pernah salah pada menghuraikan hadith. Mereka tidak memberi orang seperti Abu Huraira, Anas dan Samura tempat diantara nabi dan diri mereka. Bahkan ahli perundangan kamu dan juga khalifa agung kamu mengutuk mereka sebagai pendusta. Kesalahan yang terbesar yang dikatakan kepada shia adalah kerana mereka mengikuti keturunan nabi, Ali dan 12 Imam, dan bukannya Imam yang empat. Tetapi kamu tidak punya bukti dari nabi untuk menunjukkan bahawa muslim mesti mengikuti Ashari atau Muntazili di dalam asas agama [tawhid], dan Maliki, Hanafi, Shafii atau Hanbali di dalam perkara amalan [fiqah]. Disebaliknya terdapat banyak arahan dari nabi memberitahu kita bahawa keturunan dan ahli bayt nabi adalah sama setaraf al-Quran dan ummah hendaklah mendampingkan diri kepada mereka. Diantara hadith itu adalah hadith thaqalain, hadith-e-safina, hadith-e-bab-e-Hitta. Bolehkah kamu menyebutkan satu hadith yang mana nabi berkata bahawa ummah selepasnya hendaklah mengikut Abul-Hasan Ashari dan Wasil bin Ata, dsb, di dalam bahagian asas [tawhid] agama, dan satu dari empat mazhab – Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal, Abu Hanifa atau Muhammad bin Idris Shafii? [fiqah] Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab IV, menyatakan dari Faraid Hamwaini menyebutnya dari Ibn Abbas bahawa Nabi berkata kepada Amirul Mukminin: ‘Wahai Ali! Aku adalah kota ilmu dan kamu adalah pintunya. Tidak ada siapa yang boleh masuk kekota tanpa pertama masuk melalui pintunya. Dia adalah pendusta yang mengatakan dia cinta kepada ku sedang dia itu musuh kamu, kerana kamu adalah daripada aku, dan aku daripada kamu. Daging kamu adalah daging aku, darah kamu adalah darah aku, jiwa kamu adalah jiwa aku, wajah kau adalah wajah aku. Rahmat bagi mereka yang patuh kepada kamu, binasalah mereka yang engkar kepada mu. Sahabat kamu selamat dan musuh kamu sesat. Sesiapa yang bersama dengan kamu dia berjaya, dan mereka yang menjauhi kamu akan kecundang. Selepas aku, kamu dan semua para Imam dari keturunan kamu adalah umpama bahtera Nuh: sesiapa yang menaikinya akan selamat, dan sesiapa yang enggan menaikinya akan tenggelam. Mereka [para Imam] adalah umpama seperti bintang: apabila satu tenggelam yang satu lagi akan terbit. Turutan ini akan berterusan sehingga kehari pengadilan. Ianya telah disebutkan dengan jelas di dalam hadith-e-thaqalain [diakui oleh kedua golongan] bahawa jika kamu bersama ahli bayt, kamu tidak akan menyempang.’ Bahkan fanatik seperti Ibn Hajar Makki merakamkan yang didapatinya di dalam bukunya Sawaiq Muhriqa, Bab 2, sub bahagian 1, ms 92, pada kaitan dengan ayat al-Quran: ‘Dan tahan mereka, kerana mereka akan ditanya.’ [37:24] Dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi telah juga menyebutkan dari Sawaiq di dalam bukunya Yanabiul Mawadda, Bab 95, ms 296, dicetak di Istanbul, mengatakan bahawa hadith ini telah disampaikan di dalam cara yang berbeza. Ibn Hajjar berkata: ‘Sesungguhnya, hadith pada dua perkara penting [thaqalain] telah disampaikan dengan cara yang berbeza. Ianya telah disampaikan oleh lebih dari 25 sahabat nabi.’ Ibn Hajar berkata mengenai ayat al-Quran yang diatas bahawa pada hari pengadilan, manusia akan ditanya mengenai walaya Ali dan juga keturunan nabi. Dia menulis bahawa menurut dari beberapa punca, hadith ini telah disampaikan pada peristiwa Arafa, dan sebahagian berkata ianya disampaikan apabila nabi diatas ranjang maut dengan tempat kediamannya penuh dengan para sahabat. Yang lain mengatakan bahawa ianya telah dimuatkan di dalam ucapannya yang terakhir selepas haji wida’. Ibn Hajar memberikan pendapatnya mengenai terdapaynya perbezaan keadaan pada hadith ini: ‘Tidak terdapat ketetapan, pada kemungkinannya bahawa nabi, di dalam keinginannya untuk menunjukkan kemuliaan al-Quran dan keturunannya yang suci, mengulangi hadith ini pada tempat dan keadaan yang berbeza. Ianya telah disampaikan dengan sah bahawa nabi berkata: ‘Saya tinggalkan diantara kamu dua perkara penting; jika kamu mengikuti mereka, kamu tidak akan menyimpang: dan keduanya ialah kitab Allah dan ahli bayt ku.’ Tabrani telah meyatakan hadith ini dengan tambahan begini: ‘Saya tanya kamu mengenai dua ini: al-Quran yang suci dan ahli bayt, maka janganlah cuba untuk membuang mereka. Kerana kamu akan binasa. Janganlah mengabaikan mereka. Kerana kamu akan rosak. Janganlah mengajar mereka, kerana mereka lebih mengetahui dari kamu. Bahkan Ibn Hajar yang fanatik, setelah menyatakan dari Tabrani dan lainnya, menulis: ‘Nabi mengelar al-Quran dan keturunannya, ‘dua perkara penting’ kerana kedua ini amatlah berat dan cemerlang di dalam semua aspek.’ Nabi juga berkata: ‘Saya memuji Allah yang telah memenuhi hati ahli bayt ku dengan kebijaksanaan.’ Dan nabi juga berkata di dalam hadith yang dirujuk terdahulu, ‘… dan jangan cuba untuk mengajar mereka [keturunan ku] apa-apa juga, oleh kerana mereka yang paling terpelajar dari kamu semua. Anggaplah mereka yang utama dari segala ummah kerana Allah telah menjadikan mereka suci dan telah mengenalkan mereka kepada ummah dengan kuasa luar biasa dan mempunyai kemuliaan serta lainnya.’ Terdapat satu petunjuk di dalam hadith ini yang menekankan pada mengikuti ahli bayt: iaitu, generasi ahli bayt yang berturutan tidak akan terputus sehingga ke hari pengadilan. Amat menghairankan bahawa sebahagian manusia mengakui bahawa ahli keturunan nabi mempunyai pengetahuan yang tinggi tetapi melanggar arahan nabi dan mengambil sebagai ketua mereka orang yang tidak punya hak pada rujukan. Bolehkan kamu atau kami menukarkan al-Quran? Bolehkah kita memilih mana-mana kitab lain? Seyyed: Tidak boleh. Ini adalah amanah nabi, pengkhabaran tuhan, punca petunjuk yang agung. Shirazi: Semoga Allah merahmati kamu. Kamu mengatakan yang benar. Apabila kita tidak boleh menukar al-Quran dan menggantikannya dengan kitab lain, maka prinsip yang sama hendaklah diikuti mengenai yang sama dengan al-Quran. Maka menurut dari prinsip mana, orang yang bukan dari keturunan nabi dibolehkan mendahului keturunannya? Saya perlukan jawapan yang mudah bagi soalan ini supaya kita boleh tahu sama ada ketiga-tiga khalifa – Abu Bakar, Umar dan Uthman – tergolong di dalam ahli bayt nabi, dan termasuk di dalam hadith yang kami telah sebutkan [Thaqalain, Safina, Bab-e-Hitta] Jika mereka terjumlah di dalamnya, maka kita hendaklah mengikuti mereka , menurut dari arahan nabi. Seyyed: Tiada siapa percaya bahawa mana-mana dari khalifa, melainkan hanya Ali yang terjumlah di dalam ahli bayt nabi. Sebenarnya tiga khalifa yang disebut adalah sahabat nabi. Shirazi: Adakah nabi menyurh kita untuk mengikuti kumpulan atau individu tertentu? Jika satu golongan berkata bahawa adalah perlu untuk mengikut orang lain [bukan ahli bayt], haruskah kita patuh kepada nabi atau mengikut [dikatakan] bermanfaat sebagaimana yang ditentukan oleh ummah?

Seyyed: Sudah pasti patuh kepada nabi adalah wajib.

Shirazi: Selepas nabi mengarahkan kita untuk mengikuti al-Quran dan ahli baytnya, mengapa orang lain diutamakan? Adakah Abu’l-Hasan Ali Bin Isma’il Ash’ari, Wasil Bin Ata, Malik Bin Anas, Abu Hanifa, Muhammad Bin Idris Shafi’i, and Ahmad Bin Hanbal tergolong pada keturunan nabi atau Amirul Mukminin, Ali dan sebelas dari keturuannya?

Seyyed: Sudah pasti tidak.Tiada siapa pernah berkata mereka ini dari keturunan nabi, tetapi mereka adalah ahli fiqah terkenal dan orang yang wara’ dari ummah.

Shirazi: Tetapi menurut dari persetujuan kommuniti, Imam 12 adalah keturunan dari nabi. Ulama kamu bersetuju bahawa mereka adalah sama dengan al-Quran, dan patuh kepada mereka membawa kepada keselamatan. Lebih-lebih lagi nabi berkata mereka adalah yang paling berpengetahuan. Dengan arahan yang sebegini jelas, apakah jawapan yang akan mereka berikan apabila nabi bertanya, mengapa mereka melanggar apa yang dia telah sebutkan dan membiarkan orang lain mendahului keturunannya? Adakah mana-mana arahan dari nabi bahawa golongan Ashari atau Mutazali harus mengikuti ketua mereka atau bahawa golongan Maliki, Hanafi, Shafii dan Hanbali perlu mengikut ketua mereka di dalam amalan agama? Tiada siapa ada menyebut nama mereka 300 tahun setelah wafatnya nabi. Hanya terkemudian, untuk tujuan politik atau alasan lain yang saya tidak tahu, mereka timbul dipementasan. Tetapi para Imam dari keturunan nabi telah dikenali umum semasa hayat nabi lagi. Ali, Hasan, Husain dan Fatima telah dikenali sebagai ahli Kisa, iaitu ‘orang dibawah selimut’ Merekalah orangnya yang mana sanjungan ‘ayat bagi kesucian’ telah diwahyukan. Adakah wajar untuk memanggil mereka yang mengikuti Ali, Hasan, Husain dan para Imam yang lain kafir? Kamu telah mengutamakan mereka yang bukan dari keturunan nabi, mereka yang hanya ahli di dalam perundangan fiqah.

Apakah jawapan yang akan kamu berikan dimahkamah tuhan apabila kamu ditanya mengapa kamu telah menyesatkan manusia awam, mengapa kamu memanggil pengikut ahli bayt kafir dan pembuat bida’ah? Kamu salahkan kami kerana kami bukan pengikut mazhab Maliki, Hanafi, Shafii dan Hanbali. Dan sedangkan kamu tidak mengikut Ali, walaupun terdapat perintah yang terang lagi tegas dari Allah dan nabi yang kamu perlu melakukannya. Tanpa alasan yang munasabah, kamu mengikuti satu dari empat mazhab dan menutup pintu bagi perundangan. Seyyed: Kami bergantung kepada empat Imam sebagaimana kamu bergantung kepada 12 Imam. Shirazi: Syabas! Kamu telah mengatakan suatu perkara yang bagus! Jumlah Imam 12 orang tidaklah ditentukan oleh shia atau ulama mereka beberapa abad setelah wafatnya nabi. Banyak hadith yang disampaikan dari kedua pihak, membuktikan bahawa nabi sendiri menentukan jumlah Imam adalah 12. Diantara ulama kamu yang banyak yang telah merakamkan fakta ini adalah Sheikh Sulayman Qanduzi Hanafi, yang menulis di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 77, mengenai kenyataan: ‘Terdapat 12 Imam selepas saya.’ Yahya Bin Hasan di dalam Kitabu’l-Umma telah menyampaikan dalam 20 cara bahawa nabi berkata bahawa penggantinya adalah 12 orang, dan semuanya dari Quraish. Ianya telah disampaikan dengan tiga cara di dalam sahih Bukhari, dengan 9 cara dalam sahih Muslim, dengan 3 cara di dalam sunan Abi Daud, dengan satu cara di dalam sunan Tirmidhi dan dengan 3 cara di dalam Hamidis Jam-e-Bainus-Sahihain. Ramai lagi dari ulama kamu seperti Hamwaini di dalam Fara’id, Khawarizmi dan Ibn Maghazili, masing-masing di dalam Manaqib, Imam Tha’labi di dalam Tafsir dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, dan Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda 10. Semua telah merakamkan 12 hadith di sampaikan oleh Abdullah bin Abbas, Ubaya bin Rabi’i Zaid bin Haritha, Abu Huraira dan Amirul Mukminin Ali. Semua ini telah disampaikan secara berlainan, tetapi sama, dalam perkataan bahawa nabi berkata jumlah penggantinya dan Imam adalah 12, dan kesemuanya dari Quraish. Sebahagian hadith mengatakan dari Bani Hashim. Di dalam hadith yang lain, ditentukan nama-nama 12 pengganti itu disebutkan. Sebahagian hanya memberikan jumlahnya. Saya telah menyebutkan hanya satu contoh dari banyaknya hadith ulama kamu. Sekarang bolehkah kamu sebutkan satu hadith yang mengatakan bahawa jumlah penggantinya adalah empat? Walaupun jika terdapat satu sahaja hadith yang sedemikian, kami akan menerimanya lebih daripada yang kami punya. Walau apa pun juga kamu tidak dapat menyebutkan satu pun hadith mengenai empat Imam kamu. Terdapat perbezaan yang besar diantara Imam shia dan Imam kamu. 12 Imam kami telah dilantik oleh tuhan sebagai pengganti. Mengenai Imam kamu, hanya ini yang boleh dirumus: Mereka mempunyai pengetahuan ilmu fiqah, dan boleh menterjemah al-Quran dan hadith. Sebahagian mereka, seperti Abu Hanifa, menurut rakaman dari ulama kamu, tidak termasuk diantara penyampai hadith, perundangan atau mujtahid, tetapi hanya seorang yang bergantung pada pendapat sendiri. Ini dengan sendirinya telah menunjukkan dia kekurangan pengetahuan. Sebaliknya Imam shia adalah petunjuk yang dilantik tuhan, ditentukan sebagai pengganti nabi. Sudah pasti pada setiap era terdapat seorang perundangan dan ulama di anatara shia yang dapat menterjemahkan perintah-perintah Allah, beriringan dengan al-Quran, hadith dan persetujuan pendapat. Kami mengikut keputusan ulama yang sedemikian. Walaupun para perundangan kamu [ahli fiqah] adalah murid, dan mendapat pengetahuan dari Imam shia, kamu dengan membuta tuli telah mengikuti mereka yang terdahulu, dari anak murid mereka yang menyimpang dari asas pengetahuan dan bergantung kepada spekulasi. Seyyed: Bagaimana kamu mengatakan bahawa Imam kami mendapat faedah dari Imam kamu? Shirazi: Ini adalah fakta sejarah bahawa Imam Jafar Sadiq lebih utama dari semua ulama dalam pengetahuan. Seorang alim terkenal Nuru’d-Din bin Sabbagh Maliki mengakui di dalam Fusulu’l-Muhimma bahawa Imam suci ini amat terkenal dengan ilmu pengetahuannya. Dia menulis: ‘Manusia mendapat ilmu daripadanya dari berbagai lapangan. Manusia datang dari tempat yang jauh untuk mendapatkan arahan. Dia menjadi amat terkenal dimana sahaja dan para ulama menyebutkan banyak hadith dari beliau selain dari ahli bayt yang lain…’ Kumpulan yang besar dari golongan masyarakat terkenal seperti Yahya Bin Sa’id Ibn Jarih, Malik Bin Anas, Sufyan Thawri, Abu Ainiyya, Abu Ayyub Sijistani, Abu Hanifa, and Saba – semua telah menyampaikan dari sebutannya. Kamalu’d-Din Abi Talha juga menulis di dalam Manaqib bahawa ulama terkenal dan ketua agama telah menyampaikan hadith dari Imam yang suci dan telah mendapat ilmu darinya. Diantara mereka dia menyebutkan nama-nama mereka yang dinyatakan di dalan Fusulul-Muhimma. Bahkan musuh mengakui kemuliaan Imam yang suci. Sebagai contoh Maliki di dalam Fusulu’l- Muhimma dan khususnya Sheikh Abu Abdu’r-Rahman Salmi di dalam Tabaqatu’l-Masha’ikh telah menulis: ‘Sesungguhnya Imam Jafar Sadiq lebih utama dari semua mereka dimasanya. Dia mempunyai pengetahuan dan kepakaran khusus dalam agama, paling wara’ didunia ini, menahan diri dari keinginan dunia dan kebijaksanaan yang mendalam.’ Dan Muhammad Bin Talha Shafi’i telah merakamkan semua kemuliaan Imam yang suci di dalam Matalibu’s-Su’ul, chapter VI, ms 81: ‘Orang ilmuan ini adalah ketua yang terkenal dari ahli bayt. Dia telah di anugerahkan dengan pengetahuan yang mendalam dan selalu di dalam keadaan mengingati Allah. Dia kerap membacakan al-Quran dan memberikan penterjemahannya. Sahabatnya telah dapat mengumpulkan permata dari lautan ilmunya. Dia membahagikan masanya di dalam se hari se malam di dalam berbagai bentuk ketaatan. Melawat kepadanya seolah peringatan kepada hari akhirat. Dengan mendengarkan ucapannya boleh membuat sesaorang kepada wara’, dan dalam mengikuti arahannya boleh membawa kepada mendapatnya syurga. Wajahnya yang berseri menunjukkan bahawa dia adalah dari keturunan nabi. Keikhlas amalannya juga menunjukkan bahawa dia adalah dari keturunan nabi. Banyak ulama telah menerima hadith dan mendapat pengetahuan darinya. Diantara mereka adalah Yahya Bin Sa’id Ansari, Ibn Jarih, Malik Bin Anas, Sufyan Thawri, Ibn Ainiyya, Sha’ba and Ayyub Sijistan. Semuanya berterima kasih diatas keberuntungan mereka dan keistimewaan belajar darinya.’

KAITAN SHIA DENGAN IMAM JAFAR SADIQ. Nawab: Shia percaya dengan 12 Imam. Mengapa shia dikaitkan dengan nama Imam Jafar Sadiq dan dipanggil mazhab Jafari? Shirazi: Setiap nabi, dengan arahan tuhan, melantik penggantinya. Muhammad mengistihatkan Ali sebagai penggantinya dan mengarahkan ummah supaya patuh kepadanya. Tetapi setelah nabi wafat, kedudukan khalifa telah dirampas oleh Abu Bakr, Umar dan Uthman. Semasa pemerintahan mereka, dibahagian permulaan, Abu Bakr dan Umar merujuk kepada Ali dalam banyak perkara dan bertindak diatas nasihat beliau. Lebih-lebih lagi apabila ulama dan para ilmuan terkenal dari agama lain yang datang ke Madina dalam mencari pengetahuan agama, telah benar-benar berpuas hati setelah perbincangan mereka dengan Ali. Disepanjang hidupnya, Ali terus menyumbang kepada Islam dalam berbagai cara. Setelah syahidnya, apabila Bani Umayya menjadi pemerintah, para Imam dengan kejam telah ditindas. Imam Hasan Mujtaba, Imam Husain, Imam Zainu’l-Abidin, dan Imam Muhammad Baqir, adalah mangsa kekejaman Umayya yang tidak berperi. Semua laluan yang menuju kepada mereka telah ditutup hanya tinggal sebahagian kecil dari pengikut mereka sahaja, yang lainnya tidak dapat mengambil faedah dari pengetahuan mereka. Setiap seorang dari mereka telah dibunuh. Di dalam permulaan abad kedua Hijrah, dibawah tekanan yang kuat dari aristokrat Umayya, manusia telah bangun menentang mereka. Peperangan telah berlaku diantara Bani Abbas dengan Bani Umayya. Sedang Bani Umayya sibuk mempertahankan pemerintah, mereka tidak dapat meneruskan tekanan kepada ahli bayt. Makanya Imam Jafar Sadiq keluar dari persembunyian yang dikuat kuasakan oleh Ummaya. Dia mengajarkan manusia mengenai perundangan agama. 4 000 pencinta ilmu pengetahuan berkumpul dikeliling mimbarnya dan menghilangkan dahaga mereka dari lautan ilmu, Imam yang suci. Sebahagian dari sahabatnya yang utama telah merakamkan 400 doktorin yang dinamakan sebagai Usul-e-Arba’mi’atin – bererti ‘400 pendapat’ Yafi’iy Yamani menulis bahawa Imam Jafar melebihi yang lain dalam pengetahuan. Jabir Ibn Hayyan Sufi menulis 1 000 lembar susunan, menyenaraikan hampir 500 buku berasaskan dari ajaran Imam Jafar. Sebahagian dari ahli perundangan sunni yang terkenal adalah muridnya juga. Abu Hanifa, Malik Bin Anas, Yahya Bin Sa’id Ansari, Ibn Jarih, Muhammad Bin Ishaq, Yahya Bin Satid Qattan, Sufyan Bin ‘Uyayna, Sufyan Thawri – kesemuanya mendapat faedah dari pengetahuannya yang luas. Masa pembelajaran terbuka pada ketika ini sahaja, kerana Bani Umayya menyekat sebagaimana orang-orang mereka yang terdahulu, dan malangnya pula Bani Abbas telah menyekat

keturunannya dari bercakap secara bebas. Kebenaran shia telah dibuka dan kemuliaan ahli bayt telah diistiharkan oleh Jafar Sadiq. Makanya golongan ini menjadi terkenal sebagai Jafari, tetapi tidak ada bezanya diantara Imam Sadiq dengan mana-mana empat Imam yang terdahulu dan dari enam Imam yang datang selepsnya. Semuanya dilantik dan mendapat petunjuk ilahi. Walaupun keduanya, lawan dan musuh mengakui kecemerlangannya dalam pengetahuan dan kesempurnaan di dalam semua kemuliaan, orang terdahulu kamu enggan menerimanya sebagai seorang ahli agama dan juga orang yang paling sempurna pada ketika itu. Mereka enggan mengiktiraf pengajiannya bersama dengan pengajian yang lain, walaupun dia memegang kedudukan tertinggi di dalam pengetahuan dan kepatuhan, sebagaimana diakui oleh ulama kamu. Oleh kerana dia dari ahli bayt nabi, dia mempunyai hak untuk mendapat keutamaan dari yang lain. Walaupun yang sedemikian, ulama kamu yang fanatik telah tidak memperdulikan mereka dari keturunan nabi, malah ahli agama seperti Bukhari dan Muslim yang kamu lebih tinggikan, telah tidak mahu merakamkan hadith dari ahli faqih ini dan juga ahli bayt nabi. Mereka tidak merakamkan hadith dari para Imam atau Sadat dari keturunan nabi: Alawi, Husaini, Abidi, Musawi, Rizawi or from such ulema and jurists, like Zaid Bin Ali Bin Husain, the Martyr, Yahya Bin Zaid, Muhammad Bin Abdullah, Husain Bin Ali, Yahya Bin Abdullah Bin Hasan and his brother Idris, Muhammad Bin Ja’far Sadiq, Muhammad Bin Ibrahim, Muhammad Bin Zaid, Abdullah Bin Hasan, Ali Bin Ja’far (Arizi), dan lainnya, kesemua mereka adalah ulama dan ahli faqih terbilang dan dari keturunan keluarga nabi. Sebaliknya kamu telah merakamkan hadith dari Abu Huraira, yang mana kerekternya telah diketahui umum, dan juga dari penipu dan pemalsu ulung Akrama, Khariji. Ulama kamu telah mengesahkan bahawa orang-orang ini adalah penipu dan masih juga mereka menerima hedith-hadith orang ini dengan sepenuh hati. Ibn Bayyit menulis bahawa Bukhari telah menyebutkan sebanyak 1 200 hadith dari khariji dan Nasibi; seperti juga Imam bin Hattan, pemuja Ibn Muljim, pembunuh Amirul Mukminin. Pengikut Imam-e-Azam (Abu Hanifa), Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Hanbal menganggap mereka [Imam] sebagai muslim tulen walaupun tidak seorang dari mereka adalah dari ahli bayt nabi, dan setiap satu dari kumpulan ini adalah bebas pada menerima cara mereka walaupun terdapat perbezaan yang besar di dalam asas beragama begitu juga pada cara amalan diantara mereka. Betapa malangnya bahawa mereka memanggil pengikut Jafar bin Muhammad As-Sadiq kafir. Dan disetiap tempat yang dikuasai oleh sunni, termasuk Makah, yang mengenainya Allah berkata: ‘Sesiapa yang memasukkinya adalah bebas,’ mereka tidak bebas untuk menyatakan kepercayaan mereka atau melakukan solat. Maka kamu manusia yang baik harus tahu bahawa kami shia bukanlah penyebab perbezaan di dalam islam; kami tidak membawa perpecahan diantara muslim. Yang sebenarnya kebanyakkan dari gangguan ini datangnya dari pihak kamu. Adalah kamu yang mengatakan 100 juta islam kafir, walaupun mereka adalah yang beriman sama seperti kamu. Hafiz: Itu adalah benar, sebagaimana yang kamu katakan, saya bukanlah orang yang zalim. Saya mengaku terdapatnya pelampau disebabkan oleh kefanatikan. Apa yang saya hendak katakan tanpa berselindung atau memuji, bahawa saya telah mendapat faedah yang banyak dari ucapan kamu dan telah belajar dengan banyak. Tetapi dengan keizinan kamu, biar saya cakapkan satu perkara, ianya satu aduan dan juga mempertahankan kehormatan golongan sunni. Bolehkah kamu memberitahu kami mengapa guru dan ulama shia seperti kamu tidak membendung orang awam kamu dari membuat kenyataan yang membawa kepada kekafiran? Dan akhirnya pihak lain dapat menggunakan perkataan kafir kepada mereka. Seorang mungkin menjadi tumpuan serangan kerana dia membuat kenyataan yang tidak betul. Maka kamu juga tidak seharusnya menjadikan sunni tempat tumpuan serangan. Shia mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati sunni, yang kemudiannya mengatakan shia sebagai kafir. Shirazi: Boleh saya tahu kenyataan yang bagaimana atau amalan mana yang membawa kepada kafir? Hafiz: Shia mencari kesalahan dari sahabat yang terkenal dan juga sebahagian dari isteri suci nabi; ini adalah nyata satu tindakan musyrik. Oleh kerana para sahabat telah bertahun-tahun berjuang dengan nabi menentang musyrik, adalah jelas perkhidmatan mereka adalah bebas dari kecacatan. Mereka pastinya mendapat syurga, terutama mereka yang mendapat rahmat tuhan. Menurut al-Quran: ‘Sesungguhnya Allah telah redha dengan yang beriman apabila mereka memberikan bai’ah kepada kamu dibawah pokok… ‘ [48:18] Tidak ada keraguan bahawa nabi menghormati mereka. Sesiapa yang menafikan kemuliaan mereka pastinya telah menyimpang. Al-Quran berkata: ‘Tidak dia berkata dari kehendaknya. Itu tidak lain adalah wahyu yang disampaikan.’ [53:3-4] Shirazi: Saya harap tajuk ini tidak ditimbulkan di dalam perjumpaan umum. Jawapan saya mungkin sampai kepada mereka yang kurang arif, dan mereka mungkin menyebarkan propaganda. Adalah lebih baik jika ianya dibincangkan secara tertutup. Saya akan berjumpa dengan kamu satu hari, dan kita akan selesaikan masalah ini secara perseorangan. Hafiz: Maafkan saya, kerana ramai dari kami setelah beberapa malam menekankan supaya tajuk ini hendaklah diperbahaskan. Perbincangan kamu selalunya munasabah. Jika kamu memberikan jawapan yang meyakinkan, tentu tidak ada tindak balas yang tidak menyenangkan. Jika tidak kamu bersetujulah dengan pandangan kami. Nawab: Tidakkah betul. Kita semua mahukan isu itu diselesaikan disini dan sekarang. Shirazi: Saya hanya menurut dengan kehendak kamu. Saya tidak menduga bahawa seorang yang berkemampuan seperti kamu, setelah semua penjelasan yang saya telah berikan pada malam-malam yang lalu pada persoalan kekafiran yang dikatakan kafir kepada golongan shia. Saya telah pun membentangkan bukti yang cukup bahawa shia Ithna Ashari [12] adalah pengikut Muhammad dan ahli keturunannya. Kamu telah membangkitkan beberapa isu. Saya akan menjawab setiap satu daripadanya secara berasingan. KRITIKKAN KEPADA SAHABAT TIDAK BERERTI KAFIR. Pertama kamu katakan bahawa shia mengkritik para sahabat dan sebahagian dari isteri nabi membawa kepada kafir. Saya tidak faham asas kepada kenyataan ini. Jika kritik disokong oleh bukti, ianya diizinkan. Dan jika sesaorang membuat tuduhan yang palsu, ini tidak bererti dia kafir. Dia mungkin dikatakan berdosa, sama seperti mereka yang minum arak atau berzina. Dan setiap dosa terhadap perundangan tuhan boleh diampunkan. Ibn Hazm Zahiri Andalusi (dilahirkan 456 A.H.) berkata di dalam bukunya Al-Fasl fi’l-milal wa’n-Nihal bahagian III, ms 227: ‘Jika sesaorang mengkritik para sahabat nabi kerana kejahilan, dia tidak boleh disalahkan. Jika dia lakukan dengan berpengetahuan, dia berdosa sapa seperti mereka yang melakukan zina, curi, dsb. Jika mereka mengutuk para sahabat dengan sengaja, dia adalah kafir oleh kerana mereka adalah sahabat nabi, perangai yang sedemikian sama seperti bermusuh dengan Allah dan nabiNya. Sebaliknya jika hanya kritik sahabat tidaklah membawa kepada kafir.’ Pernah khalifa Umar meminta nabi untuk mengizinkannya untuk memenggal kepala Hatib, si Munafik, walaupun dia seorang sahabat, muhajir, dan juga yang mengambil bahagian di dalam peperangan Badr. Oleh kerana mengkritik dan mengatakan dia munafik, Umar tidak dikatakan kafir. Jadi bagaimana mungkin shia dikata kafir kerana mengkritik sebahagian dari sahabat, katakanlah buat seketika apa yang kamu katakan adalah benar. Lebih-lebih lagi ulama kamu yang terkenal telah menolak pandangan kamu. Diantara mereka Qazi Abdur-Rahman Shafii, yang di dalam Mawafiq nya telah menolak penjelasan dari ulama kamu yang fanatik mengenai kafirnya shia. Dan Muhammad Ghazali menulis bahawa mengutuk dan mengkritik sahabat tidaklah kafir; bahkan mengutuk kedua-dua sheikh tidaklah menjadi kefir. Mulla Sa’d Taftazani menulis di dalam Sharhe Aqa’id-e-Nas’I bahawa: ‘Sebahagian orang yang fanatik berkata bahawa sesiapa yang mengutuk sahabat adalah kafir. Amat susah untuk menerima pandangan ini. Kekafiran mereka ini tidak dibuktikan kerana sebahagian ulama penyokong sahabat, mengabaikan perbuatan mereka yang keji dan membuat alasan yang jahil pada menyokong sahabat ini. Mereka katakan para sahabat nabi semuanya bebas dari segala doa, walaupun kenyataan ini bertentangan dengan fakta. Adakalanya mereka berperang sema sendiri. Cemburu dan cinta kepada kuasa kerap mengerakkan mereka pada melakukan kejahatan. Bahkan sebahagian dari para sahabat yang terkenal juga tidak bebas dari tindakkan yang berdosa. Maka jika berasaskan pada bukti tertentu, sesaorang mengkritik sahabat itu, dia tidak perlu dikutuk kerannya. Sebahagian manusia kerana mereka berpihak kepada sahabat, telah menutup segala kekejian perbuatan sahabat. Tetapi sebahagian lagi ada yang merakamkan perbuatan keji mereka dan mengkritiknya. Selain dari itu, Ibn Athir Jazari, pengarang Jam’u’l-Usul, telah memasukkan shia di dalam mazhab islam, jadi bagaimana kamu boleh memanggil mereka kafir? Semasa era khalifa pertama, sebahagian manusia mengutuk para sahabat kerana perbuatan keji mereka. Bahkan khalifa tidak menjatuhkan mereka dengan hukuman mati kerana kafir. Menurut, Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, bahagian IV, ms 335, 354, Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad bahagian 1, ms 9, Dhahabi di dalam Talkhise Mustadrak, Qazi Ayaz di dalam Kitab-e-Shifa, bahagian IV, Bab 1 dan Imam Ghazali di dalam Ihya’u’l-Ulum, jilid II; menyebutkan dimasa khalifa Abu Bakr, seorang datang kepadanya yang mengunakan bahasa kotor dan mengutuknya, mereka yang hadir disitu menjadi marah. Abi Barza Salmi meminta kepada khalifa jika dia boleh mengizinkannya untuk membunuh orang itu keran telah menjadi kafir. Abu Bakr berkata bahawa tidak boleh, oleh kerana hanya nabi sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang sedemikian. KHALIFA SENDIRI TIDAK MENGANGGAP BAHWA KUTUKKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI KAFIR. Yang sebenarnya, orang ternama sunni melampaui bagi mereka yang disokonginya. Khalifa sendiri mendengarkan kritikan dan tidak menuduh manusia dengan kafir atau menghukum mereka dengan bunuh. Lebih-lebih lagi jika mengutuk sahabat menyebabkan kekafiran, mengapa kamu tidak mengatakan Muawiya dan pengikutnya kafir. Mereka mengutuk dan menghina sahabat yang paling sempurna, Ali Ibn Abi Talib. Hanya memilih-milih dalam perkata ini telah menunjukkan bahawa tujuan sebenar kamu adalah yang lain. Kamu hanya bertujuan untuk memerangi ahli bayt dan pengikut mereka!! Jika mengutuk sahabat adalah kafir, mengapa kamu tidak menuduh Ummul-Mukminin Aisha sebagai kafir? Semua ahli sejarah kamu telah mengatakan bahawa dia selalu menghina khalifa Uthman secara terbuka: ‘Bunuh orang tua bodoh ini, kerana dia telah menjadi kafir,’ Jika sekiranya shia mengatakan bahawa adalah baik jika Uthman dibunuh kerana dia telah kafir, kamu serta merta bengun menentang kami. Tetapi apabila Aisha mengatakan kepada Uthman di hadapan mukanya bahawa dia adalah na’thal dan juga kafir, tidak juga khalifa menghalang dia, dan tidak juga sahabat menentangnya. Tidak juga kamu mencari salah pada dirinya. Nawab: Tuan yang dihormati, apa yang kamu maksudkan dengan perkataan na’thal? Shirazi: Firuzabadi, seorang ulama kamu yang berkedudukan tinggi, memberikan maksud di dalam qamusnya, Qamusul-Lughat sebagai ‘orang tua bodoh’. Juga terdapat seorang yahudi dengan janggut yang panjang di Madina dengan nama itu, yang mana Uthman telah dibandingkan. Pengulas kepada qamus, Allama Qawini, juga memberikan maksaud yang sama, mengatakan Ibn Hajar di dalam Tabsiratul-Muntaha, menulis, ‘Na’thal, seorang yahudi yang berjanggut panjang, tinggal di Madina; dia sangat meyerupai Uthman.’ KHALIFA ABU BAKAR MENGHINA ALI. Akhir sekali jika kamu menghina sahabat adalah kafir, mengapa Abu Bakr, dihadapan para sahabat dan diperhimpunan manusia ramai, menghina sahabat yang paling mulia, Ali Ibn Abi Talib? Kamu memuji kemuliaan Abu Bakr yang sepatutnya kamu mengutuknya. Hafiz: Mengapa kamu menuduhnya dengan tuduhan yang palsu ini? Bilakah khalifa Abu Bakr menghina khalifa Ali? Shirazi: Maafkan saya! Kami tidak mengatakan apa-apa sehinggalah kami telah membuat penyelidikan yang lengkap. Mungkin kamu perlu rujuk kepada Sharh Nahjul Balagha, jilid IV, ms 80, dimana terdapatnya rakaman bahawa Abu Bakr, menghina Ali dari atas mimbar masjid, dengan berkata: ‘Dia [Ali] adalah musang, buktinya adalah pada ekornya. Dia mengadakan kekacauan, memperkecilkan perkara yang besar dan penting, serta membuat supaya manusia memberontak. Dia meminta pertolongan dari yang lemah dan menerima bantuan dari kaum wanita. Dia adalah umpama Ummit-Tahal [seorang penzina dizaman jahiliah, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Abil-Hadid] yang mana kaum lelaki di dalam keluarganya didapati melakukan zina.’ Sekarang kamu bezakan penghinaan Abu Bakr terhadap Ali dengan kritikan yang dibuat shia terhadap para sahabat. Jika menghina mana-mana sahabat sama seperti kafir maka Abu Bakr, anak perempuannya, Aisha, Muawiya dan pengikutnya hendalah dilabelkan sebagai kafir. Jika ianya tidak membawa kepada kekafiran maka kamu tidak boleh mengatakan shia kafir pada perkara yang sama. KHALIFA UMAR MENGATAKAN BAHAWA MENGUTUK MULIM TIDAK KAFIR. Lebih-lebih lagi, menurut keputusan ahli perundangan dan juga khalifa kamu yang agung, mereka yang mengutuk khalifa tidaklah kafir. Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad, jilid III, Ibn Sa’d Katib di dalam Kitab-e-Tabaqat, Qazi Ayaz di dalam Shifa, bahagian IV Bab 1, mengatakan bahawa gabenor khalifa Umar, Ibn Abdu’l-Aziz, menulis dari Kufa bahawa seorang telah menghina dan mencaci Umar bin Khattab, khalifa kedua. Gabenor meminta kebenaran untuk membunuh orang itu. Umar bin Khattab menjawab bahawa ianya tidak dibolehkan untuk mengambil nyawa muslim kerana menghina dan mencaci mama-mana muslim lainnya melainkan sesaorang itu yang menghina nabi. MENURUT ABU’L-HASAN ASH’ARI WALAUPUN MEMANGGIL ALLAH ATAU NABI DENGAN NAMA YANG JAHAT TIDAK JUGA KAFIR. Sebahagian dari ulama terkenal kamu, seperti Abul-Hasan Ashari dan pengikutnya, percaya bahawa jika sesaorang mempunyai keimanan di dalam hatinya dan bahkan melahirkan kekafiran [dengan mengamalkan agama yahudi atau kristian, sebagai contoh] atau bangun menentang nabi, atau memanggil Allah atau nabi dengan nama yang jahat, walaupun begitu dia tidaklah kafit. Iman bererti kepercayaan di dalam hati dan oleh kerana tiada siapa tahu hati orang lain, ianya tidak boleh dikatakan bahawa kekafiran yang dilihat adalah dari dalam hati ataupun tidak. Ulama Ashari telah membicangkan isu ini di dalam buku mereka. Ibn Hazm Andalusi telah menulis dengan mendalam mengenai perkara ini di dalam bukunya Kitabul-Fazl [bahagian IV, ms 204, 206] Dari keterangan ini semua apa hak yang kamu ada pada menuduh shia dengan kafir? KEBANYAKKAN SAHABAT MENGHINA SATU SAMA LAIN TETAPI TIDAK DIANGGAP SEBAGAI KAFIR. Di dalam buku sahih kamu seperti, Musnad dari Ahmad Hanbal, jilid II, ms 236; Sirat-e-Halabiyya, jilid II, ms 107, Sahih Bukhari, jilid II, ms 74, Sahih Muslim, Kitab-e-Jihad wa Asbabu’n-Nuzul Wahidi, ms 118; terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa kebanyakkan sahabat menghina satu sama lain dihadapan nabi. Tetapi nabi tidak mengatakan mereka kafir. Nabi menegur mereka. [Penyampaian mengenai perbalahan dan pertengkaran ini hanya dirakamkan di dalam buku-buku sunni, tidak di dalam buku shia] Dari pandangan pada catitan ini, saya harap kamu berpuas hati bahawa mengutuk atau menghna sahabat tidak membawa kepada kafir. Jika kita mengutuk sesaorang dengan tanpa sebab, kita hanya berdosa, bukan kafir. Dan setiap dosa boleh diampunkan. NABI ISLAM MENGETAHUI SEGALA YANG BAIK DAN YANG JAHAT DARI TINDAKKAN SAHABAT. Kedua; kamu katakan bahawa nabi menghormati dan memuliakan sahabatnya. Ini adalah benar. Sebagai tambahan, semua muslim dan orang yang berilmu bersetuju bahawa nabi tahu tindakkan yang baik dan jahat dari manusia. Dia memuji amalan yang baik. Begitulah dia memuji keadilan Nushirwan dan cemerlangnya Hatim Ta’i. Jika nabi mengormati sesaorang, itu adalah kerana amalan baiknya. Tetapi penghargaan yang ditunjukkan kepada sesaorang yang melakukan amalan yang baik, tidak membuktikan yang akhirnya juga dia akan berjaya. Mungkin dia akan melakukan kejahatan dimasa yang akan datang. Jika dia melakukannya, untuk mengatakan dia jahat pada awalnya adalah kejam, walaupun akan diketahui bahawa dia akan melakukan dosa dimasa akan datang. Ali mengetahui dosa dan akhirnya yang terkutuk Abdur-Rahman Ibn Muljim Muradi, dan berulang kali memberitahu bahawa dia adalah pembunuhnya. Pada satu ketika dengan jelas dia berkata: ‘Saya hendakkan dia hidup, tetapi dia telah cenderung pada membunuh aku, dan kawan yang kejam ini adalah dari kaum Murad.’ Kenyataan ini telah dirakamkan oleh Ibn Hajar Makki pada penghujung bahagian I dari Sawaiq, ms 72. Tetapi Ali tidak mahu menghukumnya. Maka hadith yang menunjukkan bahawa kemuliaan sebahagian dari tindakkan tertentu atau kenyataan para sahabat tidak semestinya mendorong untuk semua masa yang mendatang. KEMULIAN KERANA TERJUMLAH DI DALAM KUMPULAN BAI’AH-E-RIDWAN. Ketiga; kamu katakan bahawa oleh kerana sahabat berada di Bai’ah-e-Ridwan dan memberikan taat setia kepada nabi, mereka tidak boleh dikutuk, tetapi perlulah dipuji kerana dirujuk kepada ayat al-Quran yang kamu bacakan [48:18]. Pelajar penyelidikan dan juga ulama telah mengulas tajuk ini dengan meluas, dengan mengatakan bahawa keridha tuhan pada ayat ini hanya pada amalan itu yang khusus sahaja, iaitu bai’ah, dan itu tidak membawa kepada kekafiran. Kamu sendiri sedar bahawa pada peristiwa bai’ah di Hudaibiyya, terdapat 1 500 orang dari ummah yang hadir, yang mana kemudiannya sebagian dari mereka telah dijumlahkan di dalam ayat ‘munafikun’, Allah menjanjikan mereka dengan neraka selama-lamanya. Adakah mungkin Allah dan nabiNya akan ridha dengan sebahagian orang, yang mana orang itu akan tinggal kekal di dalam neraka? Dengan itu keridha tuhan tidaklah disebabkan oleh bai’ah-e-shajara sahaja [kesetiaan dibawah pokok], tetapi berasaskan kepada keimanan yang tulus dan amalan yang baik. Mereka yang mempercayai kepada ke Esaan tuhan dan nabi dan memberikan kesetiaan berhak kepada keridhaan tuhan. Mereka telah diistiharkan sebagai penghuni syurga. Tetapi mereka yang memberikan kesetiaan tanpa iman, dan yang tidak memberikan kesetiaan, mereka berhak kepada kemurkaan tuhan. Pastinya sahabat melakukan amalan yang digalakan, dan bagi amalan mereka yang baik [bai’ah dibawah pokok] mereka hendaklah dipuji, sama ada dia sahabat ataupun tidak; melakukan dosa, dia hendaklah dikritik. SHIA MENGAKUI KEMULIAAN SAHABAT. Golongan shia selalu menyampaikan amalan yang baik yang dilakukan oleh sahabat. Lebih-lebih lagi shia mengakui amalan yang baik walaupun dari mereka yang telah menjadi tumpuan kritikan yang tajam. Sebagai contoh, shia menghargai bai’ah mereka dibawah pokok, penghijrahan mereka dengan nabi, mengambil bahagian di dalam peperangan, tetapi shia juga mengkritik dan mengutuk amalan mereka yang kejam. Hafiz: Saya terperanjat mendengarkan kamu berkata bahawa sahabat nabi melakukan dosa. Nabi mengistiharkan setiap mereka sebagai petunjuk dan ketua bagi ummah. Dia mengatakan di dalam hadith yang yang terkenal: ‘Sesungguhnya, sahabatku adalah seumpama bintang; jika kamu mengikuti mana-mana satu dari mereka, kamu akan mendapat petunjuk.’ Pastinya keimanan kamu bukan dari yang ramai [lazim], dan kami tidak menerima keimanan yang sedemikian. PENELITIAN TEHADAP HADITH ‘MENGIKUTI SAHABAT’ Shirazi: Saya terpaksa membincangan beberapa aspek dari hadith ini sebelumnya saya menjawabnya. Baiklah kita tidak akan mengatakan mengenainya puncanya, atau lemahnya hadith ini pada kritikan, kerana kita akan hanyut dari tajuk asal. Perbincangan kita akan menumpukan kepada maksudnya. Mereka yang dianugerah dengan penghormatan pada melihat nabi, atau yang menyampaikan hadith darinya telah dikatakan sahabat dan ashab sama ada mereka muhajir dari Makah atau mereka yang menolongnya [Ansar] di Madina dan lainnya Salah faham yang terbesar diantara kamu adalah, sikap kamu yang murah hati terhadap sahabat, kamu menganggap kesemua mereka bebas dari segala kesalahan walaupun fakta sebenar adalah yang sebaliknya. Diantara para sahabat nabi ada yang baik dan ada yang jahat, yang mana Allah dan nabiNya benar-benar tahu. Ini boleh dibuktikan dengan surah Munafiqun dan ayat-ayat dari surah lain, seperti Tauba yang juga dikenali sebagai Bara’a dan Ahzab, yang diwahyukan pada mengutuk sahabat yang hipokrit dan berdosa. Ulama kamu yang terkenal telah merakamkan sebahagian dari kesalahan yang dilakukan sahabat di dalam buku sahih mereka. Hisham bin Muhammad seorang ulama terkenal kamu telah menyusun sebuah buku mengenai kesalahan dan penyelewengan sahabat. Si hipokrit, yang mana Allah di dalam al-Quran dan nabi telah kutuk, adalah manusia talam dua muka; yang hanya muslim pada wajah sahaja. Hati mereka penuh dengan korupsi dan penyelewengan, dan kesemua mereka adalah di dalam jumlah sahabat. Maka bagaimana kita boleh mempunyai pandangan yang baik kepada semua sahabat? Dan bagaimana kita boleh yakin dengan mengikuti mereka kita akan terselamat? Tidakkah satu fakta nyata peristiwa di Aqaba bahawa para sahabat yang kelihatan taat telah bertekad hendak membunuh nabi? PERISTIWA AQABA DAN RENCANA PADA MEMBUNUH NABI. Hafiz: Sebahagian ulama menganggap peristiwa Aqaba adalah rekaan shia. Shirazi: Adalah tidak wajar bagi kamu untuk bergantung pada kepercayaan sebahagian dari mereka yang berfikiran Khariji dan Nasibi. Kejadian ini telah diketahui oleh semua bahawa ulama kamu sendiri telah mengesahkannya. Tolong rujuk kepada Dala’ilu’n-Nabuwat di susun oleh Hafiz Abu Bakr Ahmad Bin Husain Baihaqi Shafi’i, seorang ulama dan ahli perundangan [fiqaf] kamu. Dia telah merakamkan cerita mengenai Batn-e-Aqaba, dengan rantai penyampai yang sahih; dan juga Imam Ahmad Bin Hanbal, pada penghujung v. V dari Musnad, menyatakan dari Abu Tufail, dan Ibn Abi’l-Hadid menulis di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, dan ianya telah diketahui oleh semua ulama, bahawa nabi pada malam tersebut mengutuk sekumpulan sahabat. Nawab: Apakah perkaranya, dan siapakah mereka yang hendak membunuh nabi? Shirazi: Ulama yang terkenal dari kedua golongan telah menulis bahawa Muhammad pada perjalanan pulang dari ekspedisi Tabuk, 14 hipokrit telah merencana hendak membunuh nabi. Rancangannya adalah hendak menolak dia jatuh dari unta supaya dia akan terjatuh kedalam gaung apabila dia menunggang diwaktu malam di Aqaba; laluan sempit yang mana hanya satu orang sahaja dapat melaluinya. Apabila mereka cuba hendak melaksanakan rancangan mereka, Malaikat Jibril memberitahu nabi mengenainya. Nabi menghantar Hudhaifa Nakha’I supaya bersembunyi disebalik batu. Apabila mereka yang berkonpirasi sampai dan bercakap sesama mereka, Hudhaifa mengenali mereka semua. Dari jumalah mereka, 7 darinya Bani Umayya. Hudhaifa kembali kepada nabi dan menamakan mereka semua. Nabi menyuruh dia merahsiakan plot tersebut dan berkata bahawa Allah adalah pemelihara mereka. Pada awal malam nabi memulakan perjalanan, diikuti oleh tenteranya. Ammar-e-Yasir memandu unta dari depan dan Hudhaifa menundanya dari belakang. Apabila mereka sampai pada lorong yang sempit, si hipokrik membaling bag kulit mereka yang dipenuhi pasir [atau bekas minyak] dihadapan unta, membuat bunyi yang bising, mengharap supaya binatang yang terperanjat itu akan menjatuhkan nabi kedalam jurang. Tetapi Allah telah menyelamatkan nabi dan konspirator itu talah lari kedalam orang ramai. Tidakkah orang ini terjumlah di dalam sahabat? Adakah benar mengikuti mereka bererti mendapat petunjuk? Apabila kita mengatakan mengenai para sahabat nabi, mengapa kita perlu menuntup mata pada kesalahan mereka? NABI TIDAK PERNAH MENYURUH KITA MENGIKUTI PENIPU. Saya telah merujuk dimalam-malam yang lalu kepada kerekter Abu Huraira, memberitahu kamu bahawa khlifa Umar telah menyebatnya kerana dia biasa menyebut hadith yang palsu dari nabi. Tidakkah dia dari kalangan sahabat? Tidakkah dia secara dusta telah menyampaikan hadith dengan banyaknya? Begitu juga, sahabat yang lain seperti Sumra bin Junda, termasuk diantara mereka? Bolehkan nabi menyuruh ummahnya mengikut pendusta dan pemalsu? Jika hadith ini betul, iaitu, bahawa kita mengikuti mana-mana satu dari sahabat, kita akan dapat petunjuk, maka beritahulah kepada kami siapa yang perlu kita ikuti, jika dua sahabat pergi diarah yang bertentangan. Atau jika dua kumpulan dari mereka, masing-masing memerangi satu sama lain, atau setiap satu bertentangan dengan yang lain, siapakah yang perlu kita sokong? Hafiz: Pertama; para sahabat nabi yang terkemuka tidak pernah bermusuhan sesama mereka. Dan jika seorang menentang yang lain; kita hendaklah meneliti faktanya dengan betul. Mereka yang lebih tulus dan kenyataannya yang lebih logik hendaklah diikuti. Shirazi: Jika dari kenyataan kamu, kita buat pertanyan dengan teliti dan dapati seorang dari mereka lebih tulus dan dipihak yang benar, jadi sahabat dipihak yang lain pastinya tidak tulus dan dipihak yang salah. Maka hadith ini pada asasnya telah hilang kepercayaannya, kerana adalah mustahil bahawa sahabat yang bertentangan boleh kedua-duanya menjadi punca bagi petunjuk. PENENTANGAN SAHABAT DI SAQIFA. Jika hadith ini sahih, mengapa kamu bantah terhadap shia kerana mereka mengikuti sekumpulan sahabat seperti Salman, Abu Dharr, Miqdad, Ammar-e-Yasir, Abu Ayyub Ansari, Hudhaifa Nakha’i dan Khuzaima Dhu’sh-Shahadatain, etc, yang mana saya telah rujukkan pada malam yang lalu? Orang-orang ini pastinya tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Maka dari para sahabat yang bertentangan satu sama lain, siapakah dipihak yang benar? Pastinya satu mesti dipihak yang bersalah, melalui hadith yang kamu telah sebutkan kepada kami bahawa kita boleh mengikuti mana-mana sahabat dan mendapat petunjuk. SA’D BIN UBAIDA MENENTANG ABU BAKR DAN UMAR. Tidakkah Sa’d bin Ubaida adalah seorang sahabat yang tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr dan Umar? Kesemua ahli sejarah sunni dan shia sebulat suara mengatakan bahawa dia pergi ke Syria dan tinggal disana sehingga kepertengahan khalifa Umar, dimana dia dibunuh. Maka mengikuti dia dan menentang Abu Bakr dan Umar, menurut dari hadith itu adalah laluan petunjuk. TALHA DAN ZUBAIR MENENTANG ALI DI BASRA. Tidakkah Talha dan Zubair diantara para sahabat yang memberikan bai’ah dibawah pokok. Tidakkah mereka menentang pengganti yang sah nabi, khalifa keempat yang diakui menurut dari kepercayaan kamu. Tidakkah sahabat ini yang bertanggong jawab terhadap pertumpahan darah ribuan manusia? Tolong beritahu kepada saya sekarang yang mana satu dari kedua pihak sahabat ini yang memerangi sesama sendiri, dipihak yang benar dan mendapat pertunjuk. Jika kamu katakan bahawa, oleh kerana keduanya adalah taat, maka keduanya adalah dipihak yang betul, maka kamu adalah salah. Adalah mustahil pada mengatakan bahawa kedua pihak yang bertentangan keduanya adalah betul mendapat petunjuk. Makanya para sahabat yang mengikut Ali adalah yang pasti betul. Kumpulan dipihak lawan adalah salah; dan ini adalah satu lagi kenyataan pada menyangkal kenyataan kamu bahawa semua sahabat yang hadir di Bai’ah-e-Ridwan, dibawah pokok, adalah yang mendapat petunjuk. Diantara mereka yang memberikan bai’ah dibawah pokok adalah yang bedua ini Talha dan Zubair; dan yang juga telah memerangi khalifa keempat. Mereka sebenarnya memerangi dia yang nabi katakan: ‘Wahai Ali, memerangi kamu adalah memerangi aku.’ Tidakkah ini bererti memerangi nabi Allah? Jadi bagaimana kamu katakan bahawa perkataan Ashab atau yang hadir dibawah pokok untuk berbai’ah adalah dijamin keselamatan mereka? MUAWIYA DAN AMR AS BIASA MENGUTUK DAN MENGHINA ALI. Muawiya dan Amr As adalah para sahabat dan bahkan mereka menentang pengganti nabi, serta mengutuk dan menghina Ali ditempat-tempat umum dan juga dikhutbah Jumaat. Mereka melakukannya walaupun pada hakikatnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama terkenal dari golongan kamu dan juga buku-buku hadith yang sahih, bahawa nabi selalu berkata: ‘Sesiapa yang mengutuk dan menghina Ali, menghina aku. Dia yang menghina aku telah menghina Allah.’ Seorang ilmuan Taftazani telah menghuraikan tajuk ini di dalam bukunya Sharh Maqasid. Dia menulis bahawa sebahagian sahabat telah bermusuhan diantara satu dengan lain, maka sebahagiannya telah menyimpang dari jalan yang benar. Sebahagian mereka disebabkan cemburu dan kebanggaan dunia telah melakukan berbagai kezaliman. Telah terbukti bahawa kebanyakkan sahabat yang tidak ma’sum telah melakukan amalan yang hina. Tetapi sebahagian ulama kerana mencintai mereka telah cuba untuk melindungi kesalahan mereka. Terdapat banyak hujah yang jelas pada menolak hadith yang dibincangkan.Tidak dapat dinafikan bahawa hadith ini adalah dipalsukan. Banyak dari ulama kamu telah menyatakan keraguan mereka terhadap hadith ini. PUNCA HADITH ‘SAHABAT AKU ADALAH UMPAMA BINTANG’ ADALAH LEMAH. Setelah menyebutkan hadith ini di dalam Sharhu’sh-Shifa, jilid II, ms 91, Qazi Ayaz berkata bahawa Darqutni di dalam Faza’il dan Ibn Abdu’l-Birr berkata bahawa hadith ini tidak sahih. Ianya juga disebutkan dari Abd Bin Hamid di dalam Musnad yang menyatakan dari Abdullah Ibn Umar bahawa Bazar enggan mengakui kesahihan hadith ini. Juga dia mengatakan bahawa Ibn Adi menyatakan di dalam Kamil dengan rujukkannya sendiri dari Nafi, dan dia dari Abdullah bin Umar, bahawa punca hadith ini adalah lemah. Baihaqi juga dinyatakan telah menulis bahawa hadith ini diketahui secara umum tetapi puncanya adalah lemah. Diantara punca hadith ini adalah Harith bin Ghazin [Qazwin], yang mana kerekternya tidak diketahui [seorang yang jahil], dan Hamza Ibn Abi Hamza Nussairi [Nasibi], yang telah dituduh sebagai penipu. Lemahnya hadith ini telah terbukti. Ibn Hazm juga berkata bahawa hadith ini telah dipalsukan dan hendaklah ditolak. Maka di dalam hujah kamu kita tidak boleh bergantung pada hadith yang lemah rantaian penyampainya. Walaupun jika kita anggap hadith ini betul, pengertiannya tidak boleh digunakan secara umum; ianya hanya merujuk kepada sahabat yang taat dan wara yang mengikut arahan nabi dan juga kitab Allah dan juga keturunan nabi yang suci. PARA SAHABAT TIDAK MA’SUM. Setelah menyatakan ini, jika saya mengkritik sahabat, kamu jangan menganggap saya zalim. Mereka semuanya adalah manusia biasa dan besar kemungkinan tersalah. Hafiz: Kami juga percaya bahawa sahabat tidaklah ma’sum, tetapi pada masa yang sama telah diterima pada fakta bahawa mereka adalah orang-orang yang benar. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Shirazi: Kamu telah melampau jika kamu terus menekan pada mengkatakan mereka itu adil dan bebas dari kesalahan, oleh kerana di dalam buku sahih yang ditulis oleh ulama kamu, mereka berhujah yang disebaliknya. Mereka memberitahu kita bahaya sebahagian dari sahabat terkenal terkadang kala melakukan kesalahan. Hafiz: Kami tidak mengetahui rakaman yang sedemikian. Sial terangkan kepada kami juka kamu tahu Shirazi: Kita ketepikan apa yang mereka lakukan dimasa jahiliah, mereka telah lakukan banyak kesalahan selepas mereka memeluk islam. Adalah mencukupi pada menyatakan satu contoh kejadian sahaja. Ulama kamu yang terkenal menulis di dalam buku sahih bahawa pada tahun penaklukkan Makah [8 Hijrah] beberapa sahabat terkenal terlibat di dalam perta bersuka ria dan secara rahsia minum arak. Hafiz: Ini pastinya cerita rekaan. Apabila arak diistiharkan sebagai haram, para sahabat yang dihormati tidak pernah hadir kepesta sedemikian, jangan disebut minum arak. Shirazi: Ianya bukan direka oleh musuh. Jika ianya direka, maka rekaan ini datangnya dari ulama kamu. Nawab: Jika terdapat pesta yang sedemikian, nama tuan rumah dan tetamunya tentu telah dinyatakan. Bolehkan kamu jelaskannya? Shirazi: Ya, ulama kamu telah menerangkannya. MINUM ARAK OLEH 10 SAHABAT DI DALAM PERJUMPAAN RAHSIA. Ibn Hajar menulis di dalam Fathu’l-Bari, jilid X, ms 30, bahawa Abu Talha Zaid Bin Sahl telah menyediakan pesta minum arak dirumahnya dan mempelawa 10 orang. Kesemua mereka minum arak dan Abu Bakr membacakan syair memperingati beberapa orang musyrik yang telah terbunuh dipeperangan Badr. Hafiz: Adakah nama tetamu-tetamu juga dinyatakan? Jika ia, sila beritahu kami. Shirazi: (1) Abu Bakr Bin Abi Qahafa, (2) Umar Ibn Khattab, (3) Abu Ubaida Jarra, (4) Ubai Bin Ka’b, (5) Sahl Bin Baiza, (6) Abu Ayyub Ansari, (7) Abu Talha (the host), (8) Abu Dajjana Samak Bin Kharsa, (9) Abu Bakr Bin Shaghuls, (10) Anas Bin Malik, yang berusia 18 tahun pada masa itu dan yang mensajikan arak. Baihaqi di dalam, jilid VIII, ms 29, telah juga sampaikan dari Anas sendiri bahawa dia mengatakan yang dia termuda dari mereka pada masa itu dan yang mensajikan arak. [Dengan ini tedapat sedikit kekecohan dari para hadirin] Sheikh: Saya bersumpah dengan Allah bahawa ini telah diadakan oleh pihak musuh!! Shirazi: Kamu terlalu ghairah, dan kamu telah membuat sumpah yang keji!! Tetapi ini bukanlah salah kamu secara keseluruhan. Pengajian kamu terhad. Jika kamu banyak membaca, kamu akan dapati ulama kamu telah menulis semua ini. Sekarang kamu perlulah meminta ampun kepada Allah. Sekarang saya terpaksa menjelaskan fakta mengikut kenyataan ulama kamu. Muhammad Bin Isma’il Bukhari di dalam Sahih (mengulas pada Ayat-e-Khamr, “ayat mengenai arak”, di dalam surah Ma’ida al-Quran ); Muslim Ibn Hajar di dalam Sahih (Kitab-e-Ashraba Bab-e-Tahrimu’l-Khamr); Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid XXX, ms 181 dan 227; Ibn Kathir di dalam Tafsir, jilid XI, ms 93; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid II, ms 321; Tabari di dalam Tafsir, jilid VII, ms 24; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 22 dan Fathu’l-Bari, jilid X, ms 30; Badru’d-din Hanafi di dalam Umdatu’l-Qari, jilid X, ms 84; Baihaqi di dalam Sunan, ms 286 dan 290; dan yang lainnya telah merakankan fakta ini dengan penjelasan mendalam. Sheikh: Mungkin perkara ini terjadi sebelum arak diharamkan. Shirazi: Apa yang kami kumpulkan dari ulasan dan sejarah menunjukkan bahawa walaupun setelah ayat pada pengharaman arak wahyukan, sebahagian muslim dan sahabat masih terus meminumnya. Muhammad Bin Jarir Tabari menyatakan di dalam Tafsir-e-Kabir, v.II, p.203, pada pengesahan Abil Qamus Zaid Bin Ali, yang mengatakan Allah telah mewahyukan tiga kali ayat pada pengharaman minum arak. Di dalam ayatnya yang pertama Dia berkata: ‘Mereka tanya kamu mengenai yang memabukkan dan judi. Katakan: ‘Di dalam keduanya terdapat dosa besar dan cara keuntungan bagi manusia, dan dosanya lebih besar dari keuntungannya……’ [2:219] Tetapi muslim tidak meninggalkan arak sepenuhnya. Apabila dua orang, sedang mabuk, mendirikan solat dan bercakap yang bukan-bukan, satu lagi ayat telah diwahyukan, yang berbunyi: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah mendekati solat apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan.’ [4:43] Walaupun selepas ini, minum arak masih berterusan, tetapi manusia tidak mendirikan solat ketika mabuk. Satu hari sesaorang minum arak [menurut dari kenyataan Bazar, Ibn Hajar, dan Ibn Mardawiyya bahawa orang itu adalah Abu Bakr] telah mengarangkan syair untuk orang jahiliah yang terbunuh dipeperangan Badr. Apabila nabi mendengar mengenainya, baginda menjadi marah. Baginda pergi kepesta itu dan hendak memukulnya. Orang itu berkata: ‘Saya berlindung dengan Allah, dari kemarahan Allah dan nabiNya. Allah menjadi saksi saya, saya tidak akan minum arak lagi.’ Kemudian ayat yang berikutnya diwahyukan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Arak, judi, berhala dan bertenung adalah perbuatan keji, perkerjaan syaitan, tinggalkanlah semoga kamu berjaya.’ [5:90] Diantara sahabat nabi ada yang baik dan ada yang jahat, sebagaimana terdapatnya juga diantara orang beriman dan muslim yang lain. Terdapat diantara mereka yang bersungguh pada mentaati Allah dan nabiNya maka mereka telah mencapai darjat yang tinggi. Mereka yang mengikuti kehendak dunianya pula telah dipandang rendah oleh yang lainnya. Maka mereka yang menyalahkan sahabat yang pentingkan dunia melakukan dengan bersebab. Amalan keji yang dilakukan oleh sebahagian sahabat telah dirakamkan di dalam buku sahih dari ulama kamu adalah juga dikutuk menurut keterangan al-Quran. Shia mengutuk mereka mengikut asas ini. Jika terdapat hujah yang logik pada keterangan ini, kami sedia menerimanya. PARA SAHABAT MELANGGAR SUMPAH SETIA MEREKA. Shirazi: Amatlah aneh bahawa baru sahaja mendengarkan kualiti mereka yang keji [Saya hanya menyatakan sedikit dari jumlahnya yang besar] kamu masih menayakan apakah dia mengenai salahlaku mereka! Sekarang saya akan menyampaikan satu lagi contoh dari amalan mereka yang busuk; yang telah dirakamkan di dalam buku kedua-dua golongan; melanggar sumpah mereka. Allah telah menjadikan wajib bagi sesaorang supaya menyimpan janji mereka. Dia berkata: ‘Dan jayakan janji Allah apabila kamu telah membuat perjanjian; dan janganlah melanggar sumpah setelah ianya diikrarkan.’ [16:91] Dan lagi Allah memanggil mereka yang melanggar sumpah sebagai yang terkutuk. Dia berkata: ‘Dan mereka yang melanggar perjanjian Allah setelah dipersaksikan, dan memutuskan pertalian dengan yang Allah suruh eratkan, dan membuat kerosakkan dibumi; dan keatas mereka kutukan, dan mereka mendapat tempat yang kejam sebagai tempat tinggal.’ [13:25] Maka nyatalah dari keduanya al-Quran dan terdapat jumlah yang banyak di dalam hadith bahawa melanggar sumpah adalah dosa yang besar, terutama sumpah yang dibuat kepada Allah dan nabinya. Seriusnya kesalahan ini bagi para sahabat berlipat kali ganda lagi. Hafiz: Apakah sumpah dengan Muhammad yang para sahabat telah langgar? Bagaimana ianya boleh menjadi tumpuan bagi ayat al-Quran? Saya fikir jika kamu menelitinya dengan cermat, kamu akan mengaku bahawa semua perkara ini adalah bikinan shia sahaja. Para sahabat nabi adalah bebas dari itu semua. DI DALAM AYAT AL-QURAN ‘YANG BENAR’ MERUJUK KEPADA MUHAMMAD DAN ALI. Shirazi: Saya telah berulang kali menyataka

Peshawar Nights – Malam ketujuh Rabu Malam 29 Rejab 1345 Hijrah (b)

HADITH ALI BERSAMA KEBENARAN DAN KEBENARAN BERSAMA ALI.

Muhammad Bin Yusuf Ganji di dalam Bab 44 dari bukunya Kifayatu’t-Talib menyampaikan hadith yang sama dengan tambahan pada perkataan ini: ‘Dan dia adalah pemerintah kepada yang beriman dan dia adalah pintu bagi yang beriman untuk melaluinya; dan dia adalah khalifa selepas saya.’ Ghanji Shafii berkata bahawa Muhaddith-e-Sham [ahli hadith dari Syria] mempunyai 300 hadith di dalam memuji Ali. Ianya juga telah dirakamkan oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sam’ani di dalam Faza’ilu’s-Sahaba, Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid XIV, ms 21, Hafiz Mardawaih di dalam Manaqib, Dailami di dalam Firdaus, Ibn Qutayba di dalam Imamate wa’s-Siyasa, jilid I, ms 111, Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Imam Ahmad di dalam Musnad dan banyak lagi ahli dari ulama kamu telah menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali bersama dengan kebenaran dan kebenaran bersama dengan Ali, walau kemana dia berpaling.’ Di dalam buku yang sama, terdapat satu lagi hadith yang disampaikan oleh Sheikh Sulayman Qandusi Hanafi, di dalam Bab 20 dari Yanabiul-Mawadda, dari Hamwaini bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.’ Hafiz Abi Nu’aim Ahmad Ibn Abdullah Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 63, menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Wahai kumpulan Ansar! Haruskan saya menunjukkan kamu kepada sesaorang yang jika kamu patuh kepadanya, kamu tidak akan sesat? Kesemua mereka berkata: ‘Ya, Wahai nabi Allah,’ Nabi berkata: ‘Orang itu adalah Ali. Cintailah dia sebagaimana kamu mencintai saya; dan hormatilah dia sebagaimana kamu menghormati saya; apa yang saya telah katakan kepada kamu adalah perintah Allah yang disampaikan oleh Jibril.’ Objektif umum hadith ini untuk menunjukkan nabi merujuk mengenai penggantinya. Nabi mengarahkan ummahnya untuk berpaling kepada Ali selepas baginda. Dari keterangan hadith yang sedemikian, beritahulah kepada kami, apakah pengertian penentangan Abu Bakr kepada Ali bagi kamu; tentunya amat sedih dan memeranjatkan bahawa segalanya amat pantas telah dibuat di saqifa. Setiap mereka yang waras yang tahu apa yang telah terjadi pada hari itu merasa sangat keciwa. Jika tidak terdapat komplot, mengapa mereka tidak menunggu [sekurangnya hanya beberapa jam] supaya Ali Ibn Abi Talib, Bani Hashim dan Ibn Abbas dapat menerangkan pandangan mereka pada kedudukan khalifa? Hafiz: Tidak ada konpirasi. Kerana mereka takutkan kekacauan, mereka bertindak cepat di dalam membuat keputusan untuk keselamatan islam. Shirazi: Adakah kamu bermaksud bahawa Abu Ubaida Jarra, bekas pengali kubur di Makah, dan lainnya lebih mengambil berat tentang keselamatan islam dari Abbas, bapa saudara nabi dan Ali Ibn Abi Talib? Adakah kamu bermaksud bahawa jika mereka menunggu sekejap, atau Abu Bakr dan Umar, membuat orang-orang itu sibuk, telah menghantar Abu Ubaida untuk memberitahu Abbas dan Ali tentang siriusnya keadaan, islam akan hancur? Berlaku adillah. Jika mereka telah membawa orang-orang yang berkenaan dan tertentu di saqifa, kedudukan mereka akan lebih terselamat. Tidak akan terdapat banyaknya perbezaan di dalam islam sebagaimana ianya dihari ini. Selepas 1335 tahun, kita saudara islam tidak akan menentang sesama sendiri sebagaimana kita pada malam ini tetapi kita bersatu di dalam menentang musuh kita yang sama. Terlalu banyak kecacatan yang besar di dalam islam telah diasaskan pada hari tersebut. Itu disebabkan tindakkan pantas mereka bertiga bagi menjayakan perencanaan rahsia mereka. Nawab: Tuan yang dihormati, sila beritahu kami mengapa mereka terburu-buru melakukannya. Mengapa mereka tidak memberitahu orang yang berada di dalam masjid atau di dalam rumah nabi? Shirazi: Alasannya tidak jauh untuk dicari. Mereka bergegas meneruskan segala yang perlu kerana mereka tahu jika menunggu sehingga ramai muslim yang datang, atau sekurang-kurangnya mereka yang ternama dari tentera Usama bin Zaid, para sahabat nabi yang terkenal di Madina, atau Bani Hashim bahawa nama Ali diantara yang lain akan dicalunkan. Jika nama Ali dan Abbas telah dicadangkan, kemungkinan polotik untuk Abu Bakr dan Umar makin bertambah merosot. Maka mereka terpaksa mempercepatkan perancangan, sedang Bani Hashim dan para sahabat nabi yang terkemuka sibuk menguruskan jenazah nabi, mereka berjaya melantik Abu Bakr sebagai khalifa berasaskan pengundian dari dua orang! Mereka telah berjaya memainkan peranan mereka, dan dimalam ini kamu orang-orang yang mulia telah memberikan nama ‘ijma’. Walaupun ulama kamu yang terkemuka seperti Tabari, Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menulis bahawa Umar berkata: ‘Khalifa Abu Bakr telah diadakan dengan cara mengejut. Semoga Allah menolong kita!!!’ Pada tuntutan kamu yang lain, yang mana kamu katakan dengan pegesahan khalifa Umar, bahawa nabi dan pemerintah tidak boleh disatukan dalam satu keluarga, juga ditolak, menurut al-Quran: ‘Atau adakah mereka dengki pada orang, yang mana Allah telah berikan rahmatNya. Sesungguhnya Kami telah berikan anak-anak Ibrahim kitab dan kebijaksanaan, dan Kami berikan mereka kerajaan yang sempurna.’ [4:54] Hadith ini yang dikatakan dari khalifa Umar, adalah palsu. Nabi tidak pernah mengatakan perkataan yang bertentangan kepada arahan al-Quran. Lebih lagi, khalifa tidak boleh dipisahkan dari kenabian kerana khalifa yang sebenar menguatkuasakan undang-undang tuhan didunia ini. Untuk mengaggap khalifa hanyalah kedudukan politik dipisahkan dari kenabian adalah kesalahan terbesar yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Umar. Jika saudara Musa, Harun boleh diketepikan dari khalifa Musa, Ali boleh juga dinafikan khalifa nabi. Dan oleh kerana nabi dan khalifa, menurut al-Quran telah disatukan pada Musa dan Harun, tidak dapat dinafikan bahawa ianya disatukan juga pada Muhammad dan Ali. Hadith kamu telah dipalsukan oleh Umayya. Jika kenabian dan khalifa tidak boleh disatukan di dalam satu keluarga, jadi mengapa Majlis-e-shura [persatuan perundingan]; ada tidak khalifa Umar menamakan Ali sebagai khalifa? Lagi pun kamu semua menerimanya sebagai khalifa keempat!!! Ini adalah satu pertentangan yang menarik, bahawa berdasarkah hadith Umar, kamu menolak penyatuan kanabian dengan khalifa, tetapi apabila Umar sendiri membolehkan keadaan ini beberapa tahun kemudian, kamu menyokongnya! Bolehkah kamu menentang dan menyokong usul yang sama? Kamu katakan kenabian dan kepimpinan tidak boleh disatukan dalam satu keluarga, walaupun nabi menjadikannya wajib pada ummahnya untuk mengikuti keturunannya. Dia berkata bahawa untuk bermusuhan dengan mereka adalah sesat. Dia mengatakan dibeberapa kejadian: ‘‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Hadith yang sahih ini telah diakui oleh kedua golongan. Saya telah nyatakan pada malam dahulu dengan puncanya.

HADITH BAHTERA – HADITH SAQIFA.

Semasa banjir besar sesiapa berselindung di dalam bahtera Nuh terselamat. Sesiapa yang berpaling darinya akan karam, termasuk anak Nuh. Nabi juga memperumpamakan keturunannya dengan bahtera Nuh, bererti bahawa manusia dari ummahnya di dalam masa percubaan terhadap mereka hendaklah bersama dengan keturunannya. Maka menurut dari kenyataan yang jelas ini, ummah, di dalam segala perbezaan mereka, harus mencari kemanfaatan dari ahli bayt nabi. Ali Ibn Abi Talib, menurut nabi, adalah yang paling terpelajar dan paling mulia diantara mereka. Mengapa mereka tidak memberitahu dia, supaya mereka dapat berunding dengannya? Tetapi tidak. Ahli politik merebut kuasa dan menafikan Ali akan haknya yang mutlak. Sheikh: Atas dasar apa yang kamu katakan bahawa mereka harus mengikut Ali dan bahawa pendapat dan ijma dari sahabat harus diabaikan? Shirazi: Saya tidak pernah mengatakan pendapat sahabat dan ijma mereka tidak perlu dihormati. Satu perbezaan diantara kamu dengan saya adalah bahawa sebaik sahaja kamu dengar nama sahabat, walaupun dianya munafik [hipokrit], seperti Abu Huraira, yang mana khalifa Umar pukul dan memanggilnya pendusta, kamu tunduk kepadanya dengan penuh hormat. Saya menghormati pada sahabat yang patuh dengan syarat-syarat persahabatan dengan nabi. Lebih lagi, Saya telah menunjukkan bahawa tidak terdapat ijma di saqifa. Jika kamu boleh mematahkan hujah saya, inilah masanya untuk melakukan. Saya akan tunduk pada persetujuan ramai di dalam perhimpunan ini. Jika kamu boleh menunjukkan dari buku-buku kamu bahawa di saqifa, kesemua ummah, atau para-para intelek dari ummah telah berkumpul dan bersetuju bahawa Abu Bakr harus menjadi khalifa, kami sedia menerimanya. Dan jika, dengan pengecualian dua orang itu [Umar dan Abu Ubaida] dan beberapa orang dari kaum Aus, tidak ada orang lain memberikan bai’ah, kamu hendaklah mengakui bahawa kami shia adalah benar pada petunjuk. Kami tinggalkan kepada mereka yang telah tahu kini untuk membuat keputusan sama ada tiga orang sahabat dibolehkan pada memegang teraju bagi seluruh ummah. Dua memberikan bai’ah kepada yang ketiga, dan kemudian mereka mengancam yang lainnya dengan pedang, api, dan penghinaan, serta memaksa manusia pada menerima kehendak mereka.

HARUSKAN IJMA DITERIMA KERANA MENGIKUT PADA YANG TERDAHULU?.

Sheikh: Kita tidak tahu sama ada terdapat kecuaian pada pihak mereka, kerana kita tidak ada disana pada hari itu. Pada masa yang sejauh ini kita tidak dapat merasakan tekanan yang mereka alami. Pada hari ini, dengan situasi dan fakta yang jelas, sudah tidak menjadi isu [tidak penting lagi] sama ada ijma telah dipenuhi atau berperingkat-peringkat. Kita tidak perlu bantah. Kita seharusnya tunduk dan menghormati mereka serta mencontohi cara yang mereka telah tunjukkan. Shirazi: Hujah yang sungguh menarik! Adakah kamu mahu kami fikirkan bahawa islam ini tidak mempunyai asas? Jika dua atau tiga orang merangka sesuatu pelan dan mendapat sokongan yang lain, dan ini dengan sendirinya telah menjadi tugas semua muslim pada mengikuti mereka? Adakah itu pengertian pada agama nabi Muhammad? AL-Quran berkata: ‘Maka sampaikanlah berita baik kepada hambaKu, mereka yang mendengar kepada perkataan dan mengikuti yang terbaik padanya.’ [39:17-18] Islam diasaskan pada fakta dan penjelasan, bukan ikutan secara buta, pastinya tidak mengikuti Abu Ubaida, penggali kubur. Nabi telah menunjukkan kepada kita jalannya. Dia berkata bahawa apabila ummah ini telah terbahagi, kita hendaklah mengikuti orang yang mendapat pertunjuk. Kamu bertanya mengapa wajib untuk kita mengikut Ali. Kami menjawab bahawa wajibnya telah diasaskan diatas ayat al-Quran dan hadith yang dirakamkan di dalam buku-buku kamu.

HADITH NABI MENYURUH YANG BERIMAN PADA MENGIKUTI ALI.

Terdapat banyak hadith yang menyuruh ummah pada mengikuti Ali. Satu darinya disampaikan oleh Ammar-e-Yasir, yang mana ulama kamu telam merakamkan di dalam buku-buku mereka: Hafiz Abi Nu’aim Ispahani di dalam Hilya; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Baladhuri di dalam Ta’rikh; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 43, dari Hamwaini; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V; Dailami di dalam Firdaus. Mereka menyampaikan dengan panjang, Secara khusus tidak dapatlah disebutkan disini dengan sepenuhnya. Ianya boleh dinyata secara ringkas bahawa apabila manusia bertanya Abu Ayyub mengapa dia telah pergi kepada Ali dan tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, dia menjawab bahawa satu hari dia sedang duduk dengan nabi apabila Ammar-e-Yasir masuk kedalam dan bertanya kepada nabi satu soalan. Di dalam masa perbualan ini, nabi berkata: ‘wahai Ammar! Jika semua manusia pergi kesatu arah dan Ali seorang sahaja diarah yang lain, kamu hendaklah mengikut Ali. Wahai Ammar! Ali tidak akan membenarkan kamu menyimpang dari jalan petunjuk dan tidak akan memimpin kamu kepada kemusnahan; Wahai Ammar! Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’ Dengan keterangan dari petunjuk ini, dan dari penentangan Ali kepada Abu Bakr, tidak patut manusia mengikut Ali? Bahkan jika Bani Hashim, Bani Umayya, para sahabat terkenal, para intelek ummah, Muhajir dan Ansar tidak bersama dengannya [mereka semua bersama dengannya], manusia seharusnya mengikuti dia. Hafiz: Semasa perbincangan kita, kamu telah mengata dua perkara yang aneh. Pertama kamu kerap mengulangi memanggil Abu Ubaida penggali kubur. Boleh kah kamu buktikan itu adalah perkerjaannya? Kedua kamu katakan Ali, Bani Hashim dan para sahabat tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka menentangnya. Tetapi semua ahli sejarah dan ahli hadith telah menulis bahawa Ali, Bani Hashim dan para sahabat nabi ada memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Shirazi: Bukan saya sahaja yang mengatakan Abu Ubaida seorang penggali kubur. Ianya di dalam buku kamu. Kamu boleh merujuk kepada Al-Bidayya wa’n-Nihaya, jilid V, ms 266-267 disusun oleh Ibn Kathir Shami, yang mengatakan bahawa Abu Ubaida biasa menggali kubur di Makah, Ibn Abbas menghantar seorang mencari Abu Talha, penggali kubur di Madina, dan seorang lagi Abu Ubaida, supaya mereka berdua boleh menggali kubur nabi. BAI’AH PAKSAAN OLEH ALI DAN BANI HASHIM SELEPAS ENAM BULAN. Kamu kata bahawa Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kamu telah membaca perkataan ‘paid allegiance’ [membayar bai’ah], tetapi kamu tidak faham kepada siapa dan bagaimana mereka membayar bai’ah. Semua ahli hadith kamu dan juga ahli sejarah telah menulis bahawa Ali dan Bani Hashim manbayar bai’ah secara zahir, tetapi itu pun telah dilakukan selepas enam bulan dan dibawah tekanan yang hebat. Hafiz: Adalah tidak wajar orang terhormat seperti kamu untuk menggunakan perkataan yang digunakan oleh orang shia umum: bahawa Ali diseret keluar dari rumahnya dan diancam dengan kematian jika dia tidak memberikan bai’ahnya. Yang sebenarnya bahawa di dalam beberapa hari yang pertama khalifa, dia dengan rela dan gembira menerima khalifanya Abu Bakr. Shirazi: Ali dan Bani Hashim tidak memberikan bai’ah pada ketika itu. Ahli sejarah kamu telah menulis bahawa Ali menawarkan bai’ah selepas pemergian Hazrat Fatima. Bukhari di dalam Sahih, jilid III, Bab pada Ghazawa Khaibar, ms 37, dan Muslim Bin Hujjaj, di dalam Sahih, jilid V, ms 154, melaporkan bahawa Ali menawarkan bai’ahnya selepas pemergian [meninggal] Fatima. Sebahagian dari ulama kamu percaya bahawa Fatima meninggal dunia 75 hari selepas wafatnya nabi. Ibn Qutayba juga mempunyai pandangan yang sama, tetapi kebanyakkan ahli sejarah mengatakan beliau meninggal selepas enam bulan wafatnya nabi. Dari itu maka bai’ah Ali datang selepas 3 hingga ke 6 bulan selepas wafatnya nabi. Mas’udi di dalam Murujus-sahab, jilid I, ms 44, berkata ‘Tidak ada dari Bani Hashim memberikan bai’ah kepada Abu Bakr sehingga meninggalnya Bibi Fatima. Ibrahim bin Sa’d Saqafi menyatakan dari Zuhri bahawa Ali tidak memberikan bai’ah sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi, dan manusia tidak mempunyai keberanian untuk memaksanya melainkan setelah meninggalnya Bibi Fatima. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha menyampaikan fakta yang sama. Walau bagaimana pun, ulama kamu yang menekankan bahawa bai’ah Ali tidak serta merta tetapi datang setelah beberapa lama telah berlalu dan kemudian keadaan memaksanya untuk melakukan yang sedemikian. Ibn Abi’l-Hadid, di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 18, menyampaikan dari Zuhri, dari A’yesha, yang berkata: ‘Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr untuk enam bulan, dan tidak ada orang dari Bani Hashim yang memberikan bai’ah sehingga Ali melakukannya.’ Ahmad Bin A’sam-e-Kufi Shafi’i di alam Futuh, dan Abu Nasr Hamidi, di dalam Jam’a Bainu’s-Sahihain mengatakan dari Nafiy, menyebutkan dari Zuhri, yang berkata: ‘Ali tidak memberi sumpah ketaatan sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi.’ ALI DISERET DARI RUMAHNYA DAN RUMAHNYA DIBAKAR. Hafiz: Dimana ada ulama kami yang mengatakan bahawa Ali telah diseret keluar dari rumahnya dan rumahnya dibakar, sebagaimana yang dipercayai secara umum oleh shia? Mereka menyampaikan dengan penuh emosi di dalam perhimpunan agama mereka. Mereka juga membangkitkan emosi manusia dengan mengatakan bahawa Fatima telah didera dan disebabkan itu telah keguguran. Shirazi: Hadirin yang dihormati: Kamu bencikan shia, percubaan telah dibuat untuk menutup perbuatan kesalahan orang yang terdahulu. Kamu katakan hadith itu telah diada-adakan oleh shia. Yang sebenarnya adalah bahawa atas arahan Abu Bakr, Umar dan lainnya pergi kerumah Ali, mengancamnya dengan pedang, menyeretnya hingga kemasjid dan memaksa dia memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Fakta ini telah dirakamkan oleh ulama kamu. Jika kamu kehendakki saya akan nyatakan kepada kamu. Kami tidak katakan sesuatau diatas rujukan dan pengesahan kami. Kami hanya katakan, apa yang kamu katakan. Hafiz: Ya; sila. Kami sedia mendengar. DUA BELAS HUJAH DI DALAM MENYOKONG FAKTA BAHAWA ALI TELAH DIBAWA KEMASJID DENGAN MATA PEDANG. Shirazi: 1] Abu Ja’far Baladhuri Ahmad Bin Yahya Bin Jabir Baghdadi, seorang ahli hadith dan sejarah kamu yang boleh dipercayai, menulis di dalam buku sejarahnya bahawa Abu Bakr memanggil Ali untuk memberikan bai’ah, Ali menolak. Abu Bakr menghantar Umar, yang pergi dengan andang apai untuk membakar rumah Ali. Fatima pergi kepintu dan berkata: ‘Wahai anak Khattab! Adakah engkau datang hendak membakar rumah aku?’ Dia berkata : ‘Ya! Ini lebih berkesan dari apa-apa yang bapa kamu lakukan.’ 2] Izzu’d-Din Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, dan Muhammad Bin Jarir Tabari, menyampaikan bahawa Umar pergi kepintu rumah Ali dengan Usayd bin Khuzai, Salama bin Aslam dan sekumpulan lelaki. Umar memanggil: ‘Keluar! Jika tidak aku bakar rumah ini!’ 3] Ibn Khaziba melaporkan di dalam Kitab-e-Gharrar dari Zaid bin Aslam, yang berkata: ‘Saya adalah salah seorang dari mereka yang pergi bersama Umar dengan andang api kepintu rumah Fatima. Apabila Ali dan orang-orangnya enggan memberikan bai’ah, Umar berkata kepada Fatima, ‘Biarkan sesiapa yang ada di dalam keluar. Jika tidak rumah ini akan dibakar dengan sesiapa yang ada di dalamnya.’ Ali, Hasan, Husain, Fatima dan sekumpulan para sahabat nabi dan Bani Hashim ada di dalam. Fatima berkata: ‘Adakah kamu akan membakar rumahku bersama aku dan anak-anakku? Dia berkata: ‘Ya, demi Allah, jika mereka tidak keluar dan memberikan bai’ah kepada khalifa nabi.’ 4] Ibn Abd Rabbih, seorang ulema kamu yang terkenal, menulis di dalam Iqdu’l-Farid, bahagian III, ms 63, bahawa Ali dan Abbas sedang duduk dirumah Fatima. Abu Bakr memberitahu Umar: ‘Pergi dan bawakan orang-orang ini. Jika mereka enggan. Perangi mereka.’ Maka Umar datang kerumah Fatima dengan andang api. Fatima pergi kepintu rumahnya dan berkata: ‘Adakah kamu datang hendak membakar rumahku? Dia berkata: ‘Ya.’ 5] Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Shahre Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 134, menyebutnya dari Jauhari’s Kitab-e-Saqifa, yang telah menulis dengan mendalam mengenai kejadian di saqifa Bani Saad. ‘Bani Hashim dan Ali berkumpul dirumah Ali. Zubair juga bersama dengan mereka oleh kerana dia menganggap dirinya seorang dari Bani Hashim. Ali pernah berkata: ‘Zubair selalu bersama kami, sehinggalah anaknya dewasa. Mereka telah memalingkan dia dari kami.’ Umar pergi kerumah Fatima dengan sekumpulan lelaki. Usayd dan Salma juga bersama dengannya. Umar menyuruh mereka keluar dan memberikan bai’ah. Mereka menolak. Zubair mencabut pedangnya dan keluar. Umar berkata: ‘Tangkap anjing itu.’ Salma bin Aslam merampas pedangnya dan membalingkan kedinding. Kemudian mereka menyeret Ali kepada Abu Bakr. Bani Hashim yang lain mengikut mereka dan menunggu untuk melihat apa Ali akan lakukan. Ali mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah dan adik kepada nabi. Tiada siapa yang mendengarkannya. Dia dibawa kepada Abu Bakr, yang menyuruh beliau memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Saya yang lebih berhak pada kedudukan ini, dan saya tidak akan memberikan bai’ah kepada kamu. Sebaliknya telah dijadi tanggong jawab keatas kamu untuk memberikan bai’ah kepada saya. Kamu mengambil hak ini dari Ansar berdasarkan perhubungan kamu dengan nabi. Saya juga atas dasar yang sama memprotes terhadap engkau. Maka berlaku adillah. Jika engkau takut kepada Allah, terimalah hak aku, sebagaimana Ansar telah lakukan kepada engkau. Jika tidak ketahuilah bahawa engkau dengan sengaja telah menzalimi aku.’ Umar berkata: ‘Kami tidak akan meninggalkan kamu sehingga kamu memberikan bai’ah.’ Ali berkata: ‘Kamu telah bersubahat bersamanya. Hari ini engkau [umar] menyokong dia [Abu Bakr], supaya esok dia akan pulangkan khalifa ini kepada engkau. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak akan turutkan permintaan kamu dan tidak akan memberikan bai’ah [kepada Abu Bakr]. Dia yang seharusnya memberikan bai’ah kepada saya.’ Kemudian dia menolehkan mukanya kepada manusia: ‘Wahai Muhajir, takutlah kepada Allah. Janganlah mencabut hak penguasaan dari keluarga Muhammad. Hak itu telah diberkan oleh Allah. Janganlah menolak orang yang punya hak dari tempatnya. Demi Allah, kami ahli bayt mempunyai lebih kuasa di dalam perkara ini dari yang kamu ada. Adakah sesiapa diantara kamu yang punya pengetahuan kitab Allah, sunnah nabiNya, dan juga perundangan agama kita. Saya bersumpah dengan Allah bahawa kami memilikki semua ini. Maka janganlah mengikuti diri kamu kerana kamu akan menyimpang dari kebenaran.’ Ali pulang kerumah dengan tidak memberikan bai’ah dan terus menyepikan dirinya dirumah sehingga pemergian Fatima. Kemudiannya, dia terpaksa memberikan bai’ah. 6] Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Bin Umar Al-Bahili Dinawari, adalah seorang dari ulama kamu dan juga Kadi bagi kota Dinawar, menulis di dalam bukunya yang terkenal Ta’rikhu’l-Khulafate Raghibin wa Daulate Bani Umayya, yang dikenali dengan nama Al-Imama wa’s-Siyasa, jilid I, ms 13: ‘Apabila Abu Bakr mengetahui sekumpulan yang memusuhinya telah berkumpul dirumah Ali, dia menghantar Umar kepada mereka. Apabila Umar memanggil kepada Ali supaya keluar dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka semua tidak mahu keluar. Umar mengumpulkan kayu dan berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang mempunyai nyawaku di dalam kawalanNya, sama ada kamu keluar atau aku akan bakar rumah ini dengan segala isi di dalamnya.’ Orang ramai berkata: ‘O Abu Hafsa! Fatima juga ada di dalam rumah itu.’ Dia berkata: ‘Biarkan dia disitu. Saya akan membakar rumah itu.’ Maka kesemuanya keluar dan memberikan bai’ah, melainkan Ali, yang berkata: ‘Saya telah bersumpah bahawa sehingga saya siap menyusun al-Quran, saya tidak akan keluar dari rumah dan tidak juga memakai pakaian lengkap.’ Umar tidak menerima alasan ini, tetapi penerangan yang rayuan dari Fatima dan desakkan dari yang lainnya, telah memaksa dia kembali kepada Abu Bakr. Umar mendesak dia untuk memaksa Ali memberikan bai’ahnya. Abu Bakr menghantar Qanfaz beberapa kali untuk memanggil Ali, tetapi dia selalu keciwa. Akhirnya Umar dengan sekumpulan manusia pergi kepintu rumah Fatima. Apabila Fatima mendengar suara mereka, dia berkata: ‘Wahai bapaku, nabi Allah, apakah jenis siksaan yang kami alami dari anak Khattab dan anak Quhafa!’ Apabila manusia mendengar rayuan Fatima, sebahagian dari mereka pulang dengan hati yang sedih, tetapi Umar tinggal disitu dengan beberapa orang, sehingga akhirnya mereka mengheret Ali keluar dari rumahnya. Mereka membawa Ali kepada Abu Bakr, dan menyuruh dia memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Jika saya tidak memberikan ba’ah, apa yang akan kamu lakukan?’ Mereka berkata: ‘Kami bersumpah dengan Allah bahawa kami akan patahkan tengkok engkau.’ Ali berkata: ‘Adakah kamu akan membunuh hamba Allah, dan adik kepada nabi?’ Umar bekata: ‘Kamu bukan adik kepada nabi Allah.’ Sedang ini semua berlaku, Abu Bakr mendiamkan diri. Umar kemudian bertanya kepada Abu Bakr, sama ada dia tidak melaksanakan arahan Abu Bakr dalam perkara ini. Abu Bakr berkata selagi Fatima masih hidup dia tidak akan memaksa Ali untuk memberikan bai’ah kepadanya. Ali kemudian pergi kepusara nabi, dengan sedih dan menangis, dia memberitahu nabi apa yang Harun telah beritahukan abangnya Musa, sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran: ‘Anak kepada ibu saya! Sesungguhnya manusia menganggap saya ini lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’ [7:150] FATIMA MEMBERITAHU ABU BAKR DAN UMAR BAHAWA DIA MENGUTUK MEREKA BERDUA DISETIAP DOA. Setelah menyebutkan segala kejadian itu dengan khusus, Abu Muhammad Abdullah Bin Qutayba berkata bahawa Ali tidak memberikan bai’ahnya dan pulang kerumah. Kemudian Abu Bakr dan Umar pergi kerumah Fatima untuk memujuknya dan meminta keampunan darinya. Dia berkata: ‘Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah bersalah kepada saya. Di dalam setiap doa, saya mengutuk kamu dan akan terus mengutuk kamu sehingga saya bertemu dengan bapa saya dan mengadukan mengenai kamu.’ 7] Ahmad Bin Abdu’l-Aziz adalah seorang dari ulama kamu. Ibn Abi’l-Hadid menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Dia adalah seorang ilmuan, seorang ahli hadith dan juga sasterawan.’ Dia menulis di dalam Kitab-e-saqifa dan Ibn Abil-Hadid Mutazali juga menyebut darinya di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 9, pada pengesahan Abil-Aswad, yang berkata: ‘Sekumpulan para sahabat dan Muhajirin menyatakan tidak puas hati mereka pada kedudukan khalifa Abu Bakr dan bertanya mengapa mereka tidak diajak berunding. Ali dan Zubair juga menunjukkan marah mereka, enggan memberikan bai’ah, dan kembali kerumah Fatima. Fatima menangis dan dengan serius telah merayu, tetapi tidak memberi kesan. Mereka mengambil pedang Ali dan Zubair dan membalingnya kedinding, sehingga merosakkannya. Mereka kemudian diheret kemasjid dan dipaksa memberikan bai’ah.’ 8] Jauhari menyampaikan dari Salma bin Abdur-Rahman bahawa apabila Abu Bakr mendengar bahawa Ali, Zubair dan sekumpulan Bani Hashim telah berkumpul dirumah Fatima, dia menghantar Umar kepada mereka. Umar pergi kepintu rumah Fatima dan memanggil dengan kuat, ‘Keluarlah, jika tidak, saya bersumpah saya akan membakar rumah ini!’ 9] Jauhari, menurut dari Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 19, menyebut dengan pengesahan dari Shabi: ‘Apabila Abu Bakr mendengar mengenai perhimpunan Bani Hashim dirumah Ali, dia berkata kepada Umar: ‘Berdua, kamu dan Khalid pergi dan bawa Ali dan Zubair kepada ku supaya mereka boleh memberikan bai’ah kepada aku.’ Maka Umar masuk kerumah Fatima dan Khalid menunggu diluar. Umar berkata kepada Zubair: ‘Apa dengan pedang ini?’ Dia menjawab, ‘Saya telah membawanya untuk bai’ah kepada Ali.’ Umar merampas pedang itu dan membalingnya pada batu di dalam rumah dan merosakkannya. Kemudian dia membawanya keluar kepada Khalid. Umar masuk semula kedalam rumah, dimana terdapat ramai orang, termasuk Miqdad, dan semua Bani hashim. Kepada Ali dia berkata: ‘Bangun! Saya hendak membawa kamu kepada Abu Bakr. Kamu mesti memberi bai’ah kepadanya.’ Ali enggan. Umar mengheret dia kepada Khalid. Khalida dan Umar memaksa dia disepanjang jalan yang penuh sesak dengan manusia, yang memerhatikan trajidi ini. Apabila Fatima melihat gelagat Umar, dia bersama dengan beberapa wanita dari Bani Hashim [yang datang untuk menenteramkan dia] keluar. Mereka merayu dan menangis. Fatima pergi kemasjid dimana dia berkata dengan Abu Bakr: ‘Berapa cepatnya kamu telah mengenepikan ahli bayt nabi Allah. Saya bersumpah dengan Allah, saya tidak akan berkata-kata dengan engkau dan Umar sehingga saya bertemu dengan Allah.’ Fatima menunjukkan tidak setujunya yang amat sangat kepada Abu Bakr dan tidak berkata-kata dengannya disepanjang baki hidupnya.’ [Lihat sahih Bukhari, bahagian V dan VII] 10] Abu Walid Muhibu’d-Din Muhammad Bin Muhammad Bin Ash-Shahna Al-Hanafi (mati 815 H.), seorang dari ulama terkenal kamu, menulis di dalam bukunya Rauzatu’l-Manazir Fi Khabaru’l-Awa’il wa’l-Awakhir, berkaitan dengan peristiwa saqifa: ‘Umar datang kerumah Ali bersedia untuk membakarnya dengan segala isi yang ada di dalamnya. Umar berkata: ‘Masuklah kepada apa yang ummah telah masuk.’ 11] Tabari di dalam Tarikh nya, jilid II, ms 443, menyatakan dari Ziyad bin Kalbi bahawa: ‘Talha, Zubair dan sebahagian dari Muhajirin ada di rumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana dan mendesak supaya mereka keluar. Jika mereka tidak keluar, dia kata, dia akan membakar rumah itu.’ 12] Ibn Shahna, di dalam Hashiyya-e-Kamil of Ibn Athir, jilid XI, ms 112, menulis yang berkaitan dengan saqifa, bahawa: ‘Sebahagian dari para sahabat nabi danBani Hashim, Zubair, Atba bin Abi Lahab bin Sa’id bin As, Miqdad Bin Aswad Kindi, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Bin Yasir, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b, enggan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka berkumpul dirumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana bermaksud untuk membakarnya. Fatima membanyah kepadanya. Umar berkata: ‘Masuklah dimana semuanya telah masuk.’ Ini tidak lain adalah contoh dari banyak lagi fakta sejarah yang dirakamkanoleh ahli sejarah kamu. Kejadian ini telah diketahui umum sehingga penyair-penyair lain telah menyebutnya. Seorang dari penyair itu, Hafiz Ibrahim dari Mesir, berkata di dalam syairnya di dalam memuji Umar: ‘Tidak ada manusia lain tetapi Abu Hafsa [Bapa Umar] yang mempunyai keberanian pada mengatakan kepada ketua Adnan [Ali] dan rakan-rakannya dengan berkata: ‘Jika kamu gagal untuk memberi bai’ah, saya akan membakar rumah kamu dan tidak akan meninggalkan walau seorang dari isi rumah yang hidup, walaupun Fatima.’ Hafiz: Kenyataan ini hanya menunjukkan bahawa mereka membawa andang api sekadar untuk menakutkan pihak yang menentang khalifa. Hanya cerita yang ditambahkan dari shia yang mengatakan rumah Ali dibakar, dan Fatima akhirnya mengalami keguguran. KENYATAAN MENGENAI KEGUGURAN FATIMA. Shirazi: Kamu hendaklah menbaca Kitab-e-Isbatu’l-Wasiyya, yang disusun oleh Abi’l-Hasan Ali Bin Husain Mas’udi, pengarang buku Muruju’dh-Dhahab. Dia menulis dengan mendalam mengenai kejadian pada hari itu: ‘Mereka mengepong Ali dan membakar pintu rumahnya. Mereka mengheret dia keluar dari rumah dan menekan wanita yang terutama, Fatima, diantara pintu dan dinding dengan kuatnya sehingga Muhsin, anak di dalam kandungannya mati keguguran.’ Shia tidak mengada-adakan perkara ini. Apa yang berlaku telah disimpan di dalam lembaran buku sejarah. Keguguran ini adalah satu fakta. Kamu boleh juga merujuk kepada Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 351. Ibn Abi’l-Hadid menulis bahawa dia memberitahu gurunya, Abu Jafar Naqib, bahawa apabila nabi telah diberitahu bahawa Hubbar bin Aswad telah menyerang anak perempuannya Zainab dengan batang tombak, dan dengan sebab itu dia telah mengalami keguguran, nabi telah membenarkan dia dijatuhkan hukuman mati. Abu Jafar berkata: ‘Jika nabi Allah masih hidup, dia pastinya akan menjatuhkan hukuman mati kepada dia yang telah menakutkan Fatima sehinggakan anaknya Muhsin mati di dalam keguguran.’ Hafiz: Saya tidak faham apakah ada baiknya untuk menyampaikan cerita yang sedemikian ini. Perkara yang seperti ini hanya membawa kepada perpecahan. Shirazi: Kamu membantah kepada saya kerana menyampaikan fakta ini. Tetapi saya tidak membantah serangan dari penulis hasad yang telah menyimpangkan saudara kita yang tidak berpengetahuan, memanggil shia kafir dan mengatakan bahawa fakta ini adalah bikinan shia. Kami tidak mengatakan sesuatu mengenai Ali melebihi dari apa yang nabi telah katakan. Kami telah katakan kepada kamu semua pada malam yang lalu bahawa kami menganggap bahawa Ali adalah hamba Allah yang taat, yang dilantik Allah sebagai wazir dan juga pengganti kepada nabi. Kamu mengatakan tidak ada gunanya pada menyatakan fakta ini. Jika kamu tidak menimbulkan perkara ini, kita tidak akan membincangkannya. Jika kamu tidak mengatakan pada malam ini bahawa itu semua adalah kepercayaan shia dengan tidak ada apa yang tersembunyi padanya, maka saya dengan tiada keberatan akan memberitahu para pendengar bahawa ini adalah kepecayaan ulama sunni yang matang [tidak berat sebelah]. Nawab: Tuan yang dihormati, kami percaya bahawa Husain, yang syahid, adalah yang benar dan bahawa dia telah dibunuh secara kejam oleh pegawai Bani Umayya. Tetapi terdapat sebilangan manusia, terutama dari generasi yang muda, yang mengatakan bahawa peperangan Karbala adalah khusus ketenteraan, dan bukan peristiwa keagamaan. Telah dikatakan bahawa Husain bin Ali menuju ke Kufa di dalam mencari kekuasaan, dan adalah tanggong jawab setiap kerajaan pada membendong sebarang bahaya. Makanya Yazid menentang ancaman ini. Mereka telah meminta Imam yang mulia ini untuk memberikan bai’ahnya yang tidak berbelah bagi kepada khalifa Yazid, yang mana ketaatan kepadanya adalah wajib. Mereka menghendakkinya pergi ke Syria untuk tinggal di sana bersama khalifa secara terhormat atau pulang ketempat asalnya. Tetapi dia tidak mengikuti nasihat mereka maka akhirnya dia terbunuh. Mereka merumuskan bahawa sebarang peringatan untuk orang yang mementingkan dunia, yang telah terbunuh kerana mencintai kuasa, bukan sahaja tidak bermakna, tetapi sebagai satu bid’ah. Adakah kamu mempunyai jawapan pada maksud ini? Bagaimana kamu menyangkal tanggapan [ide] bahawa peperangan Karbala bukannya pergelutan politik? IMAM HUSAIN TIDAK PERNAH MENGINGINKAN KUASA POLITIK. Shirazi: Setiap tindakan yang baik atau jahat berasaskan pada pengetahuan kita mengenai Allah. Tujuan utama adalah pada mengenali Allah; dan kemudian mereka hendaklah menerima kitab tuhan. Dari penerimaan itu diikuti pula dengan mengiktiraf apa yang ada di dalam buku itu adalah yang terpuji. Sesiapa yang mempercayai bahawa Husain ibn Ali telah digerakkan oleh matlamat kepentingan keduniaan telah menolak kebenaran al-Quran. Allah maha besar telah memberikan bukti pada sucinya Husain di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Allah menghendakki hanya untuk menjauhkan kekotoran dari kami, Wahai ahli rumah! Dan untuk mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.’ [33:33] Kebanyakkan dari ulama kamu seperti Muslim, Tirmidhi Tha’labi, Sijistani, Abu Nu’aim Isfahani, Abu Bakr Shirazi, Suyuti, Hamwaini, Ahmad Bin Hanbal, Zamakhshari, Baidhawi, Ibn Athir, dan lainnya telah menegaskan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam memuji lima yang suci, ahli bayt [ahli rumah] Muhammad, Ali, Fatima, Hasan, Husain. Ayat ini adalah bukti yang besar terhadap ma’sum dan sucinya mereka ini. Kotoran yang paling utama adalah cinta pada kuasa dunia. Terdapat banyak hadith dari nabi dan para Imam yang mengutuk keinginan kepada kuasa dunia dan memenuhi keinginan nafsu. Nabi berkata: ‘Cinta dan bersahabat kepada dunia adalah punca segala kejahatan.’ Abu Abdullah Husain tidak mencintai kekuasaan dunia. Dia tentunya tidak mengorbankan nyawanya dan juga nyawa keluarganya hanya untuk dapat memerintah sementara didunia. Jika penentangan Imam Husain terhadap Yazid hanya untuk berkuasa didunia, nabi tentu tidak memerintahkan manusia untuk menolongnya. Ulama kamu sendiri mengesahkan maksud ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda dari sejarah oleh Bukhari, Baghawi, dan Ibnu’s-Sikkin dari Zakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Shafi’i, dan Sirat-e-Mulla disebutkan dari Anas Bin Harith Bin Bayya, yang mengatakan dia mendengar nabi berkata: ‘Sesungguhnya, anak saya husain akan dibunuh pada tanah Karbala. Setiap kamu yang hadir pada masa itu hendaklah menolongnya.’ Laporannya bersambong: ‘Anas bin Harith sampai di Karbala dan kerana patuh pada arahan nabi telah syahid bersama dengan Imam Husain.’ Dari itu, di Karbala Imam Husain berdiri menegakkan kebenaran dan bukan kerana cinta kepada dunia. Imam Husain membuat perjalanan dengan kumpulan yang kecil, termasuk wanita-wanitanya dan kanak-kanak kecil, adalah satu petunjuk lagi yang dia tinggalkan rumah bukan untuk menjadi pemerintah. Jika itulah maksud tujuannya, dia boleh pergi ke Yaman, dimana dia mempunyai sokongan yang ramai. Yaman boleh menjadi tapak yang logik bagi dia melancarkan operasi tentera. Bahkan para sahabatnya berulang kali menyuruhnya pergi ke Yaman, tetapi mereka tidak menyedari tujuan matlamatnya. Tetapi Imam Husain tahu bahawa tidak ada gunanya pada mendapat kejayaan sementara. Perjalanannya bermula dengan 84 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak; bermatlamat pada asas yang baik. Pokok suci – la ilaha ill’allah [tidak ada tuhan melainkan Allah] – telah ditanam oleh datuknya, disirami dengan darahnya, dan darah syuhadah Badr, Uhud dan Hunain. Pokok ini telah diamanahkan kepada pekebun utama, Ali Ibn Abi Talib, yang telah diketepikan dengan ancaman bunuh dan bakar. Akhirnya perkembangan tawhid [ke Esaan Allah] dan kenabian telah mengambil zaman perubahan. Secara beransur pentadbiran kebun berpindah tangan kepada yang khianat Bani Umayya. Semenjak khalifa Uthman bin Affan, Bani Umayya menguasai pentadbiran empair. Abu Sufyan tua dan buta, tetapi nafsunya pada kuasa masih subur seperti biasa, menyatakan didalam istana Umayya: ‘Wahai Bani Umayya! Kekalkan kedudukan khalifa di dalam keluarga kamu. Syurga adalah satu dongengan. Peganglah kedudukan khalifa seperti bola. Saya bersumpah dengan apa yang saya sumpah, bahawa saya selalu berhasrat pemerintahan begini untuk kamu. Peliharalah dia supaya keturunan kamu menjadi pewarisnya.’ Yang kafir ini telah mengeluarkan pekebun yang sah dari tamannya. Siraman air padanya telah diberhentikan dan pokok yang suci ini mengecil kurus sehinggalah sampai ke era Yazid, apabila pokok ini kelihatan akan mati; Imam Husain membuat perjalanan ke Karbala untuk mengairi taman nabi dan menguatkan semua pokok yang suci itu. Sebahagian manusia bertanya mengapa Imam Husain tidak menegakkan bendera penentangan di Madina. Mereka tidak faham jika dia kekal di Madina, objektifnya tinggal tidak jelas. Imam Husain pergi ke Makah di dalam bulan Rejab dan berucap kepada ribuan manusia, memberitahu mereka bahawa Yazid sedang mencabut pokok tawhid. Ketagih kepada arak dan judi. Yazid berhibur dengan anjing dan monyet. Imam Husain menganggap pengorbanan dirinya perlu pada menyelamatkan islam. IMAM HUSAIN MENOLAK NASIHAT PADA MENINGGALKAN MISINYA. Imam Husain, sahabat dan keluarga cuba untuk memujuknya dari pergi ke Kufa, dengan mengatakan bahawa penduduk Kufa yang telah menyuruhnya supaya datang adalah terkenal jahat dan tidak boleh dipercayai. Maka menurut dari ramai penyokongnya, Imam Husain tidak mempunyai peluang pada mengalahkan mereka. Mereka memintanya supaya meninggal perjalanannya. Mereka memintanya supaya pergi ke Yaman, dimana dia mempunyai ramai pengikut, dan disana dia boleh hidup dengan aman. Tetapi Imam Husain tidak dapat menerangkan realiti kebenaran situasi kedudukannya. Bagaimana pun dia memberikan kepuasan kepada setiap mereka dengan jawapan yang ringkas. Dia memberitahu sahabat akrab dan keluarga, seperti adiknya, Muhammad bin Hanafiah: ‘Kamu telah katakan yang benar. Saya juga tahu saya tidak akan mencapai apa-apa kuasa, tetapi saya pergi bukan untuk penkaklukkan dunia. Saya pergi hanya untuk dibunuh.’ Saya harap bahawa melalui penderitaan yang saya tanggong dari penindasan ini, saya dapat mencabut keluar asas bagi segala kekejaman dan kezaliman. Saya berjumpa datuk saya, nabi Allah, di dalam mimpi memberitahu saya: ‘Buatlah perjalanan ke Iraq, Allah yang maha besar mahu melihat kamu dibunuh.’ Muhammad bin Hanifiyya dan Ibn Abbas berkata: ‘Jika begitu mengapa membawa wanita bersama kamu? Dia menjawab: ‘Datuk saya mengatakan bahawa Allah mahu melihat mereka ditawan. Maka, menurut arahan nabi saya membawa mereka bersama.’ Penawanan para wanita adalah bahagian penutup syahidnya. Mereka akan menunjukkan kepada dunia betapa kejamnya Umayya terhadap keturunan nabi. Bibi Zainab, anak perempuan Ali dan Fatima, membuat bantahan yang terang di dalam istana Yazid yang penuh dengan manusia, dimana ratusan manusia hadir, termasuk orang kenamaan, orang-orang besar Bani Umayya, kedutaan asing yang datang untuk meraikan kemenangan mereka. Imam keempat, Zainul-Abidin Ali ibn Husain, juga membuat penjelasan rayuan terhadap keadilan dari mimbar masjid Umayya di dalam kehadiran Yazid. Setelah meninggikan kemuliaan dan sifat-sifat Allah, Zainul-Abidin berkata: ‘Wahai manusia! Kami, keturunan nabi Muhammad, yang telah diberikan oleh Allah dengan enam kualiti dan yang telah dijadikan lebih utama dari semua kejadian dengan penganugerahan tujuh kemuliaan. Kami telah diberikan pengetahuan, sabar, gagah, tampan, fasih, berani, dan dicintai oleh mereka yang beriman. Kami lebih utama dari semua manusia bahawa nabi Muhammad adalah dari kami; yang Siddiq Ali Ibn Abi Talib adalah dari kami; Jafar-e-Tayyar dari kami; Hamza dari kami; dua cucu nabi Hasan dan Husain dari kami; dan Mahdi [yang mendapat pentunjuk] dari ummah ini [Imam-e-Hujjat bin Hasan] dari kami. Sesiapa yang tidak mengenali saya, harus tahu mengenai keluarga saya dan juga kedudukan keluarga saya; saya adalah anak nabi Allah yang paling tinggi lagi mulia, Muhammad Mustafa.’ Kemudian dari mimbar yang sama, dimana Muawiya dan Yazid telah gunakan untuk mengutuk Ali, Imam memuji datuknya yang mulia; Ali dihadapan Yazid dan ketua-ketua Bani Umayya. Ramai orang Syria sebelum ini tidak pernah mendengar kualiti dan kemuliaan Ali. Imam berkata: ‘Saya adalah anak seorang yang yang berjuang bersama dengan nabi; yang memerangi kafir di Badr dan Hunain; yang tidak pernah, walau sesaat hilang kepercayaan-nya kepada Allah. Saya adalah anak orang yang paling wara’ dari semua mereka yang beriman, pewaris nabi, pembunuh yang kafir, pemerintah muslim, rahmat bagi yang tunduk patuh, sanjungan bagi mereka yang menangis dan takut kepada Allah, yang paling sabar dari yang sabar, yang terbaik dari yang melakukan sembahyang. Saya adalah anak orang yang telah dibantu oleh Jibril dan Mikail. Saya adalah anak orang yang menjaga kehormatan muslim dan pembunuh kepada yang kafir. Saya adalah anak orang yang berjihad berperang menentang musuh, yang menjadi kebanggaan Quraish, yang pertama pada menerima pengkhabaran Allah dan RasulNya, yang pertama pada memeluk islam, lidah kebijaksanaan dari Allah, penolong bagi agama Allah, penjaga perintah Allah, taman bagi kebijaksanaan Allah, tempat simpanan ilmu pengetahuan. Saya adalah anak ketua orang yang sabar, pemecah rintangan, yang hatinya tetap, berpendirian teguh, pembahagi yang amat adil dari yang lain. Dia adalah singa yang ganas di dalam pertemporan, dia memotong musuhnya dengan pedang dan menebarkannya seperti ribut menebarkan jerami. Dialah yang paling berani diantara semua orang di Hijaz, yang paling gagah diantara orang Iraq, muslim yang paling suci, dia yang memberikan bai’ah di Aqaba; wira Badr dan Hunain, orang yang paling tabah diperistiwa bai’ah dibawah pokok, pengorbanan yang unik semasa penghijrahan nabi, ketua bagi dunia Arab, penjaga Kabah yang suci, bapa kepada dua cucu nabi. Ini adalah kemuliaan datuk saya, Ali Ibn Abi Talib. Saya adalah anak Khadija-e-Kubra; saya adalah anak Fatima Zahra; saya adalah anak orang yang telah dibunuh dengan pukulan dibelakang kepala; saya adalah anak seorang yang telah meninggalkan dunia ini kehausan; saya adalah anak kepada seorang yang tidak diberikan air sedang air diberikan kepada makhluk yang lain. Saya adalah seorang yang tubuhnya tidak dimandikan atau dikafankan; saya adalah anak seorang yang kepalanya telah dinaikkan dihujung mata pedang; saya adalah anak seorang yang wanitanya telah diserang pada tanah Karbala dan bawa sebagai tawanan. Saya adalah anak seorang yang wanitanya telah dibawa ke Syria sebagai tawanan.’ Kemudian Imam yang suci menangis dan dengan suara yang kuat, menyambung: ‘Sayalah…., sayalah…’ itulah dia, dia meneruskan menyebut kemuliaan keturunan dia yang terdahulu, dan penyiksaan terhadap bapanya dan ahli bayt. Sebagai keputusan dari ucapan ini manusia mula menangis. Selepas syahidnya Imam Husain, majlis yang pertama [perhimpunan bersedih pada mengingati] terhadap penderitaan yang kejam ditanggong Imam Husain telah diadakan pada masjid pusat Umayya. Imam Zainul-Abidin, setelah menyebutkan kemuliaan Ali dihadapan para musuhnya, memberikan gambaran yang menyayat hati terhadap penderitaan yang ditanggong oleh bapanya yang suci, ini telah menyebabkan tangisan timbul dari penduduk Syria dihadapan Yazid. Dia menjadi takut dan meninggalkan masjid. Dari masjid ini, disebabkan ucapan Imam, manusia telah bangun menentang Yazid. Disebabkan oleh rintihan yang popular, Yazid terpaksa mengutuk Ubaidullah bin Marjana dari kekejaman perbuatannya. Akhirnya, istana Bani Umayya yang kejam hancur. Sekarang kita tidak boleh jumpa di seluruh Syria walau satu pun kuburan Bani Umayya. Untuk kembali kepada soalan kamu, Imam Husain selalu menyatakan tentang kesyahidannya. Dia satu ketika berucap di Makah pada hari Tarwiya [8 Dhul-Hijja 60 Hijrah] katanya: ‘Kematian melekat kepada setiap ahli dari keturunan Adam sebagai rantai melekat kepada wanita muda, saya tidak sabar untuk bertemu dengan keturunan saya seperti Yaqub hendak bertemu dengan Yusuf. Tempat dimana saya akan jatuh telahpun dipilihkan untuk saya, dan saya mesti pergi ketempat itu. Saya melihat harimau kumbang liar membunuh saya, mengoyakkan tubuh saya, diantara Nawawi dan Karbala.’ Imam Husain tahu bahawa dia tidak akan sampai ke Kufa, ibu negara Iraq. Dia tahu bahawa dia akan dibunuh oleh orang yang kejam seperti binatang, memotong-motong badannya hingga hancur. Dia membuat perjalanan hanya untuk tujuan syahid dan bukan tujuan politik. Disepanjang perjalanan dia memberitahu pengikutnya akan kematiannya. Dia memberitahu para sahabat dan keluarga bahawa satu ketika itu sudah cukup untuk membuktikan tidak bernilainya dunia ini. Dia berkata bahawa selepas kepala nabi John dipenggal ianya telah diserahkan kepada seorang penzina. Dia kata bahawa kepala dia akan dibawa kepada si pemabuk Yazid. Pertimbangkan perkara ini buat seketika. Hurr bin Yazid Riyahi dengan tentera berkuda 1 000 orang menahan perjalanan Husain. Kufa hanya 30 batu jaraknya. Hur telah dilantik oleh Ubaidullah Ibn Ziyad untuk menahan Imam Husain. Hur tidak membenarkan Imam meneruskan perjalanan ke Kufa, dan tidak juga melepaskannya dari iringan tanpa arahan tambahan. Mengapa Imam menyerahkan dirinya kepada Hur? Jika Imam Husain mengejar kuasa politik, dia pastinya tidak diberhentikan oleh Hur, yang memiliki tidak lebih dari 1 000 tentera. Imam mempunyai 1 300 orang. Setelah mengalahkan mereka, Imam telah boleh sampai ke Kufa, dimana dia mempunyai ramai penyokong. Dari sana setelah diperkuatkan, dia mungkin boleh menentang musuh dan berjaya. Tetapi dia menerima arahan Hur, berhenti dipadang pasir dikelilingi oleh musuh. Selepas empat hari pasukan tambahan musuh tiba, dan anak nabi telah dipaksa menahan penderitaan yang tidak terkata. Bukti yang terbaik untuk menyokong pandangan saya adalah ucapan Imam pada malam sebelum hari Ashura. Sehingga kemalam itu 1 300 tentera bersedia untuk berperang dengannya. Husain mengumpulkan mereka semua dan berkata kepada mereka: ‘Mereka yang datang kesini untuk kepentingan dunia hendaklah tahu bahawa esok sesiapa yang tinggal pada tanah ini akan dibunuh. Musuh hanya menghendakki aku seorang sahaja; aku melepaskan kuasa ikatan sumpah setia [bai’ah] dari leher kamu. Kini hari malam, kamu boleh beredar di dalam gelap.’ Ramai yang menerima cadangannya dan berlalu. Hanya 42 orang yang tinggal, 18 Bani Hashim dan 24 para sahabat. Selepas tengah malam, 30 tentera musuh bergerak ke khemah Imam untuk serangan diwaktu malam, tetapi apabila mereka mendengar Imam Husain membaca al-Quran, mereka telah dipenuhi oleh perasaan dan berpihak dengan Imam. Ini adalah 72 orang yang telah mengorbankan nyawa mereka pada hari Ashura. Kebanyakkan dari mereka adalah orang yang wara’, dan ahli pembaca al-quran. Pengorbanan Husain yang suci telah diakui kehari ini oleh rakan dan musuh. Walau pun dari mereka yang asing dengan agama kita telah terpikat dengan keperwiraannya. Di Perancis [Dairatul-Maarif], terdapat artikal yang panjang bertajuk ‘Tiga Syuhadah’ ditulis oleh seorang ilmuan wanita British. Temanya adalah, di dalam semua sejarah terdapat tiga syuhadah yang dengan mengorbankan diri mereka, telah dapat menyebarkan kebenaran dengan lebih berpengaruh [berkesan]. Yang pertama adalah Socrates, dan yang kedua adalah Isa [penulisnya adalah kristian]. Kita muslim percaya bahawa Isa tidak disalib. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan mereka tidak membunuhnya dan tidak juga mensalibnya, tetapi kelihatan kepada mereka demikian [seperti Isa] dan sesungguhnya mereka yang bertentangan dengannya hanyalah di dalam keraguan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, tetapi hanya dugaan. Mereka dengan pasti tidak membunuhnya. Tidak! Allah mengambil dia kepada diriNya.’ [4:157-158] Syuhadah yang ketiga adalah Husain, cucu nabi Muhammad. Dia menulis: ‘Apabila kami menyelidik kejadian sejarah dan menilai kedudukannya, dimana ketiga-tiga orang mengorbankan nyawanya, kami akui bahawa pengorbanan Husain mengatasi keduanya. Yang sebenarnya Socrates dan Isa hanya mengorbankan diri mereka sahaja untuk jalan tuhan, tetapi Husain meninggalkan rumah menuju kepadang pasir yang jauh untuk dikepongi oleh musuh. Dia dan keseluruh keluarganya telah syahid demi untuk kebenaran. Dia menghantar sahabat dan juga kerabat untuk menentang musuh dan mengorbankan nyawa mereka untuk agama Allah. Ini adalah lebih susah dari hanya mengorbankan diri sendiri.’ Contoh yang paling jelas penderitaan kejam yang ditanggong oleh Husain adalah pembunuhan secara zalim terhadap anaknya yang berusia enam bulan. Dia membawa bayi itu di dalam tangannya, meminta sedikit air [yang banyak ada], untuk bayi tersebut , tetapi musuh yang kejam, dari memberinya air telah membunuh bayi itu dengan anak panah. Kekejaman musuh menunjukkan bahawa Imam Husain adalah mangsa kekejaman. Kesabarannya yang tidak terkata itu telah memusnahkan kekuasaan Bani Umayya dan terkutuknya mereka dihadapan dunia. Disebabkan dari pengorbanannya dan juga ahli bayt maka agama Muhammad mendapat kehidupan yang baru. Nawab Sahib: Kami betul-betul terhutang budi kepada kamu. Kami amat tertarik dengan penjelasan kamu mengenai fakta terhadap Imam Husain. Sehingga kini, kami telah mengikuti orang lain dan telah tidak berpeluang pada menziarah pusara yang mulia. Kami telah diberitahu bahawa menziarah pusara Imam Husain adalah bida’ah [yang diada-adakan]. Ya tentunya bida’ah yang baik, kerana ia dapat memberikan semangat kepada manusia untuk memahami kebenaran mengenai keturunan nabi. MAKSUD SEBENAR BIDA’AH. Shirazi: Perkataan bida’ah, pembaruan, adalah asalnya dari golongan ulama Sunni, Nasibi dan Khariji, yang memang sah musuh Ali. Mereka telah mengatakan ziarah adalah bida’ah, tanpa memikirkan bahawa yang sebenarnya bida’ah itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan nabi atau ahli bayt, yang tidak diarahkan oleh Allah. Bagaimana pun, mengenai soalan menziarah pusara Husain, terdapat banyak hadith di dalam buku ulama kamu. Saya menghadkan diri saya pada satu hadith terkenal yang telah dirakamkan dikebanyakkan buku maqatil dan himpunan hadith. ‘Satu hari nabi berada dirumah Aisha apabila Husain masuk. Nabi memeluk dan menciumnya. Aisha bertanya: ‘Semoga nyawa bapa dan ibuku dikorbankan untuk kamu! Betapakah cinta kamu kepada Husain!’ Nabi berkata: ‘Tidakkah kau tahu anak ini adalah sebahagian dari hati ku dan kembang [bunga] ku?’ Selepas itu nabi mula menangis. Aisha bertanya sebab mengapa menangis. Nabi menjawab bahawa dia mencium tempat-tempat dimana Bani Umayya akan melukakan Husain. Aisha bertanya adakah mereka akan membunuhnya. Nabi menjawab: ‘Ya, dia akan dibunuh. Mereka tidak akan dapat sokongan ku diakhirat. Rahmat bagi mereka yang menziarah ke pusara dia setelah syahidnya. Aisha bertanya apakah ganjaran bagi ziarah itu. Nabi menjawab, ‘Ianya adalah sama seperti satu haji saya.’ Aisha berkata, ‘Satu haji kamu!’ Nabi berkata: ‘Tidak dua,’ Apabila Aisha sekali lagi menunjukkan kejengkelannya [hairan], nabi berkata: ‘Tidak empat haji saya.’ Lagi lebih meluat Aisha, lagi tinggi ganjarannya, sehingga akhirnya nabi berkata, ‘Aisha, jika sesiapa yang pergi menziarah pusara Husain, Allah akan memberikan dia ganjaran 90 haji dan 90 umrah yang dilakukan oleh saya.’ Kemudian Aisha terdiam. Sekarang saya tanya kamu adakah ziarah yang sedemikian bida’ah? KESAN DARI MENZIARAHI PUSARA IMAM YANG SUCI. Terdapat faedah lain yang bermanfaat dari ziarah pusara Imam. Kawasan dalam pusara yang dipanggil haram, sentiasa dibuka untuk pelawat siang dan malam. Kawasan haram dan masjid berhampirannya akan didapati sentiasa penuh dengan penggunjung. Mereka yang biasanya melakukan solat wajib sahaja, kerap melakukan yang digalakkan ketika ziarah pada pusara suci. Mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas dan membaca Quran. Adakah kecintaan begini bida’ah? Nawab: Ya, pastinya kami tidak mempunyai sesiapa yang hendak disalahkan melainkan diri kami, jika kami tidak meneliti parkara ini dengan cermat. Beberapa tahun lepas saya pergi ke Iraq dan melawat pusara Imam Azam Abu Hanifa dan Abdul-Qadir Jilani. Satu hari saya pergi melawat tempat berhampiran Kazimain [tempat pusara Imam ketujuh, Musa Ibn Jafar Al-Kazim dan Imam kesembilan, Muhammad Ibn Ali At-Taqi]. Apabila saya pulang, sahabat saya amat kasar pada mengkritik saya. Saya amat terperanjat bahawa melawat pusara Imam A’zam di Mu’azam, Sheikh Abdu’l-Qadir Jilani di Baghdad, Khwaja Nizamu’d-Din di India, Sheikh Akbar Muhyi’d-din Ibn Arabi di Egypt boleh dianggap sebagai bernilai dan berfaedah. Setiap tahun ramai manusia dari golongan sunni melawat tempat-tempat ini walaupun nabi tidak menyuruhnya. Bagaimana boleh terjadi sedemikian, bahawa melawat pusara syuhadah agung, cucu nabi, yang disuruh oleh nabi, dianggap bida’ah? Saya bertekad bersungguh-sungguh, dengan izin Allah, saya akan pergi tahun ini untuk menziarah pusara cucu kesayangan nabi, Husain. Saya akan meminta Allah untuk mengampunkan saya dari kesalahan yang lalu.

PESHAWAR NIGHTS – MALAM KETUJUH

Seyyed Abdul-Hayy [Imam masjid sunni]: Beberapa malam yang lalu kamu membuat beberapa kenyataan yang mana Hafiz Sahib meminta bukti, tetapi kamu secara licik mengelakkan diri dari menjawabnya atau sengaja menibulkan kekeliruan diantara kami, dan kini segala perkara amat menggangukan sekali.

Shirazi: Sila beritahu kepada saya soalan yang mana telah tertinggal tidak dijawab, oleh kerana saya tidak ingat insiden yang kamu sebutkan.

Seyyed: Tidakkah kamu katakan beberapa malam yang lalu bahawa Ali mempunyai kesatuan pada ‘diri’ dengan nabi dan makanya lebih utama kedudukannya dari semua Nabi?

 Shirazi: Ya memang benar. Itu adalah kenyataan saya, dan itu adalah kepercayaan saya.

Seyyed: Jadi mengapa kamu tidak menjawab pertanyaan kami?

Shirazi: Kamu benar-benar tersilap. Pelik sungguh bahawa kamu telah mendengarnya dengan teliti disepanjang perbincangan, malah kini kamu menuduh saya menggunakan cara yang licik atau cuba mengelirukan fikiran. Jika kamu fikirkan dalam-dalam, kamu akan faham bahawa saya tidak ada mengatakan sesuatu yang tiada kaitannya, tetapi Maulla yang bijaksana ini telah meletakkan soalan yang tertentu yang mana saya terpaksa menjawabnya. Sekarang jika kamu mempunyai sebarang soalan yang hendak ditanyakan, kamu bolehlah melakukannya sekarang, dan dengan pertolongan Allah, saya akan menjawabnya.

Seyyed: Kami ingin mengetahui bagaimana mungkin dua individu boleh bersatu, dan dengan penyatuan mereka dengan itu mereka boleh menjadi satu dan sama.

PERBEZAAN DIANTARA PENYATUAN TANGGAPAN DAN PENYATUAN SEBENAR.

Shirazi: Pastinya, tidak mungkin bagi dua orang untuk membentuk penyatuan yang sebenar. Apabila saya mengatakan bahawa Amirul Mukminin mempunyai penyatuan pada ‘diri’ atau ‘ruh’ dengan Nabi, kamu tidak sepatutnya mengambilnya sebagai penyatuian yang sebenar, kerana tiada siapa pernah mengatakan sebegitu, dan jika sesiapa mempercayainya, mereka sesungguhnya telah salah. Penyatuan yang saya rujuk adalah anggapan sahaja, bukan sebenar, dan bermaksud untuk menunjukkan bahawa kedua mereka mempunyai keutamaan yang sama pada ruh dan kemuliaan, bukannya badan yang sama.

Hafiz: Maka menurut dari tanggapan ini mereka berdua seharusnya menjadi nabi, dan dari apa yang kamu katakan, wahyu harus datang kepada mereka berdua.

Shirazi: Itu nyata sekali telah salah pengertian. Tidak ada shia yang percaya begitu. Saya tidak menduga kamu akan memulakan perbincangan sebegitu dan membuang waktu sahaja. Saya baru sahaja memberitahu kamu bahawa mereka bersekutu di dalam semua perkara kemuliaan dan keutamaan, menerima sifat-sifat tersebut dengan pengecualian pada perintah-perintah atau asas tertentu. Pengecualian itu adalah kerasulan dengan segala ciri-ciri yang ada padanya – satu daripadanya adalah penerimaan wahyu, dan melaluinya berhubung dengan perundangan tuhan. Mungkin kamu telah terlupa kenyataan saya pada malam lalu, yang mana saya buktikan melalui hadith Manzila [kedudukan] bahawa Ali memiliki kedudukan nabi, tetapi dia mengikut, dan tertakluk kepada agama dan etika yang diberikan oleh Rasul. Kedudukan nabinya tidak lebih dari kedudukan Harun pada hayat Musa.

 Hafiz: Tetapi jika kamu percaya dengan persamaan Ali dengan Nabi dalam semua perkara kemuliaan dan keutamaan, maka kamu mesti percaya persamaannya di dalam perkara kerasulan dan ciri-ciri yang ada dengannya.

Shirazi: Ianya mungkin kelihatan begitu, tetapi jika kamu fikirkan baik-baik, kamu akan lihat bahawa ianya tidak. Sebagaimana saya telah buktikan terdahulu dari ayat al-Quran, nabi adalah kedudukan yang lain, dan nabi serta rasul Allah adalah satu kedudukan yang lebih tinggi diantara satu dengan lainnya. Sebagaimana al-Quran dengan terang menyatakan: ‘Nabi-nabi ini, Kami telah melebihkan sebahagiannya dari yang lain.’ [2:253] Dan yang paling sempurna pada kedudukan dari semua nabi adalah kedudukan khas Muhammad, sebagaimana Allah berkata: ‘Muhammad bukanlah bapa kepada mana-mana daripada kamu, tetapi rasul Allah dan penamat bagi anbia.’ [33:40] Disebabkan dari kesempurnaan kerasulan yang telah membawa kepada penutup bagi anbia. Maka di dalam kesempurnaan sifat begini, tiada siapa boleh disamakan. Di dalam perkara keutamaan yang lain, terdapat persekutuan dan persamaan, untuk itu terdapat banyak bukti. Seyyed: Bolehkah kamu ketengahkan hujah dari al-Quran untuk membuktikan keterangan kamu.

AYAT MUBAHILA MEMBUKTIKAN PENYATUAN DIRI [RUH] ALI DENGAN NABI.

Shirazi: Ya sudah tebtunya hujah kami yang pertama dari al-Quran, pembuktian dari Allah yang kukuh, yang dikatakan ayat kutukan [ayat-e-mubahila] yang mana Allah berkata: ‘Dan kepada mereka yang menentang kamu, makanya setelah pengetahuan sampai kepada kamu, katakan: ‘Marilah, biar kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, dan diri kami dan diri kamu dan kemudian kita berdoa dan meminta kutukan Allah kepada mereka yang berdusta.’ [3:60] Ulama kamu yang terkenal, seperti Imam Fakrud-Din Razi; Imam Abi Ishaq Thalabi, Jalalud-Din Suyuti, Qazi Baidhawi, Jarullah Zamakhshari, Muslim bin Hujjaj dan ramai yang lain lagi telah menulis bahawa ayat yang suci ini telah diwahyukan pada hari Mubahila, iaitu pada 24 atau 25 Dhul-Hijja dalam tahun ke 9 Hijrah. Apabila nabi mempelawa kristian Najran kepada Islam, mereka memilih orang-orang mereka yang terpelajar, seperti Seyyed, Aqib, Jasiq, Alqama, dsb berjumlah lebih dari 70 orang, dan menghantar mereka ke Madina bersama dengan 300 dari pengikut mereka, untuk bertemu dengan nabi, dan belajar apa itu Islam. Mereka memulakan perbincangan ilmiah dengan nabi dan terpesona dengan hujah yang amat menjelaskan. Dia membuktikan kebenaran akan misinya dari buku mereka yang dipercayai dan mengatakan bahawa Isa sendiri, dari beberapa petanda telah meramalkan kedatangan baginda [Muhammad], dan kristian sedang menunggu terkabulnya mujizat Isa yang menurutnya, orang yang sedemikian akan muncul menunggang unta dari bukit Faran [di Makah] dan akan berhijrah kesuatu tempat diantara ‘Ayr dan Uhud [itulah Madina]. Hujah itu sungguh meyakinkan orang kristian, tetapi kecintaan mereka kepada kedudukan didunia menjauhkan mereka dari menerima kebenaran. Kemudian nabi memberitahu mereka mengenai arahan Allah, yang mereka bersetuju padanya sebagai penyelesaian perbincangan dan untuk menentukan yang benar dari yang dusta.

NABI TIBA UNTUK MUBAHILA.

 Menurut dari persefahaman bersama, pada hari esoknya, keseluruh parti kristian, termasuk lebih dari 70 ahli ilmuan mereka, menunggu diluar pintu Madina untuk kedatangan nabi. Mereka mengharapkan dia datang dengan keindahan dan dengan jumlah yang besar dari para sahabat untuk mengkagumkan mereka. Tetapi apabila pintu terbuka, nabi datang dengan seorang muda dikanannya, seorang wanita terhormat dikirinya dan dua kanak-kanak dihadapannya. Mereka berada dibawah pokok, menghadap kepada orang-orang kristian. Asqaf orang yang paling terpelajar dari golongan kristian, bertanya siapakan mereka yang datang bersama dengan Muhammad. DIa telah diberitahu bahawa orang muda itu adalah menantunya dan juga sepupu, Ali Ibn Abi Talib, wanita itu adalah anak perempuannya, Fatima, dan kedua kanak-kanak adalah anak kepada anak perempuannya, Hasan dan Husain. Berucap kepada orang-orang kristian, ketua mereka, Asqaf berkata: ‘Lihat disini, betapa yakinnya Muhammad. Dia telah membawa bersama, kerabatnya yang terdekat, anak-anak dan yang paling dicintainya dipertandingan keruhanian untuk kutukan Tuhan. Demi Tuhan, jika dia mempunyai sebarang keraguan atau takut terhadap pendiriannya, dia pasti tidak memilih mereka. Sekarang adalah dinasihatkan supaya kita tidak memasuki pertandingan tersebut menentang mereka. Jika kami tidak takut kepada pemerintah Rom, kami pasti akan memeluk kepercayaan Islam. Adalah lebih menguntungkan untuk berkompromi pada syarat-syarat mereka dan kembali.’ Kesemua mereka bersetuju dengannya. Seterusnya, Asqaf menghantar perutusan kepada nabi, berkata: ‘‘Kami tidak mahu bertanding dengan kamu, tetapi lebih suka untuk berdamai dengan kamu.’ Nabi menerima tawaran mereka. Perjanjian itu telah ditulis oleh Amirul Mukminin. Kristian bersetuju untuk membayar hadiah tahunan dalam bentuk 2 000 baju besi, setiap satu bernilai lebih kurang 40 dirham [satu dirham bersamaan setengah ouns emas] dan 1 000 mithqal emas [satu mithqal bersamaan dengan satu per enam ouns emas] Setengah darinya hendaklah dibayar pada bulan Muharam dan setengah lagi dibulan Rejab. Perjanjian itu telah ditanda tangani oleh kedua parti, dan golongan kristian pulang ketempat mereka. Sedang mereka di dalam perjalanan pulang, seorang dari ilmuan mereka bernama Aqib berkata kepada sahabatnya: ‘Demi Tuhan kamu dan aku tahu bahawa Muhammad ini adalah nabi Allah yang sama, yang kita harapkan, dan apa sahaja yang dikatakannya adalah dari tuhan. Saya bersumpah dengan tuhan, siapa sahaja yang telah bertanding dengan nabi tuhan pasti akan mendapat padah, dan tiada yang kecil atau yang tua mereka tinggal hidup. Sudah pasti jika kita telah bertanding dengannya, kesemua kita akan terbunuh dan tiada kristian yang akan hidup di dalam dunia ini. Demi Tuhan apabila saya melihat kepada mereka, saya melihat wajah-wajah yang kalau mereka berdoa kepada tuhan, gunung pun akan digerakkan.’ Hafiz: Apa yang kamu telah katakan adalah benar dan diterima oleh semua Muslim, tetapi ianya tidak mempunyai apa-apa tujuan pada tajuk kita, iaitu, bahawa Ali adalah secara ruhaniah bersatu dengan nabi.

KEMULIAAN ALI, FATIMA, HASAN DAN HUSAIN DIBUKTIKAN OLEH AYAT MUBAHILA.

Shirazi: Saya berhujah dengan perkataan ‘diri kami’ di dalam ayat yang suci ini. Oleh kerana dari peristiwa ini banyak persoalan telah diselesaikan. Pertama, kebenaran kepada apa yang disampaikan oleh nabi telah terbukti. Iaitu, jika dia tidak berada dipihak yang benar, dia tentu tidak berani untuk keluar pada pertandingan itu dan tidak juga orang-orang kristian akan lari dari padang dimana diadakan Mubahila. Kedua, ini telah membuktikan bahawa Hasan dan Husain adalah anak kepada nabi Allah, sebagaimana yang saya telah katakan di dalam kenyataan saya pada malam pertama. Ketiga, ianya membuktikan bahawa Amirul Mukminin Ali, Fatima, Hasan dan Husain secara keruhanian, orang yang paling mulia dari semua kejadian dan yang paling dicintai oleh nabi, bahkan ulama kamu yang fanatik dan berfikiran sempit seperti Zamakhshari, Baidhawi, dan Fakhrud-Din Razi, dan lainnya telah menulis di dalam buku mereka. Terutama Jarullah Zamakhshari, menulis mengenai ayat ini, memberikan penjelasan yang khusus mengenai perhimpunan terhadap pajetan [lima tubuh] ini, dan berkata ayat ini dalah bukti yang kuat terhadap keunggulan Ashab-i-Ayba, lima orang yang telah berkumpul dibawah selimut bersama dengan nabi. Keempat ianya menunjukkan bahawa Amirul Mukminin Ali, melebihi semua para sahabat nabi di dalam kemuliaan dan kedudukan, kerana Allah telah memanggil dia di dalam ayat al-Quran jiwa nabi. Yang nyata perkataan ‘diri kami’ tidak bererti diri nabi sendiri, kerana memanggil, bererti orang yang lain, seorang tidak pernah disuruh memanggil dirinya. Makanya perkataan itu merujuk kepada orang yang lain, yang sama seperti diri atau jiwa nabi itu sendiri. Dan menurut dari pandangan sebulat suara dari pengulas yang berkepercayaan dan ahli hadith dari kedua golongan, tidak ada siapa melainkan Ali, Fatima, Hasan dan Husain yang hadir dengan nabi ditempat Mubahila, rangkap di dalam al-Quran ‘anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita kami dan wanita kamu,’ merujuk secara beriringan kepada Hasan dan Husain dan Bibi Fatima dan yang seorang lagi yang boleh dikenali sebagai ‘diri kami’ di dalam kumpulan yang suci itu adalah Amirul Mukminin Ali. Maka perkataan ‘diri kami’ membuktikan penyatuan diri diantara nabi dan Ali. Oleh kerana penyatuan kedua ruh adalah mustahil, Allah memanggil Ali ‘diri’ pada nabi Muhammad bererti penyatuan anggapan bagi dua diri. Kamu tentu sedar bahawa pada asasnya adalah lebih baik untuk mengenali perkataan dengan tangganpan yang dekat [mudah] dari tanggapan yang jauh [susah], dan tanggapan yang terdekat bererti persamaan di dalam semua kemuliaan, melainkan mana-mana yang dikecualikan atas alasan tertentu. Dan kami telah pun menjelaskan bahawa hanyalah kedudukan nabi yang khusus dan penerimaan wahyu tertentu khas bagi dirinya. Maka kita tidak menganggap Ali bersekutu dalam ciri-ciri perkara yang dua ini. Tetapi menurut ayat al-Quran, Ali berkongsi dengan nabi di dalam semua kemuliaan yang lain, dan pastinya yang maha suci Allah telah menganugerahkan Ali melalui nabi dengan segala rahmat. Ini dengan sendirinya membuktikan penyatuan jiwa, yang mana kami hendak terangkan.

Hafiz: Mengapa kamu masih menekankan bahawa ayat itu tidak bererti memanggil dirinya sendiri? Mengapa tidak anggapan ini lebih baik dari anggapan yang itu?

Shirazi: Saya harap kamu tidak membuang masa di dalam percakapan yang tidak logik dan menyimpang dari arah keadilan. Yang sebenarnya keadilan menghendakki bahawa apabila kita menyelesaikan satu perkara, kita hendaklah maju seterusnya. Saya tidak menyangka orang yang berkedudukan dan berpelajaran seperti kamu akan memulakan hujah yang palsu. Sebagaimana yang kamu tahu sendiri dan menurut dari semua ilmuan, satu diri dikenali dengan diri yang lain dengan cara anggapan. Diantara orang-orang penulis ini adalah tuntutan yang lazim pada anggapan penyatuan sebagaimana saya sebutkan terdahulu. Selalu kita lihat sesaorang berkata kepada yang lain: ‘Kamu adalah nyawa dan jiwa ku.’ Begitulah juga di dalam bahasa hadith dan sampaiannya, perhubungan begini selalu disebut mengenai Amirul Mukminin Ali dan setiap sebutan diambil secara berasingan adalah bukti untuk menjelaskan kebenaran pada pandangan saya.

 SEBUTAN TAMBAHAN DAN HADITH SEBAGAI BUKTI PADA PERLUNYA PENYATUAN NABI DAN ALI.

Imam Ahmad di dalam Musnad, Ibn Maghazili, ahli agama Shafii, di dalam Manaqib dan Muwafiq, Ibn Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, menyebutkan bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali; sesiapa yang mencintainya, mencintai saya; dan sesiapa yang mencintai saya, mencintai Allah.’ Juga Ibn Maja di dalam Sunan, bahagian I, ms 92; Tirmidhi di dalam Sahih; Ibn Hajar di dalam Hadith V dari 40 hadith mengenai kemuliaan Amirul Mukminin disampaikan di dalam Sawa’iq dari Imam Ahmad Bin Hanbal, Tirmidhi, Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i, dan Ibn Maja; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, v.4, ms 164; Muhammad Ibn Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Bab 67 di Kifayatu’t-Talib dari Musnad oleh Ibn Samak, v. 4, dan Mu’jim Kabir oleh Tibrani; dan Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’is, dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanbiu’l-Mawaddat dari Mishkat – semua telah menyampaikan dari Jash bin Junada as-Saluni bahawa pada haji selamat tinggal, nabi berkata di Arafa: ‘Ali adalah dari saya dan saya dari Ali. Tiada siapa mengganti saya [iaitu tiada siapa menjalankan tugas misi saya] melainkan saya dan Ali.’ Sulayman Balkhi Hanafi idi dalam Yanabiu’l-Mawaddat, Bab vii, menyebut dari Zawa’id-e-Musnad dari Abdullah Bin Ahmad Bin Hanbal pada pengesahan Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Ummul-Mukminin Salma ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali. Daging dan darahnya adalah dari daging dan darah saya. Dia kepada saya seperti Harun kepada Musa. Wahai Umm Salma! Dengarlah, dan jadilah saksi bahawa Ali ini adalah ketua dan tuan bagi semua Muslim.’ Hamidi di dalam Jam’ Bainu’s-Sahihain dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe-Nahju’l-Balagha menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali. Ali adalah kepada saya umpama kepala kepada badan; sesiapa yang patuh kepadanya, patuh kepada saya; dan sesiapa yang patuh kepada saya patuh kepada Allah.’ Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir dan Mir Seyyed Ali Hamdani, ahli agama Shafi’i, di dalam Muwadda viii dari Muwaddatu’l-Qurba menyebut dari nabi yang berkata: ‘Sesungguhnya, Allah menolong Islam melalui Ali, oleh kerana dia dari saya, dan saya dari dia, dan ayat al-Quran ini telah diwahyukan untuk dia – ‘Adakah ia; itu serupa dengan dia, yang mendapat bukti yang jelas dari tuhannya dan mengikuti saksi dari Allah…. [11:17] Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi telah menyatakan di dalam bahagian 7 di Yanabiul-Mawadda diatas topik ini dengan tajuk: ‘Mengenai Ali yang menyerupai diri nabi dan hadith bahawa ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali.’ Di balam Bab ini dia telah menyampaikan 24 hadith di dalam cara yang berbeza dan dengan berbeza perkataan dari nabi, yang berkata bahawa Ali adalah seperti dirinya. Pada penghujung bab tersebut dia menyatakan hadith dari Manaqib sebagaimana yang disampaikan oleh Jabir, yang berkata bahawa dia mendengar dari nabi bahawa Hadrat Ali mempunyai sifat-sifat sedemikian jika sesiapa mempunyai hanya satu darinya, ianya telah mencukupi untuk menunjukkan kehormatan dan kemuliaannya, dan dengan sifat-sifat itu kami maksudkan kata-kata nabi mengenai beliau seperti: ‘Kepada sesiapa aku ketuanya, ini Ali adalah ketuanya,’’atau, ‘Ali kepada ku adalah seumpama Harun kepada Musa,’ atau ‘Ali adalah daripada saya dan saya adalah daripada Ali,’ atau ‘Ali kepada saya adalah umpama diri saya kepada saya, patuh kepadanya adalah patuh kepada saya,’ atau ‘Berperang dengan Ali adalah berperang dengan Allah, berdamai dengan Ali adalah berdamai dengan Allah,’ atau ‘bersahabat dengan Ali adalah bersahabat dengan Allah, dan musuh Ali adalah musuh Allah,’ atau ‘Ali adalah hujjat [buti] Allah keatas hambaNya,’ atau ‘mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah kafir,’ atau ‘parti Ali adalah parti Allah, dan parti musuhnya adalah parti syaitan,’ atau ‘Ali bersama kebenaran, dan kebenaran bersama dengannya, mereka tidak dapat dipisahkan,’ atau ‘Ali adalah pembahagi diantara syurga dan neraka,’ atau ‘sesiapa menjauh dari Ali tinggal jauh dari saya dan sesiapa yang tinggal jauh dari saya, tinggal jauh dari Allah,’ atau ‘Kumpulan Ali akan terselamat pada hari pengadilan.’ Akhir sekali dia menyebutkan satu lagi hadith yang khusus dari Manaqib, pada dipenghujungnya yang mana nabi berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang telah menganugerahkan kerasulan kepada ku, dan menjadikan aku makhluk pilihan: Wahai Ali! Sesungguhnya kamu adalah hujjat [bukti] Allah untuk manusia, amanahNya, yang mengetahui rahsiaNya, dan khalifa diatas hambaNya. Terdapat banyak hadith yang sedemikian di dalam buku kamu. Perkataan ‘diri kami’ dengan jelas menunjukkan penyatuan diantara nabi dan Ali di dalam semua perkara yang cemerlang. Pada fikiran saya ayat ini adalah bukti yang paling meyakinkan pandangan saya. Dan lagi soalan kamu kedua telah dijawab oleh ayat yang sama. Kami telah buktikan dengan pengecualian kenabian dan wahyu, yang hanya tertentu pada nabi, Ali telah bersekutu dengannya di dalam segala perkara yang cemerlang. Bagitu jugalah dengan sifat-sifat kemuliaan, Ali adalah lebin utama dari para sahabat dan kepada sesiapa sahaja dari ummah. Dan bahkan, ayat ini juga membuktikan bahawa Ali telah melebihi semua para nabi yang terdahulu, sebagaimana nabi Muhammad lebih utama dari segala para nabi.

OLEH KERANA NABI ADALAH YANG UTAMA DARI SEGALA NABI MAKA ALI LEBIH UTAMA DARI MEREKA

 Di dalam Ihya’u’l-Ulum oleh Imam Ghazali, Sharh Nahjul Balagha oleh Ibn Abil Hadid Mutazali, Tafsir oleh Imam Fakrud-Din Razi, dan Tafsir oleh Jarullah Zamakhshari, Baidhhawi, Nishapuri dsb; kamu akan temui hadith ini dari nabi: ‘Ulama ummah ku adalah seperti nabi Bani Israel.’ Di dalam hadith yang lain dia berkata: ‘Ulama dari ummah nabi ini adalah sama atau lebih baik dari nabi Bani Israel kerana punca pengetahuan mereka adalah dari punca asas pengetahuan, nabi Muhammad.’ Dari itu Ali Ibn Abi Talib sudah pastinya lebih utama dari para-para nabi lain, oleh kerana nabi Muhammad berkata: ‘Saya adalah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya,’ Dia juga mengatakan: ‘Saya adalah rumah kebijaksanaan dan Ali adalah pintunya.’ Apabila Ali sendiri telah ditanyakan mengenai tajuk ini, dia menerangkan beberapa aspek keutamaannya dari para nabi Bani Israel. Pada 20 Ramadhan, apabila diranjang kematian, berikutan dari serangan oleh Abdur-Rahman Ibn Muljum Muradi, dia meminta Imam Hasan untuk memanggil shia yang mengerumuni dipintu rumahnya. Apabila mereka masuk, mereka mengelilingi katil beliau dan menangis dengan perlahan. Ali berkata: ‘Kamu boleh bertanya apa juga soalan yang kamu suka sebelum saya pergi meninggalkan kamu, tetapi soalan kamu hendaklah ringkas.’ Salah seorang yang hadir adalah Sa’sa’a bin Suwhan. Ulama kamu yang terkenal seperti Ibn Abdul-Birr dan Ibn Sa’ad, telah menulis mengenai kehidupan dan kerekternya, telah mempercayainya, mengesahkan bahawa dia adalah seorang ilmuan. Sa’sa’a berkata kepada Ali: ‘Berilah aku tahu, siapakah yang lebih utama, kamu atau Adam.’ Imam yang suci berkata: ‘Adalah tidak wajar untuk sesaorang memuji diri sendiri, tetapi menurut dari petunjuk: Nyatakanlah rahmat yang Allah telah berikan kepada kamu,’ saya katakan bahawa saya lebih utama dari Adam.’ Apabila ditanya mengapa begitu, Ali menerangkan bahawa Adam mempunyai setiap rahmat, kesenangan dan kesejahteraan untuk dia disyurga. Dia hanya diminta untuk menahan diri dari makanan terlarang. Tetapi dia tidak dapat mengawal dirinya, dan dia memakannya dari pokok. Dan akhirnya, dia dikeluarkan dari syurga. Allah tidak mengahalang dia [Ali] dari memakan gandum [yang mana menurut kepercayaan Islam adalah pokok terlarang] Tetapi disebabkan dia tidak tertarik kepada dunia sementara ini, dia dengan suka hati telah menahan diri dari memakan gandum. [Tujuan kenyataan Ali adalah bahawa kecemerlangan manusia dihadapan Allah bergantung kepada taat dan patuh, dan ketinggian kedudukan taat terletak kepada menahan diri walaupun dari yang diperbolehkan] Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Nuh? Ali menjawab: ‘Saya lebih utama. Nuh menyeru manusia untuk menyembah Allah, tetapi mereka enggan. Salah laku dan layanan buruk yang memalukan dari mereka telah menyakiti dirinya. Dia mengutuk mereka dan berdoa kepada Allah: ‘Wahai tuhanku! Jangan tinggalkan walau seorang yang zalim didunia ini.’ Setelah wafatnya nabi, walaupun manusia telah menyebabkan kesusahan yang teramat sangat kepada ku, aku tidak pernah mengutuk mereka. Saya menanggong penyiksaan mereka dengan sabar.’ Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Ibrahim?’ Ali menjawab: ‘Saya lebih utama, kerana Ibrahim berkata: ‘Tuhan ku, tunjukkanlah kepada ku bagaimana Kamu memberi nyawa kepada yang mati, ’Dia berkata: ‘Apa kamu tidak percaya,’ Dia [Ibrahim] berkata: ‘Ya, tetapi supaya hati saya lebih tenteram.’ [2:260] Keimanan saya adalah seperti yang saya katakan: ‘jika hijab kepada yang ghaib diangkat, keiaman saya tidak akan bertambah.’ Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Musa?’ Imam berkata: ‘Saya lebih utama, kerana apabila Allah yang berkuasa mengarahkan Musa supaya pergi ke Mesir untuk mengajak Firaun kepada kebenaran, Musa berkata: ‘Tuhanku! Sesunggunhnya saya telah membunuh seorang dari mereka, maka saya takut bahawa mereka akan membunuh saya. Dan saudara saya, Harun dia mempunyai lidah yang fasih dari saya. Maka hantarkanlah dia bersama saya sebagai penolong, untuk membantu saya. Sesungguhnya saya takut mereka akan menolak saya.’ [28:33-34] Nabi mengarahkan saya, dengan perintah Allah, untuk pergi keMakah dan bacakan ayat dari surah al-Baraa’ dari atas Kabah kepada kafir Quraish. Saya tidak takut, walaupun terdapat hanya sebilangan kecil dari mereka yang saudaranya tidak terbunuh dengan pedang saya. Patuh kepada arahanNya, saya laksanakan tugas seorang diri. Saya bacakan ayat al-Baraa’ dan kembali.’ Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Isa?’ Ali berkata: ‘Saya lebih utama, kerana apabila Mariam mengandung dengan izin Allah, dan masa untuk melahirkan telah sampai, wahyu telah diturukan kepadanya: ‘Tinggalkan rumah suci ini, kerana ini adalah rumah untuk beribadah, bukan tempat untuk melahirkan anak.’ Menurutnya, dia telah meninggalkan rumah suci itu dan pergi kegurun, dimana dia telah melahirkan Isa. Tetapi apabila ibu saya, Fatima bint-e-Asad, merasa sakit untuk melahirkan dikawasan Kabah, dia bergantung pada dinding dan berdoa kepada Allah dengan nama yang menjadikan rumah tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Kemudian satu laluan kelihatan pada dinding tersebut, dan ibu saya mendengar suatu suara ghaib memberitahu dia, ‘Wahai Fatima! Masuklah kedalam rumah Kabah.’ Dia masuk kedalam, dan saya dilahirkan di dalam Kabah yang suci.’

 CERMIN BAGI SEMUA PARA NABI SEBAGAIMANA YANG DITUNJUKKAN OLEH HADITH PERSAMAAN HADITH-E-TASHBIH

Ianya juga telah dirakamkan oleh ulama kamu bahawa Ali adalah cermin bagi kedudukan tinggi terhadap semua nabi. Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid XI, ms 449, Hafiz Abu Bakr Faqih Shafi’i, Ahmad Bin Husain Baihaqi di dalam Manaqib, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir dalam kaitan dengan ayat Mubahila, Muhyi’d-Din Ibn Arabi di dalam Yawaqit-o-Jawahir, isu 32, ms 172; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, pada pemulaan Bab 40 pada pengesahan Musnad dari Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih oleh Baihaqi, dan Sharhi’l-Mawaqif wa’t-Tariqati’l-Muhammadiyya, Nuru’d-Din Maliki di dalam Fusuli’l-Muhimma, ms 120; dari Baihaqi; Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 22; dan Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 23, telah menyebutkan dari nabi denga sedikit perbezaan pada perkataan disana sini, berkata: ‘Sesiapa yang berhajat untuk melihat pengetahuan Adam, wara’nya nuh, dan berserahnya [Tawakkal] Ibrahim, kemuliaan Musa atau kecintaan Isa, bolehlah lihat kepada Ali Ibn Abi Talib.’ Mir Seyyed Ali Hamadani telah mengatakan hadith yang sama dengan sedikit tambahan, di dalam Mawaddatul-Qurba, Mawadda VII. Dia mengatakan dari Jabir bahawa nabi berkata: ‘Sesungguhnya Allah mencantumkan 90 kualiti nabi-nabi di dalam Ali, yang Dia tidak berikan kepada sesiapa pun.’ Hafiz Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii yang terkenal, setelah menyebutkan hadith ini, membuat ulasan: ‘Ali sama kepada Adam dalam pengetahuan yang mana Allah telah ajarkan kepada Adam segalanya, sebagaimana Dia katakan di dalam al-Quran: ‘Dan Dia mengajarkan kepada Adam segala nama…’ [2:31] Begitu jugalah Ali mempunyai pengetahuan dalam semua perkara. Oleh kerana pengetahuan yang datangnya terus dari Allah, Adam telah diberikan khalifa Allah, sebagaimana al-Quran berkata: ‘… Saya akan jadikan dibumi seorang khalifa…’ [2:30] Oleh kerana pengetahuan, Adam mendapat keutamaan, sehinggakan malaikat sujud hormat kepadanya, maka Ali adalah sama juga yang paling tinggi dari semua kejadian dan khalifa selepas nabi. Pengetahuan Ali sama seperti Nuh yang mana Ali keras terhadap yang kafir dan berkasih sayang kepada beriman. Allah memujinya di dalam al-Quran: ‘…Dan mereka yang bersama dengannya adalah keras terhadap yang kafir, berkasih sayang diantara mereka..’ [48:29] Ini satu lagi bukti bahawa ayat itu diwahyukan di dalam memuji Ali, sebagaimana saya katakan dahulu. Nuh sangat keras terhadap yang kafir, sebagaimana al-Quran berkata: ‘Tuhan ku jangan tinggalkan diatas bumi seorang pun diantara yang kafir.’ [71:26] Ali adalah sama kepada Ibrahim di dalam kelembutan hati. Al-Quran berkata kepada Ibrahim: ‘Pasti sesungguhnya, Ibrahim mempunyai hati yang lembut.’ [9:114] Ali mempunyai semua kualiti dan sifat, yang mana dimiliki oleh nabi secara individu. Haditn yang diterima oleh semua ini membuktikan bahawa Ali memiliki kemuliaan yang tertinggi, setiap satu darinya adalah sama dengan kualiti yang paling tinggi pada nabi. Maka nyatalah dia yang mempunyai semua kualiti yang tertinggi dari semua nabi adalah yang tertinggi dari segi kedudukan. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 40, menyebut dari Manaqib oleh Khawarizmi melalui Muhammad bin Mansur, yang berkata bahawa dia mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: ‘Tidak terdapat pujian yang sedemikian diantara para sahabat, sebagaiman terdapat kepada Ali Ibn Abi Talib.’ Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii juga menyebutkan perkataan yang mempunyai makna yang sama. Ibn Abil-Hadid Mutazali di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid I, ms 46, berkata: ‘Ali adalah manusia yang paling sesuai untuk kedudukan wilaya [penjaga] oleh mulianya keutamaan beliau. Dengan pengecualian terhadap nabi Allah, dialah manusia yang paling berhak bagi kedudukan khalifa.’ Ali yang pastinya lebih berhak kepada khalifa, tetapi dia telah diketepikan oleh siasah politik dari orang yang lebih rendah. Sekurang-kurangnya mereka telah memberitahu Ali bahawa mereka sedang mengadakan perjumpaan di Saqifa Bani Sada untuk membincangkan isu yang penting pada pemilihan khalifa. Mereka tidak melakukan itu supaya dapat melucutkan dia dari haknya kepada pengganti.

PERSETUJUAN UNTUK ABU BAKR.

Hafiz: Adakah kamu ini zalim atau kamu???

Kamu katakan bahawa sahabat nabi melantik mereka yang merampas kedudukan khalifa. Ya tentu kamu fikir kami semua bodoh, yang secara buta menurut sahaja dari keturunan kami. Tetapi bukti apakah yang lebih kuat dari ijma, persetujuan ramai? Semua para sahabat dan ummah, termasuk Ali, melantik Abu Bakr dan memberi bai’ah [sumpah taat setia] kepadanya. Yang nyata persetuuan umum oleh semua orang adalah muktamad, dan bersetuju kepadanya adalah wajib. Nabi berkata: ‘Ummah ku tidak bersetuju pada kesalahan, ummahku tidak bersetuju pada penyelewengan dari jalan yang benar.’ Maka kami tidak menurut keturunan kami dengan membuta tuli. Yang sebenarnya adalah, bahawa pada hari pertama selepas nabi wafat, kommuniti seluruhnya telah memutuskan di dalam perjumpaan untuk melantik Abu Bakr sebagai khalifa. Oleh kerana ini adalah fakta yang telah selesai, maka kita harus menerimanya. Shirazi: Sila beritahu kepada kami atas dasar apa khalifa diasaskan? Hafiz: Telah nyata. Bukti yang terbaik pada ujudnya khalifa setelah nabi adalah ijma ummah, yang darinya lahirnya khalifa. Selain dari itu, kelayakkan yang terbaik untuk Abu Bakr dan Umar pada kedudukan khalifa disebabkan kedewasaannya. Ali, dengan segala kemuliaannya dan dekatnya kepada nabi, terpaksa diketepikan kerana keremajaannya. Dan untuk menjadi adil dan saksama, adalah tidak wajar untuk seorang remaja untuk melampaui [menindih] tuntutan dari sahabat yang matang. Dan kami tidak menganggap dengan mengenepikan Ali sebagai satu kekalahan terhadap dirinya, kerana kecemerlangan adalah diterima. Terdapat juga hadith oleh khalifa Umar dari nabi, yang berkata: ‘Nabi dan pemimpin tidak disatukan dalam satu keluarga.’ Makanya Ali telah dinafikan kedudukan khalifa kerana dia terjumlah di dalam keluarga nabi. Dia tidak layak pada kedudukan itu.

HUJAH MENENTANG PADA SAHNYA IJMA.

Shirazi: Terkejut saya bahawa kamu mengutara hujah yang sebegitu jahil. Pertama kamu katakan bahawa ijma, persetujuan ummah, adalah hujah yang paling munasabah, dan di dalam menyokong tujuan kamu, sebuah hadith kamu bacakan. Perkataan ‘ummai’ bererti ‘ummah ku’, maka hadith itu [katakan lah hadith itu benar] bererti bahawa apabila keseluruh ummah bersetuju pada sesuatu, keputusan itu tidak boleh salah. Saya tidak boleh menerima itu. Allah telah membezakan ummah ini dengan keutamaan bahawa diantara mereka pastinya terdapat golongan yang memendu kepada kebenaran. Wazir Allah akan ada bersama mereka. Apabila ummah itu berkumpul, kumpulan petunjuk kepada kebenaran ada bersama mereka. Tetapi hadith itu [walaupun benar] tidak menunjukkan sebarang keterangan bahawa nabi menyerahkan haknya dan membenarkan ummah pada melantik khalifa. Dan jika benar sekalipun nabi telah menyerahkan kepada ummah untuk memilih khalifa, hak ini diberikan kepada semua ummah. Oleh kerana semua Muslim mendapat faedah dari khalifa; mereka mempunyai hak pada menyampaikan pendapat mereka di dalam pemilihan khalifa. Dari itu perhimpunan semua muslim setelah wafatnya nabi adalah perkara yang perlu supaya dengan persetujuan ramai, seorang yang sempurna akan dilantik sebagai khalifa. Adakah terdapat perhimpunan yang sedemikian? Adakah cara begini Abu Bakr menjadi khalifa?

Hafiz: Abu Bakr menjadi khalifa selama dua tahun lebih. Semasa itu, muslim secara amnya telah memberikan bai’ah kepada dia dan mentaatinya. Ini dengan sendirinya bererti satunya pendapat diantara mereka, dan pembuktian kepada sahnya. Shirazi: Kamu cuba mengelakkan isu. Soalan saya bukan mengenai keseluruhan era Abu Bakr. Saya tanyakan mengenai keputusan yang dibuat dibawah bumbung Bani Sada. Adakah perhimpunan disitu mengandungi keseluruh ummah, atau beberapa orang yang memberikan bai’ah?

 Hafiz: Yang pasti hanya terdapat beberapa sahabat yang terkemuka, tetapi kemudian ijma berlaku.

Shirazi: Adakah nabi, seorang yang paling sempurna untuk memandu ummah, menyerahkan haknya di dalam memihak kepada ummah? Adakah dia menyerahkan haknya supaya orang dari kumpulan Aus, yang bermusuhan dengan kumpulan Khazraj, mungkin memberikan bai’ah kerana takutkan musuhnya akan berkuasa? Adakah dia meninggalkan haknya supaya ummahnya dapat menubuhkan kerajaan berasaskan ketakutan dan tamak? Bolehkah kamu katakan bilangan yang kecil itu kommuniti? Tidakkah muslim dari Makah, Yaman, Jeddah dan kota-kota lain tergolong di dalam ummah? Tidakkah mereka mempunyai hak pada menyampaikan pendapat mengenai kedudukan khalifa? Jika tidak ada konpirasi, mengapa mereka tidak menunggu untuk mendapat pandangan dari semua Muslim di dalam perkara yang begitu penting, seperti kedudukan khalifa? Dengan cara ini, ijma di dalam pengertian yang sebenar mungkin telah tercapai. Bahkan hari ini, untuk mendirikan sebuah negara demokratik, atau untuk memilih ketua negara, pilihan raya umum diadakan. Warga negara boleh membuang undi dan ketua boleh dilantik dengan pilihan ramai. Ketua dinegara yang bertammadun dan manusia umum akan memandang hina kepada cara ijma kamu yang aneh.

Hafiz: Mengapa kamu memulakan percakapan yang tidak baik? Ijma bererti bahawa terdapatnya perhimpunan orang bijak pandai dan sahabat terkenal yang berhimpun diSaqifa.

Shirazi: Kamu katakan bahawa ijma bererti bahawa terdapat perhimpunan oleh ahli intelek dan sahabat nabi yang terkenal, tetapi kamu tidak punya asas pada kenyataan ini selain hadith yang kamu ucapkan tadi. Dimana hadith yang mengatakan intelek atau sahabat terkenal? Saya ulangi perkataan ‘ummai’ bererti keseluruhan ummah, bukan sebilangan sahabat, walaupun mereka terpelajar. Walaupun jika perkataan kamu itu betul, bahawa ijma bererti ‘perhimpunan ahli intelek dan sahabat yang terkenal,’ adakah ahli intelek dan sahabat terkenal hanya tergolong pada sebilangan kecil mereka yang berkumpul dibawah bumbung yang kecil pada hari itu? Tidakkah ada manusia intelek dan sahabat terkenal yang lain di dalam dunia islam? Dan adakah kesemua mereka memilih khalifa sebut suara?

Hafiz: Oleh kerana perkara khalifa adalah urusan yang sirius; manusia takut bahawa kekacauan akan berlaku. Dan tidak mungkin dapat memberitahu muslim dari kawasan lain. Apabila Abu Bakr dan Umar mendengar bahawa sebahagian Ansar telah berkumpul disana , mereka juga pergi kesana untuk berucap. Oleh kerana Umar biasa menjadi ketua, dia menganggapnya lebih baik untuk ummah untuk memberikan sumpah setia kepada Abu Bakr. Yang lainnya mengikuti tindakkannya dengan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, tetapi sebilangan Ansar dan orang kaum Khazraj, yang menyokong Sa’d bin Ubaida, tidak memberikan bai’ah dan meninggalkan Saqifa. Itulah sebabnya mereka bersegera.

Shirazi: Maka kamu juga setuju, sebagaimana ulama dan ahli sejarah kamu yang terkenal, bahawa pada hari saqifa, apabila asas perencanaan bermula, tidak terdapat ijma. Abu Bakr atas sebab politik dengan pintar mencadangkan Umar dan Abu Ubaida bin Jarra, dan mereka juga, membalas cadangan dengan menamakan Abu Bakr, memberitahu mereka bahawa dialah yang paling layak untuk kedudukan itu. Mereka terus memberikan bai’ah kepadanya. Orang dari kaum Aus yang hadir juga memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, dari sudut pandangan permusuhan mereka dengan kaum Khazraj, dan juga mereka takut bahawa Sa’d bin Ubaida mungkin akan menjadi Amir. Dengan cara ini ianya makin membesar. Bagaimanapun jika ijma adalah hujah yang kuat dan boleh dipegangi, mereka seharusnya menunggu sehingga semua ummah – atau sebagaimana yang kamu katakan: ahli bijak pandai – telah berkumpul disana, pada mencapai pesetujuan seluruh kommuniti. Hafiz: Saya telah memberitahu kepada kamu kerana takutkan kekacauan maka kumpulan itu terpaksa bertindak. Orang-orang kaum Aus dan Khazraj telah berkumpul di saqifa dan menentang sesama sendiri. Setiap mereka hendak membuat keputusan, supaya ketua bagi kerajaan islam untuk mereka.

Shirazi: Saya bersetuju dengan apa yang kamu katakan. Muhammad bin Jarir Tabari, jilid I, ms 457, dan yang lainnya telah menulis bahawa muslim tidak berhimpun dibawah saqifa untuk melantik khalifa mereka. Aus dan Khazraj yang hendak melantik Amir untuk diri mereka. Abu Bakr dan Umar telah beruntung dari pertelingkahan mereka. Jika mereka telah benar-benar berhimpun untuk memperbincangkan mengenai khalifa, mereka tentu telah mempelawa semua Muslim untuk menyatakan pendapat di dalam perkara ini. Sebagaimana yang kamu katakan bahawa mereka tidak dapat memberitahu semua muslim, dan masa makin suntuk. Itu memang benar mereka tidak dapat memberitahu muslim di Makah, Yaman, Ta’if dan muslim dari kota-kota lain. Tetapi tidakkah mereka tidak punya cara walaupun untuk berjumpa dengan tentera Usama bin Zaid, yang berkhemah dekat dengan Madina? Tidakkah mereka tidak dapat memberitahu sahabat nabi yang terkemuka disana? Salah seorang dari sahabat nabi yang amat terkenal, adalah ketua turus angkatan tentera Islam, yang dilantik oleh nabi sendiri. Abu Bakr dan Umar adalah tentera bawahannya. Apabila Usama mendengar bahawa melalui konpirasi tiga orang khalifa telah dilantik tanpa berunding dengan manusia lain atau memberitahu mereka, dan bahawa mereka telah memberikan bai’ah kepada orang itu, dia menunggang kudanya hingga kepintu masjid dan berkata dengan kuat: ‘Apa dengan semua ini? Dengan kebenaran siapa kamu telah melantik khalifa? Apakah ertinya hanya sebilangan orang yang tanpa merujuk kepada sahabat, telah melantik khalifa?’ Umar melangkah kehadapan untuk menenangkan dia dan berkata: ‘Usama! Segalanya telah selesai. Bai’ah telah diberi. Janganlah memulakan perpecahan diantara manusia. Berikanlah bai’ah kamu sendiri.’ Usama menjadi marah. ‘Nabi telah menjadikan aku Amir kamu,’ dia berkata. ‘Bagaimana mungkin bahawa Amir yang dilantik oleh nabi memberikan bai’ah kepada orang yang diletakkan dibawah pemerintahannya?’ walaupun lebih banyak perkara yang berlaku, saya rasa ini sudah mencukup untuk menunjukkan maksud saya.

ALI DENGAN SENGAJA TIDAK DIBERITAHU MENGENAI PERJUMPAAN DISAQIFA.

Jika kamu katakan bahawa tentera Usama juga jauh dari kota dan masa bertambah pendek, adakah kamu juga akan mengatakan jarak dari saqifa dan masjid tempat penginapan nabi juga jauh? Mengapa mereka tidak memberitahu Ali, atau Abbas bapa saudara nabi yang dihormati? Megapa mereka tidak merujuk kepada Bani Hashim, keturunan nabi? Hafiz: Di dalam semua kemungkinan, situasi dikala itu amat tegang sehingga mereka tidak boleh cuai dan meninggalkan saqifa. Shirazi: Maafkan saya, mereka punya masa. Mereka dengan sengaja mengelak dari memberitahu Ali, Bani Hashim dan para sahabat yang benar-benar rapat. Hafiz: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa mereka [kumpulan saqifa] dengan sengaja tidak mahu memberitahu mereka [kumpulan Ali]? Shirazi: Satu petunjuk yang nyata bahawa Umar datang kepintu rumah nabi tetapi tidak memasukinya?

Hafiz: Pastinya cerita ini telah dipalsukan oleh Rafizi

Shirazi: Lihat pada ms 456 di dalam buku Tarikh, jilid II, oleh Muhammad bin Jarir Tabari, seorang ulama terkanal kamu. Dia menulis bahawa Umar datang kepintu rumah nabi tetapi tidak masuk. Dia mengirim berita kepada Abu Bakr: ‘Datang segera; saya ada urusan yang mustahak dengan kamu.’ Abu Bakr menghantar berita kepadanya bahawa dia tidak punya masa. Umar menghantar berita sekali lagi: ‘Kita sedang berdepan dengan krisis. Kehadiran kamu sangat penting.’ Abu Bakr keluar dan Umar memberitahunya secara rahsia mengenai perhimpunan Ansar di saqifa dan berkata bahawa mereka hendaklah bersegera kesana. Kedua mereka pergi, dan di dalam perjalanan mereka bertemu Abu Ubaida, dan membawa dia bersama. Demi Allah berlaku adillah. Jika mereka tidak mempunyai niat pada konpirasi, mengapa Umar pergi kepintu rumah nabi tetapi tidak masuk? Mereka boleh meminta pertolongan. Adakah disana diantara semua ummah hanya Abu Bakr, yang penuh dengan bijaksana, dan adakah para sahabat yang lain dan juga keturunan nabi manusia asing yang tidak berhak untuk diberitahu mengenai perkara ini? Adakah ijma kamu ini sebenarnya mengandungi tiga orang? Dimanakan tempat di dalam dunia ini yang peraturan sedemikian diterima? Katakan bahawa tiga orang atau mana-mana kumpulan manusia, berhimpun di dalam kota dan menubuhkan sebuah ijma dan melantik ketua negara. Adakah perlu pada ulama dan intelek dari kota-kota lain atau bandar patuh kepada mereka? Atau katakan seorang yang intelek yang bijak yang belum dipilih oleh yang lain memberi pendapat, adakah perlu bahawa para intelek yang lain mengikuti mereka? Adakah wajar untuk menekan perasaan seluruh ummah melalui tindakkan menakutkan oleh sekumpulan manusia? Jika sebaliknya, di dalam perbincangan ilmiah, sekumpulan manusia mendedahkan bahawa khalifa tidak yang seperti ditunjukki oleh perundangan agama atau undang-undang alam, adakah wajar mereka dipanggil Rafizi? Kamu mengatakan nabi meninggalkan isu khalifa kepada ummah atau ahli intelek dari ummah, sebagaimana yang kamu namakan. Adakah para intelek ummah terdiri dari Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaida Jarra. Setiap mereka mencalonkan nama mereka yang lain, dan kemudian dua dari mereka menerima yang ketiga. Itu sajalah. Adakah wajib bagi semua muslim untuk mengikuti mereka? ‘Minoriti’ ‘majoriti’ dan ‘ijma’ bereti perkara yang berlainan. Jika perhimpunan perundingan dibuat untuk mempertimbangkan masalah tertentu, dan kumpulan yang kecil jumlah orangnya memberikan satu pendapat, sedangkan kumpulan yang besar memberikan pendapat yang lain pula. Maka pendapat kumpulan yang kurang dikatakan pendapat minoriti. Pendapat kumpulan yang besar dikatakan pendapat majoriti, dan jika kesemua mereka [tanpa pengecualian seorang pun] memberikan pendapat yang sama, ia dikatakan ijma. Adakah ijma sepakat di saqifa atau kemudian di masjid atau kemudiannya di dalam kota Madina? Jika, bagaimana pun, di dalam perbezaan dengan kehendak kamu, kita ketepikan hak ummah yang umum dan katakan pendapat dari golongan intelektual dan para sahabat nabi adalah mencukupi untuk ijma, saya tanya sama ada terdapat ijma dimana semua intelektual dan para sahabat mengambil bahagian? Adakah kumpulan yang kecil di saqifa bersetuju sebulat suara di dalam pendapat mereka? Jawapannya adalah negetif. Pengarang Mawaqif dengan sendiri telah mengaku bahawa tidak ada ijma semasa khalifa Abu Bakr, dan pasti tidak terdapat pendapat sebulat suara diantara para terpelajar di Madina, sama ada dari Sa’d bin Ubaida Ansari, dan keturunannya, para sahabat nabi yang dekat, kesemua Bani Hashim, kawan-kawan mereka, dan Ali Ibn Abi Talib, – semuanya menentang Abu Bakr untuk enam bulan. Mereka ini tidak pernah memberikan bai’ah kepadanya. Di Madina, tempat nabi, tiada ijma yang dicapai yang mana para intelektual dan sahabat nabi menyokong Abu Bakr sebagai khalifa. Ahli sejarah kamu yang terkenal, seperti Fakhrud-Din Razi, Jalalud-Din Suyuti, Ibn Abil-Hadid Mutazali, Tabari, Bukhari dan Muslim, merakamkan bahawa ijma tidak pernah berlaku di Madina. Bani Hashim, Bani Umayya, dan para sahabat secara umum – melainkan tiga orang yang disebutkan diatas – tidak hadir di Saqifa untuk membuang undi. Lebih-lebih lagi ramai yang menentang keputusan itu. Malah sebahagian dari para sahabat yang terkenal, yang menolak bai’ah di saqifa, pergi kemasjid dan membantah kepada Abu Bakr: Dari pihak muhajir adalah Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Miqdad Bin Aswad Kindi, Ammar-e-Yasir, Buraida Aslami, dan Khalid Bin Sa’id Bin As Amawi. Dari Ansar Abu’l-Hathama bin Tihan, Khuzaima Bin Thabit Dhu’sh-Shahadatain, Abu Ayyub Ansari, Ubai Bin Ka’b, Sahl Bin Hunaif, Uthman Bin Hunaif, yang menentang Abu Bakr di dalam masjid. Saya telah berikan secara ringkas garis luar kejadian. Tidak ada ijma dalam bentuk apa pun yang dicapai. Ijma dari para intelektual dan para sahabat terkenal Madina adalah penipuan yang terang. Berdasarkan dari punca kamu sendiri, saya akan berikan lis nama mereka yang menentang khalifa. Ibn Hajar Asqalani dan Baladhuri, masing-masing di dalam Ta’rikh, Muhammad Bin Khawind Shah di dalam Rauzatu’s-Safa, Ibn Abdu’l-Birr di dalam Isti’ab, dan lainnya berkata bahawa Sa’d bin Ubaida dan sebahagian dari Khazraji dan sekumpulan Quraish tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Lebih-lebih lagi 18 orang adalah sahabat nabi yang rapat dan terkenal yang tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka adalah shia Ali Ibn Abi Talib. Nama-nama mereka yang 18 adalah seperti berikut: 1. Salman Farsi 2. Abu Dharr Ghifari 3. Miqdad Bin Aswad-e-Kindi 4. Ammar-e-Yasir 5. Khalid Bin Sa’id bin al-As 6. Buraida Aslami 7. Ubai Bin Ka’b 8. Khuzaima Bin Thabit Dhu’sh-Shahadatain 9. Abu’l-Hathama Bin Tihan 10. Sahl Bin Hunaif 11. Uthman Bin Hunaif Dhu’sh-Shahadatain 12. Abu Ayub Ansari 13. Jabir Ibn Abdullah Ansari 14. Hudhaifa bin Yaman 15. Sa’d Bin Ubaida 16. Qais Bin Sa’d 17. Abdullah Bin Abbas 18. Zaid Bin Arqam Dan Yaqubi menulis di dalam Tarikh: ‘Sekumpulan Muhajir dan Ansar menjauhkan diri mereka dari memberikan bai’ah kepada Abu Bakr dan mereka adalah pengikut Ali. Diantara mereka adalah Abbas bin Abdu’l-Muttalib, Fazl Bin Abbas, Zubair Ibnu’l-‘Awwam Bin As, Khalid Bin Sa’id, Miqdad Bin Umar, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Yasin, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b.” Tidakkah orang-orang ini para intelektual ummah? Ali, Abbas, bapa saudara nabi dan yang lainnya dari Bani Hashim yang terkenal – tidakkah orang-orang ini bijak dan dipercayai? Jenis apa ijma ini, yang telah diadakan tanpa perundingan dengan manusia-manusia ini? Apabila Abu Bakr dilantik secara rahsia dan para sahabat yang terkenal tidak diberitahu, adakah ini menunjukkan ijma atau konpirasi politik?

HADITH-E-THAQALAIN DAN HADITH-E-SAFINA.

Lebih-lebih lagi Bani Hashim, keluarga nabi, tidak hadir di saqifa. Pertimbangan dan pandangan mereka yang sangat berharga tidak boleh dinafikan dari sudut pandangan hadith yang telah saya sebutkan pada malam-malam yang awal dahulu, dan telah dipersetujui oleh kedua golongan. Nabi berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku [Ahli keluarga yang suci, Ali, Fatima, Hasan dan Husain]. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Manusia ini tidak menyokong khalifanya Abu Bakr. Sebagai tambahan, terdapat satu lagi hadith yang terkenal yang dinamakan hadith-e-safina, yang saya telah nyatakan pada malam yang lalu. Nabi berkata: ‘Ahli bayt ku seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikkinya terselamat, dan sesiapa yang berpaling akan karam.’ Hadith ini menunjukkan bahawa, sebagaimana kommuniti [ummah] Nuh terselamat dari banjir besar, ummah nabi akan terselamat dari bencana dengan mengikuti keturunan nabi yang suci. Ibn Hajar di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, ms 50, mengulas pada ayat IV, menyebutkan dua hadith dari Sa’d mengenai perlunya [wajib] pada mengikuti ahli bayt nabi. Di dalam satu hadith nabi berkata: ‘Saya dan ahli bayt ku adalah satu pohon di syurga, yang mana dahan-dahannya didunia; maka sesiapa yang mencari jalan menuju ke Allah hendaklah berpaut kepada mereka.’ Di dalam hadith yang kedua nabi berkata: ‘Diantara ummah ku, di dalam setiap era terdapat mereka yang benar dari ahli bayt ku yang akan menapis segala kotoran yang telah dibawa masuk kedalam agama oleh mereka yang berbuat dosa dan menbersihkannya dari segala kenyataan yang melampaui batasan dan juga ulasan dari mereka yang jahil. Hendaklah kamu mengetahui bahawa Imam kamu pastinya mereka yang memimpin kamu kejalan Allah; maka kamu hendaklah berwaspada [berjaga-jaga] mengenai mereka yang kamu ambil menjadi pemandu kamu.’ Matlamat hadith yang sebegini adalah bahawa nabi mengatakan kepada ummahnya: ‘Melainkan kamu mengikuti ahli bayt ku, musuh akan membawa menyimpang.’ Manusia yang boleh mempengaruhi ijma, sumpah setia [bai’ah], dan perlantikkan kepada khalifa; telah ditentang oleh prosidur yang kamu telah terangkan. Maka ijma jenis apakah ini? Para sahabat terkenal, para intelek, dan juga keturunan nabi ada di Madina pada masa saqifa. Maka tidak ada keraguan bahawa perkara ini telah dibuat tanpa sokongan majoriti, tidak perlulah hendak disebut ijma. Ibn Abdul-Barr Qartabi seorang ilmuan dari golongan kamu di dalam Istiab, Ibn Hajar di dalam Isaba, dan ulama lainnya menulis Sa’d bin Ubaida, seorang pencabar [menuntut] kedudukan khalifa, telah enggan untuk bai’ah kepada Abu Bakr dan Umar. Dia tidak hendak memulakan kekacauan, maka pergi ke Syria. Menurut dari laporan di dalam Rauzatus-Safa, diatas hasutan orang yang terkenal dia telah dibunuh. Menurut dari ahli sejarah, orang yang melakukan jenayah itu adalah Khalid bin Walid. Setelah membunuh Malik bin Buwaira dan mengahwini isterinya, dimasa awal pemerintahan khalifa Abu Bakr, dia telah menjadi objek kemarahan Umar. Apabila Umar menjadi khalifa, Khalid, cuba untuk memenangi perhatiannya, membunuh Sa’d bin Ubaida. Hafiz: Oleh kerana terdapatnya bahaya akan jadinya kekacauan, dan mereka tidak dapat menghubungi seluruh ummah, maka mereka terpasa bergantung kepada beberapa orang yang berada di saqifa dimana bai’ah telah diambil. Kemudian ummah mengikutnya. Shirazi: Ya, jika mereka tidak punya cara untuk mendapatkan para sahabat nabi yang terkenal, dan para intelek dari ummah yang diluar Madina, sila katakan dengan ikhlas: jika tidak ada komplot di dalam hal ini, mengapa mereka tidak mempelawa mereka yang ada di dalam Madina keperhimpunan di saqifa? Tidakkah ianya perlu untuk meminta pandangan Abbas, Ali Ibn Abi Talib dan juga Bani Hashim? Adakah pendapat Umar dan Abu Ubaida bin Jarra mencukupi untuk semua dunia islam? Hujah kamu bergantung kepada ijma, sama ada ianya umum atau khusus, tidak dapat diterima. Para intelek dan para sahabat yang terkenal tidak mengambil bahagian di dalamnya, mereka menentangnya. Sebagaimana yang saya katakan ijma bererti tidak seorang pun yang menentang. Di dalam ijma ini, kamu telah mengaku para intelek secara umum tidak mengambil bahagian. Imam Fakhrud-Din Razi di dalam Nihayatul-Usul berkata bahawa tidak terdapat ijma atau persetujuan ramai di dalam khalifanya Abu Bakr dan Umar sehingga selepas Sa’d bin Ubaida dibunuh. Saya tidak dapat memahami bagaimana kamu dapat mengatakan ijma khayalan ini sebagai bukti kepada sahnya kedudukan khalifa. Tuntutan kamu kedua bahawa Abu Bakr lebih tua dari Ali dan makanya lebih layak kepada kedudukan khalifa, adalah lebih lemah dari hujah kamu yang pertama. Jika umur adalah syarat untuk khalifa, terdapat ramai orang yang berumur lebih dari Abu Bakr dan Umar. Tentunya Abu Qahafa, Bapa Abu Bakr lebih tua dari anaknya, dan masih hidup pada masa itu. Mengapa dia tidak dilantik khalifa? Hafiz: Umur Abu Bakr digandingkan dengan kebolehannya, telah menjadikan dia pilihan yang wajar. Apabila terdapat yang tua, berpengalaman dan dicintai oleh nabi berada di dalam ummah, remaja yang tidak berpengalaman tidak boleh diberikan dengan kepimpinan.

 Shirazi: Jika itu adalah benar, maka tujuan bantahan kamu adalah kepada nabi sendiri. Apabila nabi hendak berangkat ke ekpedisi Tabuk, para munafik [hipokrit] secara rahsia hendak memberontak di Madina dimasa ketiadaan baginda. Maka baginda melantik seorang yang berpengalaman ditempatnya supaya dapat mengawal situasi di Madina dan menggagalkan rancangan munafik. Saya meminta kamu memberitahu kami siapakah yang nabi tinggalkan ditempatnya di Madina sebagai pengganti dan khalifa. Hafiz: Itu semua orang tahu bahawa baginada menjadikan Ali khalifa dan penggantinya.

Shirazi: Tidakkah Abu Bakr, Umar dan sahabat yang tua lainnya di Madina pada masa itu? Ya; dan bahkan nabi melantik seorang muda, Ali, khalifa dan penggantinya. Pada membacakan beberapa ayat al-Quran dari surah Baraa’ kepada penduduk Makah, kita tentu memikirkan, seorang yang berpengalaman adalah lebih wajar. Tetapi nabi memanggil pulang orang yang tua Abu Bakr dari separuh perjalanannya dan mengarahkan yang muda Ali untuk melakukan tugas yang penting ini. Nabi mengatakan bahawa Allah telah memberitahunya bahawa ‘orang’ yang hendak menyampaikan al-Quran seharusnya dia [diri nabi] atau sesaorang yang darinya. Begitu juga, bagi petunjuk terhadap penduduk Yaman, mengapa nabi menghantar Amirul Mukminin Ali, sepatutnya yang lebih berpengalaman Abu Bakr, Umar atau lainnya yang hadir pada masa itu? Pada banyak lagi peristiwa yang sama nabi, di dalam kehadiran Abu Bakr, Umar dan lainnya, memilih Ali untuk melaksanakan tugas yang penting. Dari itu penegasan kamu pada peraturan kedewasaan tidak berasas. Syarat yang penting untuk khalifa adalah kemuliaan. Saya baru sahaja teringat bahawa bukti yang paling kuat pada menolak kedudukan khalifa mereka, adalah yang bertentangan dengan apa yang mereka namakan ijma, oleh Ali, yang menurut nabi pembeza diantara benar dan salah. Ulama terkenal kamu telah menyebutkan beberapa hadith dengan tujuan ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 16 menyebutnya dari Kitabu’s-Sabi’in Fi Faza’il-e-Amiru’l-Mu’minin, Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Shafi’i, di dalam hadith XII dikatakan dari Firdaus dari Dailami dari 70 hadith, Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda – VI, Hafiz di dalam Amali, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 44, menyatakan dengan sedikit perbezaan di dalam perkataan, dengan pengesahan dari Ibn Abbas, Abi Laila Ghifari dan Abu Dharr Ghifari bahawa nabi berkata [rangkap yang akhir adalah sama di dalam setiap sebutan]: ‘Tidak lama selepas saya pergi dari dunia ini, maka akan ada pertelingkahan. Apabila ianya berlaku, kamu hendaklah mengikuti Ali Ibn Abi Talib, kerana dia adalah orang yang pertama akan bertemu dengan saya dan memegang tangan dengan saya dihari pengadilan. Kedudukannya tinggi dan dia adalah pembeza diantara benar dan salah.’ Apabila nabi wafat kekacauan berlaku. Para Muhajir dan Ansar mehukan khalifa dari golongan mereka. Menurut dari arahan nabi, ummah sepatutnya membawa Ali supaya dia dapat memisahkan yang benar dari yang salah.

Hafiz: Hadith itu mempunyai satu rantaian penyampai, dan makanya tidak boleh dipercayai. Shirazi: Saya telah pun menjawab terhadap bantahan mengenai rantaian yang satu penyampai. Ulama sunni menganggap hadith yang demikian sebagai sah, maka kamu tidak boleh membantah atas dasar itu. Selain dari itu, ianya bukanlah satu-satunya hadith mengenai tujuan itu. Terdapat banyak rakaman yang disampaikan oleh ulama kamu yang menunjukkan maksud yang sama, sebahagian darinya saya telah rujuk pada malam semalam. Memandangkan masa yang suntuk, saya akan menghadkan diri saya pada menyatakan disini hanya nama sebahagian dari pengarangnya. Satu dari rakaman telah dinyatakan oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i idi dalam Matalibu’s-Su’ul, Tabari di dalam Kabir, Baihaqi di dalam Sunan, Nuru’d-Din Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Hakim di dalam Mustadrak, Hafiz Abu Na’im di dalam Hilya, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, Tabrani di dalam Ausat, Muhibu’d-Din di dalam Riyaz, Hamwaini di dalam Fara’id, Suyuti di dalam Durr-e-Mansur, dari Ibn Abbas, Salman, Abu Dharr dan Hudhaifa – semua mengatakan bahawa nabi, menunjuk dengan tangannya kepada Ali Ibn Abi Talib, berkata: ‘Sesungguhnya, Ali ini adalah yang pertama mengistiharkan keimanannya kepada saya dan yang pertama akan bersalaman dengan saya pada hari pengadilan. Dia adalah Siddiq-e-Akhbar [orang yang paling benar] dan Faruq kepada ummah [yang paling pintar]. Dia akan membezakan diantara benar dan salah.’

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.